28 Dec 2011

Yang Bercinta Mahu Bersatu

Dear my Lovepediary,

Last weekend orang yang bekerja cuti sampai Isnin sempena Krismas. So, stay rumah mak abah di Taman Perling and busy dengan wedding preparation Iza. Yang paling fokus adalah buat decoration hantaran. Ini task yang awal-awal dah dapat. And dah lama pun start dengan task ni, tapi cuma start dengan buat accessoriesnya dulu. Itu pun dah hampir give up sebab buat DIY ni memang perlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. 

And susah nak buat kerja bila tangan tak kreatif and tak seni ni. Dalam kepala macam-macam idea yang diharap dapat direalisasi menjadi kenyataan, tapi jenuh tangan buat kerja took an hours and days,  hasilnya macam tak laa berapa membanggakan. Ini yang buatkan impian mahu join course buat hantaran and segala macam skill berkaitan kawen-kawen maken membuak. Dengan kata laen, impian mahu mempunyai bridal boutique sendiry semaken berkobar-kobar dalam haty. Yahh, that's the dream! Ecehs.


The conclusion is hantaran yang 9 dulang tu belum siap lagi. Yang 3 kat atas ni pun actually belum complete habes. Ribbon belum letak sebab tak reti nak buat ribbon yang dah terimagine dalam kepala. Itulah dea. Tangan tak kreatif and tak seni tapi still cerewet-cerewet mahu buat design ribbon yang susah-susah. Yang senang and sudah tahu buat tetap tak nak. Erm, design tu tak susah pun sebenarnya untuk orang laen, tapi untuk tangan tak kreatif memang SUSAH!

Okeyy! Kebiasaannya, bila antara siblings mahu berkahwen, then the other siblings especially yang sudah bekerja mestylah perlu faham-faham sponsor apa yang patut. Yes, sponsor. Ini tak termasuk hadiah kawen lagi. Erm, disebabkan masalah kerjaya yang aku hadapi, iaitu sudah berbulan aku menjadi suri rumah yang belum (tidak) disahkan jawatan oleh suami, so apa yang aku dapat sponsor kepada Iza? 


Aku cuma boleh sponsor barang-barang yang boleh recycle. Naseb baek masa aku kawen dulu poket agak tebal sebab sedang bekerja. Err.. Bukan poket yang tebal sangat, tapi nafsu yang tinggi. If boleh semua benda mahu beli, tak mahu pinjam, tak mahu sewa. So, for sure aku sponsor Iza dulang hantaran, alas dulang, and pahar untuk cucuk bunga telur kat atas pelamin. Alas dulang adalah special hand made. Bukan aku punya hand made, cousin aku of course yang pandai menjahit punya hand made. Tangan aku kan tak kreatif and tak seni, mustahil boleh jahit alas dulang tu. Silap-silap alas dulang jadi alas meja. Heks. 

Tapi kiranya memang takde lah design alas dulang yang sama di mana-mana kedai menjual accessories perkahwenan. Special, right? And one more thing, dulu masa aku kawen aku ada beli plastik bunga-bunga, angan-angannya mahu pakai untuk letak doorgift, tapi tak jadi guna. Memang nafsu tyme tu sukar dikawal. Last-last plastik bunga-bunga tu dua tahun membazir jadinya, tapi now naseb baek ada gunanya. Nahhhhhh, Iza. Ameklah plastik bunga-bunga ni untuk isi kueh bangkit. 

So, sudah 4 items aku sponsor Iza tanpa keluar modal. Bijak? Thanks :) Itu belum termasuk beli ribbon, dawai, gam, gunting, glitter, and materials untuk buat accessories hantaran. Yang ini ambil duet daripada poket suami. Itu belum termasuk aku punya glue gun yang aku kasi pinjam untuk aku gunapakai masa buat hantaran. Dulu aku kena beli sendiry, now Iza tak perlu beli. Kan sudah save!

Itu belum termasuk tenaga, masa and idea yang aku luangkan and curahkan untuk buat hantaran. Okeyy, enough. Bukan mahu berkira, tapi mahu sedapkan haty sebab tak dapat sponsor apa-apa untuk wedding Iza sebenarnya. Sorry Iza :(


By the way, wedding Iza tinggal beberapa hary sahaja lagi and for sure my sista itu sedang counting days dengan debaran bahagianya. Semuga perkahwenan mereka diberkati dan diredhai Allah SWT and semuga perkahwenan ini menjadi platform untuk mereka menjadi manusia yang lebih baek.


Aku pula sedang memikirkan tudung apa mahu pakai pada wedding day itu nanty. Tudung belum beli. Err.. Ini pun penting. Maseh tidak tahu tudung yang macam mana mahu dilaramkan hary itu. Mahu beli shawl tapi tak tahu shawl macam mana yang aku perlu beli untuk seswai dilaramkan macam yang aku imagine dalam kepala. Adek aku suruh usha dalam youtube.


Yang macam ni macam gojes jeh. Beriyanya kakak pengantin! Err..


Love & Sincere,

21 Dec 2011

44 Kg


Dear my Lovepediary,

Minggu lepas, pergi specialist untuk dapatkan konsultansi kesehatan. Saat itu juga aku baru tahu weight aku sekarang sudah 44kg. Seumur hidup ini adalah paling berat. Then bangga sekejap. Aku bukan lagi si kurus dulu yang cuma punyai berat badan tidak sampai pun 40kg (before berkahwen). Tapi bila dalam consultation session, doctor bilang memang weight cuma 44kg tapi metabolisme dalam badan macam orang gemuk. Err.. Bangga tadi kemudian hilang.

Shock! Seumur hidup tidak pernah rasa dibelenggu dengan perasaan menjadi orang gemuk. Aku adalah antara orang yang tidak pernah alami dilema bagaimana mahu kuruskan badan sebelum ini, sebab badan memang dah terlalu kurus. Runsing bagaimana mahu gemuk ada lah. Dulu-dulu paling berat dan senang haty pun pernah capai adalah 42.5kg. Zaman study. Itu yang paling berat. Waktu itu berat sudah melebihi 40kg pun sudah bangga. Tapi bila belek semula foto waktu itu, memang bulat. Tembam. Err.. Lupakan.

Okeyy. Then doctor bilang menaekkan berat bukanlah cuma dengan makan, makan, dan makan. Tapi perlulah balance dengan berat tulang, juga muscle. Then doctor advised, rajen-rajenlah exercise!

Exercise. Okeyy, exercise. Aku merupakan orang yang bukan type sukakan exercise. Sejak sekolah memang really not good in sport. Aku memang type yang tidak aktif, alasannya memang tiada bakat in sport. Bukan tidak cuba, tapi rasa macam malu sendiry bila bayangkan aksi tubuh badan aku berlari, berolahraga, membaling dan menangkap bola. Bayangkan saja orang yang tidak aktif. And seriously aku seorang yang takut bola. Tunduk malu. Then, macam mana mahu bersukan? 

That's why, that's why and that's why, as aku mentioned tadi, aku bukan type yang exercise dan bersukan ni. That's why jugalah tenaga pun tidak seberapa macam orang tak cukup makan. Sudahlah dulu-dulu tidak kuat makan, tidak aktif pula. Now mungkin sudah cukup makan tapi tak cukup exercise pula. Resultnya sama sahaja. Aku maseh seorang yang orang lihat pun sudah tahu tidak cukup tenaga. Tunduk malu lagi.

So, hendak tak hendak, now aku perlu juga ada kesedaran tentang kepentingan exercise. Actually, since dulu memang sudah tahu exercise ni penting. Tapi memang susah bercakap dengan orang yang berat tulang ni. Err.. bukan mempunyai tulang yang berat, tapi berat tulang! So jawapan kepada exercise memang sentiasa 'NO'! Malas, malas dan malas.

Tapi disebabkan sudah kena brainwash dengan doctor, then hendak tak hendak perlulah mula sedar. Until bila mahu berdegil? Sebenarnya ada juga google beberapa tips untuk tingkatkan metabolisme dalam badan. Tapi mengikut saranan doctor kepada aku cuma satu, rajen-rajenlah exercise. Aku fikir betul juga. Aku bukan mahu diet, mahu kurus seperti yang didilemakan oleh most of girlfriends. Aku perlu tambahkan tenaga dalam badan sebenarnya. 

Mungkin semaken badan berisi, semaken badan ini lemah dan tidak bertenaga sebenarnya, bukannya maken kuat. Sebab daripada foods yang dimakan everyday, cuma berapa percent sahaja yang diproses menjadi tenaga, selebihnya cuma lemak-lemak berlebihan yang tidak perlu dan harus dibuang dan dibakar. Bukan itu sahaja, tenaga melalui foods sahaja tidak cukup. Kekuatan tulang dan muscle juga perlu dititikberatkan. Barulah badan ada tenaga untuk buat kerja-kerja yang agak berat sedikit. 

Apa yang aku cuba usul dan highlightkan adalah bagaimanapun situasinya, exercise itu penting! If alasannya sebuk dan tiada masa, sebab sebuklah then exercise itu lebih perlu. When badan lebih sehat, barulah cukup tenaga untuk buat kerja yang banyak tu. Rajen-rajenlah exercise demi menjaga kesehatan tubuh badan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk jalani activity harian. 

Exercise bukan sahaja untuk orang-orang yang berbadan besar dan mahu kurus. Purpose exercise itu secara amnya adalah untuk membakar kalori, membuang lemak-lemak berlebihan di dalam badan, melancarkan pengaliran darah, membantu jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat and etc. 

Dan sebagaimana saranan doctor kepada aku, exerciselah untuk balancekan berat badan dan kekuatan tulang dan juga muscle. Pokoknya, exerciselah untuk lebih sehat.

Aku sendiry tidak sangka aku sudah perlu risaw tentang masalah berat badan. Bukan masalah berat badan sebenarnya, tapi masalah kesehatan badan. Baru 44kg. Err.. Terngiang semula semburan doctor itu hary, memang weight cuma 44kg tapi metabolisme dalam badan macam orang gemuk! Errr..

Okeyy, orang kurus or tidak berapa gemuk tidak semestinya tidak perlu exercise. Remember, exercise bukan sahaja untuk menjadi kurus, tapi untuk kesehatan. Orang gemuk mungkin perlu exercise untuk kurus dan lebih sehat. Orang kurus pula mungkin perlu exercise untuk maintain kekuatan tulang dan juga muscle, juga untuk lebih sehat. Jangan fikir orang kurus tiada lemak-lemak berlebihan yang perlu dibuang. 

Kepada mereka yang berat tulang seperty aku, or yang mengatakan gemuk ataw kurus itu tidak penting, or yang maseh belum boleh sedar lagi tentang kepentingan exercise, try cari reason untuk diri sendiry why exercise itu penting. Hendak tak hendak, perlu cari reason untuk sukakan exercise. 

Cari saja apa-apa reason. Asalkan menaekkan semangat untuk exercise. Aku sudah jumpa. Bukan sahaja untuk balancekan penambahan berat badan dengan berat tulang dan muscle seperty yang aku ceritakan tadi, tapi ada purpose laen yang lebih penting untuk aku. For sure, semuanya adalah relate dengan kesehatan. Then, automatically, kita sudah menjalani gaya hidup yang sehat sebagaimana yang sepatutnya. Percayalah, exercise itu penting!

Ehem. Since dibrainwash oleh doctor tempoh hary,  then weekend yang lepas baru satu kali aku pergi ke hutan bandar untuk jogging. Err.. Maseh berat tulang!


Love & Sincere,

15 Dec 2011

Dilemma Kau

Dear my Lovepediary,

Dilemma Kau? Tiada special title. Tiada kena mengena dengan aku sekarang. Cuma buat kau yang mungkin ada tertanya di dalam haty, walawpun soalan itu salah. Buat kau yang need jawapan, walawpun kau tak pernah realize yang kau perlukan jawapan, or kau tak pernah realize yang kau pernah tertanya. Ini buat aku dulu. Dan sekarang mungkin ini buat kau.

Dulu-dulu, pernah terbaca ini. 

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui sedangkan kamu tidak." (Al-Baqarah:216)

Baru-baru ini, terbaca ini pula. 

Bila Allah tidak memberi  kamu seseorang yang kamu impikan, semuga Allah menghadirkan seseorang yang memimpikan kamu. Bila Allah tidak memberi kamu seseorang yang kamu rindukan, semuga Allah menghadirkan seseorang yang merindukan kamu. 

Bila Allah tidak memberi kamu seseorang yang kamu dambakan, semuga Allah menghadirkan seseorang yang mendambakan kamu. Bila Allah tidak menyatukan kamu dengan seseorang yang kamu cintai, semuga Allah menghadirkan seseorang yang mencintai kamu.

And ada orang-orang yang bilang,

Just because it's not what you were expecting, doesn't mean it's not everything you've been waiting for. 

The happiest of people don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything that comes along their way. 

Everything is alright in the end. If it's not alright, then it's not the end.

Do remember remember remember. Allah sentiasa akan beri yang paling istimewa, buat kau and kita semua. Itu pasti.

End.

Love & Sincere,

13 Dec 2011

Serius Nightmare !


Dear my Lovepediary,

Nightmare. Malam tadi aku alami nightmare itu lagi. Serius nightmare. Padahal aku sudah tidak mahu ingat lagi. Padahal aku sudah buangnya jauh-jauh. Serius. Seumur hidup aku tidak mahu lalui hal seperty itu lagi. Serius tak mahu. Padahal aku fikir aku sudah lupakan. Padahal aku fikir aku sudah berani hadapinya in case ia datang lagi ke dalam lyfe aku. Ya, lyfe aku. Tapi malam tadi ia datang menyergah baru dalam mimpi pun aku sudah cuak kembali. Serius. Aku maseh trauma dengan kesaketan jiwa pada masa lampau itu. Saket jiwa yang agak kronik juga dulu. Tapi itu dulu.

Degup jantung bertambah laju sedikit. 

****!

Aku fikir aku sudah dapat develop lebih keberanian. Aku fikir aku sudah dapat kembalikan keyakinan diri. Rupanya maseh mampu disergah, dicuit. Maseh goyah. Sukar. Memang sukar mahu keluar daripada penjara kelemahan diri sendiri. Sukar. Sungguh sukar.

Aku perlu cuba lagi.

Kecewa. 

Dea cuma manusia biasa. Tapi ternyata berjaya menguasai perasaan aku, jiwa aku, emosi aku, jalan fikiran aku. Ini negatif. Ini salah. Aku tak boleh biarkan. Mana boleh. Aku tak boleh biar.


...........


"Ya Allah ya tuhanku, aku mohon Kau ampunkanlah dosa-dosaku dan orang-orang yang pernah cuba menindas(menganiaya)ku. Aku mohon Kau tunjukkanlah jalan yang sepatutnya kepada kami.  Dan aku mohon Kau bantulah kami untuk atasi segala kelemahan dalam diri kami. Sesungguhnya Kau yang lebih mengetahui sedangkan kami tidak."

Amin.



Love & Sincere,

9 Dec 2011

Bukan Orang Penting


Dear my Lovepediary,

Aku sedar aku bukan orang penting. Ada dan tiadanya aku tiada beza. Aku cuma diperlukan saat sudah tidak ada pilihan yang laen. Aku adalah pilihan terakhir.

Aku sedar aku bukan orang penting. Bila ada dea, kau pinggir aku. Bila tiada dea, baru kau cari aku. Bila kau bosan, kau cari dea. Selepas itu baru kau cari aku. Bila kau mahu ketawa, kau cari dea. Bila kau mahu menangis, baru kau cari aku.

Kau beritahu dea. Banyak kau tak beritahu aku. Kau beritahu aku. Tapi hal itu sudah terlalu lama dea kau beritahu.

Aku sedar aku bukan orang penting. Kewujudan aku, haty aku, perasaan aku, semuanya tidak penting pada kau. Tidak pernah kau ambil tahu. Tidak pernah kau ambil pusing.

Aku sedar aku bukan orang penting. Tapi jangan guris haty aku. Mungkin kau tidak sedar. Tapi hakikatnya aku memang terluka, terguris, tercarik haty aku dengan perbuatan kau.

Maaf memang aku pernah lukakan haty kau juga. Tapi seingat aku cuma sekali. Sebab waktu itu aku marah kau semacam cuba pergunakan kelemahan aku. Aku kecewa. Tapi selepas itu aku menyesal. Sungguh. Aku rasa aku tak pernah buat lagi. Sebab aku betul-betul menyesal.

Tapi kau banyak kali kecewakan aku. Mungkin pada fikiran kau aku tak dapat baca. Mungkin pada kau itu tak memberi makna apa-apa. Mungkin kau fikir aku buta. Tidak. Aku cuma pura-pura tidak melihat. Sebab aku cuba tepis semua perasaan bodoh semacam ini. Tapi kau kecewakan aku lagi. Pada satu situasi hal itu tak dapat ditutup lagi. Aku semaken sedar aku bukan orang penting.

Mungkin, tanpa aku sedar aku juga sudah kecewakan kau banyak kali. Mungkin. Sebenarnya kadang-kadang aku sedar, tapi semuanya di luar kemahuan dan kehendak aku. Tapi kau seperty tiada perasaan saket haty atau terlalu kecewa terhadap aku waktu itu. Aku jangka kau faham aku. Mungkin kau sudah maafkan aku sebab kau benar-benar faham situasi aku. Tapi itu yang aku fikir. Mungkin juga kau sembunyikan perasaan marah dan kecewa kau. Jika benar, maaf. Atau aku saja yang terlalu sensitif?

Tapi jika ada pun, kecewa kau dan kecewa aku laen. (Egois). Kecewa aku, aku merasakan aku bukan orang penting. Aku memang tidak pandai menjadi hebat di mata kau. Tapi sekurang-kurangnya jagalah perasaan aku. Kenapa aku perlu kesahkan semua ini? Mungkin relationship kita penting. Atau, mungkin kau agak penting bagi aku. Luluh.

Jika aku memang pernah kecewakan kau, maaf. Tapi aku yakin kau tidak pernah rasa kecewa seperty aku. Egois lagi. Bukan maksud aku siapa yang lebih kecewa siapa yang kurang. Tapi kecewa seperty aku memang melelahkan. Aku sudah rasa. Saket. Aku yakin, jika kau kecewa pun, kau ada dea. Jika aku kecewa, aku ada siapa? Aku cuma diam. Kau ataw dea memang ada. Tapi aku rasakan seperty tiada. Jadi, aku cuma diam.

Hujung-hujungnya, aku memilih untuk diam. Jangan salahkan aku.

Tapi, mungkin juga kau tak perasan pun aku cuba diam. Sebab aku bukan orang penting.


Love & Sincere,

6 Dec 2011

Bangkit Dari Jatuh


Dear my Lovepediary,


Merancang kehidupan tidak mudah, apa lagi mahu merealisasi impian. Kita mampu berangan-angan, realitynya belum tentu mampu digapai.

Aku mahu mempercepat masa. Aku mahu menutup mata, berhenti berfikir buat seketika. Dan apabila aku terjaga, aku mahu lihat segalanya berubah. Aku sudah bangun dengan jiwa berani. Aku mahu bangun dengan aku yang baru.

Aku dikejutkan dengan alarm yang berbunyi, dan aku tahu aku bukan bermimpi. Segala yang berlaku adalah reality. Aku tidak boleh terus berdiam, tidak boleh terus meratap seolah hidup telah berlaku tidak adil terhadap aku. Tidak boleh. Sukar atau mudah aku perlu bangkit. Aku perlu juga menjalani hidup. Cukuplah dengan segala lelah dan keperitan yang sudah lepas. Hidup perlukan kekuatan. Hidup menuntut kesabaran yang lebih daripada yang normal. 

Aku mula berjalan perlahan-lahan. Terasa berat kaki melangkah. Kerna setiap langkah terasa bagai memijak duri yang tajam. Bagai berjalan di atas bara api, bagai berjalan di atas pecahan kaca.

Kenapa aku ini? Memang waktu lepas ada yang hitam, memang masa hadapan menakutkan. Tapi aku tidak boleh biar kegelisahan semalam menerbit kegusaran untuk bertemu hary esok. Aku sedar aku perlu berpijak di bumi yang nyata. Tiada guna protes pada kesukaran. Kerna, kebiasaanya tiada kejayaan yang tidak disertai kepayahan.

Kekeliruan itu normal. Kekecewaan juga normal. Biarpun luka semalam maseh terkesan, kehidupan tidak perlukan sesalan, yang ada hanyalah pelajaran. Hari kian mendewasakan. Impian maseh perlu digapai.

Persoalannya, adakah impian semalam maseh sama dengan impian pada hary ini?

Errr.. Mula kabur semula. Lupakan.


Love & Sincere,

3 Dec 2011

Lega

Dear my Lovepediary,

Alhamdulillah.

Bila sesuatu keputusan berat telah berjaya diambil dan bila sesuatu pilihan sudah dibuat. Lega. Sesudah mengkaji baek dan buruk, sesudah berfikir dalam-dalam, sesudah bertanya pandangan ramai orang, akhirnya dapat juga merasa lega. Eventhough belum dapat jawapan terhadap keputusan tersebut, sekurang-kurangnya sudah boleh pause berfikir sekejap. Satu hal sudah boleh letak ketepi dulu. 

Sekurang-kurangnya sudah make a move, sebagaimana nasehat seorang teman. Sekurang-kurangnya first step sudah terlaksana. Tinggal menunggu jawapan. Tinggal sandarkan pilihan dan keputusan tersebut kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaek buat hamba-hambaNya.

Harap-harap keputusan dan pilihan kali ini tepat. Harap-harap apa pun rintangan selepas ini dapat dihadapi dengan kuat dan tabah. Harap-harap selepas ini segala urusan dipermudahkan. Harap-harap ini titik permulaan kejayaan.

Tiada apa lagi hendak diharap. Cuma kebaikan dan keberkatan, juga pimpinan dan perlindungan daripada Allah SWT untuk meneruskan kehidupan, untuk menghadapi segala macam pancaroba dunia. Hidup memang agak sukar, tapi orang kata ada jalan untuk merasa mudah sedikit. Asalkan minta Allah tunjukkan jalannya. Asalkan sentiasa mohon petunjuk dan perlindunganNya. Asalkan ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi hamba-hambaNya. Allah sentiasa akan bantu jika kita mohon padaNya. Insyaallah.

Tapi sebenarnya, ada perasaan guilty yang tersembunyi di sebalek rasa lega ini. Truly berharap dapat meyakinkan semua orang terhadap keputusan kali ini. Tak apa. Nanty aku fikirkan.

Maseh perlu runsing. Tapi tidaklah serunsing dulu. Semuga jalan yang dipilih kali ini benar-benar dipermudahkan. Tapi, baru buat pilihan. Resultnya still unknown. Haih! Belum apa-apa dah nak rasa lega dan neves. 

Err.. Sebenarnya maseh perlu runsing.

Love & Sincere,

2 Dec 2011

Letters to Juliet


Dear my Lovepediary,





Love & Sincere,

1 Dec 2011

Hello December !

Dear my Lovepediary,


Hello December!
I hope today will be happier than yesterday,
And tomorrow will be happiest than today.
December,
You sounds great!
I hope everything will be great.

I just wanna make sure 2011 has a meaning for me.
Not only my bitter memories. 
I don't want to remember that.
I really want to erase all away.
And I truly want to heal the wounds.
December,
Please help.

Love & Sincere,