29 Feb 2012

Maaf Mungkin Aku Tiada Di Sisi

Dear my Lovepediary,

Bila aku tolong, akulah kawan. Bila aku bantu, akulah sahabat. Akulah teman sejati. Akulah orang yang paling memahami. Sebab orang laen tiada yang mahu atau boleh bantu. Kau bilang, akulah yang paling kau sayang. Kau kata jasa aku akan kau kenang sampai bila-bila. Mana boleh lupa. 

Ada yang sempat bilang, "Bila kau susah, jangan lupa cari aku."

Aku senyum.  

Masa pun berlalu sehari demi sehari. Sekarang aku susah.

Bila aku susah, aku tertanya-tanya juga. Di mana mereka? Di mana orang-orang yang mengatakan bahawa kita kawan? Di mana mereka yang menganggap aku sahabat? Di mana mereka yang mengangkat aku sebagai teman sejati? Di mana kau yang pernah mengatakan sayang?

Aku bersedih-sedih sendiri dalam hati. Tidak mahu pergi terlalu jauh. Cepat-cepat aku lupakan. Dulu kan aku katakan aku ikhlas. So, mana boleh hari ini aku ungkit malah minta balasan? Sudahnya, aku telan sahaja segala-gala yang pahit.

Sekejap itu, cepat aku ubah fikiran. Aku tertanya-tanya pula, adakah mereka juga sedang susah? Apakah kesusahan mereka? Adakah mereka juga sedang tertunggu-tunggu seperti aku? Tercari-cari siapa-siapa dan entah di mana-mana?

Maaf aku tak mampu untuk bertanya. Aku takut aku tak mampu bantu. Aku mula berteka-teki sendiri. Aku buang jauh-jauh rasa jauh hati aku tadi. Mula rasa bersalah sebab berfikir yang tidak-tidak. Entah-entah mereka sedang menangis sedangkan aku langsung tidak tahu. Maaf aku tiada di sisi kau. Maaf aku tidak datang membantu. Maaf aku tidak tahu.

Tapi. 

Jauh-jauh dalam hati. Aku juga takut kecewa jika aku tahu kau rupanya sedang ketawa. Kau gembira berlari dengan kebahagiaan yang sudah kau kecapi. Tapi kau lupa untuk pimpin tangan aku bersama. Malah, kau sudah lupa aku siapa. 

Paranoid.


Love & Sincere,

28 Feb 2012

Cobalah. Rindu Laguan Dulu

Dear my Lovepediary,

Last Sunday, lepas bosan-bosan round Jusco Tebrau, mulalah pergi asah bakat di Suara OK, Danga Bay untuk release tensi. Suddenly terjumpa lagu Cobalah by Seventeen. Ingat mahu nyanyi tapi music start suara langsung tak keluar. Rupanya bila aku ingat-ingat, aku memang tak tahu pun lagu ni. 

Ingat-ingat semula, dulu waktu zaman gadis. Errr. Zaman study di UiTM, zaman lepak-lepak dengan girlfriends di Computer Lab bila tak ada kelas. Aku google wording Cobalah by Shaden, then masa tu lah terjumpa wording Cobalah by Seventeen. Baca dan baca, terus jatuh hati dengan wordingnya. Sepantas itu juga aku terus taip sms wording tersebut, immediately send kepada boyfriend. Zaman bercinta. Hah!

Cobalah untuk menduakan aku
Dan kau kan rasakan setianya diriku
Cobalah untuk mendustai aku
Dan kau kan mengerti kejujuran hatiku
Dan bila nanti kau pun tahu
Ku bukan terbaik untukmu
Lepaskan aku
Lupakan aku
Dan jangan pernah engkau ragu


Dan jika esok kau pun tahu
Aku yang terbaik untukmu
Cintai aku
Sayangi aku
Seperti ku menyayangimu

Cobalah untuk meragukan aku
Dan kau kan pahami ketulusan cintaku
Cobalah untuk menjauhi aku
Dan kau kan resapi
Kau dekat di hatiku


Baru tadi aku cuba mahu dengar lagu ni. Cari-cari dalam youtube. Mana tahu nanti bila-bila boleh asah bakat lagi. Errr. Lagunya tak seindah wordingnya. Serentak itu, terus terindu untuk mendengar Cobalah - Shaden.

Seandainya aku bisa
Memberikan yang kau mau
Apa mungkin cinta itu
Kan menjadi milikku saja
Apa mungkin 
Seandainya ku berubah
Seperti yang kau harapkan
Apa mungkin takkan ada
Persoalan yang terjadi
Apa mungkin


Cobalah menerima baik atau buruknya diriku
Mampukah kau menahan di saat aku sedang jatuh
Cobalah, cobalah lihat aku
Lebih dari semua ini

Bisa saja ku biarkan
Kau tak tahu tentang aku

Tapi pasti menyakitkan
Karena ini bukan aku
Bukan aku


(Aku cari Vid Cobalah - Shaden. Tak jumpa. Serious dah lama tak dengar Shaden). Seriously. Rindu musik dan lagu-laguan sewaktu zaman gadis. Hah!


Love & Sincere,

27 Feb 2012

Registration. Mess Into Smile Today

Dear my Lovepediary,

Everything was a mess today pada awalnya. Aku mula keluar rumah bertemankan Suami menuju ke UTM untuk tujuan registration sebagai student baru lebih kurang jam 230pm. Destinasi pertama adalah Bangunan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) untuk tujuan pendaftaran. Tapi soalan aku adalah bagaimana aku mahu menukar mode study daripada full tyme student sebagaimana dalam offer letter kepada part tyme student. Okeyy, sesudah nama dan details info aku di-key-in, encek kaunter meminta aku untuk buat pertukaran mode study di bahagian akademik, SPS. 

Then pergi ke situ, duduk menunggu nombor giliran dipanggil, then puan kaunter pula kata just ambil borang di situ, isi form, dapatkan pengesahan fakulti then datang ke situ semula untuk submit borang. 


Okeyy, fakulti. Sesudah borang lengkap aku isi, aku mula bergerak ke FKA. Sampai di bangunan FKA, tak tahu pula di mana office fakulti. Then tanya seorang puan entah student entah lecturer, tapi aku nampak dea muda. Rupanya office fakulti bukan di building yang sedang aku berdiri. Haih! Aku betul-betul belum biasa dengan selok belok UTM ni. Ada berapa banyak building FKA? Masalahnya maseng-maseng bukan bersebelahan. Dalam hati, boleh ke aku survive kat sini nanty ni?

Okeyy, just cut it short. Aku pergi ke building sepatutnya, yang pastynya bukan bersebelahan building yang tadi (Tak puas hati). Aku cari-cari di mana office fakulti. Building tu nampak senyap je. Confuse juga. Bukan sepatutnya ramai students or ada seorang dua lecturer yang lalu lalang ke? Okeyy, sekejap lepas itu mungkin ada satu kelas yang baru tamat kuliah. Then baru nampak students & sorang lecturer lalu. Aku tanya sorang student perempuan kat situ, kat mana office fakulti? After dea kasi direction lebih kurang, then aku dengan agak beriya jugak laa terus menuju sebab jam sudah 415pm. 

Sampai-sampai, tengok sticker di pintu office tutup hingga jam 430pm. Ohh, lega maseh sempat. Tapi tarik pintu tak boleh buka. Tolak pun pintu tak bergerak. Suddenly baru perasan ada notice office ditutup dari 27/02/12 until 28/02/12. Sebarang urusan hanya boleh dibuat mula pada 29/02/12. Okeyy, that's it. Told ya, everything was a mess.

Hati aku mula tak senang sebab registration baru half way finished. Kelas padahal dah start lebih kurang seminggu yang lepas. Tapi aku daftar subject pun belum. Aku tengok muka-muka students kat situ especially yang bukan daripada Malaysia, tambah kusut pulak aku rasa. Dalam kereta aku mengomel-ngomel entah salahkan siapa.

(If aku tekad register part tyme 14hb itu hary, confirm semuanya dah settle. Fikir punya fikir pasal interview kerja yang bergantung tak bertali tu, sekarang baru terhegeh mahu register. Errr)

Lepas singgah cuci kereta di Taman U, kami singgah Jusco Taman U semata-mata Suami mahu beli Kreko. After that, Suami belanja Triple Cheese Burger McDonald disebabkan aku yang tak sempat nak lunch tengahari tadi. And just lyke that, barulah aku boleh tersenyum semula. Baru terasa hidup hari ini bermakna. Lupa dah semua kekusutan siang tadi.


Love & Sincere,

24 Feb 2012

Aku Mahu Terbang Lebih Tinggi

Dear my Lovepediary,



Bintang di langit. Serius mahu aku gapai. 
Bisa kesampaiankah?

Love & Sincere,

23 Feb 2012

Sampai Bila?

Dear my Lovepediary,

Aku bosan bercakap tentang kegagalan. Aku penat bercakap tentang kejatuhan. Aku lelah berlagak tenang. Lelah memalsukan kekuatan. Padahal hati aku lemah.

Akal aku cepat-cepat marah bila hati aku mula berkata begitu. Tidak boleh merungut. Tidak boleh. Protes? Apa guna? Aku mengeluh perlahan. Sangat perlahan. Ahh, mengeluh pun mana boleh.

Cuma. Kadang-kadang aku tertanya-tanya, sampai bila aku boleh bertahan begini? Menahan rasa ini? 

Sampai bila? 

Persoalan.


Love & Sincere,

21 Feb 2012

Melihat, Mendengar Dan Alami Itu Perasaan Berbeza

Dear my Lovepediary,




Sumber: Robot Kuning



Love & Sincere,

20 Feb 2012

Weekend, Pasar Karat Dan Layang-Layang

Dear my Lovepediary,

Hujung minggu yang lepas, Sabtu malam Ahad, aku dan Suami pergi ke Pasar Karat, sekadar mengisi kelapangan masa yang ada. Sekitar jam 11pm kami sampai, sudah ramai manusia yang sedia ada di sana. Maseng-maseng memenuhi agenda hujung minggu maseng-maseng. Aku. Laen yang aku cari, laen yang aku dapat.

My new adorable bags from Pasar Karat. Tq Encek F!
Aku tidak materialistik. Aku juga bukan orang terkenal yang perlu tampil dengan mengenakan pakaian dan barangan berjenama sahaja setiap masa. Yang macam ini pun sudah boleh buat aku tergoda. Tak mahal yet style enough, pada aku. Ini sudah cukup untuk aku. Pandangan orang aku tidak hirau, asalkan aku suka.

End tentang Pasar Karat. Esoknya, Ahad, cadang Suami mahu maen layang-layang di Hutan Bandar MBJBT, Mutiara Rini. Tapi pagi-pagi lagi cuaca mendung sahaja selepas hujan renyai-renyai. Kami pergi juga, jogging sambil cuci-cuci mata agaknya. Penat jogging, angin maseh tak ada sebab lepas hujan. So, cancel maen layang-layang. Next tyme mungkin.

Terbang

Love and Sincere,

17 Feb 2012

Lagu Kegemaran Dan Secret Admirer

Dear my Lovepediary,

"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu. Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu. / Sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu."

"Pinjamkan hatimu. Agar dapat aku tunjukkan cintaku. Moga engkau tahu semua kasihku hanya untukmu. Setiap rinduku nyata padamu. / Bicaralah hati tentang kita. Bicaralah hati untuk selamanya."

"Selepas hujan nanti kan nyaman. Sesudah ribut pastikan tenang. Setelah sukar juakan senang. Lumrahnya. / Mundar mandir. Congak resolusi. Kemana haluan hidup ini. Terus tercari-cari."

Bait-bait lagu kegemaran belum puas aku dengar. Tapi yang paling terkesan untuk aku dalam-dalam adalah bait lagu terakhir, Selepas hujan nanti kan nyaman. Sesudah ribut pastikan tenang. Setelah sukar juakan senang. Lumrahnya... Mundar mandir. Congak resolusi. Kemana haluan hidup ini. Terus tercari-cari. 

Mungkin maseh ada sesuatu yang aku maseh tercari-cari membawa aku hingga ke hari ini. Kegagalan maseh belum mampu aku tebus. Aku maseh perlahan-lahan melalui jalan hidup ini yang aku tidak nampak apa yang ada untuk aku di depan. Aku tahu apa yang aku cari, cuma belum jumpa jalan yang perlu aku tuju. Tak apa, aku cuba perlahan-lahan.

Cukuplah. Aku bukan mahu menjual kesedihan apalagi menagih air mata. Jauh sekali. Susah aku, untuk aku. Susah kalian, sah-sah aku tidak tahu.

Suatu waktu aku pernah bilang pada diri sendiri, Kegagalan dalam sesuatu perkara bukan bererti gagal seluruhnya. Allah turunkan ujian dalam pelbagai bentuk, Allah turunkan rezeki juga dalam pelbagai cara. Usah jemu meminta disamping usaha. Usah jemu.

Apa pun kesusahan yang datang, tetaplah cuba bertahan. Jangan putus asa. Jangan patah semangat. Jangan memandang kegagalan itu negatif semata-mata. Ahh, maseh belum jemu aku memotivasi diri sendiri.

Sambil mengubat kerisauan hati, almost setiap hari aku cuba menyelami kesah hidup dan isi hati orang laen. Mungkin membaca kesah-kesah gembira orang laen bisa membantu aku melupakan apa yang asyik aku runsingkan. Membaca kesah sedih orang laen pula mungkin boleh menginsafkan aku dan buat aku sedar kesusahan setiap orang tidak sama.

Blog Shawn Razaleigh salah satu blog kegemaran yang selalu aku tertunggu-tunggu new postnya. Serious kelakar untuk aku. Ini adalah blog yang aku sudah pernah 2 kali khatam daripada first entry to the last. Tetap ketawa. Tapi aku tak pernah komen, sebab blog Shawn sudah ramai sangat peminat yang berebut-rebut mahu komen. So aku ambil langkah menjadi silent reader sahaja, tapi peminat setia. Serious setia. Sayangnya, Shawn tak selalu update entry. Terpaksa aku baca entry-entry lamanya bila aku rindu untuk ketawa. Tetap aku ketawa.

Ada lagi blog yang aku selalu cari setiap kali aku login. Blog Rima, My Little Diary tak ketinggalan sebagai sebuah blog yang aku sangat suka baca. Waktu awal-awal aku kenal blog ini juga, aku pernah click satu-satu membaca entry-entry lama dalam blog Rima. Semuanya interesting pada penerimaan aku. Tapi seingat aku, aku tak habes baca kesemuanya, sebab terlalu banyak. Hujung-hujungnya, aku cuma baca setiap kali Rima post new entry. Cerita Rima kebanyakannya simple tapi seperty menyampai seribu erti. Banyak yang tersirat, banyak yang tersembunyi.

Blog Sampah pula adalah blog seorang Pakcik yang agak baru juga aku kenal. Selalu juga aku datang visit untuk baca entry-entry yang dea bebel-bebelkan. Sejak mula aku kenal blog ini. selalu juga aku komen. Mungkin idea sentiasa datang setiap kali aku baca entrynya. That's why aku komen. Kadang-kadang komen  aku tak ada kena-mengena pun dengan entrynya. Selalu aku komen, kadang-kadang aku komplen juga. Sebenarnya Pakcik, kau mengingatkan aku kepada seorang bestfriend aku waktu aku 18 tahun dulu, Kambing.

Aku tak lupa untuk selalu singgah blog Puan Gojes. Blog yang belum begitu lama juga aku kenal. Puan Gojes cuma share hari-hari dalam hidupnya yang dea lalui. Cara penulisannya simple, berjaya menarik aku untuk ambil tahu apa saja yang dea mahu kongsi. Eventhough kami langsung tidak saling kenal, tapi aku sudah anggap dea macam kawan. Selalu sahaja aku mahu Say Hi di Fiboxnya.

Ahh, hampir aku terlupa. Blog seorang kawan aku masa sama-sama belajar di UiTM dulu. Kawan yang pada awalnya cuma merempat di bilek hostel aku, but now dea adalah salah seorang kawan yang sangat berguna. Ain adalah orang yang bertanggung jawab selalu memotivasi aku, memberi kata-kata semangat saat aku jatuh, memberi kata-kata perangsang saat aku mula untuk putus asa.

Ain, Ain. Aku selalu kalah dengan kata-kata semangat kau. Kata-kata motivasi kau buat aku selalu lebih kuat untuk bangun. And kau selalu semacam faham setiap kata kiasan aku yang cuba sembunyikan kesedihan. 

Blog The Day Ain tak lupa untuk aku visit selalu. Kenapa? Sebenarnya aku cemburu. Cemburu sebab dea seorang Writer. Salah satu cita-cita aku waktu dulu yang sampai saat ini tak kesampaian. Ahh, memanglah tidak kesampaian. Aku belajar dulu bidang apa? Career sekarang pun terumbang-ambing entah ke mana hala tuju. Rasanya jauh sekali untuk aku capai impian jadi seorang Writer. Sebab itu aku selalu baca blog Ain. Rasa cemburu aku buat aku mahu tahu apa yang Ain lalui dalam hidupnya sehari-hari.

Ain, aku bangga dengan kau. Sekarang Vanilla Coklat, esok-esok apa pula? Ain, aku jealous.

Yurp! Aku adalah Secret Admirer blog mereka. Err.. Secret maksud aku ada yang aku suka baca diam-diam, ada yang aku selalu berinteraksi dengan mereka pun, tapi kami langsung tidak saling kenal. Kes Ain, dea memang kawan aku. Tapi mungkin dea tidak tahu aku suka dan selalu baca blognya.

Actually, ada beberapa lagi blog yang aku suka baca. Tapi aku rasa better stop here, sebelum aku hilang fokus. Aku mahu sambung mendengar lagu-lagu kegemaran dulu.

Love & Sincere,

16 Feb 2012

Kerinduan Membuak-Buak

Dear my Lovepediary,

Dua minggu lamanya aku tidak menulis sebelum ini. Seminggu yang awal pula membaca pun aku tidak sempat. Sebuk dengan hal femely.

02 February 2012 aku pulang daripada kampung di Terengganu ke KL, rumah Mak Abah mertua. Malam sebelum pulang, kami tidur di rumah Abang di Kerteh. Dalam perjalanan pulang, aku maseh mendoakan kesejahteraan Tok Ki We yang maseh di dalam ICU dan belum sedarkan diri.

Aku dan suami stay di KL until Selasa, 07 February 2012 menghabeskan cuti hingga Thaipusam. Sempat kami pergi ke rumah Kak Rina di Kundang, rumah Abang Shah di Tanjung Karang, juga sempat visit Pak Andak yang maseh belum sehat di Gombak.

Purpose ke rumah Abang Shah, sebab Kak Ijan teringin sangat mahu makan Nasi Ambeng di area rumah Abang Shah. Okeyy, aku suka environment warong Ibu Nasi Ambeng tu. Apa yang lebih menarek, on the way pulang ke Ampang daripada rumah Abang Shah, kami singgah lunch di Restoran Lembah Bernam. Then first tyme aku mencuba daging landak dan daging pelanduk. Pengalaman. Ahh, terlalu banyak tentang makan aku mahu cerita bila dengan femely suami. Rugi tank aku tidak sebesar mana.

Lebih rugi sebab sejak-sejak demam beberapa minggu lepas, selera makan aku semacam hilang entah ke mana. Setiap makanan yang aku suap semacam tiada nikmat. Tekak macam susah mahu terima. Rugi. Macam mana ya mahu tambah selera makan? Selalu juga aku bertanya pada diri sendiri.

Selebihnya, lepak di KL banyak juga aku habeskan masa jadi babysitter hero-hero Kak Ayu. Si kembar Aked Ikhwan dan Adam Zakhwan serasanya serasi juga dengan aku. Mendukung, memangku, memberi susu botol, mendiamkan mereka bila menangis, dan menzikirkan mereka untuk tidur banyak kali buat aku maken membuak-buak mahu own cahaya mata. Ya Allah, cepatlah perkenankan kemahuanku ini.

07 February 2012 around 430pm aku dan suami gerak pulang ke JB. Rindunya Johor Bahru! Aku sudah order awal-awal dengan suami mahu pulang awal, supaya aku sempat singgah rumah Mak Abah di Taman Perling. Seminggu bercuti di Terengganu & KL macam setahun aku rasa tak balek Johor Bahru, tak jumpa Mak Abah. Tapi hujung-hujungnya, jam 430 petang juga kami bertolak pulang. Tak apalah, asalkan suami sudah cuba fahamkan aku situasinya.

Yurp, aku totally faham. Kami balek KL pun bukan selalu. Aku faham kerinduan seorang anak pada Mak Abahnya, kerinduan seorang adek dan abang kepada adek-beradeknya, juga kerinduan seorang pakcik kepada anak-anak buahnya. Yang penting, aku faham kerinduan suami aku untuk berkumpul dan menghabeskan masa dengan seluruh keluarganya.

Sebab aku pun kalau boleh every weekend mahu semua adek-beradek aku pulang dan berkumpul di Taman Perling, di rumah Mak Abah. Alhamdulillah setakat ini tiada yang tinggal jauh kecuali  adek aku, Ain yang sedang belajar di UiTM Segamat. Now giliran Ain. Dulu-dulu aku juga pernah tinggalkan femely selama 5 tahun setengah masa study di Shah Alam. After that Iza yang study di UUM Kedah. Then Alus yang study di KPTM, Batu Pahat. Uwie je dulu yang study tak jauh, dalam Johor Bahru juga. Lepas ni adek bongsu aku, Akim entah study di mana pula.

So aku memang selalu mahu berkumpul dengan femely, lebih-lebih lagi rindu dengan anak-anak buah gedik dua orang tu, Fatin & Fasha (Dedek). Hm, seminggu aku di Terengganu & KL, balek sahaja JB terus rindu membuak-buak dengan budak dua orang tu. Macam setahun tak jumpa.

Tiba-tiba teringat gambar ini, dan baru terfikir mahu letak gambar mereka.

Masa Shopping Raya last year

Fatin and Dedek Kesayangan

Now dah agak puas jugalah lepaskan rindu terhadap mereka. And lyfe kembali kepada normal.

Love & Sincere,

14 Feb 2012

Kadang-Kadang Kita Tidak Menjangka

Dear my Lovepediary,

Isnin, 30 January 2012 semasa sedang makan malam dengan suami, suami dapat call daripada mak dea merangkap mak mertua aku. Mak beritahu Tok Ki We accident. Terkejut. Kasihan. Sebab orang tua accident naek motosikal dilanggar kereta. Pemandu kereta pula terus larikan diri hilang entah ke mana. Naseb baek ada orang-orang kampung yang nampak and hantar Tok Ki We ke hospital. Esoknya  31 January 2012 pagi-pagi suami terus apply EL. Kami gerak ke KL pagi itu. Mak abah mertua and Alang half day kerja. Sekitar jam 4pm kami bertolak berlima daripada KL balek Terengganu, kampung suami, juga tempat tinggal Tok Ki We.

Suami aku dulu ada cerita Tok Ki We adalah ayah angkat abah mertua, yang menjaga abah mertua aku masa kecil. Actually Tok Ki We adalah pakcik abah mertua, tetapi kerana terlalu sayangkan abah mertua aku, then dea ambil abah mertua aku jadi anak angkat. That's why relationship mereka special & abah mertua sangat sayangkan Tok Ki We and arwah Tok Yam, isteri Tok Ki We dulu.

Kami sampai Terengganu entah aku lupa jam berapa. Tapi nyatanya kami sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah sekitar jam 10pm. Petang itu Abang yang tinggal di Kerteh pergi dulu ke hospital visit and tengok condition Tok Ki We. Abang telefon beritahu Tok Ki We seperti sudah tidak ada nadi. Aku tak dapat imagine apa perasaan mak, abah & semua femely belah suami. Apa yang aku dapat fikir, tentu semua sedang bersedih dan takut kehilangan Tok Ki We. Aku yang tidak begitu rapat dengan Tok Ki We kerana baru beberapa kali pulang ke Terengganu since berkahwen 2 tahun lepas pun dapat merasa kesedihannya. Apatah lagi mereka yang sangat-sangat menyayangi dan mengasihi Tok Ki We.

Sampai di hospital jam 10pm, sudah ramai saudara-mara belah suami ada di sana, especially anak-anak & cucu-cucu Tok Ki We. Ada yang sedang bacakan surah Yasin di tangga. Tok Ki We maseh dalam ICU, maseh belum sedarkan diri, maseh koma. Waktu melawat sudah habes absolutely. Kami tidak dibenarkan masuk untuk melihat Tok Ki We sama sekali. Then staff di situ beritahu Tok Ki We perlu jalankan operation di bahagian kepala malam itu. Aku, suami, mak abah mertua dan Alang yang baru sampai minta permission untuk lihat Tok Ki We sekejap.

Then mereka bilang Tok Ki We akan diusung ke bilek pembedahan sebentar sahaja lagi. So, sesiapa yang mahu jumpa Tok Ki We boleh sama-sama usung Tok Ki We ke bilek pembedahan. Okeyy, kami cuba rileks. Mak Abah berbual-bual dengan saudara yang laen tentang condition Tok Ki We sambil menunggu Tok Ki We keluar daripada bilek ICU. 

Lebih kurang jam 1130pm baru Tok Ki We dikeluarkan dan kami sempat tengok sekejap keadaannya. Sayu sungguh melihat orang tua terbareng tidak berdaya. Tok Ki We maseh pejamkan mata. Kami hantar Tok Ki We sampai ke lif dan terus kami turun ke bilek pembedahan di Tingkat 1 menerusi tangga. Kami duduk berkumpul di tempat menunggu di hadapan bilek pembedahan. Kami tunggu Tok Ki We keluar sambil aku doakan Tok ki We akan selamat jalani pembedahan. Doktor inform keadaan Tok Ki We sangat kritikal. Dengan pembedahan pun keadaan Tok Ki We selepas itu akan 50-50 sahaja. Tanpa pembedahan lagilah doktor tidak boleh jamin dapat selamatkan Tok Ki We. Kami pasrah. Kami tunggu saja di luar dengan haty yang sabar.

Around jam 3am baru Tok Ki We keluar daripada bilik pembedahan. Alhamdulillah. Kami maseh diberi peluang untuk berjumpa Tok Ki We, mungkin. Setelah tahu dan lega mendengar perkhabaran condition Tok Ki We, then kami pulang ke rumah Tok & Tok Ki, di Bukit Rakit.

Esoknya 01 February 2012, kami pergi ke hospital semula untuk visit Tok Ki We. Tok Ki We maseh belum sedarkan diri, maseh dalam bilik Unit Penjagaan Rapi. Tapi alhamdulillah, conditionnya lebih stabil berbanding semalamnya. Aku visit 2 kali waktu melawat, pada tengahari dan sebelah petang. At least dapat juga aku renung wajah Tok Ki We dalam-dalam, sebab mengenalinya sahaja aku belum pergi jauh.

Kami dimaklumkan orang yang melanggar Tok Ki We ada datang ke hospital hary itu. Seorang ustaz. Dea ada meminta maaf dan beritahu selepas accident tersebut dea pergi buat report. Mungkin dea panik waktu itu. Tak apalah. Tak perlulah kami hendak buruk sangka. Dea sudah datang pun sudah alhamdulillah.

Sampai sekarang, Tok Ki We maseh belum sedarkan diri. Aku doakan, jika belum sampai waktu ajalnya, semuga Allah panjangkan umurnya dan Tok Ki We dapat kembali sehat sesegera mungkin. Tapi jika memang sudah sampai waktunya Tok Ki We untuk pergi, aku redha jika itu adalah lebih baek untuk Tok Ki We berbanding dea harus menahan kesakitan. Aku rasa seluruh femely juga rasa begitu. Tapi aku juga rasa seluruh femely pastinya lebih berharap Tok Ki We akan kembali sehat dan dapat kembali ketawa bersama femely.

Kadang-kadang, kita memang tidak menjangka akan perkara yang bakal terjadi. Tapi, itu semua suratanNya. Tugas kita sebagai hambaNya adalah terima segalanya dengan haty yang redha.

Love & Sincere,