Dear my Lovepediary,
Alhamdulillah. Bersempena 09 Ramadhan, hari ni umat Islam dah selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun 1433H ni hingga hari yang ke sembilan. Alhamdulillah pada yang berjaya menahan segala jenis godaan serta nafsu. Bukan nafsu makan minum je ya. Dan takziah pada yang tak berjaya. Cuba lagi. Err maksudnya, aku harap kita semua sama-sama berusaha menjadi yang lebih baek. Kurangkan dosa, banyakkan pahala. Berganda-ganda berbanding bulan-bulan biasa. Aku rasa semua pun dah tahu kan? Err, tak salah kan saling mengingatkan?
Okeyy. Aku tahu isu puasa dah basi untuk dibicarakan. Maksud aku, setakat nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa, rasanya aku dah terketinggalan. Tapi boleh tak aku nak ucap jugak? Selamat Berpuasa semua ya! Nak jugak tu, kesian aku. Maaf atas ketiadaan aku sejak beberapa hari lepas. Rasanya dah nak masuk two weeks if aku tak salah kira. Ampun, ampun. Walaupun tak ada siapa-siapa kesah, aku tetap nak mintak maaf. Boleh je kan? Aku yakin semua akan kata boleh. So, terima kaseh.
Dalam two weeks yang lepas, sebok, penat, letih, semuanya ada. Sebenarnya, since sekolah menengah lagi rutin ni tiap-tiap tahun bila hampir Ramadhan, aku dah biasa. Sebelum tibanya Ramadhan lagi, semua kueh-kueh raya dah nak kena siapkan. Mana yang rangup-rangup, beberapa bulan before Ramadhan dah kena prepare. Mana yang lembut-lembut, satu atau dua minggu before Ramadhan rasanya dah kena pulun. Lepas tu, packing-packing, susun-susun dalam bekas, masuk je Ramadhan, beratur semua kueh untuk dihantar ke bazar-bazar.
Ada mana-mana yang feveret ke? -__-
Yang paling best pulak, bila buat kueh raya sebelum puasa. Sambil buat kueh boleh sambil makan. Bila bulan puasa, tahan air liur je lah tengok kueh depan mata. Lepas waktu buka, tak pulak teringin nak makan sebab dah terlalu kekenyangan. Yang kedua, bila hantar kueh kat bazar waktu bulan puasa, lepas hantar boleh jalan-jalan sepanjang bazar. Lepas tu, boleh rasa macam-macam kueh raya orang laen. Err sebenarnya sama jugak. Tak teringin pun nak rasa sebab baru lepas berbuka, so kenyang. Cuma rasa best je rasa kemeriahan kat bazar tu.
So, buat semua. Selamat mengejar keberkatan bulan Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal dalam 21 hari lagi. Selamat tambah amalan, kumpul pahala. Selamat menjaga nafsu, tahan segala godaan. Sorry letak gambar kueh raya atas tu. Nak suruh baca entry ni lepas berbuka pun, dah terlambat kan? Dah sampai perenggan akhir pun. Tergoda ke? Tak pun kan? Daa! Selamat bersahur, selamat berbuka. Selamat pergi majlis buka puasa. Mesti ada kan? Selamat buat or beli kueh raya. Selamat shopping raya. Selamat semuanya ya.
Lamanya tak komen entry kau orang semua. Rindu -__-
Love & Sincere,