29 Aug 2012

Demam Raya


Dear my Lovepediary,

Salam 10 Syawal. Ohh, baru 10 Syawal. So sempat lagi untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Aku harap kalau aku tak sempat nak wish pun semua orang dah maafkan aku atas segala salah laku sama ada aku sengaja atau tak sengaja. Kepada yang aku sengaja bergurau kasar dengan kau orang, lepas tu dengan sengaja jugak kau orang maseh sudi maafkan aku, so terima kaseh ya! Mana-mana yang tak sengaja aku terumpat, tidak ditujukan kepada kawan-kawan blogger sebab rasanya belum ada lagi aku mengumpat kawan-kawan blogger, aku harap tuan punya diri yang dah aku umpat still sudi memaafkan dosa-dosa aku terhadap kalian.

Beberapa hari sebelum Raya, aku terima kad ucapan hari raya daripada seorang kawan blogger. Ucapan simple tapi aku tetap rasa special sebab dah lama tak terima kad raya ni. Err err rasanya last aku terima kad raya tahun 2006 kut. Itu pun kalau aku tak silap mengingat. So terima kaseh pada Chuu Muqhlis. Aku dah mintak maaf sebab tak sempat balas untuk tahun ni. Next year insyaallah. So untuk this year, aku balas kad raya kau via sms je ye Chuu. Mohon diterima :) Sehari sebelum Raya pulak, Payeh Kuced wish Selamat Hari Raya via sms. So terima kaseh jugak. Ucapan laen? Err baru 19 jam lepas Encik H wish Selamat Hari Raya kat wall FB. Pun terima kaseh.








Cerita Raya. Tahun ni aku beraya dengan keluarga sendiri, pulang kampung di Pontian, Johor dari raya pertama hingga raya ketiga. Raya ke 7 hingga 8 aku dan family ke A Famosa Water World, Melaka untuk mandi manda dan bermaen-maen dengan air. Seronok! Entah macam mana rancangan percutian ni boleh terancang pada awal raya, semasa orang laen maseh sebok menghayati hari raya. Maseh sebok berkunjung ke sini sana, maseh sebok memenuhi undangan rumah terbuka. Tapi yang penting keseronokan berkumpul semua anggota keluarga sementara semua sedang maseh bercuti. Bukan senang nak rancang jalan-jalan ni. Bukan boleh dirancang sehari dua.


Beraya dengan keluarga Husband je yang belum. Insyaallah minggu ni aku balek ke Ampang. Kalau sempat, boleh lah aku beraya rumah kawan-kawan yang tinggal sekitar KL and Selangor. Dapat beraya rumah kawan-kawan rapat aku kat sana jadilah. Biasanya aku ambil peluang ni untuk jumpa kawan-kawan baek aku yang jarang-jarang aku dapat jumpa walaupun selalu jugak aku balek ke sana. So, kepada sesiapa kat sana yang sudi nak jemput aku datang beraya ke, rumah terbuka ke, sila sertakan alamat dan peta ke rumah. Kepada yang nampak muka aku macam babyface dan maseh layak terima duet raya, nak sediakan duet raya pun aku sudi terima. Terima kaseh ^^

Aku tengah demam ni sebenarnya. Start hari ketiga raya lagi dah mula sore throat. Lepas itu diikuti batuk yang menggila, muntah-muntah, selesema, pening-pening lalat, panas dalam, demam lah tu kan? Demam-demam pun aku kuatkan juga untuk bersuka-suka dengan family ke A Famosa. Baru semalam aku dapat rehat sepenuhnya dan alhamdulillah dah beransur sehat. Cuma batuk-batuk manja je belum hilang. Ohh ya, aku lupa! Rumah kawan-kawan kat JB ni satu pun aku belum beraya, disebabkan aku kurang sehat ni lah. Err, alasan boleh diterima ke? Entahlah. Tahun ni macam tak ada feel nak beraya sangat. Aku rasa raya cuma tiga hari je. Err -__-

Err sebenarnya entry ni aku taep pada 28 August 2012 bersamaan 10 Syawal 1433H kira-kira jam 2pm tadi, err semalam. Tapi lepas selesai taep aku malas nak cari gambar-gambar mana untuk diupload. Bila aku sambung upload gambar dan lengkapkan mana-mana bahagian yang tak lengkap, tarikh dah bertukar jadi 29 August, 11 Syawal. Tapi aku malas nak ubah apa isi entry aku kat atas. Mohon maafkan sebab mood blogging aku pun baru bermula suam-suam kuku je ni. Er err okeyy. Entry tamat.


Love & Sincere,
 

4 Aug 2012

But I'm Okay


Dear my Lovepediary,

Kelmarin, result untuk final exam semester lepas dah officially keluar. Tengahari masa aku mula-mula tahu exam result dah boleh disemak, perasaan aku resah gelisah je. Cuak rasanya untuk tahu. Lagipun, aku sebok dengan kueh-kueh raya, so aku postpone untuk tahu result aku tu hingga malam. Siang tu memang aku dah berdoa macam-macam supaya result yang aku dapat akan berbaloi dengan usaha yang aku dah lakukan hendaknya.

Malam, aku susuri website yang berkenaan untuk tahu exam result aku. Unexpected. Tu je aku boleh cakap. Ada yang unexpected positif ada yang unexpected negatif. Sebelum apa-apa, aku bersyukur. Cuma, sebenarnya aku agak musykil dengan result untuk satu subjek ni. Eventhough masa final exam tempoh hari aku rasa aku jawab dengan tak berapa cemerlang, aku tak expect resultnya akan jadi sebegitu. Boleh dikatakan agak di luar jangkaan.

Tapi aku terima je result tu dengan hati yang maseh bersyukur. At least, aku tak failed and tak perlu repeat. Cuma kemusykilan aku tak berakhir macam tu je. Tiga hari hati aku maseh resah gelisah memikirkan result untuk subjek tu. Sepanjang masa aku asyik terfikir-fikir. Sekejap-sekejap rasa nak terima je. Sekejap-sekejap pulak aku rasa macam tak logik and aku nak tahu sangat in case ia adalah sebuah kesilapan. Salah ke aku fikir macam ni?


Tapi, disebabkan aku belajar Master ni kat Unversity yang aku tak pernah belajar, so aku kena adapt dengan new system berbanding dengan system University tempat aku belajar dulu. Disebabkan kegagalan aku sendiri sebab kurang alert dengan apa yang berlaku, and cuma mengharapkan kawan yang beritahu, at last aku yang tak mampu merungkai persoalan yang bermaen-maen kat minda aku. Rasanya, kemusykilan aku dah tak mungkin terjawab.

System kat University lama, before exam tahu carrymarks. Lepas dapat official result final exam, in case tak satisfied dengan grade yang diperoleh, boleh buat rayuan untuk semak semula pemarkahan kertas final exam, berbayar if tak silap. System kat University baru, before exam tak tahu carrymarks. Lepas final exam akan keluar result temporary untuk student check and buat rayuan semak semula in case tak satisfied. After dapat official result, nothing can do.

Masalah timbul bila aku tak tahu menahu bila temporary result tu keluar. Kawan kata biasanya seminggu or dua minggu sebelum official result. Tapi suddenly dapat tahu temporary result tu keluar waktu-waktu final exam tu juga. And masalah juga timbul bila aku yang since dulu tak pernah rasa unsatisfied dengan result yang aku dapat, even result tu tak best macam mana pun, sebab aku tahu itu yang aku deserve, tapi this tyme different pulak.

Selepas tiga hari aku asyik terfikir-fikir, aku betul-betul curious untuk tahu in case there's a mistake happened. Tapi kalau betul itu yang aku deserve, aku memang terima and bersyukur sangat-sangat. Tapi in case itu adalah mistake, kan sedih kan? So, daripada aku berada dalam dilema dengan diri sendiri, aku rasa better aku cuba dapatkan kepastian daripada lecturer. Niat aku cuma untuk dapatkan kepastian, bukan argue or rayu yang bukan-bukan.

But, at the end, unfortunately, aku dapat jawapan yang agak mengecewakan daripada lecturer tu. Aku terkejut juga dengan jawapan tu. Aku cuma nak kepastian, salah ke? Salah sangat ke tindakan aku tu? Tak cukup manis ke ayat aku dengan huluran salam, minta maaf and terima kaseh? Kalau ye pun aku tanya pada waktu yang dah terlewat, aku just tanya, salah ke? Kalau ye pun tak betul sangat tindakan aku, perlu ke balas aku dengan ayat yang menyentap? 

Aku bersangka baek, maybe aku tanya at a wrong tyme. Actually, banyak pengajaran yang aku sendiri dapat daripada apa yang aku alami ni. Yang mana kesilapan aku, aku akan cuba perbetulkan, so next tyme aku tak akan menyusahkan orang laen lagi. Err, menyusahkan ke? Or at least untuk kebaikan diri aku sendiri. Yang mana aku terasa, aku cuba avoid untuk berbuat perkara sama. Takpelah, aku telan je apa kata-kata dea. Sentap ada, sedih pun ada. But I'm okay.


Love & Sincere,