31 Oct 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


Dear my Lovepediary,


Cerita-cerita skandal orang-orang sekeliling aku kadang-kadang buatkan aku takut. Memang dari dulu aku tak faham macam mana boleh wujudnya orang ketiga dalam hubungan perkahwenan especially kalau hubungan tu bahagia tak ada masalah. Memanglah. Mungkin nampak macam tak ada masalah, tapi sebenarnya ada di sebaleknya. Tapi, aku tetap nak argue. Sebab sometymes, masalah tu bukan menjadi suatu masalah sangat hinggalah salah seorang terjumpa orang ketiga. Then, barulah timbul masalah tu. Which means, sebelum ni boleh je terima. Tapi kalau dah terjebak tu, ada je 1001 alasan yang ditimbulkan. Ini tak kena, itu tak kena. As if cuba meletakkan hukuman atas kesalahan sendiri di bahu orang laen.

**************

Cerita Satu

Cerita daripada kawan aku, tentang kawan sekerjanya. Lelaki yang punya Isteri dan tiga orang anak. Lelaki yang agak baek juga, soft spoken bila berbicara, sangat hormat orang laen, solat pun nampak sentiasa dijaga. Khabarnya hidup keluarganya okeyy dan bahagia. Isterinya agak sempurna, muka baek, cantek, bertudung, agak berjaya dalam kerjaya. Suddenly si Lelaki berskandal dengan kawan sekerja, seorang perempuan yang pernah berSuami, punya seorang anak, namun kini single kembali. Seorang smoker, rambut blonde, pakai skirt pendek pergi kerja. Aku tak kata perempuan ni jahat. Tapi dengan personality macam tu dan terjebak bercenta dengan Suami orang, apa agaknya kebanyakan orang akan kata?

Bila kesah centa terbongkar, yang lelaki kata Isterinya selalu penat bila balek kerja. Balek kerja nak kena jaga anak-anak yang tiga orang lagi. Lelaki mula bosan dan mula suka-suka cari hiburan di luar. Jadi, pasang girlfriend di tempat kerja buat penghilang sunyi. Maklumlah, Isteri dah terlalu sebok sampai tak sempat nak layan Suami. Suami cari girlfriend, boleh juga buat teman texting-texting, manja-manja mungkin. Maklumlah, yang girlfriend pulak dah ditinggal Suami. Katanya ex-husbandnya dulu dirampas orang laen. Tinggallah dea keseorangan, kesunyian. Tambah lelaki lagi, dea memang mahu kawen dengan si girlfriend. Katanya, Perempuan tu boleh menenangkan saya. Menangeslah si Isteri menahan hiba sendiri.

**************

Cerita Dua

Cerita seorang kawan aku pula, yang wataknya menjadi orang ketiga. Dea kata pada awalnya dea pun enggan bercenta dengan lelaki tua yang mengoratnya. Tak berminat katanya. Maklum, lelaki tua. Waktu itu. Tapi lama-lama, bila asyik bersama, buat kerja pun perlu sama-sama, mungkin lelaki tua pandai memujuk agaknya. Lama-lama cair juga kawan perempuan aku ni yang memang maseh belum berpunya. Akhirnya, jatuh juga hatinya pada seorang lelaki tua. Katanya, lelaki itu baek, seorang yang soft spoken juga, solat juga sentiasa dijaga. Err kebetulan sifatnya lebih kurang dengan lelaki Cerita pertama. Tapi ini cerita yang berbeza, orang yang berbeza. So, tak semestinya lelaki gatal or kaki perempuan je yang punya skandal ya?

Kawan aku kata, lelaki tu memang baek. Lelaki tu ada intention untuk masuk meminang bila sampai masanya. Lelaki tu baek, bila deting pegang tangan pun tak pernah. Gatal-gatal jauh sekali. Sampaikan kawan aku yang tak tahan untuk bermanja-manja. Siak betul kawan aku ni. Naseb baek aku dah kawen. Then, kawan aku pernah terserempak boyfriendnya tu dengan Isteri makan berdua. Dea lihat mereka bahagia je, a very happy, romantic and sweet couple. Aku yang sangat musykil pun bertanya, Kalau dea bahagia & marriage lifenya tak ada masalah, then apa sebab dea nak suka dekat kau pulak? Then kawan aku jawab Aku tanya jugak pasal tu, then jawapan dea biasalah Liyaa, fall in Love again. Fuuuu. Sebegitu mudah?

**************

Cerita Tiga

Cerita ketiga, sebuah cerita yang pernah aku baca daripada belog Mai. Ceritanya lebih kurang begini. Seorang perempuan yang single, available and still searching. Suddenly berjumpa dengan seorang foreigner yang sangat baek, good looking, pandai, almost perfect. Boleh dikatakan lebih kurang sama dengan sifat lelaki-lekaki dalam dua cerita kat atas. And still, lelaki tu dah kawen and ada anak. Bila lelaki tu propose, perempuan tu mula gelabah, tak tahu nak buat keputusan. Hati kata suka, tapi the thing is, his status. Back to situation perempuan tu, memang sedang mencari, terjumpa pulak dengan lelaki yang almost perfect sifatnya untuk dijadikan soulmate. So, it was a bit hard decision jugak sebenarnya. Plus, its about feeling kan?

Fikir punya fikir sambil menangis, finally perempuan tu tolak proposal lelaki tu. And common reasons bila perempuan nak tolak proposal seorang lelaki yang ada marriage life yang bahagia, and lelaki tu almost perfect bagi dea, biasanya apa? Maybe some say "If sekarang lelaki tu boleh buat macam tu pada first wife dea, mesti dea boleh buat macam tu lagi pada kita pulak." Or maybe some say "Kalau kita buat macam tu, nanti lama-lama dah takde perempuan akan percayakan perempuan." Or maybe some say "Fikirlah perasaan first wife dea, anak-anak dea, apa dia orang akan rasa? Cuba letak diri kita kat tempat dia orang." Macam-macam reasons kita boleh dengar and create if kita betul-betul nak tolak and taknak jadi selfish kan?

Aku rasa all those reasons pun mesti perempuan tu dah fikir. Tapi the main reason yang dea bagi aku rasa jarang-jarang perempuan boleh bagi dalam situation macam tu. Maksud aku, apa yang dicari dah ada depan mata, tinggal grab je. Susah nak berfikir secara stabil, rasional serta tak selfish dalam situation macam ni. Eventhough aku tak pernah experience, tapi aku rasa macam tu. Of course one of the reason dea taknak hurt wife lelaki tu. Tapi dea tambah lagi "This is one of the test Allah gives me. I believe that there is something more sweet are waiting for me." If only semua perempuan dapat fikir macam ni, mesti kita susah nak dengar ada lagi perempuan yang menanges sebab ada orang ketiga dalam perkahwenan kan? Macam tu jugak lelaki.

**************

Of course, aku tak berniat untuk melawan jodoh or takdir. Kalau jodoh or takdir dah tentukan macam tu, tetaplah macam tu jadinya kan? And aku pun bukan nak bahaskan isu skandal ni. Cuma apa yang aku nampak and aku selalu fikir, perkara macam ni boleh jadi pada sesiapa je. Yes, anyone. Tak kira lelaki tu macam mana, perempuan tu macam mana, perkahwenan tu macam mana. Kalau dah nak jadi, 1001 alasan boleh jadi sebab. Macam aku cakap mula-mula tadi. Sometymes, masalah tu bukan menjadi suatu masalah sangat hinggalah salah seorang terjumpa orang ketiga. Tapi itu cuma teori aku je. Aku pun tak tahu apa masalah yang tersembunyi. Actually, aku nak tahu jugak reasonnya, tapi aku tahu bukan senang untuk cari kesimpulan.

Walaupun aku sebenarnya sangat curious, tapi aku bukan nak cari salah sesiapa dalam perkara ni. Pada aku, our part is jalankan je tanggungjawab maseng-maseng. Yes, memang senang untuk cakap tapi susah untuk laksanakan. Kan? Ya. Aku sendiri jawab. Sebab bukan senang untuk kongsi hidup hari-hari dengan orang laen. Bukan senang untuk terima seratus peratus kekurangan orang laen. Bukan senang untuk matchkan diri kita dengan orang laen. Tapi ada caranya. Ingatan aku pada diri sendiri lagi. Aku rasa yang penting ikhtiar both pihak untuk sama-sama hendak jaga hubungan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Suami Isteri :)

Kalau dah ikhtiar, berusaha, berdoa, of course after that kena bertawakal. Aku pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Usia perkahwenan aku pun baru seberapa sangat. Nak kata aku jalankan tanggungjawab, maseh banyak cacat celanya here and there. Maseh banyak yang perlu diperbetulkan, dicantekkan, diperkemaskan dan disempurnakan. Untuk kalian-kalian yang belum berkawen ni, yang perempuan jangan takut pulak. Yang lelaki jangan mula terasa ada excuse pulak. Belajarlah jadi setia. Cewwah! Yurp! Semua orang tak sempurna. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk buat kesilapan. Cubalah jadi sesempurna yang boleh. Ehem.

**************

Sorry entry panjang tak hengat punya. Dah ini je idea yang aku ada untuk belog yang dah nak berkarat ni, bak kata seseorang. Grrr. Biar. Memang aku sengaja nak bagi kau orang stress baca entry panjang dan tanpa gambar. Kejam kan aku? :P 

Terima kaseh Pakcik Robot Kuning bagi keizinan curik idea tajuk entry. Aku baru mintak izin kau dah tau tajuk entry yang mana satu aku nak curik kan? Ilmu hitam apa yang kau pakai? Grrr. Nanti aku belanja biskut cecah air kopi yeh? Yeh? :D


Love & Sincere,

13 Oct 2012

Celaru Biru


Dear my Lovepediary,


Weekend ni aku akan busy. Or lebih tepat lagi aku akan buat-buat busy. Husband tak ada, pergi memancing. Tinggallah aku keseorangan. Bukan aku taknak balek rumah Mak, tapi aku ada banyak kerja sepatutnya yang kena settlekan. Aku je lupa diri asyik mencari rakan berbual alam maya. Kalau balek rumah Mak, lagi susah kerja nak jalan. Tak apa. Bila aku dah free siket nanti aku baleklah sana. Cuma aku rasa mungkin tidak pada hujung minggu ini.

Dari semalam sebenarnya aku rasa nak update sesuatu. Tapi hati aku celaru biru. Bila hati aku celaru biru, end up aku rasa aku tak ada perkara yang nak dibicarakan. Sebenarnya ada tapi jadi tak ada. So aku rasa better aku diam. Tapi melihatkan ramainya kawan-kawan blogger update, aku kembali rasa nak update sesuatu. Mungkin entry ini pengisiannya tak ada. Kalau karangan sekolah tak ada markah ni pada bahagian isi karangan. Err maafkan saya Cekgu.

Sebenarnya aku cuma rasa nak tulis-tulis. Tulis apa-apa je. Aku pernah dengar orang kata itu salah satu cara untuk luah rasa. Bukan maksud aku tulis bercerita masalah. Bukan tentang masalah yang aku cerita ni. Maksudnya, tulis apa-apa je. Kadang-kadang perasaan bercampur-baur ni kan susah nak describe dengan kata-kata. So aku terasa nak tulis-tulis je. Mungkin bukan exactly apa yang aku rasa.  Kalau apa yang aku rasa, for sure bukan sini tempatnya.

Yup! Mungkin bukan exactly apa yang aku rasa. Sebab apa yang aku rasa, aku sendiri pun tak dapat nak baca. Aku celaru pasal apa. Pasal thesis ke? Pasal cuaca hujan kat luar ke? Pasal perkara laen ke? Aku cuma rasa nak tulis-tulis. Nak cakap-cakap. Nak bebel-bebel. Cuba buang dan keluarkan semuanya. Nak rasa tu hilang. Hilang dari hati. Fikiran. Aku nak rasa, puas tak kalau macam tu? Mungkin lepas tu baru aku rasa lega dan boleh buat kerja.


 Kecelarubiruan


Mesti Pakcik Ym Bundle kata aku emosi lagi. Lantaklah. Err maafkan saya Cekgu! @.@


Love & Sincere,
 

8 Oct 2012

Kalau Dah Bukan Rezeki


Dear my Lovepediary,


30.08.12. Sebenarnya pada tarikh tu aku ada menghadiri temuduga SPA yang mana resultnya keluar hari ni. 08.10.12. Tapi semalam, 07.10.12, bila saja aku teringat pasal ni terus je aku bukak laman sesawang SPA. Bila aku bukak, link keputusan temuduga untuk jawatan yang aku pohon itu hari dah pun ada. Aku tanpa fikir apa-apa terus klik, masukkan nombor kad pengenalan, dan resultnya Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini. Ini sebenarnya dah masuk kali kedua. Kali pertama lebih kurang dua tahun yang lepas. Tapi tak apalah kalau dah bukan rezeki aku. Tak apa kalau ia memang bukan ditetapkan untuk aku. Orang kata, rezeki ada di mana-mana kan? Janji kita tak putus asa dan teruskan berusaha. Chill lah! Jangan berhenti berharap :)

Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku lebih berharap yang aku merupakan calon simpanan mereka. Dan seterusnya aku akan diterima dan diminta bekerja tahun depan. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu tangguhkan pelajaran aku sekarang. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu bingung untuk buat pilihan, pelajaran atau kerjaya. Sekurang-kurangnya, aku dapat habiskan dulu pelajaran sekarang dengan hati yang tenang. Tapi itu cuma angan-angan. As usual, belum apa-apa aku dah fikir yang kompleks-kompleks. Padahal things not necessarily happen pun. Buktinya, keputusan muktamad temuduga dah pun aku terima. So, mana ada isu tangguh pelajaran atau bingung buat pilihan. Sahlah aku memang kena fokus pelajaran dulu. Bagus juga. Satu persatu.

Aku tak kecewa. Siket tu mungkin ada. Dustalah kalau aku kata siket pun tak ada. Tapi siket je, tak besar mana. Sebab aku pun tak meletak harapan yang terlalu tinggi dari awal-awal lagi. Berharap tu memang ada. Kalau tak mengharap, untuk apa aku mohon kan? Pandangan pertama pada surat panggilan temuduga yang datang beberapa bulan lepas je, sejak tu aku dah mula pasang harapan secara sederhana. Kalau itu rezeki, Alhamdulillah. Kalau bukan, tak apa. Terima je sebagai mengutip pengalaman. Kan? Memanglah berharap tu kena ada. Tapi meletakkan harapan tu aku tak letak tinggi mana. Err berharap dan meletakkan harapan tu ada beza ke? Tak apalah. Bagus juga aku rasa sebenarnya. Sebab urusan aku macam dipermudahkan je rasanya.

Sebenarnya, ini merupakan entry ke SERATUS untuk blog ni. Rasa macam tak percaya je aku dah terbitkan 100 buah tulisan kesemuanya. Walaupun apa yang aku tulis tu entah apa-apa, tapi tetap aku rasa bermakna. Menulis, kesukaan aku daripada dulu. Tapi menulis blog, it something new sebenarnya untuk aku. Tak pandai nak manfaatkan kegunaan blog ni untuk perkara-perkara yang sangat bermakna. Mula-mula tu untuk luah rasa, lama-lama unexpectedly kadang-kadang jadi tempat aku cari tawa. Sweet kan? :P Apple sebenarnya ada usulkan dalam entry yang lalu, Entry ke 100 cuba terbitkan satu entry yang tak serupa. Mungkin aku tak dapat penuhi task tu sebagaimana yang dea jangka. Tapi, sesuatu ni mungkin quite istimewa. Untuk kalian semua. Nahhhh!



You Never Know How Close You Are... 
So NEVER Give Up on Your Dreams.
:)

Love & Sincere,