28 Dec 2012

LMS


Dear my Lovepediary,


Aku memang sebuk gila sejak akhir-akhir ni. Malas sebenarnya nak mentioned banyak kali yang aku busy. Cuma terasa serba salah bila banyak entry yang aku tertinggal untuk komen. Banyak lawatan tapak ke belog aku ni yang aku tak sempat nak balas lagi. Mungkin aku perlukan masa lagi dua minggu, mungkin. So, harap kenyataan satu perenggan ni berjaya buat kalian semua faham. Belog-belog dalam beloglist aku pun tak sempat lagi aku nak cover semuanya. Apa lagi mereka-mereka yang baru-baru ini datang. Sorry. Tapi dalam dua minggu lagi baru aku datang belog kau orang, entah-entah kau orang dah tak kenal. Tak apa. Aku redha je kut -_- Certain belog je yang sempat aku cover. Kalau nak ikut konsep Capital-List Encek H, kiranya dia orang ni golongan Generasi #1 la dalam belog aku. Kut. So, tak salah kan kalau aku utamakan dia orang? :D Aku datang komen walaupun dah agak lambat, dan sendiri consider hutang-hutang komen kat entry lama consider langsai :P Lepas ni bergantung pada tahap busy aku macam mana.

Bercerita tentang topik LMS. Seperti sedia maklum, aku ni memang seorang yang suka komen lebih muka surat dalam kebanyakan entry kau orang. Err yang tak lebih muka surat tu kira special case la sebab aku tak over kepochi sangat macam watak aku dalam mimpi Jna. (Grrrrr. Macam mana boleh mimpi aku kepochi sedangkan realitynya aku sopan okeyyy!) Sebab aku ni memang seorang yang macam friendly bila berbual dengan perkataan. Err berbual dengan perkataan? Maksudnya dengan menulis la bukan guna mulut. Mungkin lebih tepat berbual melalui tulisan berbanding bercakap -_- Contohnya, chatting, texting (sms) atau bagi komen dalam belog. Nampak sangat aku bersungguh bila berbual kan? Bila komen dalam belog, nampak sangat aku bersungguh bagi respond pada entry kau orang kan? Sebenarnya, in reality, certain situation and dengan certain people memang aku macam tu. Dah la aku jenis cakap laju, kadang-kadang (selalu sebenarnya) high volume, lepas tu over expression. Tapi itu cuma dengan orang yang aku betul-betul rapat rasanya.

So, secara mudahnya, bila bersms pun aku memang suka reply, panjang. Err maksudnya jarang-jarang aku cuma reply dengan short message. Biasanya bila someone tu sms, aku mesti akan reply dengan beberapa ayat walaupun boleh je bagi jawapan yang simple dan straight to the point. (Tu bukan bersungguh tu, tu ikhlas -_-) Sebab aku rasa janggal dan serba salah untuk reply cuma dengan satu or dua perkataan je. Kecuali dalam dua situasi je. Pertama, aku sms dengan orang penting dan sebuk, means sms formal. Kedua, memang jawapan untuk benda tu perlu jawab pendek dan aku tak ada apa nak dicakapkan selaen benda yang dalam sms tu je. Err ada situasi ketiga. Ketiga, dah pasti aku akan cuma jawab pendek-pendek bila orang yang sms tu aku malas nak layan :P Dipendekkan cerita, kalau dalam belog pun aku selalu komen lebih muka surat, dah menjadi kebiasaan juga bagi aku untuk sms lebih muka surat. Cuma aku lupa. Bezanya, komen dalam belog ni free, tak ada charge. Kalau sms, jangan harap Maxis nak consider halal dengan aku =_=

Belum tersampai lagi message sebenar entry aku ni -_-" Baru-baru ni ataupun dah lama sebenarnya, aku sangat musykil dengan bil Maxis aku yang biasanya mencecah lebih RM100. Kalau nak diikutkan, aku yang tak bekerja ni, siapa sangatlah yang aku call if nak compare dengan masa aku bekerja dulu? Masa kerja dulu laenlah. Memang sana sini aku call untuk berurusan. Tapi setakat jadi full tyme student dan full tyme housewyfe ni, jarang-jarang rasanya aku buat panggilan. Jarang-jarang means tak banyak la. Lagipun biasanya aku memang prefer sms daripada call, kecuali kalau dalam situasi terpaksa juga call. Lagipun, kan aku lebih pemarah peramah bila menulis or menaep berbanding bercakap :D Kendian, siasat punya siasat. Lepas mintak Maxis itemized billing bagai, baru tahu selama ni bil aku tinggi bukanlah sebab banyak buat panggilan, tapi sebab sms. Rasa macam tak boleh terima =_= Kalau tengok daripada bil bulan lepas, call baru RM19.19 je, tapi sms sampai RM85.60 -_- Total number of sms 73 + 265 + 458 = 796 sms -_-" Banyak ke tak? Kau orang punya?

Aku syak, yang buatkan banyak tu sebab aku selalu reply panjang-panjang. So, sekali sms je mungkin dah charge macam 2 hingga 3 sms. Kan dah membazir kat situ. Selama ni rasa aku tak rugi apa-apa pun setakat nak taep sms panjang-panjang ni. Janji apa yang aku cuba sampaikan, tersampai. Tapi sekarang aku dah tau dah kesannya kat mana. Kebetulan pulak baru-baru ni ada dua orang blogger yang saje-saje nak menganjing aku pasal habit aku yang suka komen panjang ni. So, memang aku tengah insaf sekejap la sekarang ni. Sebab tu aku cakap aku akan try komen pendek. Aku try tak semestinya berjaya buat :P Walaupun komen kat belog ni free je, tak ada kena charge apa-apa, tapi aku cuma nak berlatih tulis dan taep pendek-pendek. Perlu ek berlatih? #_# Dan mulai sekarang sebarang sms aku nak jawab ringkas-ringkas je. Berlatih jugak guna short form yang selama ni jarang-jarang aku applykan. Certain words je aku shortform kan, tapi mostly aku mesti taep full ejaan #_# Kalau perlu, sms tu aku tak payah reply terus. Reply dalam hati je. Hakhakhak! :P

Padahal aku rasa dah banyak aku jimatkan bilamana aku dah tak bergosip guna sms. Tak puas. Kena chatting terus :P

Sebenarnya aku nak final exam ni. Perlu ke aku attach jadual aku macam semester LALU untuk kau orang tahu? Heheh.


Love & Sincere,

14 Dec 2012

Memilih Pendam atau Lepaskan?


Dear my Lovepediary,



"Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang laen dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan puas? Apatah lagi jika ia gagal dibalas. Jika pernah, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baek dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas. Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut di atas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf? Jika pernah, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga."

Statement kat atas tu aku copy paste je daripada FB kawan aku, yang aku nampak sumbernya daripada FB page Janji Allah Itu Pasti. Aku tertarek betul dengan statement tersebut. Kebetulan, masa kawan aku share statement tu, aku baru je menilaikan sesuatu perkara buruk yang aku nak buat, dengan niat nak saketkan hati orang, sedikit rasa hendak membalas dendam, dan bertujuan untuk puaskan hati aku sendiri. Kiranya, sebelum ni aku dah pernah saket hati dengan seseorang tu, saket hati yang agak berkali-kali. Tapi lepas fikir punya fikir, apa yang aku nak buat tu tak jadi. Bukan tak menjadi, tapi aku yang rasa tak jadi nak buat. Sebabnya, dari dulu lagi aku selalu fikir, konsep aku, Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang =_=

Lepas kawan aku post pasal statement kat atas tu, terus konon-konon aku rasa, syukur Alhamdulillah hati aku maseh ada sinar iman. Konon-konon je lah, disebabkan satu niat jahat yang aku mula-mula nak buat tapi tak jadi nak buat tu. Tapi bila aku baca-baca balek, ayat empat baris terakhir tu sebenarnya bagitahu kalau kita menyesal dan meminta maaf selepas kita dah terbuat perkara jahat tu. Maknanya, lari siket lah daripada situation yang aku tengah alami masa tu. Dan lepas tu, aku fikir-fikir semula. Aku ni boleh dikatakan seorang yang susah untuk minta maaf. Ego mungkin, tapi sebenarnya lebih kepada aku rasa malu dengan perbuatan jahat aku tu. Aku malu nak mention semula apa perkara jahat yang aku dah buat, nak mengakui seterusnya nak minta maaf.



Dan mungkin seterusnya perasaan malu tu yang timbulkan rasa ego, mungkin. So, biasanya kalau aku menyesal, aku cuma janji pada diri sendiri taknak buat lagi. Dan dengan orang yang aku buat salah tu pulak, aku terus berbaek je dengan dea mengharapkan dea lupakan apa yang telah berlaku. Macam tu lah cara aku menyesal. Walaupun selepas tu tak semestinya aku tak ulang lagi kesalahan yang sama. Tapi memang betul, rasa menyesal lepas buat kesalahan tu pernah ada. Cuma, aku tak tahu cara nak minta maaf. Macam mana nak cekalkan hati mengakui kesalahan, seterusnya ucapkan kata "Aku minta maaf", ataupun "Sorry". Ish! Tak reti. Especially kalau dengan kawan-kawan and family yang mana kita tak pernah berbual formal. So, takde sinar iman ke aku ni?

Justeru, biasanya aku ambil jalan selamat. Iaitu dengan cuba mengelak daripada melakukan kesalahan tu. Cuba elak daripada saketkan hati orang laen. Bila aku nak buat sesuatu perkara jahat tu, kalau boleh aku cuba delay. Mungkin aku akan fikir banyak-banyak kali, berdebat dengan diri sendiri. Jahat tak kalau aku buat macam ni? Agak-agak patut tak kalau kali ni aku pulak saketkan hati dea? Dan kalau aku maseh sempat untuk fikir rasional, aku akan tanya pendapat orang laen dulu. Patut ke aku buat macam tu? Tapi biasanya, maken aku bertanya, biasanya maken hilang marah aku. Dan mesti aku akan maken terfikir sendiri, Macam jahat je kalau buat macam tu. Dan dari situlah biasanya niat jahat aku tak menjadi, dan perlahan-lahan aku singkirkan rasa saket hati.

Dan bukan aku kata aku tak pernah buat jahat sepertimana empat baris ayat pertama. Aku pun pernah. Walaupun aku ni boleh dikategori sangat sabar orangnya, tapi aku pun boleh ada rasa marah. Rasa jahat sangat, bila aku dah sound, sindir or lepaskan kesebalan aku pada orang tu, then aku rasa puas sebab dapat jugak aku lepaskan. Pernah, cuma biasanya selagi aku mampu tahan, aku pendamkan. Belakang-belakang aku merungut-rungut jugak, memaki-maki jugak. Tapi aku cuba tahan daripada membalas. Sebab aku takut, bila aku dah balas, aku menyesal. Lepas tu, tak tahu cara macam mana nak minta maaf. Itu pun, kalau cukup baek aku menyesal. Tapi kalau aku rasa puas? Rasa best sangat? Rasa lega? Tak pasal-pasal rupanya tandanya hati aku dikuasai kekotoran =_=

Dan aku juga tetap manusia yang tidak sempurna. Bilamana aku berjaya untuk tahan marah sekalipun, bukan bermakna aku boleh terima seratus peratus apa saja yang berlaku. Macam yang aku beritahu tadi, aku rasa aku ni boleh dikategori punyai tahap kesabaran yang tinggi. That's why selagi aku boleh tahan, aku akan tahan. Selagi boleh. Tapi, menjamin ke yang aku tidak menyimpan? Menjamin ke yang aku tidak berdendam? Mungkin aku tak balas apa-apa, mungkin nampak macam aku terima seadanya. Tapi... :) "Kalau kita marah pada seseorang, bermakna orang tu telah berjaya menguasai or menakluki kita. So, jangan biarkan orang laen berjaya menakluki kita". Daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kalau tak silap, since aku maseh sekolah dulu lagi.


P/s: Entry ini tidak ditaep dalam keadaan marah :P


Love & Sincere,
 

11 Dec 2012

Selamat Lahir ke Dunia


Dear my Lovepediary,


Hari Jumaat, tanggal 07 Disember 2012 tepat jam 6:50 petang, Tengku Muhammad Qa'id bin Tengku Mohd Nasir telah pun selamat dilahirkan ke dunia. Comel muka dea. Ohh, lupa! Semua muka baby pun comel kan? Alhamdulillah Qa'id lahir dengan selamat, sehat tubuh badan luar dan dalam, cukup sifat, cukup sempurna untuk menambah seri dan kebahagiaan keluarga kami. Alhamdulillah, ibundanya juga sehat. Eh, bukan aku. Adek aku yang aku pernah ceritakan pregnant dulu.

Muhammad Qa'id

Aku tengok muka Qai'd macam ikut muka ayahnya, merangkap adek ipar aku. Tapi ramai yang kata ikut muka emaknya, iaitu adek aku. Err entahlah. Aku sebenarnya bukan pandai tengok muka baby sangat, maksudnya baby tu ikut muka siapa. Dulu-dulu, aku rasa semua muka baby ni sama je. Macam tak ada beza. Semuanya comel. So, macam mana orang boleh differentiate baby tu ikut muka siapa? Emaknya atau ayahnya? Cuma sekarang je aku cuba-cuba nak teka, tapi err macam salah je.

Setakat ni aku tengok Muhammad Qa'id ni kuat tidur je. Menanges pun jarang-jarang. Merengek siket-siket tu adalah. Bukan maen susah nak dengar suara dea. Tu, gambar pertama tu, menguap tu tanda asyik mengantuk je la tu. Gambar kedua pulak, muka mamai gila. Gambar ketiga, jeling badi je pada orang yang kacau tidur dea :P Hah, gambar keempat tu, dah selamat lah Qa'id tidur dengan lenanya. Mulut terngaga sebagai bukti lena. Haish! Belum puas maen-maen dengan Qa'id.

Bercakap pasal pregnancy and baby ni, walaupun dah agak lama, aku terasa nak ucap tahniah entah untuk yang ke berapa kalinya kepada Ym. Bundle, sebab dah dapat Ym. Bundle Jr. Tapi maseh dalam perut lagi. Semuga kesehatan Isterinya akan baek hingga selamat lahirkan baby nanti. Untuk FikSyida pulak, semuga cepat dapat baby. Eh, tapi Syida baru je bertunang kelmarin. Mohon sediakan kenduri nasi minyak dulu. Lepas tu baru buat baby okey! By the way, Selamat Bertunang Syida.

P/s: Aku suka kacau-kacau menyebut nama Qa'id dengan penuh idgham dan qalqalah pada awal dan hujungnya :P


Love & Sincere,
 

8 Dec 2012

Inikah Namanya Penangan Adam dan Hawa?


Dear my Lovepediary,


Sekarang ni tengah musim Adam dan Hawa. Err maksud aku dah lama, bukan sekarang. Cuma belum habes-habes lagi ke? Maksud aku, bukanlah aku seratus peratus tak suka. Minat jugak kut Aaron Aziz dulu-dulu. Ya, aku minat Aaron Aziz selaen Beto Kusyairy. Err selaen Que Haidar juga. Minat kut lakonan mereka. Aaron Aziz bonus siket kut. Minat muka dan lakonan juga. Beto, melt sebab romantik gila. Pada mata aku, orang romantik automatik akan nampak handsome gila. Itu pada mata aku la. Que, entahlah sebab apa. Tapi memang suka. Maybe lakonan dea. Handsome pun ya juga. Kiranya kalau aku disuruh tulis biodata macam masa sekolah rendah dulu. Part favourite actor aku akan tulis nama mereka bertiga. Echeh, sekolah rendah konon. Padahal sampai sekolah menengah still lagi buat personal details macam tu. Haish! Poyo gila.

Tapi, bukan pasal biodata yang aku nak cerita. Pasal Adam dan Hawa. Aku tak minat heroin dea. Err rasanya macam tak minat langsung buat masa ni. Jadi bahan kutuk-kutuk dengan Suami kat rumah adalah. Ohh! Lupa nak cerita. Aku layan juga cerita tu eventhough tak semua episode. Sebab aku rasa jalan cerita dea best kut. Maksud aku, towards the end. Err maksudnya beberapa episode sebelum yang sekarang. Masa Adam berusaha untuk mendapatkan Hawanya semula. Masa awal-awal episode dulu, aku tak nampak sweetnya kat mana -_- Okeyy, berbalek pada heroin. Aku tak minat dea. Tak minat muka dea. Tak minat lakonan dea. Okeyy, stop sampai situ je. Takut terkutuk melebih-lebih pulak. Tapi pernah sekali aku cakap pada Suami. Lakonan Aaron pun macam tak sweet sangat la dalam cerita ni. Agaknya dea pun tak selera kut tengok muka heroin tu :P

 Nak letak gambar Novel je. Taknak letak muka pelakon cerita :P

Tapi, maseh bukan itu yang aku nak cerita. Bukan pasal Adam dan Hawa. Itu cuma pendahuluan je. Aku pun bukan nak kutuk or bahan lebih-lebih heroin tu even aku tak berapa suka. Biarlah dea. Dea pun tak pernah paksa aku sukakan dea. Dan yang paling penting. At least, aku kenal dea. Tapi dea kenal aku ke? Demit =_= Dan sebenarnya, aku bukanlah nak menunjukkan sangat yang aku suka or tak suka cerita tu. Juga, aku tak ada nak cakap apa-apa pada sesiapa yang suka dengan cerita Adam dan Hawa. Cuma, ada seorang akak dalam friendlist FB aku, dea ni macam addicted gila. Aku tak kenal pun akak ni. Kes maen approve je la agaknya. Tapi akak ni rasanya setiap hari update cerita ni dalam FB dea. Siap dengan gambar, dan juga komen serta emosi dea lepas tonton untuk setiap episode tu. Contohnya sweet ke, sedih ke, geram, melt, bengang, bangang, etc etc.

So, aku dah tak payah nak berapa layan cerita ni dalam TV. Sebab dah ada orang tukang update cerita. Memang aku blur setiap kali baca. Macam-macam komen dea bagi. Contohnya, Alahai sweetnya diorang ni. Apa lagi yang nak jual mahalnya Ain? Encek Ted dah buat muka comel tu. Kalau akak, dah lama cair. Hehehe -_- Ish, apa lagi masalah Johan ni? Tak habes-habes lagi ke? -_- Kesiannya Azie. Takpe. Sabar je la ya. Nanti-nanti Johan okeyy la tu -_- Wahh! Manjanya Encek Ted dengan Ain. Ain tu malu-malu pulak -_- Dialog hanya rekaan. Kut-kut la akak tu terbaca belog aku ni. Terasa pulak dea :P Aku taktau lah kalau astro ada bayar dea. Dan aku tahu, itu FB dea, bukan FB aku. Tapi nampak tak? Addicted kan dea? Aku tak payah layan cerita tu pun dah boleh tau hampir seluruhnya. Walaupun aku blur setiap kali baca update dea tu, tapi aku baca jugak. So, salah aku lah kan? :D

Ehem. By the way, aku rasa macam nak cadangkan je kat akak tu supaya tukar nama page FB dea tu daripada Dot Dot Dot kepada Adam dan Hawa Fanpage. Hehehe. Last but not least. Teringin nak baca novel Adam dan Hawa. Aku rasa cerita tu best sebenarnya. Maksud aku, jalan cerita yang aku rasa aku akan suka. Cuma kat TV tu jadi malas nak tengok sebab heroin dea #_#


Love & Sincere,
 

3 Dec 2012

Pengubat Tensi


Dear my Lovepediary,


Aku bizi. Untuk beberapa hari ini, aku memang bizi. Cerita pasal kehidupan study, banyak yang perlu dibereskan. Maklumlah hujung-hujung semester ni, banyak yang menuntut itu ini. Ohh! Belum betul-betul penghujung semester lagi. Tapi sebab semester ini adalah second final semester, jadinya belum hujung semester lagi dah bizi dengan preparation untuk submit Pre-Master Project Proposal. Boring memang boring. Tapi dah itu kehendak dan requirement untuk aku completekan study ni, suka tak suka terpaksa aku redah dan settlekan. Itu belum kira assignment yang berderet-deret menunggu komitmen. Belum kira group assignment lagi, nak kena adjust masa fit dengan semua group members yang laen. Ahh, malas lah nak cerita. Belum nak fikir lagi.

Aku bizi. Tapi aku rindu nak up entry. Rindu nak berbalas-balas komen lagi. Dalam bizi-bizi ada juga yang aku sempat jalan ke sana ke sini. Lepas tu rasa jealous. Aku pun nak up entry juga. Tapi tak cukup masa je untuk menulis dan turunkan satu-satu idea dalam blog ni. Yang ini tak kira. Sebab yang ini tak ada topik apa-apa. Sekadar conteng-conteng untuk beritahu yang aku bizi, dan aku rindu nak up entry. Hehehe. Idea pula berantai-rantai menunggu untuk dipilih satu-satu. Topik dah ada, tinggal masa yang cemburu. Kadang-kadang rasa nak marah pun ada. Bila dah ada idea, tyme ni lah aku tak cukup masa untuk menulis. Of course marah aku pada diri sendiri. Waktu ada banyak masa dulu, leka, taknak buat kerja. Sekarang sampai masanya dah tak boleh goyang kaki.

Ada certain entry kau orang pun aku tak sempat komen lagi. Maaf ya! Aku harap aku dapat datang nanti-nanti. Dalam aku bizi-bizi, aku tertengok video ni. Baru aku teringat, kalau aku bizi, hujung minggu pun susah nak berkumpul dengan family. Cuma stay rumah dengan hubby :P duduk depan notebook sepanjang hari. Hai, bila lah nak habes komitmen ni? Tapi kalau habes yang ini, yang laen pula menanti. Senang cerita, nak tunggu habes tu tak payah lah nak mimpi. Hujung-hujung kelam kabut tu sebenarnya salah sendiri. Okeyy! Berbalek pada video ini. Aku kalau stress-stress, tersenyum-senyum sendiri tengok video ni. Tak ada special apa-apa, sekadar berkongsi. Setiap kali tengok, mesti nak play sampai tujuh, lapan kali. Buat release-releasekan tensi barang seminit dua pun jadi.




Hai! Nama kita Dedek. Faham ke lirik lagu yang kita nyanyi ni? ^^


Love & Sincere,