30 Sep 2012

Atas Faktor Usia


Dear my Lovepediary,


Semalam. Terima panggilan telefon daripada seorang bestfriend perempuan.

"Liyaaaa, happy belated birthday!!" Ayat pertama dea. 

Awkward.

Owh, itu hari masa birthday aku 07 haribulan dea terlupa nak wish agaknya. Aku ingat-ingat semula. Betul lah. Aku memang tak terima ucapan daripada dea tahun ni, tak seperti biasanya. Tapi. Lama gila kau terlepas birthday aku? Lawak betul! Baru hari ni kau teringat? Siap gelak-gelak lagi. Aku anggap gelak-gelak tu tanda rasa bersalah, lebih kurang macam tu lah.

Aku agak terpana. Terspeechless. Terpinga-pinga. Terkejut.

"Owh. Okeyy. Thanks, Zill! Sengal kau ni. Terkejut aku!"

"Hahaha. Liya, kau nak aku nyanyi lagu birthday untuk kau ke?"

"Err. Haa kau kena la nyanyi. Dah lambat wish. Kena la nyanyi sebagai denda. Hahaha!"

"Okeyy. Happy birthday to youuuu" Erk! Dea nyanyi betul-betul?

"Sengal la Liya. Aku dah la kat Mall ni. Happy birthday to youuuu"

Kata dekat Shopping Mall. Aku memang dengar bising-bising kat belakang tu. Tapi lepas tu dea sambung nyanyi jugak. Siapa yang sengal sebenarnya ni? Nyanyi sampai habes pulak tu. Betul-betul dea rasa bersalah dengan aku agaknya sebab terlupa nak wish itu hari. Jauh pulak tu tertinggal keretapi. Dah tiga minggu dah birthday aku dea terlepas.

"Hahaha. Bongok! Boleh pulak kau nyanyi-nyanyi kat situ."

Dan perbualan bersambung beberapa minit. Lepas tu.

"Semalam aku message-message dengan Bed. Lepas tu Bed yang ingatkan aku. Eh, birthday Liya semalam kan? Aku terkejut, baru teringat. Tu yang call kau ni. Hahaha!" 

"Hah? Semalam? Birthday aku dah lama lepas la weyh. 07 haribulan hari tu."

"Eh, Liya. 27 haribulan kan birthday kau?"

"Eh kau ni. Birthday aku, aku lah lagi tau. Kau pulak yang nak confirmkan birthday aku bila. Hahaha. Kejadah!"

Hampeh! Patutlah dea beriya telefon siap nyanyi-nyanyi lagu birthday. Rupanya dea ingat baru terlepas dua hari. Kalau dea tahu dah terlepas tiga minggu, takdelah kut tiba-tiba nak call, nak wish siap nyanyi-nyanyi kat public. Sebenarnya, masa birthday aku itu hari pun, adek aku sendiri tersilap tarikh. Dea ingat birthday aku 09 September instead of 07 September. 

Aku pun tak pasti kenapa ramai sangat confuse dengan birthday aku tahun ni. Tapi aku tak kesah pun sebenarnya. Sebab aku bukan jenis manusia yang dah terbiasa dengan layanan istimewa. Kira bersyukur lah kawan-kawan baek aku ingat lagi yang aku pernah lahir kat dunia ni walaupun tarikh tu jauh lari. Seriously, aku tak kesah pun. Sekadar ucapan, bukannya apa-apa.

Lepas tu gelabahlah kawan aku tu nak cover line. Terus dea kata dea pun dah lupa dea dah wish ke belum birthday aku sebenarnya. Terus dea kata dea ingat je birthday aku 07 haribulan 09, tarikh senang ingat. Katanya lah. Tapi kawan aku seorang lagi tu yang confusekan dea. Dea ingat dea dah terlambat dua hari, menggelabah, terus dea call aku without thinking, katanya. 

Nyanyuk dah kawan aku ni rupanya. Kawan aku yang seorang lagi tu memang blur pun daripada dulu. Siap fitnah tarikh lahir aku pulak sekarang. Pandai-pandai je ubah. Then aku cakap pada kawan aku semalam It's okeyy. Aku maafkan kau, atas faktor usia. Kahkah! Erm. Sebenarnya, lepas tu aku terus rasa rindu kat mereka berdua. Rasa dah lama tak jumpa. Gosip dan lepak bersama. 

Rindu.

Update: Ohh, ya! Hari ni birthday mak aku dan ayah mertua! 30 September. Boleh pulak aku terlupa nak selitkan, padahal aku dah ingat daripada awal. Happy birthday Mak, Abah! <3


Love & Sincere,
 

26 Sep 2012

Penulis Perlulah Kental?


Dear my Lovepediary,


Beberapa hari lepas, membaca blog Apple,  membawa aku ke sebuah POST dea yang aku tak pernah terbaca sebelum ni. Actually, aku rasa post tu biasa je dan aku rasa aku faham sepenuhnya apa yang Apple nak sampaikan. Mungkin masa aku baca tu aku fikir straight to the point je. Apa yang aku nampak, Apple cuma nak sampaikan sesuatu yang positif, dan beberapa contoh yang negatif tu, aku rasa Apple ajak orang yang membaca supaya elak and ambil iktibar daripadanya. Itu yang aku faham. Aku tak terfikir apa-apa maksud tersirat laen, jauh sekali nak memandang dari sudut yang negatif. Tak tau lah kalau sebab Apple ni dah jadi kawan blog aku.

Tapi, apa yang berlaku dan apa yang aku nampak adalah sebaleknya. Ramai readers dan Anonymous yang entah dari mana datangnya bagi pandangan-pandangan bernas dia orang, or yang dia orang rasakan bernas, pada Apple. Mula-mula tu okey, tapi maken lama aku nampak certain of them macam sengaja nak provoke. Aku tulis ni bukan untuk memenangkan sesiapa, Apple ke Anonymous ke. Jauh sekali untuk menghentam, menjatuhkan or provoke sesiapa. Kalau betul apa pandangan dia orang tu, aku salute jugak macam mana dia orang boleh nampak agenda yang cuba Apple lindungkan. Itu pun kalau betullah Apple ada hidden agenda dan maksud tersirat.

Aku sebenarnya ambil yang positif je daripada apa yang Apple sampaikan. Macam mana aku boleh tak nampak hal negatif yang dia orang nampak tu? Sorry. Maybe aku buta perasaan. Atau aku kurang tahu tentang etika menulis, etika blogging, barangkali. Dulu masa Kay Are pernah buat aku tahu cerita pasal seorang blogger perempuan isu INI, aku ada jugak perasaan sensitif. Tak adil untuk compare cara penulisan orang. Tapi aku tetap nak compare. Nak jugak! Nak jugak! @.@ Pada aku, jauh berbeza kan cara penyampaian blogger perempuan tu dengan Apple? Entahlah. Tu pandangan aku. Bukan sebab Apple kawan aku, and blogger perempuan tu aku tak kenal.

*Untuk isu blogger perempuan tu, blog dea dah delete. So, cuma boleh baca cerita dea daripada blogger-blogger laen yang buat entry berkaitan entry blogger perempuan tu. Baca. Jangan malas! :P

Bila jejari menari. Eh?

Then, aku rajen pulak baca semua komen yang Apple terima. Bab gosip rajen je. Erk! Serius aku rasa dia orang lebih kepada provoke. Siap suruh Apple tutup blog lah apa semua bagai. Err err what the...??? Since aku dah mentioned beberapa kali yang Apple kawan aku, so tak adil untuk aku bagi pendapat lebih-lebih, nampak macam aku menyebelahi Apple. Nampak macam aku berat sebelah. Pilih kaseh. Tapi memang pun aku sokong Apple. Grrr. Aku tak tolak mentah-mentah apa yang para Anonymous tu cuba nak perbetulkan Apple. Nak tegur, nasehat or perbetulkan tu tak kesahlah, tapi perlu ke provoke? Tak perlu kan? Tak kan? Grrr.

At the same tyme, aku salute Apple boleh bidas komen-komen Anonymous tu dengan menegakkan apa yang dea cuba sampaikan sebenarnya dengan cara berhemah. Apa yang salah, dea dah pun mintak maaf. Tapi, still kena provoke? Grrr. Eh? Seriously, kalau aku jadi Apple, aku pun tak tahu nak jawab macam mana bila kena provoke macam tu. Bila orang cuba pertikaikan apa yang aku tulis. Err lebih tepat lagi bila orang semacam sengaja cari kesalahan dalam tulisan aku tu. Aku rasa macam sengaja. Tapi tak taulah. Kalau aku jadi Apple, aku rasa aku takkan tutup blog. Tapi delete post yang berkaitan tu? Maybe aku terfikir untuk buat. Terfikir je tapi ntah lah.

So, macam cerita blogger perempuan yang aku maksudkan kat atas, sama jugak dengan kes Apple ni, aku ambil pengajaran je. Harap-harap kawan-kawan blogger aku sama-sama hati-hati masa menulis. Kita ni tak sedar kadang-kadang tertaep ikut emosi. Maybe. Kita tak tahu kadang-kadang kesilapan yang tak seberapa orang boleh perbesar-besarkan. Kita juga mungkin tak tahu kadang-kadang kita tak buat salah pun orang boleh cari kesalahan kita walau sekecil kuman, kalau orang tu dengan niat sengaja untuk menjatuhkan kita. Even orang tu kita tak pernah kenal sekali pun. Jangan sebab tersilap tulis, kita hilang keseronokan berblogging macam tu je. Okey?


Err dah dah. Tak payah nak serius sangat boleh? Hakhak!


Love & Sincere,
 

23 Sep 2012

Setahun


Dear my Lovepediary,

Tahun lepas. 23 September 2011. Serius. Walaupun itu bukanlah hari pertama aku mendengar perkataan blog. Tapi itulah hari pertama aku create blog aku sendiri. Dan hari itu jugalah hari pertama aku berjaya terbitkan sebuah entry aku sendiri. Dari kata-kata aku sendiri. Nekad niat untuk berkongsi.

My Colorful Secrets. Genap setahun usia. Bermula dengan tidak tahu apa-apa. Kini aku sudah tahu juga sedikit sebanyak selok beloknya. Bermula dengan entry PERTAMA yang aku cipta, sekarang entry yang ini menjadi entry ke 97 aku sudah terbitkan. Err belum 100 rupanya. Err err entry pertama tu ayat bangang je aku rasa. Bermula dengan blog ini langsung tiada pembaca, sekarang sudah ada jugalah apa adanya. Followers tak ramai mana. Sekarang ada juga dalam 296 kesemuanya. Tapi aku tak kesah, 296 pun kira ada apa? Kalau nak harapkan followers 4 angka, apa sangatlah yang ada dalam blog aku ni? So, tak layak rasanya. Siket pun tak apa, janji ada. Lagipun aku bukan ada masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 setahun untuk mengadap blog semata-mata. Banyak lagi kerja dan komitmen laen.

Sepanjang setahun ini, terima kaseh semua especially yang sudi berkawan. Tak lupa kepada yang sudi bertandang, yang sudi tambahkan diri mereka untuk jadi rakan blog ini, yang sudi masukkan blog ini ke dalam bloglist, yang sudi belek-belek apa yang ada dalam blog ni, yang sudi juga tinggalkan sepatah dua kata dalam mana-mana entry, yang sudi err err apa-apa sajalah. Especially kepada yang sudi membaca. Tak kesahlah satu entry ke, dua entry ke, tiga ke, empat ke, sepuluh ke, especially yang dah baca sekali lepas tu datang lagi, lagi dan lagi. Macam yang aku kata, apa sangatlah cerita aku dalam blog ni. Tapi kau orang yang baek-baek hati ni sudi juga untuk kasi support. Ohh, ya! Tak lupa kepada yang sudi juga bertanya Bila nak update? Mana entry baru? No matter atas sebab apa mereka bertanya, at least hendak juga mereka tanya.

Terima kaseh tak terhingga especially kepada mereka mereka ini


 Yang tak ada tu bukan aku lupa, next tyme ya? Tapi terima kaseh juga.
 
Blog ini maseh banyak kekurangannya. Entry cerita tentang ntahapapa. Tengoklah. Iklan pun tak ada. Apa tu kau orang panggil? Noob ya? Mohon tunjuk ajar daripada kamu kamu semua. So, sempena Anniversary blog ni yang ke Setahun, aku buka kotak komen untuk kau orang comment, complaint tentang apa-apa je. Err bukan biasanya macam tu jugak ke? Err so, komen je lah macam biasa. Yang dah baca nak diam-diam je pun tak apa. Apa tu kau orang panggil? Silent reader ya? Hmm sebenarnya aku nak cakap ni. Disamping terima kaseh, aku nak mintak maaf juga. Kalau sepanjang kita berkawan dalam alam maya ni ada yang terasa ke dengan komen/komplen aku. Atau yang termeluat dengan isi cerita aku. Sila tinggalkan komplen, usul, cadangan, kata-kata semangat jika ada, segala tunjuk ajar kalian di ruangan kotak komen di bawah ya?

Bye!


Love & Sincere,
 

21 Sep 2012

Hopefully Saiz Bukanlah Menjadi Ukuran


Dear my Lovepediary,

Merdeka! Err, tiba-tiba Merdeka sebab hari ni Jumaat. Daaa! Tadi pagi, masa Lecturer bagi 15 minutes break untuk kelas Project Planning and Scheduling, aku dan beberapa kawan bergerak ingin menuju ke library, untuk membeli air kopi machine. Alaa, yang masukkan duet 90sen dalam machine, lepas tu tekan air flavor apa yang diingini, lepas tu tekan whether nak more sugar ke, more creamer ke, less sugar ke, less creamer ke, lepas tu nanti automatic machine tu tuang air dalam cawan, then kau orang boleh ambil dan minum dengan penuh selera. Nyaman kan minum kopi pagi-pagi? Aku pilih Cappuccino pagi tadi. Err saje nak bagitau. Kau orang minum air apa pagi tadi? ^^

Masa dalam perjalanan beli air kopi tadi, saje berbual-bual dengan kawan-kawan yang jalan seiring tu. Berbual punya berbual, baru aku tahu yang salah seorang dari mereka pun dulu belajar di UiTM Shah Alam, samalah dengan aku dulu. Aku tanya, tahun bila? Aku cakap aku grad Degree tahun 2006. Then dea cakap tahun 2005 dea baru masuk Diploma. Derrr! Nampak kan betapa tuanya aku kat situ? Ngaku sendiri -__- Then, seorang dua daripada dia orang, specifically yang sebelum ni kita orang tak pernah rapat, mereka of course agak terkejut. Maybe tak expect jurang sejauh itu. Rupa aku agak babyface barangkali :P Then salah seorang cakap, Itulah kelebihan orang berbadan kecil.


Big or Small? Which one you choose?

Aku lupa nak tanya umur dea berapa. Tapi aku estimate, umur dea around 25 tahun. Kira lebih kurang kawan-kawan yang aku kenal masa belajar sekarang ni lah. Nak buat macam mana, susah nak jumpa yang lebih kurang sebaya. If ada pun, foreigner kut. Yang Malaysian, memang around umur macam tu. So, automatically aku perlu berkawan dengan orang-orang muda masa belajar sekarang ni. Tu yang kalau dia orang lagi pandai or terer daripada aku, aku jadi segan tu. Tapi biasanya aku abaikan je perasaan tu. Memang dah jadi kebiasaan, aku pergi mana-mana pun, aku akan jadi di kalangan orang yang paling kecil saiznya. Maklum, berat aku more or less 40kg and tinggi around 155cm.

Kau orang dapat imagine fizikal aku macam mana? Kecil kan? Apa yang aku nak sampaikan, in certain condition, mereka yang bertubuh kecil macam aku memang ada kelebihannya. Contoh senang walaupun not necessarily, nampak seperti kurang risau tentang masalah kegemukan, senang cari pakaian masa bershopping, boleh bersempit-sempit bila perlu berhimpit dalam kereta yang kecil, or maybe kurang masalah bau badan. Err, maaf if ada yang terasa :P More common situation bila orang senang menginterpretasikan manusia bertubuh kecil ni Comel. Then cepat je orang yang bertubuh kecil tu nak perasan. Padahal orang tu maksudkan badan tu yang comel bukannya muka. Daaa! :P

Whatever it is, commonly people said Less is Better. Right? Then, obviously it means Small is Better. Perfect! ^^
 

Love & Sincere,

17 Sep 2012

Open House Dan Stressful Tiada Kaitan


Dear my Lovepediary,

Since awal Syawal itu hari, selsema dan batuk datang, pergi, datang lagi, pergi lagi dan datang lagi. Belum ada hentinya. Dah hampir sebulan. Even sekarang pun aku kembali diserang batuk dan selsema. Aku syak aku kurang dapat rest yang cukup. Itu je. So penyakit yang baru nak pulih tak jadi nak pulih. Malah datang semula. Serius lepak ni. Bukan merungut. Cuma kena bagitahu awal-awal yang tulisan kali ini aku taep dalam condition pening-pening lalat. So, segala kecelaruan mohon dimaafkan ya. Tamat sebuah intro yang berjaya aku taep kelmarin.

Sabtu minggu lepas, rumah mak aku ada buat makan-makan, jamuan hari raya siket untuk jamu jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Tak ada cerita pun yang aku nak ceritakan. Cuma aku ada juga menyumbang sedikit tenaga untuk buat dessert. Actually, aku berbelah bagi samaada nak buat dessert untuk dihidangkan buat tetamu atau saja-saja aku buat untuk dimakan bersama ahli keluarga. Bukan apa. Aku tak pandai nak budget kuantiti untuk sediakan makanan tu if untuk tetamu. Bila dah siap, err siketnya. Memang untuk makan sendiri je lah jawabnya.

The Dessert

Then, seminggu yang lepas ni aku sebok dengan registration dan segala urusan masuk ke semester baru. Kelas pun dah start. Mode belajar aku dah kena switch on. Two semesters to go! Tak sabar rasanya nak habeskan. Perasaan tak sabar tu tiba-tiba datang mungkin sebab this semester dah kena start dengan pre-project. Aku survive sendiri. Aku saja taknak bergantung dengan kawan-kawan dengan ambil supervisor yang sama. This tyme, biarlah aku lakukan semuanya sendiri. Tapi, kat situlah cabarannya bermula. Awal-awal lagi dah rasa tekanannya.

Lepas tu, kawan-kawan Suami banyak kali dah cakap nak datang beraya. Tak ada masalah bagi aku. Cuma aku perlukan masa yang sesuai je disebabkan kesibukan aku juga baru je nak bermula. Dia orang pula siap order menu yang perlu disediakan bagi setiap rumah yang akan dikunjung. Task untuk aku, selera kampung. Boleh dapat task pulak kan? At last, aku decide untuk masak ikan keli masak lemak cili api, ikan tilapia masak sambal berlada, ayam goreng berempah, ulam-ulaman berserta sambal belacan. Kelam kabut aku prepare, so gambar tak sempat snap.

Apa yang agak mengecewakan, cadangnya aku nak buat dua jenis desserts, Puding Trifle dan Puding Sagu. Tapi entah mana silapnya, Puding Trifle aku tak menjadi. Mungkin aku terlalu kelam kabut. Actually aku rasa, rasa Puding Trifle tu tak mungkin tak menjadi, cuma rupanya je tak sebagaimana yang sepatutnya. So, aku decide untuk simpan je dalam peti sejuk dan tak hidang untuk tetamu. Kecewa betul. Sebelum-sebelum ni buat okey je. Naseb baek Puding Sagu tak ada masalah. So, aku buat-buat lupa je perasaan kecewa dengan Puding Trifle yang tak menjadi tu.

Lepas google masa buat entry ni, baru tahu orang laen buat Puding Sagu 
ni lebih menarek presentationnya. Demn!

Sebenarnya nak diikutkan, aku tak lah penat sangat masa buat segala macam preparation untuk terima kunjungan kawan-kawan Suami Jumaat lepas tu. Memang aku masak dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa-biasa, tapi sebenarnya tak lah penat sangat. Tapi, mungkin sebab memang aku kurang berehat pada hari-hari sebelumnya, semalam aku terus demam. Aku terbareng lemah seharian. Kepala berat gila. Tak mampu nak berdiri lama-lama. Tak mungkin. Tak mungkin cuma sebab memasak dan kemas rumah masa hari Jumaat tu. Demn. Tak kental langsung.

Hari ni aku baru je nak sehat. Tapi Mak baru call ajak balek kampung. Aku dah serba salah, nak pergi ke taknak? Cadangnya baru nak cari-cari bahan untuk aku punya pre-project. Badan pun baru nak sehat. Tapi kalau tak ikut Mak balek kampung, tak tahu nak kasi alasan apa. Serba salah. Sedangkan aku dah nampak aku bakal tak cukup masa untuk buat aku punya pre-project lepas ni. Kalau tak prepare sekarang, bila lagi? Walaupun aku belum decide, tapi aku rasa aku dah nampak jawapannya. Mesti kejap lagi aku bersiap-siap untuk ikut Mak balek kampung. Agaknya.


Tamat sudah entry pening lalat. Sekian @.@


Love & Sincere,
 

7 Sep 2012

Hadiah Hari Jadi


Dear my Lovepediary, 

Syukur Alhamdulillah. Sehingga hari ini maseh diberi ruang untuk bernafas. Maseh diberi ruang untuk rasai segala nikmat dunia. Maseh diberi ruang untuk perbetul segala kesilapan yang pernah dilaku. Syukur Alhamdulillah. Maseh ada keluarga yang senantiasa di sisi. Memberi sokongan pada bila-bila perlu. Maseh ada Ibu yang melahirkan. Maseh ada Ayah yang dulu tak pernah lelah berhempas pulas. Syukur Alhamdulillah. Kini sudah punya Suami yang setia mengerti. Saat marah aku, saat sedih aku. Saat aku perlu tawa, saat aku perlu kata-kata penguat. Setia kesatkan air mata, dan buat aku gembira.

Syukur Alhamdulillah. Rezeki di dunia untuk aku maseh belum lagi putus. Maseh ada ruang untuk aku ucapkan syukur. Maseh ada tempat untuk aku duduk berteduh. Walaupun ada ketikanya aku jatuh, ada saatnya dulu aku hilang kerja. Ada saatnya dulu aku sukar mendapat peluang kerja semula. Nampak seperti rezeki tertutup buat aku. Tapi untuk aku, tidak sama sekali. Buktinya, sekarang aku maseh ada peluang untuk terus menimba ilmu. Rupanya Allah buka jalan untuk aku mencari peluang yang lebih baek lagi. Meski hingga kini aku maseh belum mengerti kesemuanya. Tapi aku teruskan juga usaha.

Syukur Alhamdulillah. Allah maseh sudi beri ujian untuk aku. Supaya aku tidak terlalu angkuh untuk terus berada di atas. Supaya aku sentiasa beringat bagaimana perihnya bila berada di bawah. Bagaimana lelahnya untuk bangun semula selepas jatuh walaupun tidak ditimpa tangga. Syukur Allah maseh uji aku. Supaya aku tak leka. Supaya aku tak alpa. Supaya aku tak berhenti meminta daripadaNya. Supaya aku jangan berhenti merintih. Supaya aku maseh mahu untuk menanges. Tidak hanya tertawa hingga aku lupa menginsafi kesusahan orang laen. Semua peluang itu aku maseh ada.

Syukur Alhamdulillah. Aku sudah pernah kenal erti kawan dan lawan. Erti jatuh dan bangun. Erti berjaya dan gagal. Erti merangkak dan erti terbang. Erti panas, cerah, mendung, juga erti hujan di tengahari. Erti gelap dan erti terang. Erti memberi, erti menerima, erti merasa, erti menghargai, erti menikmati, juga erti membalas segala jasa. Syukur Alhamdulillah. Maseh ada senyum yang mampu aku ukir. Meski hati meruntun asyik menagih air mata aku sendiri. Tapi syukur Alhamdulillah. Itu juga yang mengajar aku erti kesabaran, erti ketabahan, erti kekuatan, jua erti melawan setiap kelemahan.

Tiada hadiah hari jadi yang lebih indah daripada yang pernah aku nikmati selama ini. Tiada yang lebih bernilai daripada yang sudah Allah beri untuk aku jalani. Syukur usia maseh ada. Syukur aku maseh bernyawa. Untuk aku balas Cinta kepada mereka. Untuk yang kesekian kalinya, Alhamdulillah syukur. 


Selamat Ulang Tahun Yang Ke Ehem Ehem Liyaa Mf  

Ehem :P


Love & Sincere,