28 Nov 2012

Satu Dekad


Dear my Lovepediary,


2001

Saat pertama bersua. Kau bukan siapa-siapa. Aku juga tak pernah tersemat dalam kau punya jiwa. Kita ditakdir berjumpa, walau kita tak pernah menjangka. Selepas lebih kurang seminggu aku berjauhan daripada keluarga, kelas pertama aku bermula. Kau datang lewat, duduk sebelah dea, kita selang semeja. Aku? Aku buat tak tahu saja. Masa itu kita berdua bukannya siapa-siapa. Kau nak berbual dengan siapa, itu kau punya cerita. Aku hanya fokus pada muka lecturer. Hari berganti hari, kadang-kadang ada juga kita bertegur sapa. Sekadar teguran teman kelas yang sama. Jarang-jarang kita hendak berbual berdua. Kita hanya berbicara bila kita di kalangan kawan-kawan kita.

Selang beberapa lama, kau bantu hantar aku ke Puduraya. Waktu itu, kau yang perlu hantar aku pun bukan dengan sengaja. Kita dalam kelas bukan serapat mana. Aku minta tolong kawan kita, tapi dea minta tolong kau pula. Alasannya, kau orang Kuala Lumpur. Mungkin kau yang lebih tahu jalan menuju ke Puduraya. Aku? Siapa-siapa yang hantar aku pun tak apa. Yang penting, aku dapat pergi ke stesyen bas sebagaimana hari dan waktunya. Janggal. Aku ingat situasi kita berdua waktu tu agak janggal juga. Sebab kita baru kenal beberapa bulan cuma. Malah, kita tak serapat mana. Tapi kita cuba act macam biasa. Dan hari itu, kau temani aku hingga aku hilang dari pandangan mata.

Aku tak sangka, ada telinga yang mendengar. Ada mereka yang menilai. Aku sebenarnya kurang faham. Bukankah aku cuma minta bantuan? Aku tahu, ada yang salah faham. Tapi, tiada siapa-siapa yang minta penjelasan. Malah mungkin cuma nilai aku sebagaimana luaran. Lepas itu. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Kita tetap kawan macam biasa. Kau pun aku dapat khabar sudah milik seseorang. Aku juga tetap dengan aku punya dunia realiti dan khayalan. Antara kita, maseh tak ada kena-mengena. Tapi, sesekali ada juga kita lepak bersama. Bersama, tak semestinya berdua. Ada ramai lagi keliling kita. Kau kan milik dea. Itu yang aku dengar cerita.

2002

Tiba-tiba hati kau dikecewa. Kau cerita pada kami bertiga. Aku dengar saja. Padahal, baru hari itu kau cerita tentang dea. Sebelum ini, aku cuma dengar-dengar cerita. Datang dari mulut kau, tiba-tiba kau sudah dikecewa. Aku simpati juga, tapi simpati yang biasa-biasa. Sabarlah, mungkin bukan jodoh kau dengan dea. Kita pun teruskan lepak macam biasa. Mujurlah, aku tengok kau maseh ada gembira. Tapi aku tak tahu. Mungkin kau pandai sembunyikan rasa. Tak apa lah. Waktu tu, antara kita pun bukan siapa-siapa. Kita berempat cuma kawan lepak sekali-sekala. Jadi, aku tak tahu cerita kau sedalam-dalamnya. Dalam kau sedang bersedih, kita lepak je macam biasa, dengan yang laen juga.

Sampai satu hari, kau ajak aku lepak berdua. Jom teman aku makan, kau kata. Disebabkan malam tu aku tak ada buat apa-apa, aku setuju je. Walaupun aku rasa agak janggal juga. Biasanya, kalau kita lepak pun dengan kawan yang lagi dua. Tapi aku fikir, sekadar teman kau makan, apa salahnya? Dan detik itulah, kau mula luahkan rasa, dalam gurau senda. Aku? Tergamam pun ada. Dalam diam-diam, kau ada hati dengan aku rupanya. Lepas tu aku ketawa. Kau ni, kelakar juga. Tapi sebenarnya, hati aku, agak gembira. Entahlah, dalam diam-diam, rupanya kita menyimpan sedikit rasa. Padahal, selama ni kau lebih rapat dengan mereka berdua. Aku, macam tiada walaupun aku sebenarnya ada. 

Balek berjumpa, aku cerita pada dea, kawan kita. Dan balas dea, Aku cakap dengan kau, kau jangan marah aku ey Liyaa? Apa dea? Sebenarnya, aku dah tahu. Hah? Macam mana kau tahu? Dea dah beritahu aku lama. Masa tu kita orang deal nak beritahu siapa yang kita orang suka, tapi janji simpan rahsia. Then? Dea beritahu, aku suka Liyaa. Aku diam seketika. Kau ingat, ada satu hari kau datang kelas lewat? Masa kau datang, dalam diam-diam aku ejek-ejek dea. Nampak kau, terus muka dea ceria. Aku senyum. Kau ingat, balek daripada kelas tu aku ajak kau ambil gambar berdua? Yurp! Untuk apa? Itu sebenarnya dea yang minta. Dan malam tu, aku tersenyum juga sampai ke telinga.


**************


Namun, bukan semudah itu hati terbuka. Bukan semudah itu aku membalas rasa. Bukan semudah itu bermulanya sebuah cerita dan centa. Aku rasa, aku belum sedia untuk terima dea. Aku tak boleh kut untuk terima dea. Or aku belum boleh, mungkin. At least, bukan waktu itu. Suka tak semestinya centa kan? Senang tak semestinya boleh bersama kan? In fact, suka tak semestinya akan suka selama-lamanya kan? Mungkin suka itu sekadar suka-suka kan? Suka, tak semestinya perlu dibalas kan? Aku juga ada rasa suka, cuma... Lepas aku fikir dalam-dalam, aku beritahu dea. Aku ada minat someone. In fact, hati aku dah ada seseorang. Boleh tak kalau kita cuma kekal sekadar kawan? 


Malam itu, sudah lebih kurang sedekad yang lalu. Walau malam itu bukan permulaan sebuah cerita. Sekurang-kurangnya ia tetap sebuah memori yang pernah tercipta. Walau pada awalnya aku tak pernah terima. Cerita yang tak bermula, tak berakhir begitu saja. Walau kita pernah cuba dan pernah gagal di satu masa. Namun akhirnya kita diketemukan semula. Walau hati cuba menafi dan melawan rasa. Akhirnya aku akur jua. Tak guna aku asyik tutup mata. Sedangkan keikhlasan dan kejujuran kau aku dah tak perlu curiga. Lantas kita disatu saat kau lafaz Aku Terima Nikahnya. Selamat Anniversary yang KETIGA buat kita berdua. Semoga kau centakan aku sampai bila-bila. Moga-moga :D

 
Yeyyy! Dah Tiga Tahun Kawen! :))


Love & Sincere,

25 Nov 2012

Just From My Point of View


Dear my Lovepediary,


Sebelum ni, aku ada terbaca dua buah entry yang sebenarnya tak ada kena mengena, tapi aku terkomen tentang sesuatu yang lebih kurang sama. Ceritanya berkaitan dengan masa depan dan menyentuh sedikit isu dalam marriage lyfe. Cerita pertama tentang Future: Career Woman vs Housewife oleh Hara dan cerita kedua tentang Ini Soal Masa Depan #1 oleh Sheda. Tak lama lepas tu, ada kesinambungan untuk entry Sheda, Ini Soal Masa Depan #2. Sebelum apa-apa, entry aku ni bukan untuk membantah or mempertikai apa-apa dalam entry dia orang. Itu cuma dia orang punya thinking and perancangan. In fact, apa yang aku nak cerita ni boleh dikatakan tak ada kena mengena sangat dengan entry dia orang. Sekadar yang aku terfikir lepas aku tinggalkan komen untuk entry-entry tu. Aku explain untuk kau orang yang belum kelik semua cerita-cerita tu. 

Entry Hara boleh aku simpulkan sebagai planning dea tentang future lyfe especially after kawen. Either keinginan dea nak jadi fulltyme housewyfe walaupun Hara dah belajar tinggi, ataupun ikut suggestion ayah Hara yang support Hara untuk sambung Master, Phd di luar negara and seterusnya nanti jadi seorang lecturer. Means, to be a career woman. Cerita Sheda dalam entry pertama, tentang kawen di usia muda and salah satu kriteria yang diambil kira oleh perempuan dalam memilih calon Suami. Sheda kata, kalau nak kahwin awal, make sure cari suami yang dah ada pendapatan, kewangan dah kukuh. Untuk entry kedua Sheda, tentang tanggung jawab seorang perempuan terhadap parents after berkawen. Sheda kata, bila perempuan yang berpendapatan lebih tinggi dan perlu bantu Suami, dea kemudiannya takkan mampu untuk hulur duet untuk bantu parents.

Semasa mengulas dua isu pertama, aku terkaitkan dengan sifat tanggungjawab seorang lelaki sebagai Suami. Aku tak nafi, money is not everything but everything is money. Kan? And aku pun percaya, kalau seorang perempuan tu lucky dapat jodoh lelaki kaya or lelaki yang agak senang, stabil, memang beruntung and insyaallah hidup perempuan tu pun akan senang, and seterusnya for sure membawa bahagia. Betul? Aku tak nafi, kriteria ada financial position yang kukuh dan stabil tu salah satu kriteria penting. Bukan untuk penuhi sifat materialistik, tapi untuk penuhi demand living cost sekarang yang tersangatlah tinggi. Dan untuk buat apa-apa pun confirm perlukan duet, selaen untuk kejar lyfe style yang lebih selesa, agak senang. Well, zaman sekarang siapa yang taknak hidup senang kan? So, sebab tu kriteria berkaitan financial position tu boleh kata sangat-sangat penting.

 See? To fulfill our basic needs (Phsiological) pun need $$$ kan?

Tapi. Ada tapinya, bak kata Encik H. Tapi, aku rasa kalau nak buat perbandingan, antara Duet dan Tanggungjawab, sifat tanggungjawab tu terletak jauh lebih penting. Aku ambil pengalaman aku sendiri. Aku dah mula tak bekerja bermula April 2010. Lepas duduk rumah goyang kaki selama lima bulan, Alhamdulillah rezeki datang and aku mula kerja semula. Tapi sayang, jodoh dengan kerja tempat baru tu tak lama. Aku berjaya pertahankan selama lebih kurang enam bulan je, then aku quit. Sebab-sebabnya tak perlu lah rasanya aku cerita. After that aku goyang kaki lagi selama lebih kurang hampir setahun sebelum further Master until sekarang. Of course boleh dikata ini dugaan bagi aku, err bagi kita orang berdua sebenarnya. Husband aku bukan berpangkat Manager, level Executive pun bukan. Dengan segulung diploma, boleh estimate kan berapa monthly income dea?

Dengan aku yang tak kerja, dea seorang je kerja untuk sara kesemuanya. Memang aku belum ada anak lagi, tapi orang dah kawen ni tetap tinggi expensesnya. Sewa rumah, kereta, bills itu ini, kelengkapan rumah, minyak and toll balek kampung, eh banyak la kalau nak cerita. Memanglah boleh dikata orang dulu-dulu kerja berkebun pun boleh survive juga. Tapi tu dulu, living cost tak sama. And kita orang pun boleh dikata tinggi nafsu keinginan juga. Nak pakai baju lawa-lawa (aku), nak keluar jalan-jalan (suami), nak makan sedap-sedap (suami), nak beli games and entertainment kat rumah (suami). Nampak tak nafsu aku siket je, selebihnya Suami :P Okeyy, aku tipu. Sebenarnya kita orang dua-dua sama je. Suka jalan-jalan, suka makan sedap-sedap, suka ada entertainment kat rumah, senang cerita nak yang best-best je. Ehem. Ada ke orang laen yang taknak semua ni?

But then, husband aku survive je dengan kerja seorang. Sara aku yang tak bekerja ni. Sara aku yang maseh belajar ni. Memang aku ada dapat scholarship, tapi KPT cover yuran belajar je. Tak ada extra duet poket pun. Kos keperluan belajar laen, husband aku la yang tanggung. Orang kata, biasanya soal duet ni, silap perhitungan boleh jadi gaduh. Tapi Alhamdulillah, walaupun dengan qualification sederhana dan perlu kerja seorang eventhough aku sepatutnya mampu bekerja, husband aku tak pernah merungut hanya sebab aku tak kerja. Memang dea lebih suka aku kerja, sebab laju siket kita orang boleh upgrade lyfe. Boleh kumpul aset dan harta cepat-cepat. Tapi since rezeki aku at the moment belum terbuka sepenuhnya, still dea tak pernah pun mengungkit. Malah still sentiasa cuba untuk penuhi semua kehendak aku, mana yang dea mampu. Ehem. Terima kaseh, Suami ^^

  Best kan kalau boleh tanam $$$ and $$$ boleh tumbuh macam ni? :D


So, if sifat tanggungjawab tu ada, lelaki akan tahu bahawa tugas menyara keluarga tu adalah sepenuhnya tanggungjawab Suami. Isteri yang bekerja tu cuma bonus. Sekadar membantu. If income Isteri higher than Suami punya pun, tetap namanya Isteri tu cuma membantu. If Isteri yang menyumbang lebih untuk expenses dia orang pun, tetap namanya Suami yang menyara, and Isteri still cuma membantu. Sebab aku pernah tersilap kata dengan seorang Driver kat office lama "Mak Liya berniaga. Kiranya macam Mak la yang lebih banyak dapat duet. Income Abah untuk bantu-bantu je". Dan Pak Ajiz balas "Salah tu. Ayah Liya tetap yang menyara keluarga, mak Liya yang cuma membantu je". Terdiam aku sebab tersilap kata. So, kalau sifat tanggungjawab lelaki tu ada, insyaallah pintu rezeki akan terbuka sebab dea kuat usaha dalam apa condition sekalipun.

So, untuk menjawab cerita Sheda, kalau untuk kawen muda, mungkin sifat tanggungjwab tu adalah isu utama. Dan menjawab cerita Hara, kawen dengan lelaki kaya tu best, tapi kena la bersedia sebab lelaki kaya ni mampu apa saja :P Okey, just kidding! Actually, entry ni memang sama sekali bukan untuk menjawab cerita Sheda or Hara. Ini cuma mungkin satu cerita laen. Dan bukan juga cerita aku ni untuk beritahu Suami aku seorang je yang bertanggung jawab. Itu cuma sebagai contoh. Dan macam yang aku highlight sebagai tajuk entry, apa yang aku ceritakan dalam keseluruhan entry ni, cuma from my point of view. Sesiapa je bebas untuk tak bersetuju or ada pandangan yang laen. By the way, money is not everything but everything is money tu, tetap betul kan? Tapi aku pernah terdengar seorang Singaporean cakap "Money is nothing!" sambil suruh anak dea pilih apa saja. Err gila bongkak -__-"


Love & Sincere,
 

19 Nov 2012

Tempted and Melted


Dear my Lovepediary,


Sebenarnya, dah lama aku perasan seorang kawan aku ni buat part tyme business ambil tempahan buat Cupcake, Cheesetart, Apam Polkadot, Pavlova dan segala macam makanan yang sweet-sweet macam tu. Selalu juga aku perasan bila dea selalu update gambar-gambar desserts yang dea buat untuk penuhi tempahan orang ramai tu dalam Facebook. Dalam hati, kagum juga aku dengan kerajenan dan kegigihan kawan aku. Jealous pun ada. Pernah juga dulu aku terdetik nak buat bisnes kecil-kecilan macam tu. Tapi sayang, hati aku cuma terdetik, tapi ia tak pernah jadi kenyataan lagi sampai sekarang. Niat tu dah ada, rajen tu belum datang-datang lagi :P

Desserts yang kawan aku tu buat, memang nampak sedap-sedap. Melted juga sekali sekala tapi aku tak pernah rasa nak order. Naseb baek tekak aku pun rasa biasa-biasa je. Kalau setiap kali tengok asyik teringin, habes semua nanti aku nak rasa. Naseb baek aku tak rasa macam tu. So, aku sekadar tengok je gambar-gambar yang kawan aku upload tu sambil kagum dengan kerajenan dea daripada jauh. Even if aku teringin, maybe aku prefer google recipe daripada internet and buat sendiri. Agak-agak cara nak buat tu susah, biasanya aku akan batalkan je niat nak buat tu dan lupakan je keinginan tekak aku. Aku nak buat yang simple-simple je, yang susah-susah malas  -_-

Baru-baru ni, kawan aku tu mula dengan satu lagi recipe baru. Mula-mula aku buat tak endah je. Macam biasa, tengok je dari jauh. Tapi lama kelamaan, aku rasa macam tergoda dan teringin gila nak rasa. Gambar-gambar yang dea upload tu betul-betul menggiurkan tekak aku. Sebenarnya, aku jarang-jarang nak terikut-ikut teringin makanan itu ini yang biasanya sana sini orang gembar-gemburkan. Tekak aku ni tekak orang kampung je. Tapi kali ni aku rasa aku kalah untuk tahan nafsu. Tiba-tiba satu hari aku teringin gila. Last-last, aku decide untuk order. Naseb baek rumah kawan aku tu tak jauh daripada rumah aku, so dea setuju untuk buat delivery ke rumah.


Colorful Durian Crepe from Anna's Bakery House


Rasa Durian Crepe ni memang sangat sedap. Mabeles! Tak sia-sia aku beli. Mungkin sebab aku ni memang peminat durian. So, once Durian Crepe ni masuk dalam mulut and tekak, rasa dea memang tak boleh handle. Crepe dea lembut bila digigit. Filling durian and whipping creme heavenly melt in mouth. Kesedapan Durian Crepe ni memang indescribable. Mabeles gila! Over tak gambaran aku? @.@ Aku tak tahu orang laen punya selera, tapi pada aku Durian Crepe ni memang sedap tak terhingga. Aku rasa kalau filling durian and whipping cream dalam tu lebih padat, mungkin lebih sedap kut. So, kepada sesiapa yang merupakan peminat durian, apa tunggu lagi? ^^

Actually, Durian Crepe ni pada aku agak mahal siket. 6pcs macam dalam gambar kat atas tu je dah RM10. Pada aku, quite mahal. Itu pun tak puas makan. Tapi tak mampu aku nak beli selalu. Dapat rasa sekali itu hari jadilah. Lepas ni, kalau terasa nak makan lagi, maybe aku cuba buat sendiri. Aku google cara buat dea pun tak berapa susah. Tapi, tengoklah nanti bila aku rajen. Ehem. Masa aku dah rasa Durian Crepe ni itu hari, terasa nak upload dalam Facebook nak bagitahu kesedapan Durian Crepe ni sambil say thanks dekat kawan aku tu. Tapi tiba-tiba aku tengok ramai kawan-kawan update benda sama. So, cancel update kat Facebook. Nampak macam taknak kalah pulak nanti :P


Google

So tempting and melting. Gulp! =P~


Love & Sincere,

15 Nov 2012

Selamat Maal Hijrah


Dear my Lovepediary,


Bercerita tentang Maal Hijrah. Cerita ni merupakan sebuah pengalaman. Hijrah berlaku pada Maal Hijrah tahun 2008 iaitu bersamaan 1430H kalau tak silap. Kalau salah, mohon kirakan untuk aku. Waktu tu Maal Hijrah jatuh pada hujung tahun, sekitar Disember. Biasanya, awal Muharam aku berlaku dan berlalu macam biasa je. Tak ada azam yang gempak-gempak aku pasang. Tak ada sebarang hijrah dalam diri or dalam hidup yang aku lakukan. Biasa lah. Aku bukan manusia sempurna dan sangat bersih hatinya. Aku ni jenis biasa-biasa. Kadang-kadang benda-benda macam ni aku mungkin cuma sekadar tahu, tak ada sebarang hijrah dalam diri aku.


Tapi Hijrah pada tahun tu ada kelaenan sedikit. Mungkin itulah Hijrah yang paling bermakna dalam hidup aku setakat hari ini. Dengan officialnya, pada hijrah kali itu aku telah memberanikan diri untuk berhijrah daripada bogel kepala kepada menutup aurat di kepala. Masa tu umur aku dah 25 tahun. Kalau dikira dosa, dah bertan-tan agaknya cuma sebab satu yang tak sempurna. Err maksudnya, tak sempurna yang laen-laen tu belum dikira. Masa tu aku bujang lagi. Feeling-feeling nak kawen tu memang dah ada. Tapi baru rancang, bertunang pun belum. Masa tu bila nak kawen pun belum tahu dalam jarak masa yang dah dekat ke atau maseh jauh. 

Tapi, sebab dah ada feeling-feeling nak kawen tu, then macam-macam yang aku fikir panjang. Salah satunya dah pasti tentang bertudung. Bila dah feel nak kawen, automatic aku rasa aku kena berhijrah. Berhijrah segalanya especially dari segi kematangan. Then aku kena berfikir segalanya dengan matang. Tambahan lagi, family bakal Suami masa tu boleh tahan juga agamanya. Teman lelaki masa tu tak pernah memaksa, cuma siket-siket dea selit-selit juga hint yang dea pasti suka dan bersyukur kalau aku berubah bertudung. Dea tak cakap pun, aku sendiri mesti tahu. Selebihnya, dea beri kebebasan pada aku untuk ambil masa aku sendiri.

Aku fikir masa depan. Kalau aku bertudung, mesti lagi berbesar hati family bakal Suami untuk terima aku kan? Automatic dia orang akan nampak aku dah bersedia untuk jadi seorang Isteri. Yeke? Teori aku je sebenarnya. So, aku decide untuk mulakan langkah bertudung. Tapi macam mana? Masa tu aku bekerja. Takkan hari ni free hair esok tiba-tiba dah bertudung kepala? Memang tak salah. Dah tentu perkara wajib. Once kita tahu dan sedar akan dosa, mana boleh lengah-lengah, terus kena bertaubat dan buat sebagaimana yang sepatutnya. Betul? Tapi, bukan mudah kan? Disebabkan aku rasa aku dah dapat hidayah masa tu, cehh, syukur aku sebab dipermudahkan cara.

Masa tu aku kerja. Annual leave banyak lagi tersisa. So, sempena hujung tahun, aku apply cuti lama juga, dalam seminggu agaknya. Aku nak rehatkan mata bos-bos dan kawan-kawan sepejabat daripada melihat aku. Habes cuti, aku naek kerja tepat lepas cuti Awal Muharam. And yes, at that tyme lah aku muncul semula kat office dengan penampilan baru. Kepala dah tak terbuka lagi. Berdebar memang berdebar. Berdebar nak terima macam-macam pandangan, pujian :P dan kata-kata tahniah daripada ramai pihak nanti. Tapi berhijrah untuk sesuatu yang baek tu, aku kena lah berbangga. Pagi-pagi lagi aku dah tersenyum, tersengih, malu sendiri.
 

Bukan dengan kawan sepejabat je, dengan family pun rasa segan juga. Ye lah, sebab benda tiba-tiba kan? Tapi aku redah juga sebab aku yakin parents aku mesti suka. Perasaan segan tu sebenarnya aku sendiri je yang rasa. Lepas beberapa hari bertudung, masa aku balek kerja, Ayah aku tegur "Ehh, dah tukar fesyen? Dah bertudung pulak sekarang?" Yes, after beberapa hari -_- Rupa-rupanya Ayah aku tak perasan pun daripada mula hari pertama aku berhijrah tu. See? Aku je perasan segan sendiri. Naseb baek Mak tolong jawab untuk cover malu aku "Ehh, apalah Abah ni? Orang tu dah mula pakai beberapa hari". Aku cuma mampu sengih-sengih je. Malu haish :">

Terpulang kalau nak kata aku berubah sebab nak kawen. Or sebab bakal Suami waktu tu, or sebab family bakal Suami. Bukan sebab Allah Ta'ala. Terpulang kalau ada sesiapa nak cakap macam tu. Sebab aku sendiri pun tak boleh nak baca and nilai keikhlasan hati aku sendiri. Yang tahu, cuma Allah. Apa yang aku tahu, memang niat nak kawen tu yang menjadi perantaraan hidayah untuk bertudung tu datang. Well, aku belum nak kawen lagi masa tu, baru niat nak kawen :P Cuma aku berharap, perubahan dan hijrah ni akan kekal sampai bila-bila. Malah harapnya semaken baek dan semaken memenuhi syarat-syarat bertudung yang sepatutnya. Sekarang belum perfect mana.

Masa aku mula-mula pasang niat nak bertudung tu, aku shopping tudung RM10 sehelai je tapi gila banyak berhelai-belai. Macam-macam warna ada. Masa shopping tu aku still freehair lagi. So, salesgirl tu tanya "Beli banyak-banyak ni untuk siapa?". Then aku balas malu-malu "Err untuk sendiri laa" :">


Love & Sincere,

12 Nov 2012

Memori Teman Sepermainan Dahulu


Dear my Lovepediary,


Masa aku kecik-kecik dulu, lebih kurang umur aku 6 ke 7 tahun macam tu. Aku dan family pernah tinggal di kawasan Felda, area Gemas, Johor kalau tak silap. Aku rasa aku tinggal kat kawasan Felda ni macam tak lama mana, tapi daya ingatan aku menyimpan banyak sangat memori sewaktu aku tinggal kat situ. Antara yang aku ingat, jiran aku ada anak namanya Boboy dan Nini. Dua-dua tu lelaki yang umurnya mungkin lebih kurang tua setahun dua daripada aku. Mereka adalah antara kawan sepermainan aku dan kakak aku. Selaen itu, yang aku ingat ada Asim dan Kak Idah. Kak Idah adalah yang paling tua di kalangan kita orang. Umurnya mungkin 3 ke 4 ke 5 tahun lebih tua daripada aku. Asim aku tak ingat berapa umur dea. Err macam semua je aku tak ingat berapa umur dia orang. Yang penting, kami kawan sepermainan antara yang paling akrab.

Ada satu kenangan masa kita orang maen-maen waktu petang kat rumah aku dulu. Cerita ni pasal Asim. Asim ni orangnya agak gelap, macam India. Kalau sengih confirm nampak mata dengan gigi je. Masa tu mak aku tengah tidurkan adek aku yang paling kecik dalam buaian sambil tengok-tengok kita orang bermaen. Aku dah lupa apa kita orang maen waktu tu. Tiba-tiba, tanpa sengaja aku ternampak seluar pendek yang Asim pakai tu koyak pada bahagian punggung. Bayangkan, Asim tu dah la hitam, err maksud aku gelap. Agak ngeri weyh! Terkekeh-kekeh aku ketawa dengan Mak aku bila aku tunjuk seluar Asim yang koyak tu. Bila Mak aku kantoikan Asim suruh pergi balek rumah tukar seluar dulu, kesian gila Asim waktu tu. Malu gila kut dea. Semua kawan-kawan gelakkan dea berdekah-dekah. Sejak hari itu, aku gelarkan dea Asim Buntut Koyak. Kahkahkah!

Kenangan hari laen pulak. Kali ni kita orang maen-maen waktu petang bukan kat rumah aku, entah rumah siapa aku dah lupa. Masa maen-maen tu, salah seorang daripada kita orang kena balek rumah sekejap. Tiba-tiba datang idea Kak Idah untuk kenakan kawan tu. Eh, jom kita sembunyik jom! Nanti dea datang balek mesti dea carik-carik kita tak jumpa. Kita orang semua pun setuju je sebab Kak Idah kan yang paling tua. Okeyy! Kita sembunyik kat sini. Konfem dea tak dapat jumpa. Kak Idah kasi cadangan sambil buka tingkap bilek, yang mana bila dibuka, ada satu kawasan rata kat luar tu, berupa sebuah atap. Means, kalau tingkap tu ditutup, and member tu cari daripada dalam rumah, memang takkan dapat jumpa, sebab kita orang kat luar rumah, atas atap. Err masa tu rumah Felda rumah atas, rumah atas tiang. So, atap tu agak tinggi la jugak sebenarnya.

Lepas Kak Idah buka tingkap, terus Kak Idah panjat. Cepat weyh! Cepat! Berebut kita orang tunggu turn nak sama-sama sembunyi cepat-cepat. Masa tu fikir seronok je. Belum sempat kita orang panjat, tiba-tiba atap roboh dan Kak Idah jatuh. Kita orang tergamam gila tengok Kak Idah jatuh daripada atap yang tinggi tu, Kak Idah menjerit kesakitan. Rupanya, atap tu adalah atap porch motor. Naseb baek tak ada motor park kat porch tu masa tu. Kalau tak, confirm Kak Idah injured lebih teruk. Kita orang terus papah and hantar Kak Idah balek rumah. Jeritan dan raungan Kak Idah masa tu buatkan kita orang semua cuak gila. Resultnya, Kak Idah terlantar saket kat rumah untuk beberapa lama sebab kaki dea bengkak gila and tak boleh jalan. Insaf sekejap jugak lah kita orang masa tu, cuti kejap bermaen. Kejap je. Naseb baek parents Kak Idah ni baek gila, tak marah pun kat kita orang.



Sebenarnya, banyak lagi kenangan waktu nakal-nakal masa aku tinggal kat Felda dulu. Yang pasti, banyak yang seronok aku rasa walaupun masa tu lyfe kita orang susah, tak sesenang mana. Tapi macam yang aku bagitau tadi, aku tinggal kat situ tak berapa lama, macam tak sampai setahun rasanya. Dalam masa awal aku darjah satu tu jugak kita orang dah pindah rumah, tak lagi tinggal kat Felda. Lepas daripada tu, aku lost contact dengan semua teman sepermainan kat situ. Sampai sekarang aku tak tahu kat mana teman-teman sepermainan aku semua tu tinggal. Kecuali Kak Idah, latest pernah jumpa semula masa dea datang tyme kakak aku nak nikah dulu. Tu pun dah ada dalam lapan tahun lepas rasanya. Lagipun lepas pindah tu dengan parents Kak Idah je rasanya parents aku maseh tanya khabar sekali sekala. Yang laen-laen memang tak ada.

Aku expect, semua teman-teman sepermainan aku tu maybe semuanya dah kawen, mungkin dah beranak pinak agaknya. Kalau selisih kat mana-mana pun, aku rasa aku takkan kenal mereka. Muka dia orang masa kecik-kecik dulu pun aku dah lupa. Muka Asim je maseh ada samar-samar terbayang depan mata. Kahkah! Kalau diberi pilihan, aku pun tak tahu aku teringin ke nak jumpa dia orang semula. Hmm tak rasanya. Sebab tempoh perkenalan kita orang pun sekejap cuma. Masa teman sepermainan dulu mungkin seronok, tapi kalau jumpa semula sekarang aku yakin mesti tak tahu nak berbual apa. Lagi-lagi aku yang pemalu ni :P Yurp! Aku tak rasa aku ada keinginan yang tinggi untuk jumpa dia orang semula. Tapi kalau betul pilihan tu ada, aku nak sangat tengok rakaman semula kenangan-kenangan kita orang waktu dulu. Serius aku rindu.

Kadang-kadang aku terfikir, macam mana lah dia orang sekarang agaknya? Maseh ingat ke dia orang tentang semua kenangan waktu tu? Still ingat ke sebagaimana aku sendiri yang tak pernah lagi lupa? Yang pasti, sampai sekarang aku macam belum pernah dapat lupa semua kenangan waktu tu. Antara kenangan terbaek yang pernah aku ada, kut. Mungkin tak akan pernah dapat luput, sampai bila-bila.   


People change. Feelings change. But memories don't.


Love & Sincere,
 

7 Nov 2012

Ditinggal Masa


Dear my Lovepediary,

  
Tik Tok Tik Tok..


Aku suka buat-buat tak busy bila sebenarnya aku sepatutnya busy. Misalnya sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Aku suka dahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang sebenarnya lebih penting. Yang pasti, yang kurang penting tu lebih menyeronokkan. Berblogging misalnya. Aku boleh baca-baca entry, komen-komen, dan bebel sana sini seolah-olah aku tak ada tugasan yang perlu disempurnakan. Berfacebooking misalnya. Aku boleh berchatting, bergosip, dan tegur kawan sana sini seolah-olah aku tak ada tanggung jawab yang perlu dilangsaikan.  

Kadang-kadang, aku lebih rasa tak cukup masa bila sebenarnya masa yang aku ada dah lebih daripada sekadar cukup. Misalnya, aku punya limited tyme untuk siapkan sesuatu kerja. Aku akan pergunakan masa yang ada tu betul-betul, guna secukup-cukupnya, dan kerja siap. Sebaleknya, bila aku punya masa yang agak panjang, aku akan pergunakan masa yang ada untuk perkara-perkara laen dulu. Kerja tu, Nanti dululah, banyak lagi masa. Detik hati aku. Sampai waktu yang dah limited, baru terkocoh-kocoh aku nak buat. Lepas tu mula rasa, Arghh, aku tak cukup masa!

Even sekarang pun, aku tengah busy sepatutnya. Tapi mood nak buat kerja tu tak ada. Banyaklah aku punya tak ada. Acapkali itu je excuse yang aku bagi. Dari diri sendiri kepada diri sendiri. Last week ada dua hari masa free pun aku bazirkan saja-saja. Dari satu jam ke satu jam aku tangguh nak buat kerja. Endingnya, sampai hari ni output kerja tu belum ada. Bila fikir-fikir semula, memang rasa menyesal bazirkan masa macam tu je. Tapi apa boleh buat, memang bad habit tu dah sebati dalam diri agaknya. Tak apa. Sendiri bazir masa, sendiri jugalah nanti aku tanggung akibatnya.

Bercakap tentang manage masa. Actually aku ada masalah manage masa ni daripada dulu lagi. Since zaman aku kerja dulu. Sebab setiap kerja kena manage sendiri. Aku ni manusia yang sentiasa perlukan due date agaknya. Nak kena ada jadual. 'Sekarang buat ini, lepas ni buat itu. Sampai masa, output kena ada. Siap yang ini, selesai satu kerja, tutup cerita. Tumpukan pada yang laen pula.' Aku susah nak buat macam ni sebenarnya. Sebab satu penyakit, aku suka tangguh kerja. Akibatnya, aku rasa aku asyik buat kerja, buat kerja, buat kerja, sampai rasa macam tak ada habesnya.

Kadang-kadang, aku pelik bercampur jealous dengan kalian-kalian yang pandai uruskan masa ni. Kerja pun kerja, tapi maseh sempat buat itu ini untuk hiburkan diri. Ya, aku mengaku masa aku kerja dulu aku macam takde lyfe je. Hidup cuma tertumpu pada kerja. Dah, dah. Taknak ingat benda yang lama. Cuma aku fikir, lepas ni lebih pandai ke aku manage masa? Melihatkan sekarang, aku rasa problems seems remains the same. I know and I realize it comes from my very own self. It's my weakness. My bad, really. Hah! Apa tips-tips untuk manage masa? Mohon berkongsi.


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian." 


Tiba-tiba aku terdengar satu bisikan. Err. Okeyy! Dah dah. Aku nak buat kerja ni. Semua orang jangan kacau aku sekarang. Grrrrr


Love & Sincere,