30 Sept 2013

Jurujual Yang Period


Kehadapan akak jurujual yang period. 


Akak, akak faham tak peranan seorang jurujual sebenarnya? Saya masuk kedai, akak pandang sebelah mata. Bila saya tanya, akak jawab acuh tak acuh saja. Tak concern langsung dengan kehendak customer, iaitu saya. Akak tak peduli pun apa information yang patut saya terima. Akak jawab malas-malas. Jawab cuma sepatah dua. Itu pun tanpa pandang muka saya. Expect macam saya tahu semua benda. Akak yang jurujual atau pun saya? Akak perlekeh setiap soalan saya. Sampai ada soalan saya yang terbiar macam tu je. Akak kenapa? Salah orang ke saya bertanya? Salah tempat? Salah masa? Salah cara? Meh cite. Akak tau tak action akak tu annoying gila?

Tapi, tak apa. Saya terima je layanan akak apa adanya. Saya macam nak terus confirm beli je. "Em. Kalau saya beli pakej ni, saya dapat apa?" "Dapat dotdotdot lah".  Itu pun nak tanya? Agaknya itulah yang akak rasa nak lontarkan pada saya, agaknya. "Bukan. Sebab saya tanya kat kedai AAA tadi. Dia orang kata, beli ni, dapat ni je, takde dapat free gift apa-apa. Laen cawangan, laen promotion ke? Konfem dapat dotdotdot ni?" "Konfemlah. Biasa kita memang bagi camtu". Jawab akak malas-malas, dengan muka kerek gila, tanpa pandang pada saya. Senyum? Mimpilah untuk saya terima. Terima kaseh akak clearkan pada saya. Tapi tadi tu, salah ke saya bertanya?

Banyak lagi kalau saya nak cerita. Soalan yang saya tanya semuanya akak terima macam tak kena. As if saya tak ada hak untuk bertanya. As if saya tak perlu tanya too detail pasal barang yang saya nak beli, terus je setuju-bayar-terima. As if saya ni bukan customer. As if kedai akak tak terima customer yang macam saya. Tapi tak apa. Saya terima lagi layanan akak apa adanya. Saya confirm beli, saya booking je. Dua hari sesudah, akak call saya. Dah boleh collect barang yang saya order. Tapi approach akak, tetap sama. Still very the annoying gila. Macamlah kewujudan dan kedatangan saya tempoh hari menyusahkan akak je. Eh, saya beli barang kedai akak, apa?

Lokasi kedai yang berkenaan

Resit pembookingan barang yang berkenaan

Bukan jurujual yang berkenaan :P
Gambar hiasan. *geram*

Sampai nak deliver barang pun, akak still memperlekehkan saya. Dah lah akak nak tak nak je layan saya. Akak jurujual, saya customer, akak pulak yang sindir-sindir saya? Kalau ikutkan saya memang sentap gila. Menyindir dengan tak semena-mena. Saya tengok muka akak pun, macam nak mintak pelempang je. Tapi, saya gagahkan juga senyum yang pura-pura. Hipokritnya saya, sebab saya respect akak yang saya jangka berusia lebih tua. Tapi saya kan customer, tak layak ke direspect juga? Kamon akak. Kenapa? Saya ni mengemis barang tu secara percuma ke? Dah dah. Sekarang saya nak barang saya je. Temperature saya, saya control je ni sebenarnya.

Klimaks-nya, macam-macam masalah yang timbul pada penghujungnya. Banyak info yang saya terima bercanggah dengan yang sepatutnya. Itulah akak, bekerja dengan sambil-lewa. Promotion tu akak yang tak tahu sedetailnya. Tak tahu menahu, taknak ambil tahu, taknak cuba tahu untuk tak salah beritahu. Kasik info ikut sesedap rasa. Janjikan sebarang benda yang tak ada. Memperlekeh saya, macamlah itu yang sepatutnya saya terima. Akak tahu tak? Marah yang saya tunjuk tu, cuma 10 percent je rasanya. Then baru gelabah dan boleh letakkan saya sebagai customer. Itu pun akak still nak sabotage saya. Akak ingat bisik-bisik akak tu, saya tak dengar ke?

Dah. Saya mintak deposit semula. Habes cerita.


Yang benar,

Pengguna yang kemudiannya dah beli barang yang sama kat kedai laen dengan servis yang sangaaaaattt jauh beza. Hahaha. Hah! Puas hati saya :D


20 Sept 2013

Kembali


Alhamdulillah, aku maseh ingat jalan untuk kembali ke sini. Serius, bukan aku lupa yang aku ada blog. Tapi, aku tak ingat rupanya aku ada blog. Haa. Tak paham kan? Tak paham tak apa, sebab aku pun tak paham. Heh! Sebenarnya, terputusnya hubungan dengan blog sejak sekian lama adalah sebab semangat yang tiba-tiba hilang, pudar, terbang. Tak ada mood nak bercerita, tak ada rasa nak bercereka, tak ada hati nak berkomunikasi dua hala. Entah. Malas, penat, letih, boring dan banyak lagi alasan kalau aku nak senaraikan. Tak perlulah aku nak tulis semua. Macamlah kau orang peduli kan? Huh! :P

Okey. Fyne. Now aku kembali sebab aku rasa dah bersedia. Bersedia nak kembali berkongsi segalanya. Ohh, bukanlah segalanya. Mungkin separuh, sekerat, sesetengah or secebis cerita. Walau mungkin bukan ada siapa-siapa yang care sangat, tapi suka hati aku lah kan? Tengok kau orang syok menulis, aku pun nak bagitahu yang kepala aku pun ada cerita. Ada. Siapa kata tak ada? Cuma antara aku nak cerita, atau simpan je sebagai rahsia. Dua pilihan ada. Tapi buat masa sekarang belum tahu lagi nak cerita apa. Err still blur lagi ni. Anggaplah aku baru bangun daripada tidur. Jadi, mamai lagi ni. Heh!

Perkembangan? Ada ke yang tanya? Cheh. Syok sendiri pulak :P In case ada yang tertanya. Aku maseh macam biasa. Belum kembang lagi part mana-mana. Heh! Certain perkara aku dah langsaikan. Certain perkara aku baru mulakan. Certain perkara aku dah jumpa. Certain perkara, maseh tercari di mana. Tak perlu tahu selanjutnya. Hidup berjalan macam biasa. Bangun pagi, gosok gigi, mandi pagi, etc etc etc. Haa pasal blog. Aku nak bagitahu. Sebenarnya aku macam rasa nak mulakan sesuatu yang baru. Barulah. Baru.. Tapi baru yang macam mana, itu belum tahu. Saje. Carik mood baru :D


 Mula. Google.


Ohh, ya! Blog dah bertukar baju. Perasan tak? Lebih simple. Lebih kosong. Lebih suram. Rasanya. Lawo tak? Heheh. Err. Kalau tak perasan, sudah. Lagi satu, siapa kata tak lawo dea busuk. Dah!

20 Feb 2013

Realisasi Impian Mak


Hujung minggu lepas, balek rumah Mak sekejap. Dah hampir sampai tu, ternampak dua orang budak tengah jual kueh dalam bakul. Rasanya jual dari rumah ke rumah. Rasa macam kesian pulak. Sekarang ni ada lagi orang jual kueh macam tu? Bawak dua bakul kueh pergi sekitar kawasan perumahan, sambil jerit "Kueh.. Kueh.." Nampak makcik tengah sapu laman depan rumah.. "Cik, nak beli kueh, cik?" "Kueh apa ada, nak?" "Karipap ada, donut ada, seri muka ada, pau sambal ada. Makcik nak kueh apa?" "Err takpe lah, nak. Makcik dah kenyang" Err @.@ Lalu dua orang budak tadi pun sambung berjalan lagi, sambil menyanyi "Kueh.. Kueh". Sekian. Situasi cuma daripada imaginasi penulis atas pengaruh drama swasta di televisyen :P

Terus teringat masa aku kecik dulu. Tak lah kecik sangat. Form 1 kut, aku rasa. Masa tu, tiap-tiap petang Mak suruh aku dan adek aku pergi pusing keliling kampung (aku panggil kampung sebab kawasan rumah setinggan), sekeliling kawasan rumah teres dan rumah flat berdekatan. Mak suruh jual keropok ikan. Hehehe. Macam comel je kan aku jual keropok ikan? :P Masa tu, budak baru nak up. Memang malu bila kena jual macam tu. Jual keropok ikan mentah dari rumah ke rumah. Lebih malu kalau rumah yang kita singgah tu rupanya rumah kawan sekolah. Rasa macam nak sorok muka masuk dalam baju =_= Perasaan masa tu lah. Jual keropok ikan keliling kampung jatuh standard, kununnya. Cheh! Kalau difikir balek, bangga dapat tolong Mak ^^


 "Makkkk, nak Nasi Ambang Makkkkk" :((
 (Google)

Lepas aku form 5 pulak, kalau tak silap. Mak aku berniaga pelbagai kueh mueh dan nasi ambang untuk sarapan pagi. Pagi tu maksudnya mula menjual sejak subuh lagi. Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu. Masa tu jual kat depan rumah je. Bukak meja depan rumah, jiran-jiran yang keluar nak pergi kerja pagi-pagi yang lalu depan rumah akan nampak. Masa tu, yang tunggu customer kat meja tu aku lah orangnya. Heheh. Daripada subuh tu, duduk lah depan meja tu tunggu siapa-siapa lalu nak beli kueh. Biasanya, tunggu sampai pukul 8 ke 830 pagi macam tu je. Ada seorang member aku ni, rumah kita orang dekat, kadang dea call je order nasi ambang sebab dea gila pemalas nak datang beli. Grrr. Tapi aku dengan baek hati akan buat delivery service :D

Mak aku daripada dulu memang peniaga gigih. Kalau nak cerita pengalaman berniaga, banyak. Baru-baru ni, Mak call bagi tahu "Kedai yang kita mohon kat Pasar Larkin tu dah dapat, Liyaa". Happy gila suara Mak. Alhamdulillah. Sebab aku yang mula-mula bawak Mak pergi pejabat kat Pasar (Bustand) Larkin tu untuk buat permohonan. Selebihnya, adek aku yang semangat nak berbisnes tu yang uruskan. Memang dea yang paling bersemangat daripada dulu. Bersemangat je lah, tapi geraknya tak jugak =_= Tapi Alhamdulillah sekarang impian dea hampir jadi kenyataan, kut. Belum apa-apa dah letak notis berhenti kerja @.@ Naseb baek permohonan kedai tu approved. Kepada Mak, Suka lah tu dapat kedai yang Mak idam-idamkan? :P
 

16 Feb 2013

Pilih Bulu


Aku tak tahu lah kau orang. Tapi kalau aku, dalam berkawan-kawan dalam alam realiti ni, aku sedikit pilih bulu. Err, cop! Ada ke yang tak faham pilih bulu tu macam mana? Sebenarnya, sebelum aku nak buat entry ni, aku ingat kalau carik maksud pilih bulu dalam Kamus Dewan ke, Oxford Dictionary, Google Translate mahupun Kamus Bahasa Uganda sekalipun memang tak akan jumpa maksud pilih bulu tu apa. Hehehe. Tapi lepas aku cuba-cuba google, aku sendiri baru tahu yang Pilih Bulu ni pun rupanya Simpulan Bahasa. Serious baru tahu. Maksudnya, Memandang kedudukan, bangsa atau keturunan. Kalau ikut maksud yang aku nak maksudkan (Err?), pilih bulu ni macam pilih kaseh je.

Dengan orang ni, aku boleh masuk, dengan orang tu, rasa tak boleh blah. Dengan orang ni, rasa boleh ngam, dengan orang tu, rasa macam nak tampar. Orang ni, aku suka, orang tu, "eh, kau siapa?". Haaa macam tu lah lebih kurang maksud pilih bulu ni pada aku. Kalau kau orang tanya aku apa ciri-ciri yang boleh buat aku suka or tak suka seseorang tu, err aku takde jawapan yang spesifik. From the first sight, dengan sendirinya aku boleh terdecide sama ada aku boleh or tak boleh, akan suka or tak suka berkawan dengan orang tu. Judgemental person ke aku ni? Rasanya bukan. Tapi terpulang. Cuma senang cerita, aku ni bukan jenis yang boleh berkawan dengan semua orang. Kerek kan aku? Huh!


Aku memang agak kerek. Kut. Tapi, sebenarnya aku tak ada lah buang dea seratus peratus if aku rasa tak suka from the first sight tu. Aku akan pretend macam biasa. Macam tak ada apa-apa. Aku boleh borak, aku boleh senyum, aku boleh ketawa bila mana perlu. Well, perasaan kan boleh berubah. Kadang-kadang, lepas tu aku boleh jadi suka. Kadang-kadang, aku akan bertambah tambah tambah tak suka. Lepas tu mula aku akan rasa "Haish! Memang patut aku tak suka kau daripada awal". Masa tu, dah susah siket la aku nak pretend yang aku suka. Agak susah nak sembunyikan perasaan tak suka tu. Biasanya aku akan avoid untuk communicate dengan dea. Nak cakap pun, tak ada modal.

Tapi biasanya, if from the first sight tu aku macam tak berapa nak suka tapi macam tak ada reason, nanti lama-lama aku kenal dea, mesti akan ada. Mesti akan timbul reason yang lebih menguatkan kenapa aku tak boleh nak suka kat dea. Tak sure, sebab reason tu aku akan lebih sure untuk tak suka, or sebab aku tak suka so aku akan nampak semuanya aku tak suka pasal dea. Rasanya sebab yang pertama. Rasanya, aku tak ada pun saje-saje nak carik buruknya dea. Tapi, nanti mesti aku akan jumpa. Mesti aku akan bertambah tak suka. Mungkin bukan semuanya pasal dea aku tak suka. Tapi reason yang dea bagi untuk buat aku tak suka dea tu, err. Means, aku rasa aku memang tak suka.

Senang cerita, aku ni totally bukan jenis friendly sebenarnya. Dan aku kadang-kadang pilih bulu. Aku bukan jenis senang nak berkawan dengan semua orang. Erm. Kau orang, ada yang macam aku? 


P/s: Bukan semua orang sukakan kita, sebab kita pun bukannya suka semua orang. Kahkah! :D


7 Feb 2013

Feeling Guilty


Mula-mula, pagi tadi aku nak update entry pasal benda laen. Cerita pasal laen. Tapi tiba-tiba perasaan aku berubah. Tiba-tiba, datang satu rasa yang pernah aku rasa. Dah lama jugak hilang, tapi sekarang tiba-tiba datang semula. Perasaan bersalah. Perasaan bersalah ni mula wujud lebih kurang beberapa minggu lepas. Sebenarnya, kalau nak diikutkan situasi sebenar, aku tak bersalah pun. Benda tu puncanya daripada salah orang laen. Or silap orang laen. Tersilap la kiranya. Silap orang laen tu dah menimbulkan kekeliruan beberapa pihak. Err tak sure menimbulkan kekeliruan or menyebabkan orang laen pun terbuat silap. Aku masa keadaan mula-mula tu, tak keliru. Keliru aku tu datang waktu hujung-hujung pulak. Waktu klimaks. Keliru, sebab tu aku tanya. Tapi sebab aku tanya tu lah, jadi....




Yang mewujudkan perasaan bersalah dalam diri aku ni, bila aku ter-menyedarkan kesilapan orang pertama. Automatically, ia ter-menyedarkan kesilapan orang-orang seterusnya yang ter-result daripada kesilapan orang pertama tu, or kesilapan daripada diri dea orang sendiri sebenarnya? Tak sure. Masalahnya sekarang, benda tu dah result something yang tak berapa best pada certain pihak. Tu yang aku rasa bersalah. Sebab aku ke? Sebenarnya, aku rasa aku tak salah. Aku rasa, apa yang dah berlaku sekarang ni dah memang tertulis macam tu. Cuma, apa yang aku dah buat tu sekadar alasan macam mana situasi tu boleh berlaku macam tu, dan resultnya jadik macam ni. Err. Cuma, rasa bersalah tu tetap ada. Rasa bersalah walaupun aku tak bersalah. Perlu ke aku rasa bersalah? =_=


P/s: Rasa macam nak panjat bukit and jerit kuat-kuat. Aku tak bersalahhhhhh!!! (-_-)"


2 Feb 2013

Dua Istimewa


Ehem. Macam mana nak mulakan cerita ya? 16 January itu hari, masa aku tengok-tengok bloglist, terperasan update terbaru daripada blog  A Letter For Him bertajuk Hadiah Dari Hati. Aku pun terus kelik macam biasa, nak baca apa isi ceritanya. Mata fokus pada skrin komputer riba. Kepada rakan-rakan blog, saya berminat untuk menghadiahkan cenderamata dari Langkawi... etc etc etc. Mohon emailkan jawapan anda... etc etc etc. Ada hadiah? Benda percuma? Best ni! Mulalah aku nak tergoda. Lagipun tinggal jawab je. Tak payah buat entry dan segala bagai syarat-syarat dan terma. Sebab ada hadiah punya pasal, aku pun excited nak mencuba.

 
Isi kotak kosong A dan B. 
Siapa nak cuba sekarang, boleh. Tapi hadiah takde lah. Heh! :P


Aku terus fokus pada kotak-kotak bernombor dalam entry tu. Nak jawapan A dan B? Aku mula kira cepat-cepat. Nak lebih cepat, carik kalkulator. Hadiah disedia untuk sepuluh orang. Masa mula-mula aku perasan latest update 4feet8 dalam bloglist masa tu, dah 45 minit entry tu berupdate. Dalam masa 45 minit tu, entah dah berapa orang jawab. Grrrr. Kena kira laju-laju. Nak hadiah!! Finally, aku nampak apa kaitan nombor-nombor dalam kotak tu. And aku dah tahu jawapannya. Terus email ke 4feet8 laju-laju. Rakus betul aku nakkan hadiah (-_-)" Selang beberapa minit lepas tu, aku terima balasan email. Berita gembira, jawapan aku betul. Ehem. Agak dah. Heh? Gila riak :P


Hadiahnya?


Received on 30 Jan. Terima kaseh  4feet8  :D


Selang dua hari lepas tu, 18 January, Jna Marcello pulak update entry Retro Party Night & Contest U Have to Join *Wajib*. Ada contest lagi? Means, ada hadiah lagi? Heheh! Jawab 15 benda sahaja yang anda rasa ada di dalam handbag Na, jawapan hendaklah dihantar ke etc etc etc. Syarat penyertaan Jna pun cuma perlu jawab via email, tak payah buat entry dan segala bagai syarat-syarat dan terma. Mula-mula aku taknak join pun contest tu, tapi Jna yang paksa (Sebab Jna tulis WAJIB :P). So walaupun aku tak berapa rela, terpaksa jugak teka apa 15 benda dalam handbag Jna. Lepas aku email jawapan, balasan yang aku terima, Lemah la Liyaa ni. 5 je betul. Demn!

Padahal aku dah yakin gila masa jawab tu. Aku ingat Jna ni kaki make up. Habes semua jenis barang make up aku listkan. Memang konfiden gila dengan jawapan tu. Rupanya jangkaan aku salah. Too over confident kut. Tu yang salah (-_-)" Tapi naseb baek each peserta memang dibolehkan meneka dua kali, means there's another chance. Cuma kali ni aku dah tak serakus mula-mula. Cuba letak jawapan hati-hati. Aku jawab lambat-lambat. Aku tengok mostly yang jawab susah nak teka tepat 15 benda. So, make it slow and easy. Cheh! Aku cuma emailkan jawapan seterusnya pada hari esoknya. Dan, yeahhhh baru dapat teka banyak yang betul. Finally, dapat the highest point :D


Dan hadiahnya?


Received on 31 Jan. Terima kaseh  Jna Marcello  :D


Dua-duanya cantek. Dua-duanya aku suka. Dah orang kasi hadiah, takkan lah tak suka pulak? :D Tapi aku memang betul-betul suka. Pada aku, dua-dua t-shirt tu cantek gila. Benda free, lagilah nampak cantek. Heheh! Tak sia-sia rasanya aku fikir jawapan untuk dua-dua soalan tu. Berbaloi-baloi, orang kata. Daripada kelmarin, tak henti senyum sampai telinga. Dua-dua t-shirt belum pakai lagi. Sayang. Nak basuh pun sayang. Sayang bau kedai :D Untuk kau orang yang sedang membaca, especially yang tak tahu apa-apa pasal dua contest tu, harap jangan jealous over-over. Aku memang berniat nak buat kau orang jealous, tapi jealous siket-siket dah lah ya? Pujuk sambil riak. Kahkah!


Dua Istimewa


Ehem. Dari yang istimewa untuk yang istimewa. Akulah salah seorang yang istimewa tu. Hakhak! :P