Hujung minggu lepas, balek rumah Mak sekejap. Dah hampir sampai tu, ternampak dua orang budak tengah jual kueh dalam bakul. Rasanya jual dari rumah ke rumah. Rasa macam kesian pulak. Sekarang ni ada lagi orang jual kueh macam tu? Bawak dua bakul kueh pergi sekitar kawasan perumahan, sambil jerit "Kueh.. Kueh.." Nampak makcik tengah sapu laman depan rumah.. "Cik, nak beli kueh, cik?" "Kueh apa ada, nak?" "Karipap ada, donut ada, seri muka ada, pau sambal ada. Makcik nak kueh apa?" "Err takpe lah, nak. Makcik dah kenyang" Err @.@ Lalu dua orang budak tadi pun sambung berjalan lagi, sambil menyanyi "Kueh.. Kueh". Sekian. Situasi cuma daripada imaginasi penulis atas pengaruh drama swasta di televisyen :P
Terus teringat masa aku kecik dulu. Tak lah kecik sangat. Form 1 kut, aku rasa. Masa tu, tiap-tiap petang Mak suruh aku dan adek aku pergi pusing keliling kampung (aku panggil kampung sebab kawasan rumah setinggan), sekeliling kawasan rumah teres dan rumah flat berdekatan. Mak suruh jual keropok ikan. Hehehe. Macam comel je kan aku jual keropok ikan? :P Masa tu, budak baru nak up. Memang malu bila kena jual macam tu. Jual keropok ikan mentah dari rumah ke rumah. Lebih malu kalau rumah yang kita singgah tu rupanya rumah kawan sekolah. Rasa macam nak sorok muka masuk dalam baju =_= Perasaan masa tu lah. Jual keropok ikan keliling kampung jatuh standard, kununnya. Cheh! Kalau difikir balek, bangga dapat tolong Mak ^^
"Makkkk, nak Nasi Ambang Makkkkk" :((
(Google)
Lepas aku form 5 pulak, kalau tak silap. Mak aku berniaga pelbagai kueh mueh dan nasi ambang untuk sarapan pagi. Pagi tu maksudnya mula menjual sejak subuh lagi. Lebih kurang pukul 6 pagi macam tu. Masa tu jual kat depan rumah je. Bukak meja depan rumah, jiran-jiran yang keluar nak pergi kerja pagi-pagi yang lalu depan rumah akan nampak. Masa tu, yang tunggu customer kat meja tu aku lah orangnya. Heheh. Daripada subuh tu, duduk lah depan meja tu tunggu siapa-siapa lalu nak beli kueh. Biasanya, tunggu sampai pukul 8 ke 830 pagi macam tu je. Ada seorang member aku ni, rumah kita orang dekat, kadang dea call je order nasi ambang sebab dea gila pemalas nak datang beli. Grrr. Tapi aku dengan baek hati akan buat delivery service :D
Mak aku daripada dulu memang peniaga gigih. Kalau nak cerita pengalaman berniaga, banyak. Baru-baru ni, Mak call bagi tahu "Kedai yang kita mohon kat Pasar Larkin tu dah dapat, Liyaa". Happy gila suara Mak. Alhamdulillah. Sebab aku yang mula-mula bawak Mak pergi pejabat kat Pasar (Bustand) Larkin tu untuk buat permohonan. Selebihnya, adek aku yang semangat nak berbisnes tu yang uruskan. Memang dea yang paling bersemangat daripada dulu. Bersemangat je lah, tapi geraknya tak jugak =_= Tapi Alhamdulillah sekarang impian dea hampir jadi kenyataan, kut. Belum apa-apa dah letak notis berhenti kerja @.@ Naseb baek permohonan kedai tu approved. Kepada Mak, Suka lah tu dapat kedai yang Mak idam-idamkan? :P