6 Jul 2012

Turquoise


Dear my Lovepediary,

Habes je exam last week, aku dah mula kelam kabut cari kaen untuk baju raya and cari tempat untuk buat tempahan. Untuk pengetahuan, aku memang suka tempah baju kurung banyak-banyak walaupun pakai baju kurung cuma untuk raya dan wedding je. Sekarang, ada juga pakai sesekali untuk ke kuliah. Tapi feel pakai baju kurung masa raya and pergi wedding aku paling suka. Best melaram. Walaupun ramai berkata banyak baju kurung yang dah siap sedia untuk dipakai boleh dibeli di kedai-kedai, tapi aku kurang suka. Pernah juga sesekali beli. Tapi disebabkan saiz badan yang tak berapa ideal ni, so aku memang prefer untuk menempah supaya baju tu lebih selesa untuk disarung di badan.

Padahal, beli yang dah siap nanti waktu raya hampir tiba lebih mudah. Harga pun lebih kurang je dengan menempah, tak jauh beza. Padahal, bila aku dah ada 3, 4, 5 pasang baju raya yang ditempah pun, waktu jalan-jalan shopping raya, tetap juga aku tergoda sepasang dua baju raya siap yang dijual. Rambang mata juga. Hanya nafsu yang tahu perasaan aku waktu tu. Waktu aku bekerja dulu, tak fikir dalam-dalam, asal berkenan terus je rembat. Bila lebih suka menempah, so persiapan tu for sure perlu dibuat lebih awal compare dengan cuma membeli yang dah siap. Certain tailor lagi 3 bulan nak raya pun dah tak terima tempahan. So, if sekarang baru nak tempah, memang aku agak gelabah. 

Itu hari, konon-konon mahu cuba berjimat cermat. Aku cakap pada Suami aku nak try cari tailor laen untuk tempah baju raya sebab tailor yang biasa aku hantar tu, boleh dikatakan agak mahal. Actually, untuk harga bandar, price tu normal. Tapi sebab aku tamak nak jahit banyak baju, aku nak harga murah. So, aku cuba survey mana-mana tailor kampung yang mungkin boleh jahit baju aku dengan harga lebih murah. Cousin aku suggestkan kawan dea. Pada awalnya, aku memang agak kurang yakin sebab kawan dea tu still student, yang ambil kursus menjahit kat kolej kemahiran tempat dea belajar. Tapi bila aku dah setuju, macam-macam masalah pulak yang menghalang. So, tak jadi.

Masa dah maken suntuk. Dah masuk end of June waktu tu. Aku rasa aku dah tak ada masa nak survey tailor baru. Tapi nak hantar dengan tailor lama, rasa pahit nak telan air liur ni. Walaupun bukan aku yang bayar, Husband yang akan bayar, tapi aku yang rasa pahitnya. Daripada aku habeskan banyak ratus ke arah baju je, baek aku jimat part baju, nanti ada duet shopping lebih untuk beli yang laen-laen. Tudung raya lagi, handbag raya lagi, kasut raya lagi. Semua nak kena fikir. Kalau aku kerja, aku tak fikir sangat. Laju je duet aku mengalir macam air. Tapi sebab Husband seorang prepare untuk raya, aku kena lah agak berfikir sama untuk berjimat. Senang cerita, isteri mithali. Sila jadikan contoh. Ehem.

 Sebenarnya aku nak taep nak yang cantek dan murah. 
*Nak jimat tapi demand* -__-

Antara banyak-banyak feedback yang aku terima, cuma ada dua orang kawan yang betul-betul boleh bantu. Seorang cadangkan tailor tempat dea hantar tempah, harga agak murah sebab tailor kampung. Maseh area Johor. Kebetulan dea memang nak balek kampung Sabtu tu, and kebetulan sangat sebab status tu aku buat hari Khamis. So, nak kirem kat kawan aku tu maseh sempat. Seorang lagi cadangkan kakak ipar dea, harga tak pasti lagi, kena confirmkan dulu. Area KL/Selangor. Kebetulan juga yang Jumaat tu aku memang nak balek rumah mertua, kat Ampang. If aku nak tempah dengan dea, boleh aku bawak sekali kaen-kaen yang aku nak tempah then jumpa dea kat KL nanti. 

Disebabkan Jumaat lepas aku agak busy settlekan sesuatu, so aku tak sempat nak jumpa kawan aku yang kat JB ni untuk hantar tempah. So, tinggal satu je pilihan, aku kena hantar kat kawan aku yang kat Selangor tu. Sebelum balek Ampang, aku call akak tailor yang biasa aku hantar tu untuk hantar tempah kat dea. Dea cakap sepasang dua bolehlah dea terima. So, decide. Aku nak hantar baju yang sedondon aku dan Suami kat akak tu sebab dah tahu puas hati. Dan hantar dua pasang kat kakak ipar kawan aku yang kat Selangor tu, sebab baru first tyme nak try hantar kat dea, tak tahu lagi puas hati ke tak. So, bukan maen jauh lagi aku hantar tempah baju raya, daripada JB sampai ke Selayang. 

 Owh, inilah warna turquoise ya?

Tentang turquoise. Cadangnya, tahun ni aku dan Suami nak pakai baju raya turquoise sedondon. Suami yang punya idea. Tapi fahaman turquoise dea laen, fahaman turquoise aku pulak laen. Pada aku color turquoise tu ke arah biru. Husband kata ke arah hijau. Err bukan biru ke? Nak jugak menang. Sampai ke sudah dalam kedai kaen argue pasal turquoise. Susah-susah sangat, decide je tak payah nak turquoise sangat. Cari je baju color laen. So, tak ada lah baju raya turquoise untuk tahun ni. Baru konon-konon nak buat kelainan daripada tahun-tahun lepas. Tapi angan-angan tinggal angan-angan.

Dah dah. Takde turquoise turquoise dah. Pilih color basic je senang. So, kita orang pilih color, rahsia. Erk! :))


Love & Sincere,