28 Dec 2011

Yang Bercinta Mahu Bersatu

Dear my Lovepediary,

Last weekend orang yang bekerja cuti sampai Isnin sempena Krismas. So, stay rumah mak abah di Taman Perling and busy dengan wedding preparation Iza. Yang paling fokus adalah buat decoration hantaran. Ini task yang awal-awal dah dapat. And dah lama pun start dengan task ni, tapi cuma start dengan buat accessoriesnya dulu. Itu pun dah hampir give up sebab buat DIY ni memang perlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. 

And susah nak buat kerja bila tangan tak kreatif and tak seni ni. Dalam kepala macam-macam idea yang diharap dapat direalisasi menjadi kenyataan, tapi jenuh tangan buat kerja took an hours and days,  hasilnya macam tak laa berapa membanggakan. Ini yang buatkan impian mahu join course buat hantaran and segala macam skill berkaitan kawen-kawen maken membuak. Dengan kata laen, impian mahu mempunyai bridal boutique sendiry semaken berkobar-kobar dalam haty. Yahh, that's the dream! Ecehs.


The conclusion is hantaran yang 9 dulang tu belum siap lagi. Yang 3 kat atas ni pun actually belum complete habes. Ribbon belum letak sebab tak reti nak buat ribbon yang dah terimagine dalam kepala. Itulah dea. Tangan tak kreatif and tak seni tapi still cerewet-cerewet mahu buat design ribbon yang susah-susah. Yang senang and sudah tahu buat tetap tak nak. Erm, design tu tak susah pun sebenarnya untuk orang laen, tapi untuk tangan tak kreatif memang SUSAH!

Okeyy! Kebiasaannya, bila antara siblings mahu berkahwen, then the other siblings especially yang sudah bekerja mestylah perlu faham-faham sponsor apa yang patut. Yes, sponsor. Ini tak termasuk hadiah kawen lagi. Erm, disebabkan masalah kerjaya yang aku hadapi, iaitu sudah berbulan aku menjadi suri rumah yang belum (tidak) disahkan jawatan oleh suami, so apa yang aku dapat sponsor kepada Iza? 


Aku cuma boleh sponsor barang-barang yang boleh recycle. Naseb baek masa aku kawen dulu poket agak tebal sebab sedang bekerja. Err.. Bukan poket yang tebal sangat, tapi nafsu yang tinggi. If boleh semua benda mahu beli, tak mahu pinjam, tak mahu sewa. So, for sure aku sponsor Iza dulang hantaran, alas dulang, and pahar untuk cucuk bunga telur kat atas pelamin. Alas dulang adalah special hand made. Bukan aku punya hand made, cousin aku of course yang pandai menjahit punya hand made. Tangan aku kan tak kreatif and tak seni, mustahil boleh jahit alas dulang tu. Silap-silap alas dulang jadi alas meja. Heks. 

Tapi kiranya memang takde lah design alas dulang yang sama di mana-mana kedai menjual accessories perkahwenan. Special, right? And one more thing, dulu masa aku kawen aku ada beli plastik bunga-bunga, angan-angannya mahu pakai untuk letak doorgift, tapi tak jadi guna. Memang nafsu tyme tu sukar dikawal. Last-last plastik bunga-bunga tu dua tahun membazir jadinya, tapi now naseb baek ada gunanya. Nahhhhhh, Iza. Ameklah plastik bunga-bunga ni untuk isi kueh bangkit. 

So, sudah 4 items aku sponsor Iza tanpa keluar modal. Bijak? Thanks :) Itu belum termasuk beli ribbon, dawai, gam, gunting, glitter, and materials untuk buat accessories hantaran. Yang ini ambil duet daripada poket suami. Itu belum termasuk aku punya glue gun yang aku kasi pinjam untuk aku gunapakai masa buat hantaran. Dulu aku kena beli sendiry, now Iza tak perlu beli. Kan sudah save!

Itu belum termasuk tenaga, masa and idea yang aku luangkan and curahkan untuk buat hantaran. Okeyy, enough. Bukan mahu berkira, tapi mahu sedapkan haty sebab tak dapat sponsor apa-apa untuk wedding Iza sebenarnya. Sorry Iza :(


By the way, wedding Iza tinggal beberapa hary sahaja lagi and for sure my sista itu sedang counting days dengan debaran bahagianya. Semuga perkahwenan mereka diberkati dan diredhai Allah SWT and semuga perkahwenan ini menjadi platform untuk mereka menjadi manusia yang lebih baek.


Aku pula sedang memikirkan tudung apa mahu pakai pada wedding day itu nanty. Tudung belum beli. Err.. Ini pun penting. Maseh tidak tahu tudung yang macam mana mahu dilaramkan hary itu. Mahu beli shawl tapi tak tahu shawl macam mana yang aku perlu beli untuk seswai dilaramkan macam yang aku imagine dalam kepala. Adek aku suruh usha dalam youtube.


Yang macam ni macam gojes jeh. Beriyanya kakak pengantin! Err..


Love & Sincere,

21 Dec 2011

44 Kg


Dear my Lovepediary,

Minggu lepas, pergi specialist untuk dapatkan konsultansi kesehatan. Saat itu juga aku baru tahu weight aku sekarang sudah 44kg. Seumur hidup ini adalah paling berat. Then bangga sekejap. Aku bukan lagi si kurus dulu yang cuma punyai berat badan tidak sampai pun 40kg (before berkahwen). Tapi bila dalam consultation session, doctor bilang memang weight cuma 44kg tapi metabolisme dalam badan macam orang gemuk. Err.. Bangga tadi kemudian hilang.

Shock! Seumur hidup tidak pernah rasa dibelenggu dengan perasaan menjadi orang gemuk. Aku adalah antara orang yang tidak pernah alami dilema bagaimana mahu kuruskan badan sebelum ini, sebab badan memang dah terlalu kurus. Runsing bagaimana mahu gemuk ada lah. Dulu-dulu paling berat dan senang haty pun pernah capai adalah 42.5kg. Zaman study. Itu yang paling berat. Waktu itu berat sudah melebihi 40kg pun sudah bangga. Tapi bila belek semula foto waktu itu, memang bulat. Tembam. Err.. Lupakan.

Okeyy. Then doctor bilang menaekkan berat bukanlah cuma dengan makan, makan, dan makan. Tapi perlulah balance dengan berat tulang, juga muscle. Then doctor advised, rajen-rajenlah exercise!

Exercise. Okeyy, exercise. Aku merupakan orang yang bukan type sukakan exercise. Sejak sekolah memang really not good in sport. Aku memang type yang tidak aktif, alasannya memang tiada bakat in sport. Bukan tidak cuba, tapi rasa macam malu sendiry bila bayangkan aksi tubuh badan aku berlari, berolahraga, membaling dan menangkap bola. Bayangkan saja orang yang tidak aktif. And seriously aku seorang yang takut bola. Tunduk malu. Then, macam mana mahu bersukan? 

That's why, that's why and that's why, as aku mentioned tadi, aku bukan type yang exercise dan bersukan ni. That's why jugalah tenaga pun tidak seberapa macam orang tak cukup makan. Sudahlah dulu-dulu tidak kuat makan, tidak aktif pula. Now mungkin sudah cukup makan tapi tak cukup exercise pula. Resultnya sama sahaja. Aku maseh seorang yang orang lihat pun sudah tahu tidak cukup tenaga. Tunduk malu lagi.

So, hendak tak hendak, now aku perlu juga ada kesedaran tentang kepentingan exercise. Actually, since dulu memang sudah tahu exercise ni penting. Tapi memang susah bercakap dengan orang yang berat tulang ni. Err.. bukan mempunyai tulang yang berat, tapi berat tulang! So jawapan kepada exercise memang sentiasa 'NO'! Malas, malas dan malas.

Tapi disebabkan sudah kena brainwash dengan doctor, then hendak tak hendak perlulah mula sedar. Until bila mahu berdegil? Sebenarnya ada juga google beberapa tips untuk tingkatkan metabolisme dalam badan. Tapi mengikut saranan doctor kepada aku cuma satu, rajen-rajenlah exercise. Aku fikir betul juga. Aku bukan mahu diet, mahu kurus seperti yang didilemakan oleh most of girlfriends. Aku perlu tambahkan tenaga dalam badan sebenarnya. 

Mungkin semaken badan berisi, semaken badan ini lemah dan tidak bertenaga sebenarnya, bukannya maken kuat. Sebab daripada foods yang dimakan everyday, cuma berapa percent sahaja yang diproses menjadi tenaga, selebihnya cuma lemak-lemak berlebihan yang tidak perlu dan harus dibuang dan dibakar. Bukan itu sahaja, tenaga melalui foods sahaja tidak cukup. Kekuatan tulang dan muscle juga perlu dititikberatkan. Barulah badan ada tenaga untuk buat kerja-kerja yang agak berat sedikit. 

Apa yang aku cuba usul dan highlightkan adalah bagaimanapun situasinya, exercise itu penting! If alasannya sebuk dan tiada masa, sebab sebuklah then exercise itu lebih perlu. When badan lebih sehat, barulah cukup tenaga untuk buat kerja yang banyak tu. Rajen-rajenlah exercise demi menjaga kesehatan tubuh badan dan mendapatkan tenaga yang cukup untuk jalani activity harian. 

Exercise bukan sahaja untuk orang-orang yang berbadan besar dan mahu kurus. Purpose exercise itu secara amnya adalah untuk membakar kalori, membuang lemak-lemak berlebihan di dalam badan, melancarkan pengaliran darah, membantu jantung untuk mengepam darah dengan lebih kuat and etc. 

Dan sebagaimana saranan doctor kepada aku, exerciselah untuk balancekan berat badan dan kekuatan tulang dan juga muscle. Pokoknya, exerciselah untuk lebih sehat.

Aku sendiry tidak sangka aku sudah perlu risaw tentang masalah berat badan. Bukan masalah berat badan sebenarnya, tapi masalah kesehatan badan. Baru 44kg. Err.. Terngiang semula semburan doctor itu hary, memang weight cuma 44kg tapi metabolisme dalam badan macam orang gemuk! Errr..

Okeyy, orang kurus or tidak berapa gemuk tidak semestinya tidak perlu exercise. Remember, exercise bukan sahaja untuk menjadi kurus, tapi untuk kesehatan. Orang gemuk mungkin perlu exercise untuk kurus dan lebih sehat. Orang kurus pula mungkin perlu exercise untuk maintain kekuatan tulang dan juga muscle, juga untuk lebih sehat. Jangan fikir orang kurus tiada lemak-lemak berlebihan yang perlu dibuang. 

Kepada mereka yang berat tulang seperty aku, or yang mengatakan gemuk ataw kurus itu tidak penting, or yang maseh belum boleh sedar lagi tentang kepentingan exercise, try cari reason untuk diri sendiry why exercise itu penting. Hendak tak hendak, perlu cari reason untuk sukakan exercise. 

Cari saja apa-apa reason. Asalkan menaekkan semangat untuk exercise. Aku sudah jumpa. Bukan sahaja untuk balancekan penambahan berat badan dengan berat tulang dan muscle seperty yang aku ceritakan tadi, tapi ada purpose laen yang lebih penting untuk aku. For sure, semuanya adalah relate dengan kesehatan. Then, automatically, kita sudah menjalani gaya hidup yang sehat sebagaimana yang sepatutnya. Percayalah, exercise itu penting!

Ehem. Since dibrainwash oleh doctor tempoh hary,  then weekend yang lepas baru satu kali aku pergi ke hutan bandar untuk jogging. Err.. Maseh berat tulang!


Love & Sincere,

15 Dec 2011

Dilemma Kau

Dear my Lovepediary,

Dilemma Kau? Tiada special title. Tiada kena mengena dengan aku sekarang. Cuma buat kau yang mungkin ada tertanya di dalam haty, walawpun soalan itu salah. Buat kau yang need jawapan, walawpun kau tak pernah realize yang kau perlukan jawapan, or kau tak pernah realize yang kau pernah tertanya. Ini buat aku dulu. Dan sekarang mungkin ini buat kau.

Dulu-dulu, pernah terbaca ini. 

Kenapa aku tidak dapat apa yang aku idam-idamkan? 

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Sesungguhnya Allah SWT amat mengetahui sedangkan kamu tidak." (Al-Baqarah:216)

Baru-baru ini, terbaca ini pula. 

Bila Allah tidak memberi  kamu seseorang yang kamu impikan, semuga Allah menghadirkan seseorang yang memimpikan kamu. Bila Allah tidak memberi kamu seseorang yang kamu rindukan, semuga Allah menghadirkan seseorang yang merindukan kamu. 

Bila Allah tidak memberi kamu seseorang yang kamu dambakan, semuga Allah menghadirkan seseorang yang mendambakan kamu. Bila Allah tidak menyatukan kamu dengan seseorang yang kamu cintai, semuga Allah menghadirkan seseorang yang mencintai kamu.

And ada orang-orang yang bilang,

Just because it's not what you were expecting, doesn't mean it's not everything you've been waiting for. 

The happiest of people don't necessarily have the best of everything. They just make the most of everything that comes along their way. 

Everything is alright in the end. If it's not alright, then it's not the end.

Do remember remember remember. Allah sentiasa akan beri yang paling istimewa, buat kau and kita semua. Itu pasti.

End.

Love & Sincere,

13 Dec 2011

Serius Nightmare !


Dear my Lovepediary,

Nightmare. Malam tadi aku alami nightmare itu lagi. Serius nightmare. Padahal aku sudah tidak mahu ingat lagi. Padahal aku sudah buangnya jauh-jauh. Serius. Seumur hidup aku tidak mahu lalui hal seperty itu lagi. Serius tak mahu. Padahal aku fikir aku sudah lupakan. Padahal aku fikir aku sudah berani hadapinya in case ia datang lagi ke dalam lyfe aku. Ya, lyfe aku. Tapi malam tadi ia datang menyergah baru dalam mimpi pun aku sudah cuak kembali. Serius. Aku maseh trauma dengan kesaketan jiwa pada masa lampau itu. Saket jiwa yang agak kronik juga dulu. Tapi itu dulu.

Degup jantung bertambah laju sedikit. 

****!

Aku fikir aku sudah dapat develop lebih keberanian. Aku fikir aku sudah dapat kembalikan keyakinan diri. Rupanya maseh mampu disergah, dicuit. Maseh goyah. Sukar. Memang sukar mahu keluar daripada penjara kelemahan diri sendiri. Sukar. Sungguh sukar.

Aku perlu cuba lagi.

Kecewa. 

Dea cuma manusia biasa. Tapi ternyata berjaya menguasai perasaan aku, jiwa aku, emosi aku, jalan fikiran aku. Ini negatif. Ini salah. Aku tak boleh biarkan. Mana boleh. Aku tak boleh biar.


...........


"Ya Allah ya tuhanku, aku mohon Kau ampunkanlah dosa-dosaku dan orang-orang yang pernah cuba menindas(menganiaya)ku. Aku mohon Kau tunjukkanlah jalan yang sepatutnya kepada kami.  Dan aku mohon Kau bantulah kami untuk atasi segala kelemahan dalam diri kami. Sesungguhnya Kau yang lebih mengetahui sedangkan kami tidak."

Amin.



Love & Sincere,

9 Dec 2011

Bukan Orang Penting


Dear my Lovepediary,

Aku sedar aku bukan orang penting. Ada dan tiadanya aku tiada beza. Aku cuma diperlukan saat sudah tidak ada pilihan yang laen. Aku adalah pilihan terakhir.

Aku sedar aku bukan orang penting. Bila ada dea, kau pinggir aku. Bila tiada dea, baru kau cari aku. Bila kau bosan, kau cari dea. Selepas itu baru kau cari aku. Bila kau mahu ketawa, kau cari dea. Bila kau mahu menangis, baru kau cari aku.

Kau beritahu dea. Banyak kau tak beritahu aku. Kau beritahu aku. Tapi hal itu sudah terlalu lama dea kau beritahu.

Aku sedar aku bukan orang penting. Kewujudan aku, haty aku, perasaan aku, semuanya tidak penting pada kau. Tidak pernah kau ambil tahu. Tidak pernah kau ambil pusing.

Aku sedar aku bukan orang penting. Tapi jangan guris haty aku. Mungkin kau tidak sedar. Tapi hakikatnya aku memang terluka, terguris, tercarik haty aku dengan perbuatan kau.

Maaf memang aku pernah lukakan haty kau juga. Tapi seingat aku cuma sekali. Sebab waktu itu aku marah kau semacam cuba pergunakan kelemahan aku. Aku kecewa. Tapi selepas itu aku menyesal. Sungguh. Aku rasa aku tak pernah buat lagi. Sebab aku betul-betul menyesal.

Tapi kau banyak kali kecewakan aku. Mungkin pada fikiran kau aku tak dapat baca. Mungkin pada kau itu tak memberi makna apa-apa. Mungkin kau fikir aku buta. Tidak. Aku cuma pura-pura tidak melihat. Sebab aku cuba tepis semua perasaan bodoh semacam ini. Tapi kau kecewakan aku lagi. Pada satu situasi hal itu tak dapat ditutup lagi. Aku semaken sedar aku bukan orang penting.

Mungkin, tanpa aku sedar aku juga sudah kecewakan kau banyak kali. Mungkin. Sebenarnya kadang-kadang aku sedar, tapi semuanya di luar kemahuan dan kehendak aku. Tapi kau seperty tiada perasaan saket haty atau terlalu kecewa terhadap aku waktu itu. Aku jangka kau faham aku. Mungkin kau sudah maafkan aku sebab kau benar-benar faham situasi aku. Tapi itu yang aku fikir. Mungkin juga kau sembunyikan perasaan marah dan kecewa kau. Jika benar, maaf. Atau aku saja yang terlalu sensitif?

Tapi jika ada pun, kecewa kau dan kecewa aku laen. (Egois). Kecewa aku, aku merasakan aku bukan orang penting. Aku memang tidak pandai menjadi hebat di mata kau. Tapi sekurang-kurangnya jagalah perasaan aku. Kenapa aku perlu kesahkan semua ini? Mungkin relationship kita penting. Atau, mungkin kau agak penting bagi aku. Luluh.

Jika aku memang pernah kecewakan kau, maaf. Tapi aku yakin kau tidak pernah rasa kecewa seperty aku. Egois lagi. Bukan maksud aku siapa yang lebih kecewa siapa yang kurang. Tapi kecewa seperty aku memang melelahkan. Aku sudah rasa. Saket. Aku yakin, jika kau kecewa pun, kau ada dea. Jika aku kecewa, aku ada siapa? Aku cuma diam. Kau ataw dea memang ada. Tapi aku rasakan seperty tiada. Jadi, aku cuma diam.

Hujung-hujungnya, aku memilih untuk diam. Jangan salahkan aku.

Tapi, mungkin juga kau tak perasan pun aku cuba diam. Sebab aku bukan orang penting.


Love & Sincere,

6 Dec 2011

Bangkit Dari Jatuh


Dear my Lovepediary,


Merancang kehidupan tidak mudah, apa lagi mahu merealisasi impian. Kita mampu berangan-angan, realitynya belum tentu mampu digapai.

Aku mahu mempercepat masa. Aku mahu menutup mata, berhenti berfikir buat seketika. Dan apabila aku terjaga, aku mahu lihat segalanya berubah. Aku sudah bangun dengan jiwa berani. Aku mahu bangun dengan aku yang baru.

Aku dikejutkan dengan alarm yang berbunyi, dan aku tahu aku bukan bermimpi. Segala yang berlaku adalah reality. Aku tidak boleh terus berdiam, tidak boleh terus meratap seolah hidup telah berlaku tidak adil terhadap aku. Tidak boleh. Sukar atau mudah aku perlu bangkit. Aku perlu juga menjalani hidup. Cukuplah dengan segala lelah dan keperitan yang sudah lepas. Hidup perlukan kekuatan. Hidup menuntut kesabaran yang lebih daripada yang normal. 

Aku mula berjalan perlahan-lahan. Terasa berat kaki melangkah. Kerna setiap langkah terasa bagai memijak duri yang tajam. Bagai berjalan di atas bara api, bagai berjalan di atas pecahan kaca.

Kenapa aku ini? Memang waktu lepas ada yang hitam, memang masa hadapan menakutkan. Tapi aku tidak boleh biar kegelisahan semalam menerbit kegusaran untuk bertemu hary esok. Aku sedar aku perlu berpijak di bumi yang nyata. Tiada guna protes pada kesukaran. Kerna, kebiasaanya tiada kejayaan yang tidak disertai kepayahan.

Kekeliruan itu normal. Kekecewaan juga normal. Biarpun luka semalam maseh terkesan, kehidupan tidak perlukan sesalan, yang ada hanyalah pelajaran. Hari kian mendewasakan. Impian maseh perlu digapai.

Persoalannya, adakah impian semalam maseh sama dengan impian pada hary ini?

Errr.. Mula kabur semula. Lupakan.


Love & Sincere,

3 Dec 2011

Lega

Dear my Lovepediary,

Alhamdulillah.

Bila sesuatu keputusan berat telah berjaya diambil dan bila sesuatu pilihan sudah dibuat. Lega. Sesudah mengkaji baek dan buruk, sesudah berfikir dalam-dalam, sesudah bertanya pandangan ramai orang, akhirnya dapat juga merasa lega. Eventhough belum dapat jawapan terhadap keputusan tersebut, sekurang-kurangnya sudah boleh pause berfikir sekejap. Satu hal sudah boleh letak ketepi dulu. 

Sekurang-kurangnya sudah make a move, sebagaimana nasehat seorang teman. Sekurang-kurangnya first step sudah terlaksana. Tinggal menunggu jawapan. Tinggal sandarkan pilihan dan keputusan tersebut kepada Allah SWT. Sesungguhnya hanya Dia yang tahu apa yang terbaek buat hamba-hambaNya.

Harap-harap keputusan dan pilihan kali ini tepat. Harap-harap apa pun rintangan selepas ini dapat dihadapi dengan kuat dan tabah. Harap-harap selepas ini segala urusan dipermudahkan. Harap-harap ini titik permulaan kejayaan.

Tiada apa lagi hendak diharap. Cuma kebaikan dan keberkatan, juga pimpinan dan perlindungan daripada Allah SWT untuk meneruskan kehidupan, untuk menghadapi segala macam pancaroba dunia. Hidup memang agak sukar, tapi orang kata ada jalan untuk merasa mudah sedikit. Asalkan minta Allah tunjukkan jalannya. Asalkan sentiasa mohon petunjuk dan perlindunganNya. Asalkan ingat bahawa Allah sentiasa berada di sisi hamba-hambaNya. Allah sentiasa akan bantu jika kita mohon padaNya. Insyaallah.

Tapi sebenarnya, ada perasaan guilty yang tersembunyi di sebalek rasa lega ini. Truly berharap dapat meyakinkan semua orang terhadap keputusan kali ini. Tak apa. Nanty aku fikirkan.

Maseh perlu runsing. Tapi tidaklah serunsing dulu. Semuga jalan yang dipilih kali ini benar-benar dipermudahkan. Tapi, baru buat pilihan. Resultnya still unknown. Haih! Belum apa-apa dah nak rasa lega dan neves. 

Err.. Sebenarnya maseh perlu runsing.

Love & Sincere,

2 Dec 2011

Letters to Juliet


Dear my Lovepediary,





Love & Sincere,

1 Dec 2011

Hello December !

Dear my Lovepediary,


Hello December!
I hope today will be happier than yesterday,
And tomorrow will be happiest than today.
December,
You sounds great!
I hope everything will be great.

I just wanna make sure 2011 has a meaning for me.
Not only my bitter memories. 
I don't want to remember that.
I really want to erase all away.
And I truly want to heal the wounds.
December,
Please help.

Love & Sincere,

30 Nov 2011

Happy 2nd Anniversary, Kekaseh !

Dear my Lovepediary,

.... and Encek Kekaseh,

28 November 2011

Dear my Chenta Haty,

Loving you is the most special feeling I've ever had
Since we married
Thank you for all the Love you share
Thank you for all your kindness and care
Thank you for always be there for me
In sickness and in health
In good times and in bad
When I smile and when I cry
 I hope you'll always be with me
In all my tomorrows
'Cause your Love for me is
The best refreshment in my Life
Your Love for me worth more than anything
In the world
For the two years we shared the Love
Happiness and commitment
As husband and wife in our married Life
I hope your Love for me still remain the same
Like the first time you said 'I Love you'
 And even gets stronger day by day
I truly hope I could make you happy
For the whole life you spend with me
I hope I could be the wife that can make you proud
I could be the only one you Love and ever need
There is no feeling more comforting and consoling
Than knowing you're right next to me
I will not Love you for the rest or your Life
But for the rest of my Life
I really hope you feel the same way too
I hope this is not only the repetition of promises
I made to you
But this is the proof that
Our Love story will never end.

Happy 2nd Anniversary, Kekaseh!
Lots of Love from your wifey


Lots of Love,

20 Nov 2011

Ruang Gelap


Dear my Lovepediary,

Aku terdengar orang bicara tentang lautan. Deruan ombak menerjah gegendang telinga aku. Pasir berdesir diselang kocakan air. Mereka bilang ombak kuat menghempas pantai. Lantas perlahan kembali ke lautan.

Aku terdengar orang bicara tentang angin. Mereka bilang damai dan menyamankan. Lantas aku dengar desiran angin. Bagai meniup lembut, melentokkan dedaunan pokok.

Aku terdengar orang bicara tentang siang. Sinar matahari memancar seluruh alam. Sedikit kehangatan menerpa wajah. Mereka bilang hari kian cerah. Terang benderang dengan hangat yang bertambah.

Aku terdengar orang bicara tentang terik matahari. Hangatnya mengucup setiap sudut susuk tubuh. Mereka bilang perit hingga mengalirkan keringat. Cahayanya menyilaukan, panasnya membahang.

Lantas, mereka bilang sayangnya panas tidak berpanjangan. Awan berarak mendung, langit mula gelap. Seketika kemudian awan mula menangis. Hujan mencurah-curah jatuh deras ke bumi. Sesekali diselang bunyi guruh. Bising, menenggelamkan semua suara laen.

Hujan. Ada debaran yang mengiringi hujan. Jantung berdegup agak laju. Jiwa bagai gemuruh seketika. Kemudian debaran hilang perlahan-lahan, mengekori keredaan hujan.

Seketika kemudian, aku terdengar orang bicara tentang pelangi. Ada tujuh warna kesemuanya. Cantek, indah, kagum mereka melihatnya. Seperti memberi suatu semangat baru. Hati yang suram bagai dipulihkan. Apabila memandang keindahan tujuh warna pelangi.

Aku terdengar orang bicara tentang langit. Mereka bilang hari sudah hampir senja. Langit yang cerah bertukar sedikit kelam. Katanya matahari sudah hampir terbenam. Jingga matahari bagai melambai untuk pulang.

Mereka bilang hari kian gelap. Gelap, dan semaken gelap. Aku sudah lihat gelap. Aku terdengar orang bicara tentang bulan. Objek bulat kekuning-kuningan di tengah-tengah gelap malam. Sinarnya memancar. Mencetuskan cahaya samar-samar.

Aku terdengar orang bicara tentang bintang. Jutaan bintang bertaburan di langit malam. Menghiasi langit menemani bulan. Dihitung satu-persatu hingga tiada pengakhiran. Kerlipannya bisa memujuk hati yang rawan. Bagai memberi ilham apabila direnung dalam.

Aku terdengar orang bicara tentang embun malam. Dinginnya sesekali terasa mencucuk hingga ke tulang. Mereka bilang ia jatuh bertaburan ke lantai bumi. Suci, putih dan bersih.

Malam terasa panjang. Gelap. Sunyi. Sepi. Diam.

Aku terdengar bunyi kokokan ayam. Mendayu-dayu mengejut mereka yang lena panjang. Aku lihat sekelilingku maseh gelap. Subuh, dingin. Bagai ada satu perasaan indah yang singgah. Hati terusik mendamba ketenangan hakiki.

Mereka bilang malam akan bertukar siang kembali. Aku lihat sekeliling. Maseh gelap.

Pancaran matahari oren kemerahan. Pelangi tujuh warna muncul selepas hujan. Bintang dan bulan berkerlipan riang tatkala malam. Langit seringkali bertukar warna. Apabila cerah, mendung, mahupun senja menjelang. Apabila malam bertukar siang. Apabila siang bertukar malam.

Aku lihat sekeliling. Maseh gelap.

Aku. Aku tidak lihat itu semua. Aku tidak rasa itu semua. Apabila aku lihat sekeliling. Gelap, semuanya gelap.

Di saat orang lihat langit yg cerah, aku cuma lihat gelap. Di saat orang lihat cahaya bulan, juga kerlipan bintang, aku cuma lihat gelap. Di saat orang lihat cahaya matahari yang memancar, aku cuma lihat gelap. Dan di saat orang menghayati keindahan pelangi, aku maseh lihat gelap.

Aku tidak melihatnya. Aku tidak merasainya. Hanya yang ada, gelap. Gelap. Sunyi. Sepi. Diam.

Aku tidak bersama mereka. Aku tidak di mana-mana. Aku cuma berada di sebuah Ruang Gelap.


Love & Sincere,

18 Nov 2011

Kesilapan

Dear my Lovepediary,

Ada yang bilang,

Kita tidak perlu sentiasa menjadi betul. Sesekali melakukan kesilapan adalah tidak mengapa. Apa yang penting adalah belajar daripadanya.

Satu-satunya cara untuk tahu kesilapan tersebut benar-benar merupakan sebuah kesilapan adalah dengan melakukan kesilapan tersebut. Kerna kita tidak akan pernah tahu kesilapan yang kita lakukan itu adalah benar-benar sebuah kesilapan sehingga kita sudah melakukannya. Plus, pengajaran selalunya adalah berada di penghujung cerita. Jika kita berhenti berjalan, kita tidak akan pernah tahu apa yang menunggu di hadapan. Maka, jangan pernah berhenti. Mungkin kesilapan terbesar yang kita lakukan adalah dengan tidak melakukan kesilapan tersebut dan kita akan menjalani seluruh hidup, selama-lamanya dengan tidak mengetahui sama sekali sama ada itu adalah sebuah kesilapan ataupun tidak.

Tapi, dalam sesetengah situasi, atau lebih tepat lagi dalam hal-hal yang serius, sekali kamu melakukan kesilapan, sometimes akan menghilangkan kepercayaan seseorang terhadap kamu buat selama-lamanya.

Namun, apabila kita melakukan kesilapan tidak bermakna dunia kita berakhir. Pokoknya, kita harus memandangnya daripada sudut yang positif. Barangkali ada sesuatu hikmah yang tersembunyi daripada kesilapan yang dilakukan. Kesilapan yang lebih besar adalah dengan sentiasa dan hanya memandang kesilapan yang telah dilakukan daripada sudut yang negatif dan tidak belajar daripadanya sama sekali. 

Intinya, sama ada kita melakukan kesilapan atau tidak, hidup perlu diteruskan. Sebenarnya, jika kita berhenti berjalan, kita tidak akan pernah tahu KESENANGAN yang menunggu di hadapan. So, really really don't stop walking!

Hanya, sebelum buat sebarang perkara atau mengambil sebarang keputusan, fikirkan sedalam-dalamnya, and make your best choice!


Love & Sincere,

16 Nov 2011

Blank


Dear my Lovepediary,

Dua, tiga hary ni, mula blank lagi. Ada beberapa decision yang perlu dibuat dalam tempoh terdekat tapi otak bagaikan jammed dan tidak boleh berfikir normal.

Okeyy! Mood berfikir ni memang susah mahu menten kan? Sekejap ia datang dan selalu pula ia menghilang. And bila dah hilang tu, susah betul nak tunggu ia datang semula.

Mood berfikir, sila datang segera. Banyak keputusan yang agak besar perlu diputuskan segera supaya lyfe yang plain ni kembali warna-warni. Masa sentiasa berlalu, sedetik demi sedetik. Masa semaken suntuk. Masa tidak akan pernah menunggu.

Dua, tiga minggu lepas, banyak yang dirancang tapi segalanya maseh pending dan hanging. Cepat otak! Segera proses semua input supaya segalanya boleh jadi output.

Aku punyai beberapa option. Det's why mula confuse dan keliru mana satu hendak pilih. Which is the best option? Yang mana lebih menepati jiwa sanubari yang sedang dambakan lyfe nan flowery warna-warni ini?

Memang sukar buat pilihan kan? Lebih-lebih lagi pilihan yang cukup besar dan mempertaruhkan sebuah pengorbanan, sama ada pengorbanan diri sendiri, apatah lagi pengorbanan orang laen. Lebih-lebih lagi pilihan yang bakal menentu corak dan warna hidup pada masa hadapan. Kerna kita tidak akan pernah bisa tahu apakah result hasil daripada keputusan yang dibuat. Positif, ataw sebaleknya. Kita perlu putuskan dulu, jalani kehidupan yang telah dipilih, then baru kita akan boleh tahu resultnya. Sebab itulah bila mahu buat apa sahaja keputusan, perlulah difikirkan dalam-dalam. 

If positif resultnya nanty, syukur Alhamdulillah. Tapi bagaimana pula if resultnya negatif? Adakah segala pengorbanan bakal jadi sia-sia?

Walawpun aku selalu semat dalam haty, 'Setiap hal baek yang kamu lakukan insyaAllah tidak akan pernah sia-sia sama sekali, asalkan ianya dilakukan penuh keikhlasan. Setiap yang baek pasty ada ganjarannya, InsyaAllah.' Tapi bila tiba masa aku yang perlu buat keputusan, aku tetap akan keliru.

Mungkin kerna ada semangat yang sudah hilang menjadikan aku begini. Mungkin aku perlu perbanyakkalikan mendengar lagu-lagu kegemaran supaya dapat semula semua spirit yang sudah hilang tu. Errr??

Bila keliru, mula tanya pendapat orang laen. Ada yang faham dan beri pandangan bernas tu okeyy la. Kerap sahaja aku mahu cakap 'Eh, bagus la opinion kau. Memang boleh pakai. Thanks for the moral support!'

Tapi sometimes ada juga pandangan yang datang tu sungguh mengecewakan. Maken buat aku keliru lantas menjadikan proses buat pilihan tu lebih sukar dan mula stress. Lebih kurang macam 'Eh, mudahnya kau bercakap. Seolah-olah tak mendalami langsung masalah yang aku alami. Sia-sialah aku cerita semua masalah aku pada kau selama ni. Err.. Thanks, but no thanks!'

Memang salah aku. Selalu expect people terlalu tinggi aku rasa. Aku selalu mengharapkan orang-orang sekeliling dapat membaca segala isi haty dan inti pemikiran aku sedetail-detailsnya. Bodoh kan? Mana ada orang yang boleh membaca dan memahami kita seratus peratus sempurna. Sah, aku keras kepala.

Tapi, bagaimana dengan ini?

Orang bilang "Don't tell your problems to people. Eighty percent don't care, and the other twenty percent are glad you have them." 

Ada pula yang bilang "You should always tell people you trust about your problems because they may be able to help you solve them."

Errr..

Blank lagi.


Love & Sincere,

15 Nov 2011

Aidil Adha 1432H


Dear my Lovepediary,


















Love & Sincere,

11 Nov 2011

Tarikh Istimewa?

Dear my Lovepediary,


Today adalah 11 November 2011 yang dikatakan agak istimewa. Istimewa sekadar pada angkanya barangkali. Namun tidak salah menyimpan something yang special dan meaningful pada tarikh ini. Just for fun I think. Sekadar menjadikan beautiful memories itu lebih beautiful, probably. Bukan obses, I hope.

Buat aku, segalanya plain sahaja. Tiada yang sungguh istimewa beautiful colorful. Plain.

Cuma,

Yeyeh! Officially, hary ini Lovepediary kesayangan sudah ada lima orang followers lewat tengah hary ini. Thank you new glowy daisy friends! 

Hayat Lovepediary belum sampai dua bulan. Sebab tu bangga. Biarkan aku ditenggelami perasaan jakun ini sekejap.

Agak istimewa juga.

Lima pun sudah bangga.

:D

Love & Sincere,

9 Nov 2011

Girlfriend's Baby Girls


Dear my Lovepediary,

Pada 07 Nov 2011, kira-kira jam 6.30 pm, on sahaja FB terus terima dua berita gembira. Dua orang best Girlfriends telah selamat melahirkan Baby Girl mereka ke dunia. Syukur Alhamdulillah. Both mommies and babies selamat dan berada dalam keadaan sehat sejahtera.


Happy for them.


Bahagia :)


Love & Sincere,
 

4 Nov 2011

Penantian Anugerah Terindah


Dear my Lovepediary,

Mid November ini sahaja dua orang antara best girlfriend bakal melahirkan permata haty mereka ke dunia. Best Tapi Takut. Itu adalah perasaan mereka bila aku tanyakan perihal mahu deliver baby.

Okeyy! Aku adalah sungguh excited macam aku pula yang bakal menimang cahaya mata. Can't imagine perasaan seorang mommy yang sedang diburu rasa gembira beserta gemuruh bagi menyambut kelahiran bayi yang dikandung selama lebih kurang 9 bulan 10 hary pada bila-bila masa sahaja. Bayi yang merupakan hadiah terbesar daripada Allah SWT bagi pasangan yang sudah berkahwen. Darah daging yang datangnya daripada benih chenta yang disemai dan merupakan lambang kaseh sayang pasangan suami isteri yang sudah berjanji mahu setia sehidup semati. Insyaallah. Zuriat sebagai penyambung keturunan yang satu hary nanty diharapkan akan mendoakan kita untuk berjalan menuju ke syurga. Insyaallah.

Aku agak excited sebab mereka adalah antara best girlfriend yang seangkatan dengan aku dalam menempuhi marriage lyfe. Seorang berkahwen 6 months before aku berkawen. Seorang lagi 10 months after aku berkawen. Aku di tengah-tengah tapi now perut aku maseh kosong tanpa kewujudan makhluk Allah yang comel itu.

Subhanallah!

Namun tidak pernah sesekali terdetik dalam haty kecil aku untuk mempertikai rezeki pemberian Allah SWT.

Memang ada sedikit rasa gusar dan bimbang. Namun aku percaya akan rezeki daripadaNya. Aku percaya akan segala rancanganNya. Jua aku percaya akan semua ketentuanNya. Nikmat yang tidak putus-putus aku terima daripadaNya pun belum cukup rasanya aku syukuri.

Keinginan? Of course aku punyai keinginan. Keinginan yang agak membuak-buak juga. Siapa yang tidak mahu punyai cahaya mata sendiri? Siapa yang tidak ingin punyai bayi comel untuk dikucup setiap hary dan dicurahkan kaseh sayang sepenuh jiwa? Siapa yang tidak mahu bersama-sama mencurahkan kaseh sayang bersama soulmate hidupnya terhadap kejadian Allah SWT yang merupakan bukti chenta mereka?

Sejak hary pertama aku bergelar seorang isteri, aku tidak pernah terdetik langsung merancang untuk agak lewat menimang cahaya mata. (Err.. Dua tahun kawen belum punyai anak kira lambat tak?) Daripada awal lagi aku sudah bersiap sedia untuk menerimanya. Aku rasa Encek suami juga begitu. Namun mungkin ketentuanNya, hingga kini maseh belum tiba waktu yang tepat untuk aku dan suami menerima anugerah yang sungguh istimewa itu.

Mungkin kami sebenarnya belum selayaknya menjadi ibu dan ayah. Mungkin tanggapan kami yang kami sudah bersedia sebenarnya silap. Mungkin Allah mahu kami lebih mempersiapkan diri sebelum layak diberi amanat yang sungguh berharga itu. Pastynya peluang sebegini tidak akan kami sia-siakan begitu sahaja. Insyaallah. Sungguh aku redha akan segala-galanya.

Semuga kami bisa segera mempersiapkan diri, fizikal, mental, peribadi, kewangan dan kehidupan demi cahaya mata kami nanty. Semuga Allah SWT memudah, mempercepat dan memberkati segala-galanya buat kami.

Buat cahaya mataku,

Ayah dan ibumu sudah lama menanty kalian untuk bersama kami menjalani kehidupan di dunia ini. Hanya Allah mendapati kami belum selayaknya untuk melahir, membesar dan mendidik kalian untuk berjalan menuju ke syurga. Semuga kamu bersabar wahai anak-anakku. Kerana Allah hanya akan memberi yang terbaek dan paling istimewa buat hamba-hambanya. Namun anak-anakku, ayah dan ibu selalu berdoa untuk kita cepat bertemu agar kalian dapat lebih menyinari hidup kami.

Amin.

Buat dua orang best girlfriend yang sedang menanti penuh debaran kelahiran cahaya mata kalian, all the best, darlings! Aku juga sudah tidak sabar untuk jadi mommy seperty kalian :D


Love & Sincere,

31 Oct 2011

Not Really a Self-Motivation

Dear my Lovepediary,

Ada yang pernah melabel aku keras kepala. Sukar menerima pandangan dan pendapat orang laen. Mereka bilang, tiada guna berkongsi pandangan denganku. Pandangan mereka pasty akan aku reject mentah-mentah. Mentah-mentah walawpun sometymes aku cuba lindungkan dengan penolakan yang baek. Benarkah?

Ada yang bilang, apabila aku bertanya pendapat sebenarnya aku sudah punyai keputusan. Keputusan yang tidak akan aku ubah sekalipun mereka beri pendapat yang pada mereka lebih benar. Aku akan tetap dengan pendapat dan pendirian aku, tidak peduli apa orang laen hendak kata. Hujung-hujungnya, mereka bosan berkongsi pendapat denganku. Tiada guna mereka kata.

Aku pula kata pandangan mereka tidak munasabah. Tidak menarek. Tidak serasi denganku. Aku punyai pandangan sendiri. Aku punyai citarasa sendiri. Aku tidaklah terlalu berpendirian, tetapi jika pandangan mereka aku rasakan tidak lebih bagus daripada pandangan aku sendiri, untuk apa aku bersetuju? Aku tidak mengatakan yang mana benar yang mana salah. Cuma aku fikir aku mengambil keputusan atas keselesaan aku sendiri. Aku fikir juga aku punyai hak untuk mengambil keputusan buat diri sendiri. Benar bukan?

Ya! Aku sedang berbicara tentang segala keputusan berkaitan diri aku sendiri. Untuk diri aku, so aku fikir sempadan mereka adalah hanya menyampaikan pandangan mereka, apa yang mereka rasakan baek buat aku. Tanggapan aku, aku yang harus memutuskan. Bukan mereka. Pandangan mereka hanyalah untuk mengingatkan aku tentang hal yang mungkin aku terlepas pandang ataw mungkin juga aku lupa. Selaennya, aku yang perlu alert, fikir sedalam-dalamnya, seterusnya make decisions.

Untuk apa aku gunapakai pandangan mereka, jika hujung-hujungnya aku perlu tanggung penyesalan? Untuk apa aku turuti jalan pemikiran mereka, jika hujung-hujungnya aku kehilangan jiwa dan diri aku sendiri? Semuanya nanti akan jadi tiada guna.

Pandangan aku, untuk aku. Bukan untuk mereka. Jua begitu sebaleknya aku rasa. Pandangan mereka adalah untuk mereka. Dan bukan untuk aku. Apa yang aku fikir benar tidak mesty serasi untuk mereka. Jua begitu sebaleknya. Apa yang mereka fikir benar dan bagus, belum tentu sesuai dan serasi untuk aku. Belum tentu aku selesa. Garisan sempadannya adalah berkongsi. Cuma berkongsi. Tidak lebih sedikit pun daripada itu. Bukan memaksa orang laen untuk menerima pendapat dan pandangan kau walaw kau merasakan pandangan kau adalah pandangan yang paling hebat sekalipun.

Seingat aku, aku juga tidak pernah memaksa orang laen menuruti pandangan aku. Berkongsi pernah, tapi memaksa untuk menurut rasanya tidak. Aku harap ingatan aku maseh kuat. Mungkin kita dengan tidak sengaja boleh berkecil haty apabila pandangan kita ditolak, mentah-mentah pula. Tapi kita tiada hak untuk buat keputusan buat orang laen. Setiap orang punyai kebebasan mereka sendiri.

Di sudut yang laen pula...

Aku cuma manusia biasa. Aku mudah marah apabila tiada orang laen yang sama pandangan dengan aku. Aku rasa aku manusia normal, punyai jalan pemikiran yang biasa. Aku bukan alien. Tapi sukar benar untuk mendapat teman sependapat, sepandangan, sepemikiran, secitarasa. Huh, aku demand lagi. Aku cuma perlu sokongan. Mungkin aku benar, mungkin aku salah. Tapi di saat aku sudah hampir buat keputusan, dimana ketika itu aku sudah tidak perlukan pandangan berbeza, pada waktu itu aku cuma perlukan sokongan.

Aku cuma berharap ada yang berdiri di depan aku, memandang aku, dan memberi pandangan sama sebagaimana keputusan yang hampir aku muktamadkan. Setidak-tidaknya aku boleh merasa yakin dengan keputusan yang bakal aku lakukan, yakin bahawa keputusan aku benar, kerna ada yang sependapat dengan aku. Errr.. Di manakah mereka yang sependapat denganku? Punyai jalan pemikiran, juga citarasa yang sama dengan aku? Egois.

Hal-hal begini kadangkala membuat jiwa aku menjerit kuat, melolong bagai orang tidak siuman. Keegoan dan keangkuhan bermaharaja lela, memamah jiwa aku sedikit demi sedikit. Aku lelah. Tewas. Tapi jeritan itu hanya kedengaran jauh di dalam dunia hitam aku. Dunia yang tidak ingin aku jejak. Dunia tempat aku membuang sampah-sampah keegoan dan keangkuhan aku.

Diam seketika.

Tapi, kekurangan aku bukanlah untuk dicemuh. Untuk kalian lebih bersyukur dengan segala kelebihan punya kalian.

Justeru, minta kalian jangan jemu untuk mengingatkan aku. Jangan bosan memberi pandangan kepada aku. Jangan muak berkongsi pendapat dengan aku. Jangan mual melakukan semua itu buat aku. Ingatkan aku segala hal yang aku lupa. Hal yang aku terlepas pandang. Hal yang aku belum dapat baca. Hal yang aku tidak dapat lihat dengan pandangan sempitku. Hal yang tidak tercapai akal cetekku untuk berfikir. Buat membela diri, mungkin aku bukan tidak mahu terima pandangan kalian, tapi mungkin bukan buat masa sekarang.

Aku rayu untuk dimengerti. Mungkin aku mahu melaluinya sendiri. Aku mahu tahu apa akibatnya. Aku mahu buat kesilapan untuk aku perbetulkan pada kemudian hari. Aku mahu belajar atasi kebodohan dan ketakutan sendiri. Aku mahu belajar bezakan apa yang benar, apa yang salah. Aku mahu berdiri menggunakan dua kaki aku sendiri walaw tidak sekuat mana. Aku mahu buat keputusan atas landasan pemikiran aku sendiri walaw mungkin bukan yang terbaek pada fikiran kalian. Aku mahu lakukan semuanya tanpa remote control. Kerna aku bukan robot, aku manusia.

Diam lagi.

Mungkin ada yang bilang, aku perlu belajar menerima pandangan orang laen. Tapi persoalannya, perlukah aku membenarkan orang laen membuat keputusan untuk aku? Jawapannya tidak. Muktamad. Egois lagi.


Love & Sincere,

29 Oct 2011

Satu-Satunya Cinta by Mahadewi


Dear my Lovepediary, 







Love & Sincere,

27 Oct 2011

Teka-Teki



Dear my Lovepediary,



Hidup ibarat teka-teki.




Apa yang dijangkakan, belum tentu benar dan tepat.



Love & Sincere,

26 Oct 2011

Diam. Tidak Fokus

Dear my Lovepediary,

Aku diam beberapa hary ini. Beberapa entry sudah aku draft tapi fikiran aku berubah-ubah. Mahu publish? Tidak. Mahu atau tidak. Mahu atau tidak. Akhirnya tidak. Tiada sebab. Ada juga entry yang aku draft separuh jalan sahaja. Hangat-hangat tahi ayam bak kata orang. Bukan. Pelbagai hal sebenarnya bermain-main dalam minda aku yang aku pasti ia maseh normal lagi. Tapi segalanya seperty tidak dapat diluah kesemuanya. Setiap perkataan aku bercelaru. Setiap cerita aku bercampur baur. Tekaku, mungkin aku tidak fokus.

Aku cuba berfikir. Kehidupan aku. Normal. Emosi. Berubah-ubah tapi maseh normal. Fikiran. Maseh normal, cuma mungkin memang tidak fokus.

Mungkin aku perlu sedikit masa untuk bercerita. Aku ingin cuba faham dahulu apa yang minda dan emosi aku sedang runsingkan. Bukan runsing sebenarnya. Entahlah. Mungkin perlu seimbangkan semua perasaan. Mungkin ada perasaan-perasaan yang tidak penting dan perlu aku buang jauh-jauh. Aku rasa tak ada. Tapi mungkin ada. Aku cuba fikir dulu.

0keyy! Aku cuma perlu sedikit masa. Aku ingin fokus. Aku perlu konsentrasi.


Love & Sincere,

20 Oct 2011

Cemburu? Pls Back To Normal

Dear my Lovepediary,

Aku bukan tidak gembira, tapi aku mudah cemburu.
Aku bukan tidak gembira, tapi aku mudah marah.
Aku bukan tidak gembira, tapi aku mudah tersinggung.
Mudah terguris, mudah melenting, mudah buat kesilapan.
Aku benci perasaan-perasaan bodoh ini!
(Memekik pun apa gunanya?)
Terlalu sebuk memikirkan hal-hal yang tidak penting sama sekali. 
Memandang hary-hary lepas yang gelap.
Kalau tak suka, kenapa mesty aku cari tahu?
Kalau tak suka, kenapa mesty aku ambil pusing?
Kalau tak suka, kenapa mesty aku selak diary semalam? 
Segalanya kan sudah lepas.
Biarkanlah ia menjadi sejarah.
Memang tak boleh dipadam.
Tapi boleh kan tak perlu dihighlight? 
Segalanya hanya akan membangkit cemburu.
Cemburu yang tak perlu.
Sebenarnya malu pada diry sendiry.
(Siapa suruh buat perkara bodoh?)  
Kaulah yang bodoh!
Untuk apa cemburukan hary semalam?
Sedangkan yang kau cemburu itu gagal.
Untuk apa cemburukan yang kau gagal dapatkan?
Sedangkan itu memang bukan kau punya.
Untuk apa cemburukan tempat kepunyaan orang laen?
Sedangkan rupanya Allah mahu beri yang lebih istimewa.
So, untuk apa cemburu?
Huh!
Allah kan lebih mengetahui.
Allah cuma akan beri yang terbaek sahaja.
Yang paling istimewa buat kau.
Sudah lupakah?
So, tidak perlu complaint.
Tidak perlu demand.
Lupakan saja yang tak dapat.
Syukuri apa yang Allah sudah beri.
Itu semua kan nikmat.
Fyne.
Aku sudah mula mencari penyakit.
Jiwa kau kalut?
Bukan.
Emosi kau tu memang selalu rapuh.
Jangan diusik parut yang lama.
Nanty berdarah kembali siapa akan tolong?
Semata-mata sebab cemburu?
Tolonglah.
Perlu kembali kepada normal.
Tolonglah.
Hentikan semua ini. 


Love & Sincere,

18 Oct 2011

Happy 28th Birthday, Lovey Dovey !

Dear my Lovepediary,
           

.... and my dearest Lovey Dovey,


I wish I could be the only one who
Always loving you like no one else does
Always being there for you on easy or hard times
Caring for you for better or for worse
Do everything for you out of the ordinary.

I wish I could be the only one who
Always loving you as a faithful wife should
Be everything for you through the tears
Be the wife that you deserve
To hold you when you are feeling blue
To be your strength through your every pain
To kiss your tears through all the rain.

I wish I could be the only one who
Always loving you with all my heart
Always understand you as no one else does
Share the smiles which can melts your heart
Share the Love and happiness more than enough
Appreciate all the little, special things you do for me
And make each moment I spent with you
More precious.

I wish I could be the only one who
Cherish you and Love you with all my soul
Do everything for you I could
Walk together in the direction you want to go
Be supportive and sharing the good or bad feelings
Be your inspiration in your every dreams
Also hold on to your hopes.

Together with you reach for the stars
Share the joy and laughter at the colorful rainbow
Brighten up your life and make it very beautiful.

0nly you could be my inspiration
0nly you could be the person I've ever needed
0nly you could be here to hold my hand
0nly you could be here to call me wife.

0nly you could be my colorful rainbow
0nly you could be my beautiful bliss
0nly you could be my true husband
0nly you could be Love of my life.

To feel the arms that hold me every night
To see the smile that make my day always bright
To know you are the one I can't live without
To know that you are my husband true
Are all the reasons why I Love you.

Happy birthday my Lovey Dovey!
May Allah bless you
May Allah bless every Love I have for you.

Last but not least,
Nahhhhhh, present for dear :)


.... and roses !


I hope you like it !

Lots of Love,

14 Oct 2011

Kawan Yang BOSAN !


 Dear my Lovepediary,



Sudah terlalu lama aku ingin berkongsi sebuah IDEA yang pernah aku TERBACA suatu waktu dulu, cuma tidak berjumpa dengan medium yang paling sesuai untuk berkongsi. Idea yang pada aku sungguh menarek, yet SINIS sebenarnya. Errr, dengan kata laen sindiran halus berunsur humor, mungkin. 

Ia adalah tentang KAWAN..

As a human being, kita pasty tidak akan pernah escape daripada berkawan, malahan kita pasty suka berkawan. Memang kadang kala ataw at certain tyme kita lebih gemar untuk bersendiri. Tapi most of the tyme kita konfem suka berkawan. Berkawan memang syok! Berkawan selalunya dikaitkan dengan kegembiraan, keseronokan, ke-huhahuha-an, kebahagiaan, berkongsi aktiviti, berkongsi hobi, berkongsi cerita suka dan duka juga berkongsi memori kehidupan.

Tapi jangan pernah lupa bahawa roda kehidupan sentiasa berpusing. Acapkali kita mendengar kata-kata seperty ini "Hidup bagaikan roda. Kadangkadang kita di atas, kadangkadang kita di bawah". Biasa dengar kan? Persoalannya, sentiasakah kawan akan bersama kita samada kita berada di atas ataw di bawah? 

Kawan boleh mempengaruhi dan merangsang jalan pemikiran dan perjalanan hidup kita. Kawan boleh buat kita gembira, hidup warna warni seperty PELANGI, terbang riang ria bersama bagaikan rama-rama, dan for sure boleh juga memijak mijak kita hingga penyek jika mereka mahu.

Setiap orang punyai kesah kehidupan masing masing, kesah bahagia mahupun kesah sedih. Aku juga punyai pengalaman PERIT tersendiri yang kalaw boleh ingin aku padamkan sebersih-bersihnya daripada diary kehidupan aku hingga tiada kesan langsung biar SEKELUMIT pun. Bukan mahu complain about lyfe, sekadar berkongsi untuk renungan dan pengajaran bersama. Errr, itu biarlah aku cerita LATER yah!

Namun yang pasty, apa yang bakal aku share di sini adalah hal yang pernah aku lalui sendiri. Although bukan aku yang mengcreate idea@karya tersebut, tetapi secara kebetulan ia betulbetul mengena TEPAT terhadap aku pada waktu itu, lebih kurang pada masa yang tepat ia diterbitkan.

Karya yang bakal aku copy paste ini adalah dipetik daripada Majalah APO? oleh Cerpelai. Keluaran bila rasanya tak perlu aku nyatakan untuk menjaga kepentingan semua pihak. Haha. Err.. Terima kaseh abang Cerpelai and abang Majalah Apo? Hehe.

Tajuk: Kawan Yang Bosan

Hidup dalam dunia ni kena berkawan. Kalaw kita tak berkawan, kita lagi teruk dari orang hutan pasal orang hutan pun tahu berkawan. Masalahnya bukan semua kawan yang boleh jadi ikutan. Ada juga kawan yang jenis bosan. Kawan yang macam mana tu?

  1. Yang suka MENANGIS depan korang bila ada masalah tapi suka KETAWA di belakang korang bila tengah cari masalah dengan korang.
  2. Yang menari LAMBADA depan korang sebab nak bagi korang terhibur tapi menari DAYAK di belakang korang sebab terhibur mengenakan korang.
  3. Yang sentiasa MENDENGAR masalah korang tapi sentiasa memPERDENGARkan masalah korang tu pada orang laen.
  4. Yang MEMBANTU korang masa korang terhimpit tapi buat perangai HANTU dengan menghimpit korang untuk meminta balasan.
  5. Yang MEMUJI korang dengan kata-kata manis di depan korang tapi MENGEJI korang dengan kata-kata najis di belakang korang.
Tamat copy paste daripada Majalah Apo?

Ia mungkin kelihatan seperty situasi NORMAL bagi mereka yang hanya terkena sipi sipi sahaja. Tapi untuk aku, ia mengena sungguh tepat pada waktu itu, setiap point yang aku baca terasa mencucuk sungguh TAJAM hingga meninggalkan kesan LUKA yang sungguh perit. Mungkin mereka sudah tidak perlukan aku lagi. Mungkin aku sudah tiada kepentingan bagi mereka. Mungkin mereka sudah bosan terhadap aku. Mungkin mereka sudah jemu dan lemas dengan FRIENDSHIP kami. Mungkin aku sudah tidak lawak, tidak kelakar, tidak boleh lagi membuat mereka ketawa. Mungkin aku sudah bukan siapa siapa bagi mereka. Mungkin juga tiba-tiba aku kelihatan JAHAT pada mereka.

Aku merasa bagai jatuh daripada sebuah bangunan tinggi yang mencakar langit lantas dihempap pula dengan pokok pokok mega yang sungguh berat. Mereka mengkhianati secara sangat 'BERHEMAH' seolah olah mahu mengusir aku terus daripada dunia ini. Aku merasa terduduk dan terdiam agak lama kesan daripada itu.

Tapi itu semua sudah tidak penting sekarang. Although aku belum boleh bangkit sepenuhnya sekarang, tapi aku juga tidak mahu pengkhianatan sinis itu menjadi garisan kegusaran yang berterusan untuk aku bertemu hary esok. Lagipun, aku rasa aku sudah maafkan mereka. Sebab aku sedar aku juga tidak sesempurna mana saat berkawan dengan mereka. Aku juga mungkin pernah buat kesilapan. Aku juga pernah mengata, melaser, mengumpat, mengeji dan mungkin pernah juga memperkecilkan mereka.

Tambah tolak tambah tolak, mereka PERNAH menjadi kawan. Tidak banyak, mungkin sedikit pasty ada tawa yang pernah dikongsi, ataw sekurang-kurangnya secebis senyuman. Akuilah, tidak perlu merasa EGO! Anyhow, terima kaseh KAWAN sebab pernah berkongsi tawa, gembira, bahagia, especially pengalaman berharga yang tidak mungkin dapat aku LUPA. Kau mungkin menjatuhkan aku untuk menolak aku supaya lebih BERJAYA! Terima kaseh kawan, terima kaseh!

(Walawpun selepas itu, kau sudah menjadi kawan yang BOSAN!)

Last but not least.. Bukan semua kawan itu SAHABAT untuk dipercayai. Juga bukan semua kawan itu LAWAN untuk dikhianati. What say you? Chill !


Love & Sincere,