Showing posts with label Girlfriends. Show all posts
Showing posts with label Girlfriends. Show all posts

30 Sept 2012

Atas Faktor Usia


Dear my Lovepediary,


Semalam. Terima panggilan telefon daripada seorang bestfriend perempuan.

"Liyaaaa, happy belated birthday!!" Ayat pertama dea. 

Awkward.

Owh, itu hari masa birthday aku 07 haribulan dea terlupa nak wish agaknya. Aku ingat-ingat semula. Betul lah. Aku memang tak terima ucapan daripada dea tahun ni, tak seperti biasanya. Tapi. Lama gila kau terlepas birthday aku? Lawak betul! Baru hari ni kau teringat? Siap gelak-gelak lagi. Aku anggap gelak-gelak tu tanda rasa bersalah, lebih kurang macam tu lah.

Aku agak terpana. Terspeechless. Terpinga-pinga. Terkejut.

"Owh. Okeyy. Thanks, Zill! Sengal kau ni. Terkejut aku!"

"Hahaha. Liya, kau nak aku nyanyi lagu birthday untuk kau ke?"

"Err. Haa kau kena la nyanyi. Dah lambat wish. Kena la nyanyi sebagai denda. Hahaha!"

"Okeyy. Happy birthday to youuuu" Erk! Dea nyanyi betul-betul?

"Sengal la Liya. Aku dah la kat Mall ni. Happy birthday to youuuu"

Kata dekat Shopping Mall. Aku memang dengar bising-bising kat belakang tu. Tapi lepas tu dea sambung nyanyi jugak. Siapa yang sengal sebenarnya ni? Nyanyi sampai habes pulak tu. Betul-betul dea rasa bersalah dengan aku agaknya sebab terlupa nak wish itu hari. Jauh pulak tu tertinggal keretapi. Dah tiga minggu dah birthday aku dea terlepas.

"Hahaha. Bongok! Boleh pulak kau nyanyi-nyanyi kat situ."

Dan perbualan bersambung beberapa minit. Lepas tu.

"Semalam aku message-message dengan Bed. Lepas tu Bed yang ingatkan aku. Eh, birthday Liya semalam kan? Aku terkejut, baru teringat. Tu yang call kau ni. Hahaha!" 

"Hah? Semalam? Birthday aku dah lama lepas la weyh. 07 haribulan hari tu."

"Eh, Liya. 27 haribulan kan birthday kau?"

"Eh kau ni. Birthday aku, aku lah lagi tau. Kau pulak yang nak confirmkan birthday aku bila. Hahaha. Kejadah!"

Hampeh! Patutlah dea beriya telefon siap nyanyi-nyanyi lagu birthday. Rupanya dea ingat baru terlepas dua hari. Kalau dea tahu dah terlepas tiga minggu, takdelah kut tiba-tiba nak call, nak wish siap nyanyi-nyanyi kat public. Sebenarnya, masa birthday aku itu hari pun, adek aku sendiri tersilap tarikh. Dea ingat birthday aku 09 September instead of 07 September. 

Aku pun tak pasti kenapa ramai sangat confuse dengan birthday aku tahun ni. Tapi aku tak kesah pun sebenarnya. Sebab aku bukan jenis manusia yang dah terbiasa dengan layanan istimewa. Kira bersyukur lah kawan-kawan baek aku ingat lagi yang aku pernah lahir kat dunia ni walaupun tarikh tu jauh lari. Seriously, aku tak kesah pun. Sekadar ucapan, bukannya apa-apa.

Lepas tu gelabahlah kawan aku tu nak cover line. Terus dea kata dea pun dah lupa dea dah wish ke belum birthday aku sebenarnya. Terus dea kata dea ingat je birthday aku 07 haribulan 09, tarikh senang ingat. Katanya lah. Tapi kawan aku seorang lagi tu yang confusekan dea. Dea ingat dea dah terlambat dua hari, menggelabah, terus dea call aku without thinking, katanya. 

Nyanyuk dah kawan aku ni rupanya. Kawan aku yang seorang lagi tu memang blur pun daripada dulu. Siap fitnah tarikh lahir aku pulak sekarang. Pandai-pandai je ubah. Then aku cakap pada kawan aku semalam It's okeyy. Aku maafkan kau, atas faktor usia. Kahkah! Erm. Sebenarnya, lepas tu aku terus rasa rindu kat mereka berdua. Rasa dah lama tak jumpa. Gosip dan lepak bersama. 

Rindu.

Update: Ohh, ya! Hari ni birthday mak aku dan ayah mertua! 30 September. Boleh pulak aku terlupa nak selitkan, padahal aku dah ingat daripada awal. Happy birthday Mak, Abah! <3


Love & Sincere,
 

30 May 2012

Cerita Girlfriends

Dear my Lovepediary,

Beberapa hari lepas, aku menjadi seorang pendengar kepada masalah seorang kawan aku ni. Perempuan. Masalah berkaitan Cinta. Tapi aku bukan nak bercerita tentang masalah kawan aku ni kat sini. Cuma, aku teringat dengan kawan aku yang seorang lagi. Perempuan juga. So, watak dalam cerita ni, aku dan dua orang kawan perempuan. Dua orang kawan perempuan yang aku rapat masa zaman belajar yang dulu. Aku start close dengan dia orang masa start degree.

Walaupun dah lebih lima tahun aku tinggalkan zaman pengajian yang lama, sampai sekarang aku maseh close dengan dia orang. Sampai sekarang kita orang maseh update cerita to each other. Even dah tak boleh nak lepak selalu macam dulu, tapi kita orang still akan contact bila dah rindu. Seorang di Timur semenanjung, seorang di tengah-tengah, aku pula di Selatan. Tambahkan kekangan masa lagi, maseng-maseng sebok berkerjaya, memang susah nak set date untuk jumpa.

Kadang-kadang, aku pun pelik macam mana aku boleh mula close dengan dia orang dulu. Secara luarannya, dulu-dulu, banyak ketidaksamaan antara aku dengan dia orang. Dia orang berdua ada agak banyak persamaan dan keserasian. Senang cerita, banyak topik yang dia orang boleh bualkan bila lepak berdua, berbanding dengan aku. Walaupun tak banyak persamaan, berbeza personality secara luarannya dulu, dia orang tetap terima aku as kawan baek dia orang. So, terima kaseh, girlfriends.

Dia orang lebih feminin berbanding aku, waktu dulu. Kalau kita orang hang out bertiga, dia orang agak gorgeous. Aku? Comot gila. Dia orang keluar bawa handbag. Aku keluar dengan dia orang dengan sling bag. Dia orang keluar pakai compact powder, eye shadow, eyeliner, maskara, blusher. Aku keluar dengan dia orang pakai bedak johnson's baby je. Dia orang keluar pakai wedges, at least, mesti ada heels. Aku keluar dengan dia orang pakai kasut Converse je, atau Dr Cardin, atau Nike. Beza gila. Tapi tu dulu.

 Aku konon-konon yang paling kanan tu. 
Ehh, tapi tu macam yang paling comel je. Ehh?

Even aku comot pun, waktu tu aku mampu juga ada seorang boyfriend macam dia orang. Pasal boyfriend, aku tak ada bezanya dengan dia orang. Kita orang maseng-maseng jiwa rapuh, hati tisu. So, kita orang selalu saling bertukar pandangan pasal masalah Cinta ni kalau ada. Cuma bezanya, boyfriend aku teman sekampus je. Kenal pun bermula sebagai classmate. Bercinta pun berbahasa 'Aku, Kau' je. Masa dating, kita orang naek 125z milik boyfriend aku masa tu. Kawan-kawan aku, dating naek kereta. Boyfriend pun maseng-maseng dah kerja. Dulu.

Sampaikan, masa tahun akhir pengajian aku dulu, aku putus Cinta. Aku break up dengan boyfriend aku. Aku yang cipta punca. Kawan-kawan aku ni lah tempat aku mengadu. Waktu tu, kat sana, aku dah tak ada siapa-siapa, kecuali kawan-kawan aku dua orang ni je. Walaupun aku yang create punca, tapi putus cinta tetap putus cinta. Tetap ada saketnya. In fact, mengecewakan tu lebih saket daripada dikecewakan okey. Err. Tiba-tiba. And bila aku jealous ex-boyfriend macam dah mula bagi attention pada perempuan laen, kawan-kawan aku ni lah yang cuba kuatkan aku.

Akhirnya. Sekarang, aku yang dah settle down dulu, dah ada pasangan hidup. Kawan-kawan aku, dia orang maseh single. Yang seorang dah break off pun dengan boyfriend masa belajar dulu tu. And terjebak dengan macam-macam jenis hubungan Cinta yang aku agak tak setuju. Yang seorang, maseh bercinta dengan boyfriend lama. Rancangannya nak settle down next year. Tapi banyak juga dugaan-dugaan yang menguji relationship dia orang. Ironinya, dua-dua kawan aku ni maseh blur dengan masa depan dia orang, dengan siapa dia orang akan hidup bersama.


So, aku cuma berharap kawan-kawan aku dua orang ni cepat-cepatlah jumpa jodoh. Cepat-cepatlah settle down. Aku tahu dia orang pun tak sabar nak settle down, tapi jodoh belum sampai. Nak buat macam mana kan? Cuma, aku sedih bila dengar masalah-masalah Cinta kawan-kawan aku ni. And aku tak sabar nak kenal siapa orangnya yang akan hidup bersama dengan kawan-kawan aku ni. Aku harap berbaloilah orangnya. Aku harap cepat-cepatlah dia orang jumpa dengan orang yang dah dicreate untuk dia orang oleh yang di atas sana. Aku nak dia orang bahagia.

By the way. Lepas aku tamat belajar yang dulu, aku balek JB. Pulang ke pangkuan family. Aku teruskan hidup normal aku kat sini, cari makan kat sini. Zaman belajar masa tu, dah tamat. So, cuma perlu fokus cari rezeki. Kenangan kat kampus, tinggal kenangan. Aku teruskan hidup kat sini. Lama. Sampai luka putus Cinta yang dulu tu pun dah hilang. But then, at the end, aku kawen juga dengan ex-boyfriend aku yang konon-konon aku putus tu. Penat je aku lari jauh-jauh membawa hati luka dulu. Lari jauh-jauh, pacu laju-laju. Err. Tiba-tiba. Macam salah lirik je.


Love & Sincere,
 

12 Jan 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

Dear my Lovepediary,



End 16 January 2012


Serious melt dengan hadiahnya. Handbags! Melt dengan yang nombor 1, 2, 5 dan 10. Yang paling melt adalah nombor 5. Mahu mahu dan mahu!

Thanks Cik Violet sebab invite. Untuk 3 orang teman blogger laen, nahhhhhh kalian telah ditagged. Sila join sama untuk merebut handbags menawan.

Kalian adalah Rima, Adik M, dan Mai.

Okeyy. Done.

Love & Sincere,

9 Nov 2011

Girlfriend's Baby Girls


Dear my Lovepediary,

Pada 07 Nov 2011, kira-kira jam 6.30 pm, on sahaja FB terus terima dua berita gembira. Dua orang best Girlfriends telah selamat melahirkan Baby Girl mereka ke dunia. Syukur Alhamdulillah. Both mommies and babies selamat dan berada dalam keadaan sehat sejahtera.


Happy for them.


Bahagia :)


Love & Sincere,
 

4 Nov 2011

Penantian Anugerah Terindah


Dear my Lovepediary,

Mid November ini sahaja dua orang antara best girlfriend bakal melahirkan permata haty mereka ke dunia. Best Tapi Takut. Itu adalah perasaan mereka bila aku tanyakan perihal mahu deliver baby.

Okeyy! Aku adalah sungguh excited macam aku pula yang bakal menimang cahaya mata. Can't imagine perasaan seorang mommy yang sedang diburu rasa gembira beserta gemuruh bagi menyambut kelahiran bayi yang dikandung selama lebih kurang 9 bulan 10 hary pada bila-bila masa sahaja. Bayi yang merupakan hadiah terbesar daripada Allah SWT bagi pasangan yang sudah berkahwen. Darah daging yang datangnya daripada benih chenta yang disemai dan merupakan lambang kaseh sayang pasangan suami isteri yang sudah berjanji mahu setia sehidup semati. Insyaallah. Zuriat sebagai penyambung keturunan yang satu hary nanty diharapkan akan mendoakan kita untuk berjalan menuju ke syurga. Insyaallah.

Aku agak excited sebab mereka adalah antara best girlfriend yang seangkatan dengan aku dalam menempuhi marriage lyfe. Seorang berkahwen 6 months before aku berkawen. Seorang lagi 10 months after aku berkawen. Aku di tengah-tengah tapi now perut aku maseh kosong tanpa kewujudan makhluk Allah yang comel itu.

Subhanallah!

Namun tidak pernah sesekali terdetik dalam haty kecil aku untuk mempertikai rezeki pemberian Allah SWT.

Memang ada sedikit rasa gusar dan bimbang. Namun aku percaya akan rezeki daripadaNya. Aku percaya akan segala rancanganNya. Jua aku percaya akan semua ketentuanNya. Nikmat yang tidak putus-putus aku terima daripadaNya pun belum cukup rasanya aku syukuri.

Keinginan? Of course aku punyai keinginan. Keinginan yang agak membuak-buak juga. Siapa yang tidak mahu punyai cahaya mata sendiri? Siapa yang tidak ingin punyai bayi comel untuk dikucup setiap hary dan dicurahkan kaseh sayang sepenuh jiwa? Siapa yang tidak mahu bersama-sama mencurahkan kaseh sayang bersama soulmate hidupnya terhadap kejadian Allah SWT yang merupakan bukti chenta mereka?

Sejak hary pertama aku bergelar seorang isteri, aku tidak pernah terdetik langsung merancang untuk agak lewat menimang cahaya mata. (Err.. Dua tahun kawen belum punyai anak kira lambat tak?) Daripada awal lagi aku sudah bersiap sedia untuk menerimanya. Aku rasa Encek suami juga begitu. Namun mungkin ketentuanNya, hingga kini maseh belum tiba waktu yang tepat untuk aku dan suami menerima anugerah yang sungguh istimewa itu.

Mungkin kami sebenarnya belum selayaknya menjadi ibu dan ayah. Mungkin tanggapan kami yang kami sudah bersedia sebenarnya silap. Mungkin Allah mahu kami lebih mempersiapkan diri sebelum layak diberi amanat yang sungguh berharga itu. Pastynya peluang sebegini tidak akan kami sia-siakan begitu sahaja. Insyaallah. Sungguh aku redha akan segala-galanya.

Semuga kami bisa segera mempersiapkan diri, fizikal, mental, peribadi, kewangan dan kehidupan demi cahaya mata kami nanty. Semuga Allah SWT memudah, mempercepat dan memberkati segala-galanya buat kami.

Buat cahaya mataku,

Ayah dan ibumu sudah lama menanty kalian untuk bersama kami menjalani kehidupan di dunia ini. Hanya Allah mendapati kami belum selayaknya untuk melahir, membesar dan mendidik kalian untuk berjalan menuju ke syurga. Semuga kamu bersabar wahai anak-anakku. Kerana Allah hanya akan memberi yang terbaek dan paling istimewa buat hamba-hambanya. Namun anak-anakku, ayah dan ibu selalu berdoa untuk kita cepat bertemu agar kalian dapat lebih menyinari hidup kami.

Amin.

Buat dua orang best girlfriend yang sedang menanti penuh debaran kelahiran cahaya mata kalian, all the best, darlings! Aku juga sudah tidak sabar untuk jadi mommy seperty kalian :D


Love & Sincere,