Showing posts with label Precious Moments. Show all posts
Showing posts with label Precious Moments. Show all posts

11 Dec 2012

Selamat Lahir ke Dunia


Dear my Lovepediary,


Hari Jumaat, tanggal 07 Disember 2012 tepat jam 6:50 petang, Tengku Muhammad Qa'id bin Tengku Mohd Nasir telah pun selamat dilahirkan ke dunia. Comel muka dea. Ohh, lupa! Semua muka baby pun comel kan? Alhamdulillah Qa'id lahir dengan selamat, sehat tubuh badan luar dan dalam, cukup sifat, cukup sempurna untuk menambah seri dan kebahagiaan keluarga kami. Alhamdulillah, ibundanya juga sehat. Eh, bukan aku. Adek aku yang aku pernah ceritakan pregnant dulu.

Muhammad Qa'id

Aku tengok muka Qai'd macam ikut muka ayahnya, merangkap adek ipar aku. Tapi ramai yang kata ikut muka emaknya, iaitu adek aku. Err entahlah. Aku sebenarnya bukan pandai tengok muka baby sangat, maksudnya baby tu ikut muka siapa. Dulu-dulu, aku rasa semua muka baby ni sama je. Macam tak ada beza. Semuanya comel. So, macam mana orang boleh differentiate baby tu ikut muka siapa? Emaknya atau ayahnya? Cuma sekarang je aku cuba-cuba nak teka, tapi err macam salah je.

Setakat ni aku tengok Muhammad Qa'id ni kuat tidur je. Menanges pun jarang-jarang. Merengek siket-siket tu adalah. Bukan maen susah nak dengar suara dea. Tu, gambar pertama tu, menguap tu tanda asyik mengantuk je la tu. Gambar kedua pulak, muka mamai gila. Gambar ketiga, jeling badi je pada orang yang kacau tidur dea :P Hah, gambar keempat tu, dah selamat lah Qa'id tidur dengan lenanya. Mulut terngaga sebagai bukti lena. Haish! Belum puas maen-maen dengan Qa'id.

Bercakap pasal pregnancy and baby ni, walaupun dah agak lama, aku terasa nak ucap tahniah entah untuk yang ke berapa kalinya kepada Ym. Bundle, sebab dah dapat Ym. Bundle Jr. Tapi maseh dalam perut lagi. Semuga kesehatan Isterinya akan baek hingga selamat lahirkan baby nanti. Untuk FikSyida pulak, semuga cepat dapat baby. Eh, tapi Syida baru je bertunang kelmarin. Mohon sediakan kenduri nasi minyak dulu. Lepas tu baru buat baby okey! By the way, Selamat Bertunang Syida.

P/s: Aku suka kacau-kacau menyebut nama Qa'id dengan penuh idgham dan qalqalah pada awal dan hujungnya :P


Love & Sincere,
 

28 Nov 2012

Satu Dekad


Dear my Lovepediary,


2001

Saat pertama bersua. Kau bukan siapa-siapa. Aku juga tak pernah tersemat dalam kau punya jiwa. Kita ditakdir berjumpa, walau kita tak pernah menjangka. Selepas lebih kurang seminggu aku berjauhan daripada keluarga, kelas pertama aku bermula. Kau datang lewat, duduk sebelah dea, kita selang semeja. Aku? Aku buat tak tahu saja. Masa itu kita berdua bukannya siapa-siapa. Kau nak berbual dengan siapa, itu kau punya cerita. Aku hanya fokus pada muka lecturer. Hari berganti hari, kadang-kadang ada juga kita bertegur sapa. Sekadar teguran teman kelas yang sama. Jarang-jarang kita hendak berbual berdua. Kita hanya berbicara bila kita di kalangan kawan-kawan kita.

Selang beberapa lama, kau bantu hantar aku ke Puduraya. Waktu itu, kau yang perlu hantar aku pun bukan dengan sengaja. Kita dalam kelas bukan serapat mana. Aku minta tolong kawan kita, tapi dea minta tolong kau pula. Alasannya, kau orang Kuala Lumpur. Mungkin kau yang lebih tahu jalan menuju ke Puduraya. Aku? Siapa-siapa yang hantar aku pun tak apa. Yang penting, aku dapat pergi ke stesyen bas sebagaimana hari dan waktunya. Janggal. Aku ingat situasi kita berdua waktu tu agak janggal juga. Sebab kita baru kenal beberapa bulan cuma. Malah, kita tak serapat mana. Tapi kita cuba act macam biasa. Dan hari itu, kau temani aku hingga aku hilang dari pandangan mata.

Aku tak sangka, ada telinga yang mendengar. Ada mereka yang menilai. Aku sebenarnya kurang faham. Bukankah aku cuma minta bantuan? Aku tahu, ada yang salah faham. Tapi, tiada siapa-siapa yang minta penjelasan. Malah mungkin cuma nilai aku sebagaimana luaran. Lepas itu. Hari berganti hari. Minggu berganti minggu. Bulan berganti bulan. Kita tetap kawan macam biasa. Kau pun aku dapat khabar sudah milik seseorang. Aku juga tetap dengan aku punya dunia realiti dan khayalan. Antara kita, maseh tak ada kena-mengena. Tapi, sesekali ada juga kita lepak bersama. Bersama, tak semestinya berdua. Ada ramai lagi keliling kita. Kau kan milik dea. Itu yang aku dengar cerita.

2002

Tiba-tiba hati kau dikecewa. Kau cerita pada kami bertiga. Aku dengar saja. Padahal, baru hari itu kau cerita tentang dea. Sebelum ini, aku cuma dengar-dengar cerita. Datang dari mulut kau, tiba-tiba kau sudah dikecewa. Aku simpati juga, tapi simpati yang biasa-biasa. Sabarlah, mungkin bukan jodoh kau dengan dea. Kita pun teruskan lepak macam biasa. Mujurlah, aku tengok kau maseh ada gembira. Tapi aku tak tahu. Mungkin kau pandai sembunyikan rasa. Tak apa lah. Waktu tu, antara kita pun bukan siapa-siapa. Kita berempat cuma kawan lepak sekali-sekala. Jadi, aku tak tahu cerita kau sedalam-dalamnya. Dalam kau sedang bersedih, kita lepak je macam biasa, dengan yang laen juga.

Sampai satu hari, kau ajak aku lepak berdua. Jom teman aku makan, kau kata. Disebabkan malam tu aku tak ada buat apa-apa, aku setuju je. Walaupun aku rasa agak janggal juga. Biasanya, kalau kita lepak pun dengan kawan yang lagi dua. Tapi aku fikir, sekadar teman kau makan, apa salahnya? Dan detik itulah, kau mula luahkan rasa, dalam gurau senda. Aku? Tergamam pun ada. Dalam diam-diam, kau ada hati dengan aku rupanya. Lepas tu aku ketawa. Kau ni, kelakar juga. Tapi sebenarnya, hati aku, agak gembira. Entahlah, dalam diam-diam, rupanya kita menyimpan sedikit rasa. Padahal, selama ni kau lebih rapat dengan mereka berdua. Aku, macam tiada walaupun aku sebenarnya ada. 

Balek berjumpa, aku cerita pada dea, kawan kita. Dan balas dea, Aku cakap dengan kau, kau jangan marah aku ey Liyaa? Apa dea? Sebenarnya, aku dah tahu. Hah? Macam mana kau tahu? Dea dah beritahu aku lama. Masa tu kita orang deal nak beritahu siapa yang kita orang suka, tapi janji simpan rahsia. Then? Dea beritahu, aku suka Liyaa. Aku diam seketika. Kau ingat, ada satu hari kau datang kelas lewat? Masa kau datang, dalam diam-diam aku ejek-ejek dea. Nampak kau, terus muka dea ceria. Aku senyum. Kau ingat, balek daripada kelas tu aku ajak kau ambil gambar berdua? Yurp! Untuk apa? Itu sebenarnya dea yang minta. Dan malam tu, aku tersenyum juga sampai ke telinga.


**************


Namun, bukan semudah itu hati terbuka. Bukan semudah itu aku membalas rasa. Bukan semudah itu bermulanya sebuah cerita dan centa. Aku rasa, aku belum sedia untuk terima dea. Aku tak boleh kut untuk terima dea. Or aku belum boleh, mungkin. At least, bukan waktu itu. Suka tak semestinya centa kan? Senang tak semestinya boleh bersama kan? In fact, suka tak semestinya akan suka selama-lamanya kan? Mungkin suka itu sekadar suka-suka kan? Suka, tak semestinya perlu dibalas kan? Aku juga ada rasa suka, cuma... Lepas aku fikir dalam-dalam, aku beritahu dea. Aku ada minat someone. In fact, hati aku dah ada seseorang. Boleh tak kalau kita cuma kekal sekadar kawan? 


Malam itu, sudah lebih kurang sedekad yang lalu. Walau malam itu bukan permulaan sebuah cerita. Sekurang-kurangnya ia tetap sebuah memori yang pernah tercipta. Walau pada awalnya aku tak pernah terima. Cerita yang tak bermula, tak berakhir begitu saja. Walau kita pernah cuba dan pernah gagal di satu masa. Namun akhirnya kita diketemukan semula. Walau hati cuba menafi dan melawan rasa. Akhirnya aku akur jua. Tak guna aku asyik tutup mata. Sedangkan keikhlasan dan kejujuran kau aku dah tak perlu curiga. Lantas kita disatu saat kau lafaz Aku Terima Nikahnya. Selamat Anniversary yang KETIGA buat kita berdua. Semoga kau centakan aku sampai bila-bila. Moga-moga :D

 
Yeyyy! Dah Tiga Tahun Kawen! :))


Love & Sincere,

12 Nov 2012

Memori Teman Sepermainan Dahulu


Dear my Lovepediary,


Masa aku kecik-kecik dulu, lebih kurang umur aku 6 ke 7 tahun macam tu. Aku dan family pernah tinggal di kawasan Felda, area Gemas, Johor kalau tak silap. Aku rasa aku tinggal kat kawasan Felda ni macam tak lama mana, tapi daya ingatan aku menyimpan banyak sangat memori sewaktu aku tinggal kat situ. Antara yang aku ingat, jiran aku ada anak namanya Boboy dan Nini. Dua-dua tu lelaki yang umurnya mungkin lebih kurang tua setahun dua daripada aku. Mereka adalah antara kawan sepermainan aku dan kakak aku. Selaen itu, yang aku ingat ada Asim dan Kak Idah. Kak Idah adalah yang paling tua di kalangan kita orang. Umurnya mungkin 3 ke 4 ke 5 tahun lebih tua daripada aku. Asim aku tak ingat berapa umur dea. Err macam semua je aku tak ingat berapa umur dia orang. Yang penting, kami kawan sepermainan antara yang paling akrab.

Ada satu kenangan masa kita orang maen-maen waktu petang kat rumah aku dulu. Cerita ni pasal Asim. Asim ni orangnya agak gelap, macam India. Kalau sengih confirm nampak mata dengan gigi je. Masa tu mak aku tengah tidurkan adek aku yang paling kecik dalam buaian sambil tengok-tengok kita orang bermaen. Aku dah lupa apa kita orang maen waktu tu. Tiba-tiba, tanpa sengaja aku ternampak seluar pendek yang Asim pakai tu koyak pada bahagian punggung. Bayangkan, Asim tu dah la hitam, err maksud aku gelap. Agak ngeri weyh! Terkekeh-kekeh aku ketawa dengan Mak aku bila aku tunjuk seluar Asim yang koyak tu. Bila Mak aku kantoikan Asim suruh pergi balek rumah tukar seluar dulu, kesian gila Asim waktu tu. Malu gila kut dea. Semua kawan-kawan gelakkan dea berdekah-dekah. Sejak hari itu, aku gelarkan dea Asim Buntut Koyak. Kahkahkah!

Kenangan hari laen pulak. Kali ni kita orang maen-maen waktu petang bukan kat rumah aku, entah rumah siapa aku dah lupa. Masa maen-maen tu, salah seorang daripada kita orang kena balek rumah sekejap. Tiba-tiba datang idea Kak Idah untuk kenakan kawan tu. Eh, jom kita sembunyik jom! Nanti dea datang balek mesti dea carik-carik kita tak jumpa. Kita orang semua pun setuju je sebab Kak Idah kan yang paling tua. Okeyy! Kita sembunyik kat sini. Konfem dea tak dapat jumpa. Kak Idah kasi cadangan sambil buka tingkap bilek, yang mana bila dibuka, ada satu kawasan rata kat luar tu, berupa sebuah atap. Means, kalau tingkap tu ditutup, and member tu cari daripada dalam rumah, memang takkan dapat jumpa, sebab kita orang kat luar rumah, atas atap. Err masa tu rumah Felda rumah atas, rumah atas tiang. So, atap tu agak tinggi la jugak sebenarnya.

Lepas Kak Idah buka tingkap, terus Kak Idah panjat. Cepat weyh! Cepat! Berebut kita orang tunggu turn nak sama-sama sembunyi cepat-cepat. Masa tu fikir seronok je. Belum sempat kita orang panjat, tiba-tiba atap roboh dan Kak Idah jatuh. Kita orang tergamam gila tengok Kak Idah jatuh daripada atap yang tinggi tu, Kak Idah menjerit kesakitan. Rupanya, atap tu adalah atap porch motor. Naseb baek tak ada motor park kat porch tu masa tu. Kalau tak, confirm Kak Idah injured lebih teruk. Kita orang terus papah and hantar Kak Idah balek rumah. Jeritan dan raungan Kak Idah masa tu buatkan kita orang semua cuak gila. Resultnya, Kak Idah terlantar saket kat rumah untuk beberapa lama sebab kaki dea bengkak gila and tak boleh jalan. Insaf sekejap jugak lah kita orang masa tu, cuti kejap bermaen. Kejap je. Naseb baek parents Kak Idah ni baek gila, tak marah pun kat kita orang.



Sebenarnya, banyak lagi kenangan waktu nakal-nakal masa aku tinggal kat Felda dulu. Yang pasti, banyak yang seronok aku rasa walaupun masa tu lyfe kita orang susah, tak sesenang mana. Tapi macam yang aku bagitau tadi, aku tinggal kat situ tak berapa lama, macam tak sampai setahun rasanya. Dalam masa awal aku darjah satu tu jugak kita orang dah pindah rumah, tak lagi tinggal kat Felda. Lepas daripada tu, aku lost contact dengan semua teman sepermainan kat situ. Sampai sekarang aku tak tahu kat mana teman-teman sepermainan aku semua tu tinggal. Kecuali Kak Idah, latest pernah jumpa semula masa dea datang tyme kakak aku nak nikah dulu. Tu pun dah ada dalam lapan tahun lepas rasanya. Lagipun lepas pindah tu dengan parents Kak Idah je rasanya parents aku maseh tanya khabar sekali sekala. Yang laen-laen memang tak ada.

Aku expect, semua teman-teman sepermainan aku tu maybe semuanya dah kawen, mungkin dah beranak pinak agaknya. Kalau selisih kat mana-mana pun, aku rasa aku takkan kenal mereka. Muka dia orang masa kecik-kecik dulu pun aku dah lupa. Muka Asim je maseh ada samar-samar terbayang depan mata. Kahkah! Kalau diberi pilihan, aku pun tak tahu aku teringin ke nak jumpa dia orang semula. Hmm tak rasanya. Sebab tempoh perkenalan kita orang pun sekejap cuma. Masa teman sepermainan dulu mungkin seronok, tapi kalau jumpa semula sekarang aku yakin mesti tak tahu nak berbual apa. Lagi-lagi aku yang pemalu ni :P Yurp! Aku tak rasa aku ada keinginan yang tinggi untuk jumpa dia orang semula. Tapi kalau betul pilihan tu ada, aku nak sangat tengok rakaman semula kenangan-kenangan kita orang waktu dulu. Serius aku rindu.

Kadang-kadang aku terfikir, macam mana lah dia orang sekarang agaknya? Maseh ingat ke dia orang tentang semua kenangan waktu tu? Still ingat ke sebagaimana aku sendiri yang tak pernah lagi lupa? Yang pasti, sampai sekarang aku macam belum pernah dapat lupa semua kenangan waktu tu. Antara kenangan terbaek yang pernah aku ada, kut. Mungkin tak akan pernah dapat luput, sampai bila-bila.   


People change. Feelings change. But memories don't.


Love & Sincere,
 

23 Sept 2012

Setahun


Dear my Lovepediary,

Tahun lepas. 23 September 2011. Serius. Walaupun itu bukanlah hari pertama aku mendengar perkataan blog. Tapi itulah hari pertama aku create blog aku sendiri. Dan hari itu jugalah hari pertama aku berjaya terbitkan sebuah entry aku sendiri. Dari kata-kata aku sendiri. Nekad niat untuk berkongsi.

My Colorful Secrets. Genap setahun usia. Bermula dengan tidak tahu apa-apa. Kini aku sudah tahu juga sedikit sebanyak selok beloknya. Bermula dengan entry PERTAMA yang aku cipta, sekarang entry yang ini menjadi entry ke 97 aku sudah terbitkan. Err belum 100 rupanya. Err err entry pertama tu ayat bangang je aku rasa. Bermula dengan blog ini langsung tiada pembaca, sekarang sudah ada jugalah apa adanya. Followers tak ramai mana. Sekarang ada juga dalam 296 kesemuanya. Tapi aku tak kesah, 296 pun kira ada apa? Kalau nak harapkan followers 4 angka, apa sangatlah yang ada dalam blog aku ni? So, tak layak rasanya. Siket pun tak apa, janji ada. Lagipun aku bukan ada masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 setahun untuk mengadap blog semata-mata. Banyak lagi kerja dan komitmen laen.

Sepanjang setahun ini, terima kaseh semua especially yang sudi berkawan. Tak lupa kepada yang sudi bertandang, yang sudi tambahkan diri mereka untuk jadi rakan blog ini, yang sudi masukkan blog ini ke dalam bloglist, yang sudi belek-belek apa yang ada dalam blog ni, yang sudi juga tinggalkan sepatah dua kata dalam mana-mana entry, yang sudi err err apa-apa sajalah. Especially kepada yang sudi membaca. Tak kesahlah satu entry ke, dua entry ke, tiga ke, empat ke, sepuluh ke, especially yang dah baca sekali lepas tu datang lagi, lagi dan lagi. Macam yang aku kata, apa sangatlah cerita aku dalam blog ni. Tapi kau orang yang baek-baek hati ni sudi juga untuk kasi support. Ohh, ya! Tak lupa kepada yang sudi juga bertanya Bila nak update? Mana entry baru? No matter atas sebab apa mereka bertanya, at least hendak juga mereka tanya.

Terima kaseh tak terhingga especially kepada mereka mereka ini


 Yang tak ada tu bukan aku lupa, next tyme ya? Tapi terima kaseh juga.
 
Blog ini maseh banyak kekurangannya. Entry cerita tentang ntahapapa. Tengoklah. Iklan pun tak ada. Apa tu kau orang panggil? Noob ya? Mohon tunjuk ajar daripada kamu kamu semua. So, sempena Anniversary blog ni yang ke Setahun, aku buka kotak komen untuk kau orang comment, complaint tentang apa-apa je. Err bukan biasanya macam tu jugak ke? Err so, komen je lah macam biasa. Yang dah baca nak diam-diam je pun tak apa. Apa tu kau orang panggil? Silent reader ya? Hmm sebenarnya aku nak cakap ni. Disamping terima kaseh, aku nak mintak maaf juga. Kalau sepanjang kita berkawan dalam alam maya ni ada yang terasa ke dengan komen/komplen aku. Atau yang termeluat dengan isi cerita aku. Sila tinggalkan komplen, usul, cadangan, kata-kata semangat jika ada, segala tunjuk ajar kalian di ruangan kotak komen di bawah ya?

Bye!


Love & Sincere,
 

29 Aug 2012

Demam Raya


Dear my Lovepediary,

Salam 10 Syawal. Ohh, baru 10 Syawal. So sempat lagi untuk aku wish Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Aku harap kalau aku tak sempat nak wish pun semua orang dah maafkan aku atas segala salah laku sama ada aku sengaja atau tak sengaja. Kepada yang aku sengaja bergurau kasar dengan kau orang, lepas tu dengan sengaja jugak kau orang maseh sudi maafkan aku, so terima kaseh ya! Mana-mana yang tak sengaja aku terumpat, tidak ditujukan kepada kawan-kawan blogger sebab rasanya belum ada lagi aku mengumpat kawan-kawan blogger, aku harap tuan punya diri yang dah aku umpat still sudi memaafkan dosa-dosa aku terhadap kalian.

Beberapa hari sebelum Raya, aku terima kad ucapan hari raya daripada seorang kawan blogger. Ucapan simple tapi aku tetap rasa special sebab dah lama tak terima kad raya ni. Err err rasanya last aku terima kad raya tahun 2006 kut. Itu pun kalau aku tak silap mengingat. So terima kaseh pada Chuu Muqhlis. Aku dah mintak maaf sebab tak sempat balas untuk tahun ni. Next year insyaallah. So untuk this year, aku balas kad raya kau via sms je ye Chuu. Mohon diterima :) Sehari sebelum Raya pulak, Payeh Kuced wish Selamat Hari Raya via sms. So terima kaseh jugak. Ucapan laen? Err baru 19 jam lepas Encik H wish Selamat Hari Raya kat wall FB. Pun terima kaseh.








Cerita Raya. Tahun ni aku beraya dengan keluarga sendiri, pulang kampung di Pontian, Johor dari raya pertama hingga raya ketiga. Raya ke 7 hingga 8 aku dan family ke A Famosa Water World, Melaka untuk mandi manda dan bermaen-maen dengan air. Seronok! Entah macam mana rancangan percutian ni boleh terancang pada awal raya, semasa orang laen maseh sebok menghayati hari raya. Maseh sebok berkunjung ke sini sana, maseh sebok memenuhi undangan rumah terbuka. Tapi yang penting keseronokan berkumpul semua anggota keluarga sementara semua sedang maseh bercuti. Bukan senang nak rancang jalan-jalan ni. Bukan boleh dirancang sehari dua.


Beraya dengan keluarga Husband je yang belum. Insyaallah minggu ni aku balek ke Ampang. Kalau sempat, boleh lah aku beraya rumah kawan-kawan yang tinggal sekitar KL and Selangor. Dapat beraya rumah kawan-kawan rapat aku kat sana jadilah. Biasanya aku ambil peluang ni untuk jumpa kawan-kawan baek aku yang jarang-jarang aku dapat jumpa walaupun selalu jugak aku balek ke sana. So, kepada sesiapa kat sana yang sudi nak jemput aku datang beraya ke, rumah terbuka ke, sila sertakan alamat dan peta ke rumah. Kepada yang nampak muka aku macam babyface dan maseh layak terima duet raya, nak sediakan duet raya pun aku sudi terima. Terima kaseh ^^

Aku tengah demam ni sebenarnya. Start hari ketiga raya lagi dah mula sore throat. Lepas itu diikuti batuk yang menggila, muntah-muntah, selesema, pening-pening lalat, panas dalam, demam lah tu kan? Demam-demam pun aku kuatkan juga untuk bersuka-suka dengan family ke A Famosa. Baru semalam aku dapat rehat sepenuhnya dan alhamdulillah dah beransur sehat. Cuma batuk-batuk manja je belum hilang. Ohh ya, aku lupa! Rumah kawan-kawan kat JB ni satu pun aku belum beraya, disebabkan aku kurang sehat ni lah. Err, alasan boleh diterima ke? Entahlah. Tahun ni macam tak ada feel nak beraya sangat. Aku rasa raya cuma tiga hari je. Err -__-

Err sebenarnya entry ni aku taep pada 28 August 2012 bersamaan 10 Syawal 1433H kira-kira jam 2pm tadi, err semalam. Tapi lepas selesai taep aku malas nak cari gambar-gambar mana untuk diupload. Bila aku sambung upload gambar dan lengkapkan mana-mana bahagian yang tak lengkap, tarikh dah bertukar jadi 29 August, 11 Syawal. Tapi aku malas nak ubah apa isi entry aku kat atas. Mohon maafkan sebab mood blogging aku pun baru bermula suam-suam kuku je ni. Er err okeyy. Entry tamat.


Love & Sincere,
 

11 Jul 2012

Kenangan Terindah?


Dear my Lovepediary,

Sabtu lepas, aku pergi satu kelas Make Up di Taman Merdeka, Johor Bahru yang diorganizekan oleh S Bridal. Disebabkan kelas tu free dan aku memang suka bab-bab make up and grooming ni, so aku dengan penuh excited bersetuju untuk join. Yang penting, free. Naseb baek minggu tu memang aku tak ada rancangan aktiviti ke mana-mana. Dalam kepala aku, aku dah gambarkan. Bestnya dapat belajar make up. Kena pakai cantek-cantek ni. Sebab lepas tu nanti mesti ada sesi amek-amek gambar. Sampai pada harinya, aku pun pergi bertiga dengan kakak aku dan adek aku.

Aku datang dengan gaya penuh feminin, budget dah vouge habes dah ni. Sampai Taman Merdeka, aku tengok ramai orang. Macam ada event laen kat situ. Nampak macam ada family day lebih kurang. Tapi kita orang abaikan je, terus nak menuju ke tempat sepatutnya. Sampai kat satu jambatan konkrit, tiba-tiba, sekelip mata aku jatuh tersungkur kat situ. Aku jatuh melutut dan lutut aku terseret siket ke depan. Entahlah, kejadian tu memang sekelip mata je dan tiba-tiba aku terus rasa saket and pedih kat lulut. Malu tak payah cakaplah. Tu lah, budget vouge sangat tadi kan? Err

 Konon-konon nak catwalk sangat masa tu. Namun akibatnya? -__-

Disebabkan Kenangan Terindah ni, aku teringat satu kenangan masa aku form 4 kalau tak silap. Masa tu, aku perlu mengambil dua buah bas setiap pagi untuk ke sekolah. Satu hari, sampai bus stop depan sekolah, aku dan beberapa schoolmate laen mula turun dari bas. Dan kebetulan waktu tu aku orang yang paling last turun. Tiba-tiba, baru satu kaki aku jejak tanah, dan satu kaki lagi maseh di tangga bas, bas dengan yakinnya nak teruskan perjalanan. So, dapat imagine kan apa yang berlaku? Confirm, aku jatuh kat situ. Terduduk, dengan kaki bersimpuh ala-ala ikan duyung lebih kurang.

Aku dengar penumpang dalam bas ada yang terjerit, serta-merta bas tu berhenti seketika. Schoolmate laen dan kawan-kawan aku yang sama-sama baru turun bas tadi aku nampak agak tercengang dan terkejut. Masa tu, sebenarnya aku tak rasa saket sangat kesan jatuh tu. Tapi aku malu gila! Masa tu ramai juga saksi kejadian. Selaen kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan aku sendiri, dalam bas tu penuh dengan budak-budak sekolah satu lagi yang sekolah mereka terletak di hadapan lagi daripada sekolah aku, tapi memang perlu naek bas yang sama. Agak jatuh saham waktu tu. Err

Lepas jatuh, terus je pose camni and buat muka raih simpati -__-

Disebabkan seramai itu saksi kejadian, aku yang sebenarnya tak sesaket mana akibat jatuh tu, bila nampak kawan-kawan yang sudah hendak ketawakan aku, terus aku berlakon saket. Aku pura-pura mengaduh dengan muka menahan saket dan minta simpati. So, kawan-kawan aku mula panik dan bantu aku. Schoolmate aku yang laen pun aku tengok tak jadi hendak gelakkan aku. So, aku anggap lakonan aku agak berjaya. Innocent gila muka aku masa tu, nak cover malu punya pasal. Cuma orang-orang dalam bas, aku tak tahu reaksi dia orang macam mana. Arghhh!

Tamat cerita zaman sekolah, berbalek kepada cerita asal. Kesan daripada aku jatuh tu, seluar yang aku pakai koyak di bahagian lutut. Mood aku seharian di kelas make up agak terganggu akibat menahan pedih kat lutut. Petang tu pergi ke Carboot Sale di Dataran Bandaraya pun, aku berjalan dengan kaki agak tempang. Naseb baek dah kawen, so tak kesah sangat. Err. Sampai sekarang kesan saket maseh ada sebenarnya. Walaupun luka tu dah kering, tapi sengal-sengalnya maseh ada. Yang pasti, bila solat, aku maseh belum boleh sujud dengan sempurna.

Masa first day jatuh tu, aku dengan confident nak solat duduk atas kerusi. Sebab cubaan pertama solat memang aku failed bila nak sujud and nak bangun berdiri semula. Saket kesan luka, juga saket sebab urat or sendi lutut yang dah lari agaknya. Tapi, Suami kata Mana boleh, sebab Liyaa maseh mampu berdiri. Ohh, ya? Sengal juga aku ni, aku fikir. Aku fikir semula, solat duduk tu untuk orang yang tak mampu berdiri kan? Err tapi memang tak boleh ke? Macam mana dengan orang yang luka bahagian lutut or saket bila hendak membengkokkan lutut macam aku?

Moralnya, ada dua. Pertama, bila-bila masa dan di mana-mana, tak payah nak budget vouge sangat ya. Aku sebenarnya tak budget vouge pun masa tu. Saje nak bagi pengajaran kat kau orang semua. Ceh. Err, sumpah! Cuma, perangai clumsy tu, memang aku. Kedua, lepas jatuh, sila lakonkan muka saket dan innocent walaupun kalian tak berasa saket untuk mendapat rasa simpati orang yang menonton. Itu pun kalau bernaseb baek. Kalau tak, tetap kena gelak juga. Kan? Ceh. Sebok-sebok nak nasehat orang. Padahal aku yang banyak kali dah alami Kenangan Terindah macam ni. -__-


Love & Sincere,
 

30 May 2012

Cerita Girlfriends

Dear my Lovepediary,

Beberapa hari lepas, aku menjadi seorang pendengar kepada masalah seorang kawan aku ni. Perempuan. Masalah berkaitan Cinta. Tapi aku bukan nak bercerita tentang masalah kawan aku ni kat sini. Cuma, aku teringat dengan kawan aku yang seorang lagi. Perempuan juga. So, watak dalam cerita ni, aku dan dua orang kawan perempuan. Dua orang kawan perempuan yang aku rapat masa zaman belajar yang dulu. Aku start close dengan dia orang masa start degree.

Walaupun dah lebih lima tahun aku tinggalkan zaman pengajian yang lama, sampai sekarang aku maseh close dengan dia orang. Sampai sekarang kita orang maseh update cerita to each other. Even dah tak boleh nak lepak selalu macam dulu, tapi kita orang still akan contact bila dah rindu. Seorang di Timur semenanjung, seorang di tengah-tengah, aku pula di Selatan. Tambahkan kekangan masa lagi, maseng-maseng sebok berkerjaya, memang susah nak set date untuk jumpa.

Kadang-kadang, aku pun pelik macam mana aku boleh mula close dengan dia orang dulu. Secara luarannya, dulu-dulu, banyak ketidaksamaan antara aku dengan dia orang. Dia orang berdua ada agak banyak persamaan dan keserasian. Senang cerita, banyak topik yang dia orang boleh bualkan bila lepak berdua, berbanding dengan aku. Walaupun tak banyak persamaan, berbeza personality secara luarannya dulu, dia orang tetap terima aku as kawan baek dia orang. So, terima kaseh, girlfriends.

Dia orang lebih feminin berbanding aku, waktu dulu. Kalau kita orang hang out bertiga, dia orang agak gorgeous. Aku? Comot gila. Dia orang keluar bawa handbag. Aku keluar dengan dia orang dengan sling bag. Dia orang keluar pakai compact powder, eye shadow, eyeliner, maskara, blusher. Aku keluar dengan dia orang pakai bedak johnson's baby je. Dia orang keluar pakai wedges, at least, mesti ada heels. Aku keluar dengan dia orang pakai kasut Converse je, atau Dr Cardin, atau Nike. Beza gila. Tapi tu dulu.

 Aku konon-konon yang paling kanan tu. 
Ehh, tapi tu macam yang paling comel je. Ehh?

Even aku comot pun, waktu tu aku mampu juga ada seorang boyfriend macam dia orang. Pasal boyfriend, aku tak ada bezanya dengan dia orang. Kita orang maseng-maseng jiwa rapuh, hati tisu. So, kita orang selalu saling bertukar pandangan pasal masalah Cinta ni kalau ada. Cuma bezanya, boyfriend aku teman sekampus je. Kenal pun bermula sebagai classmate. Bercinta pun berbahasa 'Aku, Kau' je. Masa dating, kita orang naek 125z milik boyfriend aku masa tu. Kawan-kawan aku, dating naek kereta. Boyfriend pun maseng-maseng dah kerja. Dulu.

Sampaikan, masa tahun akhir pengajian aku dulu, aku putus Cinta. Aku break up dengan boyfriend aku. Aku yang cipta punca. Kawan-kawan aku ni lah tempat aku mengadu. Waktu tu, kat sana, aku dah tak ada siapa-siapa, kecuali kawan-kawan aku dua orang ni je. Walaupun aku yang create punca, tapi putus cinta tetap putus cinta. Tetap ada saketnya. In fact, mengecewakan tu lebih saket daripada dikecewakan okey. Err. Tiba-tiba. And bila aku jealous ex-boyfriend macam dah mula bagi attention pada perempuan laen, kawan-kawan aku ni lah yang cuba kuatkan aku.

Akhirnya. Sekarang, aku yang dah settle down dulu, dah ada pasangan hidup. Kawan-kawan aku, dia orang maseh single. Yang seorang dah break off pun dengan boyfriend masa belajar dulu tu. And terjebak dengan macam-macam jenis hubungan Cinta yang aku agak tak setuju. Yang seorang, maseh bercinta dengan boyfriend lama. Rancangannya nak settle down next year. Tapi banyak juga dugaan-dugaan yang menguji relationship dia orang. Ironinya, dua-dua kawan aku ni maseh blur dengan masa depan dia orang, dengan siapa dia orang akan hidup bersama.


So, aku cuma berharap kawan-kawan aku dua orang ni cepat-cepatlah jumpa jodoh. Cepat-cepatlah settle down. Aku tahu dia orang pun tak sabar nak settle down, tapi jodoh belum sampai. Nak buat macam mana kan? Cuma, aku sedih bila dengar masalah-masalah Cinta kawan-kawan aku ni. And aku tak sabar nak kenal siapa orangnya yang akan hidup bersama dengan kawan-kawan aku ni. Aku harap berbaloilah orangnya. Aku harap cepat-cepatlah dia orang jumpa dengan orang yang dah dicreate untuk dia orang oleh yang di atas sana. Aku nak dia orang bahagia.

By the way. Lepas aku tamat belajar yang dulu, aku balek JB. Pulang ke pangkuan family. Aku teruskan hidup normal aku kat sini, cari makan kat sini. Zaman belajar masa tu, dah tamat. So, cuma perlu fokus cari rezeki. Kenangan kat kampus, tinggal kenangan. Aku teruskan hidup kat sini. Lama. Sampai luka putus Cinta yang dulu tu pun dah hilang. But then, at the end, aku kawen juga dengan ex-boyfriend aku yang konon-konon aku putus tu. Penat je aku lari jauh-jauh membawa hati luka dulu. Lari jauh-jauh, pacu laju-laju. Err. Tiba-tiba. Macam salah lirik je.


Love & Sincere,
 

26 May 2012

Teman Waktu Kecil

Dear my Lovepediary,

Masa Tadika dulu, aku selalu kena buli dengan seorang budak lelaki yang duduk sebelah aku. Aku dah lupa macam mana dea buli aku. Cuma yang aku ingat, dea selalu pressure aku sampai aku rasa takut dan tak selesa nak pergi sekolah. Aku pulak dulu type pendiam. Sangat pendiam. Orang kena buli selalu memang agak pendiam kan? Sebab dea hilang keyakinan diri bila selalu kena buli. Takpun, sebab dea kurang keyakinan diri, sebab tu selalu kena buli. Entah yang mana satu.

Aku pulak bukan type friendly dan pandai berkawan. So, perasaan pressure dan down aku pendam je seorang. Kalau kau orang tanya aku. Aku memang tak ingat langsung seorang pun kawan aku masa Tadika. Kebetulan, kawan aku masa Tadika memang aku kenal masa Tadika je. Means, lepas Tadika, aku sekolah rendah tempat laen, bukan area situ. So, memang friendship masa Tadika habes kat situ je. Serasa aku, aku tak ada memori yang manes masa zaman Tadika macam orang laen. 

Sebab hari-hari dibuli, maken lama aku maken down. Sampai satu hari aku taknak pergi sekolah sebab taknak kena buli lagi. Dulu aku pergi sekolah Tadika naek kereta dengan beberapa kawan Tadika yang laen. Function kereta tu macam bas sekolah. Sampai je sekolah, macam biasa kawan-kawan aku berlari turun daripada kereta untuk masuk sekolah. Aku duduk diam-diam je dalam kereta taknak turun. Aku takut if kena buli lagi. Memang tiap-tiap hari akan kena buli pun. Konfem.

 Konon-Konon Lukisan Aku Masa Tadika. 
Padahal Lukisan Aku Sekarang. Daa!

Cekgu pujuk-pujuk aku supaya aku turun daripada kereta. Aku taknak. Cekgu pujuk lagi. Aku menanges. Bila cekgu terpaksa memaksa aku, lagilah aku menanges, meraung taknak jugak pergi sekolah. Aku ingat masa tu aku menanges menjerit-jerit. Kuat cekgu tu tarek tangan aku, tapi kuat jugak tangan aku pegang seat kereta menandakan aku tetap taknak turun. Dah lama pujuk and paksa, aku taknak jugak, then cekgu aku terpaksa lepaskan aku. So, Pakcik driver kereta tu hantar aku balek semula ke rumah. 

Sampai rumah, parents aku pelik kenapa aku balek rumah semula. Mungkin Pakcik driver tu explain kejadian kat sekolah pada parents aku. Lepas tu yang aku ingat, ayah aku bawak aku pergi sekolah semula naek motor. Tak ada siapa yang tahu sebab sebenar kenapa aku taknak pergi sekolah. Aku memang tak pernah cerita pada siapa-siapa tentang aku dibuli. Aku rasa, mesti dia orang assume aku ni cuma sampai simptom malas nak pergi sekolah je. Biasalah. Budak-budak kan sometyme malas nak pergi sekolah.

Sampai sekolah, ayah and cekgu aku bincang apa-apa yang patut tentang aku. Lepas tu dia orang tanya apa sebenarnya yang tak kena menyebabkan aku taknak pergi sekolah. Then aku cerita, yang sebenarnya aku tak tahan asyik kena buli dengan seorang budak lelaki ni. Cekgu suruh aku tunjuk mana satu budaknya yang buli aku tu. Aku tunjuk daripada jauh. Masa nak tunjuk tu pun aku takut-takut. Serius, aku taknak mengadap dea lagi. Serius, aku memang pressure jadi mangsa buli dea.

Then, itulah hari terakhir aku bersekolah Tadika. Aku terus berhenti daripada bersekolah masa tu. So, kalau kau orang tanya aku. Aku memang tak ada banyak kenangan best-best masa Tadika. Sedikit ada lah aku ingat. Cekgu suruh duduk buat bulatan, then maen tanah liat. Lepas tu, ada satu sesi laen, kita orang boleh maen macam-macam permainan yang disediakan dalam bilek permainan. Err itu je ke memori aku? Ada satu lagi, tapi memori memalukan. So, lupakanlah.

Tapi keseronokan tu semua automatik terpadam disebabkan rasa down aku kena buli. Sebab tu bila aku ingat-ingat sekarang, aku tak rasa pun waktu Tadika aku tu seronok. Sebab aku pasif, pendiam, tak comel, tak ada kawan, kena buli. Apa yang seronoknya? Budak lelaki tu, aku tak tahulah sekarang dea kat mana, dea macam mana, dea jadi apa. Entah jahat, entah baek, entah maseh kaki buli. Aku rasa if aku jumpa dea sekarang pun aku memang takkan kenal.

Itulah permulaan aku kenal apa itu buli dan aku benci rasanya bagaimana. Bila kenang Tadika, itu je yang aku ingat. Cerita kau orang bagaimana?


Love & Sincere,
 

19 May 2012

Speak And Deliver

Dear my Lovepediary,

Terasa agak lama tak click ke perkataan New Post. Seminggu yang lepas, aku memang agak busy dengan study lyfe je. Aku sebok prepare untuk 3 group presentation. Dua dah lepas. Tinggal satu je lagi. Cakap pasal presentation ni, so semestinya relate dengan public speaking skills. Dah la public speaking, cakap depan orang ramai, kena berbahasa London pulak tu. Berbahasa London, bak kata Kay Are. Kena bercakap ala-ala lecturer la lebih kurang. Ehem.

Cakap pasal speaking skills berbahasa London ni. Last month aku ada join satu course untuk improve Bahasa Inggeris aku. Actually, ada tiga level kesemuanya untuk completekan course tu. Tapi disebabkan aku student sepenuh masa, duet belanja pun ditanggung oleh Suami. So, aku cuma hadiri dua level je. Satu level lagi, yang khususnya untuk public speaking, aku terpaksa lupakan. Tapi aku rasa dua level yang aku dah hadiri tu pun banyak gila membantu. Refresh tentang basic-basic untuk berbahasa Inggeris, serta bagi motivation secukupnya untuk menaekkan confidence level kita untuk berspeaking London ni.

Stop Learning, Start Practising.

Eventhough aku tak dapat hadiri level ketiga tu, dalam level satu and level dua still ada aktiviti untuk improve speaking skills juga. Ada aktiviti conversation antara dua orang, buat forum, dan juga debate, iaitu perdebatan atau perbahasan. Aku memang cuak bila setiap kali ada aktiviti melibatkan percakapan ni. Memang cuak gila. Tapi disebabkan semua yang join course tu pun semua sama level je macam aku, so kita orang redah je la dengan English kita orang yang broken gila. Lagi broken English, lagi bagus. Hiburan untuk yang laen-laen.

Masa hari terakhir level kedua, masa tu lah kita orang ada aktiviti debate. Cuak gila. Pada aku, debate lagi susah daripada aktiviti perbualan atau forum. Tapi nak taknak, buat jugalah. Kita orang pun goreng je lah apa yang patut mengikut topik yang dah diberi. Seronok masa tu, sebab maseng-maseng enjoy berdebat walaupun English tunggang langgang. Tapi macam yang aku jangka, aku yang paling terkedu tak pandai nak interrupt atau dengan kata laen potong line orang untuk bercakap. Orang laen banyak interrupt, aku je cuma sampaikan point-point yang aku dah karang.

At the end, group aku bagi kepercayaan pada aku untuk conclude semua point untuk group kita orang. Naseb baek aku memang dah ada point-point bernas yang sebenarnya aku nak interrupt masa pihak lawan cakap, tapi aku tak ada kekuatan untuk interrupt. Bagus jugak lah. Semua point tu aku gunakan untuk conclude hujah-hujah daripada group aku sebagai pembangkang untuk lawan hujah group pencadang. Dengar macam gempak. Padahal ntahapapa je yang kita orang hujahkan dengan English tunggang langgang tu. And finally, group aku sebagai pembangkang diumumkan sebagai pemenang. Terer tak? Terer kan?

Lepas tu, cekgu English tu tanya siapa agaknya yang boleh diawardkan sebagai The Best Debater untuk hari tu. Unexpectedly, dia orang cakap aku lah The Best Debater untuk hari tu. Aku pendebat terbaek? Agak miracle. Aku bangga dalam blur. Dengan English tunggang langgang aku tu layak juga aku diawardkan sebagai The Best Debater. Padahal aku siap kena sound, guna perkataan yang tak wujud dalam kamus. Err. Malu jugak masa tu. Suka-suka aku je create perkataan baru. Cekgu English aku siap suruh aku cadangkan perkataan tu masuk dalam Oxford Dictionary. Adeh.

Toastmasters Club

Panjang dah aku cerita. Sebenarnya, aku nak tanya. Kau orang pernah dengar pasal Toastmasters Club? Aku pun tak berapa tahu. Tapi, beberapa minggu lepas lecturer aku ada beritahu pasal Club ni. Tujuannya untuk kita improve public speaking skills jugak lah. Rupanya Toastmasters Club ni ada kat banyak tempat jugak. Kat tempat kau orang pun mesti ada. Try google. Macam aku, mungkin aku boleh join Toastmasters Club Johor Bahru, ataupun dalam kampus aku pun ada jugak.

Kalau kau orang tahu, boleh share info dengan aku? Atau kau orang ada tips untuk improve public speaking skills pun boleh share jugak. Serious. Aku nervous gila bila nak cakap depan public, especially dengan berbahasa London. Aku dengar pasal Toastmasters Club tu, macam berminat. Dea akan suruh kita practise bercakap untuk improvekan public speaking skills. Itu je la yang aku tahu. Aku nak tahu lebih details kalau boleh. Tapi, English aku maseh hancur. Macam mana?


Love & Sincere,
 

26 Apr 2012

Tujuh Bulan

Dear my Lovepediary, 

Serius otak aku kosong untuk update cerita dalam Lovepediary. Aku ada cerita yang aku dah simpan tajuknya dalam draft, tapi aku rasa tak mampu nak habeskan menulis. Kelajuan putaran otak aku berfikir untuk menulis maken perlahan dan perlahan. Sedangkan jurnal assignment pun tak siap-siap, blog ni pulak yang aku kesahkan.

Aku kelik entry aku masa mula-mula menulis di sini dulu, 23 September 2011. Belum lama kan? Serious, memang masa tu lah first tyme aku berblogging. Gila mundur. Aku kenal apa itu blog pun tak lama je sebelum tu, early 2008. Masa tu aku syok tengok colleague aku ada blog. Masa tu dea upload and update entry tentang satu music video yang aku jumpa dalam youtube and dea suka lagu tu. Tyme tu kita orang sama-sama kongsi minat cari lagu-lagu best tapi tak famous dalam radio. 

Then dea masukkan dalam blog dea. Siap kredit untuk aku, dea tulis my colleague found this. Itu je la, tak adalah sampai tulis nama aku kat situ. Aku tak ingatlah apa lagi dea cerita pasal music video tu. Masa tu lah first tyme aku baca sebuah blog yang mana sebelum tu aku pernah dengar je perkataan blog tak tahu blog tu macam mana.

Then, bila dah kenal apa itu blog, bila dah baca blog member aku tu, aku pun jadi terdetik nak create blog. Hampir-hampir buat, tapi lepas tu aku kuburkan niat aku macam tu je. Ntah. Tiba-tiba aku terus lupakan keinginan aku tu. Tapi aku rasa tak apa aku tak ada blog masa tu. Waktu tu umur aku lebih kurang 25 tahun. Kalau aku create blog, aku tak tahu cerita mentah apa yang aku nak share dalam blog ni. Konfem poyo gila. Sebab aku ni spesis lambat matang. Lagipun, aku pernah cerita kan, komitmen aku terlalu tinggi terhadap kerja. Mana ada masa dengan blog. Serius.

Back to 23 September 2011. Masa ni bulan ke enam kali kedua aku menganggur, belum dapat kerja baru. Dua kali aku pernah menganggur dalam lyfe aku.  Mungkin aku dah terlalu lama habeskan masa kat rumah tanpa buat apa-apa, then terdetiklah nak create blog. Plus, mungkin juga terlalu banyak perkara yang aku pendam, sampai dah tak terluah pada siapa-siapa. 

Then terciptalah blog ni yang pada awalnya memang aku tak expect langsung pun akan ada orang baca. Aku cuma menulis syok-syok sendiri, just anggap macam ada pembaca. Lama-lama, barulah aku tahu sedikit demi sedikit etika and terms dalam dunia blogging ni.

Dulu, aku tak pernah kesah apa yang aku hendak tulis dalam blog ni. Tapi bila dah ada pengunjung, dah ada pembaca, dah ada pengulas cerita-cerita aku, aku jadi malu sendiri. And aku rasa bersalah bila apa yang aku tulis tu tak membantu menjana minda langsung. Lebih malu lagi bila pembaca blog ni aku dah anggap macam kawan aku sendiri. Tapi, aku tak boleh nak buat apa. Kebolehan menulis setiap orang kan tak sama.

Now, after tujuh bulan, aku dah rasa maken seronok berblogging sebab dapat ramai kawan baru.  Kawan yang entah daripada mana-mana, tapi aku rasa macam kawan aku dari dunia nyata.  Kawan yang setia membaca dan mengulas apa yang aku tulis walaupun apa yang aku tulis tu tak ada relate langsung dengan hidup dia orang, or hidup kau orang.

Sampai ada sekali dua kawan bertanyakan update cerita aku.  Bila nak update? Or some sort of soalan yang macam tu. Dalam hati, ada juga orang nantikan penulisan aku seterusnya. Perasan sendiri. Padahal member tu dah bosan mengadap cerita yang sama. Daaa!

Walaupun apa yang aku tulis tu tetap langsung tak menjana minda. Asyik bercerita tentang hidup aku, hidup aku, dan hidup aku. Sangat sangat membosankan. Sampai aku dah malu sendiri nak cerita tentang kesedihan dalam blog ni. Macamlah ada orang nak peduli sangat.

So, sempena bulan ke tujuh aku berblogging ni, aku rasa tak ada ruginya if aku nak ucap terima kaseh pada kawan-kawan aku dalam dunia blog ni. Kenapa bulan ke tujuh? Sebab aku suka nombor tujuh. Aku lahir tujuh haribulan. Plus, sebab kebetulan otak aku kosong mahu update apa untuk entry kali ni.

So, kawan-kawan. Aku harap perkawanan kita ni lebih banyak menjurus ke arah positif. Biarlah kau orang cuma kawan aku untuk ketawa je pun. Itu lebih baek daripada aku sampai ke tahap aku bahagia ketawa seorang. Aku mahu kawan, bukan lawan. Terima kaseh sebab tolong mewarna-warnikan blog aku ni.


Love & Sincere,
 

13 Apr 2012

Aku Bila Lagi?

Dear my Lovepediary,

Situation 1:

(Sms Conversation on Date 05th April 2012)

(Received from Mak)
Mak: Mak bulan 11 ni timang cucu Tengku.

(Replied to Mak)
Aku: Ya Allah! Bestnya! Habeslah camne Diya ni? Haha.

(Send to Iza)
Aku: Congrats! :P

(Received from Mak)
Mak: Jangan tanya Iza dulu tau. Takut mak.

(Replied to Mak)
Aku: Alamak dah msg dah. Camne?

(Received from Iza)
Iza: Congrats apa?

(Replied to Iza)
Aku: Err salah msg. Hehe.

(Received from Mak)
Mak: Tarek balek tak bleh?

(Replied to Mak)
Aku: Mak ni, takut apa? Diya dah cakap Diya salah msg Iza tadi. Haha.

(Received from Iza)
Iza: Laa. Haha.Okey2.

                                                  ------------------------------

Situation 2:

(Sms Conversation on Date 07th April 2012)

(Received from Iza)
Iza: Diya katne? Malam ni gi mana2 tak?

(Replied to Iza)
Aku: Dalam kelas. Malam ni cam free. Nape?

(Received from Iza)
Iza: Ingat nak belanja semua makan kat depan Angsana tu. Kalau takde pape jom
        la kol 800 ke.

(Replied to Iza)
Aku: Depan Angsana tu katne? Restoran apa? Ni sempena apa ni? Hehe.

(Received from Iza)
Iza: Kat Restoran Remaja Classic. Bertentang dengan bangunan Telekom. Ni
       sempena hari tu dapat bonus. Hehe.

(Replied to Iza)
Aku: Owh. Restoran Remaja tu tau la. Okeyy2! Meet u there! :D

                                               ------------------------------

Kesimpulan situasi 1, Iza dah preggy. Kesimpulan situasi 2, Iza cuba berkongsi kegembiraan sebab dah preggy, tapi maseh belum bersedia mengaku yang dirinya sudah berbadan dua. 

Adek aku, Iza bernikah pada 31st December 2011.  Iza kerja office hour, hubby nya pula kerja 11pm-7am. Kiranya marriage lyfe mereka ni sekadar Touch & Go je lah. Pagi kadang jumpa kadang tak. Petang hingga malam ade la jumpa paling lama dalam 3-4 jam mungkin.

Pagi, hubby balek kerja, Iza pula dah sampai masa kena pergi kerja. Malam, tolak dinner tolak itu ini, sempatlah curi-curi masa siket dia orang bermesra. Then around 10pm Suami pula dah kena bertolak pergi kerja. Mak aku punyalah risau and kesian. 

But now, after lebih kurang 3 bulan setengah mereka bernikah, she's preggy, walaupun sampai sekarang dea belum mahu bercerita dengan aku. Touch & Go pun kalau dah namanya rezeki tetap ia datang. So, aku bila lagi? Maseh menjadi persoalan. Kahwen dah lebih kurang 2 tahun 4 bulan. Err. Aku cool-cool je ni.


 Love & Sincere,
 

24 Mar 2012

Pandai Tidak Pandai, Dulu Sekarang

Dear my Lovepediary,

Nowadays, aku realize bebudak sekarang maken pandai-pandai okeyy. Setakat straight A dalam SPM tu macam dah common je. Bangga still bangga, tapi tak sama bangganya compare masa zaman aku dulu. SPM 2000. Ohh, dah 12 tahun rupanya.

Zaman sekarang, it's a common thing if ramai yang memang target straight A for SPM. Dapat capai atau tidak, itu belakang kira. Aku rasa zaman aku dulu, mostly target mahu capai seberapa banyak A yang boleh or mampu sahaja. Aku rasalah. Mungkin sebab surrounding aku pun bukannya pandai gila serta genius macam bebudak sekarang. Serius, jeles betul.

Dulu, aku cuma dapat 2A je masa SPM. Fizik & Lukisan Kejuruteraan tak kredit. Aku dah lupa perasaan aku masa tu. Bangga dengan 2A tidak juga, sangat kecewa dengan 2 subjects tak kredit juga tidak. Aku rasa mungkin aku cuma rasa lega. Fuhh! Ada juga subject yang aku mampu dapat A. And tak ada subject yang gagal. Itu dah cukup. Dah bersyukur sangat dah.

Err kecewa jugalah siket yang subjects tak kredit tu. Tapi aku memang target tak failed je subject tu. So tak kecewa sangat. 2A of course tak boleh nak bangga gila. Cuma bangga dengan diri sendiri je berjaya tempuhi zaman persekolahan hingga titik akhir. Mungkin itu je apa yang aku rasa. Level ingatan aku sekarang dah maken merosot sebenarnya. So, aku pun dah lupa semuanya. Err

Zaman aku, if dapat 5A dalam SPM pun pada aku dah pandai gila dah. Err 4A aku rasa dah kira pandai dah sebenarnya. If dapat lebih 5A, lagilah pada aku dah kategori sangat pandai. Terror seh! Zaman sekarang, aku dah jarang dengar result 5A ke bawah. Biasa dengar 7 or 8 or straight A terus. Gila pandai seh!

Zaman aku, aku rasa aku macam tak target pun berapa A aku boleh dapat. Tapi aku cuma target kalau boleh jangan ada subject yang fail. Itu je. Selebihnya, harap result agak cantek untuk dibaca tu pun sudah cukup. Aku tak tahu kawan-kawan aku. Aku tak tahu orang laen. Mungkin aku je yang under estimate diri sendiri, aku tak tahu. Tapi aku rasa kawan-kawan terdekat aku samalah target macam aku juga.

Zaman aku dulu, level macam aku ni berjaya jugalah maintain kedudukan di kelas 1-2 terhadapan. Tapi sekolah biasa je lah, tak ramai persaingan pun. Sebab tu boleh. Tapi if aku sama-sama bersaing dengan bebudak zaman sekarang, aku rasa aku mungkin akan berada di 2-3 kelas terbelakang agaknya. Sedihnya.

Yes. Aku tahu still ada result yang biasa-biasa macam aku zaman sekarang. And still ada result yang kurang menyerlah, kurang flying colors orang kata. Tapi serius aku dah jarang dengar. Or mungkin dulu aku yang kurang update and kurang alert memang kat Malaysia ni  ramai yang pandai-pandai? Yes, dulu memang ada yang pandai. Tapi tak berduyun-duyun macam sekarang. Aku yakin.

Or mungkin sebab empunya result yang biasa-biasa just duduk diam-diam? Bila yang gempak je yang update, yang tak gempak pulak langsung tak nampak. Dari situlah datang kesimpulan aku bebudak zaman sekarang pandai-pandai.

Sekarang perhubungan dunia maya pun dah maken maju. So, ramai yang update SPM result dalam dunia maya juga. Especially yang dapat result best-best lah. Tak salah pun bangga. If aku dapat result gempak-gempak gila camtu pun ntah-ntah aku pun mahu canang satu dunia. Gembira punya pasal.

Tapi masalahnya result aku dulu biasa-biasa je. Tyme tu pun cuma kemaruk chatting dalam MIRC je. If ada sorang dua yang tanya pun, camne result SPM? Aku cuma jawab, bolehlah. Itu pun if betul ada situasi macam ni. Aku pun dah lupa ada ke orang tanya result aku tyme tu. Rasa macam takde.

Dengan berbekalkan result aku yang biasa-biasa tu aku dapat juga tempat di UiTM, course Civil Engineering. Alhamdulillah. Zaman sekarang aku rasa if result cuma macam aku macam susah je nak masuk IPTA. Course Civil Engineering zaman sekarang, aku rasa agaknya 6A wajib ada dalam tangan. Or mungkin lebih. Aku tak tahu. Aku cuma berkira-kira sendiri.

Sometimes straight A pun ada yang tak dapat tempat di IPTA. Kesian pun ada. Tapi itulah dinamakan persaingan, juga cabaran. Err sebab ramai yang pandai-pandai menjadikan banyak persaingan ke, atau sebab banyak persaingan menjadikan mereka bersaeng untuk jadi pandai secara beramai-ramai? Err

Itu belum bercakap tentang bebudak comel-comel yang belum tadika pun dah bijaksana, petah berkata-kata. Kadang-kadang boleh cakap style orang dewasa. Batch aku dulu waktu umur sebegitu belum tahu apa-apa. Hingusan je. Mungkin ada jugalah yang bijak, tapi boleh dikira. Bukan macam sekarang. Aku rasa rata-ratanya bijak. Memang jauh bezalah.

Aku tertanya-tanya sendiri. Kenapa ya? Err


Love & Sincere,

28 Feb 2012

Cobalah. Rindu Laguan Dulu

Dear my Lovepediary,

Last Sunday, lepas bosan-bosan round Jusco Tebrau, mulalah pergi asah bakat di Suara OK, Danga Bay untuk release tensi. Suddenly terjumpa lagu Cobalah by Seventeen. Ingat mahu nyanyi tapi music start suara langsung tak keluar. Rupanya bila aku ingat-ingat, aku memang tak tahu pun lagu ni. 

Ingat-ingat semula, dulu waktu zaman gadis. Errr. Zaman study di UiTM, zaman lepak-lepak dengan girlfriends di Computer Lab bila tak ada kelas. Aku google wording Cobalah by Shaden, then masa tu lah terjumpa wording Cobalah by Seventeen. Baca dan baca, terus jatuh hati dengan wordingnya. Sepantas itu juga aku terus taip sms wording tersebut, immediately send kepada boyfriend. Zaman bercinta. Hah!

Cobalah untuk menduakan aku
Dan kau kan rasakan setianya diriku
Cobalah untuk mendustai aku
Dan kau kan mengerti kejujuran hatiku
Dan bila nanti kau pun tahu
Ku bukan terbaik untukmu
Lepaskan aku
Lupakan aku
Dan jangan pernah engkau ragu


Dan jika esok kau pun tahu
Aku yang terbaik untukmu
Cintai aku
Sayangi aku
Seperti ku menyayangimu

Cobalah untuk meragukan aku
Dan kau kan pahami ketulusan cintaku
Cobalah untuk menjauhi aku
Dan kau kan resapi
Kau dekat di hatiku


Baru tadi aku cuba mahu dengar lagu ni. Cari-cari dalam youtube. Mana tahu nanti bila-bila boleh asah bakat lagi. Errr. Lagunya tak seindah wordingnya. Serentak itu, terus terindu untuk mendengar Cobalah - Shaden.

Seandainya aku bisa
Memberikan yang kau mau
Apa mungkin cinta itu
Kan menjadi milikku saja
Apa mungkin 
Seandainya ku berubah
Seperti yang kau harapkan
Apa mungkin takkan ada
Persoalan yang terjadi
Apa mungkin


Cobalah menerima baik atau buruknya diriku
Mampukah kau menahan di saat aku sedang jatuh
Cobalah, cobalah lihat aku
Lebih dari semua ini

Bisa saja ku biarkan
Kau tak tahu tentang aku

Tapi pasti menyakitkan
Karena ini bukan aku
Bukan aku


(Aku cari Vid Cobalah - Shaden. Tak jumpa. Serious dah lama tak dengar Shaden). Seriously. Rindu musik dan lagu-laguan sewaktu zaman gadis. Hah!


Love & Sincere,

26 Jan 2012

Love Chasing. Daaaaaaa !

Dear my Lovepediary,



Marriage is not only the beginning of a relationship but also the end of a life
long search for the other half of your soul. ♥

Source: Facebook Sis Ain

Beautiful ♥

Love & Sincere,

14 Jan 2012