30 Sep 2013

Jurujual Yang Period


Kehadapan akak jurujual yang period. 


Akak, akak faham tak peranan seorang jurujual sebenarnya? Saya masuk kedai, akak pandang sebelah mata. Bila saya tanya, akak jawab acuh tak acuh saja. Tak concern langsung dengan kehendak customer, iaitu saya. Akak tak peduli pun apa information yang patut saya terima. Akak jawab malas-malas. Jawab cuma sepatah dua. Itu pun tanpa pandang muka saya. Expect macam saya tahu semua benda. Akak yang jurujual atau pun saya? Akak perlekeh setiap soalan saya. Sampai ada soalan saya yang terbiar macam tu je. Akak kenapa? Salah orang ke saya bertanya? Salah tempat? Salah masa? Salah cara? Meh cite. Akak tau tak action akak tu annoying gila?

Tapi, tak apa. Saya terima je layanan akak apa adanya. Saya macam nak terus confirm beli je. "Em. Kalau saya beli pakej ni, saya dapat apa?" "Dapat dotdotdot lah".  Itu pun nak tanya? Agaknya itulah yang akak rasa nak lontarkan pada saya, agaknya. "Bukan. Sebab saya tanya kat kedai AAA tadi. Dia orang kata, beli ni, dapat ni je, takde dapat free gift apa-apa. Laen cawangan, laen promotion ke? Konfem dapat dotdotdot ni?" "Konfemlah. Biasa kita memang bagi camtu". Jawab akak malas-malas, dengan muka kerek gila, tanpa pandang pada saya. Senyum? Mimpilah untuk saya terima. Terima kaseh akak clearkan pada saya. Tapi tadi tu, salah ke saya bertanya?

Banyak lagi kalau saya nak cerita. Soalan yang saya tanya semuanya akak terima macam tak kena. As if saya tak ada hak untuk bertanya. As if saya tak perlu tanya too detail pasal barang yang saya nak beli, terus je setuju-bayar-terima. As if saya ni bukan customer. As if kedai akak tak terima customer yang macam saya. Tapi tak apa. Saya terima lagi layanan akak apa adanya. Saya confirm beli, saya booking je. Dua hari sesudah, akak call saya. Dah boleh collect barang yang saya order. Tapi approach akak, tetap sama. Still very the annoying gila. Macamlah kewujudan dan kedatangan saya tempoh hari menyusahkan akak je. Eh, saya beli barang kedai akak, apa?

Lokasi kedai yang berkenaan

Resit pembookingan barang yang berkenaan

Bukan jurujual yang berkenaan :P
Gambar hiasan. *geram*

Sampai nak deliver barang pun, akak still memperlekehkan saya. Dah lah akak nak tak nak je layan saya. Akak jurujual, saya customer, akak pulak yang sindir-sindir saya? Kalau ikutkan saya memang sentap gila. Menyindir dengan tak semena-mena. Saya tengok muka akak pun, macam nak mintak pelempang je. Tapi, saya gagahkan juga senyum yang pura-pura. Hipokritnya saya, sebab saya respect akak yang saya jangka berusia lebih tua. Tapi saya kan customer, tak layak ke direspect juga? Kamon akak. Kenapa? Saya ni mengemis barang tu secara percuma ke? Dah dah. Sekarang saya nak barang saya je. Temperature saya, saya control je ni sebenarnya.

Klimaks-nya, macam-macam masalah yang timbul pada penghujungnya. Banyak info yang saya terima bercanggah dengan yang sepatutnya. Itulah akak, bekerja dengan sambil-lewa. Promotion tu akak yang tak tahu sedetailnya. Tak tahu menahu, taknak ambil tahu, taknak cuba tahu untuk tak salah beritahu. Kasik info ikut sesedap rasa. Janjikan sebarang benda yang tak ada. Memperlekeh saya, macamlah itu yang sepatutnya saya terima. Akak tahu tak? Marah yang saya tunjuk tu, cuma 10 percent je rasanya. Then baru gelabah dan boleh letakkan saya sebagai customer. Itu pun akak still nak sabotage saya. Akak ingat bisik-bisik akak tu, saya tak dengar ke?

Dah. Saya mintak deposit semula. Habes cerita.


Yang benar,

Pengguna yang kemudiannya dah beli barang yang sama kat kedai laen dengan servis yang sangaaaaattt jauh beza. Hahaha. Hah! Puas hati saya :D