28 Jun 2012

Kembali Bebas Bernafas

Dear my Lovepediary,

Exam dah selesai. Alhamdulillah, yang penting dah settle. Kelmaren adalah hari bersejarah kemerdekaan aku lepas bebas daripada penjajahan exam. Serius bebas. Ringan gila kepala aku bila dah settle last paper kelmaren. Maklumlah, dah lama tak rasa exam-exam ni. Semenjak dah lama tak menduduki exam, stress lebih-lebih pulak aku bila nak mengadap exam ni. Lima paper semuanya membaca. Mau tak stress. Membaca, menghafal, err blur.

Habis cerita tentang exam. Yang ada cuma rindu. Rindu gila kat kau orang semua. Habes je exam terus aku excited gila nak menegur sapa kau orang semua. Excited nak buat entry tambahan (komen) kat entry-entry kau orang. Selama exam aku tahan je nak komen, konon-konon taknak kasi hilang fokus. Sebab bila aku dah komen, mula lah aku nak klik lagi dan lagi blog kau orang untuk baca komen-komen orang laen pulak. So, aku decide jadi silent reader je.

Err masuk perenggan ketiga entry kali ni. Kenapa aku rasa aku menulis tanpa tentu arah ni? Aku sebenarnya macam dah hilang skill menulis. Aku rasa macam susah gila pulak nak buat entry ni. Aku dah lupa macam mana cara nak buat entry. Ergh! Serius blur. Aku ingat habes je last paper kelmaren aku terus nak update entry baru nak menunjukkan betapa rindunya aku dengan kau orang semua. Tapi as usual habes je exam perkara pertama nak buat mesti tidur.

Itu yang paling penting menggantikan nikmat tidur yang beberapa lama hilang sepanjang exam. Malam setiap kali sebelum paper exam aku confirm cuma tidur 2-3 jam je. 4 jam kalau terlajak. And setiap malam aku tidur bawah cahaya lampu yang terang benderang. Tak berani tutup lampu. If tutup lampu, takut terlalu lena lantas semaken nyenyak dan tak terbangun. So, setiap malam tidur bawah terang cahaya lampu. Memang hilang terus nikmat tidur kat situ.

Naseb baek encek Husband pun memberi support penuh. Masa awal-awal exam, aku tidur 430am dea pun follow tidur 430am, walaupun esoknya dea kerja. Start EURO, kita orang sama-sama menemani. So, tak pasal-pasal aku stay up pun join sekaki tengok bola, tak jadi nak study. Grrr. Tapi, sebenarnya aku stay up setiap malam pun bukan sebab nak study sangat, lebih kepada aku nervous dan terasa bersalah if syok-syok tidur lena sedangkan musim exam. Grrr lagi.

Yang penting sekarang, aku dah boleh berehat sepuas-puasnya. Boleh tidur ikut suka hati. Dua malam lepas straight aku tidur 430am jugak. Tapi boleh buat benda-benda yang aku suka, bukan terpaksa pura-pura memegang nota, mata pura-pura fokus, sedangkan fikiran aku melayang-layang entah ke mana. Gila stress macam tu! Tolong bagi aku subject mengira please. Subject membaca ni, serius stress. English words dea pulak nak bombastic words je, tak guna simple2 words. Dem!

Aku plan, kelmaren, after habes paper exam jam 5pm, nak tidur sekejap. Then malam tu dah excited nak update entry. Err tapi jari aku kaku gila. Apa yang aku nak tulis? Terasa speechless. Otak aku jammed tak boleh berfikir. Aku tulis ayat ni, tak sedap. Aku ubah ayat baru, still tak kena. Err aku blur macam mana nak menulis. Aku terasa buat entry adalah sesuatu yang amat sukar. Mungkin sebab idea aku dah aku curahkan sepenuhnya masa jawab exam agaknya.

Mau tak curah? Satu subject average kena goreng more or less sepuluh pages penuh. Budget lecturer kasi markah lebih. Harap-harap la apa yang aku goreng tu menjawab soalan. Harap-harap la lecturer faham tulisan cakar ayam aku yang konon-konon nak jawab laju-laju dalam tubuh badan menahan sejuk air cond dalam bilek exam. Dan yang paling penting, harap-harap la lecturer faham apa yang aku gorengkan dengan bahasa mat salleh aku yang err ntah lah. No comment.

Ataupun, satu lagi punca mungkin kenapa aku tak boleh berfikir menulis. Mungkin sebab aku tidur petang after habes last paper tu. Lepas Asar, orang kata tak baek tidur waktu tu. Nanti jadi gila. Err betul lah aku rasa. Macam terasa effectnya. Konon-konon. Sebab malam tu aku nak menulis entry, tak berjaya. Esoknya try lagi, still gagal. Entry ni pun 3 hari nak siapkan. Penat aku tukar waktu dalam cerita ni. Kejap petang tadi habes exam, kejap semalam, last-last jadik kelmaren.

Masuk perenggan ke sepuluh dah. Finally, jadik jugak satu entry kan? Fuhh! Berpeluh. Ingatkan perenggan satu je nak cakap pasal exam, tapi sampai ke final perenggan still pasal exam. Yang penting semester ni aku dah lepas. Now semester break. Lagi beberapa bulan dah nak raya. So, ada siapa-siapa ada cadangan untuk aku cari duet raya tahun ni? Tiba-tiba pasal raya. Ye lah, daripada aku duduk rumah tak buat apa-apa, better cari duet raya kan? So, cadangan?

Argh! Point sebenar nak cakap, aku rindu kau orang semua. Rindu nak berkongsi cerita. Rindu nakkan sedikit kata-kata lepas kau orang membaca cerita aku. Tipulah kalau taknak, walaupun cerita aku tak best. And for sure, rindu nak drop comment kat cerita-cerita kau orang. Habes exam itu hari aku terus nak komen. Excited. Lastly, maaflah entry ni macam tunggang langgang tak ada point. Anggaplah entry ni cuma sebagai introduction untuk entry-entry seterusnya. Err, blank.

Kau orang rindu aku tak? Siapa tak rindu aku lempang. Err -__-


Love & Sincere,
 

11 Jun 2012

Silent Mode

Dear my Lovepediary,

Lebih sepuluh hari dah tak menulis. Tak sempat aku nak beritahu tentang hari-hari yang bakal aku diam buat sementara. Mereka yang aku tegur hampir setiap hari, atau mereka yang update entry hampir setiap hari, yang mana aku akan komen pada setiap entrynya, mungkin perasan jugalah bila aku diam seketika. Sepatutnya, aku taknak buat kau orang tertanya-tanya, itu pun kalau ada yang tertanya-tanya. Tapi, aku betul-betul tak sempat nak beritahu. 

Sepatutnya, aku nak beritahu awal-awal. Mungkin aku akan diam sementara hampir sepanjang bulan. Tapi, kesibukan aku datang dengan tiba-tiba. Mendadak. Aku pun agak terkocoh-kocoh juga nak settlekan semuanya. Beberapa hari lepas, aku hampir tidak kenal siang dan malam. Aku lupa tentang waktu makan. Aku tidak endah tentang matahari dan bulan. Hampir sepanjang masa bersengkang mata mengadap banyak tulisan. Hampir juling mata aku dibuatnya. Semuanya sebab apa?

 Credit untuk Encek Mf tolong buatkan Jadual ni cantek-cantek

Final exam! Tapi bukanlah maksudnya aku tak tahu-menahu tentang kedatangan final exam ni. Cuma, bila hampir-hampir nak sampai final exam, tyme tu lah lecturer berebut-rebut nak bagi assignment terakhir untuk semester ni. Assignment bukan ringan-ringan punya assignment pulak tu. Tapi as student, terpaksa redha je lah. Itu jugak yang akan bantu cover result aku in case tak dapat nak score gila-gila kat final nanti.

Okey. Final exam aku start 09 June 2012 and akan berakhir pada 25 June 2012. That means kelmarin satu paper dah lepas. First paper, Construction Law and Contract pulak tu. Kalau ada yang maseh ingat, aku memang stress and risau gila dengan subject ni. Sebab tu aku agak gila jugak untuk mengadap paper ni masa final. So, lepas aku jawab paper tu kelmarin, kesimpulannya, err tak ada kesimpulan. Erk! Pada aku janji dah lepas je. 

Serius aku study Law gila-gila sampai nak muntah masa hampir-hampir sampai hari paper Law. Aku cuma harap aku boleh cepat-cepat muntahkan semua yang aku baca and after that aku boleh delete semuanya daripada kepala aku ni. Adeh. Yang penting, aku rasa aku dah usaha gila-gila dengan subject Law ni. So, lepas ni grade apa pun yang aku akan dapat untuk subject Law ni nanti, aku redha je. Sebab aku rasa aku dah puas hati dengan usaha aku sendiri. Memang setakat itu je yang aku mampu usaha. 

Aku pun tak sangka aku akan sekomited ini. Tapi, entahlah. Menjelang je final exam, aku tak sangka aku betul-betul boleh ketepikan blog. Ada juga aku login sekali sekala. Ada juga aku datang blog kau orang. Baca update-update terbaru. Segelintir antara kau orang, aku datang baca, cuma aku tak sempat nak komen. Eventhough nak komen tu cuma makan masa dalam 60 saat je untuk menaep and then publish, tapi serius fikiran aku now fokus pada final exam je. Aku tak mampu nak fikir yang laen-laen.

So, buat sementara ni aku hutang dulu untuk komen pada entry-entry kalian. Aku tahu ada banyak update-update yang aku tertinggal untuk komen. Bila aku dah kembali nanti, err kalau aku mampu aku baca semula satu persatu dan komen. Itu kalau aku mampu. Rasanya memang mampu. Lepas final exam dah tentu-tentu semester break. Err terasa muda bila cakap pasal ni semua. Erk! Confirm tak ada benda laen yang aku hadap selaen blog. Err. Tapi buat masa sekarang, aku apply title silent reader dulu ya.

Lepas ni ada 4 paper lagi untuk aku hadapi. Kemungkinan besar aku cuma akan muncul semula lepas selesai final exam nanti. Komited tak aku? Komited kan? Ceh. So, sesiapa yang sudi tu tolong ya doakan aku supaya diterangkan hati dan dipermudahkan untuk jawab soalan final. Ya, aku tahu doa aku sendiri adalah lebih afdhal. Tapi, kalau ada kawan-kawan yang sudi doakan sama, kecil tapak tangan kau orang, kecil lagi tapak tangan aku, aku rasa. Err.

Last but not least. Err. Ada yang sampai menanges-nanges kat fibox aku sepanjang aku tak ada. Siapa agaknya ya? Terharu gila aku dibuatnya. Rasa nak ketawa pun ada. Jangan lupa rindukan aku ya. Kahkah!


Love & Sincere,