30 May 2012

Cerita Girlfriends

Dear my Lovepediary,

Beberapa hari lepas, aku menjadi seorang pendengar kepada masalah seorang kawan aku ni. Perempuan. Masalah berkaitan Cinta. Tapi aku bukan nak bercerita tentang masalah kawan aku ni kat sini. Cuma, aku teringat dengan kawan aku yang seorang lagi. Perempuan juga. So, watak dalam cerita ni, aku dan dua orang kawan perempuan. Dua orang kawan perempuan yang aku rapat masa zaman belajar yang dulu. Aku start close dengan dia orang masa start degree.

Walaupun dah lebih lima tahun aku tinggalkan zaman pengajian yang lama, sampai sekarang aku maseh close dengan dia orang. Sampai sekarang kita orang maseh update cerita to each other. Even dah tak boleh nak lepak selalu macam dulu, tapi kita orang still akan contact bila dah rindu. Seorang di Timur semenanjung, seorang di tengah-tengah, aku pula di Selatan. Tambahkan kekangan masa lagi, maseng-maseng sebok berkerjaya, memang susah nak set date untuk jumpa.

Kadang-kadang, aku pun pelik macam mana aku boleh mula close dengan dia orang dulu. Secara luarannya, dulu-dulu, banyak ketidaksamaan antara aku dengan dia orang. Dia orang berdua ada agak banyak persamaan dan keserasian. Senang cerita, banyak topik yang dia orang boleh bualkan bila lepak berdua, berbanding dengan aku. Walaupun tak banyak persamaan, berbeza personality secara luarannya dulu, dia orang tetap terima aku as kawan baek dia orang. So, terima kaseh, girlfriends.

Dia orang lebih feminin berbanding aku, waktu dulu. Kalau kita orang hang out bertiga, dia orang agak gorgeous. Aku? Comot gila. Dia orang keluar bawa handbag. Aku keluar dengan dia orang dengan sling bag. Dia orang keluar pakai compact powder, eye shadow, eyeliner, maskara, blusher. Aku keluar dengan dia orang pakai bedak johnson's baby je. Dia orang keluar pakai wedges, at least, mesti ada heels. Aku keluar dengan dia orang pakai kasut Converse je, atau Dr Cardin, atau Nike. Beza gila. Tapi tu dulu.

 Aku konon-konon yang paling kanan tu. 
Ehh, tapi tu macam yang paling comel je. Ehh?

Even aku comot pun, waktu tu aku mampu juga ada seorang boyfriend macam dia orang. Pasal boyfriend, aku tak ada bezanya dengan dia orang. Kita orang maseng-maseng jiwa rapuh, hati tisu. So, kita orang selalu saling bertukar pandangan pasal masalah Cinta ni kalau ada. Cuma bezanya, boyfriend aku teman sekampus je. Kenal pun bermula sebagai classmate. Bercinta pun berbahasa 'Aku, Kau' je. Masa dating, kita orang naek 125z milik boyfriend aku masa tu. Kawan-kawan aku, dating naek kereta. Boyfriend pun maseng-maseng dah kerja. Dulu.

Sampaikan, masa tahun akhir pengajian aku dulu, aku putus Cinta. Aku break up dengan boyfriend aku. Aku yang cipta punca. Kawan-kawan aku ni lah tempat aku mengadu. Waktu tu, kat sana, aku dah tak ada siapa-siapa, kecuali kawan-kawan aku dua orang ni je. Walaupun aku yang create punca, tapi putus cinta tetap putus cinta. Tetap ada saketnya. In fact, mengecewakan tu lebih saket daripada dikecewakan okey. Err. Tiba-tiba. And bila aku jealous ex-boyfriend macam dah mula bagi attention pada perempuan laen, kawan-kawan aku ni lah yang cuba kuatkan aku.

Akhirnya. Sekarang, aku yang dah settle down dulu, dah ada pasangan hidup. Kawan-kawan aku, dia orang maseh single. Yang seorang dah break off pun dengan boyfriend masa belajar dulu tu. And terjebak dengan macam-macam jenis hubungan Cinta yang aku agak tak setuju. Yang seorang, maseh bercinta dengan boyfriend lama. Rancangannya nak settle down next year. Tapi banyak juga dugaan-dugaan yang menguji relationship dia orang. Ironinya, dua-dua kawan aku ni maseh blur dengan masa depan dia orang, dengan siapa dia orang akan hidup bersama.


So, aku cuma berharap kawan-kawan aku dua orang ni cepat-cepatlah jumpa jodoh. Cepat-cepatlah settle down. Aku tahu dia orang pun tak sabar nak settle down, tapi jodoh belum sampai. Nak buat macam mana kan? Cuma, aku sedih bila dengar masalah-masalah Cinta kawan-kawan aku ni. And aku tak sabar nak kenal siapa orangnya yang akan hidup bersama dengan kawan-kawan aku ni. Aku harap berbaloilah orangnya. Aku harap cepat-cepatlah dia orang jumpa dengan orang yang dah dicreate untuk dia orang oleh yang di atas sana. Aku nak dia orang bahagia.

By the way. Lepas aku tamat belajar yang dulu, aku balek JB. Pulang ke pangkuan family. Aku teruskan hidup normal aku kat sini, cari makan kat sini. Zaman belajar masa tu, dah tamat. So, cuma perlu fokus cari rezeki. Kenangan kat kampus, tinggal kenangan. Aku teruskan hidup kat sini. Lama. Sampai luka putus Cinta yang dulu tu pun dah hilang. But then, at the end, aku kawen juga dengan ex-boyfriend aku yang konon-konon aku putus tu. Penat je aku lari jauh-jauh membawa hati luka dulu. Lari jauh-jauh, pacu laju-laju. Err. Tiba-tiba. Macam salah lirik je.


Love & Sincere,
 

26 May 2012

Teman Waktu Kecil

Dear my Lovepediary,

Masa Tadika dulu, aku selalu kena buli dengan seorang budak lelaki yang duduk sebelah aku. Aku dah lupa macam mana dea buli aku. Cuma yang aku ingat, dea selalu pressure aku sampai aku rasa takut dan tak selesa nak pergi sekolah. Aku pulak dulu type pendiam. Sangat pendiam. Orang kena buli selalu memang agak pendiam kan? Sebab dea hilang keyakinan diri bila selalu kena buli. Takpun, sebab dea kurang keyakinan diri, sebab tu selalu kena buli. Entah yang mana satu.

Aku pulak bukan type friendly dan pandai berkawan. So, perasaan pressure dan down aku pendam je seorang. Kalau kau orang tanya aku. Aku memang tak ingat langsung seorang pun kawan aku masa Tadika. Kebetulan, kawan aku masa Tadika memang aku kenal masa Tadika je. Means, lepas Tadika, aku sekolah rendah tempat laen, bukan area situ. So, memang friendship masa Tadika habes kat situ je. Serasa aku, aku tak ada memori yang manes masa zaman Tadika macam orang laen. 

Sebab hari-hari dibuli, maken lama aku maken down. Sampai satu hari aku taknak pergi sekolah sebab taknak kena buli lagi. Dulu aku pergi sekolah Tadika naek kereta dengan beberapa kawan Tadika yang laen. Function kereta tu macam bas sekolah. Sampai je sekolah, macam biasa kawan-kawan aku berlari turun daripada kereta untuk masuk sekolah. Aku duduk diam-diam je dalam kereta taknak turun. Aku takut if kena buli lagi. Memang tiap-tiap hari akan kena buli pun. Konfem.

 Konon-Konon Lukisan Aku Masa Tadika. 
Padahal Lukisan Aku Sekarang. Daa!

Cekgu pujuk-pujuk aku supaya aku turun daripada kereta. Aku taknak. Cekgu pujuk lagi. Aku menanges. Bila cekgu terpaksa memaksa aku, lagilah aku menanges, meraung taknak jugak pergi sekolah. Aku ingat masa tu aku menanges menjerit-jerit. Kuat cekgu tu tarek tangan aku, tapi kuat jugak tangan aku pegang seat kereta menandakan aku tetap taknak turun. Dah lama pujuk and paksa, aku taknak jugak, then cekgu aku terpaksa lepaskan aku. So, Pakcik driver kereta tu hantar aku balek semula ke rumah. 

Sampai rumah, parents aku pelik kenapa aku balek rumah semula. Mungkin Pakcik driver tu explain kejadian kat sekolah pada parents aku. Lepas tu yang aku ingat, ayah aku bawak aku pergi sekolah semula naek motor. Tak ada siapa yang tahu sebab sebenar kenapa aku taknak pergi sekolah. Aku memang tak pernah cerita pada siapa-siapa tentang aku dibuli. Aku rasa, mesti dia orang assume aku ni cuma sampai simptom malas nak pergi sekolah je. Biasalah. Budak-budak kan sometyme malas nak pergi sekolah.

Sampai sekolah, ayah and cekgu aku bincang apa-apa yang patut tentang aku. Lepas tu dia orang tanya apa sebenarnya yang tak kena menyebabkan aku taknak pergi sekolah. Then aku cerita, yang sebenarnya aku tak tahan asyik kena buli dengan seorang budak lelaki ni. Cekgu suruh aku tunjuk mana satu budaknya yang buli aku tu. Aku tunjuk daripada jauh. Masa nak tunjuk tu pun aku takut-takut. Serius, aku taknak mengadap dea lagi. Serius, aku memang pressure jadi mangsa buli dea.

Then, itulah hari terakhir aku bersekolah Tadika. Aku terus berhenti daripada bersekolah masa tu. So, kalau kau orang tanya aku. Aku memang tak ada banyak kenangan best-best masa Tadika. Sedikit ada lah aku ingat. Cekgu suruh duduk buat bulatan, then maen tanah liat. Lepas tu, ada satu sesi laen, kita orang boleh maen macam-macam permainan yang disediakan dalam bilek permainan. Err itu je ke memori aku? Ada satu lagi, tapi memori memalukan. So, lupakanlah.

Tapi keseronokan tu semua automatik terpadam disebabkan rasa down aku kena buli. Sebab tu bila aku ingat-ingat sekarang, aku tak rasa pun waktu Tadika aku tu seronok. Sebab aku pasif, pendiam, tak comel, tak ada kawan, kena buli. Apa yang seronoknya? Budak lelaki tu, aku tak tahulah sekarang dea kat mana, dea macam mana, dea jadi apa. Entah jahat, entah baek, entah maseh kaki buli. Aku rasa if aku jumpa dea sekarang pun aku memang takkan kenal.

Itulah permulaan aku kenal apa itu buli dan aku benci rasanya bagaimana. Bila kenang Tadika, itu je yang aku ingat. Cerita kau orang bagaimana?


Love & Sincere,
 

23 May 2012

Comment or Entry?

Dear my Lovepediary,

Entry panjang gila. Aku pun kadang-kadang pelik macam mana aku boleh create satu entry yang panjang gila berjela. Bila aku dah mula cerita, aku rasa terlalu banyak point yang aku nak sampaikan. Kadang-kadang, aku plan nak cerita tentang sesuatu, then aku mula buat introduction. Malangnya, sampai perenggan ke 10, aku realize aku maseh di stage introduction. Maksudnya, cerita sebenar yang aku nak sampaikan tu tak tersentuh pun lagi.

Dulu, masa sekolah, aku suka bila nak buat homework karangan Bahasa Melayu. Ehh, yeke aku suka? Bukan malas ke? Cuma yang aku ingat, aku akan buat karangan yang panjang gila. Dah la buku karangan aku jenis yang panjang, yang dalam satu page ada dalam 33 baris tu. And selalunya karangan yang aku buat average dalam dua setengah pages. Ini anggaran aku, but just imagine. Tulisan aku dah la kecik-kecik. Berdarah agaknya mata cekgu aku nak semak.

Ni buku karangan aku lah konon-kononnya
Sampai sekali tu, cekgu aku bagi komen yang panjang dalam buku karangan aku. Aku dah lupa apa, tapi lebih kurang "Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. Elakkan daripada membuat karangan terlalu meleret-leret untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa". Err maaf cekgu. Daa!

Back to the origin story. Impactnya, masa aku bercerita dalam menulis entry memanglah seronok. Seronok dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Tapi aku rasa tak seronok untuk baca balek entry aku sendiri banyak-banyak kali. Serious aku baca entry aku sendiri balek. Gila SS! Sampai satu tahap, aku tengok entry aku sendiri pun rasa nak muntah. Rasa nak muntah dengan segalanya, bak kata Apple. Tapi serious aku tak berapa pandai nak buat entry pendek.

Sesuatu yang aku realized. Aku ni bukan je suka tulis entry panjang-panjang, tapi juga suka komen entry orang laen dalam blog dia orang panjang-panjang. Ni pada aku masalah yang lebih kritikal. Aku tengok orang laen komen satu hingga dua perenggan je paling banyak. Banyak kali jugak aku jumpa orang komen dalam lima hingga sepuluh perkataan je. Kenapa aku tak boleh nak komen sependek tu? Kenapa aku mesti nak over exposed kat blog orang laen. Kenapa ya? Adeh.

Macam masalah untuk compactkan entry, aku bermasalah jugak untuk compactkan komen jadik satu komen yang pendek. Selalunya, lagi panjang entry orang tu, lagi panjang aku akan komen. Mungkin aku menghargai setiap apa yang dia orang tulis. So, kalau boleh aku nak bagi komen untuk setiap perenggan yang dia orang tulis. Kalau boleh lah. Tapi aku tahu tak boleh. So, lepas aku jadi editor kepada komen aku sendiri, aku akan komen at least tiga perenggan mungkin.

Sorry ya if komen aku panjang macam kereta api. Maaf
Bukan tak pernah langsung komen pendek. Pernah, tapi jarang. So, sometyme bila aku dah post komen tu, aku macam rasa agak menyesal sebab terover exposed kat blog orang laen. Aku mula fikir, apa fikiran tuan blog? Mungkin tak selesa. Apa fikiran pembaca-pembaca laen blog tu? Kenapa aku mesti nak buat entry dalam blog orang laen? Adeh. So, kepada yang agak-agak aku pernah terberi komen yang panjang gila tu, mohon maaf ya. Semak blog kau orang je. 

Banyak ke kesalahan tatabahasa yang aku dah buat? Daa!

Tapi, untuk blog aku, kau orang boleh tulis komen sepanjang mana yang kau orang suka. Bukan komen je, komplen pun aku benarkan dan aku terima. Blog ni bukan apa-apa tanpa setiap perkataan kau orang kat sini. Terima kaseh anyway.


Love & Sincere,
 

19 May 2012

Speak And Deliver

Dear my Lovepediary,

Terasa agak lama tak click ke perkataan New Post. Seminggu yang lepas, aku memang agak busy dengan study lyfe je. Aku sebok prepare untuk 3 group presentation. Dua dah lepas. Tinggal satu je lagi. Cakap pasal presentation ni, so semestinya relate dengan public speaking skills. Dah la public speaking, cakap depan orang ramai, kena berbahasa London pulak tu. Berbahasa London, bak kata Kay Are. Kena bercakap ala-ala lecturer la lebih kurang. Ehem.

Cakap pasal speaking skills berbahasa London ni. Last month aku ada join satu course untuk improve Bahasa Inggeris aku. Actually, ada tiga level kesemuanya untuk completekan course tu. Tapi disebabkan aku student sepenuh masa, duet belanja pun ditanggung oleh Suami. So, aku cuma hadiri dua level je. Satu level lagi, yang khususnya untuk public speaking, aku terpaksa lupakan. Tapi aku rasa dua level yang aku dah hadiri tu pun banyak gila membantu. Refresh tentang basic-basic untuk berbahasa Inggeris, serta bagi motivation secukupnya untuk menaekkan confidence level kita untuk berspeaking London ni.

Stop Learning, Start Practising.

Eventhough aku tak dapat hadiri level ketiga tu, dalam level satu and level dua still ada aktiviti untuk improve speaking skills juga. Ada aktiviti conversation antara dua orang, buat forum, dan juga debate, iaitu perdebatan atau perbahasan. Aku memang cuak bila setiap kali ada aktiviti melibatkan percakapan ni. Memang cuak gila. Tapi disebabkan semua yang join course tu pun semua sama level je macam aku, so kita orang redah je la dengan English kita orang yang broken gila. Lagi broken English, lagi bagus. Hiburan untuk yang laen-laen.

Masa hari terakhir level kedua, masa tu lah kita orang ada aktiviti debate. Cuak gila. Pada aku, debate lagi susah daripada aktiviti perbualan atau forum. Tapi nak taknak, buat jugalah. Kita orang pun goreng je lah apa yang patut mengikut topik yang dah diberi. Seronok masa tu, sebab maseng-maseng enjoy berdebat walaupun English tunggang langgang. Tapi macam yang aku jangka, aku yang paling terkedu tak pandai nak interrupt atau dengan kata laen potong line orang untuk bercakap. Orang laen banyak interrupt, aku je cuma sampaikan point-point yang aku dah karang.

At the end, group aku bagi kepercayaan pada aku untuk conclude semua point untuk group kita orang. Naseb baek aku memang dah ada point-point bernas yang sebenarnya aku nak interrupt masa pihak lawan cakap, tapi aku tak ada kekuatan untuk interrupt. Bagus jugak lah. Semua point tu aku gunakan untuk conclude hujah-hujah daripada group aku sebagai pembangkang untuk lawan hujah group pencadang. Dengar macam gempak. Padahal ntahapapa je yang kita orang hujahkan dengan English tunggang langgang tu. And finally, group aku sebagai pembangkang diumumkan sebagai pemenang. Terer tak? Terer kan?

Lepas tu, cekgu English tu tanya siapa agaknya yang boleh diawardkan sebagai The Best Debater untuk hari tu. Unexpectedly, dia orang cakap aku lah The Best Debater untuk hari tu. Aku pendebat terbaek? Agak miracle. Aku bangga dalam blur. Dengan English tunggang langgang aku tu layak juga aku diawardkan sebagai The Best Debater. Padahal aku siap kena sound, guna perkataan yang tak wujud dalam kamus. Err. Malu jugak masa tu. Suka-suka aku je create perkataan baru. Cekgu English aku siap suruh aku cadangkan perkataan tu masuk dalam Oxford Dictionary. Adeh.

Toastmasters Club

Panjang dah aku cerita. Sebenarnya, aku nak tanya. Kau orang pernah dengar pasal Toastmasters Club? Aku pun tak berapa tahu. Tapi, beberapa minggu lepas lecturer aku ada beritahu pasal Club ni. Tujuannya untuk kita improve public speaking skills jugak lah. Rupanya Toastmasters Club ni ada kat banyak tempat jugak. Kat tempat kau orang pun mesti ada. Try google. Macam aku, mungkin aku boleh join Toastmasters Club Johor Bahru, ataupun dalam kampus aku pun ada jugak.

Kalau kau orang tahu, boleh share info dengan aku? Atau kau orang ada tips untuk improve public speaking skills pun boleh share jugak. Serious. Aku nervous gila bila nak cakap depan public, especially dengan berbahasa London. Aku dengar pasal Toastmasters Club tu, macam berminat. Dea akan suruh kita practise bercakap untuk improvekan public speaking skills. Itu je la yang aku tahu. Aku nak tahu lebih details kalau boleh. Tapi, English aku maseh hancur. Macam mana?


Love & Sincere,
 

10 May 2012

Graduation Goggles?

Dear my Lovepediary,

Bila kau dah fed up dengan something. Bila kau dah tak boleh stand dengan something. Mungkin keadaan tu terlalu teruk. Dasyat. Sampai kau bosan. Jemu. Muak. Mual semua ada. Then waktu tu kau mula buat keputusan untuk tinggalkan sesuatu atau keadaan tu. Kau mula fikir untuk move on.

Suddenly, once kau decide untuk move on, keadaan yang sebelum ini sangat teruk dan memualkan tu dah tak rasa begitu teruk. Suddenly keadaan tu kau boleh terima. And kau rasa kau okey je dengan keadaan tu. Itu berlaku bila kau realize yang masa untuk kau berurusan dengan keadaan tu dah semaken singkat, akan berakhir dalam masa terdekat.

Aku beri contoh mudah. Last month aku terdetik untuk create satu blog baru. Sebab aku rasa aku perlukan satu tempat baru untuk aku menulis dengan cara yang laen tanpa orang ketahui siapa aku. Tanpa perlu aku tahu siapa pembaca aku. Tanpa perlu aku terima ulasan tentang tulisan-tulisan aku. Tanpa perlu aku communicate dengan sesiapa sahaja.  

Mungkin aku rindu suasana seperti dulu, waktu aku mula-mula menulis dalam blog. Aku tak malu untuk menulis apa saja. Sebab aku yakin memang aku tak ada pembaca. Tapi sekarang, bila dah ada kawan-kawan baca, aku malu untuk menulis yang bukan-bukan. Macam pernah aku beritahu sebelum ini kan? Blog baru tu mungkin blog yang lebih personal daripada blog ni. Lebih tepat lagi sebenarnya lebih selesa untuk aku bermain dengan kata-kata. Sebab tak akan ada orang baca. If orang baca pun, tak siapa tahu siapa penulisnya.

Masa aku terdetik untuk create blog baru tu, aku mula kesan macam-macam kelemahan dalam blog My Colorful Secrets ni. Daripada feedback yang aku dapat, antara pembaca blog aku ni mesti ada masalah dengan jalan penceritaan aku yang meleret, bahasa yang skema, entry tanpa gambar, saiz tulisan yang terlalu kecil. Senang cerita, blog aku ni tak mesra pembaca. Mungkin ada yang baca dengan tahap kesabaran yang begitu tinggi. Kesian gila.

Lepas tu, aku mula ada perasaan tak suka pada blog ni. Kaseh sayang aku pada blog ni mula berkurang. Aku mula lebih sebok beri perhatian pada blog baru. Tapi, bila aku mula abaikan blog ni sedikit demi sedikit. Suddenly, aku rasa sedih bila tengok blog ni, sebab aku dah mula nak bahagikan kaseh sayang. Padahal blog ni lah tempat aku mula-mula belajar menulis blog dulu. Daripada aku cuma berkomunikasi sehala masa mula-mula menulis dalam blog ni dulu, sampai sekarang aku dah pandai berkomunikasi dua hala. Walaupun maseh kekok lagi aku rasa.

So, aku mula baca semula entry-entry yang aku tulis. Suddenly rasa bosan yang aku pernah rasa sebelum tu hilang. Perasaan jemu yang aku rasa teruk pada blog ni dah tak terasa begitu teruk. Bukan bermaksud entry aku tiba-tiba berubah menjadi entry-entry superb dan hilang konsep tak mesra pembaca. Entry aku maseh sama, cuma perasaan aku yang dah berbeza. Mungkin, aku sedang cuba menghargai semula blog aku ni waktu tu. Mungkin aku boleh menabur janji manis semula kepada blog ni yang aku tak akan abaikan dea lagi. Contoh tentang blog tamat.

Err nampak macam contoh tu tak ada kena mengena kan? Saje aku nak kaitkan dengan title entry. Memang aku berniat nak sampaikan dua cerita pun dalam entry kali ni. Sebenarnya, contoh yang lebih tepat untuk Graduation Goggles adalah bila kita nak berhenti kerja misalnya. Mungkin kita tak suka bos, or senior staff, or certain kawan, certain kerja, rules tempat kerja, or mungkin juga tak suka dengan jumlah gaji yang kita terima.

Tapi bila kita dah hantar notis berhenti kerja, bila hampir masa kita dah perlu tinggalkan tempat kerja tu untuk selamanya, kenapa kita boleh rasa agak sedih? Suddenly bos, senior staff, kawan-kawan, kerja, rules, dan gaji yang kita tak suka and rasa teruk tu, dah tak terasa teruk mana. Mula konon-konon fikir aku boleh je lagi bertahan kat sini. Mula nak dilema. Rujuk semula perenggan satu dan dua. Itu pun kalau rajen.

Itulah Graduation Goggles. Aku tak sure teori ni sebenarnya betul-betul wujud ke tak. Sebab aku cuma ambil teori ni daripada Favourite TV Series aku, How I Met Your Mother, yang aku pernah cerita sebelum ni. So, mungkin juga teori ni sekadar rekaan, tapi aku rasa ia wujud dalam dunia realiti aku. By the way, kau orang pernah alami ke Graduation Goggles ni? Ke orang-orang berfikiran complicated macam aku ni je yang selalu alami? Fyne.



Love & Sincere,
 

6 May 2012

Brutally Romantic : Radit & Jani

Dear my Lovepediary, 


First of all. Pernah tonton movie Indonesia berjudul Radit & Jani?


Brutally Romantic Movie: Radit & Jani

Radit, seorang yang emotional, agak baran, jealousy, drug addict, tapi sangat cintakan Jani. Jani, seorang anak orang senang, tapi prefer untuk lupakan kesenangan hidup dengan family dea untuk hidup bersama Radit. 

Radit & Jani sekepala, berkahwen, buat jahat sama-sama, and berprinsip dia orang ada cara sendiri untuk bahagia. Dia orang survive life dengan sama-sama mencuri. Untuk Jani, kalau perlu buat jahat, dia orang kena buat jahat sama-sama. 

"Bahagia itu kita yang ciptain, bukan mereka. Mereka gak tau gimana kita. Kita kan selalu berdua dan gak akan ada yang pernah bisa misahin kita, kita punya cara kita sendiri dan kita punya dunia kita sendiri. 
Aku sayang kamu, bodoh."

Jani setia bertahan susah dan senang dengan Radit eventhough kena hidup susah dengan Radit yang semacam kurang matang untuk jadi seorang husband. Family Jani tak pernah sukakan Radit, malah anggap Radit macam useless sebagai husband. Radit susah nak dapat kerja tetap bila dea asyik buat hal dan terlalu ikutkan jiwa baran dea.

Tapi dia orang survive jugak dengan cara dia orang. Bila dapat duet hasil mencuri, dia orang enjoy puas-puas, tak fikir pun pasal life dia orang yang macam tu. Pada dia orang, dia orang ada cara sendiri untuk bahagia.

Jani, pernah sampai tahap sanggup korbankan harga diri dea pada pusher untuk dapatkan bekalan barang pada Radit. Sebab dea tak sanggup tengok Radit terseksa menahan saket sebab tak dapat barang tu. Jani sedih gila. After that, Jani pregnant. Radit marah-marah Jani, tuduh Jani curang and ada lelaki laen, sebab dea tak sedar masa Jani tolong dea dapatkan apa yang dea nak. Lepas Jani explain, so dia orang terima je baby yang Jani kandungkan.

To the extent dia orang memang dah tahu Jani pregnant, dia orang tak ada duet pun nak check doctor, and nak beli ubat untuk Jani & baby. Sampai macam tu pun, family Jani still taknak tolong, especially ayah Jani. Bila dah ada duet, pergi check doctor, duet tak cukup pulak untuk bayar ubat. So, terpaksa postpone ambil ubat doctor tu. Macam-macamlah yang dia orang hadapi.

Tapi dia orang still bertahan dengan permintaan dan janji Radit pada Jani untuk terus bersabar and one day Radit akan bahagiakan dan senangkan Jani jugak. After Jani pregnant, memang Radit try ubah life dia orang, but then banyaklah dugaannya.

Radit janji dea akan buat yang terbaek untuk bahagiakan Jani. Jani mintak, apa yang Radit perlu buat adalah stop dengan drug. Then dia orang usaha sama-sama. Bila Radit saket terlalu perlukan barang yang dia nak, dea suruh Jani kunci dea dalam bilek. Jani jangan bukak pintu even if Radit mengadu meraung saket macam mana pun dalam tu. Serious. Baru tahu macam tu rupanya bila orang drug addict ni saket. Gila terseksa. Kiranya, apa-apa pun dia orang hadapi sama-sama.

One day, masa Radit tengah kerja dalam club, Jani call suruh balek sebab dea rasa tak sedap badan. Dea nak Radit ada kat sisi dea. Sebab tak dapat mintak advance gaji daripada bos, Radit sanggup minum air kencing seorang customer kat club tu yang sengaja nak menghina Radit, yang mana sebelum tu customer tu ada la panas hati siket dengan Radit. Radit sanggup, sebab mengenangkan Jani kat rumah yang tengah saket.

Bila Radit dah dapat duet, dah beli ubat and makanan untuk Jani, on the way balek, terserempak dengan satu kumpulan lelaki. Salah seorangnya ingat Radit ni siapa, orang yang pernah curi handphone dea sama-sama dengan Jani dulu. And then, Radit kena belasah dengan group tu sampai ubat and nasi goreng tu habes macam tu je. Sedih gila.

After that, Radit tahu dea dah tak mampu nak jaga and bahagiakan Jani, so dea bawak Jani pergi satu restoran yang Jani suka, order aiskrim kesukaan Jani. Jani happy sebab Radit sentiasa cuba untuk gembirakan dea walau dalam keadaan macam mana pun. But then, rupanya masa tu lah Radit nak lari daripada Jani sebab nak pulangkan Jani pada family dea. Serious sedih gila.

At the end, adakah dia orang akan dapat bersama semula, kecap bahagia macam yang dia orang rancangkan? Adakah cinta itu segala-galanya?

End synopsis.







Aku mula-mula tonton cerita ni dulu around tahun 2008-2009. Adek aku yang perkenalkan cerita ni pada aku. Tadi baru aku tonton semula. Cerita ni sebenarnya banyak unsur negatif, mungkin tak sesuai ditonton oleh orang-orang yang ban and reject untuk tonton cerita-cerita yang berunsur negatif. Tapi if untuk tujuan ambil tahu kesah realiti hidup orang laen yang mungkin tak wujud di kalangan orang terdekat kita, bolehlah tonton. Cerita ni sweet, romantic gila, and so touch.

Aku sengaja cerita detail tentang cerita ni sebab aku rasa tak semua yang akan berminat nak cari cerita ni untuk ditonton lepas baca sinopsis aku ni. Err sinopsis ke ni? At least, kau orang yang tak akan pernah tonton cerita ni, dapat jugak tahu tentang jalan ceritanya dengan cuma membaca sinopsis aku tanpa perlu menontonnya. Kau orang tahu juga jalan ceritanya bagaimana kan?

But, nice story. Aku suka gila. Terima kaseh pada orang yang ilhamkan cerita ni. Berjaya buatkan aku menangis teresak-esak dengan emotional gila, dengan air mata yang berjurai-jurai. Husband aku pandang aku dengan muka penuh persoalan. Sudahlah.


Love & Sincere,
 

3 May 2012

Tentang Lima Sen

Dear my Lovepediary,

Dulu. Masa aku kecik-kecik, umur setahun lebih, aku pernah tertelan duet lima sen. Masa tu bulan puasa. Mak aku sedang menjahit, mungkin baju raya kita orang. Err kiranya family aku masa tu baru ada empat orang lah kesemuanya, Abah, Mak, kakak aku umur around 4 tahun, and aku yang masih baby.

Ceritanya. Kita orang dua beradek maen-maen tak tahulah permainan apa yang kita orang ada masa tu. Tiba-tiba akak aku jerit, Mak, mak! Akak jumpa duet kat tepi tingkap ni! Aku masa tu yang maseh baby as usual, pantang nampak benda apa sekalipun, mesti nak pegang and nak buat mainan kan? Aku pun menanges-nanges nak mintak duet lima sen yang akak aku jumpa tu. Bila aku dah menanges-nanges tu, akhirnya aku dapat apa yang aku nak. Duet lima sen.

Entah macam mana. As usual, baby kan suka sangat masukkan benda dalam mulut. So, aku accidently tertelan duet lima sen tu, mungkin bila akak aku terlepas pandang aku masa tu. Bila akak aku realize perbuatan aku tu, mungkin dea jerit macam ni, Mak mak! Adek tertelan duet lima sen! Ini mungkin. Aku sedang cuba gambarkan situasi masa tu.

Then, aku tak tahulah situasinya macam mana. Mungkin aku batuk, tersedak or menanges. Mak aku mungkin panik, gelabah, or terkejut. Kakak aku mungkin cuak or tak tahu apa perlu rasa, sebab dea pun baru 4 tahun masa tu. Tapi incident tu berakhir macam tu je. Mungkin mak aku just tepuk-tepuk belakang aku atau macam mana, bila nampak aku macam dah rileks, so maybe mak aku fikir incident tu nothing. Everything is alright then.

Tapi. Masa buka puasa, mak aku kasi aku minum air cincau. Suddenly, reaksi muka aku macam menahan kesakitan. Mungkin muka aku berkerut, mata aku pejam-pejamkan, semacam susah untuk menelan. Then mak aku mungkin rasa suspicious tapi standard lah orang dulu-dulu. Rasanya just take things easy, tak lah terlalu fikir yang bukan-bukan as long as situasi tu nampak okey je.

But. Lepas daripada tu actually mak aku still curious tentang duet lima sen yang aku telan tu. Ke mana perginya? Sampai tahap mak aku mencari-cari dalam bahan buangan aku masa tu. Err. Dengar macam geli tapi kaseh sayang mak ni kan tak ada tandingan kan? Mak aku usaha cari, tapi tak jumpa duet tu keluar.

Aku dah lupa cerita mak aku macam mana. Tapi tiba-tiba mak aku bawa aku pergi hospital. Mungkin aku asyik batuk or still tunjuk reaksi menahan saket. Aku tak tahu. But then, menurut doctor, duet lima sen tu tersekat kat paru-paru aku dalam keadaan melintang, that's why dea tak turun. If kedudukan dea menegak, maybe tak ada masalah, duet tu akan turun. Macam tu lah lebih kurang situasinya.

Because of that. Doctor terpaksa tebuk bahagian badan kiri aku, untuk keluarkan duet tu. Aku tak tahulah kaedah perubatan doctor tu macam mana. Tapi yang aku tahu, badan sebelah kiri aku kena tebuk masa tu in order to keluarkan duet lima sen yang tersekat dalam badan or paru-paru aku tu. Err entah betul entah tidak paru-paru. Tapi memang organ dalam badan aku lah.

Unfortunately, proses menebuk paru-paru aku tu menyebabkan keadaan menjadi lebih teruk. Doctor tu buat kesilapan, tempat yang dea tebuk tu bukan tempat yang sepatutnya, menyebabkan paru-paru aku luka. Luka yang mungkin agak dasyat sebab menyebabkan nanah terkumpul kat situ. Mak aku kata, bila nanah tu dikeluarkan, kandungannya sampai 3 botol yang selalunya ada kat hospital tu. Botol apa ek nak cakap, aku pun tak tahu. Tapi botol tu kira besar jugak lah.

Just imagine. Masa tu aku maseh baby, umur baru setahun lebih. Bila luka dalam badan aku mengeluarkan nanah sebanyak tu, just imagine kesakitan aku. Aku tak ingat sakit tu macam mana, sebab aku kecik lagi. Tapi aku rasa mesti aku suffer gila. Aku kena tahan wad sehingga tiga bulan. Kiranya, tak kira puasa, raya, masa tu family aku kat hospital je jaga aku.

After that. Doctor tu terpaksa tebuk aku lagi sekali. Duet lima sen tu kena keluarkan juga, mungkin untuk elakkan benda yang lebih buruk berlaku. And alhamdulillah, percubaan kedua berjaya. Tapi takdelah aku terus sehat walafiat.

Mak aku kata. Aku memang nampak suffer gila. Badan aku dah tak nampak macam orang. Aku bayangkan, mungkin macam kanak-kanak bosnia. Mungkin cuma nampak rangka je. Aku tak tahulah macam mana perasaan Mak Abah aku masa tu. And aku tak tahulah macam mana aku survive kesakitan tu dengan jiwa baby yang tak tahu apa-apa.

Mak aku cerita lagi. Mak aku sampai dah hilang harap. Mak aku tengok keadaan aku, mak aku jangka umur aku memang tak panjang. Mungkin mak aku dah berserah and redha je if apa-apa berlaku pada aku masa tu. Mak aku mintak permission doctor, nak bawa aku balek rumah. Kalau anak saya nak meninggal pun doctor, biarlah dea meninggal kat rumah.

Mungkin malam tu mak aku tengok keadaan aku tersangat kritikal. Doktor tak izinkan. Disebabkan keadaan kritikal tu jugalah, mungkin aku perlu penjagaan yang sangat rapi. Aku rasa, mesti masa tu mak aku dah berserah gila. Mak aku memang jangka umur aku cuma sampai malam tu je.

But then. Alhamdulillah. Aku maseh bernafas sehingga ke esok paginya. Mak aku kata mak aku pun tak sangka nyawa aku sampai ke esok paginya tu. Sedih gila aku dengar. And diringkaskan cerita, aku dah sehat lah lepas daripada tu. Doctor kat situ pun dah usik-usik aku, Dea ni dah tukar alamat sini dah. Memandangkan aku dah lama sangat duduk dalam hospital tu.

At the end, aku berjaya keluar wad lepas doctor sahkan yang aku dah sehat, tanpa Mak Abah aku perlu bayar sesen pun. Hospital admit, kesilapan doctor yang rawat aku awal-awal tu yang buatkan keadaan aku lebih teruk and suffer gila. Rupanya, first doctor yang rawat aku tu cuma doctor pelatih, sebab dia orang fikir kes aku tu penyakit kecik je. Doctor pelatih pun boleh settle. Tak sangka menyebabkan penyakit laen pulak yang datang. Then barulah dia orang bagi doctor pakar yang rawat aku. Terasa sadis gila.

Impact daripada cerita tu. Aku sangat famous di kalangan saudara-mara, kawan-kawan, and jiran-jiran lama mak aku. Cerita tu dah jadi macam cerita lagenda. Setiap kali jumpa kenalan mak aku yang dah lama tak jumpa, Ehh dah besar-besar anak kau. Liya mana Liya? Ni yang telan duet 5 sen dulu kan? Lebih kurang macam tu lah.

Mak aku pun memang tak jemu-jemu cerita fasal benda ni sampai sekarang. Bila mak aku start cerita, adek-beradek aku terpaksa layankan je sebab dia orang sampai dah hafal dah cerita ni. Masa aku mula-mula kawen dulu pun, mak aku tak lepas peluang cerita kat Suami aku. Adek-beradek aku, mana yang boleh excuse tu, excuse lah lari awal-awal. Mana yang terperangkap tu, terpaksa layankan jugak.

Aku. Walaupun dah hafal cerita tu, tetap aku pun tak jemu-jemu dengar cerita tu dari mulut mak aku. Cerita tu cerita terbaek bagi aku untuk nilaikan betapa besar kaseh sayang mak aku pada aku. Sebab wataknya adalah aku, mak aku, dan keluarga aku sendiri.

Aku fikir-fikir semula. Kalau ditakdirkan nafas aku terhenti sampai masa tu je, mesti masa ni aku dah dalam syurga. Tak perlu bergelut dengan dosa dunia. Tapi, aku tetap bersyukur jugak Dia bagi aku peluang untuk aku rasa nikmat dunia. Untuk aku survive sendiri bezakan pahala dan dosa. Memang survive gila.

Duet lima sen tu maseh ada dalam simpanan mak aku sampai aku dah besar. Duet tu tersimpan dalam kapas, and ada sedikit calitan warna coklat. Aku agak darah. Tapi takkanlah doctor tak bersihkan dulu kan? Entah. Bukan darah mungkin. Pandai-pandai je aku teka.

Kesan tebuk kat badan sebelah kiri aku pun maseh ada. Kalaulah tiba-tiba ada orang nak sabotaj buat klon aku, family aku boleh lah sahihkan dengan melihat kesan tebuk kat badan sebelah kiri aku tu ada ke tak. Budget famous ada orang nak sabotaj bagai.

Conclusion. Daripada usia baby lagi aku dah teruja dengan duet. Nampak sangatlah aku ni mata duitan. Baru aku tahu. Materialistik rupanya aku ni.
 

Love & Sincere,
 

2 May 2012

Empat Hari Lepas

Dear my Lovepediary,

Jumaat minggu lepas, after kelas, terus shoot balek Ampang, rumah Mak Abah mertua. Lama dah rasa tak balek. Sabtu, sempena kempen bersihkan hati bersihkan jiwa, stay rumah je lah membersihkan apa yang patut. Actually, rumah Mak Abah mertua tu hendak direnovate dalam waktu terdekat. So, task kita orang adek beradek ipar duai biras semua ni adalah membersih, memacking barang, mengclear ruang, dan buatlah apa-apa yang patut sebagai persediaan untuk renovate rumah.

Ahad, sambung la mengemas siket-siket lagi. Sabtu tu tak kemas beriya pun. Kemas siket-siket je, sebab sebenarnya adek beradek ipar duai biras belum cukup corum lagi kat rumah. Petang, pergi Plaza Lowyat, Suami tunaikan janji mahu belikan lappy baru sempena sambung Master ni. Suami suggestkan beli Vaio color light pink sebab dea memang tahu aku paling suka color pink. Cantek, spec pun okey, price pun within budget.

Tapi aku cadang nak beli lappy color putih. Ada dua yang memenuhi kriteria color putih, pattern okey, spec okey, and price within budget. Asus and Toshiba. Asus, reject sebab cousin pernah guna and dalam masa beberapa bulan je dah ada masalah screen. Toshiba, aku rasa okey tapi tebal siket. Color dah nampak exclusive tapi certain part lappy tu nampak agak oldskool. Gila memilih padahal budget tak seberapa.

Tapi at the end, aku beli Lenovo, combination color pink hitam, aku tak suka sangat. Tapi spec memang okey sangat-sangat, better daripada tiga brand yang shortlisted. Eventhough tak dapat yang macam aku nak, still happy sebab Suami dah tunaikan janji nak hadiahkan lappy. Dah boleh potong satu item dalam wishlist yang Suami nak tunaikan. Dalam list maseh ada banyak item lagi. Err

Isnin, still kat Ampang. Aku tuang kelas hari Isnin, pengorbanan untuk spent lebih masa dengan femely Suami. Maklumlah, balek KL pun jarang-jarang. Plus, bukan selalu boleh kumpul ramai-ramai satu family. Isnin, pergi Pahang visit atok Pahang, sebelah Suami, yang dah seminggu masuk hospital. Then singgah lah rumah kampung Pahang and visit sekali Opah and relatives di Pahang. Then petang balek KL semula.

Selasa, last day di KL. Sambung gotong-royong mengemas barang yang maseh banyak tu. Actually, memang hari yang sebelum ni pun kemas siket-siket sangat. Yang perempuan je pun yang mengemas. Yang lelaki-lelaki sebok mengadap game seharian. Habes maen game, sambung ping pong. Penat ping pong, sambung game semula. Memanglah kerja tak gerak.

Then Selasa baru nak angkat barang-barang keluar rumah. Aku buat kerja siket-siket je. Lebih tertumpu buat kerja orang perempuan. Tolong Mak Mertua masak, buat air. Rileks gila. Kira kurang jugalah penatnya. Petang aku dan Suami mula get ready untuk pulang JB.

                                        ----------------------------------------

Dalam waktu yang sama aku di Ampang, Ahad, seorang girlfriend sms aku. Weyh, ada kes bunuh kat umah mak kau ek? Malam tu, adek aku, Ain pula sms. Diya, jangan lupa tengok berita tv3 malam ni. Rupanya adek aku maksudkan tentang kes bunuh yang sama.

Memang betul rupanya, ada kes bunuh area rumah mak aku, di Taman Perling. Kes bunuh pasangan Suami Isteri yang mayatnya cuma dijumpai selepas lebih kurang 3 hari dibunuh. Melalui sms conversation antara aku dengan adek aku, Mak aku dah buat susulan sebaek je dengar kes tu. Mak aku pergi tengok rumah jiran aku tu dengan adek aku yang bongsu, Akim. Rumah mangsa bunuh tu bukanlah betul-betul bersebelahan dengan rumah Mak Abah aku. Tapi Mak aku kenal jugalah dengan mangsa.

Mak aku tunggu sepanjang petang untuk melihat mayat yang dah tersimpan dalam rumah 3 hari tu. Tapi mayat maseh belum dibawa keluar hingga malam. Ikut berita, itu kes rompakan. Tapi tak tahulah sejauh mana kesahihannya. Jiran-jiran tak tahu menahu tentang pembunuhan dia orang sebab pintu berkunci daripada luar, so jiran-jiran just assume dia orang balek kampung. Tak sangka rupanya mayat tu dah tersimpan 3 hari dalam rumah dalam keadaan yang agak mengerikan, di dua bilek yang berlainan.

Kalau aku ada di JB, confirm aku balek rumah Mak Abah aku nak bincangkan isu hangat ni dengan femely aku. Tapi aku di Ampang, kan? Gosip terpaksa dipostpone. Argh! Rindu pulak nak lepak ramai-ramai dengan femely petang-petang kat rumah Mak Abah sambil makan rangka ayam pasar malam. Err

Furthermore, kalau aku still stay dengan Mak Abah aku di Taman Perling, for sure aku tak berani nak balek malam-malam. Sebab nak balek rumah, memang akan lalu lorong depan rumah tu. Fuhh, confirm macam seram je. Tak dapat imagine kalau aku duduk berjiran betul-betul sebelah rumah tu. Hah!

                                        ----------------------------------------

Selasa, iaitu semalam, around 830pm, aku dan Suami bertolak daripada Ampang mahu pulang ke JB. Sampai Ayer Keroh, Suami dah mengantuk gila. Aku pula yang seram and tak confident tengok cara dea drive dengan mata yang dah macam ada gam. At the end, aku jugalah yang kena take over. 

Mula-mula Suami aku layan juga aku drive sambil borak-borak, tapi sekejap je lah. Lepas tu, dea tidur je beberapa sesi sampai JB. Tidur 5 minit, bangun, borak dengan aku. Then sekejap tu tidur semula, 15 minit, bangun, sambung borak. At last, tidur sampai Tol Skudai. Maybe penat gila angkat barang-barang berat kat rumah Ampang siang tu.

Aku drive daripada Ayer Keroh tu, aku target nak sampai rumah before 12am. Sampai Tol Skudai around 1150pm, dah okey sangat. Tinggal 10minit nak shoot terus balek rumah. Tapi nak hampir-hampir sampai rumah tu, banyak pulak kenderaan laen menghalang. Jam 12am baru sampai traffic light simpang nak masuk rumah. Finally, sampai rumah tepat jam 12:02am. Tak tercapai mission nak sampai rumah before jam 12am. Err. Yang penting, alhamdulillah dah selamat pun sampai JB. 

Bukan happy sangat. Sebab bercuti empat hari tak mampu siapkan draft Jurnal. Deadline dah lepas lama. Harap-harap lecturer baek hati tak ambil pusing janji submit. Tapi bila ntah nak submit, draft pun tak siap-siap. Err, buat-buat cool.


Love & Sincere,