6 May 2012

Brutally Romantic : Radit & Jani

Dear my Lovepediary, 


First of all. Pernah tonton movie Indonesia berjudul Radit & Jani?


Brutally Romantic Movie: Radit & Jani

Radit, seorang yang emotional, agak baran, jealousy, drug addict, tapi sangat cintakan Jani. Jani, seorang anak orang senang, tapi prefer untuk lupakan kesenangan hidup dengan family dea untuk hidup bersama Radit. 

Radit & Jani sekepala, berkahwen, buat jahat sama-sama, and berprinsip dia orang ada cara sendiri untuk bahagia. Dia orang survive life dengan sama-sama mencuri. Untuk Jani, kalau perlu buat jahat, dia orang kena buat jahat sama-sama. 

"Bahagia itu kita yang ciptain, bukan mereka. Mereka gak tau gimana kita. Kita kan selalu berdua dan gak akan ada yang pernah bisa misahin kita, kita punya cara kita sendiri dan kita punya dunia kita sendiri. 
Aku sayang kamu, bodoh."

Jani setia bertahan susah dan senang dengan Radit eventhough kena hidup susah dengan Radit yang semacam kurang matang untuk jadi seorang husband. Family Jani tak pernah sukakan Radit, malah anggap Radit macam useless sebagai husband. Radit susah nak dapat kerja tetap bila dea asyik buat hal dan terlalu ikutkan jiwa baran dea.

Tapi dia orang survive jugak dengan cara dia orang. Bila dapat duet hasil mencuri, dia orang enjoy puas-puas, tak fikir pun pasal life dia orang yang macam tu. Pada dia orang, dia orang ada cara sendiri untuk bahagia.

Jani, pernah sampai tahap sanggup korbankan harga diri dea pada pusher untuk dapatkan bekalan barang pada Radit. Sebab dea tak sanggup tengok Radit terseksa menahan saket sebab tak dapat barang tu. Jani sedih gila. After that, Jani pregnant. Radit marah-marah Jani, tuduh Jani curang and ada lelaki laen, sebab dea tak sedar masa Jani tolong dea dapatkan apa yang dea nak. Lepas Jani explain, so dia orang terima je baby yang Jani kandungkan.

To the extent dia orang memang dah tahu Jani pregnant, dia orang tak ada duet pun nak check doctor, and nak beli ubat untuk Jani & baby. Sampai macam tu pun, family Jani still taknak tolong, especially ayah Jani. Bila dah ada duet, pergi check doctor, duet tak cukup pulak untuk bayar ubat. So, terpaksa postpone ambil ubat doctor tu. Macam-macamlah yang dia orang hadapi.

Tapi dia orang still bertahan dengan permintaan dan janji Radit pada Jani untuk terus bersabar and one day Radit akan bahagiakan dan senangkan Jani jugak. After Jani pregnant, memang Radit try ubah life dia orang, but then banyaklah dugaannya.

Radit janji dea akan buat yang terbaek untuk bahagiakan Jani. Jani mintak, apa yang Radit perlu buat adalah stop dengan drug. Then dia orang usaha sama-sama. Bila Radit saket terlalu perlukan barang yang dia nak, dea suruh Jani kunci dea dalam bilek. Jani jangan bukak pintu even if Radit mengadu meraung saket macam mana pun dalam tu. Serious. Baru tahu macam tu rupanya bila orang drug addict ni saket. Gila terseksa. Kiranya, apa-apa pun dia orang hadapi sama-sama.

One day, masa Radit tengah kerja dalam club, Jani call suruh balek sebab dea rasa tak sedap badan. Dea nak Radit ada kat sisi dea. Sebab tak dapat mintak advance gaji daripada bos, Radit sanggup minum air kencing seorang customer kat club tu yang sengaja nak menghina Radit, yang mana sebelum tu customer tu ada la panas hati siket dengan Radit. Radit sanggup, sebab mengenangkan Jani kat rumah yang tengah saket.

Bila Radit dah dapat duet, dah beli ubat and makanan untuk Jani, on the way balek, terserempak dengan satu kumpulan lelaki. Salah seorangnya ingat Radit ni siapa, orang yang pernah curi handphone dea sama-sama dengan Jani dulu. And then, Radit kena belasah dengan group tu sampai ubat and nasi goreng tu habes macam tu je. Sedih gila.

After that, Radit tahu dea dah tak mampu nak jaga and bahagiakan Jani, so dea bawak Jani pergi satu restoran yang Jani suka, order aiskrim kesukaan Jani. Jani happy sebab Radit sentiasa cuba untuk gembirakan dea walau dalam keadaan macam mana pun. But then, rupanya masa tu lah Radit nak lari daripada Jani sebab nak pulangkan Jani pada family dea. Serious sedih gila.

At the end, adakah dia orang akan dapat bersama semula, kecap bahagia macam yang dia orang rancangkan? Adakah cinta itu segala-galanya?

End synopsis.







Aku mula-mula tonton cerita ni dulu around tahun 2008-2009. Adek aku yang perkenalkan cerita ni pada aku. Tadi baru aku tonton semula. Cerita ni sebenarnya banyak unsur negatif, mungkin tak sesuai ditonton oleh orang-orang yang ban and reject untuk tonton cerita-cerita yang berunsur negatif. Tapi if untuk tujuan ambil tahu kesah realiti hidup orang laen yang mungkin tak wujud di kalangan orang terdekat kita, bolehlah tonton. Cerita ni sweet, romantic gila, and so touch.

Aku sengaja cerita detail tentang cerita ni sebab aku rasa tak semua yang akan berminat nak cari cerita ni untuk ditonton lepas baca sinopsis aku ni. Err sinopsis ke ni? At least, kau orang yang tak akan pernah tonton cerita ni, dapat jugak tahu tentang jalan ceritanya dengan cuma membaca sinopsis aku tanpa perlu menontonnya. Kau orang tahu juga jalan ceritanya bagaimana kan?

But, nice story. Aku suka gila. Terima kaseh pada orang yang ilhamkan cerita ni. Berjaya buatkan aku menangis teresak-esak dengan emotional gila, dengan air mata yang berjurai-jurai. Husband aku pandang aku dengan muka penuh persoalan. Sudahlah.


Love & Sincere,
 

26 comments:

  1. Ym.Bundle:

    Tahniah sebab 1st! Suka lah kau kan ada gambar. Haha!

    ReplyDelete
  2. hehe..meriah sikit ada gambar..


    kak...macam best je cerita ni, gaya penceritaan akak memang sampailahc:D


    hidup ni susah ke senang ke apa2 pun kena usaha sendiri jugakkan...kadang berpisah sebab terpaksa bukan sengaja, kalau dah sampai akak nangis2 mesti sedih la ni...huhu

    ReplyDelete
  3. Aien Alien:

    Sampai ke? Mwahaha! Mmg la sepatutnya camtu Aien, usaha sendiri. Cuma dorang ni punya life cam teruk sgt. Da kawen tp tak hidup cam cara org berfamily. Enjoy tak sudah2. Camtu laa.

    Dicadangkan tgk cite ni if tak kesah ngan dialog2 yg agak keterlaluan. Ehh, akak cite yg tak bape sedih pun bleh je nanges. Mwahaha! :P

    Tapi rasanya cite ni mmg sedih gila kut. Byk babak yg sedih. Hwaaaaaaa :((

    ReplyDelete
  4. konon-konon citer samseng la ni ek..tapi jiwang..b.o.r.i.n.g....kehkeheh..

    ReplyDelete
  5. Ym.Bundle:

    Diam lah kau, Pakcik! Sukati la aku nak jiwang ke apa ke? So what? Bwahaha!

    ReplyDelete
  6. kita dah tengok banyak kali,every time tengok mesti nangis punya.Hehe.
    cerita ni best bagi kita selepas AADC.

    ReplyDelete
  7. Robot Comel:

    AADC pun best gak. Dah lama tak tengok. Hehe. Itu lah. Cite ni padahal dah hafal dah jalan cite dea tp bila tengok balek sampai part sedih memang hati takbleh tahan. Mwahaha :P

    ReplyDelete
  8. Hohoho,tau tape.Jiwa mudah tersentuh ,biasalah,hehe.Kita sekarang minat nak cari filem indonesia,bajet nak kaji je.Haha

    ReplyDelete
  9. mcm menarik bleh dptkan satu nie :)

    Entri terkini Kazen >>> "Segmen: Kau Blogger Ku Blogger"

    ReplyDelete
  10. kite xpernah pon tgk cite tu.. kikiki :)

    ReplyDelete
  11. Robot Comel:

    Jiwa mudah tersentuh ek? Bwahaha! Nak kaji untuk apa tu? Mana tau bleh tolong2 bgtau filem apa yg boleh dikaji. Hehe.

    Kazen:

    Menarek tp taktau jugak. Laen org laen taste kan? Hehe.

    Teha:

    Bleh tengok Teha if suka tgk cite yg sweet2 & romantik2. Hehe. One more thing, if tak kesah dgn cite de unsur2 negatif :P

    ReplyDelete
  12. aku tengok cite ni tapi tak habis. sampai part die jumpe famili pompuan tu untuk mintak duit tapi direject. Sebab nye mase aku tengok cite ni jam dah pukul 2 pagi. So aku end up tutup tv and tido sebab aku tengok cite die macam bese je. Tapi bile kot cite sinopsis cite tu kat sini. aku rase memang aku kne tengok sampai habis!

    ReplyDelete
  13. Liyaa Mf, betul2 sinopsis ni- detail habis. Haha.. Cte ni mmg best tapi bukan uk semua orang kot. Cam romeo n juliet zaman moden kat Indonesia, dan permasalahan mereka ditambah dengan 'barang' tu. Pengorbanan kedua2nya sangat hebat untuk kekasih hati masing2. Berbaloi bagi yang nak jiwang2 tapi ending dia.. Tengok sndr baru feel, kan? Hoho..

    ReplyDelete
  14. Kay Are:

    Haha! Ntah, cite ni best pada aku, taktau if kau akan rasa biasa je gak bila dah tgk nanti. Aiseh! Aku dah spoilkan kau la utk tgk cite ni nanti. Sbb kau dah tau jalan cite ni secara keseluruhannya pun. Haha.

    Takpe2, kena tengok sendiri baru feel okeyy! Haha. Kau layan gak cite camni rupanya. Best best! Hehe.

    ReplyDelete
  15. Apple:

    Haaaaa, betul tu Apple. Cite ni best tp bkn utk sume org. Ye laa, aku mmg suka jek layan cite jiwang2. Tambah plak cite ni ada kelainan sket. Dorg tu org yg suka wat trouble tp at the same tyme, dorg pun ada perasaan centa and so on. Hehe. Plus, hero dea cute! Aku suka! Bwahaha!

    That's why aku tak cite ending dea kat sini, cam tak fair plak pd yg nak tgk pasni. Hwaaaaaa, sedih la! :P

    ReplyDelete
  16. Eh mcm best je! Rasa mcm nk try tgk je sbb cara u cerita tersangatlah menarik. Berdebar-debar jugak dada ni masa baca. Hehe. Mana nk download eh?

    ReplyDelete
  17. Ninaaa:

    Haha! Berdebar ke? Tengok la, Nina! Rasanya sesuai kut ngan jiwa u. Cehhh :P

    Tapi sory la dah tercerita detail plak kat sini. Takpe2 tgk sendiri untuk lebih feel keyy? Haha.

    Err download ey? Cer try cari kat rapidlibrary.com or mediafire.com. Tak sure ade tak. Sbb dulu adek yg bg cite ni, terus simpan dlm lappy. Baru ni tgk kat astro Pelangi jeeee :P

    Tengok yaa! :D

    ReplyDelete
  18. Cik Hemo Hemo:

    Sila usha jika berminat. Haha! :D

    ReplyDelete
  19. wah power abes!! rasa nak download dngan segera bak mee segera cite ni.mybe sebab gaya penceritaan ko yg tersangat chill lah! haha

    ReplyDelete
  20. 1st, aku memang x penah tgk cerita ni. btw care dorang berjiwang ni agak rare kot. aku rase la wakakaka

    ReplyDelete
  21. SaddLone:

    Haha! Sila download cepat sebelum kehabisan stok. Ehh, ada stok ke? Haha.

    Chuu Muqhlis:

    Rare jugak la Chuu. Aku penah baca ulasan cite ni, agak tak logik dorg kawen. Org yg nampak brutal camtu ada ke piker nak kawen muda2? Haha. Manede kannn. Tp nama pun cite, so layankan je laaaa :D

    Ehh, ada kena mengena ke yg aku jwb ni ngan komen kau? Haha :P

    Syafiqakarim:

    Mmg best! Sila dapatkan cite ni dgn segera utk berjiwang2 serta bersedih2an. Hahaha!

    ReplyDelete
  22. aa kan, klu pikir balik mcm x logik je, ni jiwang kasar namenye. tp kire cite ni ok la sbb ko pon bole layan lagi wahaha

    ReplyDelete
  23. Chuu Muqhlis:

    Tu kalau piker balek. Kalau tak piker balek cemana plak Chuu? :P

    Jiwang ada kasar ada halus ke Chuu? Just asking. Hehe.

    Apa kena mengena cite ni okey sbb aku pun bleh layan? If aku takbleh layan, then tak okey ke Chuu? Hahaha!

    Kenapa aku mempertikaikan setiap statement kau ni. Sory Chuuuuuu :((

    Hahaha! :P

    ReplyDelete

Shout Your Quotes