Dear my Lovepediary,
Terasa agak lama tak click ke perkataan New Post. Seminggu yang lepas, aku memang agak busy dengan study lyfe je. Aku sebok prepare untuk 3 group presentation. Dua dah lepas. Tinggal satu je lagi. Cakap pasal presentation ni, so semestinya relate dengan public speaking skills. Dah la public speaking, cakap depan orang ramai, kena berbahasa London pulak tu. Berbahasa London, bak kata Kay Are. Kena bercakap ala-ala lecturer la lebih kurang. Ehem.
Cakap pasal speaking skills berbahasa London ni. Last month aku ada join satu course untuk improve Bahasa Inggeris aku. Actually, ada tiga level kesemuanya untuk completekan course tu. Tapi disebabkan aku student sepenuh masa, duet belanja pun ditanggung oleh Suami. So, aku cuma hadiri dua level je. Satu level lagi, yang khususnya untuk public speaking, aku terpaksa lupakan. Tapi aku rasa dua level yang aku dah hadiri tu pun banyak gila membantu. Refresh tentang basic-basic untuk berbahasa Inggeris, serta bagi motivation secukupnya untuk menaekkan confidence level kita untuk berspeaking London ni.
Stop Learning, Start Practising.
Eventhough aku tak dapat hadiri level ketiga tu, dalam level satu and level dua still ada aktiviti untuk improve speaking skills juga. Ada aktiviti conversation antara dua orang, buat forum, dan juga debate, iaitu perdebatan atau perbahasan. Aku memang cuak bila setiap kali ada aktiviti melibatkan percakapan ni. Memang cuak gila. Tapi disebabkan semua yang join course tu pun semua sama level je macam aku, so kita orang redah je la dengan English kita orang yang broken gila. Lagi broken English, lagi bagus. Hiburan untuk yang laen-laen.
Masa hari terakhir level kedua, masa tu lah kita orang ada aktiviti debate. Cuak gila. Pada aku, debate lagi susah daripada aktiviti perbualan atau forum. Tapi nak taknak, buat jugalah. Kita orang pun goreng je lah apa yang patut mengikut topik yang dah diberi. Seronok masa tu, sebab maseng-maseng enjoy berdebat walaupun English tunggang langgang. Tapi macam yang aku jangka, aku yang paling terkedu tak pandai nak interrupt atau dengan kata laen potong line orang untuk bercakap. Orang laen banyak interrupt, aku je cuma sampaikan point-point yang aku dah karang.
At the end, group aku bagi kepercayaan pada aku untuk conclude semua point untuk group kita orang. Naseb baek aku memang dah ada point-point bernas yang sebenarnya aku nak interrupt masa pihak lawan cakap, tapi aku tak ada kekuatan untuk interrupt. Bagus jugak lah. Semua point tu aku gunakan untuk conclude hujah-hujah daripada group aku sebagai pembangkang untuk lawan hujah group pencadang. Dengar macam gempak. Padahal ntahapapa je yang kita orang hujahkan dengan English tunggang langgang tu. And finally, group aku sebagai pembangkang diumumkan sebagai pemenang. Terer tak? Terer kan?
Lepas tu, cekgu English tu tanya siapa agaknya yang boleh diawardkan sebagai The Best Debater untuk hari tu. Unexpectedly, dia orang cakap aku lah The Best Debater untuk hari tu. Aku pendebat terbaek? Agak miracle. Aku bangga dalam blur. Dengan English tunggang langgang aku tu layak juga aku diawardkan sebagai The Best Debater. Padahal aku siap kena sound, guna perkataan yang tak wujud dalam kamus. Err. Malu jugak masa tu. Suka-suka aku je create perkataan baru. Cekgu English aku siap suruh aku cadangkan perkataan tu masuk dalam Oxford Dictionary. Adeh.
Toastmasters Club
Kalau kau orang tahu, boleh share info dengan aku? Atau kau orang ada tips untuk improve public speaking skills pun boleh share jugak. Serious. Aku nervous gila bila nak cakap depan public, especially dengan berbahasa London. Aku dengar pasal Toastmasters Club tu, macam berminat. Dea akan suruh kita practise bercakap untuk improvekan public speaking skills. Itu je la yang aku tahu. Aku nak tahu lebih details kalau boleh. Tapi, English aku maseh hancur. Macam mana?
Love & Sincere,
bagus ni!
ReplyDeletetp wa sendiri gelabah org nyeeeee
hahaha.first time dengar toastmasters club ni..err..try ckp dpn cermin.
practice make perfect ;p
Syafiqakarim:
ReplyDeleteOhh! Cakap depan cermin ya? Tak pernah praktik camtu lagi. Bleh try ni. Haha!
Cekgu English tu ada cakap, peribahasa tu dah tableh pakai. Kena ubah sket kepada "Perfect Practice Make Perfect!"
Hmmmm *Angkat2 kening* Hahaha!
ewahh..minggu peribahasa ke ni..ekeke..macam biase aku masih blur..hahahhaa..
ReplyDeleteFirst time dengar pasal Toastmaster Club, mesti bagus untuk improve public speaking skills ni. English saya pun hancur. hehe :D
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeletekene slalu merepek in english lah . baru bleh improve. tp sy punye english cm tuh jugak . tak pnah nk improve .
ReplyDelete~first time here
aha, nak improve tontonilah oh my english :D hehehe
ReplyDeleteeh , kita pon ape tu toastmasters club .. hehehe :)
ReplyDeletefirst time dgr ttg toastmastersclub. :O
ReplyDeletebtw, w pun sgt cuak kalau dgr ttg debate2 ni. tak kira la malay language or english.. dua2 mmg menakutkan. sbb w ni darah gemuruh. prepare mcm mana pun, nnti msti nervous! hihi ^___^
errr...kak kita ahli Toastmasters Club masa Form 6 dulu, setiap kali ada aktiviti kena terlibat sama dan dan dan opkos la must speaking london-paris-new york even my language upside down that time.HAHA.
ReplyDeletethis time oso same la kak...tapi ada peningkatan la, cuma bila diperlukan baru ber-speaking london bagai ni contoh mat saleh tanya arah jalan walaupun GPS & MAP ada pada tangan, ada rakyat MALAYSIA yang tak tahu BERBAHASA MELAYU ajak borak2..haaa..
TAHNIAH kak dapat awards The Best Debater ^^
1st time dengar pasal toastmaster club ni...
ReplyDelete:)
stop learning and start practicing, i should start now..:)
huhu sis pun sama..plg mencik bila kls english tahu tak..
ReplyDeletenk speaking dpn org ramai lg lah haiyoo..
first time dgr toastm tu..
Ym.Bundle:
ReplyDeleteKau je minggu peribahasa Pakcik. Aku minggu presentation je. Alaa kiranya cam berlatih jadik cekgu gak laa. Kau takpe laa. Kau memang dah cekgu. Memang dah handal. Ajar aku Pakcikkk! Kehkeh!
Blur ke? Sila hantuk kepala kat dinding! Haha! :D
Sally Yatiey:
ReplyDeleteHaah. Untuk improve public speaking skills la. Rasanya bagus kut. Rasanya laa. Tu yg ngah wat survey ni. Hehe. Tp bab yg English hancur tu taktaulah. Rasanya bila kita byk cakap English dlm Toastmasters tu, membantu gak improve English kita. Tapi mmg lebih cabaran r setiap kali nak ckp depan public tu. Gugup seh! Hehe.
Mishter Izwan:
ReplyDeleteCekgu English course tu cakap, plg penting utk improve English adalah 'Speak More'. Biar la merepek pun takpe nanti lelama pandai la kut. Hehe. Tp tu laa, konfiden tu yg penting kena dtg dulu. If tak konfiden, nak merepek pun takbleh gak. Haha! Rasanya improve tuu, cuma myb lum berpuas hati lg. Cuba lagi! :D
Okeyy, thanks! Datang lagi yaa :P
Robot Comel:
ReplyDeletePagi tadi layan gak Ohh My English tuu! Memang syokk pun sbb rasa cam sama dengan je ngan dorang. English tunggang langgang gila! Haha. Tp patut memang camtu r. Biar la tunggang langgang pun, janji konfiden. Dpd tak cakap langsung. Err terasa diri sendiri. Hehe.
Teha:
ReplyDeleteSeperti yang diterangkan kat atas. Hehe. Tp tau tu je laa. Dea bantu kita untuk improve public speaking skills. Tp macam mana dea latih kita & apa aktiviti dorang wat tu taktau laa. Tu yg tanye dalam entry ni. Harap2 ada yg penah join & bleh share experience :D
Wanie Mj:
ReplyDeleteMemang pun. Prepare macam mana pun, tetap neves. Lagi2 bila audience ramai gila & stranger pulak tu kan? Memang cuak laa. Salunya, if nak benda tu bejalan lancar, mmg kena tulis sume point yg nak cakap. Salunya tak mampu nak elaborate spontan. So, semua benda yg nak ckp, kena tulis semuanya. If tak tulis & plan nak ckp je, mmg tak tercakap r. Haha!
Aien Alien:
ReplyDeleteWahh! Best2 komen camni yg ditunggu2. Sbb sume org pun tak penah dengar Aien. Tiba2 Aien ada experience join Toastmasters Club. So mmg banyak ke aktiviti dea? Memang membantu tak? If English tunggang langgang susah tak nak follow sgl aktiviti dea? Takut jugak cam rasa terpinggir je nanti. Haha!
Sama laa, Aien. Speaking & menulis London ni bila diperlukan je. Contohnya presentation or nak jwb exam. Kalau tak, mmg tak r nak berskipping ni. Hehe.
Ehh ehh, thank youuu! Naseb baek jek tu The Best Debater. Pdhal guna English yg takde dalam kamus. Haha!
Teenager Housemaid:
ReplyDeleteTu la yg cekgu English tu ajar mula2. Stop learning, start practising dea kata. Dea kata, basic sume kita dah ada & dah cukup sbb start blaja dpd skolah rendah lagik kan? Tp if kita tak practise bercakap, kita takkan pernah buat mistakes, & kita takkan pernah tau kelemahan kita & apa yg kita taktau.
Start tau! Akak pun baru nak bejinak2 ni walaupun maseh malu2 lagik. Hehe :P
Sis92:
ReplyDeleteDulu2 benci gak kelas2 English sume ni. Tp now dah maken suka, that's why timbulnya rasa nak improve English. Sbb dengar org cakap English cam interesting je, jeles! Tp bila nak ckp depan public tu, mmg gigil satu badan gak r. Heh! Takde r camtu skali. Tp degup2 jantung tu mmg beganda2 lajunya. Haha!
aku selalu byk berkawan dgn bangsa
ReplyDeletenigeria.merepak je la dgn mereka.
itu pun bole improve.
Bobok:
ReplyDeleteEh ehh! Classmates aku, aku tgk best je dorg bercampur ngan foreigner. Aku jeles gila tgk dorg bleh borak & gelak2 ngan classmates yg foreigner. Aku? Terasa kerdil je. Tak konfiden gila! :(
For sure, bila kita selalu ckp English, tak kira sesama Malaysian apatah lg dgn foreigner, mmg sgt2 membantu r utk improve.
jangan kate speaking, nk ckap dpn org rmai pon aku cuaksss giler..takot sgt asek rase nk terberak wakakaka. -__-
ReplyDeleteliyaa., mok2 da mati :(
aktiviti tu nak kata banyak pun ikut jadual la...masa tu kita form 6 incik pengetua paksa semua bebudak form 6 join Toastmaster Club ataupun Leo Club (lebih pada kerja sosial)
ReplyDeletejadi kami pakat2 pilih toastmaster sebab bunyinya macam toaster yang kami ingat kelas bakar2 roti...HAHA. gila lembap masa tu.
sekali join baru tahu rupa2nya sebuah kelab yang boleh improve public speaking skill dan juga leadership skill, kelab ni international & kat malaysia pun ada banyak cuma takde pendedahan jelah..tu yang ramai tak tahu..
err...yang masuk ramai orang bukan melayu selalunya..kami pun kena paksa dulu, habis sekolah terus habis cenggitu je...huhu
aku taknak dah blaja london.. enough is enough.. =P time muet dulu pun mase kne discussion aku banyak diam je.. so memang kagum r ko siap leh debat lagi.. tepuk2 =)toaster? tu bukan pembakar roti ke? aku rase betul r tu.. pembakar roti.. betul! tepat sekali! =P
ReplyDeleteChuu Muqhlis:
ReplyDeleteChuu, kau jangan berak sepah2 sudah la Chuu! Haha. Err nak ckp depan org ramai tu mmg la cuak. Tp pada aku bila nak speaking tu berganda cuak! Sbb English aku mmg agak kantoi. So, double neves okeyy!
Bila rakan2 seperjuangan English dorg cam okey2 je, aku jadik terasa rendah diri laa. Terus terasa malu gila nak berpublic speaking London.
Laa da mati ke mokmok, Chuu? Sedihnyaaa. Kau tak bg dea mkn keeee? Hwaaaaa :'((
Aien Alien:
ReplyDeleteKekadang benda kena paksa ni tak psl2 bg benefit pd kita kan? Hehe. Yg penting, dlm tak rela tu, mesti dah byk membantu korg utk improve kan? Hmm so kesimpulannya mmg bagus la ni eyh?
Ramai org bukan melayu lagi bagus laa kan? Cuma, Aien join masa form6, that means yg skolah punya la kan? Plus, dgn kekawan sendiri. So, mesti sume members Club tu cam sama level kan? Yg Kak Liya nak join ni takut ramai dah terer2 & tak selevel. Takpun, English dorg okey cuma public speaking je tak okeyyy. Alaaaa, dilema! :'(
*Mula dah. Belum pape dah piker negatif :P
Kay Are:
ReplyDeleteEnglish kau dah terer dah. Mmg tak perlu blaja lagi. Kalau tak, takkan mampu buat 150 buah entry London. Heheh. Tepuk2 utk kau lak :D *Sementara aku student ni aku rasa peluang terbaek utk aku improve English*
Tyme muet dulu pun aku byk diam. Mmg nampak laa gap ngan org len yg byk menyampuk ala2 diskusi. Sampai panel tu at last terpaksa tanya aku, "Candidate A, how about you? What do you think?" Fuhh! nampak sgt aku plg speechless kat situ :P
Yurp2! Toaster pembakar roti. Toast tu plak roti bakar kan? Tu yg aku ngah pening ni apa kena mengena roti bakar dengan improve Public Speaking skills? Ehh, pening lah! :D
haha n surprise 4 me masa public speaking agak kucar-kacir lah jugak..tapi alhamdulillah result dapat A wee :D
ReplyDeletetahniah atas kemenangan,,,,
ReplyDeleteharap2 belom terlambat ucapkannye..
hehe...
Sis92:
ReplyDeleteTahniah ya, Sis! Dah agak dah Sis memang terer! :P
Ratu Cristal:
Err tak ucap pun takpe. Malu dah ni. Haha!