10 May 2012

Graduation Goggles?

Dear my Lovepediary,

Bila kau dah fed up dengan something. Bila kau dah tak boleh stand dengan something. Mungkin keadaan tu terlalu teruk. Dasyat. Sampai kau bosan. Jemu. Muak. Mual semua ada. Then waktu tu kau mula buat keputusan untuk tinggalkan sesuatu atau keadaan tu. Kau mula fikir untuk move on.

Suddenly, once kau decide untuk move on, keadaan yang sebelum ini sangat teruk dan memualkan tu dah tak rasa begitu teruk. Suddenly keadaan tu kau boleh terima. And kau rasa kau okey je dengan keadaan tu. Itu berlaku bila kau realize yang masa untuk kau berurusan dengan keadaan tu dah semaken singkat, akan berakhir dalam masa terdekat.

Aku beri contoh mudah. Last month aku terdetik untuk create satu blog baru. Sebab aku rasa aku perlukan satu tempat baru untuk aku menulis dengan cara yang laen tanpa orang ketahui siapa aku. Tanpa perlu aku tahu siapa pembaca aku. Tanpa perlu aku terima ulasan tentang tulisan-tulisan aku. Tanpa perlu aku communicate dengan sesiapa sahaja.  

Mungkin aku rindu suasana seperti dulu, waktu aku mula-mula menulis dalam blog. Aku tak malu untuk menulis apa saja. Sebab aku yakin memang aku tak ada pembaca. Tapi sekarang, bila dah ada kawan-kawan baca, aku malu untuk menulis yang bukan-bukan. Macam pernah aku beritahu sebelum ini kan? Blog baru tu mungkin blog yang lebih personal daripada blog ni. Lebih tepat lagi sebenarnya lebih selesa untuk aku bermain dengan kata-kata. Sebab tak akan ada orang baca. If orang baca pun, tak siapa tahu siapa penulisnya.

Masa aku terdetik untuk create blog baru tu, aku mula kesan macam-macam kelemahan dalam blog My Colorful Secrets ni. Daripada feedback yang aku dapat, antara pembaca blog aku ni mesti ada masalah dengan jalan penceritaan aku yang meleret, bahasa yang skema, entry tanpa gambar, saiz tulisan yang terlalu kecil. Senang cerita, blog aku ni tak mesra pembaca. Mungkin ada yang baca dengan tahap kesabaran yang begitu tinggi. Kesian gila.

Lepas tu, aku mula ada perasaan tak suka pada blog ni. Kaseh sayang aku pada blog ni mula berkurang. Aku mula lebih sebok beri perhatian pada blog baru. Tapi, bila aku mula abaikan blog ni sedikit demi sedikit. Suddenly, aku rasa sedih bila tengok blog ni, sebab aku dah mula nak bahagikan kaseh sayang. Padahal blog ni lah tempat aku mula-mula belajar menulis blog dulu. Daripada aku cuma berkomunikasi sehala masa mula-mula menulis dalam blog ni dulu, sampai sekarang aku dah pandai berkomunikasi dua hala. Walaupun maseh kekok lagi aku rasa.

So, aku mula baca semula entry-entry yang aku tulis. Suddenly rasa bosan yang aku pernah rasa sebelum tu hilang. Perasaan jemu yang aku rasa teruk pada blog ni dah tak terasa begitu teruk. Bukan bermaksud entry aku tiba-tiba berubah menjadi entry-entry superb dan hilang konsep tak mesra pembaca. Entry aku maseh sama, cuma perasaan aku yang dah berbeza. Mungkin, aku sedang cuba menghargai semula blog aku ni waktu tu. Mungkin aku boleh menabur janji manis semula kepada blog ni yang aku tak akan abaikan dea lagi. Contoh tentang blog tamat.

Err nampak macam contoh tu tak ada kena mengena kan? Saje aku nak kaitkan dengan title entry. Memang aku berniat nak sampaikan dua cerita pun dalam entry kali ni. Sebenarnya, contoh yang lebih tepat untuk Graduation Goggles adalah bila kita nak berhenti kerja misalnya. Mungkin kita tak suka bos, or senior staff, or certain kawan, certain kerja, rules tempat kerja, or mungkin juga tak suka dengan jumlah gaji yang kita terima.

Tapi bila kita dah hantar notis berhenti kerja, bila hampir masa kita dah perlu tinggalkan tempat kerja tu untuk selamanya, kenapa kita boleh rasa agak sedih? Suddenly bos, senior staff, kawan-kawan, kerja, rules, dan gaji yang kita tak suka and rasa teruk tu, dah tak terasa teruk mana. Mula konon-konon fikir aku boleh je lagi bertahan kat sini. Mula nak dilema. Rujuk semula perenggan satu dan dua. Itu pun kalau rajen.

Itulah Graduation Goggles. Aku tak sure teori ni sebenarnya betul-betul wujud ke tak. Sebab aku cuma ambil teori ni daripada Favourite TV Series aku, How I Met Your Mother, yang aku pernah cerita sebelum ni. So, mungkin juga teori ni sekadar rekaan, tapi aku rasa ia wujud dalam dunia realiti aku. By the way, kau orang pernah alami ke Graduation Goggles ni? Ke orang-orang berfikiran complicated macam aku ni je yang selalu alami? Fyne.



Love & Sincere,
 

33 comments:

  1. kehkeh, biase la tu liyaa, kadg2 kite tuka angin, angin kuskus ek? eh!

    ReplyDelete
  2. amboih makcik..kene tembak aku kat sini..kehkehkeh..emo betul la ko ni..

    ada lagi aku nak tambah kritik ni..kesalan typo kat sini pon banyak..terlalu gunakan bahasa pasar..'dia' jadi 'dea'..tatabahasa pon ade sikit2 kantoi..penggunaan merojakkan bahasa mohon dikurangkan..kehkehkehkeh...

    aku refer yg encik h ada ckp kat blog dia..dia kata lebih bebas menulis kalau orang tak kenal..mungkin jiwa dia sama cam ko la makcik..haha..

    mybe sbb ko banyak tulis luahan kan..sebab tu ko jadi tak bebas menulis bila org dh kenal ko atas macam2 sebab la..tu la yang aku rasa..hahaa..

    so bila ko dah ada blog private baru skg ni..apa kata blog ko ni jgn emo dan dairi sgt lagi..buat entri umum plak..yang private tu ko bantai la nak emosi tahap hikmat petala langit ke 7 ke apa ke..hahaha..

    ReplyDelete
  3. Chuu Muqhlis:

    Angen kuskus takpe Chuu. Jangan masuk angen keluar asap dah laa. Eh jugak! Haha.

    ReplyDelete
  4. Pakcik Bundle:

    Bwahaha! Niat aku bukan nak tembak kau la Pakcik. Aku cuma gunakan data yg aku dpt hasil interview aku pd kau je. Haha. Tp ada point yg bukan kau yg ckp pun. Dpd aku pnye survey sendiri. Cehhh.

    Semalam aku baca entry2 Encik H tu byk yg dea luah sama yg aku nak luah. Hehe. Mungkin jiwa kitorg serupa? Cewah! Takpe la. Ni kan 1st blog aku. Sbb aku dlm nak meluah beremosi tu gatal gak nak letak gamba aku sendiri, mmg la org bleh kenal. Nak gila glemer gak. Last2 malu sendiri. Haha.

    Sebenanye tu tujuan aku buat blog private tu. Niatnya blog ni dah taknak tulis tentang emosi lg (Sempat lg kau membahan aku ye, hikmat petala langit ke 7!). Aku kan dah try slow2, cite psl blogger, review movie. Tapi tapi tak la berjaya switch 100% cara aku menulis lg pun. Haha. Tgk la nnt macam mana. Lgpun jiwa kita tetap tak sama Pakcik. Kehkeh!

    Weyh, tatabahasa tu. Time kaseh cekgu! So, bape markah karangan saya ni? Kahkah! Err, nick kau tak menahan. Pakcik Bundle terus. Haha! :D

    ReplyDelete
  5. haha, banyak bersastera la tu coz pnjang lebar je entri kan. hehe ..

    ReplyDelete
  6. kak saya rasa inilah identiti akak, ingat senang ke nak tulis bebanyak tapi masih tidak lari dari tujuan utama....


    hidup ni kadang ada orang mudah menyampaikan ada orang pusing sana pusing sini baru dia dapat menyampaikan....tak kisah la mudah atau pusing yang penting apa yang dia cuba sampaikan akan sampai...

    ReplyDelete
  7. hoho.. amt ssh nk paham.. hahaha !

    ReplyDelete
  8. Cik Tyna:

    Bersastera? Boleh tahan jugak laa. Tapi sastera syok sendiri je la Tyna. Haha!

    Aien Alien:

    Haah, Aien. Setiap org ada cara berbeza. & memang taknak pun buang identiti dlm blog ni. Tp bila piker org baca pun org tak paham, org pening je lebih, sedih gak. Haha. Btw, harap Aien tak stress baca entry2 kat sini :P

    Teha:

    Apa yang amat susah nak paham Teha? Adehh, mesej tak tersampai nampaknya ni. Haha!

    ReplyDelete
  9. ade blog lain? taktau lak aku.. aku tak pernah terpikir nak wat blog baru.. malas.. takleh nak handle banyak2 blog dalam satu mase.. em, betul2 ade ke teori tu? nape goggles? goggle bukan kite pakai mase nak g nyelam tu ke? em.. baru aku tau ade name rupenye untuk that kind of situation..

    ReplyDelete
  10. Kay Are:

    Blog tu aku saje create untuk lebih bersastera. Blog tu aku berkomunikasi sehala je walaupun aku tak privatekan blog tu. Aku tak rasa susah utk handle. Sbb if aku tak update pun, aku tak rasa bersalah, takde org tertunggu2 nak baca. Aku sorg je pun yg baca :P

    Aku taktau teori tu wujud ke tak sebenarnya. Tp memandangkan situation tu takde nama lagi, so apa kata kita guna je nama ni utk situation camtu. Bleh je kan? :D

    ReplyDelete
  11. Hai!
    Kau nmpk mcm tension je spnjg kau tulis dlm entry ni! Relaksss

    Act bulan lepas pun aku fikir nak buat blog baru sbbnya blog aku ni terbocor. Mula2 dulu aku buat blog sbb aku nak tulis yg aku suka kat someone dkt tmpt aku belajar. Dh la 1 cls, selalu lepak sekali, study sekali. Haih. Kira mcm aku tak tahu nk luah kt sape then aku tulis la dgn harapan dia akn baca n tahu isi hati aku. Hahaha.

    Hr2 aku tulis yg aku suka dia, aku suka tgk dia mcm2 lg la! Kalau kau prnh baca entry lama aku, tak silap aku #25 kot. Entry tu psl kononnya aku confess kt crush aku padahal tak pun.

    Nk dijadikan cerita, crush aku kantoi baca blog aku depan aku bulan lepas mse ktorg tgh study sama2 utk Final! Dia baca dgn kwn baik aku. Dia baca yg #25 pulak tu!

    So aku pun buat2 xperasan, buat2 cool lah kononnya. Tp smpai skrg crush aku tu tak prnh bgtau dia baca blog aku tp aku.

    Sbb tu aku dulu fikir nk buat blog bru yg private tp bila fikir balik, malas ah! 1 Loo pun aku tak boleh handle apa lg 2? Haha

    Ehhh! Panjang nau aku komen! Hehehehe

    ReplyDelete
  12. Oh komen tambahan! Boleh ke?

    Overall aku suka cara blog kau. Kemas. Takda nuffnang stuff semua tu. Bila buka tak lembab nak load. Tulisan pun sedap2 je aku pandang. Kau guna warna n corak lembut sbg background buat aku rasa yg kau ni mesti lemah lembut. Kira mcm aku selesa n suka baca blog kau lah! Hehe

    ReplyDelete
  13. setakat ni faham lagi kak....yang entri dulu2 saya singgah pun paham juga, tapi tak tahu kot akan datang tukau bahasa...errr saya guna google translate je bagi paham...hehehe

    ReplyDelete
  14. pasal tu saya tak nak bagi tau orang yang saya kenal pasal blog saya..sebab dalam blog terlalu banyak benda private kan? huhu

    ReplyDelete
  15. Disebabkan laptop sy ni besar bangat, jadi besar gak view lalu saya terpandang koemn panjang ninaaa... Btol liyaa, mmg entri hang panjang benar tapi tak membebankan dengan iklan dan gambar, Bagi yang betul2 nak baca, rasanya ia bukan satu masalah.
    Saya mulai bertahun2 dulu dgn blog crazy, tapi behenti seketika setelah terpadam entri yang beratus2 banyaknya - bahasa eng n malay. taip je crazy but cool, mmg nama pertama keluar ilh blog sy. Huhu.. Mulai wat bwerk!!!, rara terlalu komersial dan bukan diri dah. Haha.. agaknya entri dah tak entri tentang diri tapi lebih kepada komersial. Lol.

    ReplyDelete
  16. hukhuk adakah entri ditulis dgn perasaan tak tentu hala :P

    ReplyDelete
  17. oi apple komen pnjg2 fun tau! hehe

    ReplyDelete
  18. Ninaaaa:

    Wahh! First tyme aku baca org komen psl blog aku ni samada selesa atau tak utk dibaca tu. Thanks ya bg komen! :D

    Takpelah Nina kantoi pun. Mana tahu rezeki kau dpt dea. Mana lah tahu korg ni sama2 pendam kan? Hehe. Aku ada gak baca entry lama kau tp belum sume. Nanti aku baca ya!

    Ada yg aku nak komen psl entry kau yg aku mula2 baca & kenal blog kau. Later aku tulis kat blog kau ya! Sbb aku agak bz at the moment! Hehe.

    Btw, thanks baca blog aku yg tak seberapa ni :P

    ReplyDelete
  19. Aien Alien:

    Hahaha! Paham kan Aien? Sbb Aien ni rasanya boleh jugaklah nak translate sket2 bahasa2 tersirat yang penulis blog ni kononnya2 nak bersastera ni. Hehe. Sastera lag sgt! :P

    Jgn risau. Rasanya takkan tukau bahasa laen. Takat rojak2 broken english tu mmg ade laa. If Aien tak paham pun, buat2 je lah paham. Hahaha :D

    ReplyDelete
  20. Teenager Housemaid:

    Err sbnanye kwn2 real tu akak takde masalah sgt nak bgtau dorg pun. Cuma kwn2 blogger ni. Bila dah kenal maken lama agak rapat, jadik malu nak buat entry2 luahan lg. Malu dah nak wat entry bahasa2 sastera konon2nya. Sbb bila akak balas2 komen, takde pun bersastera. Bleh je ckp biasa sambil gelak kuat2. Tp entry nak beremosi konon! :P

    ReplyDelete
  21. Apple:

    Laaaaa. Cemana bleh terpadam entry yg beratus2 tu Apple? Mesti sayang kan? Tu lah. Entry komersial tu yg tak reti nak buat. Dpd dulu set berblogging ni cuma nak cerita tentang diri je, maksudnya share lyfe experience kononnya. Bila dah mula blogging, baru tahu ada macam2 jenis entry rupanya org berblog ni. Igtkan sume tentang dairi2 je. Haha. Tp aku stil tak reti nak ubah & lebih suka berdairi :P

    Bagi yang betul2 nak baca, rasanya ia bukan satu masalah. <-- Aku suka statement kau yg ni. Yg ada masalah nak baca tu, maknanya entry aku tak menarek lah pd dorg. Itu je kan? It's okey. Laen org, laen jiwa, laen rasa kan? Heeeeee

    Btw, thanks sudi baca blog aku yg tak seberapa ni gak :P

    ReplyDelete
  22. Sis92:

    Boleh tahan camtu lah, Sis. Nape? Ayat2 dlm entry tu nampak tunggang langgang ke? Jiwa kacau Sis.. Jiwa kacau.. Hahah!

    ReplyDelete
  23. ini belog baru gua.
    amacam?buat la satu.hahaha

    ReplyDelete
  24. xde laa.. kite nie memang ssh sikit nak paham.. hahaha !

    ReplyDelete
  25. masuk angin kua asap pon kire oke lagi lyaa., jangan masuk angin x kua2 lak., kang sembelit wakaka

    ReplyDelete
  26. kak liya , oke je blog nie , kalau nak compare dgn blog sy , lagilah buruk >.< tp sy buat derk je hahaha . btw , kak , UPU dah reveal ,sy dpt uitm fast track accounting :D

    ReplyDelete
  27. kdg2 saya pon alami perasaan yang sama.apa saya buat.. saya rilek 2-3 hari buat benda2 yang saya suka.lps tu perasaan tu akan hilang :)

    ReplyDelete
  28. yup2 tulisan kecik sangat dear.
    chemay ni dah la rabun.
    kena tengok dekat2 baru nampak sebab malas nak ctrl+
    hehe
    :)

    ReplyDelete
  29. Chemay:

    Sory ye Chemay tulisan kecik :(

    Admin mintak Chemay jangan malas nak ctrl+ ya. Haha! :P

    ReplyDelete
  30. errr....saya tak bersalah mak incek....

    ReplyDelete
  31. Encik H:

    Memang kau takde salah apa2 Pak Incek. Haha. Bundle tuu, suka sgt bengang bila aku buat entry yg tak jelas, walaupun sastera aku tak sampai tahap kau Encik H. Haha!

    Tak pepasal aku kena buat blog len utk ekspresikan pemberontakan jiwa aku :P

    ReplyDelete
  32. erks..mana aku ada taip sastera..

    aku rasa aku pun sama macam kau jugak la..dulu2 boleh jer aku menaip ikut suka..sebab aku tak rasa ada orang baca..tapi akhir2 ni aku rasa serba salah tiap2 kali aku nak tulis cerita..

    aku pun terfikir nak buat blog baru..tapi aku rasa suatu masa nanti bila blog baru tu dah ada pembaca, kemungkinan aku sekali lagi rasa segan untuk menaip apa2 yg aku rasa..

    err..camtu la lebih kurang..:D

    ReplyDelete
  33. Encik H:

    Aku buat blog baru tanpa beritahu kwn2 samada kwn reality or kwn dlm blog ni tentang apa blog baru aku tu. Sbb aku mmg nak bersendiri dlm blog tu. (Cehh, nak bersendiri takyah la buat diary dlm blog kan?) Haha!

    Anyway, point pentingnya blog ni aku letak gambar & nama aku. Blog baru, takde gambar & nama aku. So, if ditakdirkan aku ada pembaca pun one day, stil aku tak kesah sbb dorg taktau sape penulis blog tu.

    Em, kes kau ni aku rasa still tak segan sgt nak menaep apa2 je yg kau rasa. Sbb kau kan penulis misteri. Siapa yg tahu kau siapa? Kan? Haha.

    ReplyDelete

Shout Your Quotes