26 Apr 2012

Tujuh Bulan

Dear my Lovepediary, 

Serius otak aku kosong untuk update cerita dalam Lovepediary. Aku ada cerita yang aku dah simpan tajuknya dalam draft, tapi aku rasa tak mampu nak habeskan menulis. Kelajuan putaran otak aku berfikir untuk menulis maken perlahan dan perlahan. Sedangkan jurnal assignment pun tak siap-siap, blog ni pulak yang aku kesahkan.

Aku kelik entry aku masa mula-mula menulis di sini dulu, 23 September 2011. Belum lama kan? Serious, memang masa tu lah first tyme aku berblogging. Gila mundur. Aku kenal apa itu blog pun tak lama je sebelum tu, early 2008. Masa tu aku syok tengok colleague aku ada blog. Masa tu dea upload and update entry tentang satu music video yang aku jumpa dalam youtube and dea suka lagu tu. Tyme tu kita orang sama-sama kongsi minat cari lagu-lagu best tapi tak famous dalam radio. 

Then dea masukkan dalam blog dea. Siap kredit untuk aku, dea tulis my colleague found this. Itu je la, tak adalah sampai tulis nama aku kat situ. Aku tak ingatlah apa lagi dea cerita pasal music video tu. Masa tu lah first tyme aku baca sebuah blog yang mana sebelum tu aku pernah dengar je perkataan blog tak tahu blog tu macam mana.

Then, bila dah kenal apa itu blog, bila dah baca blog member aku tu, aku pun jadi terdetik nak create blog. Hampir-hampir buat, tapi lepas tu aku kuburkan niat aku macam tu je. Ntah. Tiba-tiba aku terus lupakan keinginan aku tu. Tapi aku rasa tak apa aku tak ada blog masa tu. Waktu tu umur aku lebih kurang 25 tahun. Kalau aku create blog, aku tak tahu cerita mentah apa yang aku nak share dalam blog ni. Konfem poyo gila. Sebab aku ni spesis lambat matang. Lagipun, aku pernah cerita kan, komitmen aku terlalu tinggi terhadap kerja. Mana ada masa dengan blog. Serius.

Back to 23 September 2011. Masa ni bulan ke enam kali kedua aku menganggur, belum dapat kerja baru. Dua kali aku pernah menganggur dalam lyfe aku.  Mungkin aku dah terlalu lama habeskan masa kat rumah tanpa buat apa-apa, then terdetiklah nak create blog. Plus, mungkin juga terlalu banyak perkara yang aku pendam, sampai dah tak terluah pada siapa-siapa. 

Then terciptalah blog ni yang pada awalnya memang aku tak expect langsung pun akan ada orang baca. Aku cuma menulis syok-syok sendiri, just anggap macam ada pembaca. Lama-lama, barulah aku tahu sedikit demi sedikit etika and terms dalam dunia blogging ni.

Dulu, aku tak pernah kesah apa yang aku hendak tulis dalam blog ni. Tapi bila dah ada pengunjung, dah ada pembaca, dah ada pengulas cerita-cerita aku, aku jadi malu sendiri. And aku rasa bersalah bila apa yang aku tulis tu tak membantu menjana minda langsung. Lebih malu lagi bila pembaca blog ni aku dah anggap macam kawan aku sendiri. Tapi, aku tak boleh nak buat apa. Kebolehan menulis setiap orang kan tak sama.

Now, after tujuh bulan, aku dah rasa maken seronok berblogging sebab dapat ramai kawan baru.  Kawan yang entah daripada mana-mana, tapi aku rasa macam kawan aku dari dunia nyata.  Kawan yang setia membaca dan mengulas apa yang aku tulis walaupun apa yang aku tulis tu tak ada relate langsung dengan hidup dia orang, or hidup kau orang.

Sampai ada sekali dua kawan bertanyakan update cerita aku.  Bila nak update? Or some sort of soalan yang macam tu. Dalam hati, ada juga orang nantikan penulisan aku seterusnya. Perasan sendiri. Padahal member tu dah bosan mengadap cerita yang sama. Daaa!

Walaupun apa yang aku tulis tu tetap langsung tak menjana minda. Asyik bercerita tentang hidup aku, hidup aku, dan hidup aku. Sangat sangat membosankan. Sampai aku dah malu sendiri nak cerita tentang kesedihan dalam blog ni. Macamlah ada orang nak peduli sangat.

So, sempena bulan ke tujuh aku berblogging ni, aku rasa tak ada ruginya if aku nak ucap terima kaseh pada kawan-kawan aku dalam dunia blog ni. Kenapa bulan ke tujuh? Sebab aku suka nombor tujuh. Aku lahir tujuh haribulan. Plus, sebab kebetulan otak aku kosong mahu update apa untuk entry kali ni.

So, kawan-kawan. Aku harap perkawanan kita ni lebih banyak menjurus ke arah positif. Biarlah kau orang cuma kawan aku untuk ketawa je pun. Itu lebih baek daripada aku sampai ke tahap aku bahagia ketawa seorang. Aku mahu kawan, bukan lawan. Terima kaseh sebab tolong mewarna-warnikan blog aku ni.


Love & Sincere,
 

23 Apr 2012

Biarlah

Dear my Lovepediary,

Bukan mudah untuk terima kritikan. Tak kira daripada siapa. Daripada orang yang aku hidup bersama, yang dah kenal lama, yang baru saja kenal, apa lagi yang aku tak pernah kenal sama sekali. People said, stranger, right? Kritikan secara depan-depan, apa lagi kritikan daripada belakang. Yang tak sengaja sampai ke gegendang telinga aku. Bingit.

Bukan mudah untuk terima hakikat kelemahan diri. Walhal diri sendiri tak mahu dan tak suka akan kelemahan itu. Tapi kelemahan itu juga kan nikmat. Kelemahan kau juga kan pelengkap diri kau sendiri.  Part of diri kau juga. So, tak perlu rasanya marahkan kelemahan. Mana ada orang tak ada kelemahan. Semua ada. Nobody's perfect, right? Malah, kelemahan juga kan pelengkap kekuatan.

Bukan mudah untuk menceritakan tentang diri kita. Jalan hidup kita. Butir pemikiran kita. Untuk buat orang laen faham. Kenal seratus tahun pun belum tentu dapat kenal seluruhnya. Dapat faham sebetulnya. Inikan pula cuma kenal sesaat dua.

Bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Cara berfikir kita kan tak sama. Flavor kita, preferences kita, taste kita. Semua mana ada yang sama seratus peratus. Berbeza pendapat itu kan normal. Bercanggah juga bukan luar biasa.

Orang menilai. Orang mengkritik. Orang memuji cuma di depan. Itu biasa. Itu semua normal. Manusia kan suka berfikir, or sebenarnya bercakap, tentang apa yang mereka lihat. Melihat orang laen, mudah. Melihat diri sendiri, perlu ada cermin dulu. Kalau tak suka tengok cermin, tak nampaklah.

Siapa bilang bercakap tentang orang laen itu tak boleh? Boleh. Kau set sendirilah apa niatnya. Niat hendak betulkan, tak apa. Itu maksudnya kau juga suka dan boleh dibetulkan. Terdiam.

Bercakap tentang kelemahan orang laen, mudah. Tapi rasanya maken banyak kau bercakap tentang kelemahan orang laen, maken banyak sebenarnya kelemahan diri kau yang kau sendiri tak sedar. Aku mula fikir macam tu. Terdiam lagi.

Rasanya, the best way is, kalau boleh aku taknak buat apa yang aku tak suka orang laen buat pada aku. Once aku buat, aku kena bersedia untuk terima semula hal yang sama.

Orang kata, karma ya? What you give, you get back. What goes around comes around. Aku baleng batu pada orang laen, one day batu tu akan patah balek ke dahi aku semula. Ahh! baru aku tahu saketnya bagaimana.

Aku dah banyak kali juga experience benda macam ni. Sebab susah nak lari daripada bercakap tentang orang laen. Menilai. Mengkritik. Dah banyak yang dikurangkan. Unfortunately, bad habit tu tetap maseh ada tersisa. Malunya. Menilai dan berkata buruk tentang orang laen? Silakan. Kalau kau boleh mengkritik, bermakna kau juga boleh dikritik kan? 

Err. Dari satu sudut yang laen. If ada orang kritik aku lepas ni, bercakap buruk tentang aku, aku try positivekan saja. Lupakan sentimental hati rapuh ni. Itu pun kalau boleh. Aku kata aku try.

Yang buruk-buruk itu, biarkan aku saja. Baru tak ada orang laen terasa.

Biarlah. Biarlah orang hendak kata apa. Asalkan kau tahu siapa diri kau sebenarnya.


Love & Sincere,
 

19 Apr 2012

Imaginasi Adalah Pelangi

Dear my Lovepediary,

Kadang-kadang, aku selalu underestimate diri sendiri. Err bukan kadang-kadang, tapi selalu. Aku selalu cakap ini aku tak boleh buat, itu aku tak boleh buat. Tapi cakap pada diri sendiri je la. Dengan orang laen, aku malu nak cakap apa-apa.  Kadang-kadang, cuba buat-buat yakin. Tapi selalunya, tak boleh buat-buat pun. So, cuma cuba sehabes baek sembunyikan je muka tak yakin tu. Rendah betul keyakinan diri aku.

Kadang-kadang, or lebih tepat selalu sebenarnya. Aku selalu fikir benda terlalu details. Aku susah nak simplify things. Aku selalu hadapi semua benda dengan perasaan dan fikiran complicated. Belum mula apa-apa, aku dah fikir jauh-jauh. Sebelum buat apa-apa, aku fikir dalam-dalam, terlalu jauh dalamnya. Aku fikir segala macam kemungkinan, especially kemungkinan yang negatif-negatif. Kononnya, aku perlu get ready awal-awal, in case kemungkinan tu datang and jadi kenyataan. Sudahnya, aku selalu lambat buat keputusan untuk banyak hal.

Dulu aku fikir cara aku dah paling betul. Kononnya, aku tak suka buat benda tanpa berfikir dulu. Kononnya, aku tak mahu menyesal  di kemudian hari. Sudahnya, aku selalu takut untuk mencuba semua perkara. Semua benda jadi complicated. Aku tak pandai nak  berfikir secara simple. Tak pandai nak simplify things. Jauh lagi untuk simplify lyfe.

Dah lama dah aku perasan, cara aku ni macam tak betul sebenarnya. Tapi aku tetap teruskan juga. Bila hadapi benda,  automatik itu cara yang aku guna. Automatik aku akan fikir yang semacam unnecessary things. Yang remeh-remeh, yang tidak-tidak. Orang-orang terdekat dah kenal sangat perangai dan pemikiran aku yang complicated ni. Benda nothing pun aku akan over react, take it very seriously. Benda yang aku tak perlu fikir or tak perlu fikir dulu pun, aku sebuk fikir. Padahal, benda tu belum tentu jadi. 

Kononnya, aku rasa sebelum jadi kenalah fikir dulu. Orang kata kan sediakan payung sebelum hujan. Takkan dah jadi baru nak gelabah and then baru fikir nak patah balek, mulalah nak kata If I can turn back tyme. Tapi, bila aku fikir betul-betul, cara aku juga yang tak betul. Aku terlalu penakut. Terlalu pernakut untuk ambil risiko. Terlalu takut untuk hadapi saat-saat kalut. 

Walhal, aku ikut jalan mana pun, macamlah tak ada dugaan. Macamlah ada satu jalan yang sangat smooth tanpa melalui saat sukar even sedikit pun. Mana pun jalan yang kita lalui, kalau untuk capai sesuatu, mesti and wajib tempuh duri dulu kan?

Dalam aku takut-takut, lepas aku puas fikir dalam-dalam yang kononnya dah bijak sangat cara aku tu, aku perasan aku boleh je lalui benda-benda kalut tu. Lepas tu aku terfikir pula, hidup ni sebenarnya tak payah nak fikir terlalu details ke? Tak payah nak fikir dalam-dalam sangat ke? Nike kata, Just Do It. Kiranya, redah je la.

Aku dah lama tahu, keyakinan diri aku ni memang selalunya rendah. Tapi hari-hari kebelakangan ni, macam ada satu keyakinan datang. Tiba-tiba aku nampak apa yang aku tak pernah nampak sebelum ni. Apa yang aku tak pernah cuba lihat, sebab aku takut. And now, bila aku dapat lihat, ada suatu rasa aneh yang muncul. 

Rasa aneh tu aku rasa keyakinan. Keyakinan yang aku susah sangat nak dapat. Orang kata, nak capai sesuatu, kita kena cari kekuatan dan kehebatan yang ada dalam diri kita. Selama ni, aku buta dengan itu semua. Macam biasa, aku under estimate diri sendiri. Err entahlah, aku maseh takut untuk terlalu yakin.

Seorang guru ada beritahu, if nak capai sesuatu, kita perlu imagine dulu benda tu. Then kita try visualize. Then, imagination plus visualization, it will become reality. Macam tu lah lebih kurang. So, aku cuba cari maksud imaginasi.  

I imagine flying there around the Rainbow

Err aku rasa imaginasi tu adalah pelangi. Sebab setiap kali aku nak imagine apa yang aku impikan, aku nampak pelangi. Hidup aku, aku mahu ia seperti pelangi.

Pelangi. Cantek. Warna-warni.


Love & Sincere,
 

17 Apr 2012

Ke Mana Mereka Pergi?

Dear my Lovepediary,

Aku rasa kehilangan. Ke mana mereka pergi? Sudah lama aku realize kehilangan mereka tapi tak tahu ke mana harus aku cari. Sudahnya, aku hanya mampu menunggu dan menunggu hingga tuan punya electronic diary muncul kembali.

Pertama, My Little Diary oleh Rima.

Last entry bertarikh 21 February 2012

Blog ni aku pernah mention suatu masa dulu yang aku suka baca. Style entry dalam blog ni untuk aku, aku suka. Untuk aku, cara Rima menulis laen daripada yang laen. Selalu buat aku tersentuh. Sesuai la untuk orang macam aku yang suka baca benda-benda yang menyentuh ni. 

Last entry Cukup Sampai Di Sini pun dah bagitahu Rima harus membiarkan blog dea bersawang untuk seketika, ntah bila dea akan datang semula. Tak sangka lepas tu dea betul-betul menghilang dan belum mampu muncul sampai sekarang. Bila kita dah ikuti lyfe orang tu, tertanya-tanya juga kan? Sedih je entry tu aku rasa bila tempoh bercuti yang dimaksudkan tu benar-benar berlaku. Curious gila. Err diulangi, untuk orang-orang yang mudah tersentuh sahaja.

Kedua, belog Serius Santai oleh Robot Kuning.

 Last entry bertarikh 25 March 2012

Aku juga salah seorang pembaca setia blog ni sejak mula-mula lagi aku kenal blog ni. Err pengomen paling tegar lagi. Penulisannya serius santai, menepati nama blog. Sebelum menghilang, aku sempat perasan dea sempat create satu blog baru iaitu Kuaci Wangi. Aku fikir dea mahu deactivate Serius Santai  dan mahu buka buku baru dengan Kuaci Wangi. Tapi Kuaci Wangi juga aktif cuma hingga 25 March 2012, juga dengan entry yang sama dipublish. 

Kepada Kay Are, entry Kuaci Wangi yang INI, kau mesti suka. Believe me. Sila baca. Cehh.

Penutup cerita.

Nampak macam kehilangan dia orang belum lama. Tapi macam yang aku mentioned tadi, bila kita dah ikuti lyfe dan setiap cerita orang tu suddenly mereka diam or menghilang, mesti kita akan tercari-cari dan curious kan? Ke mana mereka pergi? Apa yang terjadi? 

Err aku tak rasa pun kedua-dua blogger di atas akan terbaca misi pencarian aku ni. Tapi kalau boleh aku berharap dia orang boleh kembali berblogging. Sebab, kehilangan dia orang, buatkan aku kehilangan dua buah material or bahan bacaan favourite aku. Aku rindu membaca tulisan-tulisan mereka.

So, aku just tunggu dan tunggu dan tunggu. Sambil berharap penuh.


Love & Sincere,
 

13 Apr 2012

Aku Bila Lagi?

Dear my Lovepediary,

Situation 1:

(Sms Conversation on Date 05th April 2012)

(Received from Mak)
Mak: Mak bulan 11 ni timang cucu Tengku.

(Replied to Mak)
Aku: Ya Allah! Bestnya! Habeslah camne Diya ni? Haha.

(Send to Iza)
Aku: Congrats! :P

(Received from Mak)
Mak: Jangan tanya Iza dulu tau. Takut mak.

(Replied to Mak)
Aku: Alamak dah msg dah. Camne?

(Received from Iza)
Iza: Congrats apa?

(Replied to Iza)
Aku: Err salah msg. Hehe.

(Received from Mak)
Mak: Tarek balek tak bleh?

(Replied to Mak)
Aku: Mak ni, takut apa? Diya dah cakap Diya salah msg Iza tadi. Haha.

(Received from Iza)
Iza: Laa. Haha.Okey2.

                                                  ------------------------------

Situation 2:

(Sms Conversation on Date 07th April 2012)

(Received from Iza)
Iza: Diya katne? Malam ni gi mana2 tak?

(Replied to Iza)
Aku: Dalam kelas. Malam ni cam free. Nape?

(Received from Iza)
Iza: Ingat nak belanja semua makan kat depan Angsana tu. Kalau takde pape jom
        la kol 800 ke.

(Replied to Iza)
Aku: Depan Angsana tu katne? Restoran apa? Ni sempena apa ni? Hehe.

(Received from Iza)
Iza: Kat Restoran Remaja Classic. Bertentang dengan bangunan Telekom. Ni
       sempena hari tu dapat bonus. Hehe.

(Replied to Iza)
Aku: Owh. Restoran Remaja tu tau la. Okeyy2! Meet u there! :D

                                               ------------------------------

Kesimpulan situasi 1, Iza dah preggy. Kesimpulan situasi 2, Iza cuba berkongsi kegembiraan sebab dah preggy, tapi maseh belum bersedia mengaku yang dirinya sudah berbadan dua. 

Adek aku, Iza bernikah pada 31st December 2011.  Iza kerja office hour, hubby nya pula kerja 11pm-7am. Kiranya marriage lyfe mereka ni sekadar Touch & Go je lah. Pagi kadang jumpa kadang tak. Petang hingga malam ade la jumpa paling lama dalam 3-4 jam mungkin.

Pagi, hubby balek kerja, Iza pula dah sampai masa kena pergi kerja. Malam, tolak dinner tolak itu ini, sempatlah curi-curi masa siket dia orang bermesra. Then around 10pm Suami pula dah kena bertolak pergi kerja. Mak aku punyalah risau and kesian. 

But now, after lebih kurang 3 bulan setengah mereka bernikah, she's preggy, walaupun sampai sekarang dea belum mahu bercerita dengan aku. Touch & Go pun kalau dah namanya rezeki tetap ia datang. So, aku bila lagi? Maseh menjadi persoalan. Kahwen dah lebih kurang 2 tahun 4 bulan. Err. Aku cool-cool je ni.


 Love & Sincere,
 

10 Apr 2012

Trouble Sleeping

Dear my Lovepediary,

Last week, lepas struggle gila settlekan assignment Law until Thursday morning, then aku ada class about 11am until 1pm. And then, balek tu kena struggle pula untuk test on Friday morning. Okeyy, gila ah! Aku cuma ada beberapa jam je untuk study. And satu lagi kelemahan aku adalah untuk survive and study dalam subject membaca ni. 

After finished class 1pm, tak mungkin aku boleh directly switch on mood study. Petang pun baru nak warm up. Dinner awal, before 7pm. Then lebih kurang 8pm baru mood study tu slow-slow datang. Tinggal berapa jam je sebelum test esok paginya. Ada 11 chapter perlu cover. And because of that, aku cuma tidur 2 jam je. Itu pun tertidur, lebih kurang 430am. Pukul 5 lebih aku terjaga, tak mampu buka mata. 630am terjaga semula and cuak gila belum habes cover semua chapter.

Kesimpulannya, aku cuma tidur 2 jam malam tu. Esoknya mata rabak gila. Jawab test pun pening-pening lalat. Salah masuk dewan test pun ada juga. Pening lalat punya pasal. Err, Trouble Sleeping tu kalau kita tak boleh nak tidur sebab memikirkan sesuatu kan? Err, case aku ni Trouble Sleeping sebab nak kena study. Boleh juga kan? Err

Bicara pasal Trouble Sleeping & tidur 2 jam ni, teringat masa zaman kerja dulu. Setakat balek malam tu jangan cakap la, almost everyday. Aku tak tahulah aku ni workaholic atau terlebih rajen atau sebenarnya punyai masalah menguruskan masa. Aku rasa kerja aku tak pernah habes, sentiasa banyak, that's why aku jarang-jarang balek ikut office hour yang sepatutnya. 

Memang selalu orang kata kerja rajen macam mana pun, kerja memang takkan habes, so tak perlu kerja rajen sangat. Kerja kuat macam mana pun, company bukan kasi kita speciality apa-apa pun, so tak perlu kerja kuat sangat. Tapi, if aku tak settlekan kerja aku sendiri, hujung-hujungnya pun bukan ada orang bantu. Kalau dah kerja aku, tetap aku juga yang kena settlekan nanty. So, aku fikir daripada aku kelam kabut at the end nanty, aku sanggup balek malam setiap hari.

Masa dengan latest company aku kerja, aku memang sebok gila. Schedule aku pack everyweek. In a week, almost everyday aku ada meeting. Kiranya almost everyday tu jugalah aku cuma ada half day je dalam sehari untuk buat kerja. Half day tu tolak itu ini berapa jam je aku boleh mengadap pc buat kerja? That's why bila semua orang laen dah balek, aku tak balek-balek lagi. Almost everyday aku yang kunci pintu office. Seram tak seram, aku harungi juga. 

Masa nak tender, lagilah aku berganda sebok. Dengan masa yang tak seberapa tu, bilalah masa aku nak betul-betul concentrate design. Dengan architect yang asyik tukar design last minute lagi, nak kena check kerja draftperson lagi. Memanglah semua designer hadapi benda yang sama. Tak kesahlah. Sebok macam mana pun, aku harungi juga. 

Sampaikan ada satu masa tu, aku sebok gila sebab satu project ni nak tender. Okeyy, project tu memang under aku, tapi aku coordinater, designer orang laen. Tapi disebabkan designer tu baru, so aku tolong tengok-tengokkan la juga kerja dea. Dalam masa yang sama, project yang aku design pun nak tender juga. So aku buat kerja aku sambil aku tolong-tolong guide designer baru tu.

Lepas waktu tender, boss panggil aku as coordinater dengan semua yang terlibat dengan project tu. Boss reject semua drawing tu. Sebabnya? Salah design tu adalah siket, tapi overall masalahnya adalah drawing tu sendiri, susunan tak kemas, tulisan tak boleh baca, salah scale, etc. Boss yang selalunya baek tu pun aku nampak muka dah laen macam. Kecewa gila.

Salah aku juga. Aku yang tak sempat nak check semua drawing tu sebab aku sebok dengan kerja aku sendiri. Tapi, aku pun kecewa juga, sebab maseng-maseng yang buat kerja tu pun sepatutnya sama-sama bertanggungjawab la jaga kualiti kerja maseng-maseng. Aku cuba redakan keadaan dengan tak menyalahkan sesiapa, aku try kasi alasan terbaek pada boss. Tapi sayangnya, boss aku tak terima langsung alasan aku. And aku sebagai coordinater, aku percaya waktu tu aku yang paling dipersalahkan. Aku faham, boss aku kecewa gila. Tak apa, aku mengaku kelemahan dan kesilapan aku walaupun aku rasa situasi tu tetap tak adil.

Because of that, kita orang berkampung la satu malam tu betulkan semula semua apa yang patut. Aku pun terpaksa tolong part design & part betulkan drawing juga. Kerja aku terpaksa aku abaikan. Tak sampai hati aku nak biar draftperson tu buat seorang. Confirm tak terbuat punya sebab esoknya boss nak drawing tu semua disubmit semula. Bersatu tetap bersatu malam tu, tapi aku manusia biasa. Ada rasa marah, geram, stress, tak puas hati, etc yang negatif, walaupun aku tak tunjuk masa tu. Kita orang stay back kat office satu malam. Jam 8am baru aku balek rumah, mandi-mandi & siap-siap then masuk office semula kerja macam biasa. Tak tidurlah maksudnya.

Lepas tu aku terpaksa pergi ke office on weekend untuk siapkan kerja aku pula. Yang ini pun buat aku stress tapi malas aku nak cerita detail. Dari side aku, memang aku nak salahkan orang laen je. Tapi aku tau aku pun bukan perfect sangat. Tapi sekali lagi aku kena stay back office satu malam. Entahlah. Aku rasa tinggi juga kesabaran aku waktu tu. Segala perasaan negatif aku control & buang jauh-jauh. Yang penting, kerja kena siapkan juga. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Sabtu pagi aku masuk kerja, tinggalkan Suami keseorangan hujung minggu. Sabtu malam Ahad juga aku di office, Suami di rumah. Ahad pagi baru kerja siap then nak kena plot/print semua drawing. 

Lepas tu draftperson minta balek, then aku yang tunggu drawing tu sampai habes. Stress. Tengahari baru settle semua. Aku balek rumah, mandi-mandi, then aku keluar semula ajak Suami teman untuk hantar drawing-drawing tu ke office QS. Nahhh, baru settle semua aku punya kerja. Memang adventure gila! Aku tahu aku pun tak perfect, aku tahu kelemahan tu ada yang datang dari aku juga. Aku cuba lenyapkan semua perasaan marah, tak puas hati, stress yang datang. 

Tapi hujung-hujungnya,  setelah aku bagi 100% commitment, selepas aku sacrifice macam-macam yang penting dalam hidup aku, setelah aku buang idea-idea dalam fikiran aku tentang kesan kelemahan orang laen terhadap aku, aku juga yang tak kekal kerja di situ. Sebabnya? Tak mampu aku cerita keperitannya. Tak apalah. Kejadian pun dah setahun yang lepas. But makan masa juga untuk aku lupakan keperitan tu. Now aku perlu focus pada mission baru.

Untuk hilangkan stress berkongsi rasa jiwa aku, sebagai tanda terima kaseh, aku hadiahkan lagu ni untuk kalian untuk terapi minda. Lagu yang aku layan waktu zaman agas-agas dulu. Heks!



Trouble Sleeping by The Perishers

Serta lagu ini dari band yang sama.


Sway by The Perishers

 End.


 Love & Sincere,

7 Apr 2012

Can Anyone Help Me In Law And English?

Dear my Lovepediary, 

Kebusyan yang aku gembar-gemburkan minggu ni sudah tamat. Alhamdulillah. Akhirnya dapat juga tempuhi hingga titik akhir. Itulah lyfe. Hendak tak hendak, suka tak suka, takut or berani, hari-hari tetap berlalu juga. And now, cuti mid sem bermula! 

Last week, apa yang sangat mengganggu dan menghalang aku daripada bergembira adalah assignment Law. Tolonglah. Dulu, masa diploma or degree aku tak pernah belajar subject Law ni. Ini first tyme. And apa yang aku rasa terhadap subject law ni is SUSAH GILA! Okeyy, really salute you all those judges and lawyers out there! Kau orang ni mesti bijak pandai gila nak mampus. 

Aku layan satu Comedy TV Series How I Met Your Mother (HIMYM). Siapa layan sama? Err. Currently, this is the most favourite TV series yang aku selalu layan dengan Encek Mohd Fairuz (my Encek Hubby kepada sesiapa yang belum tahu) sejak kahwen. Tak tahulah if sitcom ni dah lama tayang kat Malaysia ni. Tapi aku baru tengok after kahwen. Boleh dikatakan everytyme nak dinner together at home, mesti nak sambil tengok cerita ni. Pantang ada free tyme, mesti layan cerita ni. Baru teringat, rasa dah lama tak tengok sejak-sejak busy ni. Rindulah.

Most favourite Sitcom Series. Kelakar and very connect to our lyfe.
Ada satu episode tu, Marshall (Law student) nak duduki satu exam untuk menentukan masa depan dea samada dea layak atau tidak to become a lawyer. And then, dea cerita ada macam-macam ragam manusia-manusia yang ambil sama exam tu. Ada yang baca soalan terus muntah. Ada yang tengah-tengah jawab exam suddenly student tu menjerit macam histeria and lari daripada bilek exam. Kiranya dah gila kut student tu. But then, Marshall ni survive la exam tu. Okeyy, baca ayat aku memang tak kelakar. Kau orang kena tengok baru rasa kelakar. Ehem.

And the episode yang dea nak check result dea untuk exam tu is one of the most aku punya favourite episode. Sorry pada yang tak pernah tengok. But i really suggest you to watch that cerita. So far, dah 6 seasons aku tengok, aku dah macam kenal watak-watak dalam cerita tu macam member-member aku jugak pulak. Pernah tengok Friends? Kepada yang belum pernah tengok HIMYM, dea lebih kurang sama la macam sitcom Friends. Kepada yang layan HIMYM juga, antara dua tu, mana lagi best? 

End about HIMYM.

Now about Law. Aku nak beritahu aku tak berapa menggemari subject Law. Actually, aku rasa problem tu datang sebab I'm not good in English. Pity me. Dalam banyak-banyak subject, seriously Law adalah subject yang aku paling blur. How worst is that? So far, 7 kali 3 hours class yang aku dah hadiri untuk subject Law ni, aku rasa aku pun tak tahu apa yang aku belajar. Seriously. Pity me again. 

And now dah faham siket pun sebab dah kena buat assignment and test yang macam homework. That means it is a test tapi buat kat rumah. Tapi aku rasa aku cuma dapat about 5-10 percent je kut apa yang lecturer tu ajar. Seriously. Macam mana aku mahu jawab dalam final exam nanti? Pity me again and again. 

Aku rasa if subject Law ni diajar in Malay aku tak stress and terseksa macam ni sekali kut. Subject laen pun memang  in English, tapi aku boleh jugak la catch up for the idea of the subject. Law ni, memang hancur. Akta tu, akta ni. Orang ni saman orang tu, orang tu saman orang ni. Seriously, apa ntah aku belajar. 

About English, dulu diploma and degree pun aku belajar and exam in English jugak, tapi aku boleh je survive. Tapi ntah lah Law ni. Aku takut jugak aku jadik macam situasi dalam HIMYM bila jawab exam nanti. Cehh. Padahal baru belajar law siket je. Bukan Major aku Law pun. Sorry Madam Law. Aku rasa aku buat dea sedih je if dea terbaca apa yang aku tulis ni. Err

Seriously. English aku teruk gila. Bila aku tulis in English dalam blog roman picisan ni, aku try poyo-poyo je untuk improve English sebenarnya. Sorry if you confused. Sorry for the grammatical error. Sorry if termeluat. And thank you for your understanding. Err. Tolong jangan kata aku poyo. Nanti aku down and tak confident nak belajar English lagi. Ayat sedih je.

End about Law and broken English.

Err sebenarnya original title untuk entry ni adalah Trouble Sleeping. Tapi sampai 10 perenggan ni tak masuk lagik part Trouble Sleeping. Tak update seminggu terus banyak cerita terpendam. Err. Postpone lah Trouble Sleeping. Tapi ada siapa-siapa yang dah boleh teka? Ehem.


Love & Sincere,
 

2 Apr 2012

Emo Rabak

Dear my Lovepediary,

Lately, aku sudah mula busy dengan student lyfe selaen tuntutan komitmen hidup yang laen juga. Maksud aku busy is busy. Means aku sudah mula banyak kerja. Dah kelam kabut uruskan masa. Dah pening-pening tak tahu mana yang patut aku dulukan. Memang kadang-kadang aku leka dengan lebih mementingkan hiburan untuk diri sendiri melebihi mementingkan pelajaran. Memang kadang-kadang aku leka dengan asyik menangguh kerja. 

Tapi since last week aku rasa macam dah kurang rest. Serius lepak gila. Jadual tidur dah tak teratur. Last week maybe aku banyak juga buat unnecessary things yang sepatutnya aku boleh tangguhkan dulu. Admit, salah aku sendiri. Tapi this week aku sudah betul-betul busy. Selaen belajar, aku juga dikelilingi dengan komitmen-komitmen laen yang aku tak boleh abaikan. Kalau boleh aku nak abaikan, tapi tak boleh.

So, aku cuba susun jadual hidup aku satu-persatu, cuba untuk selesaikan satu-persatu. Aku cuba dahulukan hal yang lebih penting, lebih-lebih lagi hal yang sudah bertangguh lama. Certain kerja aku bertangguh pun bukan salah aku sahaja, tapi salah situasi. Err

Just cut it short, Sabtu hingga tengahari Ahad aku settlekan family things, tolong Mak punya kerja. Alhamdulillah, Ahad tengahari dah settle. Suami pula perlu pergi ke KL atas urusan kerja. Maseh ada dalam tangan, beberapa assignments & test yang aku perlu langsaikan dan hadapi dalam masa terdekat. Semua belum bersentuh.

Atas sebab Suami pergi KL, atas sebab sudah beberapa minggu aku dah tak balek rumah Mak Abah di Taman Perling, dan atas sebab family things yang aku mentioned before, Ahad around 3pm aku balek rumah Mak Abah. Bawa segala materials untuk aku settlekan beberapa assignments yang perlu aku prepare before Monday. Malam ni tidur sini. Tapi, dah tak balek rumah Mak Abah beberapa weeks punya pasal, and semua adek beradek aku pun ada sama, atas kerinduan membuak-buak terhadap anak-anak buah, tak dan aku nak buat kerja. Satu pun tak mampu aku sentuh.

After tengah malam, baru nak start buat semua kerja. Tapi sebab memang dah beberapa lama tak cukup tidur, then otak pun dah tak function. Apa yang aku baca semua dah tak masuk otak. Flat gila. Tapi kerja yang diperlukan esok semua belum siap. Kepala dan otak pula dah tak larat. Serius dah tak boleh terima apa-apa. Suami call daripada KL, mengadulah sedih gila kerja belum siap tapi dah tak larat. Suami suruh tidur dan sambung kerja esok. Tapi, bila aku fikir pasal komitmen, aku cuba juga paksa diri. Aku kata pada Suami, aku perlu paksa juga.

Sejak semalam pula, aku terasa saket tekak yang agak menggila. Everytyme telan air liur, terasa macam ada bengkak dalam tekak aku. Apatah lagi telan nasi. Bila ditinggal kekaseh ni, tyme ni lah semua nak rasa saket. Mulalah nak rasa tak sedap badan. Mengada lebih.

Tiba-tiba Mak dan Abah tegur. Dah kul bape ni Liya? Buat kerja lagi ke? Tidurlah, dah lambat ni. Macam mana buat kerja sampai tak cukup rehat camtu sekali? Ahh, tetiba rasa emo gila. Tengah melalui saat-saat sukar ni, teguran-teguran macam tu, lebih-lebih lagi daripada parents sendiri betul-betul buat aku emo gila. Dah lama tak dengar Mak Abah concern macam tu sejak-sejak hak penjagaan aku dah diserahkan kepada Suami. Ahh, Suami pula tak ada. Tambah emo.

Mulalah aku nak rasa, kenapa aku perlu lalui semua ni? Kenapa aku perlu sambung master? Kenapa aku perlu hadapi konflik kerjaya? Kenapa? Kalau kerja aku tak ada masalah dulu, aku tak perlu stress-stress lagi buat assignments yang memeningkan kepala aku ni, fikirkan test minggu depan. Tak perlu rasanya jadi student semula. Emo rabak. Mulalah nak kaetkan semua perkara.

Finally, aku tak berjaya paksa diri untuk buat kerja. Aku hadap komputer riba cuma dengan pandangan kosong je. Betul-betul tak boleh berfikir. Then aku surrender. Aku off sahaja lappy. Aku paksa pun tak ada hasil apa-apa. Lagipun bila dah over-sentimental ni, memang satu kerja pun tak boleh buat. Confirm, decide. Off lappy. Mahu tidur.

Original written: 02 April 2012, 1:25am.

                                   ------------------------------------------------

Aku masuk bilek sekitar 1:25am malam semalam, tak boleh nak tidur pun. Kepala maseh fikirkan kerja yang belum siap, sepatutnya dah kena siap. Emo rabak pula ingat Suami. Tyme ni lah Suami takde.

Terus text Encek Mohd Fairuz:

Orang dah tak boleh nak carik pape info. Kepala org flat gila. Orang try paksa tapi terus rasa nak nanges plak. Orang rasa patutnya better orang duk umah sesorang wat keje. At least siket pun orang yakin ada jugak hasil. Ni duk sini satu benda pun tableh buat, dear. Yang orang print kat umah tadi pun, esok baru orang nak baca. Skang orang dah tak larat nak paksa. Emo gila camni memang tableh wat keje. Tekak orang saket gila plak tu. Orang nak tido. Gudnyte dear! Kejut orang esok 630 in case orang tak bangun. Rindu dear :'( Emo gila!

Last-last, menanges dalam gelap. Serius. Emosi menggila. Entah pukul berapa baru aku terlelap. Itu pun dua kali aku terjaga semula sebelum sampai waktu Subuh. Now, maseh menunggu kepulangan Suami. Cepatlah sampai rumah.


Love & Sincere,