11 Jun 2012

Silent Mode

Dear my Lovepediary,

Lebih sepuluh hari dah tak menulis. Tak sempat aku nak beritahu tentang hari-hari yang bakal aku diam buat sementara. Mereka yang aku tegur hampir setiap hari, atau mereka yang update entry hampir setiap hari, yang mana aku akan komen pada setiap entrynya, mungkin perasan jugalah bila aku diam seketika. Sepatutnya, aku taknak buat kau orang tertanya-tanya, itu pun kalau ada yang tertanya-tanya. Tapi, aku betul-betul tak sempat nak beritahu. 

Sepatutnya, aku nak beritahu awal-awal. Mungkin aku akan diam sementara hampir sepanjang bulan. Tapi, kesibukan aku datang dengan tiba-tiba. Mendadak. Aku pun agak terkocoh-kocoh juga nak settlekan semuanya. Beberapa hari lepas, aku hampir tidak kenal siang dan malam. Aku lupa tentang waktu makan. Aku tidak endah tentang matahari dan bulan. Hampir sepanjang masa bersengkang mata mengadap banyak tulisan. Hampir juling mata aku dibuatnya. Semuanya sebab apa?

 Credit untuk Encek Mf tolong buatkan Jadual ni cantek-cantek

Final exam! Tapi bukanlah maksudnya aku tak tahu-menahu tentang kedatangan final exam ni. Cuma, bila hampir-hampir nak sampai final exam, tyme tu lah lecturer berebut-rebut nak bagi assignment terakhir untuk semester ni. Assignment bukan ringan-ringan punya assignment pulak tu. Tapi as student, terpaksa redha je lah. Itu jugak yang akan bantu cover result aku in case tak dapat nak score gila-gila kat final nanti.

Okey. Final exam aku start 09 June 2012 and akan berakhir pada 25 June 2012. That means kelmarin satu paper dah lepas. First paper, Construction Law and Contract pulak tu. Kalau ada yang maseh ingat, aku memang stress and risau gila dengan subject ni. Sebab tu aku agak gila jugak untuk mengadap paper ni masa final. So, lepas aku jawab paper tu kelmarin, kesimpulannya, err tak ada kesimpulan. Erk! Pada aku janji dah lepas je. 

Serius aku study Law gila-gila sampai nak muntah masa hampir-hampir sampai hari paper Law. Aku cuma harap aku boleh cepat-cepat muntahkan semua yang aku baca and after that aku boleh delete semuanya daripada kepala aku ni. Adeh. Yang penting, aku rasa aku dah usaha gila-gila dengan subject Law ni. So, lepas ni grade apa pun yang aku akan dapat untuk subject Law ni nanti, aku redha je. Sebab aku rasa aku dah puas hati dengan usaha aku sendiri. Memang setakat itu je yang aku mampu usaha. 

Aku pun tak sangka aku akan sekomited ini. Tapi, entahlah. Menjelang je final exam, aku tak sangka aku betul-betul boleh ketepikan blog. Ada juga aku login sekali sekala. Ada juga aku datang blog kau orang. Baca update-update terbaru. Segelintir antara kau orang, aku datang baca, cuma aku tak sempat nak komen. Eventhough nak komen tu cuma makan masa dalam 60 saat je untuk menaep and then publish, tapi serius fikiran aku now fokus pada final exam je. Aku tak mampu nak fikir yang laen-laen.

So, buat sementara ni aku hutang dulu untuk komen pada entry-entry kalian. Aku tahu ada banyak update-update yang aku tertinggal untuk komen. Bila aku dah kembali nanti, err kalau aku mampu aku baca semula satu persatu dan komen. Itu kalau aku mampu. Rasanya memang mampu. Lepas final exam dah tentu-tentu semester break. Err terasa muda bila cakap pasal ni semua. Erk! Confirm tak ada benda laen yang aku hadap selaen blog. Err. Tapi buat masa sekarang, aku apply title silent reader dulu ya.

Lepas ni ada 4 paper lagi untuk aku hadapi. Kemungkinan besar aku cuma akan muncul semula lepas selesai final exam nanti. Komited tak aku? Komited kan? Ceh. So, sesiapa yang sudi tu tolong ya doakan aku supaya diterangkan hati dan dipermudahkan untuk jawab soalan final. Ya, aku tahu doa aku sendiri adalah lebih afdhal. Tapi, kalau ada kawan-kawan yang sudi doakan sama, kecil tapak tangan kau orang, kecil lagi tapak tangan aku, aku rasa. Err.

Last but not least. Err. Ada yang sampai menanges-nanges kat fibox aku sepanjang aku tak ada. Siapa agaknya ya? Terharu gila aku dibuatnya. Rasa nak ketawa pun ada. Jangan lupa rindukan aku ya. Kahkah!


Love & Sincere,
 

17 comments:

  1. dahulukn yg penting ye mkcik..semoga bjye suma paper :-w

    aku tgh stdy week tp serupa holiday week. xde kesedaran betol kahkah.,
    #nanes.

    ReplyDelete
  2. mesti cekgu bundle menangis tu!! haha



    pentingkan mana yang terpenting kerana yang terpenting itu lebih penting dari yang penting....sekian sahaja dari saya, selamat ber-exam kak liyaa :D

    ReplyDelete
  3. lama sungguh meninggalkan zaman exam2 nih.rasanya dah berkarat kepala otak ni.hehehee...gudluck dear!

    ReplyDelete
  4. Dulu masa study last minit, sy buat benda ni
    minum minuman bergas - cola etc. Dr segi Kimia, boleh kurangkan sakit kepala dan stress.
    beberapa hari sblm exam, sy biasa cek lectr note dan rujuk buku rujukan yang "bold". Semoga berjaya.

    ReplyDelete
  5. bz exam rupenye.. camtu ok.. fokus dulu exam tu.. nanti dah habis exam.. dah free.. dah merdeka.. baru blogging balik ok? good luck!! ^^

    ReplyDelete
  6. hye lya..wish u luck for final exam..do the best..chayok!!

    ReplyDelete
  7. gudluck...all the best utk exam.. :)

    ReplyDelete
  8. sekilas pandang yang kredit tu aku ternampak encik H plak..ekekeke..

    gudluck la makcik..jawab exam bebaik..

    ReplyDelete
  9. all the best ye. hehe. satelkan apa yang penting dulu, blogging bila2 pun boleh :D

    ReplyDelete
  10. takpe kak,silent mode seketika untuk exam, fokus ya kak.

    good luck. jangan nakal2 :p

    ReplyDelete
  11. exam...???
    huuu scary me!!
    MLD pun bole naik giler kalau menelaah buku bila time nak exam,
    yg paling takut, bila baca tak masuk otak.... otak dah karat ler...dah tua..

    ReplyDelete
  12. fuhyooo...bz betul...goodluck2...nti BW la kt tmpt ct ye :D

    ReplyDelete
  13. belajar rajin rajin adik manis

    ReplyDelete
  14. kak liyaa...adakah selepas MAM1013 akan kembali aktif?? kalau betul...tak lama je lagi.


    usaha eskalator kejayaan..selamat maju jaya.

    ReplyDelete

Shout Your Quotes