28 Jun 2012

Kembali Bebas Bernafas

Dear my Lovepediary,

Exam dah selesai. Alhamdulillah, yang penting dah settle. Kelmaren adalah hari bersejarah kemerdekaan aku lepas bebas daripada penjajahan exam. Serius bebas. Ringan gila kepala aku bila dah settle last paper kelmaren. Maklumlah, dah lama tak rasa exam-exam ni. Semenjak dah lama tak menduduki exam, stress lebih-lebih pulak aku bila nak mengadap exam ni. Lima paper semuanya membaca. Mau tak stress. Membaca, menghafal, err blur.

Habis cerita tentang exam. Yang ada cuma rindu. Rindu gila kat kau orang semua. Habes je exam terus aku excited gila nak menegur sapa kau orang semua. Excited nak buat entry tambahan (komen) kat entry-entry kau orang. Selama exam aku tahan je nak komen, konon-konon taknak kasi hilang fokus. Sebab bila aku dah komen, mula lah aku nak klik lagi dan lagi blog kau orang untuk baca komen-komen orang laen pulak. So, aku decide jadi silent reader je.

Err masuk perenggan ketiga entry kali ni. Kenapa aku rasa aku menulis tanpa tentu arah ni? Aku sebenarnya macam dah hilang skill menulis. Aku rasa macam susah gila pulak nak buat entry ni. Aku dah lupa macam mana cara nak buat entry. Ergh! Serius blur. Aku ingat habes je last paper kelmaren aku terus nak update entry baru nak menunjukkan betapa rindunya aku dengan kau orang semua. Tapi as usual habes je exam perkara pertama nak buat mesti tidur.

Itu yang paling penting menggantikan nikmat tidur yang beberapa lama hilang sepanjang exam. Malam setiap kali sebelum paper exam aku confirm cuma tidur 2-3 jam je. 4 jam kalau terlajak. And setiap malam aku tidur bawah cahaya lampu yang terang benderang. Tak berani tutup lampu. If tutup lampu, takut terlalu lena lantas semaken nyenyak dan tak terbangun. So, setiap malam tidur bawah terang cahaya lampu. Memang hilang terus nikmat tidur kat situ.

Naseb baek encek Husband pun memberi support penuh. Masa awal-awal exam, aku tidur 430am dea pun follow tidur 430am, walaupun esoknya dea kerja. Start EURO, kita orang sama-sama menemani. So, tak pasal-pasal aku stay up pun join sekaki tengok bola, tak jadi nak study. Grrr. Tapi, sebenarnya aku stay up setiap malam pun bukan sebab nak study sangat, lebih kepada aku nervous dan terasa bersalah if syok-syok tidur lena sedangkan musim exam. Grrr lagi.

Yang penting sekarang, aku dah boleh berehat sepuas-puasnya. Boleh tidur ikut suka hati. Dua malam lepas straight aku tidur 430am jugak. Tapi boleh buat benda-benda yang aku suka, bukan terpaksa pura-pura memegang nota, mata pura-pura fokus, sedangkan fikiran aku melayang-layang entah ke mana. Gila stress macam tu! Tolong bagi aku subject mengira please. Subject membaca ni, serius stress. English words dea pulak nak bombastic words je, tak guna simple2 words. Dem!

Aku plan, kelmaren, after habes paper exam jam 5pm, nak tidur sekejap. Then malam tu dah excited nak update entry. Err tapi jari aku kaku gila. Apa yang aku nak tulis? Terasa speechless. Otak aku jammed tak boleh berfikir. Aku tulis ayat ni, tak sedap. Aku ubah ayat baru, still tak kena. Err aku blur macam mana nak menulis. Aku terasa buat entry adalah sesuatu yang amat sukar. Mungkin sebab idea aku dah aku curahkan sepenuhnya masa jawab exam agaknya.

Mau tak curah? Satu subject average kena goreng more or less sepuluh pages penuh. Budget lecturer kasi markah lebih. Harap-harap la apa yang aku goreng tu menjawab soalan. Harap-harap la lecturer faham tulisan cakar ayam aku yang konon-konon nak jawab laju-laju dalam tubuh badan menahan sejuk air cond dalam bilek exam. Dan yang paling penting, harap-harap la lecturer faham apa yang aku gorengkan dengan bahasa mat salleh aku yang err ntah lah. No comment.

Ataupun, satu lagi punca mungkin kenapa aku tak boleh berfikir menulis. Mungkin sebab aku tidur petang after habes last paper tu. Lepas Asar, orang kata tak baek tidur waktu tu. Nanti jadi gila. Err betul lah aku rasa. Macam terasa effectnya. Konon-konon. Sebab malam tu aku nak menulis entry, tak berjaya. Esoknya try lagi, still gagal. Entry ni pun 3 hari nak siapkan. Penat aku tukar waktu dalam cerita ni. Kejap petang tadi habes exam, kejap semalam, last-last jadik kelmaren.

Masuk perenggan ke sepuluh dah. Finally, jadik jugak satu entry kan? Fuhh! Berpeluh. Ingatkan perenggan satu je nak cakap pasal exam, tapi sampai ke final perenggan still pasal exam. Yang penting semester ni aku dah lepas. Now semester break. Lagi beberapa bulan dah nak raya. So, ada siapa-siapa ada cadangan untuk aku cari duet raya tahun ni? Tiba-tiba pasal raya. Ye lah, daripada aku duduk rumah tak buat apa-apa, better cari duet raya kan? So, cadangan?

Argh! Point sebenar nak cakap, aku rindu kau orang semua. Rindu nak berkongsi cerita. Rindu nakkan sedikit kata-kata lepas kau orang membaca cerita aku. Tipulah kalau taknak, walaupun cerita aku tak best. And for sure, rindu nak drop comment kat cerita-cerita kau orang. Habes exam itu hari aku terus nak komen. Excited. Lastly, maaflah entry ni macam tunggang langgang tak ada point. Anggaplah entry ni cuma sebagai introduction untuk entry-entry seterusnya. Err, blank.

Kau orang rindu aku tak? Siapa tak rindu aku lempang. Err -__-


Love & Sincere,
 

47 comments:

  1. mohon tidak terlalu berjela..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahniah makcik...siap la ko pasni..kahkahkah..

      #err..mohon cuti sebulan..

      Delete
    2. haha sori la liyaa dah smggu baru aku drop komen, aku dah bace b4 ni tp tak terkomen plak. hilang skill menulis pon bole panjang rupe ini ye., klu dpt skill balik tu cemane lah hahaha.
      liyaa yg detail :P

      Delete
    3. Takpe Chuu lambat komen pun. Sbb aku pun cuti blogging seminggu gak ni. Haha! Tu update cukup syarat je tu. Kang aku tak update2 kang korang ingat aku dah tak wujud terus dah :))

      Aku memang detail dan terperinci orangnya :-w Ahaha!

      Delete
  2. hai kak liyaaaaaaaaa. *lambaian miss universe*


    dalam susah rasa nak tulis entri sekali 10 perenggan daa...campur penutupnya. ini serupa exam dah ni...idea mencurah-curah apa. hehe.


    lega selega leganya kan dah habisss exam ni.. akak nak cari duit raya? jual kueh raya la...kalau tak nak buat sendiri cari kat orang. nijam orang ramai beli kueh tunjuk je..hehe.


    tahun ni family kita meniaga popia kacang tanah (sila google) untuk raya.

    ReplyDelete
  3. Ym.Bundle:

    Aku tak update pun salah, aku update pun salah. Jangan banyak komplen :-w

    :))

    Aien Alien:

    Hi Miss Universe! Biasa la Aien. Ni 3 hari punya hasil, dpt la 10 perenggan. Ahaha! Memang lega gila Aien. Terasa bebas dunia ni. Jual kueh raya sebenarnya biasa gak buat. Popia kacang tanah? Eh, kita ada chemistry la. Akak biasa jual popia udang kering tu. Hehe :P

    ReplyDelete
  4. Encik H:

    :-w

    Tu je nak cakap.

    ReplyDelete
  5. tu admin ckp dia blur nak tulis entri tu aien..kalau dia tak blur camne agaknya kan...kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika dia tak blur, habis dihentam komen2 kat sini nih. Haha..

      Delete
    2. Tunggu je la nanti dah hilang blur aku ni Apple. Ceh, ugut konon! :P

      Delete
  6. Liyaa: indirectly nak suh aku buat entry tambahan ke ni?kahkahkah..nanti kalau aku ada idea aku tambah komen yer..

    Bundle: kalau tak blur, gandakan jer entry ni 3 kali ganda..means 30 perenggan..

    ReplyDelete
  7. Ym.Bundle:

    Aku lempang kang :-w

    Encik H:

    Bukan. Tadi aku tak paham apa yang 9/10 :)) Takpe lah. Takyah r berfb kat blog kerdil aku ni :|

    ReplyDelete
  8. 30 perenggan..wakakakakaa...

    ReplyDelete
  9. Mohon admin buat novel ala-ala Norhayati Berahim.

    ReplyDelete
  10. Aku update cerpen kang dalam blog aku ni :| Jadikan entry. Err bajet reti wat cerpen :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Buat je cerpen... Lol. Mulakan dengan satu perkataan, kemudian satu lagi dan akhirnya panjang. Lol. Apple guna cara nih. Lol.

      Delete
    2. Apple ada buat cerpen ke? Meh nak baca :))

      Delete
  11. selamat berjimba2 lepas habis exam, haha

    ReplyDelete
  12. Wafiy Suzly:

    Memang berjimba gila ni. Kesempatan camni mmg takkan dilepaskan camtu je. Haha!

    ReplyDelete
  13. haa.so amacam dgn exam?
    agak agak?haha

    jom datimmm :p
    *rindu sgt dkt kawan blog :')

    ReplyDelete
  14. Syafiqakarim:

    Err exam tu berserah je lah. Tak mampu nak agak2. Bajet2 macam nak score tinggi tapi cara jawab aritu err ntahlah. Hehe.

    Detim? Jommmmmmmmm! Kat tasek ke taman bunga? :P

    ReplyDelete
  15. Nak komen even tak baca boleh? Hihi..Time aku pulak bizi liyaa oii :(

    ReplyDelete
  16. Fiksyida:

    Okeyy! Aku da merdeka Sida. Jangan jeles tau. Dah dah. Gi wat assignment tu. Takyah nak bw sangat :-w

    Haha!

    ReplyDelete
  17. Jiwa aku tertekan! hahaha..Lagi2 tgk kau dh merdeka :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. If camtu nak jek aku joget2 depan kau tanda kemerdekaan Sida. Saje nak bakar lebih. Bwahaha! :D

      Delete
  18. Replies
    1. Aah. Janji dah setel sume. Hilang segala tensen :P

      Delete
  19. Selamat Bebas dari Exam! :D hehe.. Pas abis exam, mmg tdo la bnd ptama nk buat kn.. ho3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Topup tidur seminggu baru cukup kan? Haha!

      Delete
  20. mesti rasa lega sangat dah bebas dr exam..hehe...untung ada suami yg slalu teman study~ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang untunglah ada Suami. Err err gi kawen cepatt! Mwehehe :P

      Delete
  21. Haha.. sebelas perenggan dan dua topik jelas, exam dan idea tulis entri. Jika dah masuk panjang begini, bukan takde idea tapi memilih idea maknanya. Lol. Semoga flying colors la result tu. Nampak sngt memeberi kesan kepada admin. Lol.
    Skrg demam Euro jadi tak heran mata-mata dok depan tv sebab nak tengok bola. Tak kira minat atau tak, dah kenal sape Ballatoli. Harap Spain menang.. Harap Spain menang.. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..Spain menang..tiba2 komen kat sini..kahkahkah

      Delete
    2. Apple:

      Memilih idea ke maknanya? Haha! Agak memilih jugak lah. Kang entry tak best or bosan tahap saket jantung kena kondem lak :P Terima kaseh Apple tolong berharap result exam tu flying colors. Cuak gak ni.

      Dulu b4 kawen ada gak join kekawan tgk bola. Tp tgk tanpa perasaan r. Sbb bkn paham sgt. Tp bila dah kawen ni sng sket. Apa yg tak paham, ada tempat reference kat sebelah. Dulu offside pun aku tak paham apa benda tu offside. Kahkah! :P

      Delete
    3. Encik H:

      Spain menang? Booooooooo!

      (Padahal aku tak sokong mana2 :P)

      Delete
  22. untung r dah habis exam <-- ayat selalu tengok dalam fb =P takde idea ko = +- 10 perenggan.. gile dahsyat.. tahun ni aku wat rekod ngan tak tengok satu match euro pun.. ish ish..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untung kan aku? Untung gila weyh dah habes exam! :P

      10 perenggan pun 3hari nak siapkan. Itu pun aku rasa err entry ni macam tak bermakna je. Stress gila aku nak wat entry. Jeles r kau wat entry laju cam air. Grrrr!~

      Tahniah atas rekod anda! Ahaha :D

      Delete
  23. syukur akak dah habis exam,sekarang masa untuk qada apa yg perlu diqadakan,hee

    rindu akak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg qada habis-habisan ni. Tidur dan rehat secukupnya. Pastu macam dah tak pandai nak berblogging. Sbb lama sgt cuti :P

      Rindu rindu awak jugeeee. Meh pelok meh :D

      Delete
  24. komen dulu .. aku bace dari bawah, hehehe

    yang aku boleh komen setakay nie ko baru lepas abes exam , kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kaseh sudi komen. Walaupun komen kau tu err cam tak patut je. Dlm entry aku bgtau yg aku baru pas abes exam. Pastu dlm komen kau bgtau aku balek. Patut ke tu? Cuba lagi ya! Bwahaha :P

      Delete

Shout Your Quotes