Dear my Lovepediary,
Habes je exam last week, aku dah
mula kelam kabut cari kaen untuk baju raya and cari tempat untuk buat
tempahan. Untuk pengetahuan, aku memang suka tempah baju kurung banyak-banyak
walaupun pakai baju kurung cuma untuk raya dan wedding je. Sekarang, ada juga
pakai sesekali untuk ke kuliah. Tapi feel pakai baju kurung masa raya and pergi
wedding aku paling suka. Best melaram. Walaupun ramai berkata banyak baju kurung yang dah siap sedia untuk dipakai boleh dibeli di kedai-kedai, tapi aku
kurang suka. Pernah juga sesekali beli. Tapi disebabkan saiz badan yang tak
berapa ideal ni, so aku memang prefer untuk menempah supaya baju tu lebih
selesa untuk disarung di badan.
Padahal, beli yang dah siap nanti
waktu raya hampir tiba lebih mudah. Harga pun lebih kurang je dengan menempah,
tak jauh beza. Padahal, bila aku dah ada 3, 4, 5 pasang baju raya yang ditempah
pun, waktu jalan-jalan shopping raya, tetap juga aku tergoda sepasang dua baju
raya siap yang dijual. Rambang mata juga. Hanya nafsu yang tahu perasaan
aku waktu tu. Waktu aku bekerja dulu, tak fikir dalam-dalam, asal berkenan
terus je rembat. Bila lebih suka menempah, so persiapan tu for
sure perlu dibuat lebih awal compare dengan cuma membeli yang dah siap. Certain
tailor lagi 3 bulan nak raya pun dah tak terima tempahan. So, if sekarang baru nak
tempah, memang aku agak gelabah.
Itu hari, konon-konon mahu
cuba berjimat cermat. Aku cakap pada Suami aku nak try cari tailor laen untuk
tempah baju raya sebab tailor yang biasa aku hantar tu, boleh dikatakan agak
mahal. Actually, untuk harga bandar, price tu normal. Tapi sebab aku tamak nak
jahit banyak baju, aku nak harga murah. So, aku cuba survey mana-mana tailor
kampung yang mungkin boleh jahit baju aku dengan harga
lebih murah. Cousin aku suggestkan kawan dea. Pada awalnya, aku memang agak kurang
yakin sebab kawan dea tu still student, yang ambil kursus menjahit kat
kolej kemahiran tempat dea belajar. Tapi bila aku dah setuju, macam-macam
masalah pulak yang menghalang. So, tak jadi.
Masa dah maken suntuk. Dah masuk end of June waktu tu. Aku rasa aku dah tak ada masa nak survey tailor baru. Tapi nak hantar dengan tailor lama, rasa pahit nak telan air liur ni. Walaupun bukan aku yang bayar, Husband yang akan bayar, tapi aku yang rasa pahitnya. Daripada aku habeskan banyak ratus ke arah baju je, baek aku jimat part baju, nanti ada duet shopping lebih untuk beli yang laen-laen. Tudung raya lagi, handbag raya lagi, kasut raya lagi. Semua nak kena fikir. Kalau aku kerja, aku tak fikir sangat. Laju je duet aku mengalir macam air. Tapi sebab Husband seorang prepare untuk raya, aku kena lah agak berfikir sama untuk berjimat. Senang cerita, isteri mithali. Sila jadikan contoh. Ehem.
Sebenarnya aku nak taep nak yang cantek dan murah.
*Nak jimat tapi demand* -__-
*Nak jimat tapi demand* -__-
Antara banyak-banyak feedback
yang aku terima, cuma ada dua orang kawan yang betul-betul boleh bantu. Seorang
cadangkan tailor tempat dea hantar tempah, harga agak
murah sebab tailor kampung. Maseh area Johor. Kebetulan dea memang nak balek
kampung Sabtu tu, and kebetulan sangat sebab status tu aku buat hari Khamis.
So, nak kirem kat kawan aku tu maseh sempat. Seorang lagi cadangkan kakak ipar
dea, harga tak pasti lagi, kena confirmkan dulu. Area KL/Selangor. Kebetulan
juga yang Jumaat tu aku memang nak balek rumah mertua, kat Ampang. If aku nak tempah dengan
dea, boleh aku bawak sekali kaen-kaen yang aku nak tempah then jumpa dea kat KL nanti.
Disebabkan Jumaat lepas aku agak
busy settlekan sesuatu, so aku tak sempat nak jumpa kawan aku yang kat JB ni
untuk hantar tempah. So, tinggal satu je pilihan, aku kena hantar kat kawan aku
yang kat Selangor tu. Sebelum balek Ampang, aku call akak tailor yang biasa aku
hantar tu untuk hantar tempah kat dea. Dea cakap sepasang dua bolehlah dea
terima. So, decide. Aku nak hantar baju yang sedondon aku dan Suami kat akak tu
sebab dah tahu puas hati. Dan hantar dua pasang kat kakak ipar
kawan aku yang kat Selangor tu, sebab baru first tyme nak try hantar kat dea,
tak tahu lagi puas hati ke tak. So, bukan maen jauh lagi
aku hantar tempah baju raya, daripada JB sampai ke Selayang.
Owh, inilah warna turquoise ya?
Tentang turquoise. Cadangnya,
tahun ni aku dan Suami nak pakai baju raya turquoise sedondon. Suami yang punya
idea. Tapi fahaman turquoise dea laen, fahaman turquoise aku pulak laen. Pada aku color turquoise tu ke arah biru. Husband kata ke arah hijau. Err bukan biru ke? Nak jugak menang. Sampai
ke sudah dalam kedai kaen argue pasal turquoise. Susah-susah sangat, decide je
tak payah nak turquoise sangat. Cari je baju color laen. So, tak ada lah baju
raya turquoise untuk tahun ni. Baru konon-konon nak buat kelainan daripada tahun-tahun lepas. Tapi angan-angan tinggal angan-angan.
Dah dah. Takde turquoise turquoise dah. Pilih color basic je senang. So, kita orang pilih color, rahsia. Erk! :))
Dah dah. Takde turquoise turquoise dah. Pilih color basic je senang. So, kita orang pilih color, rahsia. Erk! :))
Love & Sincere,
1st!!
ReplyDeleteEh, kaunter nombor aku dah bukak ke? -__-
DeleteAku tunggu, bukak jek terus serang..Kehkehkeh..
DeleteLiyaa.. bagi dia bil tuk satu helai baju raya. Nak sangat fisrt bayar bil. haha..
DeleteTul. Pasni sape first kena bayar baju raya aku. Ahaha!
DeleteApple dengki..lalalalla...
DeleteNak inform kat admin yang boipren saya ambik tempahan untuk baju pengantin dan baju raya..Hihi...
ReplyDeleteApsal tak cakap awal-awal Sida? Taon depan aku anta okeyy! Tapi nak tanya dulu awal2, mahal ke murah? Kalau mahal, mintak maaf awal2. Aku kedekut. Ahaha!
DeleteApesal tak tanya Liyaa? Kehkehkeh..
DeleteBuat masa sekarang semua kata Fik punya upah sgt murah berbanding orang lain..Tapi kalau Liyaa punya pasal aku suruh double harga sebab Liyaa kan kakak kaya..Kehkehkeh..
Harga double? Kau kejam r Sida. Err tu aku wat status tu kat fb. Kau taknak lak bg feedback kan? Bila aku dah anta baru nak promote Fik. Grrr!~
DeleteTakde2. Aku kedekut. Meh sini no fon Fik. Aku tanya sendiri. Kahkah! :P
Err, mohon perhatian..Kalau Liyaa ada baca entri aku mesti tau henpon Fik dh pecah..Kehkehkeh...
Delete2nd!!
ReplyDeleteCheh.. Saya 2nd la tadi. tapi amik masa tulis komen panjang2! Ini tidak adil!
Deletehahaha..mana boleh..lambat dok bawah yer...kahkahkah
DeleteJangan gaduh. Sila beratur untuk komen.
Delete:))
Apa masalah ni? Ce cite..kehkehkeh...
DeleteTurquoise tu macam kaler biru tapi agak terang, serupa dalam gambar tu lah. Lol. Adik sy buat baju kurung kat kazen, baru hbs belajar menjahit. baju sempit dan meninggi. Minta kat mak cik tuk wat baju kurung moden, tapi dpt kurung biasa super large, saiz makcik lak. Aisey. masa2 terhad ni, Liyaa bek cari yang pro even harga mahal sket kot. Lol Tapi dah hantar dah kan? Lol. next tym cari Syida lah Liyaa.. Lol
ReplyDeleteMmg r serupa dlm gambar tu sbb gambar tu mmg aku dpt bila aku google word turquoise :P Kau sokong aku r kan Apple, turquoise ke arah biru lebih drpd hijau kan? :D
DeleteUish? Takut aku dpt baju2 jenis camtu. Baju sempit meninggi r, baju kurung saiz makcik r. Mmg menanges dua sebab pagi raya nanti. Ahaha! Dulu2 mmg quality first berbanding harga, Apple. Tapi kan konon2nya nak berjimat cermat. Mula r membajet :P
Cari aku buat apa Apple, bukan aku tau menjahit pun...Kahkahkah...
DeleteSyida.. melalui ko boleh dapat diskaun kan? Haha..
Deletebgus la tu makcik..jimat cermat sikit..raya kali ni aku nak sarung jubah je..tak payah baju melayu dah..tema arab plak..ekeke..
ReplyDeleteErr niat nak berjimat tu dah ada. Tp bila dah jumpa yg murah keraguan aku lebih2 lak takut hasilnya tak puas hati. Demand. Haha! Jubah pun bukan murah aku rasa.
DeleteErr err rasa janggal kau komen jujur tulus camni. Takde ke komen2 membahan aku? Kahkah! :D
hahaha..skema ke aku komen camni..hahaha..aku nak jadi baik sikit nak dekat2 bulan posa ni..tak nak bahan ko lagi dah..hehe..
Deletep/s : ada tak kali ke5 dah aku ckp insaf tak nak bahan ko?hahaha
Aku tak kata skema. Cuma aku rasa cam org len yg ngah komen kat atas ni. Ahaha!
DeleteRasanya dah lebih 5 kali dah, Pakcik. Aku layankan je kau cakap dah taknak membahan aku. Padahal tengok je r nanti, tak sempat masuk bulan puasa ni, kau konfem dah lupa punye janji2 manis kau ni.
We'll wait & see. Bwahaha! :D
tak suka kaler tuh sebab xseseuai dgn sy. sy suite dgn oren weeee
ReplyDeleteTak sesuai? Err oren? Tak banyak baju oren. Susah berkenan ngan kaler oren ni. Tp sometyme jumpa ada gak r yg cantek ^^
Deletehaii kak liyaa ^^. lama tak singgah. ingat saya tak? hehe ;D.
ReplyDeleteturqoise lawa kan.
errr,x baca sampai habis -.-. sebab nak cepat. hehe. pinjam broadband kawan. lol.
Hi Mirmashi! Mesti r ingat. Tgk org len pakai turquoise lawa gak. Teringin gak pakai even kaler ni susah sket didefinisikan. Haha!
DeleteErr naseb bek komen still mengena ngan cite :P
selamat hari raya liya ^^
ReplyDeleteEh, lum hari raya lagi r Camy :P
Deleteturquois--selalu nk elakkan sebab mase sekola da borim sgt dgn kaler tu wakaka.,
ReplyDeleteErr aku mmg tak bape selalu bermesra ngan kaler turquoise Chuu. Aku nye kaler tak abes2 pink. Da salu elak pun asik terpilih pink gak. Ni r skang konon2 try variasi sket. Kehkeh!
Deletemuwahaha, aku tgk pon da bole agk ko mmg gile ngn pink :P
Deletesusah jugak nak pk masalah ko ni makcik.. haha.. hati cr tailor makcik.. dulu aku nak cm ko ar.. cr tailor murah.. last2 lgsung xleh pakai bju aku.. saba jela.. nak otter pun xleh.. tpaksa aku beli siap nak dekat2 raya tu.. hehew..
ReplyDeletetema aku somi istri pun turqoise.. addict betoi laki aku ngan kaler tu.. haha..
Aku pk gak pasal risiko tu, Mell. Sbb aku pun penah je kena byk kali bab2 baju takleh pakai ni. Salunye aku akan pakai skali gak r utk hilangkan kempunan nak pakai baju tu (even baju tu tak cantek lgsung jahitannya) then tersimpan r baju tu jadik khazanah je.
DeleteWahhhh! Laki kau addict turquoise ek? Laki aku nak mimpi apa ntah tetiba berturquoise lak. Ahaha!
semangat gile! aku pape preparation raye pun tak wat lagi.. rilek dulu.. jarang dah aku tempah, bese beli je senang takyah pikir.. em.. turqouise warna biru + warna hijau so 22 pendapat tu tak salah.. sekian time kasih
ReplyDeleteEh, mesti r semangat weyh! Sbb aku nak wujudkan mood raya tu awal2 taknak bg raya tu bosan. Walhal puasa pun tak lagi. Kahkah! Yurp! Dedua pendpt tu tak salah, tp cenderung ke arah mana tu yg masalah. Heeee :D
Deletedilema menempah baju. betul la kan nak raya ni ada kedai lagi 3 bulan nak raya dah amek tempahan siap2 n terus tutup tak terima dah. sy ni jenis beli siap je kak..nasib la saiz senang cari kadang S kadang M.
ReplyDeletedulu selalu gak tempah. tapi dah serik pasal ada sekali tempah dah 3 bulan awal...seminggu sebelum raya nak ambil tak siap lagi, lagi parah kain langsung tak berpotong. slow talk cakap malam bantai nak amek. tapi bila pergi xsiap jugak...itu jam angkat kain ambil duit deposit terus blah selepas terbergaduh sikit2. haha.
bermula dari saat itu terus beli siap je senang cerita. hehe.
turqoise : belum pernah ada kaler ni lagi buat baju raya. hehe
Akak penah gak pengalaman baju senget r, lengan singkat r, zip kat baju tak sama kaler ngan baju r. Tp so far tak sesaket hati cam Aien lagi. Haha!
DeletePlus, saiz badan akak susah nak carik baju dah siap tanpa sebarang alteration. Tu yg malas. Sesekali je ada jumpa. Takut nanti bila carik tak jumpa, tu yg prepare awal2. Hehe.
Try r turquoise, cantek taw sebenarnya! :D
nak cuba la...jom ramai2 kaler turquoise. haha.
Deletetapi tapi...raya kalau ikut kalendar jatuh hari ahad. kalau kira warna..warna hitam sesuai. cari la hitam campur turquoise. lawa jugak.
Err nape kalau hari ahad kaler hitam lak yg sesuai? Err teori apa tu Aien pakai? Ahaha!
Deletesebelum ramadan dah dilema baju raya kan?? heheheheh.....
ReplyDeletewarna turquoise mmg cantik..hehehehhehe
Ehh, memang r kalau org yg detail ni, lum pape dah dilema. Ahaha! Tu r, nampak cantek. Tu yg nak try! Nyue da penah ada baju raya turquoise ke? :D
Deletekalau missha, turqoise tu ade 2,
ReplyDeletesatu biru trqoise ,satu hijau trqoise,,hehe
Kan kan? Itu yang sebetulnya rasanya. Sbb turquoise tu sendiri dah memang gabungan biru ngan hijau kan? Cuma tgk kecenderungan maseng2 je lebih suka yang mana kan? Heee :D
Delete