29 Jul 2012

9th


Dear my Lovepediary,

Alhamdulillah. Bersempena 09 Ramadhan, hari ni umat Islam dah selamat menjalani ibadah puasa untuk tahun 1433H ni hingga hari yang ke sembilan. Alhamdulillah pada yang berjaya menahan segala jenis godaan serta nafsu. Bukan nafsu makan minum je ya. Dan takziah pada yang tak berjaya. Cuba lagi. Err maksudnya, aku harap kita semua sama-sama berusaha menjadi yang lebih baek. Kurangkan dosa, banyakkan pahala. Berganda-ganda berbanding bulan-bulan biasa. Aku rasa semua pun dah tahu kan? Err, tak salah kan saling mengingatkan?

Okeyy. Aku tahu isu puasa dah basi untuk dibicarakan. Maksud aku, setakat nak ucap Selamat Menyambut Ramadhan & Selamat Menjalani Ibadah Puasa, rasanya aku dah terketinggalan. Tapi boleh tak aku nak ucap jugak? Selamat Berpuasa semua ya! Nak jugak tu, kesian aku. Maaf atas ketiadaan aku sejak beberapa hari lepas. Rasanya dah nak masuk two weeks if aku tak salah kira. Ampun, ampun. Walaupun tak ada siapa-siapa kesah, aku tetap nak mintak maaf. Boleh je kan? Aku yakin semua akan kata boleh. So, terima kaseh. 

Dalam two weeks yang lepas, sebok, penat, letih, semuanya ada. Sebenarnya, since sekolah menengah lagi rutin ni tiap-tiap tahun bila hampir Ramadhan, aku dah biasa. Sebelum tibanya Ramadhan lagi, semua kueh-kueh raya dah nak kena siapkan. Mana yang rangup-rangup, beberapa bulan before Ramadhan dah kena prepare. Mana yang lembut-lembut, satu atau dua minggu before Ramadhan rasanya dah kena pulun. Lepas tu, packing-packing, susun-susun dalam bekas, masuk je Ramadhan, beratur semua kueh untuk dihantar ke bazar-bazar.

Ada mana-mana yang feveret ke? -__-

Tahun ni, naseb baek yang rangup-rangup mak dah ramai pekerja. Kalau tak, memang dah lama aku mula saket pinggang dan bahu. Dulu, lepas sahur je terus mula buat kueh. Berhenti cuma untuk solat dan berbuka puasa. Lepas tu, sambung lagi buat kueh sampai tengah malam. Lagi banyak tolong, lagi banyak upah mak kasi. Aku yang materialistik ni, mestilah taknak kalah, mesti nak upah yang paling banyak. So, kena lah jadi pekerja paling cemerlang. Tahun ni, seminggu sebelum puasa je baru aku involve. Dapatlah kumpul duet untuk shopping raya.

Rutin paling penat, bila nak kena hantar kueh kat bazar. Lebih-lebih lagi bila hantar kueh waktu siang, panas-panas, puasa pulak tu. Mula-mula, popia mini kat tangan kanan sepuluh kilo, tangan kiri sepuluh kilo. Lepas tu patah balek ke kereta, ambil pulak buah rotan kat tangan kanan sepuluh kilo, tangan kiri sepuluh kilo. Lepas tu patah balek kereta lagi, ambil pulak tart nenas kat tangan kanan sepuluh botol, tangan kiri sepuluh botol. Lepas tu Almond London, lepas tu kueh makmur, lepas tu kueh suji pulak. Soalannya, berapa kali aku patah balek ke kereta? Err

Yang paling best pulak, bila buat kueh raya sebelum puasa. Sambil buat kueh boleh sambil makan. Bila bulan puasa, tahan air liur je lah tengok kueh depan mata. Lepas waktu buka, tak pulak teringin nak makan sebab dah terlalu kekenyangan. Yang kedua, bila hantar kueh kat bazar waktu bulan puasa, lepas hantar boleh jalan-jalan sepanjang bazar. Lepas tu, boleh rasa macam-macam kueh raya orang laen. Err sebenarnya sama jugak. Tak teringin pun nak rasa sebab baru lepas berbuka, so kenyang. Cuma rasa best je rasa kemeriahan kat bazar tu.

So, buat semua. Selamat mengejar keberkatan bulan Ramadhan. Selamat menjalani ibadah puasa yang tinggal dalam 21 hari lagi. Selamat tambah amalan, kumpul pahala. Selamat menjaga nafsu, tahan segala godaan. Sorry letak gambar kueh raya atas tu. Nak suruh baca entry ni lepas berbuka pun, dah terlambat kan? Dah sampai perenggan akhir pun. Tergoda ke? Tak pun kan? Daa! Selamat bersahur, selamat berbuka. Selamat pergi majlis buka puasa. Mesti ada kan? Selamat buat or beli kueh raya. Selamat shopping raya. Selamat semuanya ya.


Lamanya tak komen entry kau orang semua. Rindu -__-


Love & Sincere,
 

38 comments:

  1. selamat beraya sakan dengan duit upah :P

    ReplyDelete
  2. 1433H? Maknanya aku ada banyak klon ke? (d)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ok dah baca sampai abis..nak komen nih..grrrrr...

      aku kan..jenis yg x berapa nak makan sangat kuih2 raya..even kalau kat umah pun, aku jarang sgt2 nak makan kuih raya..adik2 aku jer yg rajin ngabiskan..

      kesimpulannya, aku tak tergoda dgn kuih raya kat atas (↑)

      Delete
    2. Aku pun tak bape sgt kueh raya sebenanye. Aku raya umah org pun aku carik kerepek2 jek. Biskut2 ni tak bape tergoda gak. Biskut raya aku suka yg berasaskan oat ngan nestum. Hmm yg tu sedap kut :P

      Bagus r kau tak tergoda. Takde r aku rasa guilty sangat up pic makanan bulan2 puasa ni. Haha! :D

      Delete
    3. Eleh..dia cakap ja liyaa padahal tgh telan air liur..Hahaha

      Delete
    4. Dea telan air liur sebab tekak kering kut Sida. Kau ni memandai je <-- Konon2 back up H :P

      Delete
  3. part bwak tart nenas kiri kanan, 10 bekas sebelah tu yang tak tahan..hehe :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu baru sepuluh. Tu baru satu kueh. & tu baru satu lot bazar. Lum ulang alik byk kali sbb nak kena hantar kat 4-5 lot bazar. Mmg tak tahan Missha :P

      Delete
    2. tengah bayangkan kak liyaa angkut kueh kiri kanan. hehe.

      Delete
    3. Takyah imagine sgt Aien. Mmg terhoyong hayang bwk kueh tu. Tudung dah tersenget benget pun abaikan jek. Ahaha!

      Delete
    4. senget benget tudung masa buat kerja tu takpe kak...menambahkan dramatik akak angkut kueh banyak2 kiri kanan..haha.

      Delete
    5. Akak nye action sume mesti nak kena dramatik eyh? Jatuh dramatik, angkat kueh pun dramatik gak. Ahaha! Pandai laa Aien :D

      Delete
  4. macam 6 kali je patah balik? haha. meriah la kueh raya kak liyaa. kita buat 3 jenis je jual kat orang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err 6 kali ke? Akak pun tak kira, rajen lak Aien ya? Haha! Err Almond London ngan Suji tu kueh makcik sebenanye. Tp tolong jual gak r. Aien jual kueh apa lak? :P

      Delete
    2. ooo..satu family bekerjasama ek...dengan makcik sekali. hehe. kita jual Popia Kacang Tanah, Tat Gulung Nenas, Semperit. boleh la..baru nak bermula.

      Delete
    3. eh...Batang Buruk pun jual juga. lupa2..haha. so 4 macam la.

      Delete
    4. Bagus Aien! Bersama kita jayakan bisnes kueh raya ni. Hehe. Batang buruk tu leh promote kat Bundle. Tuhari dea sebok carik. Gi cepatt sebelum dea beli tmp len :P

      Delete
  5. Waa...cuti lama kan? mesti byk kumpul duit raya nih...nant bg khaleesa skit yer.he he he

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah, kak! Cuti sampai lepas raya tu. Dpt r kumpul duet raya sket2. Ala, bukan byk pun. Nak dpt lebih, saket pinggang pun kena lebih. Haha! Tu r kak. Liyaa nak dtg raya umah akak tak jadi2. Insyaallah nanti leh kasi duet raya kat Khaleesa. Hehe.

      Delete
  6. ok r tu.. ade r aktiviti time bulan pose ni kan.. aku tak pernah tolong rasenye.. part kuih2 ni aku serah kat adik2 aku je untuk tolong.. abang die leh jadi tester je ye? =P biskut paling aku suke.. of coz biskut arab.. pastu cornflake madu.. tu je r kot.. ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau takyah bitau pun aku dah leh agak. Tester je kan? Ish2, tak membantu langsung. Haha! Biskut arab? Err alaa, tak pernah denga lak. Camne tu? Hehe. Conflake madu, ya aku tau! Sng gila kut wat dea :D

      Delete
  7. wah berniaga rupenye., kuih sarang semut jd pilihan tp rase cm xde lam gmba hihu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tolong2 mak je Chuu. Hehe. Tyme keje dulu leh r nak beniaga sket2 kat opismate. Skang ni da taktau nak promote kat sape. Haha! Aah, sarang semut takde. Jap nak kumpulkan semut dulu suh dorang wat sarang :P

      Delete
  8. tart nenas pilihan sy! hehe.. kalo sblm puasa buat kuih, best je kan dpt mkn2.. kalo dh puasa, x bleh dh mkn mlainkn cuti.. hmm, tp skg kat umah ni, x buat kuih dh, beli je.. so, xdapatla merasa buat2 kuih lg.. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah tak buat kueh raya, kurang sket kemeriahan preparation raya, ade tak? :P

      Delete
  9. bila buat kueh raya sebelum puasa. Sambil buat kueh boleh sambil makan. Bila bulan puasa, tahan air liur je lah tengok kueh depan mata. Lepas waktu buka, tak pulak teringin nak makan sebab dah terlalu kekenyangan

    Aku sangat bersyukur kalau time buat kuih raya tu aku tgh bercuti sambil buat sambil cuit2 masuk mulut...Ekekekeke.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Kemaen reason kau bersyukur tu. If camtu aku rasa mak kau mesti musykil tepung dah berkilo2 guna tp balang tak penuh2 gak. Mesti lg byk masuk perut kau kan Sida? Ahaha! :D

      Delete
  10. wahh. awalnya dah siap2 buat kuih2 eh. baru paham kenapa mahal sangat kuih2 ready-to-eat. rupanya susah gak,dan banyak betul step. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk jual mmg kena prepare awal. Untuk makan sendiri, tak wat lg pun. Hehe. Sbnanye harga kueh tu tak mahal sgt. Tp bazar akan jual mahal sbb sewa tapak dorang mahal kut :P

      Delete
  11. tak terliur .. :((

    tapi lapar pulak aku rase skang nie....

    wahh , tokey biskut raya ehhh.. kehkehkeh

    ReplyDelete
  12. nasib gua baca entry ni lepas bulan puasa.selamat puasa gua!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ecewwah! Alasan tak diterima if kau membatalkan puasa hanya semata2 kerana membaca entry ini. Nak salahkan aku lah tu kan? Hoho!

      Delete

Shout Your Quotes