Kehadapan akak jurujual yang period.
Akak, akak faham tak peranan seorang jurujual sebenarnya? Saya masuk kedai, akak pandang sebelah mata. Bila saya tanya, akak jawab acuh tak acuh saja. Tak concern langsung dengan kehendak customer, iaitu saya. Akak tak peduli pun apa information yang patut saya terima. Akak jawab malas-malas. Jawab cuma sepatah dua. Itu pun tanpa pandang muka saya. Expect macam saya tahu semua benda. Akak yang jurujual atau pun saya? Akak perlekeh setiap soalan saya. Sampai ada soalan saya yang terbiar macam tu je. Akak kenapa? Salah orang ke saya bertanya? Salah tempat? Salah masa? Salah cara? Meh cite. Akak tau tak action akak tu annoying gila?
Tapi, tak apa. Saya terima je layanan akak apa adanya. Saya macam nak terus confirm beli je. "Em. Kalau saya beli pakej ni, saya dapat apa?" "Dapat dotdotdot lah". Itu pun nak tanya? Agaknya itulah yang akak rasa nak lontarkan pada saya, agaknya. "Bukan. Sebab saya tanya kat kedai AAA tadi. Dia orang kata, beli ni, dapat ni je, takde dapat free gift apa-apa. Laen cawangan, laen promotion ke? Konfem dapat dotdotdot ni?" "Konfemlah. Biasa kita memang bagi camtu". Jawab akak malas-malas, dengan muka kerek gila, tanpa pandang pada saya. Senyum? Mimpilah untuk saya terima. Terima kaseh akak clearkan pada saya. Tapi tadi tu, salah ke saya bertanya?
Banyak lagi kalau saya nak cerita. Soalan yang saya tanya semuanya akak terima macam tak kena. As if saya tak ada hak untuk bertanya. As if saya tak perlu tanya too detail pasal barang yang saya nak beli, terus je setuju-bayar-terima. As if saya ni bukan customer. As if kedai akak tak terima customer yang macam saya. Tapi tak apa. Saya terima lagi layanan akak apa adanya. Saya confirm beli, saya booking je. Dua hari sesudah, akak call saya. Dah boleh collect barang yang saya order. Tapi approach akak, tetap sama. Still very the annoying gila. Macamlah kewujudan dan kedatangan saya tempoh hari menyusahkan akak je. Eh, saya beli barang kedai akak, apa?
Lokasi kedai yang berkenaan
Resit pembookingan barang yang berkenaan
Sampai nak deliver barang pun, akak still memperlekehkan saya. Dah lah akak nak tak nak je layan saya. Akak jurujual, saya customer, akak pulak yang sindir-sindir saya? Kalau ikutkan saya memang sentap gila. Menyindir dengan tak semena-mena. Saya tengok muka akak pun, macam nak mintak pelempang je. Tapi, saya gagahkan juga senyum yang pura-pura. Hipokritnya saya, sebab saya respect akak yang saya jangka berusia lebih tua. Tapi saya kan customer, tak layak ke direspect juga? Kamon akak. Kenapa? Saya ni mengemis barang tu secara percuma ke? Dah dah. Sekarang saya nak barang saya je. Temperature saya, saya control je ni sebenarnya.
Klimaks-nya, macam-macam masalah yang timbul pada penghujungnya. Banyak info yang saya terima bercanggah dengan yang sepatutnya. Itulah akak, bekerja dengan sambil-lewa. Promotion tu akak yang tak tahu sedetailnya. Tak tahu menahu, taknak ambil tahu, taknak cuba tahu untuk tak salah beritahu. Kasik info ikut sesedap rasa. Janjikan sebarang benda yang tak ada. Memperlekeh saya, macamlah itu yang sepatutnya saya terima. Akak tahu tak? Marah yang saya tunjuk tu, cuma 10 percent je rasanya. Then baru gelabah dan boleh letakkan saya sebagai customer. Itu pun akak still nak sabotage saya. Akak ingat bisik-bisik akak tu, saya tak dengar ke?
Dah. Saya mintak deposit semula. Habes cerita.
Yang benar,
Pengguna yang kemudiannya dah beli barang yang sama kat kedai laen dengan servis yang sangaaaaattt jauh beza. Hahaha. Hah! Puas hati saya :D
Aku kalau jenis jumpa jurujual mcm ni memang awal2 aku keluar..Sebelum terjadi benda2 yg tak sepatutnya di akibatkan oleh mulut aku yang lancang..Hahaha..
ReplyDeleteKau taktau betapa susahnya aku nak control senyum sepanjang berdepan ngan akak tu. Senyum, senyum, walaupun dah nak meletup gila masa tu. Hahaha!
DeleteAku sokong ku syida sepenuhnya sebab itulah yang aku selalu buat. lol.
Deletesabarnya Liya..kalau kaksura disituasi begini tak tau lah..hehehe:)
ReplyDeleteKenapa? Kenapa? Kalau akak, akak nak wat apa? Hehehe :P
Deleteerr, bukan nak racist. tapi mesti akak tu sebangsa dgn kita kan? melayu. hurmmm itulah, mentaliti alah, takpe kerja sambil lewa pun, janji tiap2 bulan gaji masuk~ kenapa tak bertindak kejam jer. pi report kat pengurus dia yg lagi tinggi pangkat. baru super gelabah jadi hipokrit baik dgn customer~
ReplyDeleteDrpd cara aku cite pun, kompom kau dah leh tau bangsa dea :D
DeleteAku mmg plan nak report. Masa tu dlm kepala membuak2 rasa nak wat drama dah. "Mana manager?!" Tp sbb taknak burrukkan keadaan, so aku pikir aku nak report thru website dea je. Tu bkn kejam. Tu hak kita kan? Hehe :D
tak ble ke beli thru online je liyaa? Jadi tak perlu berurusan dgn org camtu. Apple dulu pun penah kena dengan comichouse, taknak racist tp cina la. tapi ribu raban gak apple beli komik kat san thru pos.
Delete1st, tahniah sebab beli benda tu..yg lama tolak kat aku la..hahaha
ReplyDelete2nd, aku tiba2 ada idea nak buat entry baru bila baca citer ko ni..
3rd, aku syak akak tu dtg bulan..zzzz
Benda apa ni? Benda apa? Kau sume benda nak suh tolak kat kau kan? Haha! Sbb tu aku ckp akak tu jurujual yg period. Zzzzz
Deletehahaha..benda yg aku bgtau kat chat fb smlm la..
DeleteHahaha! Gigih kau ni. Penat dah aku cover, tau gak rupanya. Bukan aku punya pun :D
Deleteterasa hampeh lak bila terfikir korang dua ada benda yang disembunyikan oleh akal fikiran aku ni. lol.
Deletehaah.. report je kat pengurus dia liya. geram je mcmtu.. sokong apa yg dickp oleh kopi. selalunya yg sgt membantu tu bukan bangsa kita.. teet..
ReplyDeleteHahaha! Bangsa len pun sebenanye ada yg camtu. Tp maybe tak ramai la. Takpe, Lupakan psl bangsa. Ntah2 akak tu dtg drpd planet mana pun kita taktau. So anggap la kita taktau dea bangsa apa :P
DeleteInsyaallah nak report thru website. Takpe. Detail salesgirl tu Liya ada :D
emmm?
ReplyDeletekalo die period ko beri la die panadol period gain... hahaha.
Aku agak je dea period. Dah emosi memanjang tak tentu pasal. Apekehal? Lama2 aku lyn akak tu aku rasa cam aku lak yg nak terperiod. Hakhak!
DeleteHahaha...
DeleteAku hope ko ngan aku tk period bulan ni...
Errrk?
Hahaha! Terbaekkkk doa kau Punzel. Aku aminkan dengan penuh perasaan ni. Aminnnnn. Amin ya rabbal'alamin.
DeleteHopefully jadik kenyataan :D
erkkk..amin..
Deletetp impian aku tak menjadi realiti...
Delete:((
hahaha.
halau la..jgn bagi dia dtg..hahaha
Deletehahahaha....
Deletehalau punye halau di backfire aku la H (sakit perut perempuan)
Dia tak nak kerja lama la kot, mungkin ada orang kaya baru offer nak support dia.
ReplyDeleteWahhhhh! Untunglahhh dea. Nyesal lak tak baek2 ngan dea. Kut2 leh tumpang sekaki kekayaan boypren kaya dea tu :P
DeleteDgn gaya camtu, rasanya kedekut pun ada. Mustahil sngguh dia bagi ko tumpang kekayaan, tumpang asap keta porsche dia adalah kot.
Deletewah. kalau orang cmtu. memang tak tahan saya. rasa nak humban jer semua barang dalam kedai tu k muka dia. Bahahaa. kalau dah kerja jd jurujual, jd lah jurujual. jangan jd barang. eh, teremosi plk. -_-
ReplyDeleteTu laa. Dah jurujual tu wat la cara jurujual kan? Kalau setakat nak bediri tegak je malas nak cakap pape bek jadik mak guard je. Kurang2 leh pemes bila kena rakam kan? Hakhak! :P
Deletekan..sapa yg rugi skrg? akak jg kan..tulah service akak teruk sgt..kan sy dh amik blk deposit sy..len kali akak amik je ct kalo dtg bulan..x yh dtg keja,bole? hahaha tensyen je kan jurujal yg mcm x nk jual ni..
ReplyDeleteSebenanye taktau pun leh ke amek deposit semula since brg dah order & dah sampai. Tp masa tu dah marah sgt men mintak je & nak terus blah. Akak tu pun bg je, boleh la kut :P
DeleteTu la. Takyah la jadik jurujual. Jadik la jurubeli je cam kita kan? Heheh!
Tindakan yang sangat bijak kak liyaa. Sya bangga dengan akak! haha tetiba. Ish menyampah plak dengan akk jurujual tu. nak keje ke takmo keje tu?
ReplyDeleteItulah bapak aku selalu pesan..kalau kerja tukang cuci pun jadilah tukang cuci yang terbaik. Kerja dengan hati yang ikhlas...insyaAllah...jiwa pun tenang. Tak tahu nak senyum jangan keje service. Habis cerita.
ReplyDeleterasanya time tak period pun dia macam tu jugak liyaa.. memang dah jenis macam tu kot.. hahaha..
ReplyDeletewelcome back liyaa.. ni lama bercuti ni konfem idea mencurah2 ni.. :D
kesian ko..
ReplyDeletecemtu cara layan customer? then they don't worth our single cents pun. pi cari kat kedai lain yg lebih pandai appreciate kite sebagai pembawak rezeki ye...
ReplyDeleterasanya akak ni hari-hari gini kot. tak payah tunggu period. kita suspek dia ni kurang kasih sayang ni...kalau cukup mesti dia mesra, respek dan layan customer dengan penuh kasih sayang.
ReplyDeletesabar jelah tahan hati tak nak maki diakan walaupun dia layak dapatkannya dengan sikapnya yang macam tu. hehehe.
Hemm.. teman klu jumpa jurujual kerek camni, sorry lea.. xkan beli ngan dia.. rela cari jurujual lain bangsa kalu yg lain lagi ok layanannannya.. hu3
ReplyDeleteselalu gak jumpa jurujual period ni...kita tanya baik2 kot, suara lembut je...tapi dia jawab cam acuh tak acuh je...tapi beli gak barang dia...tahu kenapa? sbb cam nak tunjuk kat dia "wei ko ingat aku takde duit ke?!!!"arrrgh tetiba sakit lak hati ni bila baca... huhu
ReplyDeletekalau aku mmg terus spoil mood nak beli..manager dia asal stupid sgt nk bela pekerja macam tu? haha tension
ReplyDeleteLain kali cucuk je mata kakak tu. Eheheeh gurau ~
ReplyDeleteteruk betol perangai jurujual tu, agaknya baru lepas gaduh dengan bf kot..huahua
ReplyDeletetiap minggu gaduh. lol.
DeleteAsal terok giler perangai akak u. Liyaa beli apa sebenarnya smp tahap yang begitu menyukarkan? lol.
ReplyDeleteTakpe, dia dah hilang sorng customer yang berminat nak beli barang tu berulang2 kali. Rugi dia. hoho..
perghh kak liyaaa . luahan aty yg btuy2 dr dasar ni . hahak :D seng heng yeee . balik jb nnt nk g cari lahh . kikiki sabar je laa akak ^^
ReplyDeleteLama gak menghilang. Semoga sihat selalu sahabat blogger-ku. Cewah.. H pun cam dah jarang2 mengunjungi blog. Semoga segalanya baik2.
ReplyDeletelyaaaaaaaaaaa awat muka kakak tu cute sgt mcm nk hug je.. hahahahahah Na rasa akak jurujual tu dipaksa utk menjadi jurujual. xpun barang yg lya beli tu dye nak tu yg meroyan acah2 xsuka lya tu hahahaha
ReplyDeleteEeeeeeee geramnya. Kalau aku la, dah lama aku blah but before that, aku herdik dia. Ahhhh budi bahasa tak budi bahasa, kau tak hormat aku, kenapa perlu aku hormat kau?
ReplyDeleteИндивидуалка Мысль о смерти вводит нас в заблуждение, ибо она заставляет нас забывать жизнь, индивидуалки Киева - это самое удобное сочетание фраз для поиска представительниц этого направления Ухоженная проститутка Киева встретится для секса с мужчиной. Tapi saya kan customer, tak layak ke direspect juga? Kamon akak. Kenapa? Saya ni mengemis barang tu secara percuma ke?
ReplyDelete