Showing posts with label Blogger. Show all posts
Showing posts with label Blogger. Show all posts

2 Feb 2013

Dua Istimewa


Ehem. Macam mana nak mulakan cerita ya? 16 January itu hari, masa aku tengok-tengok bloglist, terperasan update terbaru daripada blog  A Letter For Him bertajuk Hadiah Dari Hati. Aku pun terus kelik macam biasa, nak baca apa isi ceritanya. Mata fokus pada skrin komputer riba. Kepada rakan-rakan blog, saya berminat untuk menghadiahkan cenderamata dari Langkawi... etc etc etc. Mohon emailkan jawapan anda... etc etc etc. Ada hadiah? Benda percuma? Best ni! Mulalah aku nak tergoda. Lagipun tinggal jawab je. Tak payah buat entry dan segala bagai syarat-syarat dan terma. Sebab ada hadiah punya pasal, aku pun excited nak mencuba.

 
Isi kotak kosong A dan B. 
Siapa nak cuba sekarang, boleh. Tapi hadiah takde lah. Heh! :P


Aku terus fokus pada kotak-kotak bernombor dalam entry tu. Nak jawapan A dan B? Aku mula kira cepat-cepat. Nak lebih cepat, carik kalkulator. Hadiah disedia untuk sepuluh orang. Masa mula-mula aku perasan latest update 4feet8 dalam bloglist masa tu, dah 45 minit entry tu berupdate. Dalam masa 45 minit tu, entah dah berapa orang jawab. Grrrr. Kena kira laju-laju. Nak hadiah!! Finally, aku nampak apa kaitan nombor-nombor dalam kotak tu. And aku dah tahu jawapannya. Terus email ke 4feet8 laju-laju. Rakus betul aku nakkan hadiah (-_-)" Selang beberapa minit lepas tu, aku terima balasan email. Berita gembira, jawapan aku betul. Ehem. Agak dah. Heh? Gila riak :P


Hadiahnya?


Received on 30 Jan. Terima kaseh  4feet8  :D


Selang dua hari lepas tu, 18 January, Jna Marcello pulak update entry Retro Party Night & Contest U Have to Join *Wajib*. Ada contest lagi? Means, ada hadiah lagi? Heheh! Jawab 15 benda sahaja yang anda rasa ada di dalam handbag Na, jawapan hendaklah dihantar ke etc etc etc. Syarat penyertaan Jna pun cuma perlu jawab via email, tak payah buat entry dan segala bagai syarat-syarat dan terma. Mula-mula aku taknak join pun contest tu, tapi Jna yang paksa (Sebab Jna tulis WAJIB :P). So walaupun aku tak berapa rela, terpaksa jugak teka apa 15 benda dalam handbag Jna. Lepas aku email jawapan, balasan yang aku terima, Lemah la Liyaa ni. 5 je betul. Demn!

Padahal aku dah yakin gila masa jawab tu. Aku ingat Jna ni kaki make up. Habes semua jenis barang make up aku listkan. Memang konfiden gila dengan jawapan tu. Rupanya jangkaan aku salah. Too over confident kut. Tu yang salah (-_-)" Tapi naseb baek each peserta memang dibolehkan meneka dua kali, means there's another chance. Cuma kali ni aku dah tak serakus mula-mula. Cuba letak jawapan hati-hati. Aku jawab lambat-lambat. Aku tengok mostly yang jawab susah nak teka tepat 15 benda. So, make it slow and easy. Cheh! Aku cuma emailkan jawapan seterusnya pada hari esoknya. Dan, yeahhhh baru dapat teka banyak yang betul. Finally, dapat the highest point :D


Dan hadiahnya?


Received on 31 Jan. Terima kaseh  Jna Marcello  :D


Dua-duanya cantek. Dua-duanya aku suka. Dah orang kasi hadiah, takkan lah tak suka pulak? :D Tapi aku memang betul-betul suka. Pada aku, dua-dua t-shirt tu cantek gila. Benda free, lagilah nampak cantek. Heheh! Tak sia-sia rasanya aku fikir jawapan untuk dua-dua soalan tu. Berbaloi-baloi, orang kata. Daripada kelmarin, tak henti senyum sampai telinga. Dua-dua t-shirt belum pakai lagi. Sayang. Nak basuh pun sayang. Sayang bau kedai :D Untuk kau orang yang sedang membaca, especially yang tak tahu apa-apa pasal dua contest tu, harap jangan jealous over-over. Aku memang berniat nak buat kau orang jealous, tapi jealous siket-siket dah lah ya? Pujuk sambil riak. Kahkah!


Dua Istimewa


Ehem. Dari yang istimewa untuk yang istimewa. Akulah salah seorang yang istimewa tu. Hakhak! :P


15 Jan 2013

Reveal or Conceal?


Dalam blogging ni, yang aku tahu ada dua option yang kita ada. Sama ada kau orang nak reveal or conceal siapa kau orang sebenarnya. Maksud aku, dari segi gambar or nick name dalam blog. Ada yang tak kesah letak muka sebenar dalam blog. Yang siap terpampang besar-besar kat header pun ada. Err tapi yang tu mungkin awek-awek cantek ngan abang-abang kacak je kut. Ehem. Kacak ek? :P Ada yang sorok-sorok, guna image laen mewakili dia orang. Gambar katun, bunga, buaya, harimau pun ada. Erk! Gawangg =_= Sesetengah, letak je real name dalam blog. Even bukanlah nama penuh. Tapi nama tu nama yang sama dalam dunia reality. Bukan sekadar nama dalam blog. Sesetengah, berselindung. Nama dalam blog sekadar sebuah nama pena. Kiranya, if ada femely or kawan-kawan terbaca blog tu pun, dia orang takkan tahu sebenarnya blog tu adalah blog orang yang dia orang kenal.

Macam aku, aku memang letak gambar betul tak tipu punya :P Nama pulak memang nama panggilan majority orang panggil, part Liyaa tu. Memang diambil daripada tengah-tengah nama aku. Cuma ejaan je lah konon-konon kreatif siket walaupun takde lah glamour. Dalam real name, ejaan simple je, tak macam tu :D Decision untuk letak gambar sebenar and nick name sebenar masa mula-mula create blog dulu, sebab aku tak fikir yang susah-susah pun. Aku memang rasa nak reveal diri sebenar, tak rasa nak sembunyi identiti. Aku rasa lebih senang bila orang terus kenal siapa aku, nama aku, rupa aku, even umur pun aku tak pernah nak rahsia-rahsia. Pada aku, kejujuran lebih memudahkan :D Tapi takde lah aku nak cakap orang yang tak letak nama and gambar betul tu maksudnya dia orang or kau orang tak jujur. Terpulang cara maseng-maseng. Mesti ada sebab tersendiri kan? Ha apa sebabnya?


Reveal or Conceal? Which one did you choose?


Cuma, lama-lama, ada jugak aku rasa yang tak bestnya bila reveal diri sebenar. Bukan tak best apa. Cuma sebab ada limit bila nak cerita apa-apa dalam entry. Kadang-kadang, ada certain thing yang aku nak cerita, tapi memikirkan nanti mungkin ada orang-orang yang kenal akan baca, tak jadi. Nak kutuk-kutuk siket pun tak boleh. Nak lepas sentap siket pun tak boleh. Nak membahan pun ada limit. Lepas tu, ada certain-certain cerita yang memalukan, jadi lebih malu nak cerita bila fikir nanti ada certain orang yang baca tu kenal aku. Cerita masa kecik ke, cerita waktu sekolah dulu ke. Nak cerita pernah minat siapa dulu pun segan. Buatnya tiba-tiba orang yang aku ceritakan tu rupanya ada blog. Tiba-tiba terbaca, dan tengok adminnya pulak memang dea kenal sangat-sangat. Tak pasal-pasal kantoikan diri sendiri. Which means, cerita aku, ada limit. Itu je. Ke ada lagi benda tak best yang laen?

So, pernah jugak aku terlintas untuk mula hidekan identiti sebenar dalam blog. Sekadar nak lari daripada reality. At least, if ada sesiapa yang kenal aku terbaca blog ni, takde lah dea tahu itu cerita-cerita aku. Boleh juga maen tipu-tipu. Nak cerita benda yang menjengkelkan pun tak ada masalah. Bukannya orang tahu siapa penulisnya. Tapi sekadar terfikir la. So far until sekarang aku maseh berpijak di bumi nyata :P Lagi satu, bila berkawan-kawan dalam blog ni, aku pun tak tahu mana yang lebih seronok sebenarnya. Either orang betul-betul kenal kita, or bila kita bersembunyi di sebalek cerita. Sebenarnya, mana-mana satu option pun yang kita pilih, either reveal or conceal, tak ada salah apa-apa. Aku pun bukan nak kata mana yang lagi better. Sekadar nak bezakan apa yang best dan tak best je. Pada aku, in certain subject, reveal lagi best. Daripada subjek yang laen, conceal best juga.

26 Sept 2012

Penulis Perlulah Kental?


Dear my Lovepediary,


Beberapa hari lepas, membaca blog Apple,  membawa aku ke sebuah POST dea yang aku tak pernah terbaca sebelum ni. Actually, aku rasa post tu biasa je dan aku rasa aku faham sepenuhnya apa yang Apple nak sampaikan. Mungkin masa aku baca tu aku fikir straight to the point je. Apa yang aku nampak, Apple cuma nak sampaikan sesuatu yang positif, dan beberapa contoh yang negatif tu, aku rasa Apple ajak orang yang membaca supaya elak and ambil iktibar daripadanya. Itu yang aku faham. Aku tak terfikir apa-apa maksud tersirat laen, jauh sekali nak memandang dari sudut yang negatif. Tak tau lah kalau sebab Apple ni dah jadi kawan blog aku.

Tapi, apa yang berlaku dan apa yang aku nampak adalah sebaleknya. Ramai readers dan Anonymous yang entah dari mana datangnya bagi pandangan-pandangan bernas dia orang, or yang dia orang rasakan bernas, pada Apple. Mula-mula tu okey, tapi maken lama aku nampak certain of them macam sengaja nak provoke. Aku tulis ni bukan untuk memenangkan sesiapa, Apple ke Anonymous ke. Jauh sekali untuk menghentam, menjatuhkan or provoke sesiapa. Kalau betul apa pandangan dia orang tu, aku salute jugak macam mana dia orang boleh nampak agenda yang cuba Apple lindungkan. Itu pun kalau betullah Apple ada hidden agenda dan maksud tersirat.

Aku sebenarnya ambil yang positif je daripada apa yang Apple sampaikan. Macam mana aku boleh tak nampak hal negatif yang dia orang nampak tu? Sorry. Maybe aku buta perasaan. Atau aku kurang tahu tentang etika menulis, etika blogging, barangkali. Dulu masa Kay Are pernah buat aku tahu cerita pasal seorang blogger perempuan isu INI, aku ada jugak perasaan sensitif. Tak adil untuk compare cara penulisan orang. Tapi aku tetap nak compare. Nak jugak! Nak jugak! @.@ Pada aku, jauh berbeza kan cara penyampaian blogger perempuan tu dengan Apple? Entahlah. Tu pandangan aku. Bukan sebab Apple kawan aku, and blogger perempuan tu aku tak kenal.

*Untuk isu blogger perempuan tu, blog dea dah delete. So, cuma boleh baca cerita dea daripada blogger-blogger laen yang buat entry berkaitan entry blogger perempuan tu. Baca. Jangan malas! :P

Bila jejari menari. Eh?

Then, aku rajen pulak baca semua komen yang Apple terima. Bab gosip rajen je. Erk! Serius aku rasa dia orang lebih kepada provoke. Siap suruh Apple tutup blog lah apa semua bagai. Err err what the...??? Since aku dah mentioned beberapa kali yang Apple kawan aku, so tak adil untuk aku bagi pendapat lebih-lebih, nampak macam aku menyebelahi Apple. Nampak macam aku berat sebelah. Pilih kaseh. Tapi memang pun aku sokong Apple. Grrr. Aku tak tolak mentah-mentah apa yang para Anonymous tu cuba nak perbetulkan Apple. Nak tegur, nasehat or perbetulkan tu tak kesahlah, tapi perlu ke provoke? Tak perlu kan? Tak kan? Grrr.

At the same tyme, aku salute Apple boleh bidas komen-komen Anonymous tu dengan menegakkan apa yang dea cuba sampaikan sebenarnya dengan cara berhemah. Apa yang salah, dea dah pun mintak maaf. Tapi, still kena provoke? Grrr. Eh? Seriously, kalau aku jadi Apple, aku pun tak tahu nak jawab macam mana bila kena provoke macam tu. Bila orang cuba pertikaikan apa yang aku tulis. Err lebih tepat lagi bila orang semacam sengaja cari kesalahan dalam tulisan aku tu. Aku rasa macam sengaja. Tapi tak taulah. Kalau aku jadi Apple, aku rasa aku takkan tutup blog. Tapi delete post yang berkaitan tu? Maybe aku terfikir untuk buat. Terfikir je tapi ntah lah.

So, macam cerita blogger perempuan yang aku maksudkan kat atas, sama jugak dengan kes Apple ni, aku ambil pengajaran je. Harap-harap kawan-kawan blogger aku sama-sama hati-hati masa menulis. Kita ni tak sedar kadang-kadang tertaep ikut emosi. Maybe. Kita tak tahu kadang-kadang kesilapan yang tak seberapa orang boleh perbesar-besarkan. Kita juga mungkin tak tahu kadang-kadang kita tak buat salah pun orang boleh cari kesalahan kita walau sekecil kuman, kalau orang tu dengan niat sengaja untuk menjatuhkan kita. Even orang tu kita tak pernah kenal sekali pun. Jangan sebab tersilap tulis, kita hilang keseronokan berblogging macam tu je. Okey?


Err dah dah. Tak payah nak serius sangat boleh? Hakhak!


Love & Sincere,
 

23 Sept 2012

Setahun


Dear my Lovepediary,

Tahun lepas. 23 September 2011. Serius. Walaupun itu bukanlah hari pertama aku mendengar perkataan blog. Tapi itulah hari pertama aku create blog aku sendiri. Dan hari itu jugalah hari pertama aku berjaya terbitkan sebuah entry aku sendiri. Dari kata-kata aku sendiri. Nekad niat untuk berkongsi.

My Colorful Secrets. Genap setahun usia. Bermula dengan tidak tahu apa-apa. Kini aku sudah tahu juga sedikit sebanyak selok beloknya. Bermula dengan entry PERTAMA yang aku cipta, sekarang entry yang ini menjadi entry ke 97 aku sudah terbitkan. Err belum 100 rupanya. Err err entry pertama tu ayat bangang je aku rasa. Bermula dengan blog ini langsung tiada pembaca, sekarang sudah ada jugalah apa adanya. Followers tak ramai mana. Sekarang ada juga dalam 296 kesemuanya. Tapi aku tak kesah, 296 pun kira ada apa? Kalau nak harapkan followers 4 angka, apa sangatlah yang ada dalam blog aku ni? So, tak layak rasanya. Siket pun tak apa, janji ada. Lagipun aku bukan ada masa 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 30 hari sebulan dan 365 setahun untuk mengadap blog semata-mata. Banyak lagi kerja dan komitmen laen.

Sepanjang setahun ini, terima kaseh semua especially yang sudi berkawan. Tak lupa kepada yang sudi bertandang, yang sudi tambahkan diri mereka untuk jadi rakan blog ini, yang sudi masukkan blog ini ke dalam bloglist, yang sudi belek-belek apa yang ada dalam blog ni, yang sudi juga tinggalkan sepatah dua kata dalam mana-mana entry, yang sudi err err apa-apa sajalah. Especially kepada yang sudi membaca. Tak kesahlah satu entry ke, dua entry ke, tiga ke, empat ke, sepuluh ke, especially yang dah baca sekali lepas tu datang lagi, lagi dan lagi. Macam yang aku kata, apa sangatlah cerita aku dalam blog ni. Tapi kau orang yang baek-baek hati ni sudi juga untuk kasi support. Ohh, ya! Tak lupa kepada yang sudi juga bertanya Bila nak update? Mana entry baru? No matter atas sebab apa mereka bertanya, at least hendak juga mereka tanya.

Terima kaseh tak terhingga especially kepada mereka mereka ini


 Yang tak ada tu bukan aku lupa, next tyme ya? Tapi terima kaseh juga.
 
Blog ini maseh banyak kekurangannya. Entry cerita tentang ntahapapa. Tengoklah. Iklan pun tak ada. Apa tu kau orang panggil? Noob ya? Mohon tunjuk ajar daripada kamu kamu semua. So, sempena Anniversary blog ni yang ke Setahun, aku buka kotak komen untuk kau orang comment, complaint tentang apa-apa je. Err bukan biasanya macam tu jugak ke? Err so, komen je lah macam biasa. Yang dah baca nak diam-diam je pun tak apa. Apa tu kau orang panggil? Silent reader ya? Hmm sebenarnya aku nak cakap ni. Disamping terima kaseh, aku nak mintak maaf juga. Kalau sepanjang kita berkawan dalam alam maya ni ada yang terasa ke dengan komen/komplen aku. Atau yang termeluat dengan isi cerita aku. Sila tinggalkan komplen, usul, cadangan, kata-kata semangat jika ada, segala tunjuk ajar kalian di ruangan kotak komen di bawah ya?

Bye!


Love & Sincere,
 

16 Jul 2012

Should I Feel Guilty?


Dear my Lovepediary, 

Semalam, aku baru je selesai baca sebuah novel yang aku mula baca beberapa hari lepas. Selesai baca, aku rasa tergerak untuk menulis sesuatu di sini. As usual, watak dalam novel biasanya agak terlalu sempurna. Perempuannya mesti cantek, atau sekurang-kurangnya comel. Kalau tidak pun, mesti dikatakan manis. Lelaki mesti kacak, bonus lagi bila dea kaya, bonus berganda dua bila lelaki itu berketurunan kerabat rupanya. Hmmm. Tapi takpe, aku ignore je.

Perkara macam tu dah biasa. Muak tak muak aku baca juga. Kebosanan dengan watak yang dicipta aku tolak tepi dan pejamkan mata je. Sebab pada aku, yang penting jalan ceritanya. Back to cerita yang aku baca. Separuh pertama cerita, agak lawak juga. Sampai separuh kedua, jalan cerita mula dah tak seseronok mula-mula. Aku dah sedikit bosan juga. Tapi aku teruskan baca sebab mahu tahu jalan cerita seluruhnya. Padahal waktu tu aku dah dapat jangka apa endingnya. 

Unfortunately, closer to the end, aku rasa fed up dan terus baca ke muka surat terakhirnya je. Endingnya, tepat macam yang aku jangka, juga tak se-sweet mana. Aku tak rasa rugi pun sebab skip beberapa puluh muka surat yang aku tak baca. Aku lebih rasa rugi buang masa baca separuh kedua novel itu yang tak se-best mana. Sedikit kecewa. Novel tu aku beli, tapi aku tak enjoy baca keseluruhan cerita. Biasanya, tak best macam mana pun, aku tetap baca.

Aku tak tahu kalau ada yang menggangu mood aku waktu tu. Aku rasa biasa-biasa je. Biasanya, dah dapat jangka ending pun aku tetap baca. Tapi tidak buat kali ni. Kecewa betul aku. On final part, penulis macam syok sendiri, cerita mula meleret. Banyak yang tak penting. Actually, banyak yang aku tak puas hati, tapi aku cuba positif. Klimaksnya, rasa kecewa gila bila aku fed up untuk baca keseluruhannya. Agak curious juga apa yang penulis rasa dan lalui masa menyudahkan cerita tu. Sorry to say, semacam dah kehilangan idea, tapi cuba buat sesuatu yang agak sia-sia.

(BUKAN NOVEL YANG DICERITAKAN DI ATAS)
Ini contoh novel yang aku suka baca. 
897 muka surat dan aku baca kesemuanya.

Then aku terfikir, kita semua menulis blog dengan macam-macam cerita. Ramai biasanya kata, blog aku sukahatilah aku nak tulis apa.  Kita mungkin bukan penulis professional. Tapi sejauh mana kita sensitif dengan kemahuan dan kegemaran pembaca? Dengar macam remeh. Tapi alangkah bagusnya kalau kita dapat memberi sesuatu untuk mereka yang sudi baca ilham kita. At least, sebagai tanda penghargaan, mungkin? If kita ada rasa tanggung jawab, kita tak akan biar pembaca kita baca perkara sia-sia. Err. Cehh, bunyinya macam serius gila.

Aku bukan hendak sentuh dalam-dalam tentang sia-sia. Maksud aku, pembacaan yang tak sia-sia sekurang-kurangnya dapat bantu pembaca release their tension. Pembaca suka apa yang kita tulis. Sekurang-kurangnya pembaca tidak kecewa dengan apa yang mereka cuba baca. Then aku terfikir lagi, bila ada orang yang bosan baca cerita aku, Should I feel guilty? Membaca blog mungkin percuma untuk siapa saja. Tapi tanpa sedar kita meminjam masa dan emosi mereka. So, if hasil tulisan kita buat orang rasa buang masa je baca, Shouldn't we feel guilty?

Memang setiap orang ada minatnya tersendiri, setiap tulisan ada yang suka ada yang tidak. Memang kita menulis tak pernah paksa siapa-siapa untuk baca. Tapi bila sesiapa saja visit buat pertama kali, kita juadahkan pula dengan tulisan yang membosankan, Should we feel guilty? Apa lagi kalau orang yang dah menjadi kawan, yang baca tulisan kita lebih daripada berkali-kali, mereka terpaksa pula baca sesuatu yang tak menarek minat mereka, Shouldn't I feel guilty?

Aku tak hendak tahu pandangan sesiapa tentang tulisan aku sendiri waktu ni. Sebab aku takut untuk mengetahuinya. Mungkin benar kritikan boleh membawa kita lebih jauh ke depan. Tapi berilah aku masa untuk perbaikinya sendiri. Mungkin benar tanpa kritikan, aku tak akan pernah tahu di mana patut aku baiki, tapi berilah aku masa. Aku harap, from tyme to tyme, aku dapat cuba perbaiki mana-mana cacat cela. Agar aku tak akan berikan bahan baca yang sia-sia.


Love & Sincere, 

13 Jul 2012

Mix of Colors


Dear my Lovepediary,

Kalau Ym.Bundle ada Men's Restroom dan Ladies Restroom, Chuu Muqhlis ada Kachak dan Gorjes, Fiksyida pula ada Rakan Subahat. Kalau Apple ada Blog-Blog Kengkawan, Kay Are ada Chocolate, Vanilla, Cappuccino, Mocha dan Latte, Aien Alien pula ada Jejaka Bukan Alien, Gadis Bukan Alien dan Singgah Selalu.  

Kalau mereka ada itu semua, aku pun ingin juga. Menyenaraikan blog-blog yang aku selalu baca, tak kira sama ada kerna aku dah biasa baca, atau kerna aku suka akan isi ceritanya, atau aku mahu tahu isi cerita kawan-kawan reality aku. Ini semua lebih kepada untuk mudahkan diri aku sendiri untuk mencari kalian semua.

Aku memilih tiga warna yang aku kira agak bertepatan dengan senarai ahlinya. Violet, Turquoise dan Fuchsia untuk mewakili kalian semua. Bloglist Violet mewakili blogger kawan-kawan reality yang aku kenal sejak dulu lagi. Dua daripadanya aku dah kenal daripada mereka baby lagi, dan mereka adalah adek-adek aku sendiri. 

 Violet, Turquoise and Fuchsia

Bloglist Turquoise mewakili blogger-blogger lelaki dan Bloglist Fuchsia mewakili blogger-blogger  perempuan. Kedua-dua warna ini adalah kawan-kawan blogger yang mendapat pengiktirafan daripada aku untuk aku letakkan dalam senarai yang insyaallah aku akan baca setiap updatenya. Ya, aku baca, walaupun sekadar sebagai silent reader.

Tentang bloglists ini, kebanyakan daripadanya already tahu akan kewujudan aku dalam dunia blog mereka. Cuma segelintir sahaja yang mungkin tidak tahu menahu bahawa aku pernah datang dan baca penulisan mereka. Kebanyakannya biasa datang ke sini juga, mungkin ada sesetengah sahaja yang kurang biasa atau tidak pernah sama sekali datang ke sini.

Dalam memilih senarai ini, tiada sebarang paksaan, ugutan, desakan, segmen atau kaunter registration. Cuma sedikit sindiran pernah dikenalpasti dan dijejaki di suatu tempat laen yang mengatakan "Kena bayar kut kalau nak masuk bloglist Liyaa tu" dan "Mohon Liyaa bagi quotation". Hampeh. Bahan aku kat belakang aku ya? Grrr. Aku tak rajen nak buat je lah.

Namun begitu, bukan kerna sindiran-sindiran sebegitu menyebabkan wujudnya bloglists ini ya. Bukan juga untuk mendapat balasan kembali blog ini turut di-senarai-pendek dalam mana-mana bloglists kalian. Malahan, most of yang dalam senarai tu dah lama pun masukkan aku dalam bloglist. Layak juga blog aku ni. Alang-alang, thanks a lot kepada mereka. 

Yang tak ada, tak perlu terasa apa-apa. Blog ni bukannya ramai pembaca. Senarai tu sekadar untuk mudahkan aku saja. Tak layak rasanya untuk kata aku bantu tambahkan trafik mereka. Blog dia orang lebih ramai pembaca, lebih hebat penulisannya. Blog kerdil aku ni, apa sangatlah adanya. Sekarang kenapa aku menulis semacam Encik H pula? Err

Di kesempatan ini juga, terima kaseh tak terhingga untuk yang support this blog sejak dulu sampai sekarang. Sejak aku belum pandai berblogging sampai sekarang belum pandai-pandai lagi. Sejak aku tak pandai menulis sampai sekarang penulisan aku macam tu juga. Sejak blog ni belum ada sesiapa sampai sekarang aku dah ada kau orang semua.

Kalian ibarat warna. Kalian yang dalam dunia reality mungkin tidak sengaja aku terjumpa. Kita bermesra. Mencorak hari-hari aku dengan tulisan-tulisan kalian yang aku baca. Datang ke sini pula menambah seni warna dalam setiap aku punya cerita. Sebab itulah kalian aku namakan dengan nama warna. Again, terima kaseh kerana mewarna-warnikan blog ini.

Di mana? Scroll sampai jumpa. Terima kaseh semua.

Love & Sincere,
 

23 May 2012

Comment or Entry?

Dear my Lovepediary,

Entry panjang gila. Aku pun kadang-kadang pelik macam mana aku boleh create satu entry yang panjang gila berjela. Bila aku dah mula cerita, aku rasa terlalu banyak point yang aku nak sampaikan. Kadang-kadang, aku plan nak cerita tentang sesuatu, then aku mula buat introduction. Malangnya, sampai perenggan ke 10, aku realize aku maseh di stage introduction. Maksudnya, cerita sebenar yang aku nak sampaikan tu tak tersentuh pun lagi.

Dulu, masa sekolah, aku suka bila nak buat homework karangan Bahasa Melayu. Ehh, yeke aku suka? Bukan malas ke? Cuma yang aku ingat, aku akan buat karangan yang panjang gila. Dah la buku karangan aku jenis yang panjang, yang dalam satu page ada dalam 33 baris tu. And selalunya karangan yang aku buat average dalam dua setengah pages. Ini anggaran aku, but just imagine. Tulisan aku dah la kecik-kecik. Berdarah agaknya mata cekgu aku nak semak.

Ni buku karangan aku lah konon-kononnya
Sampai sekali tu, cekgu aku bagi komen yang panjang dalam buku karangan aku. Aku dah lupa apa, tapi lebih kurang "Bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla bla. Elakkan daripada membuat karangan terlalu meleret-leret untuk mengelakkan kesalahan tatabahasa". Err maaf cekgu. Daa!

Back to the origin story. Impactnya, masa aku bercerita dalam menulis entry memanglah seronok. Seronok dapat sampaikan apa yang aku nak sampaikan. Tapi aku rasa tak seronok untuk baca balek entry aku sendiri banyak-banyak kali. Serious aku baca entry aku sendiri balek. Gila SS! Sampai satu tahap, aku tengok entry aku sendiri pun rasa nak muntah. Rasa nak muntah dengan segalanya, bak kata Apple. Tapi serious aku tak berapa pandai nak buat entry pendek.

Sesuatu yang aku realized. Aku ni bukan je suka tulis entry panjang-panjang, tapi juga suka komen entry orang laen dalam blog dia orang panjang-panjang. Ni pada aku masalah yang lebih kritikal. Aku tengok orang laen komen satu hingga dua perenggan je paling banyak. Banyak kali jugak aku jumpa orang komen dalam lima hingga sepuluh perkataan je. Kenapa aku tak boleh nak komen sependek tu? Kenapa aku mesti nak over exposed kat blog orang laen. Kenapa ya? Adeh.

Macam masalah untuk compactkan entry, aku bermasalah jugak untuk compactkan komen jadik satu komen yang pendek. Selalunya, lagi panjang entry orang tu, lagi panjang aku akan komen. Mungkin aku menghargai setiap apa yang dia orang tulis. So, kalau boleh aku nak bagi komen untuk setiap perenggan yang dia orang tulis. Kalau boleh lah. Tapi aku tahu tak boleh. So, lepas aku jadi editor kepada komen aku sendiri, aku akan komen at least tiga perenggan mungkin.

Sorry ya if komen aku panjang macam kereta api. Maaf
Bukan tak pernah langsung komen pendek. Pernah, tapi jarang. So, sometyme bila aku dah post komen tu, aku macam rasa agak menyesal sebab terover exposed kat blog orang laen. Aku mula fikir, apa fikiran tuan blog? Mungkin tak selesa. Apa fikiran pembaca-pembaca laen blog tu? Kenapa aku mesti nak buat entry dalam blog orang laen? Adeh. So, kepada yang agak-agak aku pernah terberi komen yang panjang gila tu, mohon maaf ya. Semak blog kau orang je. 

Banyak ke kesalahan tatabahasa yang aku dah buat? Daa!

Tapi, untuk blog aku, kau orang boleh tulis komen sepanjang mana yang kau orang suka. Bukan komen je, komplen pun aku benarkan dan aku terima. Blog ni bukan apa-apa tanpa setiap perkataan kau orang kat sini. Terima kaseh anyway.


Love & Sincere,
 

10 May 2012

Graduation Goggles?

Dear my Lovepediary,

Bila kau dah fed up dengan something. Bila kau dah tak boleh stand dengan something. Mungkin keadaan tu terlalu teruk. Dasyat. Sampai kau bosan. Jemu. Muak. Mual semua ada. Then waktu tu kau mula buat keputusan untuk tinggalkan sesuatu atau keadaan tu. Kau mula fikir untuk move on.

Suddenly, once kau decide untuk move on, keadaan yang sebelum ini sangat teruk dan memualkan tu dah tak rasa begitu teruk. Suddenly keadaan tu kau boleh terima. And kau rasa kau okey je dengan keadaan tu. Itu berlaku bila kau realize yang masa untuk kau berurusan dengan keadaan tu dah semaken singkat, akan berakhir dalam masa terdekat.

Aku beri contoh mudah. Last month aku terdetik untuk create satu blog baru. Sebab aku rasa aku perlukan satu tempat baru untuk aku menulis dengan cara yang laen tanpa orang ketahui siapa aku. Tanpa perlu aku tahu siapa pembaca aku. Tanpa perlu aku terima ulasan tentang tulisan-tulisan aku. Tanpa perlu aku communicate dengan sesiapa sahaja.  

Mungkin aku rindu suasana seperti dulu, waktu aku mula-mula menulis dalam blog. Aku tak malu untuk menulis apa saja. Sebab aku yakin memang aku tak ada pembaca. Tapi sekarang, bila dah ada kawan-kawan baca, aku malu untuk menulis yang bukan-bukan. Macam pernah aku beritahu sebelum ini kan? Blog baru tu mungkin blog yang lebih personal daripada blog ni. Lebih tepat lagi sebenarnya lebih selesa untuk aku bermain dengan kata-kata. Sebab tak akan ada orang baca. If orang baca pun, tak siapa tahu siapa penulisnya.

Masa aku terdetik untuk create blog baru tu, aku mula kesan macam-macam kelemahan dalam blog My Colorful Secrets ni. Daripada feedback yang aku dapat, antara pembaca blog aku ni mesti ada masalah dengan jalan penceritaan aku yang meleret, bahasa yang skema, entry tanpa gambar, saiz tulisan yang terlalu kecil. Senang cerita, blog aku ni tak mesra pembaca. Mungkin ada yang baca dengan tahap kesabaran yang begitu tinggi. Kesian gila.

Lepas tu, aku mula ada perasaan tak suka pada blog ni. Kaseh sayang aku pada blog ni mula berkurang. Aku mula lebih sebok beri perhatian pada blog baru. Tapi, bila aku mula abaikan blog ni sedikit demi sedikit. Suddenly, aku rasa sedih bila tengok blog ni, sebab aku dah mula nak bahagikan kaseh sayang. Padahal blog ni lah tempat aku mula-mula belajar menulis blog dulu. Daripada aku cuma berkomunikasi sehala masa mula-mula menulis dalam blog ni dulu, sampai sekarang aku dah pandai berkomunikasi dua hala. Walaupun maseh kekok lagi aku rasa.

So, aku mula baca semula entry-entry yang aku tulis. Suddenly rasa bosan yang aku pernah rasa sebelum tu hilang. Perasaan jemu yang aku rasa teruk pada blog ni dah tak terasa begitu teruk. Bukan bermaksud entry aku tiba-tiba berubah menjadi entry-entry superb dan hilang konsep tak mesra pembaca. Entry aku maseh sama, cuma perasaan aku yang dah berbeza. Mungkin, aku sedang cuba menghargai semula blog aku ni waktu tu. Mungkin aku boleh menabur janji manis semula kepada blog ni yang aku tak akan abaikan dea lagi. Contoh tentang blog tamat.

Err nampak macam contoh tu tak ada kena mengena kan? Saje aku nak kaitkan dengan title entry. Memang aku berniat nak sampaikan dua cerita pun dalam entry kali ni. Sebenarnya, contoh yang lebih tepat untuk Graduation Goggles adalah bila kita nak berhenti kerja misalnya. Mungkin kita tak suka bos, or senior staff, or certain kawan, certain kerja, rules tempat kerja, or mungkin juga tak suka dengan jumlah gaji yang kita terima.

Tapi bila kita dah hantar notis berhenti kerja, bila hampir masa kita dah perlu tinggalkan tempat kerja tu untuk selamanya, kenapa kita boleh rasa agak sedih? Suddenly bos, senior staff, kawan-kawan, kerja, rules, dan gaji yang kita tak suka and rasa teruk tu, dah tak terasa teruk mana. Mula konon-konon fikir aku boleh je lagi bertahan kat sini. Mula nak dilema. Rujuk semula perenggan satu dan dua. Itu pun kalau rajen.

Itulah Graduation Goggles. Aku tak sure teori ni sebenarnya betul-betul wujud ke tak. Sebab aku cuma ambil teori ni daripada Favourite TV Series aku, How I Met Your Mother, yang aku pernah cerita sebelum ni. So, mungkin juga teori ni sekadar rekaan, tapi aku rasa ia wujud dalam dunia realiti aku. By the way, kau orang pernah alami ke Graduation Goggles ni? Ke orang-orang berfikiran complicated macam aku ni je yang selalu alami? Fyne.



Love & Sincere,
 

26 Apr 2012

Tujuh Bulan

Dear my Lovepediary, 

Serius otak aku kosong untuk update cerita dalam Lovepediary. Aku ada cerita yang aku dah simpan tajuknya dalam draft, tapi aku rasa tak mampu nak habeskan menulis. Kelajuan putaran otak aku berfikir untuk menulis maken perlahan dan perlahan. Sedangkan jurnal assignment pun tak siap-siap, blog ni pulak yang aku kesahkan.

Aku kelik entry aku masa mula-mula menulis di sini dulu, 23 September 2011. Belum lama kan? Serious, memang masa tu lah first tyme aku berblogging. Gila mundur. Aku kenal apa itu blog pun tak lama je sebelum tu, early 2008. Masa tu aku syok tengok colleague aku ada blog. Masa tu dea upload and update entry tentang satu music video yang aku jumpa dalam youtube and dea suka lagu tu. Tyme tu kita orang sama-sama kongsi minat cari lagu-lagu best tapi tak famous dalam radio. 

Then dea masukkan dalam blog dea. Siap kredit untuk aku, dea tulis my colleague found this. Itu je la, tak adalah sampai tulis nama aku kat situ. Aku tak ingatlah apa lagi dea cerita pasal music video tu. Masa tu lah first tyme aku baca sebuah blog yang mana sebelum tu aku pernah dengar je perkataan blog tak tahu blog tu macam mana.

Then, bila dah kenal apa itu blog, bila dah baca blog member aku tu, aku pun jadi terdetik nak create blog. Hampir-hampir buat, tapi lepas tu aku kuburkan niat aku macam tu je. Ntah. Tiba-tiba aku terus lupakan keinginan aku tu. Tapi aku rasa tak apa aku tak ada blog masa tu. Waktu tu umur aku lebih kurang 25 tahun. Kalau aku create blog, aku tak tahu cerita mentah apa yang aku nak share dalam blog ni. Konfem poyo gila. Sebab aku ni spesis lambat matang. Lagipun, aku pernah cerita kan, komitmen aku terlalu tinggi terhadap kerja. Mana ada masa dengan blog. Serius.

Back to 23 September 2011. Masa ni bulan ke enam kali kedua aku menganggur, belum dapat kerja baru. Dua kali aku pernah menganggur dalam lyfe aku.  Mungkin aku dah terlalu lama habeskan masa kat rumah tanpa buat apa-apa, then terdetiklah nak create blog. Plus, mungkin juga terlalu banyak perkara yang aku pendam, sampai dah tak terluah pada siapa-siapa. 

Then terciptalah blog ni yang pada awalnya memang aku tak expect langsung pun akan ada orang baca. Aku cuma menulis syok-syok sendiri, just anggap macam ada pembaca. Lama-lama, barulah aku tahu sedikit demi sedikit etika and terms dalam dunia blogging ni.

Dulu, aku tak pernah kesah apa yang aku hendak tulis dalam blog ni. Tapi bila dah ada pengunjung, dah ada pembaca, dah ada pengulas cerita-cerita aku, aku jadi malu sendiri. And aku rasa bersalah bila apa yang aku tulis tu tak membantu menjana minda langsung. Lebih malu lagi bila pembaca blog ni aku dah anggap macam kawan aku sendiri. Tapi, aku tak boleh nak buat apa. Kebolehan menulis setiap orang kan tak sama.

Now, after tujuh bulan, aku dah rasa maken seronok berblogging sebab dapat ramai kawan baru.  Kawan yang entah daripada mana-mana, tapi aku rasa macam kawan aku dari dunia nyata.  Kawan yang setia membaca dan mengulas apa yang aku tulis walaupun apa yang aku tulis tu tak ada relate langsung dengan hidup dia orang, or hidup kau orang.

Sampai ada sekali dua kawan bertanyakan update cerita aku.  Bila nak update? Or some sort of soalan yang macam tu. Dalam hati, ada juga orang nantikan penulisan aku seterusnya. Perasan sendiri. Padahal member tu dah bosan mengadap cerita yang sama. Daaa!

Walaupun apa yang aku tulis tu tetap langsung tak menjana minda. Asyik bercerita tentang hidup aku, hidup aku, dan hidup aku. Sangat sangat membosankan. Sampai aku dah malu sendiri nak cerita tentang kesedihan dalam blog ni. Macamlah ada orang nak peduli sangat.

So, sempena bulan ke tujuh aku berblogging ni, aku rasa tak ada ruginya if aku nak ucap terima kaseh pada kawan-kawan aku dalam dunia blog ni. Kenapa bulan ke tujuh? Sebab aku suka nombor tujuh. Aku lahir tujuh haribulan. Plus, sebab kebetulan otak aku kosong mahu update apa untuk entry kali ni.

So, kawan-kawan. Aku harap perkawanan kita ni lebih banyak menjurus ke arah positif. Biarlah kau orang cuma kawan aku untuk ketawa je pun. Itu lebih baek daripada aku sampai ke tahap aku bahagia ketawa seorang. Aku mahu kawan, bukan lawan. Terima kaseh sebab tolong mewarna-warnikan blog aku ni.


Love & Sincere,
 

17 Apr 2012

Ke Mana Mereka Pergi?

Dear my Lovepediary,

Aku rasa kehilangan. Ke mana mereka pergi? Sudah lama aku realize kehilangan mereka tapi tak tahu ke mana harus aku cari. Sudahnya, aku hanya mampu menunggu dan menunggu hingga tuan punya electronic diary muncul kembali.

Pertama, My Little Diary oleh Rima.

Last entry bertarikh 21 February 2012

Blog ni aku pernah mention suatu masa dulu yang aku suka baca. Style entry dalam blog ni untuk aku, aku suka. Untuk aku, cara Rima menulis laen daripada yang laen. Selalu buat aku tersentuh. Sesuai la untuk orang macam aku yang suka baca benda-benda yang menyentuh ni. 

Last entry Cukup Sampai Di Sini pun dah bagitahu Rima harus membiarkan blog dea bersawang untuk seketika, ntah bila dea akan datang semula. Tak sangka lepas tu dea betul-betul menghilang dan belum mampu muncul sampai sekarang. Bila kita dah ikuti lyfe orang tu, tertanya-tanya juga kan? Sedih je entry tu aku rasa bila tempoh bercuti yang dimaksudkan tu benar-benar berlaku. Curious gila. Err diulangi, untuk orang-orang yang mudah tersentuh sahaja.

Kedua, belog Serius Santai oleh Robot Kuning.

 Last entry bertarikh 25 March 2012

Aku juga salah seorang pembaca setia blog ni sejak mula-mula lagi aku kenal blog ni. Err pengomen paling tegar lagi. Penulisannya serius santai, menepati nama blog. Sebelum menghilang, aku sempat perasan dea sempat create satu blog baru iaitu Kuaci Wangi. Aku fikir dea mahu deactivate Serius Santai  dan mahu buka buku baru dengan Kuaci Wangi. Tapi Kuaci Wangi juga aktif cuma hingga 25 March 2012, juga dengan entry yang sama dipublish. 

Kepada Kay Are, entry Kuaci Wangi yang INI, kau mesti suka. Believe me. Sila baca. Cehh.

Penutup cerita.

Nampak macam kehilangan dia orang belum lama. Tapi macam yang aku mentioned tadi, bila kita dah ikuti lyfe dan setiap cerita orang tu suddenly mereka diam or menghilang, mesti kita akan tercari-cari dan curious kan? Ke mana mereka pergi? Apa yang terjadi? 

Err aku tak rasa pun kedua-dua blogger di atas akan terbaca misi pencarian aku ni. Tapi kalau boleh aku berharap dia orang boleh kembali berblogging. Sebab, kehilangan dia orang, buatkan aku kehilangan dua buah material or bahan bacaan favourite aku. Aku rindu membaca tulisan-tulisan mereka.

So, aku just tunggu dan tunggu dan tunggu. Sambil berharap penuh.


Love & Sincere,