28 Jan 2012

Stesyen Terakhir

Dear my Lovepediary,




Seriously can't stop melting. 
Hah!

Love & Sincere,

Saturday Bersama Flop Poppy


Dear my Lovepediary,


Saturday Bersama Flop Poppy bukanlah means lepak di kedai kopi or cafe terkemuka or hotel ternama bersama Flop Poppy. Ia cuma situasi mengisi hary Sabtu berehat-rehat di rumah mendengar lagu-lagu dendangan band ini. Bermula dengan lagu Mimpi Sedih yang Flop Poppy bukanlah penyanyi asalnya terus satu persatu music video Flop Poppy aku click untuk membelai-belai jiwa.

Melt.

Love & Sincere,

Mimpi Sedih

Dear my Lovepediary,





Di malam sepi aku bermimpi Mimpi yang sedih sekali Kau akan pergi tinggalkan diriku Aku menangis tersedu Diriku tak pernah lepas dari penderitaan Mimpi yang kini terjadi Kau pergi setelah aku serahkan kasih suci Itulah nasib diriku Angin meniup membisikkan kata Yang sangat menusuk hati Angin meniup membelai rambutku Yang tiada berseri lagi Diriku tak pernah lepas dari penderitaan Mimpi yang kini terjadi Kau pergi setelah aku serahkan kasih suci Itulah nasib diriku Diriku tak pernah lepas dari penderitaan Mimpi yang kini terjadi Kau pergi setelah aku serahkan kasih suci Itulah nasib diriku  Nasib diriku


Love & Sincere,

27 Jan 2012

Saya Colorful Rahasia?

Dear my Lovepediary,

Lihat gambar di bawah.



Bulatan merah menyatakan A visitor from Jakarta, Jakarta Raya viewed "Saya Colorful Rahasia" 1 hour 5 mins ago. Okeyy, apakah yang cuba disampaikan oleh translation tersebut?

Pasrah.

Love & Sincere,

26 Jan 2012

Love Chasing. Daaaaaaa !

Dear my Lovepediary,



Marriage is not only the beginning of a relationship but also the end of a life
long search for the other half of your soul. ♥

Source: Facebook Sis Ain

Beautiful ♥

Love & Sincere,

25 Jan 2012

Dalam Hati Ini

Dear my Lovepediary,

Dalam hati ini, ada rajuk lama yang belum terpujuk.
Ada hati yang maseh terguris.
Ada luka lama yang belum diubati.
Ada kesakitan yang aku sembunyikan.
Apakah kau tidak tahu?
Atau sengaja tidak mahu ambil tahu?
Dalam hati ini, ada manja yang sudah tidak dibelai.
Adakah kau sudah tidak suka membelainya seperti dulu-dulu?
Semalam menangis, belum tentu boleh hilangkan semuanya.
Luka itu tidaklah dalam, tapi if tidak diubat, selamanya ia tidak akan hilang.
Jika boleh, ingin saja aku baca segalanya dalam hati kau.
Aku ingin tahu, apa yang kau tulis tentang aku?
Adakah kau sedang bimbang?
Adakah kau merasa pelik?
Adakah kau sedang marah?
Sedih?
Terkilan?
Adakah kau sedang cuba mencari tahu tentang aku?
Or adakah kau tidak mahu tahu?
Adakah kau tidak peduli?
Adakah kau muak?
Letih?
Bosan dengan semua ini?
Adakah kau juga tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Adakah kau juga tertanya-tanya dan mahu tahu seperti aku?
Atau adakah kau tidak rasakan apa-apa?
Adakah kau tidak realize pun there's something wrong sedang berlaku?
Or adakah kau sedar tapi kau tidak mahu fikirkannya dalam-dalam?
Dan kau biarkannya berlalu begitu sahaja?
Adakah aku saja yang berasa curious terhadap segala-galanya?
Andainya dapat aku baca, aku ingin baca.
Aku terlalu mahu tahu.
Aku lihat kau seperti tidak endah.
Tapi manalah tahu aku tersalah tafsir.
Rupanya kau sungguh bimbang dan sedih juga seperti aku.
Tapi yang aku lihat, kau seperti tidak endah.
Dalam hati ini, asyik tertanya-tanya, what's going on here?
Mungkin ia tidak separah mana.
Tapi aku tak mahu nanti ia melarat.
Hingga tak boleh direcover lagi.
Aku mahu semuanya cepat pulih.
Aku mahu semuanya kembali seperti dulu.
Aku tidak menolak rasa bahagia sekarang.
Tapi sometimes, sekarang approach kita sudah berbeza.
Mungkin usia relationship sudah ubah segalanya.
Aku harap segalanya menjadi semaken matang, dan kaseh sayang kita semaken dalam.
Aku akui kaseh sayang kita semaken dalam.
Tapi adakalanya pemahaman kita tidak sama.
Pendapat kita berbeza.
Dan ego kita maseng-maseng merosakkan lagi segala-galanya.
Aku ego, aku turutkan rajuk aku sahaja.
Tapi aku mahu bermanja.
Tak mahukah kau pujuk?
Sudah jelikkah kau dengan rajuk aku?
Tak mahukah kau pujuk macam kau pujuk aku dulu-dulu?
Aku tak berniat mengguris hati kau.
Aku tak berniat mencanang hal kau dan aku.
Aku tak berniat berkata kau kejam dan aku yang innocent.
Aku tak berniat mengatakan aku betul dan kau salah bila aku berkata begini.
Aku cuma mengadu kepada hati aku sendiri.
Sebab kau sudah tidak mahu mendengar aku, aku rasa.
Lagipun, bibir aku sudah bisu, lidah aku cukup kelu.
Aku sukar untuk susun kata-kata,
Untuk buat kau tahu apa yang aku mahu.
Aku akui things always change seiring masa berjalan.
Tapi adakah hal yang manis antara kita perlu kita ubah juga?
Ada chemistry antara kita yang sudah hilang.
Aku mahu ia reconnect.
Berikan diri kau yang dulu kepada aku.
Bahu tempat aku menangis.
Dada tempat aku bermanja.
Orang yang selalu rindukan senyuman aku.
Sekarang kau maseh sukakan senyuman aku, aku tahu.
Tapi kau sudah lupa bagaimana mahu buat aku tersenyum.
Bagaimana mahu buat aku ketawa.
Yang jelas, kau sekarang cuma pandai menghambur kata-kata sinis.
Setiap kali aku menangis.
Yang cuma buat aku bertambah terguris.
Entah kau sedar entah tidak.
Atau kau sudah letih hadapinya.
Aku rayu jangan letih melayan aku.
Jangan hilang kaseh sayang terhadap aku.
Aku rayu.
Kau juga sudah tidak pandai untuk baca tangisan aku.
Tidak pandai mendefinisi kesedihan aku.
Air mata aku sudah boleh buat kau benci, aku rasa.
Tidak seperti dulu yang kau setia usapkan.
Dan aku kau belai bagai seorang tuan puteri.
Bahagia, dulu sungguh bahagia.
Sekarang aku maseh bahagia.
Selagi maseh ada kau di sisi aku.
Tapi, bolehkah if aku minta dimanja seperti selalu?
Seperti dulu-dulu, sewaktu kau juga suka kemanjaan aku?
Maaf aku terlalu sentimental.
Menangis.

Love & Sincere,

19 Jan 2012

Komitmen, Keluarga dan Impian

Dear my Lovepediary,

Semaken meningkat dewasa, semaken jauh perjalanan yang dilalui, semaken besar komitmen yang harus digalas. Dulu semasa kecil, tidak pernah kenal erti komitmen. Tidak pernah ambil tahu apa yang mak  dan ayah selalu fikir, apa yang mak dan ayah selalu runsing, apa yang mak dan ayah tangiskan, apa yang mak dan ayah bersusah payah berkejar ke sana-sini untuk uruskan kehidupan. Uruskan kehidupan termasuklah mencari makan, menjaga pakai, menyekolahkan anak-anak, dan membentuk kita iaitu anak-anak mereka supaya menjadi manusia dan kenal erti hidup.

Sampai suatu masa, kita pula akan berada pada stage itu. Entah cukup entah tidak ilmu di dada, hendak tak hendak perlu harungi juga kehidupan sendiry. Perlu bekerja untuk berdikari. Tak mungkin selama-lamanya bergantung hidup pada mak dan ayah. Umur semaken lama semaken meningkat. Mak dan ayah juga sampai masa akan tua, tinggal tunggu balasan jasa daripada anak-anak yang telah dilahirkan, dibesarkan, dan dididik menjadi manusia yang harapnya kenal erti hidup.

Aku juga begitu. Semenjak bekerja baru tahu tentang komitmen. Baru mengenal erti mencari rezeki. Baru tahu tulang empat kerat, tenaga, masa, dan otak perlu digunakan setiap hary untuk mencari sesuap nasi. Sometymes, penat. Apa lagi if kerja yang dijalani tidak seseronok berjimba. Apa lagi if kerja bertimbun-timbun tiada hentinya. Apa lagi if tertekan dengan kerja yang sentiasa menuntut otak berfikir untuk solve problems sahaja. Baru problems kerja, belum problems di rumah lagi. Apa lagi if prestasi kerja merosot dan  dimarahi bos. Apa lagi if relationship dengan kawan-kawan di tempat kerja sudah tidak seronok mana. Dan apa lagi if minat terhadap kerja sudah hilang. Kerja sudah tidak interesting. Tiada rasa.

Sometymes, rasa terbeban. Rasa tak mampu berdepan lagi. Rasa tak mampu bertahan.  Bahu semaken lama semaken berat. Kerja if tidak dilangsaikan, sampai bila-bila tak akan berkurang. Jadi, komitmen menuntut kita untuk terus bekerja. If tidak kerja, bagaimana mahu terima income setiap hujung bulan?  If tidak kerja, dengan duet apa mahu makan? If tidak kerja, bagaimana bos mahu beri bonus setiap hujung tahun? Itu pun if bernaseb baek. If tidak kerja, bagaimana mahu capai cita-cita?  Bagaimana mahu gapai impian? Bagaimana mahu balas semula pengorbanan mak dan ayah dulu? Bagaimanapun, tetap kena kerja. 

Tapi, kita manusia biasa. Kemampuan kita ada limitnya. Mungkin sudah masanya untuk bertukar angin dan cuba cari new environment. Mungkin sudah masanya untuk bertukar tempat cari makan untuk lebih majukan diry. Mungkin Allah menduga. Bumi Allah luas, tinggal kita yang harus pandai mencari di mana letaknya rezeki kita yang Allah sudah sediakan. Entah sampai berapa kali pun perlu bertukar angin, perlu juga cari tempat di mana betul-betul boleh cari rezeki dengan selesa.

Mula berkeluarga. Tidak lagi tinggal dengan mak dan ayah. Bila sudah mula berkeluarga, komitmen sudah pasty bertambah. Tidak boleh lagi bergantung pada mak ayah. Segalanya perlu hadapi sendiry. Perlu uruskan sendiry. Sudah punya keluarga sendiry, susah senang terpaksa jua hadapi berdua, suami isteri. Belajarlah erti hidup dengan lebih mendalam. Mak dan ayah kita juga suatu masa dulu hadapi hal yang sama. Merungut tiada guna. Susah ataw senang, hadapilah berdua, bersama-sama. Jangan seorang menangis seorang ketawa. Jangan seorang gembira seorang berduka. 

Itu belum lagi bila sudah punya anak-anak. Stage ini aku sendiry belum hadapi. Tapi, komitmen, kita tidak akan dapat lari daripadanya. Tidak boleh berhenti berjalan. Jatuh bagaimana pun, perlu terus bangun semula. Anak-anak kecil tahu menangis saja bila lapar. Seperty kita juga dulu waktu kecil, apalah yang kita tahu tentang kerunsingan dan kesedihan mak dan ayah? Apa yang kita lihat, setiap hary mereka keluar bekerja. Entah apa yang mereka hadapi di tempat kerja. Entah apa yang mereka runsing bila di rumah. Penat, lelah mereka, tanpa sedar kita tidak pernah ambil pusing. Apalah perasaan mereka? Now kita pula hadapi hal yang sama. 

Tambah pula bila ada anak-anak yang sudah bersekolah. Segalanya perlukan duet. Bukan boleh hantar anak ke sekolah secara percuma. Saat itu, tiada siapa mahu ada penghalang untuk mencari rezeki. Sedangkan untuk tampung diry sendiry dulu pun kita perlu bangun setiap kali terjatuh, inikan pula bila sudah ada anak-anak yang perlu ditanggung. Anak yang maseh bayi perlukan susu setiap hary, yang bersekolah perlukan duet belanja setiap hary, sekali sekala minta duet untuk beli buku, yang sudah di University juga  statusnya maseh lagi di bawah tanggungan, selagi belum dipinang or meminang orang laen. 

Impian. Apa impian kita semasa kecil? Apa impian kita sesudah bersekolah? Apa impian kita sesudah mengenal serba sedikit erti hidup? Apa impian kita sesudah mula berkerjaya? Impian boleh berubah-ubah. Klimaksnya adalah apabila kita sudah kenal erti jatuh bangun mencari rezeki. Tidak semua impian dapat digapai. Tidak semua angan-angan dapat jadi kenyataan. Orang bilang, setiap kejayaan bermula dengan angan-angan. Tapi tanpa usaha, apalah erti sesebuah impian? Dan apabila kita jatuh dalam berusaha, sekuat manakah kita untuk bangun semula? Maseh kuatkah kita untuk menggapai impian? 

Sometymes, kita lelah dengan hidup. Kedengarannya negative dan sebenarnya orang yang bersyukur tidak patut berasa lelah. Tapi, ia hakikat. Allah kurniakan kita dengan pelbagai perasaan, termasuk kecewa. Tapi janganlah kecewa itu terlalu menguasai diri. Janganlah kecewa itu memakan diri semula. Bila kita bilang kita lelah dengan hidup, adakah kita sudah cukup bersedia untuk mati?

Hidup ini umpama sebuah graf. Tiada siapa mahu graf hidupnya asyik menurun dan menurun. Semua orang mahu naek dan terus naek sebelum mengekalkan garisan graf kehidupan di level yang tinggi saat tua nanty. Semua orang mahu berjaya, tiada siapa mahu gagal. Bezanya, susah dan senang kita tidak sama.

Bila jatuh, bangun semula. Bila rancangan tidak menjadi, rancang semula. Bila sesebuah impian musnah, create impian yang baru. Hidup ini tiada hentinya dengan pancaroba. Sesudah berjaya nanty pun, maseh ada likunya. Apa lagi saat kita baru pandai pasang angan-angan. Teruskan berjalan, walaw seperit mana duri yang  kau pijak.


Love & Sincere,

14 Jan 2012

12 Jan 2012

Mega Giveaway 2012 Belog Nemomimosh

Dear my Lovepediary,



End 16 January 2012


Serious melt dengan hadiahnya. Handbags! Melt dengan yang nombor 1, 2, 5 dan 10. Yang paling melt adalah nombor 5. Mahu mahu dan mahu!

Thanks Cik Violet sebab invite. Untuk 3 orang teman blogger laen, nahhhhhh kalian telah ditagged. Sila join sama untuk merebut handbags menawan.

Kalian adalah Rima, Adik M, dan Mai.

Okeyy. Done.

Love & Sincere,

Mak Andam-To-Be & Bakal Photographer Terkenal

Dear my Lovepediary,


Mak Andam-To-Be & Bakal Photographer Terkenal

Warning. Sila take note. Ini adalah entry terlebih perasaan. In other words, ini adalah entry berangan, angan-angan dan cita-cita.

Photo berkenaan diambil semasa malam pernikahan sis Iza. Okeyy, aku memang punyai hobi melaram dan menconteng-conteng muka. Tapi tidak laa sampai aku make up kan adek aku, Iza masa hary nikah dea. Kebolehan aku adalah tak diiktiraf. Encek F iktiraf pun if aku conteng muka aku sendiry.

Aku cuma tolong Iza settlekan part hantaran. Itu pun termasuk pakej bizz bridal boutique kan? Bertambah laa service future bridal boutique aku nanty. Cepat siket kaya!

Cuma itu adalah angan-angan. Aku memang ada impian untuk punyai bridal boutique sendiry. Tapi entah tergapai entah tidak. Erm, keinginan tu tidak laa terlalu membuak sebenarnya. Sekadar satu impian. Itu pun if perjalanan hidup kita ni kita yang rancang, tentukan & kita yang control. Sah-sah laa tidak kan? Yes, tapi aku suka make up & melaram berdandan, especially dengan baju-baju pengantin yang cantek & vogue the vast! Err.. Tapi make up & grooming orang laen tuu aku tak sure lah suka ke tidak. Yang aku suka untuk diry sendiry sahaja. Takkan aku pula yang kena bermake up & berdandan hary-hary berangan bersanding banyak-banyak kali? Of course tidak! 

Owh, tiada masalah. Mungkin aku run bizz bridal aku tu tapi hire pekerja ramai-ramai untuk uruskan. Aku cuma beri guidance & uruskan duet sahaja. Best kan? Okeyy, nampak sangat angan-angan kosong. 

Encek F pulak memang favourite dea lah part nangkap-nangkap foto ni. Memang excited okeyy dea belajar & improve skill menangkap gambar dari semasa ke semasa. Bila sis Iza beri tanggungjawab untuk ambil tender as photographer masa wedding Iza tempoh hary, cuak jugak rupanya. Worried if output yang dihasilkan tidak seberapa yang dapat dibanggakan. Okeyy, tapi untuk that day Iza & husband ada photographer mereka sendiry. Then Encek F cuma back up sahaja sambil hilangkan gian dea untuk berangan jadi professional photographer. Untuk kepuasan dea actually. Tapi hasilnya not bad.

Bayar photographer beribu-ribu pun sometymes hasilnya lebih kurang sama or lebih low qualitynya. Maybe tak semua. Yang pro tuu memang pro lah. Ini aku cakap yang baru mahu berjinak-jinak & baru setahun jagung buat job ni. Err.. In fact, ambil foto sendiry more satisfied sebab dapat review semua photos eventhough foto yang sengaja disnap banyak kali di position yang sama. Sungguh puas! If ambil pakej orang luar, belum tentu dapat review photos kesemuanya. Confirm mereka akan kasik photos yang penting-penting sahaja. Kononnya! Rugi okeyy bayar bukan murah.

Tapi if tak beri peluang pada mereka untuk maju, siapa lagi mahu beri? Kejayaan setiap orang kan bermula daripada bawah. Bermula daripada tak pandai kepada pandai. Cuma if dah cukup confident untuk jual service kalian wahai photographers di luar sana, belajarlah rasa tanggungjawab dengan harapan yang sudah diberi. Jangan malas and take things sambil lewa sahaja. Ingat, orang bayar, bukan free. Tapi if dah sangat bertanggungjawab tapi memang hasilnya memang tak seberapa membanggakan, terima sahajalah wahai bekas-bekas raja dan ratu sehary. Mahu buat macam mana, mungkin itu yang terbaek mereka mampu berikan. Buah cempedak kan di luar pagar. Err.. 

Always learn to appreciate things. Appreciate all what you have.

Part aku punya berangan, actually aku tak berharap sangat pun impian akan jadi kenyataan. Tapi if disitu ada rezeki aku untuk menumpahkan minat, alhamdulillah aku berbesar haty. Tapi aku doakan angan-angan Encek F untuk jadi professional photographer akan termakbul suatu saat nanty. Err.. Encek F tak pernah beritahu aku tentang angan-angannya ni, aku sahaja yang mengagak.

Tak salah kan seorang Isteri mendoakan kejayaan Suami? Lebih-lebih lagi Isteri mithali seperty aku. Insyaallah termakbul.

Err.. Err..

Love & Sincere,

Busy Doing Nothing

Dear my Lovepediary,

Lately, aku kurang menulis. Actually banyak perkara aku fikir mahu share tapi segala-galanya banyak tersimpan di benak fikiran aku sahaja. Sehingga fikiran aku sarat untuk tanggung segalanya.

Bukan. Bukan perkara sedih. Hal-hal biasa tentang putaran hidup aku sahaja. Tidak lebih daripada kehidupan normal. Cerita penting yang aku mahu share adalah tentang wedding ceremony sistaku, Iza. Banyak sebenarnya mahu bercerita tapi tiada kesempatan. Hujung-hujungnya, cerita itu mungkin sudah basi ditelan masa. Tak apa. Mungkin aku boleh publish photos sahaja nanty.

Cerita yang laen ada banyak. Tapi kesibukan aku menghalang. Yes, I'm busy doing nothing. Entah apa-apa yang aku sebokkan. Tidak kerja, duduk di rumah menunggu suami pulang kerja sahaja pun aku boleh busy. Yurp, actually at the moment ada beberapa perkara perlu aku settlekan. Semuanya relate dengan masa lampau dan masa depan. Tapi bukan hal itu yang buat aku busy pun. Entahlah. Lately, jumlah jam aku mengadap lappy dan menekan keyboard dalam sehary sudah semaken berkurang. And aku kurang masa untuk fokus menulis.

Disebabkan kebusyan yang kurang terkawal, that's why segala perkara yang aku mahu tulis di sini aku simpan sahaja kemas-kemas dalam kotak fikiran aku yang tidak berapa luas ni. Semaken lama semaken sarat. Memang aku cari masa untuk luahkan. So that kuranglah bebanan kotak fikiran aku ni untuk mengingat kesemuanya.

Tak apa. Aku cuba cari ruang dan masa di sebalek kebusyan aku yang aku tak tahu dari mana puncanya ni untuk menulis. Cerita hidup aku memang tidaklah terlalu warna-warni. Tapi tujuan utamanya adalah untuk aku kenang putaran kehidupan aku yang berpusing mengikut peredaran masa. Untuk aku ingat segala hal penting yang pernah berlaku, bukti aku pernah menjalani hidup sebagai seorang manusia di dunia ini. Semuga menjadi pendorong dan pemangkin untuk aku melihat diri sendiri ke arah cermin, then perbetulkan segala yang negatif, segala yang lemah.

Yes, aku busy doing nothing. Kesibukan aku tidak dapat aku ceritakan sebabnya. Kerna aku juga kurang pasty. Yang pasty aku kurang masa untuk menulis, dan aku perlu sedikit ruang untuk aku selesaikan segala urusan yang maseh tertangguh. Mungkin sesudah selesai semuanya, barulah kebusyan yang tiada punca ini tiba-tiba hilang. 

Mungkin baru aku rasa terlalu banyak masa yang aku ada rupanya untuk menulis perkara yang tidak penting pun di sini. Err.. Mungkin ia tidak penting sekarang, tapi sungguh precious & meaningful untuk hary depan. Mungkin. Mungkin sesudah selesai semuanya, then ada perkara yang aku boleh take out daripada List of Things I Need to Remember. Err.. List tu tidak wujud di atas kertas. Segalanya tercatit dalam kotak fikiran sahaja. 

Err.. Suatu waktu dulu ex boss pernah bilang "Generasi sekarang maken malas untuk menulis. Sebab tu banyak benda boleh lupa. Kita bukan boleh ingat kesemuanya. Keluarkan di atas kertas, so that kepala tak terlalu sarat untuk ingat semua perkara. If not, memang banyak perkara akan lupa".

Err.. Err.. Aku tak cukup masa untuk menulis okeyy! That's why aku cuba ingat kesemuanya dalam kepala. Ahh, bukan perkara penting pun. Cuma aku mahu menghargai segala perkara kecil yang berlaku dalam hidup aku saja. 

Apa yang aku busykan sangat ni? Ahh, busy doing nothing. Err.. Aku pun menunggu masa yang sesuai untuk cerita perkara-perkara basi yang aku simpan ni. Basi. Basi dalam benak fikiran aku sendiri.


Love & Sincere,

9 Jan 2012

Dua Identiti

Dear my Lovepediary,

Tahun lepas aku terlepas satu entry untuk aku publish dalam My Colorful Secrets. Dan sekarang aku sudah tiada rasa untuk publish entry tutup buku untuk tahun 2011 itu. In fact, draftnya pun aku belum sempat habeskan. Mungkin terlalu banyak untuk aku katakan. Terlalu banyak untuk aku simpulkan tentang 2011.

2011 pada aku semacam terlalu banyak kesedihan. Err.. Bukan banyak kesedihan tentang banyak perkara. Sebaleknya, kesedihan aku banyak berkaitan dengan kerjaya. Apabila aku terlepas untuk publish entry yang panjang lebar yang kebanyakannya berkisarkan tentang kesedihan 2011, mungkin maksudnya aku sudah tidak patut ingat kesemuanya. Mungkin petanda sudah sampai masa untuk aku buangnya jauh-jauh. Orang bilang, don't cry over the past. So perlu buang jauh-jauh supaya tidak mengganggu aku lagi untuk kembali bangkit.

Biarlah. Orang kata kehidupan manusia memang ada turun naeknya. Rezeki juga orang kata ada di mana-mana. Bukan bermakna if kita gagal dalam sesuatu perkara, kita akan gagal selama-lamanya dan gagal seluruhnya dalam semua hal in our lyfe. Di sebalek rasa sedih terhadap kegagalan lepas, sebenarnya aku maseh sangat bersyukur. Aku maseh punya kebahagiaan. Aku maseh punya keluarga yang sentiasa menyokong. Aku maseh punyai suami yang sudi banyak berkorban. Memberi aku peluang dan masa untuk aku serapkan semula semangat ke dalam diri aku. Sesungguhnya, ujian kepada aku sungguh kecil untuk aku hebah-hebahkan.

Tahun lepas, aku rasa aku agak terbawa-bawa rasa sedih dalam kebanyakan entry yang aku tulis. Aku memang mudah terpengaruh. Aku rasa setiap hal yang aku tulis seperti cuba mendefinisi setiap kesedihan yang aku sembunyikan. Nyatanya, tahun ini aku rasa lebih bersemangat. Lebih pulih. Aku lebih gembira untuk menulis tentang perkara-perkara yang gembira sahaja.

Now alhamdulillah. Baru beberapa hary menjalani tahun baru, sudah ada beberapa hal gembira yang aku lalui. So aku rasa macam lebih mudah untuk aku lupakan hal-hal sedih yang susah lepas. Perasaan gembira pun sudah tidak mampu aku sorok.

Bila aku baca semula entry-entry aku tahun lepas, aku simpulkan sendiri aku macam seorang yang  sungguh penyedih. Tak tahulah orang laen. Itu baru simpulan aku sendiri. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang terlalu penyedih sepanjang hidup. Lyfe aku pun bukanlah terlalu susah or terlalu menderita. Lyfe aku normal. Kesusahan yang aku alami adalah kesusahan yang biasa-biasa sahaja. Cuma sometimes kita terlalu terbawa-bawa perasaan sedih itu ke mana-mana. Itu yang buatkan sometimes entry aku mencerminkan seolah-olah aku punyai identiti sebagai seorang yang terlalu penyedih sepanjang masa. Walhal tidak pada realitynya. Err.. Aku sedih sendiri bila baca entry-entry aku tahun lepas. Malu pun ada. Errr..

Sebaleknya, tahun ini aku rasa aku mahu perkara-perkara gembira sahaja berlaku dalam lyfe aku. So far alhamdulillah baru beberapa hari melalui tahun baru, sudah ada beberapa hal gembira sudah aku lalui. Tidak kurang juga berita gembira hadiah pertama untuk tahun 2012. Harap-harapnya petanda baek untuk sepanjang tahun ini. Sepanjang hidup lagilah boleh.

Orang bilang apabila bangun pagi sahaja kita mula dengan tersenyum, then insyaallah kita akan melalui sepanjang hari dengan tersenyum. Maksudnya, banyaklah perkara-perkara baek yang datang. Harap harapnya begitulah. Harap harap harap sangat.

So aku rasa aku mahu padamkan identiti sedih yang selama ini aku labelkan kepada diri aku sendiri sebelum ini. Aku mula memasang azam untuk lebih fokus dan lebih rasa tanggungjawab terhadap komitmen. Aku mahu create macam-macam kegembiraan untuk masa akan datang. Aku mahu lupakan yang lepas-lepas. Sudah sampai masa untuk aku betul-betul bangkit dan abaikan kegagalan-kegagalan yang pernah aku lalui.

Aku harap kehidupan selepas ini aku akan lebih gembira. Hidup lebih riang dan warna-warni. Aku mahu fokus kepada kejayaan. Yap! Aku juga layak untuk berjaya. Aku harap aku boleh menukar identiti penyedih tahun lepas kepada seorang yang beridentiti gembira. Wowww!

Aku harap segala dugaan yang datang selepas ini aku dapat hadapinya dengan tenang dan matang. Buang identiti sedih, bangkitkan identiti lebih happy. Fokus, untuk jadi manusia berguna!

Err.. Err.. Entry ini sudah banyak kali aku ubahsuai. Cadangnya sudah terlepas satu entry tutup buku untuk tahun lepas, then ini sepatutnya entry pertama aku untuk tahun ini. Tapi aku macam confuse dengan apa yang aku cuba sampaikan. And kebanyakan point-point dalam entry ini pun jauh terpesong daripada draft original yang paling original. Apa kena dengan aku ni? Confuse. Yang final ni pun entah tersampai entah tidak. Aku rasa ayat macam berterabur tidak tersusun. Title pun macam tak ada kena mengena. Biarlah. Maken lama maken confuse jeh. Okeyy, better stop here.

Err.. Err..

Love & Sincere,

7 Jan 2012

Dekorasi Hantaran Dan Shawl Pilihan

Dear my Lovepediary,











Yang mana satu pilihan di haty?


Finally, pakai jugak Shawl sebagaimana yang didambakan.

Errrr.. :)

Love & Sincere,