Showing posts with label Marriage and Weddings. Show all posts
Showing posts with label Marriage and Weddings. Show all posts

31 Oct 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


Dear my Lovepediary,


Cerita-cerita skandal orang-orang sekeliling aku kadang-kadang buatkan aku takut. Memang dari dulu aku tak faham macam mana boleh wujudnya orang ketiga dalam hubungan perkahwenan especially kalau hubungan tu bahagia tak ada masalah. Memanglah. Mungkin nampak macam tak ada masalah, tapi sebenarnya ada di sebaleknya. Tapi, aku tetap nak argue. Sebab sometymes, masalah tu bukan menjadi suatu masalah sangat hinggalah salah seorang terjumpa orang ketiga. Then, barulah timbul masalah tu. Which means, sebelum ni boleh je terima. Tapi kalau dah terjebak tu, ada je 1001 alasan yang ditimbulkan. Ini tak kena, itu tak kena. As if cuba meletakkan hukuman atas kesalahan sendiri di bahu orang laen.

**************

Cerita Satu

Cerita daripada kawan aku, tentang kawan sekerjanya. Lelaki yang punya Isteri dan tiga orang anak. Lelaki yang agak baek juga, soft spoken bila berbicara, sangat hormat orang laen, solat pun nampak sentiasa dijaga. Khabarnya hidup keluarganya okeyy dan bahagia. Isterinya agak sempurna, muka baek, cantek, bertudung, agak berjaya dalam kerjaya. Suddenly si Lelaki berskandal dengan kawan sekerja, seorang perempuan yang pernah berSuami, punya seorang anak, namun kini single kembali. Seorang smoker, rambut blonde, pakai skirt pendek pergi kerja. Aku tak kata perempuan ni jahat. Tapi dengan personality macam tu dan terjebak bercenta dengan Suami orang, apa agaknya kebanyakan orang akan kata?

Bila kesah centa terbongkar, yang lelaki kata Isterinya selalu penat bila balek kerja. Balek kerja nak kena jaga anak-anak yang tiga orang lagi. Lelaki mula bosan dan mula suka-suka cari hiburan di luar. Jadi, pasang girlfriend di tempat kerja buat penghilang sunyi. Maklumlah, Isteri dah terlalu sebok sampai tak sempat nak layan Suami. Suami cari girlfriend, boleh juga buat teman texting-texting, manja-manja mungkin. Maklumlah, yang girlfriend pulak dah ditinggal Suami. Katanya ex-husbandnya dulu dirampas orang laen. Tinggallah dea keseorangan, kesunyian. Tambah lelaki lagi, dea memang mahu kawen dengan si girlfriend. Katanya, Perempuan tu boleh menenangkan saya. Menangeslah si Isteri menahan hiba sendiri.

**************

Cerita Dua

Cerita seorang kawan aku pula, yang wataknya menjadi orang ketiga. Dea kata pada awalnya dea pun enggan bercenta dengan lelaki tua yang mengoratnya. Tak berminat katanya. Maklum, lelaki tua. Waktu itu. Tapi lama-lama, bila asyik bersama, buat kerja pun perlu sama-sama, mungkin lelaki tua pandai memujuk agaknya. Lama-lama cair juga kawan perempuan aku ni yang memang maseh belum berpunya. Akhirnya, jatuh juga hatinya pada seorang lelaki tua. Katanya, lelaki itu baek, seorang yang soft spoken juga, solat juga sentiasa dijaga. Err kebetulan sifatnya lebih kurang dengan lelaki Cerita pertama. Tapi ini cerita yang berbeza, orang yang berbeza. So, tak semestinya lelaki gatal or kaki perempuan je yang punya skandal ya?

Kawan aku kata, lelaki tu memang baek. Lelaki tu ada intention untuk masuk meminang bila sampai masanya. Lelaki tu baek, bila deting pegang tangan pun tak pernah. Gatal-gatal jauh sekali. Sampaikan kawan aku yang tak tahan untuk bermanja-manja. Siak betul kawan aku ni. Naseb baek aku dah kawen. Then, kawan aku pernah terserempak boyfriendnya tu dengan Isteri makan berdua. Dea lihat mereka bahagia je, a very happy, romantic and sweet couple. Aku yang sangat musykil pun bertanya, Kalau dea bahagia & marriage lifenya tak ada masalah, then apa sebab dea nak suka dekat kau pulak? Then kawan aku jawab Aku tanya jugak pasal tu, then jawapan dea biasalah Liyaa, fall in Love again. Fuuuu. Sebegitu mudah?

**************

Cerita Tiga

Cerita ketiga, sebuah cerita yang pernah aku baca daripada belog Mai. Ceritanya lebih kurang begini. Seorang perempuan yang single, available and still searching. Suddenly berjumpa dengan seorang foreigner yang sangat baek, good looking, pandai, almost perfect. Boleh dikatakan lebih kurang sama dengan sifat lelaki-lekaki dalam dua cerita kat atas. And still, lelaki tu dah kawen and ada anak. Bila lelaki tu propose, perempuan tu mula gelabah, tak tahu nak buat keputusan. Hati kata suka, tapi the thing is, his status. Back to situation perempuan tu, memang sedang mencari, terjumpa pulak dengan lelaki yang almost perfect sifatnya untuk dijadikan soulmate. So, it was a bit hard decision jugak sebenarnya. Plus, its about feeling kan?

Fikir punya fikir sambil menangis, finally perempuan tu tolak proposal lelaki tu. And common reasons bila perempuan nak tolak proposal seorang lelaki yang ada marriage life yang bahagia, and lelaki tu almost perfect bagi dea, biasanya apa? Maybe some say "If sekarang lelaki tu boleh buat macam tu pada first wife dea, mesti dea boleh buat macam tu lagi pada kita pulak." Or maybe some say "Kalau kita buat macam tu, nanti lama-lama dah takde perempuan akan percayakan perempuan." Or maybe some say "Fikirlah perasaan first wife dea, anak-anak dea, apa dia orang akan rasa? Cuba letak diri kita kat tempat dia orang." Macam-macam reasons kita boleh dengar and create if kita betul-betul nak tolak and taknak jadi selfish kan?

Aku rasa all those reasons pun mesti perempuan tu dah fikir. Tapi the main reason yang dea bagi aku rasa jarang-jarang perempuan boleh bagi dalam situation macam tu. Maksud aku, apa yang dicari dah ada depan mata, tinggal grab je. Susah nak berfikir secara stabil, rasional serta tak selfish dalam situation macam ni. Eventhough aku tak pernah experience, tapi aku rasa macam tu. Of course one of the reason dea taknak hurt wife lelaki tu. Tapi dea tambah lagi "This is one of the test Allah gives me. I believe that there is something more sweet are waiting for me." If only semua perempuan dapat fikir macam ni, mesti kita susah nak dengar ada lagi perempuan yang menanges sebab ada orang ketiga dalam perkahwenan kan? Macam tu jugak lelaki.

**************

Of course, aku tak berniat untuk melawan jodoh or takdir. Kalau jodoh or takdir dah tentukan macam tu, tetaplah macam tu jadinya kan? And aku pun bukan nak bahaskan isu skandal ni. Cuma apa yang aku nampak and aku selalu fikir, perkara macam ni boleh jadi pada sesiapa je. Yes, anyone. Tak kira lelaki tu macam mana, perempuan tu macam mana, perkahwenan tu macam mana. Kalau dah nak jadi, 1001 alasan boleh jadi sebab. Macam aku cakap mula-mula tadi. Sometymes, masalah tu bukan menjadi suatu masalah sangat hinggalah salah seorang terjumpa orang ketiga. Tapi itu cuma teori aku je. Aku pun tak tahu apa masalah yang tersembunyi. Actually, aku nak tahu jugak reasonnya, tapi aku tahu bukan senang untuk cari kesimpulan.

Walaupun aku sebenarnya sangat curious, tapi aku bukan nak cari salah sesiapa dalam perkara ni. Pada aku, our part is jalankan je tanggungjawab maseng-maseng. Yes, memang senang untuk cakap tapi susah untuk laksanakan. Kan? Ya. Aku sendiri jawab. Sebab bukan senang untuk kongsi hidup hari-hari dengan orang laen. Bukan senang untuk terima seratus peratus kekurangan orang laen. Bukan senang untuk matchkan diri kita dengan orang laen. Tapi ada caranya. Ingatan aku pada diri sendiri lagi. Aku rasa yang penting ikhtiar both pihak untuk sama-sama hendak jaga hubungan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Suami Isteri :)

Kalau dah ikhtiar, berusaha, berdoa, of course after that kena bertawakal. Aku pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Usia perkahwenan aku pun baru seberapa sangat. Nak kata aku jalankan tanggungjawab, maseh banyak cacat celanya here and there. Maseh banyak yang perlu diperbetulkan, dicantekkan, diperkemaskan dan disempurnakan. Untuk kalian-kalian yang belum berkawen ni, yang perempuan jangan takut pulak. Yang lelaki jangan mula terasa ada excuse pulak. Belajarlah jadi setia. Cewwah! Yurp! Semua orang tak sempurna. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk buat kesilapan. Cubalah jadi sesempurna yang boleh. Ehem.

**************

Sorry entry panjang tak hengat punya. Dah ini je idea yang aku ada untuk belog yang dah nak berkarat ni, bak kata seseorang. Grrr. Biar. Memang aku sengaja nak bagi kau orang stress baca entry panjang dan tanpa gambar. Kejam kan aku? :P 

Terima kaseh Pakcik Robot Kuning bagi keizinan curik idea tajuk entry. Aku baru mintak izin kau dah tau tajuk entry yang mana satu aku nak curik kan? Ilmu hitam apa yang kau pakai? Grrr. Nanti aku belanja biskut cecah air kopi yeh? Yeh? :D


Love & Sincere,

13 Apr 2012

Aku Bila Lagi?

Dear my Lovepediary,

Situation 1:

(Sms Conversation on Date 05th April 2012)

(Received from Mak)
Mak: Mak bulan 11 ni timang cucu Tengku.

(Replied to Mak)
Aku: Ya Allah! Bestnya! Habeslah camne Diya ni? Haha.

(Send to Iza)
Aku: Congrats! :P

(Received from Mak)
Mak: Jangan tanya Iza dulu tau. Takut mak.

(Replied to Mak)
Aku: Alamak dah msg dah. Camne?

(Received from Iza)
Iza: Congrats apa?

(Replied to Iza)
Aku: Err salah msg. Hehe.

(Received from Mak)
Mak: Tarek balek tak bleh?

(Replied to Mak)
Aku: Mak ni, takut apa? Diya dah cakap Diya salah msg Iza tadi. Haha.

(Received from Iza)
Iza: Laa. Haha.Okey2.

                                                  ------------------------------

Situation 2:

(Sms Conversation on Date 07th April 2012)

(Received from Iza)
Iza: Diya katne? Malam ni gi mana2 tak?

(Replied to Iza)
Aku: Dalam kelas. Malam ni cam free. Nape?

(Received from Iza)
Iza: Ingat nak belanja semua makan kat depan Angsana tu. Kalau takde pape jom
        la kol 800 ke.

(Replied to Iza)
Aku: Depan Angsana tu katne? Restoran apa? Ni sempena apa ni? Hehe.

(Received from Iza)
Iza: Kat Restoran Remaja Classic. Bertentang dengan bangunan Telekom. Ni
       sempena hari tu dapat bonus. Hehe.

(Replied to Iza)
Aku: Owh. Restoran Remaja tu tau la. Okeyy2! Meet u there! :D

                                               ------------------------------

Kesimpulan situasi 1, Iza dah preggy. Kesimpulan situasi 2, Iza cuba berkongsi kegembiraan sebab dah preggy, tapi maseh belum bersedia mengaku yang dirinya sudah berbadan dua. 

Adek aku, Iza bernikah pada 31st December 2011.  Iza kerja office hour, hubby nya pula kerja 11pm-7am. Kiranya marriage lyfe mereka ni sekadar Touch & Go je lah. Pagi kadang jumpa kadang tak. Petang hingga malam ade la jumpa paling lama dalam 3-4 jam mungkin.

Pagi, hubby balek kerja, Iza pula dah sampai masa kena pergi kerja. Malam, tolak dinner tolak itu ini, sempatlah curi-curi masa siket dia orang bermesra. Then around 10pm Suami pula dah kena bertolak pergi kerja. Mak aku punyalah risau and kesian. 

But now, after lebih kurang 3 bulan setengah mereka bernikah, she's preggy, walaupun sampai sekarang dea belum mahu bercerita dengan aku. Touch & Go pun kalau dah namanya rezeki tetap ia datang. So, aku bila lagi? Maseh menjadi persoalan. Kahwen dah lebih kurang 2 tahun 4 bulan. Err. Aku cool-cool je ni.


 Love & Sincere,
 

26 Jan 2012

Love Chasing. Daaaaaaa !

Dear my Lovepediary,



Marriage is not only the beginning of a relationship but also the end of a life
long search for the other half of your soul. ♥

Source: Facebook Sis Ain

Beautiful ♥

Love & Sincere,

14 Jan 2012

12 Jan 2012

Mak Andam-To-Be & Bakal Photographer Terkenal

Dear my Lovepediary,


Mak Andam-To-Be & Bakal Photographer Terkenal

Warning. Sila take note. Ini adalah entry terlebih perasaan. In other words, ini adalah entry berangan, angan-angan dan cita-cita.

Photo berkenaan diambil semasa malam pernikahan sis Iza. Okeyy, aku memang punyai hobi melaram dan menconteng-conteng muka. Tapi tidak laa sampai aku make up kan adek aku, Iza masa hary nikah dea. Kebolehan aku adalah tak diiktiraf. Encek F iktiraf pun if aku conteng muka aku sendiry.

Aku cuma tolong Iza settlekan part hantaran. Itu pun termasuk pakej bizz bridal boutique kan? Bertambah laa service future bridal boutique aku nanty. Cepat siket kaya!

Cuma itu adalah angan-angan. Aku memang ada impian untuk punyai bridal boutique sendiry. Tapi entah tergapai entah tidak. Erm, keinginan tu tidak laa terlalu membuak sebenarnya. Sekadar satu impian. Itu pun if perjalanan hidup kita ni kita yang rancang, tentukan & kita yang control. Sah-sah laa tidak kan? Yes, tapi aku suka make up & melaram berdandan, especially dengan baju-baju pengantin yang cantek & vogue the vast! Err.. Tapi make up & grooming orang laen tuu aku tak sure lah suka ke tidak. Yang aku suka untuk diry sendiry sahaja. Takkan aku pula yang kena bermake up & berdandan hary-hary berangan bersanding banyak-banyak kali? Of course tidak! 

Owh, tiada masalah. Mungkin aku run bizz bridal aku tu tapi hire pekerja ramai-ramai untuk uruskan. Aku cuma beri guidance & uruskan duet sahaja. Best kan? Okeyy, nampak sangat angan-angan kosong. 

Encek F pulak memang favourite dea lah part nangkap-nangkap foto ni. Memang excited okeyy dea belajar & improve skill menangkap gambar dari semasa ke semasa. Bila sis Iza beri tanggungjawab untuk ambil tender as photographer masa wedding Iza tempoh hary, cuak jugak rupanya. Worried if output yang dihasilkan tidak seberapa yang dapat dibanggakan. Okeyy, tapi untuk that day Iza & husband ada photographer mereka sendiry. Then Encek F cuma back up sahaja sambil hilangkan gian dea untuk berangan jadi professional photographer. Untuk kepuasan dea actually. Tapi hasilnya not bad.

Bayar photographer beribu-ribu pun sometymes hasilnya lebih kurang sama or lebih low qualitynya. Maybe tak semua. Yang pro tuu memang pro lah. Ini aku cakap yang baru mahu berjinak-jinak & baru setahun jagung buat job ni. Err.. In fact, ambil foto sendiry more satisfied sebab dapat review semua photos eventhough foto yang sengaja disnap banyak kali di position yang sama. Sungguh puas! If ambil pakej orang luar, belum tentu dapat review photos kesemuanya. Confirm mereka akan kasik photos yang penting-penting sahaja. Kononnya! Rugi okeyy bayar bukan murah.

Tapi if tak beri peluang pada mereka untuk maju, siapa lagi mahu beri? Kejayaan setiap orang kan bermula daripada bawah. Bermula daripada tak pandai kepada pandai. Cuma if dah cukup confident untuk jual service kalian wahai photographers di luar sana, belajarlah rasa tanggungjawab dengan harapan yang sudah diberi. Jangan malas and take things sambil lewa sahaja. Ingat, orang bayar, bukan free. Tapi if dah sangat bertanggungjawab tapi memang hasilnya memang tak seberapa membanggakan, terima sahajalah wahai bekas-bekas raja dan ratu sehary. Mahu buat macam mana, mungkin itu yang terbaek mereka mampu berikan. Buah cempedak kan di luar pagar. Err.. 

Always learn to appreciate things. Appreciate all what you have.

Part aku punya berangan, actually aku tak berharap sangat pun impian akan jadi kenyataan. Tapi if disitu ada rezeki aku untuk menumpahkan minat, alhamdulillah aku berbesar haty. Tapi aku doakan angan-angan Encek F untuk jadi professional photographer akan termakbul suatu saat nanty. Err.. Encek F tak pernah beritahu aku tentang angan-angannya ni, aku sahaja yang mengagak.

Tak salah kan seorang Isteri mendoakan kejayaan Suami? Lebih-lebih lagi Isteri mithali seperty aku. Insyaallah termakbul.

Err.. Err..

Love & Sincere,

7 Jan 2012

Dekorasi Hantaran Dan Shawl Pilihan

Dear my Lovepediary,











Yang mana satu pilihan di haty?


Finally, pakai jugak Shawl sebagaimana yang didambakan.

Errrr.. :)

Love & Sincere,

3 Jan 2012

Kenduri Dan Kehilangan

Dear my Lovepediary,

Entry nombor satu pada 2012. Banyak memori mahu dipahatkan eventhough baru masuk the 3rd day untuk tahun ini. Segalanya adalah kerna salah satu event terbesar dan tersangat meaningful telah berlaku di dalam keluarga kami. Iza's wedding!

Iza's wedding sudah pun selamat berlangsung pada tahun lepas, 31 December 2011 untuk pernikahan dan malam berinai, diikuti dengan date 01 January 2012 untuk hary persandingan pasangan mempelai. Panjang mahu bercerita. Tapi salah satu yang belum dapat dan rasanya tidak boleh dilupa adalah kehilangan pada hary keramaian. Yap! Ianya bad story.

Apa yang hilang? Sejumlah wang mak yang agak besar juga nilainya disimpan dalam beg tangan yang tersimpan di dalam laci berkunci bilek mak abah. Wang memang sengaja diprepare awal bertujuan untuk membayar sewa khemah, upah tukang masak, juga upah DJ karaoke lebih kurang. Tapi segalanya hilang, lenyap diambil orang. Entah siapa belum tahu. Disyaki adalah saudara terdekat tapi kami tidak punyai bukti kukuh untuk menuduh. Malahan tiada seorang pun saudara ataw siapa sahaja yang agak diragui ataw punyai bad history untuk kami jadikan petunjuk. 

Terkilan. Sedih sebab wang mak hilang. Kesian mak. Abah pun nampak tidak senang. Hatynya juga tidak tenang. Hilang juga selera makan pada malam majlis berakhir. Mak yang menahan perasaan terkilan dan sedih hendak tak hendak terpaksa juga telan pahitnya. Kepenatan beberapa hary pun belum hilang. Akhirnya mak tidur awal untuk lupakan sedikit segala-galanya.

Aku rasa aku yang terperasan paling awal tentang kehilangan dan kecurian. Purse yang mengandungi wang cuma rm11 something something aku simpan dalam handbag dan aku letakkan di dalam bilek mak yang aku fikirkan paling selamat dan tidak ramai orang akan keluar masuk kecuali mak, abah, dan adek beradek kami sahaja. Orang laen cuma nenek kami yang sudah tua, juga seorang mak saudara dan anak-anaknya yang beg mereka juga disimpan dalam bilek mak abah kerna tidak cukup ruang bilek laen.

Entah jam berapa sekitar petang aku masuk ke bilek mak untuk touch up make up dan pergi ke arah handbag. Tiba-tiba terlihat purse aku tergolek dibawah timbunan beg laen, butangnya terbuka. Terus musykil. dan sesuatu yang buruk langsung terlintas. Aku ingat dalamnya memang ada cuma rm11 something something. Tapi apabila aku lihat, sudah tiada. Tempat wang syiling juga terbuka. ****!

Geram juga aku dibuatnya. Siapa yang selongkar? Siapa yang rembat? Aku cari-cari beg make up PH kecil aku juga tiada. Entah-entah si pencuri fikir beg kecil itu berisi wang terus diambil dan disimpan dengan beg sekali. If tidak pun, dea sempat buka and bila nampak cuma barang-barang make up, entah dicampak ke mana beg make up itu. Tapi sampai sekarang maseh belum jumpa di sekitar bilek mak mahupun di bilek-bilek ataw di ruang laen. 

Seingat aku memang ada dalam handbag dan rasanya memang tidak diletak tempat laen. Macam tiada kena mengena je beg make up dengan kecurian, tapi aku percaya tidak mustahil. Lagipun, kehilangan barang-barang make up juga cukup buatkan aku sedih dan geram. Aku bukan punyai banyak set barang make up sangat. Yang itu sudah complete satu set yang selalu aku pakai. Sudahlah aku tidak bekerja sekarang, macam mana mahu beli set barang make up laen dengan senang haty? Ish!

Yang peliknya, perfume dalam handbag itu pun hilang. Geram! Yap, nampak macam tiada kena mengena. Tapi sebab hilang, aku fikir ia sungguh pelik. Tiada orang laen rasanya yang mahu suka-suka buka handbag aku untuk pakai make up dan perfume aku, except siblings sahaja. Tapi mereka pun selalunya bilang ke aku dulu. Pelik, sungguh pelik.

Bilek mak tidak berkunci sebab kotak telur dan paperbag untuk para tetamu semuanya disimpan dalam bilek mak. Entahlah. Jika sudah mahu hilang, ia tetap akan hilang.

Kehilangan yang laen, wang rm150 milik kakak. Yang ini di dalam purse yang berisi lebih kurang rm300 disimpan di dalam bilek pengantin. Pun boleh hilang. Cuma bezanya si pencuri tidak ambil kesemuanya. Ini pun difikir sangat pelik, entah siapalah orang luar selaen siblings sahaja yang berani dan ada masa terbaek untuk masuk dalam bilek pengantin. Sukar diimaginasikan.

Until hary ini, kami maseh mencari-cari dan berteka-teka siapa yang ada kemungkinan even sedikit pun  untuk melakukan hal menjengkelkan tersebut. Aku tonton semula video yang aku rakam sekitar majlis berlangsung  especially sekitar peak hour, ketika pengantin lelaki datang dan masuk ke rumah mahu bersanding. Tapi tiada sebarang petunjuk. Orang-orang yang disyaki sedikit pun terlihat di tempat yang jauh.

Seorang cousin yang ada sedikit bad history semacam itu tidak datang. So, kami memang tiada suspect laen. Dea seorang sahaja yang kami kenal memang ada bad habit sebegitu. Siblingsnya yang laen rasanya pun clear record dan tidak pernah dengar langsung ada history seburuk itu. Err.. Tapi merekalah saudara yang beg-beg mereka juga di dalam bilek mak. Dan kata makcik, beg anaknya juga diselongkar, tapi tiada kehilangan. Entahlah.

Pencarian maseh belum berakhir. Kami cuma mahu tahu siapa orang yang melakukannya. So that next tyme bolehlah kami berjaga-jaga. Bab mahu semula wang tu memanglah mahu, especially wang mak. Tapi if itu memang bukan rezeki kami dan bukan rezeki mak, kami redha. Cuma if ikut geram, mahu juga orang yang melakukan tu diajar sedikit supaya hormati hak orang laen. Ahh! Tapi yang penting kami cuma mahu tahu orangnya, so that kami tidak akan and never ever menjadi mangsa lagi.

Kami berusaha mencari petunjuk siapa si penjahat itu. Selebihnya kami serahkan kepada Yang Maha Esa untuk menimbangnya bagaimana. Dan kami berserah juga dengan buruk baek naseb akan datang sekiranya benar yang melakukan itu saudara terdekat ataw orang yang ada di kalangan kami. 

Aku doakan saja yang melakukan hal buruk itu cepat-cepat diberi hidayah oleh Allah SWT. Kepada Allah sahajalah sesungguhnya kami mampu berserah untuk menimbang dan menghukumnya, mahupun diberi hidayah dan pengajaran.


Love & Sincere,

28 Dec 2011

Yang Bercinta Mahu Bersatu

Dear my Lovepediary,

Last weekend orang yang bekerja cuti sampai Isnin sempena Krismas. So, stay rumah mak abah di Taman Perling and busy dengan wedding preparation Iza. Yang paling fokus adalah buat decoration hantaran. Ini task yang awal-awal dah dapat. And dah lama pun start dengan task ni, tapi cuma start dengan buat accessoriesnya dulu. Itu pun dah hampir give up sebab buat DIY ni memang perlukan kesabaran dan kerajinan yang tinggi. 

And susah nak buat kerja bila tangan tak kreatif and tak seni ni. Dalam kepala macam-macam idea yang diharap dapat direalisasi menjadi kenyataan, tapi jenuh tangan buat kerja took an hours and days,  hasilnya macam tak laa berapa membanggakan. Ini yang buatkan impian mahu join course buat hantaran and segala macam skill berkaitan kawen-kawen maken membuak. Dengan kata laen, impian mahu mempunyai bridal boutique sendiry semaken berkobar-kobar dalam haty. Yahh, that's the dream! Ecehs.


The conclusion is hantaran yang 9 dulang tu belum siap lagi. Yang 3 kat atas ni pun actually belum complete habes. Ribbon belum letak sebab tak reti nak buat ribbon yang dah terimagine dalam kepala. Itulah dea. Tangan tak kreatif and tak seni tapi still cerewet-cerewet mahu buat design ribbon yang susah-susah. Yang senang and sudah tahu buat tetap tak nak. Erm, design tu tak susah pun sebenarnya untuk orang laen, tapi untuk tangan tak kreatif memang SUSAH!

Okeyy! Kebiasaannya, bila antara siblings mahu berkahwen, then the other siblings especially yang sudah bekerja mestylah perlu faham-faham sponsor apa yang patut. Yes, sponsor. Ini tak termasuk hadiah kawen lagi. Erm, disebabkan masalah kerjaya yang aku hadapi, iaitu sudah berbulan aku menjadi suri rumah yang belum (tidak) disahkan jawatan oleh suami, so apa yang aku dapat sponsor kepada Iza? 


Aku cuma boleh sponsor barang-barang yang boleh recycle. Naseb baek masa aku kawen dulu poket agak tebal sebab sedang bekerja. Err.. Bukan poket yang tebal sangat, tapi nafsu yang tinggi. If boleh semua benda mahu beli, tak mahu pinjam, tak mahu sewa. So, for sure aku sponsor Iza dulang hantaran, alas dulang, and pahar untuk cucuk bunga telur kat atas pelamin. Alas dulang adalah special hand made. Bukan aku punya hand made, cousin aku of course yang pandai menjahit punya hand made. Tangan aku kan tak kreatif and tak seni, mustahil boleh jahit alas dulang tu. Silap-silap alas dulang jadi alas meja. Heks. 

Tapi kiranya memang takde lah design alas dulang yang sama di mana-mana kedai menjual accessories perkahwenan. Special, right? And one more thing, dulu masa aku kawen aku ada beli plastik bunga-bunga, angan-angannya mahu pakai untuk letak doorgift, tapi tak jadi guna. Memang nafsu tyme tu sukar dikawal. Last-last plastik bunga-bunga tu dua tahun membazir jadinya, tapi now naseb baek ada gunanya. Nahhhhhh, Iza. Ameklah plastik bunga-bunga ni untuk isi kueh bangkit. 

So, sudah 4 items aku sponsor Iza tanpa keluar modal. Bijak? Thanks :) Itu belum termasuk beli ribbon, dawai, gam, gunting, glitter, and materials untuk buat accessories hantaran. Yang ini ambil duet daripada poket suami. Itu belum termasuk aku punya glue gun yang aku kasi pinjam untuk aku gunapakai masa buat hantaran. Dulu aku kena beli sendiry, now Iza tak perlu beli. Kan sudah save!

Itu belum termasuk tenaga, masa and idea yang aku luangkan and curahkan untuk buat hantaran. Okeyy, enough. Bukan mahu berkira, tapi mahu sedapkan haty sebab tak dapat sponsor apa-apa untuk wedding Iza sebenarnya. Sorry Iza :(


By the way, wedding Iza tinggal beberapa hary sahaja lagi and for sure my sista itu sedang counting days dengan debaran bahagianya. Semuga perkahwenan mereka diberkati dan diredhai Allah SWT and semuga perkahwenan ini menjadi platform untuk mereka menjadi manusia yang lebih baek.


Aku pula sedang memikirkan tudung apa mahu pakai pada wedding day itu nanty. Tudung belum beli. Err.. Ini pun penting. Maseh tidak tahu tudung yang macam mana mahu dilaramkan hary itu. Mahu beli shawl tapi tak tahu shawl macam mana yang aku perlu beli untuk seswai dilaramkan macam yang aku imagine dalam kepala. Adek aku suruh usha dalam youtube.


Yang macam ni macam gojes jeh. Beriyanya kakak pengantin! Err..


Love & Sincere,