Dear my Lovepediary,
Syukur Alhamdulillah. Sehingga hari ini maseh diberi ruang untuk bernafas. Maseh diberi ruang untuk rasai segala nikmat dunia. Maseh diberi ruang untuk perbetul segala kesilapan yang pernah dilaku. Syukur Alhamdulillah. Maseh ada keluarga yang senantiasa di sisi. Memberi sokongan pada bila-bila perlu. Maseh ada Ibu yang melahirkan. Maseh ada Ayah yang dulu tak pernah lelah berhempas pulas. Syukur Alhamdulillah. Kini sudah punya Suami yang setia mengerti. Saat marah aku, saat sedih aku. Saat aku perlu tawa, saat aku perlu kata-kata penguat. Setia kesatkan air mata, dan buat aku gembira.
Syukur Alhamdulillah. Rezeki di dunia untuk aku maseh belum lagi putus. Maseh ada ruang untuk aku ucapkan syukur. Maseh ada tempat untuk aku duduk berteduh. Walaupun ada ketikanya aku jatuh, ada saatnya dulu aku hilang kerja. Ada saatnya dulu aku sukar mendapat peluang kerja semula. Nampak seperti rezeki tertutup buat aku. Tapi untuk aku, tidak sama sekali. Buktinya, sekarang aku maseh ada peluang untuk terus menimba ilmu. Rupanya Allah buka jalan untuk aku mencari peluang yang lebih baek lagi. Meski hingga kini aku maseh belum mengerti kesemuanya. Tapi aku teruskan juga usaha.
Syukur Alhamdulillah. Allah maseh sudi beri ujian untuk aku. Supaya aku tidak terlalu angkuh untuk terus berada di atas. Supaya aku sentiasa beringat bagaimana perihnya bila berada di bawah. Bagaimana lelahnya untuk bangun semula selepas jatuh walaupun tidak ditimpa tangga. Syukur Allah maseh uji aku. Supaya aku tak leka. Supaya aku tak alpa. Supaya aku tak berhenti meminta daripadaNya. Supaya aku jangan berhenti merintih. Supaya aku maseh mahu untuk menanges. Tidak hanya tertawa hingga aku lupa menginsafi kesusahan orang laen. Semua peluang itu aku maseh ada.
Syukur Alhamdulillah. Aku sudah pernah kenal erti kawan dan lawan. Erti jatuh dan bangun. Erti berjaya dan gagal. Erti merangkak dan erti terbang. Erti panas, cerah, mendung, juga erti hujan di tengahari. Erti gelap dan erti terang. Erti memberi, erti menerima, erti merasa, erti menghargai, erti menikmati, juga erti membalas segala jasa. Syukur Alhamdulillah. Maseh ada senyum yang mampu aku ukir. Meski hati meruntun asyik menagih air mata aku sendiri. Tapi syukur Alhamdulillah. Itu juga yang mengajar aku erti kesabaran, erti ketabahan, erti kekuatan, jua erti melawan setiap kelemahan.
Tiada hadiah hari jadi yang lebih indah daripada yang pernah aku nikmati selama ini. Tiada yang lebih bernilai daripada yang sudah Allah beri untuk aku jalani. Syukur usia maseh ada. Syukur aku maseh bernyawa. Untuk aku balas Cinta kepada mereka. Untuk yang kesekian kalinya, Alhamdulillah syukur.
Selamat Ulang Tahun Yang Ke Ehem Ehem Liyaa Mf
Ehem :P
Love & Sincere,
