Apa yang aku nak cerita ni, benda simple je. Plus, aku tak tahu kalau ada yang dah berjumpa dengan situasi macam aku. Aku rasa, daripada banyak tempat jugak aku dah baca yang kebanyakan daripada kita rasa annoying dengan kaki like kat Facebook. Setiap status orang dea like. Tak kira status tu cakap pasal apa, semua dea like. Ntah dea baca entah tidak, janji ada update baru, confirm dea lah orang pertama yang akan like. Confirm. Dea first!
Alkisahnya, aku ada seorang kawan kat Facebook. Ya, cuma kawan Facebook yang aku tak tahu entah dea muncul daripada mana. Muka pun aku tak kenal, nama apatah lagi. Ada satu hari dea update status, Semua status aku kau nak like. So fucking annoying. Dan status itu pun ada orang yang like. Demm! Aku ni yang cuma sebagai kawan Facebook, tak tahu lah siapa orang yang dea maksudkan. Lagipun, luahan macam tu aku dah biasa jugak baca.
Tak lama lepas tu, aku nampak lagi update daripada dea. Lebih kurang, Semua status aku kau nak like. Agak-agaklah kalau nak like pun. Aku cerita pasal aku saket pun kau nak like. Kenapa? Kau suka sangat ke kalau aku saket? So fucking annoying. =_= Okey! Situasi macam ni pun aku dah biasa jumpa. Ramai betul yang sentap bila ada orang like status-status sedih or kematian. Katanya, like tu tak sesuai dengan situasi. Orang sedih, kita suka?
Tak lama lepas tu, aku nampak lagi update daripada dea. Lebih kurang, Semua status aku kau nak like. Agak-agaklah kalau nak like pun. Aku cerita pasal aku saket pun kau nak like. Kenapa? Kau suka sangat ke kalau aku saket? So fucking annoying. =_= Okey! Situasi macam ni pun aku dah biasa jumpa. Ramai betul yang sentap bila ada orang like status-status sedih or kematian. Katanya, like tu tak sesuai dengan situasi. Orang sedih, kita suka?
For instance,
Terasa annoying bila orang like?
Terasa sangat annoying bila orang like?
Jangan marah, kita bincanggg :P Pada aku, cuba baca semula betul-betul status yang kau update. Baca semula sepenuhnya. Aku rasa, bukan niat orang tu nak rasa suka dengan berita sedih yang kau sampaikan. Tak payah lah nak sensitif sangat. Yang like tu pun kawan-kawan kau sendiri. Takkan lah dea nak suka pulak kawan-kawan tak sehat, kawan-kawan tengah bersedih sebab ada ahli keluarga yang meninggal. Rasanya tak mungkin kan?
Aku rasa bukan maksud orang tu suka statement yang kau tak sehat or tak sedap badan. Tapi maybe dea suka statement bila kau kata kau dapat mc. And then kau kata kau boleh berehat-rehat, tak payah pergi kerja. Kau sendiri yang update macam tu. Orang boleh suka pada mana-mana je statement yang kau taep. Dan biasanya orang akan lebih tertumpu pada kesimpulan. Kesimpulan status tu, kau tak payah pergi kerja. Orang suka, still nak rasa annoying?
Aku rasa bukan maksud orang tu suka statement yang perginya nenda ke rahmatullah. Tapi maybe dea suka statement bila kau kata semuga nenda tenang di sana. Semuga nenda ditempatkan bersama orang-orang beriman. Still nak rasa annoying? Aku pernah jumpa orang komen macam ni, Betul! Annoying betul bila orang like. Kan lebih baek kalau komen, Al-fatihah. Aku nak tanya, setakat komen perkataan Al-fatihah tu, sampai ke doa tu pada si mati?
So, aku memang setuju dengan satu statement daripada Ym Bundle dulu. Laman so-sial ni lebih banyak yg siak daripada yang baek. Orang suruh bersosial, tapi kau beremosi. Bila orang tegur pun kau tak boleh terima. Kau kata, orang tu tetap like tak kena pada situasi. Situasi kau je orang nak kena fikir? Situasi orang tu? Penat dea tunggu orang update status baru. Nak like nak like nak like. Kahkahkah! Dah tak boleh terima sangat, tak payahlah update apa-apa. Senang =_=



