17 Sept 2012

Open House Dan Stressful Tiada Kaitan


Dear my Lovepediary,

Since awal Syawal itu hari, selsema dan batuk datang, pergi, datang lagi, pergi lagi dan datang lagi. Belum ada hentinya. Dah hampir sebulan. Even sekarang pun aku kembali diserang batuk dan selsema. Aku syak aku kurang dapat rest yang cukup. Itu je. So penyakit yang baru nak pulih tak jadi nak pulih. Malah datang semula. Serius lepak ni. Bukan merungut. Cuma kena bagitahu awal-awal yang tulisan kali ini aku taep dalam condition pening-pening lalat. So, segala kecelaruan mohon dimaafkan ya. Tamat sebuah intro yang berjaya aku taep kelmarin.

Sabtu minggu lepas, rumah mak aku ada buat makan-makan, jamuan hari raya siket untuk jamu jiran-jiran terdekat dan sahabat handai. Tak ada cerita pun yang aku nak ceritakan. Cuma aku ada juga menyumbang sedikit tenaga untuk buat dessert. Actually, aku berbelah bagi samaada nak buat dessert untuk dihidangkan buat tetamu atau saja-saja aku buat untuk dimakan bersama ahli keluarga. Bukan apa. Aku tak pandai nak budget kuantiti untuk sediakan makanan tu if untuk tetamu. Bila dah siap, err siketnya. Memang untuk makan sendiri je lah jawabnya.

The Dessert

Then, seminggu yang lepas ni aku sebok dengan registration dan segala urusan masuk ke semester baru. Kelas pun dah start. Mode belajar aku dah kena switch on. Two semesters to go! Tak sabar rasanya nak habeskan. Perasaan tak sabar tu tiba-tiba datang mungkin sebab this semester dah kena start dengan pre-project. Aku survive sendiri. Aku saja taknak bergantung dengan kawan-kawan dengan ambil supervisor yang sama. This tyme, biarlah aku lakukan semuanya sendiri. Tapi, kat situlah cabarannya bermula. Awal-awal lagi dah rasa tekanannya.

Lepas tu, kawan-kawan Suami banyak kali dah cakap nak datang beraya. Tak ada masalah bagi aku. Cuma aku perlukan masa yang sesuai je disebabkan kesibukan aku juga baru je nak bermula. Dia orang pula siap order menu yang perlu disediakan bagi setiap rumah yang akan dikunjung. Task untuk aku, selera kampung. Boleh dapat task pulak kan? At last, aku decide untuk masak ikan keli masak lemak cili api, ikan tilapia masak sambal berlada, ayam goreng berempah, ulam-ulaman berserta sambal belacan. Kelam kabut aku prepare, so gambar tak sempat snap.

Apa yang agak mengecewakan, cadangnya aku nak buat dua jenis desserts, Puding Trifle dan Puding Sagu. Tapi entah mana silapnya, Puding Trifle aku tak menjadi. Mungkin aku terlalu kelam kabut. Actually aku rasa, rasa Puding Trifle tu tak mungkin tak menjadi, cuma rupanya je tak sebagaimana yang sepatutnya. So, aku decide untuk simpan je dalam peti sejuk dan tak hidang untuk tetamu. Kecewa betul. Sebelum-sebelum ni buat okey je. Naseb baek Puding Sagu tak ada masalah. So, aku buat-buat lupa je perasaan kecewa dengan Puding Trifle yang tak menjadi tu.

Lepas google masa buat entry ni, baru tahu orang laen buat Puding Sagu 
ni lebih menarek presentationnya. Demn!

Sebenarnya nak diikutkan, aku tak lah penat sangat masa buat segala macam preparation untuk terima kunjungan kawan-kawan Suami Jumaat lepas tu. Memang aku masak dalam kuantiti yang lebih banyak daripada biasa-biasa, tapi sebenarnya tak lah penat sangat. Tapi, mungkin sebab memang aku kurang berehat pada hari-hari sebelumnya, semalam aku terus demam. Aku terbareng lemah seharian. Kepala berat gila. Tak mampu nak berdiri lama-lama. Tak mungkin. Tak mungkin cuma sebab memasak dan kemas rumah masa hari Jumaat tu. Demn. Tak kental langsung.

Hari ni aku baru je nak sehat. Tapi Mak baru call ajak balek kampung. Aku dah serba salah, nak pergi ke taknak? Cadangnya baru nak cari-cari bahan untuk aku punya pre-project. Badan pun baru nak sehat. Tapi kalau tak ikut Mak balek kampung, tak tahu nak kasi alasan apa. Serba salah. Sedangkan aku dah nampak aku bakal tak cukup masa untuk buat aku punya pre-project lepas ni. Kalau tak prepare sekarang, bila lagi? Walaupun aku belum decide, tapi aku rasa aku dah nampak jawapannya. Mesti kejap lagi aku bersiap-siap untuk ikut Mak balek kampung. Agaknya.


Tamat sudah entry pening lalat. Sekian @.@


Love & Sincere,