7 Nov 2012

Ditinggal Masa


Dear my Lovepediary,

  
Tik Tok Tik Tok..


Aku suka buat-buat tak busy bila sebenarnya aku sepatutnya busy. Misalnya sejak beberapa bulan kebelakangan ni. Aku suka dahulukan perkara yang kurang penting berbanding yang sebenarnya lebih penting. Yang pasti, yang kurang penting tu lebih menyeronokkan. Berblogging misalnya. Aku boleh baca-baca entry, komen-komen, dan bebel sana sini seolah-olah aku tak ada tugasan yang perlu disempurnakan. Berfacebooking misalnya. Aku boleh berchatting, bergosip, dan tegur kawan sana sini seolah-olah aku tak ada tanggung jawab yang perlu dilangsaikan.  

Kadang-kadang, aku lebih rasa tak cukup masa bila sebenarnya masa yang aku ada dah lebih daripada sekadar cukup. Misalnya, aku punya limited tyme untuk siapkan sesuatu kerja. Aku akan pergunakan masa yang ada tu betul-betul, guna secukup-cukupnya, dan kerja siap. Sebaleknya, bila aku punya masa yang agak panjang, aku akan pergunakan masa yang ada untuk perkara-perkara laen dulu. Kerja tu, Nanti dululah, banyak lagi masa. Detik hati aku. Sampai waktu yang dah limited, baru terkocoh-kocoh aku nak buat. Lepas tu mula rasa, Arghh, aku tak cukup masa!

Even sekarang pun, aku tengah busy sepatutnya. Tapi mood nak buat kerja tu tak ada. Banyaklah aku punya tak ada. Acapkali itu je excuse yang aku bagi. Dari diri sendiri kepada diri sendiri. Last week ada dua hari masa free pun aku bazirkan saja-saja. Dari satu jam ke satu jam aku tangguh nak buat kerja. Endingnya, sampai hari ni output kerja tu belum ada. Bila fikir-fikir semula, memang rasa menyesal bazirkan masa macam tu je. Tapi apa boleh buat, memang bad habit tu dah sebati dalam diri agaknya. Tak apa. Sendiri bazir masa, sendiri jugalah nanti aku tanggung akibatnya.

Bercakap tentang manage masa. Actually aku ada masalah manage masa ni daripada dulu lagi. Since zaman aku kerja dulu. Sebab setiap kerja kena manage sendiri. Aku ni manusia yang sentiasa perlukan due date agaknya. Nak kena ada jadual. 'Sekarang buat ini, lepas ni buat itu. Sampai masa, output kena ada. Siap yang ini, selesai satu kerja, tutup cerita. Tumpukan pada yang laen pula.' Aku susah nak buat macam ni sebenarnya. Sebab satu penyakit, aku suka tangguh kerja. Akibatnya, aku rasa aku asyik buat kerja, buat kerja, buat kerja, sampai rasa macam tak ada habesnya.

Kadang-kadang, aku pelik bercampur jealous dengan kalian-kalian yang pandai uruskan masa ni. Kerja pun kerja, tapi maseh sempat buat itu ini untuk hiburkan diri. Ya, aku mengaku masa aku kerja dulu aku macam takde lyfe je. Hidup cuma tertumpu pada kerja. Dah, dah. Taknak ingat benda yang lama. Cuma aku fikir, lepas ni lebih pandai ke aku manage masa? Melihatkan sekarang, aku rasa problems seems remains the same. I know and I realize it comes from my very own self. It's my weakness. My bad, really. Hah! Apa tips-tips untuk manage masa? Mohon berkongsi.


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. 
Demi Masa. Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian." 


Tiba-tiba aku terdengar satu bisikan. Err. Okeyy! Dah dah. Aku nak buat kerja ni. Semua orang jangan kacau aku sekarang. Grrrrr


Love & Sincere,