29 Feb 2012

Maaf Mungkin Aku Tiada Di Sisi

Dear my Lovepediary,

Bila aku tolong, akulah kawan. Bila aku bantu, akulah sahabat. Akulah teman sejati. Akulah orang yang paling memahami. Sebab orang laen tiada yang mahu atau boleh bantu. Kau bilang, akulah yang paling kau sayang. Kau kata jasa aku akan kau kenang sampai bila-bila. Mana boleh lupa. 

Ada yang sempat bilang, "Bila kau susah, jangan lupa cari aku."

Aku senyum.  

Masa pun berlalu sehari demi sehari. Sekarang aku susah.

Bila aku susah, aku tertanya-tanya juga. Di mana mereka? Di mana orang-orang yang mengatakan bahawa kita kawan? Di mana mereka yang menganggap aku sahabat? Di mana mereka yang mengangkat aku sebagai teman sejati? Di mana kau yang pernah mengatakan sayang?

Aku bersedih-sedih sendiri dalam hati. Tidak mahu pergi terlalu jauh. Cepat-cepat aku lupakan. Dulu kan aku katakan aku ikhlas. So, mana boleh hari ini aku ungkit malah minta balasan? Sudahnya, aku telan sahaja segala-gala yang pahit.

Sekejap itu, cepat aku ubah fikiran. Aku tertanya-tanya pula, adakah mereka juga sedang susah? Apakah kesusahan mereka? Adakah mereka juga sedang tertunggu-tunggu seperti aku? Tercari-cari siapa-siapa dan entah di mana-mana?

Maaf aku tak mampu untuk bertanya. Aku takut aku tak mampu bantu. Aku mula berteka-teki sendiri. Aku buang jauh-jauh rasa jauh hati aku tadi. Mula rasa bersalah sebab berfikir yang tidak-tidak. Entah-entah mereka sedang menangis sedangkan aku langsung tidak tahu. Maaf aku tiada di sisi kau. Maaf aku tidak datang membantu. Maaf aku tidak tahu.

Tapi. 

Jauh-jauh dalam hati. Aku juga takut kecewa jika aku tahu kau rupanya sedang ketawa. Kau gembira berlari dengan kebahagiaan yang sudah kau kecapi. Tapi kau lupa untuk pimpin tangan aku bersama. Malah, kau sudah lupa aku siapa. 

Paranoid.


Love & Sincere,