Showing posts with label Career. Show all posts
Showing posts with label Career. Show all posts

8 Oct 2012

Kalau Dah Bukan Rezeki


Dear my Lovepediary,


30.08.12. Sebenarnya pada tarikh tu aku ada menghadiri temuduga SPA yang mana resultnya keluar hari ni. 08.10.12. Tapi semalam, 07.10.12, bila saja aku teringat pasal ni terus je aku bukak laman sesawang SPA. Bila aku bukak, link keputusan temuduga untuk jawatan yang aku pohon itu hari dah pun ada. Aku tanpa fikir apa-apa terus klik, masukkan nombor kad pengenalan, dan resultnya Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini. Ini sebenarnya dah masuk kali kedua. Kali pertama lebih kurang dua tahun yang lepas. Tapi tak apalah kalau dah bukan rezeki aku. Tak apa kalau ia memang bukan ditetapkan untuk aku. Orang kata, rezeki ada di mana-mana kan? Janji kita tak putus asa dan teruskan berusaha. Chill lah! Jangan berhenti berharap :)

Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku lebih berharap yang aku merupakan calon simpanan mereka. Dan seterusnya aku akan diterima dan diminta bekerja tahun depan. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu tangguhkan pelajaran aku sekarang. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu bingung untuk buat pilihan, pelajaran atau kerjaya. Sekurang-kurangnya, aku dapat habiskan dulu pelajaran sekarang dengan hati yang tenang. Tapi itu cuma angan-angan. As usual, belum apa-apa aku dah fikir yang kompleks-kompleks. Padahal things not necessarily happen pun. Buktinya, keputusan muktamad temuduga dah pun aku terima. So, mana ada isu tangguh pelajaran atau bingung buat pilihan. Sahlah aku memang kena fokus pelajaran dulu. Bagus juga. Satu persatu.

Aku tak kecewa. Siket tu mungkin ada. Dustalah kalau aku kata siket pun tak ada. Tapi siket je, tak besar mana. Sebab aku pun tak meletak harapan yang terlalu tinggi dari awal-awal lagi. Berharap tu memang ada. Kalau tak mengharap, untuk apa aku mohon kan? Pandangan pertama pada surat panggilan temuduga yang datang beberapa bulan lepas je, sejak tu aku dah mula pasang harapan secara sederhana. Kalau itu rezeki, Alhamdulillah. Kalau bukan, tak apa. Terima je sebagai mengutip pengalaman. Kan? Memanglah berharap tu kena ada. Tapi meletakkan harapan tu aku tak letak tinggi mana. Err berharap dan meletakkan harapan tu ada beza ke? Tak apalah. Bagus juga aku rasa sebenarnya. Sebab urusan aku macam dipermudahkan je rasanya.

Sebenarnya, ini merupakan entry ke SERATUS untuk blog ni. Rasa macam tak percaya je aku dah terbitkan 100 buah tulisan kesemuanya. Walaupun apa yang aku tulis tu entah apa-apa, tapi tetap aku rasa bermakna. Menulis, kesukaan aku daripada dulu. Tapi menulis blog, it something new sebenarnya untuk aku. Tak pandai nak manfaatkan kegunaan blog ni untuk perkara-perkara yang sangat bermakna. Mula-mula tu untuk luah rasa, lama-lama unexpectedly kadang-kadang jadi tempat aku cari tawa. Sweet kan? :P Apple sebenarnya ada usulkan dalam entry yang lalu, Entry ke 100 cuba terbitkan satu entry yang tak serupa. Mungkin aku tak dapat penuhi task tu sebagaimana yang dea jangka. Tapi, sesuatu ni mungkin quite istimewa. Untuk kalian semua. Nahhhh!



You Never Know How Close You Are... 
So NEVER Give Up on Your Dreams.
:)

Love & Sincere,
 

10 Apr 2012

Trouble Sleeping

Dear my Lovepediary,

Last week, lepas struggle gila settlekan assignment Law until Thursday morning, then aku ada class about 11am until 1pm. And then, balek tu kena struggle pula untuk test on Friday morning. Okeyy, gila ah! Aku cuma ada beberapa jam je untuk study. And satu lagi kelemahan aku adalah untuk survive and study dalam subject membaca ni. 

After finished class 1pm, tak mungkin aku boleh directly switch on mood study. Petang pun baru nak warm up. Dinner awal, before 7pm. Then lebih kurang 8pm baru mood study tu slow-slow datang. Tinggal berapa jam je sebelum test esok paginya. Ada 11 chapter perlu cover. And because of that, aku cuma tidur 2 jam je. Itu pun tertidur, lebih kurang 430am. Pukul 5 lebih aku terjaga, tak mampu buka mata. 630am terjaga semula and cuak gila belum habes cover semua chapter.

Kesimpulannya, aku cuma tidur 2 jam malam tu. Esoknya mata rabak gila. Jawab test pun pening-pening lalat. Salah masuk dewan test pun ada juga. Pening lalat punya pasal. Err, Trouble Sleeping tu kalau kita tak boleh nak tidur sebab memikirkan sesuatu kan? Err, case aku ni Trouble Sleeping sebab nak kena study. Boleh juga kan? Err

Bicara pasal Trouble Sleeping & tidur 2 jam ni, teringat masa zaman kerja dulu. Setakat balek malam tu jangan cakap la, almost everyday. Aku tak tahulah aku ni workaholic atau terlebih rajen atau sebenarnya punyai masalah menguruskan masa. Aku rasa kerja aku tak pernah habes, sentiasa banyak, that's why aku jarang-jarang balek ikut office hour yang sepatutnya. 

Memang selalu orang kata kerja rajen macam mana pun, kerja memang takkan habes, so tak perlu kerja rajen sangat. Kerja kuat macam mana pun, company bukan kasi kita speciality apa-apa pun, so tak perlu kerja kuat sangat. Tapi, if aku tak settlekan kerja aku sendiri, hujung-hujungnya pun bukan ada orang bantu. Kalau dah kerja aku, tetap aku juga yang kena settlekan nanty. So, aku fikir daripada aku kelam kabut at the end nanty, aku sanggup balek malam setiap hari.

Masa dengan latest company aku kerja, aku memang sebok gila. Schedule aku pack everyweek. In a week, almost everyday aku ada meeting. Kiranya almost everyday tu jugalah aku cuma ada half day je dalam sehari untuk buat kerja. Half day tu tolak itu ini berapa jam je aku boleh mengadap pc buat kerja? That's why bila semua orang laen dah balek, aku tak balek-balek lagi. Almost everyday aku yang kunci pintu office. Seram tak seram, aku harungi juga. 

Masa nak tender, lagilah aku berganda sebok. Dengan masa yang tak seberapa tu, bilalah masa aku nak betul-betul concentrate design. Dengan architect yang asyik tukar design last minute lagi, nak kena check kerja draftperson lagi. Memanglah semua designer hadapi benda yang sama. Tak kesahlah. Sebok macam mana pun, aku harungi juga. 

Sampaikan ada satu masa tu, aku sebok gila sebab satu project ni nak tender. Okeyy, project tu memang under aku, tapi aku coordinater, designer orang laen. Tapi disebabkan designer tu baru, so aku tolong tengok-tengokkan la juga kerja dea. Dalam masa yang sama, project yang aku design pun nak tender juga. So aku buat kerja aku sambil aku tolong-tolong guide designer baru tu.

Lepas waktu tender, boss panggil aku as coordinater dengan semua yang terlibat dengan project tu. Boss reject semua drawing tu. Sebabnya? Salah design tu adalah siket, tapi overall masalahnya adalah drawing tu sendiri, susunan tak kemas, tulisan tak boleh baca, salah scale, etc. Boss yang selalunya baek tu pun aku nampak muka dah laen macam. Kecewa gila.

Salah aku juga. Aku yang tak sempat nak check semua drawing tu sebab aku sebok dengan kerja aku sendiri. Tapi, aku pun kecewa juga, sebab maseng-maseng yang buat kerja tu pun sepatutnya sama-sama bertanggungjawab la jaga kualiti kerja maseng-maseng. Aku cuba redakan keadaan dengan tak menyalahkan sesiapa, aku try kasi alasan terbaek pada boss. Tapi sayangnya, boss aku tak terima langsung alasan aku. And aku sebagai coordinater, aku percaya waktu tu aku yang paling dipersalahkan. Aku faham, boss aku kecewa gila. Tak apa, aku mengaku kelemahan dan kesilapan aku walaupun aku rasa situasi tu tetap tak adil.

Because of that, kita orang berkampung la satu malam tu betulkan semula semua apa yang patut. Aku pun terpaksa tolong part design & part betulkan drawing juga. Kerja aku terpaksa aku abaikan. Tak sampai hati aku nak biar draftperson tu buat seorang. Confirm tak terbuat punya sebab esoknya boss nak drawing tu semua disubmit semula. Bersatu tetap bersatu malam tu, tapi aku manusia biasa. Ada rasa marah, geram, stress, tak puas hati, etc yang negatif, walaupun aku tak tunjuk masa tu. Kita orang stay back kat office satu malam. Jam 8am baru aku balek rumah, mandi-mandi & siap-siap then masuk office semula kerja macam biasa. Tak tidurlah maksudnya.

Lepas tu aku terpaksa pergi ke office on weekend untuk siapkan kerja aku pula. Yang ini pun buat aku stress tapi malas aku nak cerita detail. Dari side aku, memang aku nak salahkan orang laen je. Tapi aku tau aku pun bukan perfect sangat. Tapi sekali lagi aku kena stay back office satu malam. Entahlah. Aku rasa tinggi juga kesabaran aku waktu tu. Segala perasaan negatif aku control & buang jauh-jauh. Yang penting, kerja kena siapkan juga. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Sabtu pagi aku masuk kerja, tinggalkan Suami keseorangan hujung minggu. Sabtu malam Ahad juga aku di office, Suami di rumah. Ahad pagi baru kerja siap then nak kena plot/print semua drawing. 

Lepas tu draftperson minta balek, then aku yang tunggu drawing tu sampai habes. Stress. Tengahari baru settle semua. Aku balek rumah, mandi-mandi, then aku keluar semula ajak Suami teman untuk hantar drawing-drawing tu ke office QS. Nahhh, baru settle semua aku punya kerja. Memang adventure gila! Aku tahu aku pun tak perfect, aku tahu kelemahan tu ada yang datang dari aku juga. Aku cuba lenyapkan semua perasaan marah, tak puas hati, stress yang datang. 

Tapi hujung-hujungnya,  setelah aku bagi 100% commitment, selepas aku sacrifice macam-macam yang penting dalam hidup aku, setelah aku buang idea-idea dalam fikiran aku tentang kesan kelemahan orang laen terhadap aku, aku juga yang tak kekal kerja di situ. Sebabnya? Tak mampu aku cerita keperitannya. Tak apalah. Kejadian pun dah setahun yang lepas. But makan masa juga untuk aku lupakan keperitan tu. Now aku perlu focus pada mission baru.

Untuk hilangkan stress berkongsi rasa jiwa aku, sebagai tanda terima kaseh, aku hadiahkan lagu ni untuk kalian untuk terapi minda. Lagu yang aku layan waktu zaman agas-agas dulu. Heks!



Trouble Sleeping by The Perishers

Serta lagu ini dari band yang sama.


Sway by The Perishers

 End.


 Love & Sincere,

28 Mar 2012

Bolehkah Menulis Journal Macam Menulis Blog?

Dear my Lovepediary,

Dunia menulis. Dunia menulis ni luas kan? Ada penulis berita, ada penulis skrip, ada penulis novel, ada penulis buku-buku informative, tak kurang juga penulis gosip.

Berapa ramai antara kalian yang ada impian untuk jadi penulis profesional? Aku ada. Sudah lama aku simpan satu impian untuk jadi penulis profesional, antara salah satu yang aku katakan tadi. If tak tercapai pun, cukuplah kepuasan jadi penulis Lovepediary ini sahaja.

Kelmarin, aku pergi ke MPH dan Popular, City Square. Dah lama tak jejak kaki di mana-mana bookstrores. Sejak-sejak jadi student semula ni, aku betul-betul rasa menjalani hidup sebagai student semula. Err maksud aku, persepsi diri sebagai career woman dan student ni jauh berbeza ya. 

Jadi student semula, aku sudah kurang cubaan dan paksaan untuk sentiasa mempamer kematangan dan menjaga status sebagai career woman. Bukan untuk dilihat orang luar, tapi untuk self-confidence aku sendiri. Tak adalah peluang orang laen untuk memperkotak-katikkan aku sahaja. 

Hal itu mana boleh dipaksa. Kan ianya perlu datang sendiri, naturally. If aku tak boleh buat, that means aku belum bersedia, atau mungkin aku kurang selesa. Now jadi student, aku sudah tidak fikir itu semua. 

Maksudnya, aku boleh berhenti berfikir tentang itu semua seketika. Buat sementara. Aku boleh act biasa tanpa perlu paksa diri aku untuk sentiasa jadi hebat, very professional one. Err tapi hebat itu subjective bukan? Career lepas, sangat-sangat menduga keupayaan diri aku. Entah. Aku penat memikir lyfe ini dengan terlalu serius. Aku harap aku boleh ambil masa perlahan-lahan untuk kumpul semula semua semangat yang sudah hilang. 

Dalam MPH, Popular, aku beriya benar mahu cari self-help books. Tiba-tiba aku mahu benar cuba baca buku-buku sebegitu. Membantukah? Cara ini aku belum pernah cuba untuk kembalikan lyfe spirit aku yang sudah kosong. Aku rasa, tak mungkin buku-buku sebegitu dalamnya kosong kan? Aku semacam percaya contentnya bukan biasa-biasa. Atas plastic cover buku tu ada tertulis, Warning! This book will probably change your life. Sounds great, right? 

Cuma persoalannya aku tak tahu sejauh mana buku-buku itu boleh influence aku. Dua buah buku aku pilih. Your Dreams Career For Dummies dan How To Communicate With Anyone. Entah. Aku cuma berharap amaran itu benar-benar berlaku. Naive.

Serius . Ini sesuatu yang baru dalam hidup aku. Tak pernah terlintas untuk baca buku-buku sebegitu. It makes me believe that I'm really desperate right now. Aku sudah lama tahu but this tyme everything seems so obvious. Serius desperate gila. Sometymes, nak menangis fikirkan kegagalan hidup. Okeyy, that's it. This tyme tak mahu ingat or cerita about that lagi.

Actually, aku ada satu homework, untuk menulis sebuah journal. Some sort of a technical paper about construction and environment. Sudah beberapa minggu terima this task, and have to submit latest by next week. Err actually next week cuma perlu submit abstract sahaja dulu. Tapi until now sepatah perkataan untuk abstract tu pun aku belum berjaya tulis atas kertas. 

Actually, topic pun still blur. Topic yang aku dah fikir, not sure impressive atau tidak. Progress, aku baru kumpul beberapa buah journal for references. And rajen tak rajen, aku perlu cari mood juga untuk siapkan by this week.

So, the main point is, kan mudah if boleh menulis journal macam menulis blog. Err walaupun tak ada sesiapa paksa, sebok juga beriya-iya mahu menulis dan update satu persatu cerita. Walaupun perlu perah idea and sometymes perlu push daya pemikiran ke arah titik maksima, tapi berjaya juga satu persatu entry dipublish.

So, bolehkah aku menulis journal macam menulis blog? If boleh, tentu mudah kan?


 Love & Sincere,

19 Mar 2012

Study Lyfe, Working Lyfe

Dear my Lovepediary,

Sudah lebih kurang dua minggu aku mula jalani lyfe sebagai student semula. Lebih kurang empat tahun lebih aku tinggalkannya, and now aku kembali rasainya.

Untuk aku, stress belajar dengan stress bekerja laen. Stress belajar, aku rasa yang paling stress bila tiba musim exam. Untuk orang yang tidak pandai study smart macam aku, hendak tak hendak kenalah study hard. Masa yang diisi untuk study berbanding tidur yang mana sepatutnya lebih menyeronokkan, itu stress. Bila study subject yang di luar kemampuan minda untuk faham, itu juga stress. Bila dalam bilek exam, and soalan yang keluar adalah susah tahap dewa, itu super duper stress.

Waktu belajar dulu, seronok setiap kali dapat selesaikan setiap masalah yang dikeluarkan atas paper exam. Setiap kali masalah dapat diselesaikan, that's the best feeling. Buat aku terfikir, kan seronok bila setiap masalah hidup juga dapat kita selesaikan semudah itu? Maksud aku, bukan sangat mudah. Tapi selepas kita fikir dan usaha untuk selesaikannya, finally the problem solve. Finally kita dapat jawapan, penyelesaian kepada masalah yang diutarakan. 

Mudah kan kalau lyfe juga begitu? Kenapa waktu bekerja aku jarang dapat rasa seperti itu?

Tapi. Waktu aku bekerja dulu, aku rasa setiap task yang aku lakukan macam bebanan yang datang atas bahu aku. Maken lama maken berat. Setiap kali aku langsai siapkan sesuatu tugasan, seumur hidup aku tanggung bebannya. Setiap kali dapat penyelesaian kepada masalah pun, jauh-jauh dalam sudut hati, ia semacam ada suatu perasaan bimbang yang berterusan dan tidak ada hentinya. Entah betul entah tidak. Entah ada masalah entah tidak. Cuak.

Dalam masa lebih kurang empat tahun kebelakangan ini, sudah dua kali aku berhenti kerja. Kedua-duanya dalam bidang yang sama, scope kerja yang sama, dan jawatan yang sama. Lepas kerja pertama, aku menganggur 5 bulan. Lepas kerja kedua, setahun aku menganggur sebelum mula further study yang sekarang. 

Kalau tanya aku, aku sentiasa kata aku berundur sebab orang laen. Tapi, tidak nafi, semuanya mungkin atas kelemahan aku juga. Selalu juga aku berfikir, egoiskah aku? Penakutkah aku? Sampai sekarang aku tiada jawapan.

Encek Mohd Fairuz bilang, aku cuma belum berjumpa dengan work environment yang seronok buat aku. Cuba motivate aku. Aku cuba sangkal. Aku balas aku pernah rasa seronok bekerja di situ. Tapi dea jawab  rasa seronok bekerja adalah lebih daripada itu. Benarkah? 

Dea bilang lagi, aku cuma tidak bernaseb baek sebab dua kali terjumpa orang-orang yang tak sepatutnya. Aku cuma tidak bernaseb baek sebab belum jumpa tempat yang betul-betul boleh buat aku rasa senang dan serasi bekerja. Benarkah?

Kalau bercakap tentang kerjaya impian, ada beberapa kerjaya yang aku impikan. Semuanya berlainan scope, perlu skills yang berlainan. Yang mana satu aku paling mahu, aku sendiri tidak tahu. Tapi, jauh mana pun aku pasang impian, rasa sayang untuk sia-siakan percapaian yang pernah aku gapai tetap datang. Sijil bukti aku telah layakkan diri aku untuk ceburi bidang sekarang. Mana boleh aku buangnya begitu sahaja. Mana mungkin.

Di mana aku semalam, di mana aku hari ini, dan ke mana aku pada masa hadapan, aku percaya semuanya sudah tertulis. Aku turutkan saja ke mana kaki aku melangkah. Selagi kaki aku maseh mampu berjalan, aku kuatkan saja hati untuk berdepan segala-galanya. Aku tempuhi saja pahit atau manis ia. Buang masa dan tiada guna aku asyik duduk diam dan terlalu memikirkan bagaimana hidup telah berlaku tidak adil terhadap aku. 

Kadang-kadang, aku terfikir yang hidup adakala telah berlaku tidak adil terhadap aku. Tapi, buat aku terfikir pula, adakah aku telah berlaku adil terhadap hidup aku sendiri? Diam.


Love & Sincere,

24 Feb 2012

Aku Mahu Terbang Lebih Tinggi

Dear my Lovepediary,



Bintang di langit. Serius mahu aku gapai. 
Bisa kesampaiankah?

Love & Sincere,

26 Sept 2011

Sebok Cari Kerja !


Dear my Lovepediary,

Ramai orang kat luar sana yang mungkin sedang seboks bekerja. Nowadays, aku rasa percentage orang yang bekerja lebih tinggi berbanding yang tidak bekerja (Aku rasa laa ). Ramai orang mengejar masa dan mengerah tenaga mungkin untuk mencari sesuap nasi, membina kehidupan selesa, mengumpul harta dunia, mengejar cita-cita atau apa saja objektif, asalkan cara untuk mendapatkannya adalah perlu BEKERJA.

Diringkaskan cerita, aku bukanlah salah seorang daripada mereka, iaitu orang yang sedang sebok bekerja. Sebab aku adalah seorang yang sedang SebokCariKerja ! (Yaa, aku sedang menganggur sekarang) Mood jangan cakap laa, memang bosan dan tak best. Tapi ini semua kan tuntutan hidup. Sebab aku punyai semua IMPIANs sebagaimana yang dah aku mentioned kat atas. Aku perlu bantu Encek Suami (Mr. F♥) mencari sesuap nasi (Tipulah sesuap kan? Mungkin bersuap-suap. Hehe). Aku sangat ingin membina kehidupan selesa dengan FEMELY tersayangs (Especially kehidupan bersama Mr. F♥ dan our FUTURE KIDS. Hahah). Mengumpul harta dunia? Kalau dimurahkan rezeki, siapa yang taknak jadi kaya-raya dan hidup mewah kan? If tanya aku, cukuplah sekadar aku dapat hidup BAHAGIA, cukup makan && pakai, selesa dan agak best. Tak payah kaya sangat, kaya siket jadik laa. Hahaha. Best apa KAYA? Mungkin hidup terasa puas sebab semua nafsu dapat dipenuhi, yang penting bleh SH0PPING sampai muntah! Haha. Tapi jangan lupa, if dah kaya nanty, harap juga kaya BudiBahasa dan juga kaya Amalan untuk bekalan di AKHIRAT :) Okeyy, aku juga nak laa mengejar cita-cita. Tapi apa cita-cita aku ya? Ntah laa.. Oh, yaa! Ni mungkin juga topik menarek yang bleh dicoretkan dalam post akan datang. Insyaallah.. Ohh, lupa! Satu lagi 0bjektif PENTING untuk aku bekerja adalah of course untuk membalas jasa MAK ABAH yang dah BERSUSAH PAYAH membesarkan aku dulu. Itu jangan sesekali LUPA!

Ahh, sebenarnya panjang lagi nak cerita pasal topik ni, sebab aku suka sangat corner kanan kiri bila bercerita, kadangkadang sampai dah lari topik. Hehe. Endingnya, cerita belum habis, tapi mood nak bernukilan dah berkurangan. So0o, aku rasa cukup sampai sini dulu. Apaapapun, wish me Luck untuk dapatkan kerja ya! Semuga semua IMPIAN dapat digapai :)


Love & Sincere,