9 Jan 2012

Dua Identiti

Dear my Lovepediary,

Tahun lepas aku terlepas satu entry untuk aku publish dalam My Colorful Secrets. Dan sekarang aku sudah tiada rasa untuk publish entry tutup buku untuk tahun 2011 itu. In fact, draftnya pun aku belum sempat habeskan. Mungkin terlalu banyak untuk aku katakan. Terlalu banyak untuk aku simpulkan tentang 2011.

2011 pada aku semacam terlalu banyak kesedihan. Err.. Bukan banyak kesedihan tentang banyak perkara. Sebaleknya, kesedihan aku banyak berkaitan dengan kerjaya. Apabila aku terlepas untuk publish entry yang panjang lebar yang kebanyakannya berkisarkan tentang kesedihan 2011, mungkin maksudnya aku sudah tidak patut ingat kesemuanya. Mungkin petanda sudah sampai masa untuk aku buangnya jauh-jauh. Orang bilang, don't cry over the past. So perlu buang jauh-jauh supaya tidak mengganggu aku lagi untuk kembali bangkit.

Biarlah. Orang kata kehidupan manusia memang ada turun naeknya. Rezeki juga orang kata ada di mana-mana. Bukan bermakna if kita gagal dalam sesuatu perkara, kita akan gagal selama-lamanya dan gagal seluruhnya dalam semua hal in our lyfe. Di sebalek rasa sedih terhadap kegagalan lepas, sebenarnya aku maseh sangat bersyukur. Aku maseh punya kebahagiaan. Aku maseh punya keluarga yang sentiasa menyokong. Aku maseh punyai suami yang sudi banyak berkorban. Memberi aku peluang dan masa untuk aku serapkan semula semangat ke dalam diri aku. Sesungguhnya, ujian kepada aku sungguh kecil untuk aku hebah-hebahkan.

Tahun lepas, aku rasa aku agak terbawa-bawa rasa sedih dalam kebanyakan entry yang aku tulis. Aku memang mudah terpengaruh. Aku rasa setiap hal yang aku tulis seperti cuba mendefinisi setiap kesedihan yang aku sembunyikan. Nyatanya, tahun ini aku rasa lebih bersemangat. Lebih pulih. Aku lebih gembira untuk menulis tentang perkara-perkara yang gembira sahaja.

Now alhamdulillah. Baru beberapa hary menjalani tahun baru, sudah ada beberapa hal gembira yang aku lalui. So aku rasa macam lebih mudah untuk aku lupakan hal-hal sedih yang susah lepas. Perasaan gembira pun sudah tidak mampu aku sorok.

Bila aku baca semula entry-entry aku tahun lepas, aku simpulkan sendiri aku macam seorang yang  sungguh penyedih. Tak tahulah orang laen. Itu baru simpulan aku sendiri. Aku sebenarnya bukanlah seorang yang terlalu penyedih sepanjang hidup. Lyfe aku pun bukanlah terlalu susah or terlalu menderita. Lyfe aku normal. Kesusahan yang aku alami adalah kesusahan yang biasa-biasa sahaja. Cuma sometimes kita terlalu terbawa-bawa perasaan sedih itu ke mana-mana. Itu yang buatkan sometimes entry aku mencerminkan seolah-olah aku punyai identiti sebagai seorang yang terlalu penyedih sepanjang masa. Walhal tidak pada realitynya. Err.. Aku sedih sendiri bila baca entry-entry aku tahun lepas. Malu pun ada. Errr..

Sebaleknya, tahun ini aku rasa aku mahu perkara-perkara gembira sahaja berlaku dalam lyfe aku. So far alhamdulillah baru beberapa hari melalui tahun baru, sudah ada beberapa hal gembira sudah aku lalui. Tidak kurang juga berita gembira hadiah pertama untuk tahun 2012. Harap-harapnya petanda baek untuk sepanjang tahun ini. Sepanjang hidup lagilah boleh.

Orang bilang apabila bangun pagi sahaja kita mula dengan tersenyum, then insyaallah kita akan melalui sepanjang hari dengan tersenyum. Maksudnya, banyaklah perkara-perkara baek yang datang. Harap harapnya begitulah. Harap harap harap sangat.

So aku rasa aku mahu padamkan identiti sedih yang selama ini aku labelkan kepada diri aku sendiri sebelum ini. Aku mula memasang azam untuk lebih fokus dan lebih rasa tanggungjawab terhadap komitmen. Aku mahu create macam-macam kegembiraan untuk masa akan datang. Aku mahu lupakan yang lepas-lepas. Sudah sampai masa untuk aku betul-betul bangkit dan abaikan kegagalan-kegagalan yang pernah aku lalui.

Aku harap kehidupan selepas ini aku akan lebih gembira. Hidup lebih riang dan warna-warni. Aku mahu fokus kepada kejayaan. Yap! Aku juga layak untuk berjaya. Aku harap aku boleh menukar identiti penyedih tahun lepas kepada seorang yang beridentiti gembira. Wowww!

Aku harap segala dugaan yang datang selepas ini aku dapat hadapinya dengan tenang dan matang. Buang identiti sedih, bangkitkan identiti lebih happy. Fokus, untuk jadi manusia berguna!

Err.. Err.. Entry ini sudah banyak kali aku ubahsuai. Cadangnya sudah terlepas satu entry tutup buku untuk tahun lepas, then ini sepatutnya entry pertama aku untuk tahun ini. Tapi aku macam confuse dengan apa yang aku cuba sampaikan. And kebanyakan point-point dalam entry ini pun jauh terpesong daripada draft original yang paling original. Apa kena dengan aku ni? Confuse. Yang final ni pun entah tersampai entah tidak. Aku rasa ayat macam berterabur tidak tersusun. Title pun macam tak ada kena mengena. Biarlah. Maken lama maken confuse jeh. Okeyy, better stop here.

Err.. Err..

Love & Sincere,

12 comments:

  1. moga tahun lebih baik buat akak..:)

    and may aall ur wishes come true..:)

    ReplyDelete
  2. Thanks dik! Doa akak yang baek2 untuk adik juga insyaallah akan sentiasa mengiringi.

    Take care yah! :)

    ReplyDelete
  3. Tak salah bersedih. Sebab kita bukan malaikat yg tiada rasa dan perasaan. Tapi jadikan kesedihan itu sebagai satu azam baru dan semangat baru. Indahnya ciptaan Tuhan, satu badan dengan pelbagai rasa kan? Good luck babe!

    ReplyDelete
  4. Thank you Ain. Kau sentiasa dapat membaca kesedihan2 aku dengan sempurna walawpun tulisan aku entah apa-apa. Yap2! Sometimes kita perlu masa untuk lupakan kesedihan & mula bangkit semula. Now sempena tahun baru alhamdulillah haty aku lebih tenang, terbuka & bersemangat semula untuk tempa kejayaan. Thanks again Ain for the wish! Aku harap kau pun akan berjaya :)

    ReplyDelete
  5. azam baru ditahun baru...cayokcayok!!!

    ReplyDelete
  6. Tenkiyuh berry much! Azam jek lebih ni. Entah jadik entah tidak. Zam zam alakazamm! Ahaha.

    ReplyDelete
  7. steady beb..cube luahkan yang seronok,best dan klako pulak tahun ni..baru la ceria..hehe..

    ReplyDelete
  8. Alahai. Kelako tu tak laa kut. Kang aku yang wat lawak aku gelak sorang2. Adehhh. Heeeee

    Err.. Err.. Aku suka nonton program Raja Lawak! :P

    ReplyDelete
  9. yg lalu sudah jadik sejarah...
    look forward, semoga tahun ini mendapat lebih kesempurnaan...

    ReplyDelete
  10. Insyaallah. Thank youuuuuu for the support cik Rima! Hehe.

    ReplyDelete
  11. Yer..semoga 2012 membawa sinar dlm idup ko..
    Brg yg lama jgn dikenang..terus berusaha utk kecapi idup yg lebih gemilang..chaiyok!!

    ReplyDelete
  12. Insyaallah Sue. Thank youuuu! Pesanan Sepah memang sentiasa akan aku ingat. Haha.

    ReplyDelete

Shout Your Quotes