10 Apr 2012

Trouble Sleeping

Dear my Lovepediary,

Last week, lepas struggle gila settlekan assignment Law until Thursday morning, then aku ada class about 11am until 1pm. And then, balek tu kena struggle pula untuk test on Friday morning. Okeyy, gila ah! Aku cuma ada beberapa jam je untuk study. And satu lagi kelemahan aku adalah untuk survive and study dalam subject membaca ni. 

After finished class 1pm, tak mungkin aku boleh directly switch on mood study. Petang pun baru nak warm up. Dinner awal, before 7pm. Then lebih kurang 8pm baru mood study tu slow-slow datang. Tinggal berapa jam je sebelum test esok paginya. Ada 11 chapter perlu cover. And because of that, aku cuma tidur 2 jam je. Itu pun tertidur, lebih kurang 430am. Pukul 5 lebih aku terjaga, tak mampu buka mata. 630am terjaga semula and cuak gila belum habes cover semua chapter.

Kesimpulannya, aku cuma tidur 2 jam malam tu. Esoknya mata rabak gila. Jawab test pun pening-pening lalat. Salah masuk dewan test pun ada juga. Pening lalat punya pasal. Err, Trouble Sleeping tu kalau kita tak boleh nak tidur sebab memikirkan sesuatu kan? Err, case aku ni Trouble Sleeping sebab nak kena study. Boleh juga kan? Err

Bicara pasal Trouble Sleeping & tidur 2 jam ni, teringat masa zaman kerja dulu. Setakat balek malam tu jangan cakap la, almost everyday. Aku tak tahulah aku ni workaholic atau terlebih rajen atau sebenarnya punyai masalah menguruskan masa. Aku rasa kerja aku tak pernah habes, sentiasa banyak, that's why aku jarang-jarang balek ikut office hour yang sepatutnya. 

Memang selalu orang kata kerja rajen macam mana pun, kerja memang takkan habes, so tak perlu kerja rajen sangat. Kerja kuat macam mana pun, company bukan kasi kita speciality apa-apa pun, so tak perlu kerja kuat sangat. Tapi, if aku tak settlekan kerja aku sendiri, hujung-hujungnya pun bukan ada orang bantu. Kalau dah kerja aku, tetap aku juga yang kena settlekan nanty. So, aku fikir daripada aku kelam kabut at the end nanty, aku sanggup balek malam setiap hari.

Masa dengan latest company aku kerja, aku memang sebok gila. Schedule aku pack everyweek. In a week, almost everyday aku ada meeting. Kiranya almost everyday tu jugalah aku cuma ada half day je dalam sehari untuk buat kerja. Half day tu tolak itu ini berapa jam je aku boleh mengadap pc buat kerja? That's why bila semua orang laen dah balek, aku tak balek-balek lagi. Almost everyday aku yang kunci pintu office. Seram tak seram, aku harungi juga. 

Masa nak tender, lagilah aku berganda sebok. Dengan masa yang tak seberapa tu, bilalah masa aku nak betul-betul concentrate design. Dengan architect yang asyik tukar design last minute lagi, nak kena check kerja draftperson lagi. Memanglah semua designer hadapi benda yang sama. Tak kesahlah. Sebok macam mana pun, aku harungi juga. 

Sampaikan ada satu masa tu, aku sebok gila sebab satu project ni nak tender. Okeyy, project tu memang under aku, tapi aku coordinater, designer orang laen. Tapi disebabkan designer tu baru, so aku tolong tengok-tengokkan la juga kerja dea. Dalam masa yang sama, project yang aku design pun nak tender juga. So aku buat kerja aku sambil aku tolong-tolong guide designer baru tu.

Lepas waktu tender, boss panggil aku as coordinater dengan semua yang terlibat dengan project tu. Boss reject semua drawing tu. Sebabnya? Salah design tu adalah siket, tapi overall masalahnya adalah drawing tu sendiri, susunan tak kemas, tulisan tak boleh baca, salah scale, etc. Boss yang selalunya baek tu pun aku nampak muka dah laen macam. Kecewa gila.

Salah aku juga. Aku yang tak sempat nak check semua drawing tu sebab aku sebok dengan kerja aku sendiri. Tapi, aku pun kecewa juga, sebab maseng-maseng yang buat kerja tu pun sepatutnya sama-sama bertanggungjawab la jaga kualiti kerja maseng-maseng. Aku cuba redakan keadaan dengan tak menyalahkan sesiapa, aku try kasi alasan terbaek pada boss. Tapi sayangnya, boss aku tak terima langsung alasan aku. And aku sebagai coordinater, aku percaya waktu tu aku yang paling dipersalahkan. Aku faham, boss aku kecewa gila. Tak apa, aku mengaku kelemahan dan kesilapan aku walaupun aku rasa situasi tu tetap tak adil.

Because of that, kita orang berkampung la satu malam tu betulkan semula semua apa yang patut. Aku pun terpaksa tolong part design & part betulkan drawing juga. Kerja aku terpaksa aku abaikan. Tak sampai hati aku nak biar draftperson tu buat seorang. Confirm tak terbuat punya sebab esoknya boss nak drawing tu semua disubmit semula. Bersatu tetap bersatu malam tu, tapi aku manusia biasa. Ada rasa marah, geram, stress, tak puas hati, etc yang negatif, walaupun aku tak tunjuk masa tu. Kita orang stay back kat office satu malam. Jam 8am baru aku balek rumah, mandi-mandi & siap-siap then masuk office semula kerja macam biasa. Tak tidurlah maksudnya.

Lepas tu aku terpaksa pergi ke office on weekend untuk siapkan kerja aku pula. Yang ini pun buat aku stress tapi malas aku nak cerita detail. Dari side aku, memang aku nak salahkan orang laen je. Tapi aku tau aku pun bukan perfect sangat. Tapi sekali lagi aku kena stay back office satu malam. Entahlah. Aku rasa tinggi juga kesabaran aku waktu tu. Segala perasaan negatif aku control & buang jauh-jauh. Yang penting, kerja kena siapkan juga. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Sabtu pagi aku masuk kerja, tinggalkan Suami keseorangan hujung minggu. Sabtu malam Ahad juga aku di office, Suami di rumah. Ahad pagi baru kerja siap then nak kena plot/print semua drawing. 

Lepas tu draftperson minta balek, then aku yang tunggu drawing tu sampai habes. Stress. Tengahari baru settle semua. Aku balek rumah, mandi-mandi, then aku keluar semula ajak Suami teman untuk hantar drawing-drawing tu ke office QS. Nahhh, baru settle semua aku punya kerja. Memang adventure gila! Aku tahu aku pun tak perfect, aku tahu kelemahan tu ada yang datang dari aku juga. Aku cuba lenyapkan semua perasaan marah, tak puas hati, stress yang datang. 

Tapi hujung-hujungnya,  setelah aku bagi 100% commitment, selepas aku sacrifice macam-macam yang penting dalam hidup aku, setelah aku buang idea-idea dalam fikiran aku tentang kesan kelemahan orang laen terhadap aku, aku juga yang tak kekal kerja di situ. Sebabnya? Tak mampu aku cerita keperitannya. Tak apalah. Kejadian pun dah setahun yang lepas. But makan masa juga untuk aku lupakan keperitan tu. Now aku perlu focus pada mission baru.

Untuk hilangkan stress berkongsi rasa jiwa aku, sebagai tanda terima kaseh, aku hadiahkan lagu ni untuk kalian untuk terapi minda. Lagu yang aku layan waktu zaman agas-agas dulu. Heks!



Trouble Sleeping by The Perishers

Serta lagu ini dari band yang sama.


Sway by The Perishers

 End.


 Love & Sincere,

20 comments:

  1. Perrghh... Macam2 dugaan kerja dgn company ni ehh sis.. Yg sy fhm la, msti ada bberapa org klu grouping dlm satu project, dia akan lpas tngan. N mngsanya org yg rajin tnpa dsedari. [Slalu jgk bca blog org psl krja company]

    Takpe sis.. Dugaan smua ni msti brbaloi punya. Bila sis dh biasa pressure, lama2 bila dpt msalah lbih skit, sis akan chill. Bnda ni ada jgk manfaat dia sbnrnya. Cuma sbar tak sbar jela..

    Tp sis dh lpas dimensi tu, ok la tu. Btul, yg pnting fokus skrg.

    [Klu sy jdi sis, sy sound klepet je mana yg buat krja slack. Kira sis ni mmg pnyabar btul..]

    ReplyDelete
  2. gile busy.. memang betul2 orang penting company ni.. aku tak pernah r pulak rase camtu.. company lame pernah gak tido ofis tapi takde ari2.. company baru pernah gak stay sampai malam tapi takde ari2.. ape pun.. ko memang tough r! tak cukup tido, tido lebih sikit!

    ReplyDelete
  3. nampak ke'busy'an tu..takpe,go slow ye..kesihatan jaga juga..thanks for the song..nice to hear.take your rest anyway ^_^

    ReplyDelete
  4. Sis Al:

    Yang lepas tangan tu biasa dah. Itulahh, amek benda ni as positif je kan? Kiranya nak train kita jadik lebih tough kan?

    Err maybe kelemahan pun datang daripada kita, maybe kita pun takde talent untuk jadik leader yang baek. Kan kan? Hehe.

    Tak reti laa nak sound2 ni. Sebab tu tableh jadik leader kut. Haha!

    ReplyDelete
  5. drafman cam aku gak kena bahan kan..takpe2...untung la jadi enggineer..kehkehkeh..

    pasni ko habis studi ko lagi hebak makcik..p compeni lama tu ko tibai la balik sapa yng buli ko..kehkehkeh...

    p/s : jgn jadi vip sudah..=))

    ReplyDelete
  6. Kay_Are:

    Tade la orang penting sangat tapi kena buat2 penting jugak. Aku pun konfius sbnarnye apehal aku kena hadap situation camtu sekali. Kalau company sendiri len cite. Aku tengok org laen keje rileks2 je bleh tido2 cam kau. Haha!

    Tapi cam yang aku cakap b4 ni, maybe aku memang lum jumpa tmp keje yang seronok. So, sume benda rasa burden je. Agaknya laa.

    Pas benti keje tahun lepas tu, setahun aku menganggur. So dun wory, tido aku dah bebetul cukup. Ahaha! :P

    ReplyDelete
  7. Azhafizah:

    Best tak lagu tu? Best kan? Hehe. Okeyy2, akan rest cukup2. Thanks anyway! :D

    ReplyDelete
  8. Ym.Bundle:

    Weyyy, aku tak bahan draftman la Pakcik. Tu pun aku control je cover sehabes baek tuu. Ikutkan panas aku, memang aku nak kondem habis2an. Tapi takpe laa. Aku sedar kelemahan aku. Sedih siut. Kahkah!

    Alaaa, aku gi memana pun memang kena buli je Pakcik. Taktau la nak jadik hebak tu cemana. Dah memang sejak azali aku senang kena buli. Hati tisu plak tu. Ngahaha!

    Tak takk. Aku janji tak jadik VIP. Mwahaha! =))

    ReplyDelete
  9. bekerja dibawah tekanan memang menuntut kesabaran yang paling jitu...setakat jitu sahaja tak cukup maka haruslah paling jitu!! haha..


    sabar ada batasnya juga...kesian liyaa ek kena hadapi semua sampai tak tidur2, tapi itulah dugaan bekerja cabaran bukan sikit....banyakkkk~


    inilah punca "Trouble Sleeping" ye...memang double trouble la dengan pelbagai dugaan kan kan kannn...

    ReplyDelete
  10. Aien Alien:

    Ntahlah Aien. Masa kerja dulu sabar tu macam dah tak kenal batas. Echeh!

    Terpaksa kena fikir positif je, dengan harapan one day kejayaan datang. Tapi sayang, tak kekal pun kat situ.

    Takpelah, maybe rezeki sebenar bukan kat situ kut. Tengok orang laen bleh je keje rileks2, jeles je. Memang la still ada dugaan, tapi still bleh terima jek kan? Hwaaaaa! :'(

    ReplyDelete
  11. huih akak gila pack,dan macam workaholic sungguh beno eh.Seriau kita eh,speechless kalau kita dah lama stress,hehe

    ReplyDelete
  12. Robot Comel:

    Selamat bersedia menempuhi alam kerja yang stress. Haha! Saje kasi cuak :P

    Tade lah. Tengok rezki macam mana. Ada orang mungkin kerja pertama dah okey. Ada orang kerja yang ke seratus belas baru okeyyy. Ahaha!

    Dun risau yeh! Setiap kerja ada dugaan. Err memang dah lama stress jugak pun. Tu pasal sambung blaja. Mwahaha!

    ReplyDelete
  13. wahh., da la kuat koje, org penting ko ni ea., siap tlg tutup pintu opis bagai..sti seram en memalam, totop pintu dgr bunyik brung antoo uk uk uk....

    eh! ade burung antoo ea hahaha XD

    ReplyDelete
  14. Chuu:

    Kau ni cam banyak terpengaruh cite antu Indon jek ada burung antu bagai. Haha!

    Belum tutup pintu pun da seram Chuu. Duk dalam opis sesorang pastu bunyik crut crut crut. Haa cuba teka bunyik apa? Mwahaha! :D

    ReplyDelete
  15. mak aih, saya tak dapat bayangkan kalau saya kat tempat akak, saya rasa saya dah pengsan kot..hehe..

    akak jaga kesihatan eh..:D

    ReplyDelete
  16. Teenager Housemaid:

    Err naseb baek akak tak pengsan dulu. Kalau pengsan, sape laa nak angkat. Haha! Ntah laa. Akak pun taktau akak ni yang tak bernaseb baek ke ataupun akak ni merungut terlebih2. Haha.

    Okeyy, dik. Skang da sambung belajar. Insyaallah lebih senang jaga kesihatan. Hehe.

    ReplyDelete
  17. wau..busy for the win..woo..kesian akak..banyakkan bersabar..^_^

    ReplyDelete
  18. Myra Azraff:

    Busy for the win ye? Kata2 semangat jugak tu. Heheh. Alaa, benda tu pun dah lepas. Harap pasni dah tak jumpe dah situation camtu. Hehe :P

    ReplyDelete
  19. Usaha tangga kejayaan.. mai komen blog saya sama :D

    ReplyDelete
  20. Liyaa ni tabah gila...hahaha...

    ReplyDelete

Shout Your Quotes