25 Jan 2012

Dalam Hati Ini

Dear my Lovepediary,

Dalam hati ini, ada rajuk lama yang belum terpujuk.
Ada hati yang maseh terguris.
Ada luka lama yang belum diubati.
Ada kesakitan yang aku sembunyikan.
Apakah kau tidak tahu?
Atau sengaja tidak mahu ambil tahu?
Dalam hati ini, ada manja yang sudah tidak dibelai.
Adakah kau sudah tidak suka membelainya seperti dulu-dulu?
Semalam menangis, belum tentu boleh hilangkan semuanya.
Luka itu tidaklah dalam, tapi if tidak diubat, selamanya ia tidak akan hilang.
Jika boleh, ingin saja aku baca segalanya dalam hati kau.
Aku ingin tahu, apa yang kau tulis tentang aku?
Adakah kau sedang bimbang?
Adakah kau merasa pelik?
Adakah kau sedang marah?
Sedih?
Terkilan?
Adakah kau sedang cuba mencari tahu tentang aku?
Or adakah kau tidak mahu tahu?
Adakah kau tidak peduli?
Adakah kau muak?
Letih?
Bosan dengan semua ini?
Adakah kau juga tidak faham apa sebenarnya yang sedang berlaku?
Adakah kau juga tertanya-tanya dan mahu tahu seperti aku?
Atau adakah kau tidak rasakan apa-apa?
Adakah kau tidak realize pun there's something wrong sedang berlaku?
Or adakah kau sedar tapi kau tidak mahu fikirkannya dalam-dalam?
Dan kau biarkannya berlalu begitu sahaja?
Adakah aku saja yang berasa curious terhadap segala-galanya?
Andainya dapat aku baca, aku ingin baca.
Aku terlalu mahu tahu.
Aku lihat kau seperti tidak endah.
Tapi manalah tahu aku tersalah tafsir.
Rupanya kau sungguh bimbang dan sedih juga seperti aku.
Tapi yang aku lihat, kau seperti tidak endah.
Dalam hati ini, asyik tertanya-tanya, what's going on here?
Mungkin ia tidak separah mana.
Tapi aku tak mahu nanti ia melarat.
Hingga tak boleh direcover lagi.
Aku mahu semuanya cepat pulih.
Aku mahu semuanya kembali seperti dulu.
Aku tidak menolak rasa bahagia sekarang.
Tapi sometimes, sekarang approach kita sudah berbeza.
Mungkin usia relationship sudah ubah segalanya.
Aku harap segalanya menjadi semaken matang, dan kaseh sayang kita semaken dalam.
Aku akui kaseh sayang kita semaken dalam.
Tapi adakalanya pemahaman kita tidak sama.
Pendapat kita berbeza.
Dan ego kita maseng-maseng merosakkan lagi segala-galanya.
Aku ego, aku turutkan rajuk aku sahaja.
Tapi aku mahu bermanja.
Tak mahukah kau pujuk?
Sudah jelikkah kau dengan rajuk aku?
Tak mahukah kau pujuk macam kau pujuk aku dulu-dulu?
Aku tak berniat mengguris hati kau.
Aku tak berniat mencanang hal kau dan aku.
Aku tak berniat berkata kau kejam dan aku yang innocent.
Aku tak berniat mengatakan aku betul dan kau salah bila aku berkata begini.
Aku cuma mengadu kepada hati aku sendiri.
Sebab kau sudah tidak mahu mendengar aku, aku rasa.
Lagipun, bibir aku sudah bisu, lidah aku cukup kelu.
Aku sukar untuk susun kata-kata,
Untuk buat kau tahu apa yang aku mahu.
Aku akui things always change seiring masa berjalan.
Tapi adakah hal yang manis antara kita perlu kita ubah juga?
Ada chemistry antara kita yang sudah hilang.
Aku mahu ia reconnect.
Berikan diri kau yang dulu kepada aku.
Bahu tempat aku menangis.
Dada tempat aku bermanja.
Orang yang selalu rindukan senyuman aku.
Sekarang kau maseh sukakan senyuman aku, aku tahu.
Tapi kau sudah lupa bagaimana mahu buat aku tersenyum.
Bagaimana mahu buat aku ketawa.
Yang jelas, kau sekarang cuma pandai menghambur kata-kata sinis.
Setiap kali aku menangis.
Yang cuma buat aku bertambah terguris.
Entah kau sedar entah tidak.
Atau kau sudah letih hadapinya.
Aku rayu jangan letih melayan aku.
Jangan hilang kaseh sayang terhadap aku.
Aku rayu.
Kau juga sudah tidak pandai untuk baca tangisan aku.
Tidak pandai mendefinisi kesedihan aku.
Air mata aku sudah boleh buat kau benci, aku rasa.
Tidak seperti dulu yang kau setia usapkan.
Dan aku kau belai bagai seorang tuan puteri.
Bahagia, dulu sungguh bahagia.
Sekarang aku maseh bahagia.
Selagi maseh ada kau di sisi aku.
Tapi, bolehkah if aku minta dimanja seperti selalu?
Seperti dulu-dulu, sewaktu kau juga suka kemanjaan aku?
Maaf aku terlalu sentimental.
Menangis.

Love & Sincere,

4 comments:

  1. Terbitan ni buktikan bahawa orang engineering pun boleh menaip dengan bahasa jiwa..

    ReplyDelete
  2. Hi! Saya Liyaa. Saya seorang yang jiwang. Sekian. Bye!

    Lulus ke aku untuk buat bahasa bunga2? Bwahaha!

    ReplyDelete
  3. Cemerlang..aku pun nak berjiwang jugak ahh..kau dah boleh ajar aku ni..Sifu Liyaa :D

    ReplyDelete
  4. Aku pun tak pasti jiwang tu macam mana sebenarnya. Kahkah! Cuma yg aku tau aku suka menulis berkisarkan hati, perasaan, jiwa, yang seolah2 there's no words can describe the real feelings. Cewwah!

    Masa becenta2 dulu sms & texting pun jadik nak menulis macam ni. Tmp asah bakat. Kehkeh!

    ReplyDelete

Shout Your Quotes