19 Jan 2012

Komitmen, Keluarga dan Impian

Dear my Lovepediary,

Semaken meningkat dewasa, semaken jauh perjalanan yang dilalui, semaken besar komitmen yang harus digalas. Dulu semasa kecil, tidak pernah kenal erti komitmen. Tidak pernah ambil tahu apa yang mak  dan ayah selalu fikir, apa yang mak dan ayah selalu runsing, apa yang mak dan ayah tangiskan, apa yang mak dan ayah bersusah payah berkejar ke sana-sini untuk uruskan kehidupan. Uruskan kehidupan termasuklah mencari makan, menjaga pakai, menyekolahkan anak-anak, dan membentuk kita iaitu anak-anak mereka supaya menjadi manusia dan kenal erti hidup.

Sampai suatu masa, kita pula akan berada pada stage itu. Entah cukup entah tidak ilmu di dada, hendak tak hendak perlu harungi juga kehidupan sendiry. Perlu bekerja untuk berdikari. Tak mungkin selama-lamanya bergantung hidup pada mak dan ayah. Umur semaken lama semaken meningkat. Mak dan ayah juga sampai masa akan tua, tinggal tunggu balasan jasa daripada anak-anak yang telah dilahirkan, dibesarkan, dan dididik menjadi manusia yang harapnya kenal erti hidup.

Aku juga begitu. Semenjak bekerja baru tahu tentang komitmen. Baru mengenal erti mencari rezeki. Baru tahu tulang empat kerat, tenaga, masa, dan otak perlu digunakan setiap hary untuk mencari sesuap nasi. Sometymes, penat. Apa lagi if kerja yang dijalani tidak seseronok berjimba. Apa lagi if kerja bertimbun-timbun tiada hentinya. Apa lagi if tertekan dengan kerja yang sentiasa menuntut otak berfikir untuk solve problems sahaja. Baru problems kerja, belum problems di rumah lagi. Apa lagi if prestasi kerja merosot dan  dimarahi bos. Apa lagi if relationship dengan kawan-kawan di tempat kerja sudah tidak seronok mana. Dan apa lagi if minat terhadap kerja sudah hilang. Kerja sudah tidak interesting. Tiada rasa.

Sometymes, rasa terbeban. Rasa tak mampu berdepan lagi. Rasa tak mampu bertahan.  Bahu semaken lama semaken berat. Kerja if tidak dilangsaikan, sampai bila-bila tak akan berkurang. Jadi, komitmen menuntut kita untuk terus bekerja. If tidak kerja, bagaimana mahu terima income setiap hujung bulan?  If tidak kerja, dengan duet apa mahu makan? If tidak kerja, bagaimana bos mahu beri bonus setiap hujung tahun? Itu pun if bernaseb baek. If tidak kerja, bagaimana mahu capai cita-cita?  Bagaimana mahu gapai impian? Bagaimana mahu balas semula pengorbanan mak dan ayah dulu? Bagaimanapun, tetap kena kerja. 

Tapi, kita manusia biasa. Kemampuan kita ada limitnya. Mungkin sudah masanya untuk bertukar angin dan cuba cari new environment. Mungkin sudah masanya untuk bertukar tempat cari makan untuk lebih majukan diry. Mungkin Allah menduga. Bumi Allah luas, tinggal kita yang harus pandai mencari di mana letaknya rezeki kita yang Allah sudah sediakan. Entah sampai berapa kali pun perlu bertukar angin, perlu juga cari tempat di mana betul-betul boleh cari rezeki dengan selesa.

Mula berkeluarga. Tidak lagi tinggal dengan mak dan ayah. Bila sudah mula berkeluarga, komitmen sudah pasty bertambah. Tidak boleh lagi bergantung pada mak ayah. Segalanya perlu hadapi sendiry. Perlu uruskan sendiry. Sudah punya keluarga sendiry, susah senang terpaksa jua hadapi berdua, suami isteri. Belajarlah erti hidup dengan lebih mendalam. Mak dan ayah kita juga suatu masa dulu hadapi hal yang sama. Merungut tiada guna. Susah ataw senang, hadapilah berdua, bersama-sama. Jangan seorang menangis seorang ketawa. Jangan seorang gembira seorang berduka. 

Itu belum lagi bila sudah punya anak-anak. Stage ini aku sendiry belum hadapi. Tapi, komitmen, kita tidak akan dapat lari daripadanya. Tidak boleh berhenti berjalan. Jatuh bagaimana pun, perlu terus bangun semula. Anak-anak kecil tahu menangis saja bila lapar. Seperty kita juga dulu waktu kecil, apalah yang kita tahu tentang kerunsingan dan kesedihan mak dan ayah? Apa yang kita lihat, setiap hary mereka keluar bekerja. Entah apa yang mereka hadapi di tempat kerja. Entah apa yang mereka runsing bila di rumah. Penat, lelah mereka, tanpa sedar kita tidak pernah ambil pusing. Apalah perasaan mereka? Now kita pula hadapi hal yang sama. 

Tambah pula bila ada anak-anak yang sudah bersekolah. Segalanya perlukan duet. Bukan boleh hantar anak ke sekolah secara percuma. Saat itu, tiada siapa mahu ada penghalang untuk mencari rezeki. Sedangkan untuk tampung diry sendiry dulu pun kita perlu bangun setiap kali terjatuh, inikan pula bila sudah ada anak-anak yang perlu ditanggung. Anak yang maseh bayi perlukan susu setiap hary, yang bersekolah perlukan duet belanja setiap hary, sekali sekala minta duet untuk beli buku, yang sudah di University juga  statusnya maseh lagi di bawah tanggungan, selagi belum dipinang or meminang orang laen. 

Impian. Apa impian kita semasa kecil? Apa impian kita sesudah bersekolah? Apa impian kita sesudah mengenal serba sedikit erti hidup? Apa impian kita sesudah mula berkerjaya? Impian boleh berubah-ubah. Klimaksnya adalah apabila kita sudah kenal erti jatuh bangun mencari rezeki. Tidak semua impian dapat digapai. Tidak semua angan-angan dapat jadi kenyataan. Orang bilang, setiap kejayaan bermula dengan angan-angan. Tapi tanpa usaha, apalah erti sesebuah impian? Dan apabila kita jatuh dalam berusaha, sekuat manakah kita untuk bangun semula? Maseh kuatkah kita untuk menggapai impian? 

Sometymes, kita lelah dengan hidup. Kedengarannya negative dan sebenarnya orang yang bersyukur tidak patut berasa lelah. Tapi, ia hakikat. Allah kurniakan kita dengan pelbagai perasaan, termasuk kecewa. Tapi janganlah kecewa itu terlalu menguasai diri. Janganlah kecewa itu memakan diri semula. Bila kita bilang kita lelah dengan hidup, adakah kita sudah cukup bersedia untuk mati?

Hidup ini umpama sebuah graf. Tiada siapa mahu graf hidupnya asyik menurun dan menurun. Semua orang mahu naek dan terus naek sebelum mengekalkan garisan graf kehidupan di level yang tinggi saat tua nanty. Semua orang mahu berjaya, tiada siapa mahu gagal. Bezanya, susah dan senang kita tidak sama.

Bila jatuh, bangun semula. Bila rancangan tidak menjadi, rancang semula. Bila sesebuah impian musnah, create impian yang baru. Hidup ini tiada hentinya dengan pancaroba. Sesudah berjaya nanty pun, maseh ada likunya. Apa lagi saat kita baru pandai pasang angan-angan. Teruskan berjalan, walaw seperit mana duri yang  kau pijak.


Love & Sincere,

8 comments:

  1. betul bagaikan sebuah graf. ade naik turun.

    ReplyDelete
  2. hidup umpama udang kat pasar boleh ke makcik..harini sekilo 16hengget..esok 18hengget..mahal woo.ekeke..

    ReplyDelete
  3. Ntah. Aku tataw harga udang. Aku beli & makan ikan masen jek. Jimat! Haha

    ReplyDelete
  4. sbnarnye kan...tulisan kt dlm blog ni kecik sangat....tu yg juling nak baca sikit tu....ok x?

    ReplyDelete
  5. Alahai. Yeke? Okeyy2! Thank you 4 your concern. Appreciate it! For the tyme being, baca pakai kanta dulu ey? Heeee :P

    ReplyDelete
  6. yup..tue nma kehidupan..
    tp semua tue pgnln..jd kt dir br tepikir sush sng ibubapa bsarkn kta..
    sbg ingatan utk diri jgk :)
    drop here and folo u back liyaa

    ReplyDelete

Shout Your Quotes