17 Feb 2012

Lagu Kegemaran Dan Secret Admirer

Dear my Lovepediary,

"Jika engkau minta intan permata tak mungkin ku mampu. Tapi sayang kan ku capai bintang dari langit untukmu. / Sayangku, jangan kau persoalkan siapa di hatiku. Terukir di bintang tak mungkin hilang cintaku padamu."

"Pinjamkan hatimu. Agar dapat aku tunjukkan cintaku. Moga engkau tahu semua kasihku hanya untukmu. Setiap rinduku nyata padamu. / Bicaralah hati tentang kita. Bicaralah hati untuk selamanya."

"Selepas hujan nanti kan nyaman. Sesudah ribut pastikan tenang. Setelah sukar juakan senang. Lumrahnya. / Mundar mandir. Congak resolusi. Kemana haluan hidup ini. Terus tercari-cari."

Bait-bait lagu kegemaran belum puas aku dengar. Tapi yang paling terkesan untuk aku dalam-dalam adalah bait lagu terakhir, Selepas hujan nanti kan nyaman. Sesudah ribut pastikan tenang. Setelah sukar juakan senang. Lumrahnya... Mundar mandir. Congak resolusi. Kemana haluan hidup ini. Terus tercari-cari. 

Mungkin maseh ada sesuatu yang aku maseh tercari-cari membawa aku hingga ke hari ini. Kegagalan maseh belum mampu aku tebus. Aku maseh perlahan-lahan melalui jalan hidup ini yang aku tidak nampak apa yang ada untuk aku di depan. Aku tahu apa yang aku cari, cuma belum jumpa jalan yang perlu aku tuju. Tak apa, aku cuba perlahan-lahan.

Cukuplah. Aku bukan mahu menjual kesedihan apalagi menagih air mata. Jauh sekali. Susah aku, untuk aku. Susah kalian, sah-sah aku tidak tahu.

Suatu waktu aku pernah bilang pada diri sendiri, Kegagalan dalam sesuatu perkara bukan bererti gagal seluruhnya. Allah turunkan ujian dalam pelbagai bentuk, Allah turunkan rezeki juga dalam pelbagai cara. Usah jemu meminta disamping usaha. Usah jemu.

Apa pun kesusahan yang datang, tetaplah cuba bertahan. Jangan putus asa. Jangan patah semangat. Jangan memandang kegagalan itu negatif semata-mata. Ahh, maseh belum jemu aku memotivasi diri sendiri.

Sambil mengubat kerisauan hati, almost setiap hari aku cuba menyelami kesah hidup dan isi hati orang laen. Mungkin membaca kesah-kesah gembira orang laen bisa membantu aku melupakan apa yang asyik aku runsingkan. Membaca kesah sedih orang laen pula mungkin boleh menginsafkan aku dan buat aku sedar kesusahan setiap orang tidak sama.

Blog Shawn Razaleigh salah satu blog kegemaran yang selalu aku tertunggu-tunggu new postnya. Serious kelakar untuk aku. Ini adalah blog yang aku sudah pernah 2 kali khatam daripada first entry to the last. Tetap ketawa. Tapi aku tak pernah komen, sebab blog Shawn sudah ramai sangat peminat yang berebut-rebut mahu komen. So aku ambil langkah menjadi silent reader sahaja, tapi peminat setia. Serious setia. Sayangnya, Shawn tak selalu update entry. Terpaksa aku baca entry-entry lamanya bila aku rindu untuk ketawa. Tetap aku ketawa.

Ada lagi blog yang aku selalu cari setiap kali aku login. Blog Rima, My Little Diary tak ketinggalan sebagai sebuah blog yang aku sangat suka baca. Waktu awal-awal aku kenal blog ini juga, aku pernah click satu-satu membaca entry-entry lama dalam blog Rima. Semuanya interesting pada penerimaan aku. Tapi seingat aku, aku tak habes baca kesemuanya, sebab terlalu banyak. Hujung-hujungnya, aku cuma baca setiap kali Rima post new entry. Cerita Rima kebanyakannya simple tapi seperty menyampai seribu erti. Banyak yang tersirat, banyak yang tersembunyi.

Blog Sampah pula adalah blog seorang Pakcik yang agak baru juga aku kenal. Selalu juga aku datang visit untuk baca entry-entry yang dea bebel-bebelkan. Sejak mula aku kenal blog ini. selalu juga aku komen. Mungkin idea sentiasa datang setiap kali aku baca entrynya. That's why aku komen. Kadang-kadang komen  aku tak ada kena-mengena pun dengan entrynya. Selalu aku komen, kadang-kadang aku komplen juga. Sebenarnya Pakcik, kau mengingatkan aku kepada seorang bestfriend aku waktu aku 18 tahun dulu, Kambing.

Aku tak lupa untuk selalu singgah blog Puan Gojes. Blog yang belum begitu lama juga aku kenal. Puan Gojes cuma share hari-hari dalam hidupnya yang dea lalui. Cara penulisannya simple, berjaya menarik aku untuk ambil tahu apa saja yang dea mahu kongsi. Eventhough kami langsung tidak saling kenal, tapi aku sudah anggap dea macam kawan. Selalu sahaja aku mahu Say Hi di Fiboxnya.

Ahh, hampir aku terlupa. Blog seorang kawan aku masa sama-sama belajar di UiTM dulu. Kawan yang pada awalnya cuma merempat di bilek hostel aku, but now dea adalah salah seorang kawan yang sangat berguna. Ain adalah orang yang bertanggung jawab selalu memotivasi aku, memberi kata-kata semangat saat aku jatuh, memberi kata-kata perangsang saat aku mula untuk putus asa.

Ain, Ain. Aku selalu kalah dengan kata-kata semangat kau. Kata-kata motivasi kau buat aku selalu lebih kuat untuk bangun. And kau selalu semacam faham setiap kata kiasan aku yang cuba sembunyikan kesedihan. 

Blog The Day Ain tak lupa untuk aku visit selalu. Kenapa? Sebenarnya aku cemburu. Cemburu sebab dea seorang Writer. Salah satu cita-cita aku waktu dulu yang sampai saat ini tak kesampaian. Ahh, memanglah tidak kesampaian. Aku belajar dulu bidang apa? Career sekarang pun terumbang-ambing entah ke mana hala tuju. Rasanya jauh sekali untuk aku capai impian jadi seorang Writer. Sebab itu aku selalu baca blog Ain. Rasa cemburu aku buat aku mahu tahu apa yang Ain lalui dalam hidupnya sehari-hari.

Ain, aku bangga dengan kau. Sekarang Vanilla Coklat, esok-esok apa pula? Ain, aku jealous.

Yurp! Aku adalah Secret Admirer blog mereka. Err.. Secret maksud aku ada yang aku suka baca diam-diam, ada yang aku selalu berinteraksi dengan mereka pun, tapi kami langsung tidak saling kenal. Kes Ain, dea memang kawan aku. Tapi mungkin dea tidak tahu aku suka dan selalu baca blognya.

Actually, ada beberapa lagi blog yang aku suka baca. Tapi aku rasa better stop here, sebelum aku hilang fokus. Aku mahu sambung mendengar lagu-lagu kegemaran dulu.

Love & Sincere,

14 comments:

  1. huhu..terharu la plak blog aku ko up dalam entri..hehe..thanks makcik..teruskan la jadi reader blog sampah aku ye..haha..
    p/s: besfren ko kambing makcik?wakaka..

    ReplyDelete
  2. Chilled liyaa..semoga ari2 ko terus bersinar..

    ReplyDelete
  3. Pakcik, aku tau kau bosan baca entry aku yang panjang2 semata2 nak amek haty aku kan? Bukan ikhlas sangat. Haha. So nak amek haty kau balek, terpaksa la aku up Blog Sampah kau. Aku pun tak ikhlas sangat sebenanya. Haha.

    Aah. Bestfriend aku dulu Kambing. Sebab kadang aku malas mandi. Da terikut perangai bestfriend aku tuu. Haha.

    ReplyDelete
  4. Okeyyyyy, Sueeeee! Kau pun chill juga yeeeeeee :D

    ReplyDelete
  5. puan liyaa mesti rajin baca novel kan? ;)

    gaya penulisan terbaek.

    ReplyDelete
  6. aku ikhlas laa baca entry ko,grr..nak komen je selalu fail sikit pasal ko banyak entry emo...haha..

    ReplyDelete
  7. Err.. Err.. Robot Kuning, please jangan puji. Sebab pujian tuu memang sangat sangat diimpikan untuk mendengarnya. Haih! Please jangan puji. Nanty aku bersemangat pulak teruskan angan-angan nak jadik Writer tuu. Please jangan puji. Please. Hehe.

    ReplyDelete
  8. Aku tak emo laa Pakcik. Ntah. Aku nak cakap cerita gembira pun terbuat ayat sedih. Grrr? Ceh, sentap lettewwww? Hahah.

    ReplyDelete
  9. ce cuba buat entry pasal 'saya suka makan nasek'..ke jadi emo gak ke?hikhik.ce cuba.

    ReplyDelete
  10. Ahaha. Err wat title entry camtu tak novel la nanty. Ahaha. Tapi bleh jugak kan nak try jadik gembira ke jadik sedih kan? Haha.

    ReplyDelete
  11. m so touched!
    terima kasih kerana sudi membaca di blog saya dear.
    w'pun tak sehebat mereka2 yg hari2 berblog!
    itu saja yg mampu sy titipkan di blog sendiri, utk tatapan diri sendiri di hari tua, kenangan hidup amat sgt dihargai, tanpa ujian tidak tahu ketahanan diri sendiri!
    :)

    ReplyDelete
  12. You're welcome :) Keep on writing ya! Will always be your reader and peminat setia. Hehe.

    ReplyDelete
  13. iya sista, janganlah bersedih, lebih baik tersenyum ^_^

    aku suka lirik lagu kegemaran kamu... sangat romantis dan menyentuh ^_^

    ReplyDelete
  14. Baeklahhhh systa! Hehe. Of course. Sangat menyentuh kan? :)

    ReplyDelete

Shout Your Quotes