13 Oct 2012

Celaru Biru


Dear my Lovepediary,


Weekend ni aku akan busy. Or lebih tepat lagi aku akan buat-buat busy. Husband tak ada, pergi memancing. Tinggallah aku keseorangan. Bukan aku taknak balek rumah Mak, tapi aku ada banyak kerja sepatutnya yang kena settlekan. Aku je lupa diri asyik mencari rakan berbual alam maya. Kalau balek rumah Mak, lagi susah kerja nak jalan. Tak apa. Bila aku dah free siket nanti aku baleklah sana. Cuma aku rasa mungkin tidak pada hujung minggu ini.

Dari semalam sebenarnya aku rasa nak update sesuatu. Tapi hati aku celaru biru. Bila hati aku celaru biru, end up aku rasa aku tak ada perkara yang nak dibicarakan. Sebenarnya ada tapi jadi tak ada. So aku rasa better aku diam. Tapi melihatkan ramainya kawan-kawan blogger update, aku kembali rasa nak update sesuatu. Mungkin entry ini pengisiannya tak ada. Kalau karangan sekolah tak ada markah ni pada bahagian isi karangan. Err maafkan saya Cekgu.

Sebenarnya aku cuma rasa nak tulis-tulis. Tulis apa-apa je. Aku pernah dengar orang kata itu salah satu cara untuk luah rasa. Bukan maksud aku tulis bercerita masalah. Bukan tentang masalah yang aku cerita ni. Maksudnya, tulis apa-apa je. Kadang-kadang perasaan bercampur-baur ni kan susah nak describe dengan kata-kata. So aku terasa nak tulis-tulis je. Mungkin bukan exactly apa yang aku rasa.  Kalau apa yang aku rasa, for sure bukan sini tempatnya.

Yup! Mungkin bukan exactly apa yang aku rasa. Sebab apa yang aku rasa, aku sendiri pun tak dapat nak baca. Aku celaru pasal apa. Pasal thesis ke? Pasal cuaca hujan kat luar ke? Pasal perkara laen ke? Aku cuma rasa nak tulis-tulis. Nak cakap-cakap. Nak bebel-bebel. Cuba buang dan keluarkan semuanya. Nak rasa tu hilang. Hilang dari hati. Fikiran. Aku nak rasa, puas tak kalau macam tu? Mungkin lepas tu baru aku rasa lega dan boleh buat kerja.


 Kecelarubiruan


Mesti Pakcik Ym Bundle kata aku emosi lagi. Lantaklah. Err maafkan saya Cekgu! @.@


Love & Sincere,
 

73 comments:

  1. Replies
    1. aku rasa satgi bundle mesti datang pelawa biskut..aku rasa la..hahaha

      Delete
    2. Mungkin jugak. Sebab sume org dea pelawa biskut arini aku nampak. Lori biskut terbalek depan umah dea kut. Ahaha!

      Delete
    3. biskut dan hujan dan kopi.
      sedap kan makcik?

      Delete
    4. Fuhhhhhhhh takleh hendel. Cepat hidang ya? Jap lagi aku sampai ^^

      Delete
  2. 1ST !! sy rasa mungkin sbb cuaca hujan..sbnrnya perasaan nak tidur tu lagi kuat kann heeee sbb tu jd tatw nk tulis ape ;))

    ReplyDelete
  3. gua pun weekend bizi.tapi gua suka..biar bizi dan bizi lepas tu ambik cuti berfoya-foya.

    lu celaru pe?wat rilek-rilek sudah lah :p
    **menulis boleh buat lu bahagia. kan kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Part bz tu okey je sebenarnya. Tapi tengok jugak la bz apa. Kalau bz nak buat benda yg takde jiwa, tak suka kut. Huuu

      Hal celaru tu rahsia. Cewwah! Menulis? Sangat bahagia selaen menulis assignment. Hahaha!

      Delete
    2. makcik.soalan untuk lu.

      musim hujan-hujan ni buat apa ke sedap.penuh jiwa dan geloranya.bersama pasangan masing-masing.

      ha.jawab.

      Delete
    3. Sama2 cecah biskut dalam kopi o panas. Memang penuh jiwa dan gelora. Amacam? :D

      Delete
    4. hahaha.lu memang berjiwa suci.gua test lu je tadi tu.cewah.

      Delete
    5. Kahkah! Aku tau kau sengaja kan bagi soalan cepu emas tu. Fuhh! Naseb baek aku ada jawapan selamat. Ngeeeee :P

      Delete
  4. cer try melukis, mne lah tau kecelaruan tu hilang ^^ hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pandai lukis la Emma #_#

      Delete
    2. kalo cmtu, xyah r melukis.. conteng2 je *_*

      Delete
    3. Nanti taktau maksud lukisan tu apa. Hahaha!

      Delete
  5. baru je gua menulis tadi,fuhh lega, betul. sebab gua tak reti nak cakap,jadi gua tulis je mampu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cakap biasanya tak jalan. Menulis lebih membahagiakan. Sebab kita memang dah tahu kita cakap dengan benda yang tak boleh bagi response. Tapi boleh plak kita rasa lega kan?

      Delete
    2. sebab kita menulis dari hati mungkin,untuk meluah. errrr?

      Delete
    3. Yup! Mungkin kut. Walaupun kadang2 tu tak tersampai. Hehe

      Delete
  6. Kenapa takda aku kata? Asik bendulu kata? Kenapa? Hahahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau pernah kata apa? Bila masa asyik Bendulu kata? Ni first tyme kut. Takde kenapa2. Hahaha!

      Delete
  7. sy pun tga bercelaru memikirkn midsem, video arb, tah hape2 lagi dgn sibuk nk tgok cte conan. alahai berterabur

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apa2 pun tengok Conan dulu ya Zira. Hahaha! Kemas semula mana yang berterabur tu :-w

      Delete
  8. hahahaa..memula aku tgk tajuk nampak macam celana biru..kehkehkeh..apapon kau tetap emo..
    #nak biskut?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Celana biru kejadah? Tapi bagus jugak. Sbb kalau kau dah baca word celaru direct je kau dapat teka konfem entry emo kan? Entry emo yang pendek takpe kan Cekgu? Hahaha!

      Taknak. Biskut semalam konfem dah lemau.

      Delete
    2. aku pun bace celana biru.. kahkah

      Delete
    3. Dilarang meniru semasa peperiksaan :-w

      Leh geng kau ngan Pakcik Bundle! :D

      Delete
  9. lau kecelaruan menyerang..tak tau apa yg dituliskan...kengkadang rs cm merapu2 je..kan..:) nah cocopie..;P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasanya tak menulis pun bila situation camtu. Tapi kali ni je terasa memang nak tulis2. Hehe. Takde pun cocopie? :P

      Delete
  10. lah kecelaruan dah serang ke? sama lah kita kak, saya merepek je tahu sekarng ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak tak celaru pun akak tetap merepek gak. Hehe. Shasha nak kerepek? :P

      Delete
  11. ada satu ayat Al-Quran maksud nye lebih kurang manusia di jadikan untuk bersusah payah. jadi, akak kena kuat. celaru biru sebab masalah? masalah dan ujian itu bunga kehidupan. hadapi dengan senyuman dan lafaz syukur. bergembira la saat ditimpa ujian sebab Allah masih memandang kita, kak.

    satu ayat al-Quran yang lain pula maksud nya manusia dijadikan lemah. kalau akak rasa lemah, itu fitrah. cari la kekuatan dengan mendekatkan diri kepada Allah.

    "sesungguhnya hati-hati akan menjadi tenang dengan mengingati Allah" (13:28)

    semoga sedikit perkongsian nie dapat hilangkan celaru biru akak ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya not really masalah. Cuma biasa la sometyme gangguan emosi tu datang bila ada orang yg mengusik. Cewwah! :P

      Btw, thanks Mirmashi atas perkongsian :D

      Delete
  12. salah satu sebab kenapa entry aku xbergerak.. kehkeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana nak gerakkan entry Mell? Entry aku statik je tak penah begerak pun. Kahkah! :P

      Delete
  13. aku yang baik ati bagi markah isi 5 je ok? =P memang kadang2 aku pun alami bende tak tau nak update ape ni so bese bile aku jadi camtu ape aku wat is jalan2 blog orang sambil cari point leh leh diguna wat entri.. tapi dalam kes ko yang ade sesuatu tapi macam takde ni aku pun tak pasti.. ingat biskut ke? huu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy, 5 markah pun jadi la. Haha!

      Situation tyme tu sebenarnya lebih kepada ada benda nak diluahkan tapi kat sini bukan tempat yg sesuai. Err nampak sgt sesuatu yg emosi kan? Mwahaha! Tp tips kau tu aku rasa berguna. Thanks! Walaupun aku tak sure aku leh gunakan tak tips tu :P

      Delete
  14. saya sndr kengkadang off dr berblogging liyaa. lol. ada satu blog legendary apple jumpa satu masa dulu, blogger barat dan salah satu entri dia tertulis camni,

    "saya bangun tidur, duduk kat kerusi dapur dan menghirup kopi."

    itu je post dia. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Aku rasa memang celaru gila dea tyme tu. Aku teka teralu banyak perkara yg dea ngah pikir. Dea punya post tu even cuma beberapa words tapi menyampaikan banyak perasaan. Kut. Blog legendary takpe la kut, blog cikai rasa nak hempuk je :P

      Delete
  15. hati manusia memang susah nak duga, lebih2 lagi bila rasa macam2 itu ada di dlm nya
    tak tau nak ungkap kan macam mana
    kadang2 berdiam diri itu lebih baik dari kita cuba nak luahkan tapi tak tahu apa yg patut diluahkan
    oh! hati....sgt complicated
    hanya tuhan saja yang tahu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 bukan rasa nak luahkan apa yang kita rasa. Tapi luahkan benda laen dgn harapan apa yang kita rasa tu akan terbuang sama. Boleh ke? :D

      Delete
  16. dya kalau celaru pun xtahu nk update apa..huhuh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err sebenarnya taknak update pun. Terasa nak tulis apa2 je. Dgn harapan apa yg terbuku dalam hati tiba2 release. Konon2 laa :P

      Delete
  17. pegi tido je la liyaa.. nanti celaru biru tu akan bertukar menjadi ketenangan putih .. hee :)

    ReplyDelete
  18. Replies
    1. Err takde kenapa2 hazfee. Dah lupakan. Hehe :P

      Delete
  19. betul . menulis tu ley menenangkan kita ^^

    ReplyDelete
  20. kak liyaaaa..masih celaru biru lagi ke? biru pekat ke biru turqouise?? haha. lama tak singgah haa. dah terluah ke apa2 yang celaru? banyak tanya lak kita ni. heee


    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah tak celaru dah Aien. Kalau still celaru pun, maybe reasonnya dah laen. Hehe. Tak boleh nak luahkan sebenanye :(

      Ini bukan kaunter pertanyaan :P

      Delete
    2. hmmm...adalah sesuatu tu yg terpendam dilubuk hati yg paling dalam jauh tak terselam. takmo :( kak liyaa...

      Delete
    3. Dah2. Takde celaru dah Aien sebenarnya. Cuma takde idea baru je nak update entry. Err bukan takde idea. Tapi tak cukup masa. Tu yg entry celaru biru ni asyik tertayang tak terkebelakang. Hahaha!

      Delete
  21. wak selalu pon gi memancing oops menembak gambar sorang2 jugakk.. ahakkKs

    ReplyDelete
  22. 1st time kat sini...selamat berkenalan ye kak... :)

    biasalah tu...kadang-kadang rasa serabut tak tau sebab apa kan? :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berkenalan. Owh, inilah dea awek mata cantek yang dah naek objek merah tanpa nama N*** tu ya? :P

      Yurp2! Pasal serabut & celaru ni dah takde apa pun. Sumenye dah selesai. Hehehe

      Delete
  23. haishh.. jgn celaru2 sngt.. hihihi :)

    ReplyDelete
  24. kak liyaa :D.. pas ni cuba try celaru merah pulak okeyy :D

    yup.. kadang2 tulis apa2 memng 1 cara untuk luah rasa..hee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Celaru pun leh try tukar2 kaler ek, Missha? Leh la tukar warna2 pelangi camni :D

      Delete
  25. takmao celaru2 .Ahahaha anyway Selamat Hari Raya Aidiladha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy, Dalila! Raya Aidiladha dah abes dah pun :D

      Delete
  26. memula aku baca--celana biru -___-ll

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang yg baca celana biru ni ada masalah mengeja ke? @_@

      Delete

Shout Your Quotes