8 Oct 2012

Kalau Dah Bukan Rezeki


Dear my Lovepediary,


30.08.12. Sebenarnya pada tarikh tu aku ada menghadiri temuduga SPA yang mana resultnya keluar hari ni. 08.10.12. Tapi semalam, 07.10.12, bila saja aku teringat pasal ni terus je aku bukak laman sesawang SPA. Bila aku bukak, link keputusan temuduga untuk jawatan yang aku pohon itu hari dah pun ada. Aku tanpa fikir apa-apa terus klik, masukkan nombor kad pengenalan, dan resultnya Dukacita anda tidak berjaya dalam urusan ini. Ini sebenarnya dah masuk kali kedua. Kali pertama lebih kurang dua tahun yang lepas. Tapi tak apalah kalau dah bukan rezeki aku. Tak apa kalau ia memang bukan ditetapkan untuk aku. Orang kata, rezeki ada di mana-mana kan? Janji kita tak putus asa dan teruskan berusaha. Chill lah! Jangan berhenti berharap :)

Sebenarnya, kalau nak diikutkan aku lebih berharap yang aku merupakan calon simpanan mereka. Dan seterusnya aku akan diterima dan diminta bekerja tahun depan. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu tangguhkan pelajaran aku sekarang. Sekurang-kurangnya, aku tak perlu bingung untuk buat pilihan, pelajaran atau kerjaya. Sekurang-kurangnya, aku dapat habiskan dulu pelajaran sekarang dengan hati yang tenang. Tapi itu cuma angan-angan. As usual, belum apa-apa aku dah fikir yang kompleks-kompleks. Padahal things not necessarily happen pun. Buktinya, keputusan muktamad temuduga dah pun aku terima. So, mana ada isu tangguh pelajaran atau bingung buat pilihan. Sahlah aku memang kena fokus pelajaran dulu. Bagus juga. Satu persatu.

Aku tak kecewa. Siket tu mungkin ada. Dustalah kalau aku kata siket pun tak ada. Tapi siket je, tak besar mana. Sebab aku pun tak meletak harapan yang terlalu tinggi dari awal-awal lagi. Berharap tu memang ada. Kalau tak mengharap, untuk apa aku mohon kan? Pandangan pertama pada surat panggilan temuduga yang datang beberapa bulan lepas je, sejak tu aku dah mula pasang harapan secara sederhana. Kalau itu rezeki, Alhamdulillah. Kalau bukan, tak apa. Terima je sebagai mengutip pengalaman. Kan? Memanglah berharap tu kena ada. Tapi meletakkan harapan tu aku tak letak tinggi mana. Err berharap dan meletakkan harapan tu ada beza ke? Tak apalah. Bagus juga aku rasa sebenarnya. Sebab urusan aku macam dipermudahkan je rasanya.

Sebenarnya, ini merupakan entry ke SERATUS untuk blog ni. Rasa macam tak percaya je aku dah terbitkan 100 buah tulisan kesemuanya. Walaupun apa yang aku tulis tu entah apa-apa, tapi tetap aku rasa bermakna. Menulis, kesukaan aku daripada dulu. Tapi menulis blog, it something new sebenarnya untuk aku. Tak pandai nak manfaatkan kegunaan blog ni untuk perkara-perkara yang sangat bermakna. Mula-mula tu untuk luah rasa, lama-lama unexpectedly kadang-kadang jadi tempat aku cari tawa. Sweet kan? :P Apple sebenarnya ada usulkan dalam entry yang lalu, Entry ke 100 cuba terbitkan satu entry yang tak serupa. Mungkin aku tak dapat penuhi task tu sebagaimana yang dea jangka. Tapi, sesuatu ni mungkin quite istimewa. Untuk kalian semua. Nahhhh!



You Never Know How Close You Are... 
So NEVER Give Up on Your Dreams.
:)

Love & Sincere,
 

67 comments:

  1. Replies
    1. Berharap dan mengharapkan tu memang ada bezanya..:)

      Delete
    2. Berharap dan mengharap memang la ada beza. Dari segi ejaan BER dan MENG. Kahkah! :P

      Delete
    3. Chartreuse Bloglist tu apa pulak? mohon pencerahan..

      Delete
    4. Err takde description. Just amek random blog2 yang aku baca & yang datang sini komen. Err tu pun ada lagi tak letak. Tapi tak suka letak byk2 dlm satu bloglist. Rasa macam nak susun2 balek. Tapi malas =_=

      Cukup cerah tak? :))

      Delete
    5. Dah taktau nak cerahkan macam mana. Grrrrr

      Delete
  2. gambar entri menarik!!!!!

    lagi sedikit jer!

    takpe, mungkin belum rezeki . bak kata orang lama2, bila ditutup pintu rezeki, pintu rezeki yang lebih baik akan dibuka

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lagi sket je kannn? Tapi dea taktau. Unfortunately, dea dah give up. Sayang je usaha keras dea yang sebelum2 tu.

      Insyaallah :D

      Delete
  3. woaaa..dah keseratus dah..dasyat la ko makcik..haha..
    aku tak paham apple usulkan buat entry camne..kene spesifik sikit kot usul tu..hahaha..tapi ni ok la bagi aku..tak dairi sangat..hikhik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dasyat mende? Kau dah ke seribu kut Pakcik! :P

      Kiranya Apple suh wat kelainan kut. Tak kesahlah kelainan dari segi apa. Kiranya cam wat special sket la aku rasa. Err yeke tak? Aku rasa still kategori dairi ni. Hahaha!

      Delete
  4. Allah s.w.t nak bagi rezeki lain yang lebih baik dari itu....insyaAllah banyak kan berusaha, berdoa dan bertawakal.
    :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah Rima! Harap2nya macam tu la. Thanks ya motivate :D

      Delete
  5. yang penting, never give up...
    Rezeki Allah ada di mana2...
    Keep on blogging !! :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah. Banyak lagi ruang dan peluang kan? Heee. Baeklahhh. Thanks! :D

      Delete
  6. xpe, bukan rezki.. cuba lain kali :) kerjaya yg lebih baik menanti kak liya di depaaaaan sana.. ^^ btw, dh seratus! banyak tuuu... tahniah! hahah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish? Depaaaaan tu macam jauh je? Ahaha! Takpe. Tabah mengejar lagi. Banyak ke seratus? Entry merapek je Emma :P Err ada tahniah gak ke? Hahaha!

      Delete
    2. hahaha... kna r ada tahniah.. sebab kesungguhan kak liya menaip sehinggalah smpai entri ke seratus ^^ sy suka menaip jgak, tapi entri x smpai seratus ag... hohoho

      Delete
    3. Okeyy! Thanks Emma. Tu la. Tak sangka gak sampai 100. Igt 10 entry je dah tutup blog. Ahaha! Go go go Emma! Emma boleh! :D

      Delete
  7. Lol. Liyaa.. saya tak meletakkan jangkaan namun saya berminat dengan apa yang dibicarakan dlm entri kali ni. Lol.

    Masa dulu, keluarga Apple selalu ditikberatkan untuk memohon kerja menggunakan surat berbanding on9. Meskipun ada satu pilihan shj, kami tetap akan melakukan kedua2 cara. Ini disebabkan mentaliti bhw, on9 hanya menekankan kebolehan dari pendidikan dan pengalaman atas kertas dan sedikit info yang menuliskan pengalaman. surat memainkan peranan dalam cara menyampaikan kata2. Mungkin ianya kebetulan, namun hasilnya tak pernah gagal dalam hal Apple.

    Sebuah cerita, seorang lelaki dtng memohon pekerjaan di sebuah firma. Beberapa jam sebelum temuduga, dia membawa sebatang berus gigi dan sabun pencuci lantai. dia membersihkan tandas pejabat tanpa dipinta malahan setiap celah dibersihkan dengan teliti menggunakan berus gigi.

    Ketika sesi temuduga, dia tidak ditanyakan tentang pendidikan dan pengalaman. Mereka berminat hny dengan 'kerja'nya tadi. Dia menjawab, "saya adalah seorang yang teliti dalam membuat pekerjaan. meskipun membersihkan tandas, saya bersungguh2 dalam kerja tersebut." dia berjaya.

    Apapun, rezeki ada di mana2. Liyaa pasti bole. lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada betulnya. Tapi apply keje government pun guna surat gak ke Apple? Bukan kena ikut prosedur yang dah ditetapkan? Haha! Err cerita lelaki tu cerita betul ke dongeng? Gila gigih usaha dea. Pasni aku kena bawak berus gigi gak la gi interview :P

      Insyaallah. Yang penting aku nak habiskan blaja dulu. Thanks ya! :D

      Delete
  8. gambar tue sangat interesting ;). haha

    chill kak. kita merancang, Allah juga merancang, dan semestinya perancangan Allah adalah yang terbaik ^^.

    "... boleh jadi kamu amat membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui" 2:216

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannnnn? :D

      Ayat bawah tu dari dulu akak pegang sebagai penguat untuk ubat in case kecewa or rasa down. So, ngah cuba suka apa yang selama ni akak tak pernah suka. Err ngah cuba :P

      Delete
  9. alaaaa jgn putus asa okay..keep try n try lagi..
    Tp pasal mengahrap tu mmg btul pun jna slalu suka berharap 100% pd sesuatu yg x pasti ..end up tertonggeng padan muka jna ..sedih tu smua ade xyh nk ckp..lepas tu malas nk mengharap ade..fikir ada means ada xde then okayy byeee~ cam tu hihi ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salunya tak harap 100% pun. Tengok keadaan. Ye laa. Takut bukan rezeki kita kang kecewa tertonggeng lak macam Jna. Haha! & salunya mengharap tp dlm hati je. So bila kecewa pun diam2 dlm hati jugak la :D

      Delete
    2. Hahhah sbb cover tu pentingg kan??? Hehehehe

      Delete
  10. gua tahu.dari spek mata lu gua tahu.
    lu bukan mudah putus asa punya orang kan.
    orang-orang perkasa je yang pakai spek macam tu.

    gua percaya..lu sangat perkasa orangnya.
    hiphiphoorey makcik!

    terus usaha na.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jadah kau judge aku drpd spec tu? Haha. Tp sedikit sebanyak bagi semangat gak kat aku. Time kaseh Pakcik Pazil! Terasa perkasa lak secara tiba2. Ahaha!

      Baek. Insyaallah :D

      Delete
  11. eh,akak, jangan give up, dorang cuma xnampak lagi kelebihan akak kot. sambung lah blajar dulu. mana lah tau tetiba ada rezeki.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh, it's okey! Akak positive je. Hehe. Alaa, yang mohon kemaen ramai. Susah gak tu dorang nak pilih. Lagipun org kata keje gomen ni mmg bergantung rezeki. Kan? Err akak skang mmg ngah sambung blaja Shasha :D

      Delete
  12. Makcik, sabar ye. Mungkin kali 3 or 4 or 5 baru nk dapat, who knows. as long as lom reach 35 there's still hope, you know. ;) amboi, dah mcm novel Damya Hanna plak aku tgok ayat ko kan! currrrlast ko jah!! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ehh, Pekja! Aku okey je. No hal la weyh. Aku cuba je mana2 ada peluang. Rezeki bukan satu jalan je kan? Btw tq Pekja! Ehh, kau jangan nak over sangat la kata ayat aku novel Damya Hanna bagai. Menganjing aku eyh? Grrrr :P

      Delete
  13. belum tibe mase lagi tu.. leh cube lagi kan.. yang buat bulb tu pun bape kali cube baru berjaya.. mungkin nak ko fokus studi dulu kot.. ape pun jangan give up ok.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course aku tak give up lagi. Of course aku kena fokus study dulu. Hehe. Thanks! Tp bila nak dekat abes study nanti, risau gak aku weyh! Based drpd apa yg aku dah lalui #_#

      Delete
  14. DIA belum mahu beri kita sesuatu kerana DIA mahu beri kita sesuatu yg lebih baik..:)sabar tau...singgah sini follow awak..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 macam tu la. Insyaallah. Thanks! :D

      Delete
  15. keep trying till you succeed! it's never over till give up. so, never give up! this is what i always remind myself when i feel demotivated...well, wish u the best of luck in future! xxx

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau dah demotivated tu, bukan senang2 nak bersemangat balek. Tapi naseb bek ni lum give up lagi. Hehe. Thanks Farra! You too :D

      Delete
  16. alaa. sabar je kak. relax2. :) ada lagi rezeki tu. jgn risau. ;D
    btw thniah ye dah 100 entri :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naseb bek ni ngah study, so boleh la nak rileks2 lagi. Kalau mmg takde watpe, tertekan gak woooooo. Haha! Err 100 entry pun ada tahniah ey? Hahaha! Thanks :P

      Delete
  17. Sabar tu separuh daripada iman.
    InsyaAllah Allah bagi pelangi yang lebih indah :D
    Good luck! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hujan dah turun dah rasanya, tapi pelangi belum nampak2 lagi. Hehe. Insyaallah. Thanks! :D

      Delete
  18. ermm... takut nk check result
    interview 15 ngn 24 okt nnti..
    ape la kptusannyer.. huu

    ReplyDelete
  19. Selamat hari jadi yang ke-100 pada entri liyaa:) Hahahaha...
    Err, pasal SPA tu aku sendiri dah give up...Kahkahkah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err mana ada hari jadi (d)

      Eh, betul laa. Hari di mana entry ke 100 menjadi ek? Camtu ke maksud kau Syida? Hahaha! Err kau dah bape kali interview?

      Delete
  20. keep writing liyaaaaaaaaaa :>
    and dont give up okeng

    ReplyDelete
  21. sabar ye liyaa.. rezki tu ade je kat mane2.. cuma cepat ngan lambat jer.. mungkin rezki liyaa belum lagi... mungkin satu hari nanti sape tahu kan.. korn doakan yg terbaik untuk liyaa yer.. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Harap2 macam tu la Korn. Harap2 semangat ni takkan pudar lagi selagi rezeki tu belum sampai. Hehe. Tq ya Korn! Really appreciate it. Cewwah :P

      Delete
  22. aku dah bnyak kali mohon SPA.. dan jawapan dia macam tu lah.. penah sekali je dapat.. nurse.. kena pggil temuduga.. tp akibat sesat jalan.. sampai lambat.. gagal lagi.. xde rezeki la tu.. kalu tak keje aku sekarg cucuk org.. sambut bby org.. syok!.. hahaha. tp keja sekarang pun dah ALHAMDULILLAH.. ade la jugak link2 ngan spital sikit.. hahak!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang minat keje spital ke Mell? Kau blaja apa ek? Aku tak penah lagi sesat jalan nak gi intebiu. Sesat jalan masa menjawab ada la. Hahaha!

      Delete
  23. reseki setiap org lain2..
    mmg itu kita nampak terbaik untuk kita tapi allah jugak yg tahu yang mana terbaik utk kita..
    jgn putus asa weh..
    cuba lagi..tak pun mana tahu rezeki kau bukan kat situ..

    apa2 pun good luck

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku tak kesah rezeki kat mana2. Aku sekadar mencuba. Kalau leh dapat keje yg agak menyenangkan hidup, bukan menyusahkan. Haha! Kalau dapat, syukur. Tak dapat, aku cuba tempat laen.

      Tq! :D

      Delete
  24. sabar kak liyaa...belum rezekinya lagi. gitulah kita rasa. keciwa itu ada. tapi putus asa tidak sesekali kan...hehe. cuba lagi.



    tahniah entry dah seratusss.. :D



    pasni kalau kita dapat on9 kembali...dah entry ke seratus lima puluh lapan agaknya. hehehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah jangan putus asa kan Aien? Tak mengharap sangat pun keje gomen. Janji dapat keje yg menyenangkan & ada lyfe dah la kan? Hehe. 158 ya? Wowwwww! Nak kejar cepat2 lah :P

      Delete
  25. Salam liyaa..

    sabar k..mungkin blom rezeki lagi..takpe..truskn usaha..
    kalau niat kite baik pasti dipermudahkan..

    btw..thanks sudi singgah blog Farah..hope kita sama2 sabar dgn ujian ni. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah usaha akan diteruskan. Yerp! banyak2kan bersabar :D

      Delete
  26. cube lagi ye makcik, sori lambat sngat bru smpai kt blog kau nih., aku rase mcm nk apply spa jugaklah :3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erkk! Terus rasa nak apply ey Chuu? Haha! Try la. Mana tau rezeki kau kan? Banyak benefitnya Chuu. Nak beli rumah senang. Hehe :D

      Delete
  27. aku baca dari minggu lepas lagi tapi aku baru nak komen.. now dah tak ingat apa yang aku nak komen :|

    ReplyDelete
    Replies
    1. Laen kali baca minggu depan lak. Mesti kau tak lupa dah. Key Payeh? :P

      Delete

Shout Your Quotes