14 Feb 2012

Kadang-Kadang Kita Tidak Menjangka

Dear my Lovepediary,

Isnin, 30 January 2012 semasa sedang makan malam dengan suami, suami dapat call daripada mak dea merangkap mak mertua aku. Mak beritahu Tok Ki We accident. Terkejut. Kasihan. Sebab orang tua accident naek motosikal dilanggar kereta. Pemandu kereta pula terus larikan diri hilang entah ke mana. Naseb baek ada orang-orang kampung yang nampak and hantar Tok Ki We ke hospital. Esoknya  31 January 2012 pagi-pagi suami terus apply EL. Kami gerak ke KL pagi itu. Mak abah mertua and Alang half day kerja. Sekitar jam 4pm kami bertolak berlima daripada KL balek Terengganu, kampung suami, juga tempat tinggal Tok Ki We.

Suami aku dulu ada cerita Tok Ki We adalah ayah angkat abah mertua, yang menjaga abah mertua aku masa kecil. Actually Tok Ki We adalah pakcik abah mertua, tetapi kerana terlalu sayangkan abah mertua aku, then dea ambil abah mertua aku jadi anak angkat. That's why relationship mereka special & abah mertua sangat sayangkan Tok Ki We and arwah Tok Yam, isteri Tok Ki We dulu.

Kami sampai Terengganu entah aku lupa jam berapa. Tapi nyatanya kami sampai di Hospital Sultanah Nur Zahirah sekitar jam 10pm. Petang itu Abang yang tinggal di Kerteh pergi dulu ke hospital visit and tengok condition Tok Ki We. Abang telefon beritahu Tok Ki We seperti sudah tidak ada nadi. Aku tak dapat imagine apa perasaan mak, abah & semua femely belah suami. Apa yang aku dapat fikir, tentu semua sedang bersedih dan takut kehilangan Tok Ki We. Aku yang tidak begitu rapat dengan Tok Ki We kerana baru beberapa kali pulang ke Terengganu since berkahwen 2 tahun lepas pun dapat merasa kesedihannya. Apatah lagi mereka yang sangat-sangat menyayangi dan mengasihi Tok Ki We.

Sampai di hospital jam 10pm, sudah ramai saudara-mara belah suami ada di sana, especially anak-anak & cucu-cucu Tok Ki We. Ada yang sedang bacakan surah Yasin di tangga. Tok Ki We maseh dalam ICU, maseh belum sedarkan diri, maseh koma. Waktu melawat sudah habes absolutely. Kami tidak dibenarkan masuk untuk melihat Tok Ki We sama sekali. Then staff di situ beritahu Tok Ki We perlu jalankan operation di bahagian kepala malam itu. Aku, suami, mak abah mertua dan Alang yang baru sampai minta permission untuk lihat Tok Ki We sekejap.

Then mereka bilang Tok Ki We akan diusung ke bilek pembedahan sebentar sahaja lagi. So, sesiapa yang mahu jumpa Tok Ki We boleh sama-sama usung Tok Ki We ke bilek pembedahan. Okeyy, kami cuba rileks. Mak Abah berbual-bual dengan saudara yang laen tentang condition Tok Ki We sambil menunggu Tok Ki We keluar daripada bilek ICU. 

Lebih kurang jam 1130pm baru Tok Ki We dikeluarkan dan kami sempat tengok sekejap keadaannya. Sayu sungguh melihat orang tua terbareng tidak berdaya. Tok Ki We maseh pejamkan mata. Kami hantar Tok Ki We sampai ke lif dan terus kami turun ke bilek pembedahan di Tingkat 1 menerusi tangga. Kami duduk berkumpul di tempat menunggu di hadapan bilek pembedahan. Kami tunggu Tok Ki We keluar sambil aku doakan Tok ki We akan selamat jalani pembedahan. Doktor inform keadaan Tok Ki We sangat kritikal. Dengan pembedahan pun keadaan Tok Ki We selepas itu akan 50-50 sahaja. Tanpa pembedahan lagilah doktor tidak boleh jamin dapat selamatkan Tok Ki We. Kami pasrah. Kami tunggu saja di luar dengan haty yang sabar.

Around jam 3am baru Tok Ki We keluar daripada bilik pembedahan. Alhamdulillah. Kami maseh diberi peluang untuk berjumpa Tok Ki We, mungkin. Setelah tahu dan lega mendengar perkhabaran condition Tok Ki We, then kami pulang ke rumah Tok & Tok Ki, di Bukit Rakit.

Esoknya 01 February 2012, kami pergi ke hospital semula untuk visit Tok Ki We. Tok Ki We maseh belum sedarkan diri, maseh dalam bilik Unit Penjagaan Rapi. Tapi alhamdulillah, conditionnya lebih stabil berbanding semalamnya. Aku visit 2 kali waktu melawat, pada tengahari dan sebelah petang. At least dapat juga aku renung wajah Tok Ki We dalam-dalam, sebab mengenalinya sahaja aku belum pergi jauh.

Kami dimaklumkan orang yang melanggar Tok Ki We ada datang ke hospital hary itu. Seorang ustaz. Dea ada meminta maaf dan beritahu selepas accident tersebut dea pergi buat report. Mungkin dea panik waktu itu. Tak apalah. Tak perlulah kami hendak buruk sangka. Dea sudah datang pun sudah alhamdulillah.

Sampai sekarang, Tok Ki We maseh belum sedarkan diri. Aku doakan, jika belum sampai waktu ajalnya, semuga Allah panjangkan umurnya dan Tok Ki We dapat kembali sehat sesegera mungkin. Tapi jika memang sudah sampai waktunya Tok Ki We untuk pergi, aku redha jika itu adalah lebih baek untuk Tok Ki We berbanding dea harus menahan kesakitan. Aku rasa seluruh femely juga rasa begitu. Tapi aku juga rasa seluruh femely pastinya lebih berharap Tok Ki We akan kembali sehat dan dapat kembali ketawa bersama femely.

Kadang-kadang, kita memang tidak menjangka akan perkara yang bakal terjadi. Tapi, itu semua suratanNya. Tugas kita sebagai hambaNya adalah terima segalanya dengan haty yang redha.

Love & Sincere,

8 comments:

  1. semoga tok ki ko cepat sembuh la makcik..aminn..

    ReplyDelete
  2. Aminn. Tenkiyu pakcikkkkkkk :)

    ReplyDelete
  3. kadang2 org lari lepas langgar tu, maybe pasal takut kena pukul kot. knowing malaysian ppl mmg mcm tu. tapi xpe la. at least beliau dah dtg melawat. moga to ki sembuh dengan cepat yer.

    tapi betul. dlm hidup nie, byk benda yg tak dijangka boleh berlaku.

    ReplyDelete
  4. Yurp! Actually Liyaa piker org tu panic at the first place, maybe terpiker yang teruk2 will happen after dea langgar orang tua. But then bila panic dah hilang maybe dea realize yang apa dea buat tu salah. Agaknya laa dea piker camtu. Hehe.

    Tenkiyu eniwey! Aminn :)

    ReplyDelete
  5. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segala urusan hamba²Mu Ya Allah. semoga tok ki cepat sedar dan sembuh..insyaAllah..

    ReplyDelete
  6. Kadang-kadang, kita memang tidak menjangka akan perkara yang bakal terjadi. Tapi, itu semua suratanNya. Tugas kita sebagai hambaNya adalah terima segalanya dengan haty yang redha.

    gua suka ayat itu.suka.

    ReplyDelete
  7. Tenkiyuuuu Puan Gojes sebab sama-sama doakan. Semua segala urusan Yati juga sentiasa dipermudahkan. Aminn :)

    ReplyDelete
  8. Tenkiyu sebab suka RobotKuning. Sukalah sebab kau suka! :D

    ReplyDelete

Shout Your Quotes