11 Jul 2012

Kenangan Terindah?


Dear my Lovepediary,

Sabtu lepas, aku pergi satu kelas Make Up di Taman Merdeka, Johor Bahru yang diorganizekan oleh S Bridal. Disebabkan kelas tu free dan aku memang suka bab-bab make up and grooming ni, so aku dengan penuh excited bersetuju untuk join. Yang penting, free. Naseb baek minggu tu memang aku tak ada rancangan aktiviti ke mana-mana. Dalam kepala aku, aku dah gambarkan. Bestnya dapat belajar make up. Kena pakai cantek-cantek ni. Sebab lepas tu nanti mesti ada sesi amek-amek gambar. Sampai pada harinya, aku pun pergi bertiga dengan kakak aku dan adek aku.

Aku datang dengan gaya penuh feminin, budget dah vouge habes dah ni. Sampai Taman Merdeka, aku tengok ramai orang. Macam ada event laen kat situ. Nampak macam ada family day lebih kurang. Tapi kita orang abaikan je, terus nak menuju ke tempat sepatutnya. Sampai kat satu jambatan konkrit, tiba-tiba, sekelip mata aku jatuh tersungkur kat situ. Aku jatuh melutut dan lutut aku terseret siket ke depan. Entahlah, kejadian tu memang sekelip mata je dan tiba-tiba aku terus rasa saket and pedih kat lulut. Malu tak payah cakaplah. Tu lah, budget vouge sangat tadi kan? Err

 Konon-konon nak catwalk sangat masa tu. Namun akibatnya? -__-

Disebabkan Kenangan Terindah ni, aku teringat satu kenangan masa aku form 4 kalau tak silap. Masa tu, aku perlu mengambil dua buah bas setiap pagi untuk ke sekolah. Satu hari, sampai bus stop depan sekolah, aku dan beberapa schoolmate laen mula turun dari bas. Dan kebetulan waktu tu aku orang yang paling last turun. Tiba-tiba, baru satu kaki aku jejak tanah, dan satu kaki lagi maseh di tangga bas, bas dengan yakinnya nak teruskan perjalanan. So, dapat imagine kan apa yang berlaku? Confirm, aku jatuh kat situ. Terduduk, dengan kaki bersimpuh ala-ala ikan duyung lebih kurang.

Aku dengar penumpang dalam bas ada yang terjerit, serta-merta bas tu berhenti seketika. Schoolmate laen dan kawan-kawan aku yang sama-sama baru turun bas tadi aku nampak agak tercengang dan terkejut. Masa tu, sebenarnya aku tak rasa saket sangat kesan jatuh tu. Tapi aku malu gila! Masa tu ramai juga saksi kejadian. Selaen kawan-kawan sekolah dan kawan-kawan aku sendiri, dalam bas tu penuh dengan budak-budak sekolah satu lagi yang sekolah mereka terletak di hadapan lagi daripada sekolah aku, tapi memang perlu naek bas yang sama. Agak jatuh saham waktu tu. Err

Lepas jatuh, terus je pose camni and buat muka raih simpati -__-

Disebabkan seramai itu saksi kejadian, aku yang sebenarnya tak sesaket mana akibat jatuh tu, bila nampak kawan-kawan yang sudah hendak ketawakan aku, terus aku berlakon saket. Aku pura-pura mengaduh dengan muka menahan saket dan minta simpati. So, kawan-kawan aku mula panik dan bantu aku. Schoolmate aku yang laen pun aku tengok tak jadi hendak gelakkan aku. So, aku anggap lakonan aku agak berjaya. Innocent gila muka aku masa tu, nak cover malu punya pasal. Cuma orang-orang dalam bas, aku tak tahu reaksi dia orang macam mana. Arghhh!

Tamat cerita zaman sekolah, berbalek kepada cerita asal. Kesan daripada aku jatuh tu, seluar yang aku pakai koyak di bahagian lutut. Mood aku seharian di kelas make up agak terganggu akibat menahan pedih kat lutut. Petang tu pergi ke Carboot Sale di Dataran Bandaraya pun, aku berjalan dengan kaki agak tempang. Naseb baek dah kawen, so tak kesah sangat. Err. Sampai sekarang kesan saket maseh ada sebenarnya. Walaupun luka tu dah kering, tapi sengal-sengalnya maseh ada. Yang pasti, bila solat, aku maseh belum boleh sujud dengan sempurna.

Masa first day jatuh tu, aku dengan confident nak solat duduk atas kerusi. Sebab cubaan pertama solat memang aku failed bila nak sujud and nak bangun berdiri semula. Saket kesan luka, juga saket sebab urat or sendi lutut yang dah lari agaknya. Tapi, Suami kata Mana boleh, sebab Liyaa maseh mampu berdiri. Ohh, ya? Sengal juga aku ni, aku fikir. Aku fikir semula, solat duduk tu untuk orang yang tak mampu berdiri kan? Err tapi memang tak boleh ke? Macam mana dengan orang yang luka bahagian lutut or saket bila hendak membengkokkan lutut macam aku?

Moralnya, ada dua. Pertama, bila-bila masa dan di mana-mana, tak payah nak budget vouge sangat ya. Aku sebenarnya tak budget vouge pun masa tu. Saje nak bagi pengajaran kat kau orang semua. Ceh. Err, sumpah! Cuma, perangai clumsy tu, memang aku. Kedua, lepas jatuh, sila lakonkan muka saket dan innocent walaupun kalian tak berasa saket untuk mendapat rasa simpati orang yang menonton. Itu pun kalau bernaseb baek. Kalau tak, tetap kena gelak juga. Kan? Ceh. Sebok-sebok nak nasehat orang. Padahal aku yang banyak kali dah alami Kenangan Terindah macam ni. -__-


Love & Sincere,
 

54 comments:

  1. Replies
    1. Silakan duduk. Nombor anda akan dipanggil sebentar lagi. Harap sabar menunggu.

      Delete
    2. first..First H tak kira sbb eja salah..kahkahkah..

      Delete
    3. Walaweh...Malu beb...Kahkahkah...
      Aku punya tag line...
      "sakit boleh tahan, malu tak boleh tahan.."
      Nasib baik time aku accident aku koma terus..tak sempat nak rasa malu...hahaha...

      Delete
    4. haha.. lawak lak baca komen syida pasal first H. Lol.

      Delete
    5. Siap ada tagline ya, Sida? Dasyat r. Haha! Aku pun malu takleh tahan gak, tp dah biasa dah jadik benda2 memalukan ni. Taktau r, dah mmg sebati dlm diri. Terima je r. Ahaha!

      Koma lebih bernaseb baek drpd malu ek?

      Delete
    6. Aku cuba nak bayangkan muka innocent kau waktu tu..tapi gagao* (typo sida-sida)..

      Aku cuma boleh bayangkan muka innocent sida-sida time abg dia bgtau kencing tu membatalkan puasa..itu jer..kahkahkah

      Delete
    7. Yg tu terlebih innocent dah H. Kena kencing ngan abg sendiri. Tak pepasal. Err aku taktau nak definisikan muka aku tu muka apa. Muka innocent + blur + tahan malu + tahan saket. So, resultnya?

      Delete
  2. ko patutnya masa jatuh tu terus guling2 skali..nampak dramatik sikit biar la luka sikit pon..janji aksi tu gempak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau memang sengaja kan nak dera aku kan? Kan? Hmphhh *Jeling tajam*

      Delete
    2. kalau aku ada masa ko jatuh dari bas tu mesti aku takleh tahan gelak..serius..dah gelak2 tu baru tolong..

      Delete
    3. Ahaha! Sbb tu aku cakap, aku dah lama anggap kau kwn. Cuma kdg2 aku akan anggap kau musuh. Sebab, aku dah agak kau jenis kwn yg takleh tgk kwn jatuh. Konfem tukang gelak nombo 1!

      Takyah tolong pun takpe. Grrrr~

      Delete
    4. tetibe aku bygkn ape yg bundle tulis., wakaka jatoh tros buat guling2 XD

      Delete
    5. Takyah bayangkan lebih2, Chuu. Kejadah aku da jatuh pastu nak wat aksi akrobatik lak kan? :-w

      Delete
    6. haha..dramatik sangat kot jatuh guling2. pastu bangun buat2 pengsan pula....cun!! hehe

      Delete
    7. Okeyyy! Aien buat dulu ya? Kasi contoh :))

      Delete
  3. hahaa.. kalo sy pn, sy buat muka sakit2 sgt.. n mmg rasa malu lebih mngatasi sakit tu.. tp demi tuk cover malu, buat2 sakit r.. org pn kalo nk gelak, dorg trpksa gelak dlm hati jelah..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan? Kalau spesis yg tak bape kejam, dorang gelak dalam hati je r. Tp spesis yg kejam, kat situ gak dea gelak tanpa perasaan kan? If kena camtu, redha je r. Ahaha!

      Delete
  4. Rasanya sy pernah jumpa 2 kejadian serupa. 1st ilh pmasa majlis penyampain hadiah. Budak pompuan ni pelajar terbaik rasa dan dia bergerak turun pentas lalu kedebab!! jatuh. Takde yg ketawa sebab dia pengsan. Dari sumber yang boleh dipercaya, dia berpura2 pengsan sebenarnya. Cover malu kot.
    2nd ilh kwn sy sndr yakni seorang lelaki. masa tu kami nak ikut shortcut keluar gate skolah- thru parit. So masa dia jatuh tu, betul2 kat jambatan. jadi dia serupa monyet memeluk btng pokok kelapa. Serius! sy ketawa sampai ke pintu bas. Haha.. skrg pun ketawa. Haha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Apple, tumpang gelak untuk 2 kejadian tu. Lawak gila! Yg sorg pura2 pengsan! Tu lg dasyat. Dah tentu2 jatuh depan ramai org, betul2 kat pentas lak tu. Konfem ramai saksi. Bijak tul lakonan dea. Membe Apple lak, dah serupa monyet peluk batang pokok kelapa? Aku imagine ni. Rasa if ada kat situ mmg takleh nak tahan gelak. Ahaha!

      Delete
    2. Yup. Dia pemenang pd ahri tu tp terpaksa cover. sumber tu ilh kakak sy. haha.. Kawan dia yang jatuh tu. Lol.
      Haha.. percayalah liyaa.. mmg lawak. Kesian mmg ada gak, tapi rasa nak ketawa tu lebih tinggi. Haha..

      Delete
    3. Kesian mmg ada gak, tp rasa nak ketawa tu lebih tinggi? Jahat gila ayat kau Apple. Kahkah! :D

      Delete
  5. hahaha..kesian sis..tapi memang malu pun kalau tiba2 blh jatuh kat public, adoi, pernah jugak masa diploma kat perak dulu jatuh kat depan cafe, tergelincir tersembam, masa tu nak angkat muka memang tak ah, haha
    masa kat shah alam ni pulak kat cafe jugak dua kali almost nak tergelincir, nasib baik sempat paut pinggang orang kat depan, dan nasib baik pulak budak tu berdiri statik kat tepi meja dan tak pegang pape, kalau tak mahu dengan air atau makanan kat tangan terpelanting sekali, hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha! Bila dah tersembam & taknak angkat muka tu then apa jadik? Adeh, lg kesian sbb tersembam. Konfem muka yg saket -__-

      Sama je kita byk kenangan jatuh kan? Clumsy betul. Ahaha! Err sis kalau bab tergelincir or terpelecok nak jatuh tu jgn ckp r. Mmg byk kali dah. Yg selamat byk kali, yg tak selamat byk kali gak. Ntah r nape. Kaki ni tak balance kut :P

      Delete
  6. kesiannya kak liya...
    dulu saya pernah juga jatuh dari tangga depan kawan2 semua sbb tak nampak..
    oleh sebab saya memang dah terbiasa kalau sakit mesti akan ketawa, jadi saya ketawa, tapi kawan2 pulak panik diorg sikit pun tak ada rasa nak ketawa...
    hihi, terbalik pula reaction kita...:)

    tapi, best tak pergi kelas make up tu? hehe..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best jadik cam Sis M. Takde nak malu2 dah. Jatuh terus gelak je. Tp akak takleh r nak wat camtu. Malu takleh nak cover. If gelak, ntah2 campo nanges sbb malu nnt. So better belakon je pura2 saket mintak simpati :P

      Kelas make up tu biasa2 je tak sbgmana yg dijangka. Mgkin atas faktor mood terganggu sbb jatuh tu, or sbb yg ajar sumenye tak tulen, or sbb kelas tu free je, so takde r dorg bg ilmu byk sgt. Lgpun dea cuma ajar daily make up. So, cuma bnd basic yg rasanya akak pun dah terer :P

      Delete
  7. pedih la klo time solat luka2 cmtu..mcm pernah terkena je luka2 cmtu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan kan? Lutut mmg takleh nak jejak lantai. & bila nak bangun semula pun mmg susah, saket gila gak r! Senget2 badan jadinya. Ahaha! :D

      Delete
  8. kalau ini macam sakit malu lagi terasa dari sakit jatuh. haha. kalau terjatuh depan orang ramai malunya toksah cakap lerrr..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg depan org ramai Aien. Salu gak r jadik benda camni. Apsal ntah? Terkena sumpahan kut. Erk!

      Delete
  9. aku salu ngan tangga.. aku bermusuh betul ngan tangga.. adegan camtu ade gak berlaku kat aku.. macam ko wat ar.. cover malu.. kehkeh.. tp sejak kawen belum lg jadi.. coz bodyguard selalu pantau. mintak2 xkan terjadi lagi.. apatah lagi aku kini berbadan dua.
    ceh! macam karangan pulak dah ayat aku..
    doa2 aku x clumsy cam ko makcik.. takuttt... dulu aku penah jatuh sampai pitam woo... dekat 5 minit aku pitam.. dah la subuh2 pagi.. xde orang.. jadi suster ngesot aku tym tu.. ngesot2 pegi kat lift.. kenangan terindah betol.. hehew..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Lagik kenangan terindah kau ni Mell. Dah jatuh siap jadik suster ngesot lagik. Kahkah! Sengal betul.

      Jaga baby kau bebaek Mell. Turun tangga tu bebaek sket. Rezeki jgn ditolak musuh jangan dicari. Tetiba ^^

      Delete
  10. kehkeh rasa malu lebih mengatasi rasa sakit tu hahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Of course r Wanieys! Lgpun saket tu cedera jatuh je pun, bkn parah sgt. So malu tu lg lebih r :P

      Delete
  11. aku slalu dapat kenangan terindah tak kira kat mane aku berada...

    kenangan yang paling suwid yg mampu aku ingat , taon lepas.
    masa tu aku baru lepas balik dari kelas malam. aku nie memang banyak cakap.. pot pet pot pet macam trompet.. sampai kat satu simpang nie.. aku maseh asyik dengan cerita aku.. pot pett...
    tanpa ku sedari ada longkang membunuh kat depan tu. acano le aku boleh tak pasan. bengong ahh.. memang best wot wot landing sebelah kaki dalam longkang tu haa.. nasib xde air..

    membe aku pelik nape aku tibe-2 senyap.. bila tengok belakang, aku sedang merenung tapak tangan aku dengan sebelah kaki dalam longkang. best! tangan aku pulak mendarat dalam lumpur. eh ke selut ? lantak laa. aku terkebil-kebil dalam kegelapan.. sakit tau tak..! hahaha

    last-2, membe aku bawak aku pegi basuh tangan, kaki sume tuu.. aku siap meraung-2 lagi.. "wrghh! tangan kotor.. kaki kotor!!"
    mase tu tak pikir pon malu. aku memang muka tembok..

    -payeh-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ish2 kalut tul kau kan Payeh? Haha!

      Sbnanye aku pun penah je terjebak ngan insiden jatuh longkang camtu. Masa tu waktu orientasi masa aku studi. Sume ngah jalan sebaris waktu malam, tetiba aku leh tak nampak de longkang. Fuhh! Imagine je r sendiri apa yg berlaku pastu. Ahaha!

      Kau muka tembok? Tembok bata ke tembok konkrit? :P

      Delete
    2. kalut ? ye la kot.. aku ni cuai actually.. dah 4 tahun longkang tu elok je kat situ.. aku yang bengong pegi jatuh dlm tu..

      mesti diorang pelik nape dalam barisan ilang sorang student..
      "oii !! tolong! aku dalam longkang nie ! tolong "
      kehkehkeh

      tembok konkrit.. tahan lama dan berkualiti..

      yang aku blaja, kalo sakit macam ko alami tu , dibolehkan solat duduk sebab nak sujud pon susah.. islam kan nak memudahkan umatnya.. thats why ade rukhsah solat.. boleh solat sambil duduk..

      actually aku nie dah lambat bagi xplanation.. kehkehkeh

      Delete
    3. Nanti aku suh org alihkan longkang tu tempat laen ya, Payeh! Ahaha! Now luka aku da baek. Jwpn kau tu aku wat sbg info utk akan dtg ya. Tq! :D

      Delete
  12. makcik. <--sukati panggil org makcik. yela dah kawin kan, hahah. macam gini. kalau luka dekat lutut. makcik. err. cam tak sedap plak panggil makcik. akak lah. haha akak bole solat duduk kerana khuatir solat tidak khusyuk dan juga mendatangkan kemudharatan.

    kita solat dlm keadaan sihat pun susah nak khusyuk, inikan pulak mase solat siap nak tahan sakit bagai. tak bole tu. sila inform encik asben ye akak.

    kalau bole berdiri tapi lutut sakit, still boleh solat duduk. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu..contoh kalo jatuh moto dan lutut luka, then akan rasa sakit time sujud..RE aku aritu jatuh moto..2-3 hari gak la dia solat duduk..

      Delete
    2. Owh, camtu ey? Pas asben ckp tu dea pun cam sure tak sure pastu kata nak tlg carikan info utk surekan tp sampai luka ni da baek takde jwpn. Ahaha! Dea lupa letteww :P

      Tuhari aku solat je cam biasa dgn pergerakan yg tak bape sempurna. Sbb asben ckp wat yg termampu. Err tp akui, mmg tak khusyuk. & akui gak, tyme sehat pun jarang khusyuk. Heeee. Tq ya Abi!

      Delete
    3. H. Okey, baekk! Tenkiyu. Luka aku dah baek dah pun :D

      Delete
    4. Sama2 kaseh. Err tetiba ^^

      Delete
  13. kalau jatuh tu kenangan terindah.. meh r aku jatuhkan 2,3 kali lagi =P tu r nak catwalk tak kne tempat.. kan dah tersungkur dah.. ish ish lain kali kne ati2 sikit.. <-- aku nasihat orang memang pandai =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh tak sengaja tu agak terindah gak. Tp jatuh sbb khianat especially sbb kau orgnya yg khianat tu mmg takkan aku benarkan sama sekali benda tu terjadi. Ahaha!

      Kena tmp r tu aku catwalk. Depan public. Kira okey r drpd kau nak karaoke dlm bathroom pastu jatuh kan? Betul2, kau nasehat org mmg pandai. Ahaha! :D

      Delete
  14. hahah aku sgt takut kalau berjalan dan ada feeling mcm nak jatuh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama r. Macam fobia. Sbb aku mmg jenis kdg2 clumsy. Kalau malang, jatuh terus. Kdg2 je selamat, tp kaki tetap terkehel juga. Dem! :P

      Delete
  15. aduhhh....sgt terindah kenangan jatuh tu..jatuh xsengaja xpe la nak buat cnmr, kita pun bukan minta nk jatuh..ishhh.....kalu jatuh xde cedera /luka2 xpe la...tkot bkn je jatuh tp ditimpa raksasa..xmo la...xpasai berbalut seminggu..eheheh...

    next time hati2 yea...hehehe....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jatuh ditimpa raksasa? Len macam bunyiknya? Tamo r balut2 ni. Wat takut je. Hehe. Okeyyy, baek! Next tyme akan hati2. Tq! :D

      Delete
  16. Ahahahaha kalau kita yang jatuh kawan2 kita semua mesti ketawakan dulu baru tolong -.- itu barulah kawan sejati. Ahahah lol *kita pun 2x5*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ahaha! 2x5 ya? What you give, you get back r camtu :P

      Delete
  17. alaaaa. kesiann. mesti malu kn. klo yuyu ade, mesti yuyu dh tlg. kihkih. tapi klo yuyu yg kena, mesti dh nangesss. huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yuyu baek cakap betul2, jangan tipu. Kalau Yuyu ada, Yuyu tolong angkat ke Yuyu tolong gelak? Haha!

      Delete

Shout Your Quotes