13 Jul 2012

Mix of Colors


Dear my Lovepediary,

Kalau Ym.Bundle ada Men's Restroom dan Ladies Restroom, Chuu Muqhlis ada Kachak dan Gorjes, Fiksyida pula ada Rakan Subahat. Kalau Apple ada Blog-Blog Kengkawan, Kay Are ada Chocolate, Vanilla, Cappuccino, Mocha dan Latte, Aien Alien pula ada Jejaka Bukan Alien, Gadis Bukan Alien dan Singgah Selalu.  

Kalau mereka ada itu semua, aku pun ingin juga. Menyenaraikan blog-blog yang aku selalu baca, tak kira sama ada kerna aku dah biasa baca, atau kerna aku suka akan isi ceritanya, atau aku mahu tahu isi cerita kawan-kawan reality aku. Ini semua lebih kepada untuk mudahkan diri aku sendiri untuk mencari kalian semua.

Aku memilih tiga warna yang aku kira agak bertepatan dengan senarai ahlinya. Violet, Turquoise dan Fuchsia untuk mewakili kalian semua. Bloglist Violet mewakili blogger kawan-kawan reality yang aku kenal sejak dulu lagi. Dua daripadanya aku dah kenal daripada mereka baby lagi, dan mereka adalah adek-adek aku sendiri. 

 Violet, Turquoise and Fuchsia

Bloglist Turquoise mewakili blogger-blogger lelaki dan Bloglist Fuchsia mewakili blogger-blogger  perempuan. Kedua-dua warna ini adalah kawan-kawan blogger yang mendapat pengiktirafan daripada aku untuk aku letakkan dalam senarai yang insyaallah aku akan baca setiap updatenya. Ya, aku baca, walaupun sekadar sebagai silent reader.

Tentang bloglists ini, kebanyakan daripadanya already tahu akan kewujudan aku dalam dunia blog mereka. Cuma segelintir sahaja yang mungkin tidak tahu menahu bahawa aku pernah datang dan baca penulisan mereka. Kebanyakannya biasa datang ke sini juga, mungkin ada sesetengah sahaja yang kurang biasa atau tidak pernah sama sekali datang ke sini.

Dalam memilih senarai ini, tiada sebarang paksaan, ugutan, desakan, segmen atau kaunter registration. Cuma sedikit sindiran pernah dikenalpasti dan dijejaki di suatu tempat laen yang mengatakan "Kena bayar kut kalau nak masuk bloglist Liyaa tu" dan "Mohon Liyaa bagi quotation". Hampeh. Bahan aku kat belakang aku ya? Grrr. Aku tak rajen nak buat je lah.

Namun begitu, bukan kerna sindiran-sindiran sebegitu menyebabkan wujudnya bloglists ini ya. Bukan juga untuk mendapat balasan kembali blog ini turut di-senarai-pendek dalam mana-mana bloglists kalian. Malahan, most of yang dalam senarai tu dah lama pun masukkan aku dalam bloglist. Layak juga blog aku ni. Alang-alang, thanks a lot kepada mereka. 

Yang tak ada, tak perlu terasa apa-apa. Blog ni bukannya ramai pembaca. Senarai tu sekadar untuk mudahkan aku saja. Tak layak rasanya untuk kata aku bantu tambahkan trafik mereka. Blog dia orang lebih ramai pembaca, lebih hebat penulisannya. Blog kerdil aku ni, apa sangatlah adanya. Sekarang kenapa aku menulis semacam Encik H pula? Err

Di kesempatan ini juga, terima kaseh tak terhingga untuk yang support this blog sejak dulu sampai sekarang. Sejak aku belum pandai berblogging sampai sekarang belum pandai-pandai lagi. Sejak aku tak pandai menulis sampai sekarang penulisan aku macam tu juga. Sejak blog ni belum ada sesiapa sampai sekarang aku dah ada kau orang semua.

Kalian ibarat warna. Kalian yang dalam dunia reality mungkin tidak sengaja aku terjumpa. Kita bermesra. Mencorak hari-hari aku dengan tulisan-tulisan kalian yang aku baca. Datang ke sini pula menambah seni warna dalam setiap aku punya cerita. Sebab itulah kalian aku namakan dengan nama warna. Again, terima kaseh kerana mewarna-warnikan blog ini.

Di mana? Scroll sampai jumpa. Terima kaseh semua.

Love & Sincere,
 

41 comments:

  1. hoh..sempat jugak nak dapat 1st!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau akan terima warning alarm ke bila setiap org update?

      Delete
    2. haaaa..aku nak komen tadi tapi kawan aku ajak pi makan pulak..kesimpulannya, aku rasa kecik hati sebab aku tak ada apa2..:|

      Delete
    3. Apanya yg kau takde kewujudan? Maksudnya kau takde bloglist dlm blog kau? Kau kan penulis misteri. Mana bleh ada bloglist :P

      Sekecik mana hati kau tu? :|

      Delete
    4. kewujukan << refer perenggan ke-5...:))

      Delete
    5. Erkkk! Typooooo. Betulkan sekarang jugak. Terima kaseh check tatabahasa aku dengan ejaan sekali :P

      Delete
    6. H ada gadet misteri tuk cek ejaan. nanti nak buat thesis, cari H tuk cek kan. Haha..

      Delete
  2. aku mcam tau je sapa yang wat sindiran tu..wakakakka..
    mohon admin emailkan quotation..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu r. Org tu mmg suka carik gaduh ngan aku pun. Grrr~

      Delete
  3. fuchsia tu asal cam pink jer?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err dea sebenarnya cam kaler pink2 purple. Tak jadi ke tu? Hehe.

      Delete
  4. tengok tajuk ingat citer pasal kaler baju raya lagi...kan tak jadi turquoise...hehe


    #terima kasih sudi sumbat kita dalam fuchsia.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Skali cukup r cite psl baju raya. Byk2 kali kang ramai lak yg rasa cam nak lempang :P

      Eh, sama2 Aien :D

      Delete
  5. huhu..... life of colorful
    i wonder mine..!

    ReplyDelete
    Replies
    1. You know you have yours without you realizing it. Don't deny. Cuz everyone deserve that.

      :D

      Delete
  6. yeah im in! somtimes aku pegi blog org lain melalui bloglist pada blog org.. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku selalu wat camtu. Yg plg aku selalu guna adalah bloglist Bundle. Wakaka! :D

      Delete
    2. sebab tu la blog dia jadi markas kan., hahaha. sume jmpe kat sane termasuklah blog ko ni ><

      Delete
    3. Dulu kau penah tanye kan aku takde bloglist cane aku gi blog org? So, tu r jawapannya :P

      Tu r. Aku wajib gi blog Bundle, pastu byk blog2 len yg aku nak gi dah ade link kat situ. Kehkeh! Tp tak sume ade. So tepaksa r aku wat list sendiri :|

      Delete
    4. eh eh., bg aku ucap time kaseh jugak!
      time kaseh bundle :) *moooo~*
      kehkehkeh

      Delete
    5. Happy anniversary, Bundle! Tetiba ^^

      Delete
    6. Hi Bundle, nice to meet you...:|

      Delete
    7. Rasanya bro ym.bundle, Sis Ai dan H yang banyak promote blog saya. Saya cek thru backlinking. Lol. Skrg Liyaa pun tersenarai.. terimakasih. haha.. Dan mmg saya bnyk jumpa kawan blog kat blog ym.bundle <-- mc gila bercakap lak. Lol.

      Delete
  7. Replies
    1. Kau laki ke pompuan? Err mana leh pilih2 :P

      Delete
  8. wah,, fuchsia is kinda pink la liyaa !

    jika diberi pilihan , aku nak turqoise.. tapi aku perempuan :-)

    thank u . ekekeke.. ade jugak nama aku ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye r. Kinda pink r aku wat tu kan? Tul r tu kan? Hehe. Takde2, takde pilih2. Penat dah aku pikir nak letak nama apa. So, sume keputusan dalam tangan aku :P

      Okeyy! Sama2 Payeh :D

      Delete
  9. yg komen2 sini, majoriti yg ceq dh kenai. kenai di alam maya. kehkeh. ce ajr cena nk buat. ceq x reti.. hehe. *liyaa, haiiii. :) dah kwen ka? selamat pengantin naaaa. :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Inilah seadanya yang sudi baca blog ni Yuyu. Tak ada sesiapa pun blog ni. Hehe. Lama dah kawen, baru nak ucap? Ohh, lupa kita baru kenal. Haha!

      Delete
  10. suma kaler feverettttttt :) hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Yeke? Err siap google ni nak carik mix color pelik2. Konon r kan :P

      Delete
  11. aku xbuat lagi.. kehkeh.. aku bab memilih belog mana.. x reti derr..

    tp aku suke name aku lam bloglist org.. wakakaka...

    si mumy fuchsia,
    -mell-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ntah. Aku letak je mana blog yg aku suka baca & blog kawan2. Sng nak tau update & sng nak dtg. Haha!

      Delete
  12. Liyaa.. Bloglist saya amat tercemar dgn blog yang saya tak suka dan suka juga. Lol. Jika liyaa konon2 nak cari kawan dari blog Apple, sila cari kat ruangan "Berbaloi untuk follow". <--konon2 je k. haha..
    Tapi post liyaa kali ni agak "ringan". boleh bayangkan maksud sy? Lol.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, nampak juga macam ada 2 list yg bermakna utk Apple. Cehh, bermakna lah sgt kan? :P Tp sbb entry ni mmg nak cite psl bloglist, so aku amek gak contoh bloglist Apple, & bukannya top commentators Apple yg "Berbaloi Untuk Follow" yg konon2 je tu key? Haha!

      Paham ringan tu. Tp tu maksud baek or buruk? Err tengah blaja2 buat entry ringan2 siket ni Apple. Hehe

      Delete
  13. fuchsia tu aku tak pernah r pulak tau ade warna name camtu... kire dapat knowledge baru ni.. ape pun, time kasih r letak aku kat dalam salah satu kaler tu ye =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun baru je jumpa color tu pas aku google. Gila semangat aku siap gugel! Ahaha! Ehh, sama2. Cam yg kau biasa cakap, takde efek pun :P

      Delete

Shout Your Quotes