16 Jul 2012

Should I Feel Guilty?


Dear my Lovepediary, 

Semalam, aku baru je selesai baca sebuah novel yang aku mula baca beberapa hari lepas. Selesai baca, aku rasa tergerak untuk menulis sesuatu di sini. As usual, watak dalam novel biasanya agak terlalu sempurna. Perempuannya mesti cantek, atau sekurang-kurangnya comel. Kalau tidak pun, mesti dikatakan manis. Lelaki mesti kacak, bonus lagi bila dea kaya, bonus berganda dua bila lelaki itu berketurunan kerabat rupanya. Hmmm. Tapi takpe, aku ignore je.

Perkara macam tu dah biasa. Muak tak muak aku baca juga. Kebosanan dengan watak yang dicipta aku tolak tepi dan pejamkan mata je. Sebab pada aku, yang penting jalan ceritanya. Back to cerita yang aku baca. Separuh pertama cerita, agak lawak juga. Sampai separuh kedua, jalan cerita mula dah tak seseronok mula-mula. Aku dah sedikit bosan juga. Tapi aku teruskan baca sebab mahu tahu jalan cerita seluruhnya. Padahal waktu tu aku dah dapat jangka apa endingnya. 

Unfortunately, closer to the end, aku rasa fed up dan terus baca ke muka surat terakhirnya je. Endingnya, tepat macam yang aku jangka, juga tak se-sweet mana. Aku tak rasa rugi pun sebab skip beberapa puluh muka surat yang aku tak baca. Aku lebih rasa rugi buang masa baca separuh kedua novel itu yang tak se-best mana. Sedikit kecewa. Novel tu aku beli, tapi aku tak enjoy baca keseluruhan cerita. Biasanya, tak best macam mana pun, aku tetap baca.

Aku tak tahu kalau ada yang menggangu mood aku waktu tu. Aku rasa biasa-biasa je. Biasanya, dah dapat jangka ending pun aku tetap baca. Tapi tidak buat kali ni. Kecewa betul aku. On final part, penulis macam syok sendiri, cerita mula meleret. Banyak yang tak penting. Actually, banyak yang aku tak puas hati, tapi aku cuba positif. Klimaksnya, rasa kecewa gila bila aku fed up untuk baca keseluruhannya. Agak curious juga apa yang penulis rasa dan lalui masa menyudahkan cerita tu. Sorry to say, semacam dah kehilangan idea, tapi cuba buat sesuatu yang agak sia-sia.

(BUKAN NOVEL YANG DICERITAKAN DI ATAS)
Ini contoh novel yang aku suka baca. 
897 muka surat dan aku baca kesemuanya.

Then aku terfikir, kita semua menulis blog dengan macam-macam cerita. Ramai biasanya kata, blog aku sukahatilah aku nak tulis apa.  Kita mungkin bukan penulis professional. Tapi sejauh mana kita sensitif dengan kemahuan dan kegemaran pembaca? Dengar macam remeh. Tapi alangkah bagusnya kalau kita dapat memberi sesuatu untuk mereka yang sudi baca ilham kita. At least, sebagai tanda penghargaan, mungkin? If kita ada rasa tanggung jawab, kita tak akan biar pembaca kita baca perkara sia-sia. Err. Cehh, bunyinya macam serius gila.

Aku bukan hendak sentuh dalam-dalam tentang sia-sia. Maksud aku, pembacaan yang tak sia-sia sekurang-kurangnya dapat bantu pembaca release their tension. Pembaca suka apa yang kita tulis. Sekurang-kurangnya pembaca tidak kecewa dengan apa yang mereka cuba baca. Then aku terfikir lagi, bila ada orang yang bosan baca cerita aku, Should I feel guilty? Membaca blog mungkin percuma untuk siapa saja. Tapi tanpa sedar kita meminjam masa dan emosi mereka. So, if hasil tulisan kita buat orang rasa buang masa je baca, Shouldn't we feel guilty?

Memang setiap orang ada minatnya tersendiri, setiap tulisan ada yang suka ada yang tidak. Memang kita menulis tak pernah paksa siapa-siapa untuk baca. Tapi bila sesiapa saja visit buat pertama kali, kita juadahkan pula dengan tulisan yang membosankan, Should we feel guilty? Apa lagi kalau orang yang dah menjadi kawan, yang baca tulisan kita lebih daripada berkali-kali, mereka terpaksa pula baca sesuatu yang tak menarek minat mereka, Shouldn't I feel guilty?

Aku tak hendak tahu pandangan sesiapa tentang tulisan aku sendiri waktu ni. Sebab aku takut untuk mengetahuinya. Mungkin benar kritikan boleh membawa kita lebih jauh ke depan. Tapi berilah aku masa untuk perbaikinya sendiri. Mungkin benar tanpa kritikan, aku tak akan pernah tahu di mana patut aku baiki, tapi berilah aku masa. Aku harap, from tyme to tyme, aku dapat cuba perbaiki mana-mana cacat cela. Agar aku tak akan berikan bahan baca yang sia-sia.


Love & Sincere, 

65 comments:

  1. Replies
    1. walaupun kau taknak tahu, tapi aku tetap nak taip jugak..aku rasa aku tak bosan nak baca cerita dlm blog kawan2..tapi dlm masa yg sama, aku xde la nak letak expectation yg tggi bila baca..means, mula2 aku still akan baca..kalau aku nak komen, aku komen..kalau tak rasa nak komen, aku diam jer..

      aku rasa tiap2 org pun takkan dapat tulis something yg seronok pada setiap masa..kdg2 kau mungkin tulis something yg tak ada apa2, just sebab itu yg kau tengah rasa..so x patut kot kau rasa menyesal kalau2 apa yg kau tulis tu x menepati kriteria dan kehendak kitorg2 yg baca..

      Delete
    2. Saya setuju sngt dgn statement H "aku rasa tiap2 org pun takkan dapat tulis something yg seronok pada setiap masa".

      Delete
    3. Err sebenarnya aku tak pernah rasa macam ni. Tp novel tu punya pasal buat aku rasa macam ni. & after post entry ni aku agak menyesal gak sbb mengkritik novel tu tak semena-mena. Penat2 je org tu tulis kan? Huuu~

      Err thanks komen kau agak menyenangkan hati aku jugak r. Haha!

      Delete
    4. First!! hahaha...aku setuju dengan H 200%..aku tak bosan jugak nak baca belog kawan2 even mcm entri liyaa yg panjang, entri H yang susah nak paham..kahkahkah...

      Delete
    5. Even kau kata tak bosan, sempat lg kau komplen ye Sida? Haha!

      Delete
  2. aku ade jugak terfikir mcm ni., mcm kau penah ckp dulu., mula2 buat blog kita x jngka ade pembaca., smpai satu tahap bila ada pembaca yg follow hsil tulisan kita rasa mcm ptut provide bnde yg lebih bermakna. tp kdg2 aku rasa tak salah kalau nk menulis things yg personal. sebab tu blog aku serupa rojak hihi.

    oh ya., untuk soalan kau tu, aku rasa tak perlu kot utk rasa bersalah :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. At least, tak membosankan. Aku rasa bila org seronok baca entry kita pun dah kira bermakna r tu, tak semestinya memberi info :D

      Bab personal tu, kalau aku rasa bersalah, aku dah lama tutup blog. Haha! Aku suka baca blog personal. Pd aku, personal is okey cuma jgn membosankan. So tu r cabarannya kan? Cheh :P

      Delete
    2. yup., dalam masa yg sama kita pun akan rasa hepi bila dpt respon positif dr pembaca., :D

      Delete
    3. Ehh, memang happy r. Tu yg aku nak baiki lagi apa2 cacat cela dlm entry aku :D

      Delete
  3. tak perlu kot rasa bersalah jika orang tak dapat pape liyaa. Bagi sy, bila saya baca sesuatu yang santai macam gosip, saya tak menjangkakan saya mendapat faedah dari segi ilmu pengetahuan. Tapi saya baca gak sbb nak ringankan otak.

    saya selalu komen namun tidak semua tempat sbb kdg2 bila blog tersebut bersifat personal "saya cintakan awak kanda", saya sebagai pembaca tak tahu nak komen apa, jadi sy biasa abaikan. Jika ada informasi yg cuba disampaikan, saya akan memberi komen untuk menunjukkan "usahamu tidak sia2". Sebab tu, saya prefer komen yang panjang. Lol.

    Sy gak ada mencuba menulis novel namun terhenti apabila saya semakin tenggelam dengan penyakit "syok sendiri". Huhu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab tu jugak aku x berani nak menulis novel..takut meleret2 dan buat orang bosan..lebih teruk, buat orang sakit hati..hehe

      Delete
    2. Apple, as aku mentioned, aku tak mengharapkan yg blog tu perlu beri knowledge utk dikategori tak sia2. Cuma at least, tak kecewakan pembaca. Itu yg aku takut.

      Err aku rasa aku macam dah salah menulis je kat atas tu. Kritikan aku pd novel tu macam dah melemahkan semangat korang je. So, kat situ dah contoh aku kecewakan pembaca kut. Automatic rasa bersalah. Hwaaaaaaaa! :((

      Delete
    3. Kalau aku boleh betulkan semula ayat aku dalam entry. Hmm aku tak patut kut kritik novel tu. Patutnya aku hargai apa hasil usaha dea & patutnya beri peluang pd dea macam peluang yg aku rayu pd perenggan akhir :(

      Delete
    4. Haishhh..kau ni..kau sendiri kata yg kritikan boleh bawa kita jauh ke depan..lagipun kau x mention pun novel apa yg kau baca tu kan..:D

      Jangan risau, kalau betul aku nak tulis novel, aku takkan stop tengah2 jalan..takut kena langgar..so aku akan play safe and cuba taip something yg aku sendiri suka baca..

      Part of 'suka baca' tu ialah syok sendiri..tapi aku fikir, harus aku taip something yg aku suka baca..sebab kalau aku sendiri tak suka, aku tak nampak point utk org lain nak suka..:)

      Delete
    5. Aku taktau kenapa aku jadik lalang sgt mlm ni. Kahkah! Mmg aku tak mention, tp still aku rasa cam tak patut. Kalau aku r penulisnya, aku sedih nak terima. Haha!

      Erm syok sendiri sometymes positive sometymes negative. Tu je aku bleh kata. Syok sendiri jgn over limit kut. KALAU aku nak tulis novel pun, aku akan cuba jadi sepositif kau, H! Haha :D

      Delete
  4. aku tak penah memuaskan hati pembace aku kak, haha. feel guilty.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Terus feel guilty sebab baca entry ni ek? Ahaha! Aku lak yg sebe salah skang ni :P

      Delete
  5. bcela novel ramlee awang murshid. len dr yg len !!! ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Owh, yeke? Tak pernah lagi baca. Insyaallah nanti cari. Tq 4 sharing! :D

      Delete
    2. Yg ni pun aku sokong..Kompem ko puas hati baca novel ramlee awang murshid..think out of the box kata penjajah..hahaha..

      Delete
    3. Yaa, baeklahh! Nanti aku cari ya! :D

      Delete
  6. err.. aku xtau ape yg org harapkan dr belog aku.. aku menulis bila jari berbicara.. kehkeh..

    # dulu salu terkena beli novel xbest mana.. erk.. aku jeles xdapat baca lg novel yg ko tepek gamba tu.. pinjammmm...
    now aku suke bace novel acik lana.. ngeh2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kita taktau apa yg org harap, tp aku rasa kita yg kena mencari apa bahan menarek yg kita nak share dgn pembaca kut, Mell :D

      Nak pinjam ke Mell? Boleh2. Err tp macam mana? Kalau kau jadi jiran aku skang gak aku bagi. Haha! Novel Acik Lana tu best ek?

      Delete
  7. kalau orang lain tak berani kritik..takpe, sebab aku boleh tolong kritik..ekekeke..

    bagus makcik..ko memang kena ada rasa bersalah sebab ko dah ramai pembaca..dari situ la ko akan cuba hasilkan sesuatu yang baik sebab taknak orang rasa bosan ngan penulisan ko..cuba letakkan diri ko sebagai reader..kalau boleh jgn terlalu syok sendiri walaupon tu hak ko dan blog ko..

    setiap kali aku tulis pon aku pikirkan benda tu..ada ke orang nak baca?tak bosan ke?sebab aku memang nak ada orang baca dan komen..aku taknak entri aku sunyi sepi je..tapi kalau ko taknak benda tu takpa..privatekan terus..setel masalah,tak payah tau apa reaksi pembaca..ekekeke...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err tq Pakcik atas komen kau yg jujur tapi agak pedas. Ahaha! Aku harap kau kekal kental menahan stress macam dulu2 ya. Kau jgn risau Pakcik. Kesedaran & rasa bersalah tu aku mmg dah ada. Tp nak baiki tu aku tak berani nak janji amek masa bape lama. Ahaha! Biar. Aku mmg sengaja nak dera kau :P

      Delete
  8. adakah rasa bersalah membiarkan pembaca kita membaca hasil penulisan/pentaipan yang ntah apa2 merupakan salah satu tanggungjawab sosial sebagai blogger?


    tapi tapi...kadang ada yang kita tulis A rasa tak best tapi B kata best C pula kata biasa-biasa. lain orang lain penerimaannyakan....kalau takut dikritik sama macam kalau takut dilambung ombak perumpamaannya. play safe bak kata H sudah.


    #buat terfikir tentang tulisan sendiri...hmmmm

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tanggungjawab sosial tu tak pasti r, Aien. Nak kena rujuk org yg lebih arif tu. Tp kalau difikir2kan, macam ya kan? Yurp, Aien. Laen org laen penerimaannya. Cuma part kita sentiasa perbaiki mana2 yg patut kut.

      Tp akak rasa, itu based on pengalaman & keinginan kita nak maju ke depan juga kut. Maken lama blogging, maken byk baca blog org, maken byk yg kita blaja, maken byk r dapat kita improve kan? Heee :D

      Mohon Aien & H explain more details tips utk play safe :P

      Delete
    2. play safe kena tanya kat Bundle..kahkahkah

      Delete
    3. play safe tu....macam kanak2 bermain bola ditepi jalan. kalau takut dilanggar kereta jangan bermain bola ditengah jalan. haha.

      Delete
    4. setuju kak...makin lama berblogging makin banyak membaca blog orang makin banyak manfaatnya untuk improve kan diri dan blog.. :D

      Delete
    5. Yurp2! Blaja drpd pengalaman & blog org len yg kita baca. Hehe. Cam akak ni blog byk kelemahan lg sbb blog lum sampai setahun jagung pun :P

      Delete
  9. part novel tu, pape hal aku bace sinopsis belakang dulu. Pastu baru decide nak bace or tak. Kalau pasal penulisan dalam blog, aku just taip ape yang aku nak taip. Tapi aku tak pakse orang bace. So kalau dorang bace and dorang suke, bagus r.. kalau bace and dorang tak suka, aku pun takleh wat pape.. aku rase camtu je..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun of course r baca sinopsis belakang dulu. Mana2 yg aku beli, tu kategori sinopsis yg aku tertarek. Tp aku kecewa betul if isi dalamnya aku tak satisfied. Sbb aku beli, if aku pinjam len cite. Hehe. Aku pun bkn expect sume org akan suke apa yg aku cerita. Cuma aku takut aku kecewakan pembaca. Itu je :D

      Delete
  10. hm..kbanyakan novel endingnya memng dah boleh agak. <------ hanya pendapat :) hehe

    #terfikir isi kandungan kat blog sndiri. err

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg pun. Dah boleh agak tu normal. Tp lepas dpt agak tu jalan cite still menarek, okey je nak teruskan baca. Sbb kita still nak tahu kan macam mana jalan ceritanya hingga dpt ending yg camtu :D

      Delete
    2. Aku pulak rasa bersalah kalau buat cerita yang orang tak suka tgk dan sesetengah org rasa benda bodoh. Malu pun ada.

      Tapi seperti biasa, secara positifnya selera masing-masing berlainan dan kita tidak boleh memuaskan hati semua orang.-AIN

      Delete
    3. Perenggan dua kau tu tetap betul Ain. But still kita kena sentiasa ada kesedaran untuk improve kan? Sentiasa lum berpuas hati. Hehe.

      Yg pasti, apa yg kau buat aku rasa jauh lebih susah drpd berblogging. Prosesnya sama, menghasilkan sesuatu utk tatapan org, but scopenya berbeza kut. Err :D

      Delete
  11. MLD suka jgk baca novel...tapi bila dah bergelar pelajar tua ni, tak sempat nak baca novel, buku teks yg ada pun, dah nak naik muntah mengadapnya...huhuhuuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Sama r kita, pelajar tua yg perlu mengadap buku2 pelajaran semula. Mmg nak muntah pun. Haha! Alaa, sama je. Ni pun skang baru jinak2 ngan novel semula. Pdhal dah bertahun kut rasanya tgn ni tak pegang novel :P

      Delete
  12. <~ plg tak suke bace novel..hiho

    trfikir plak lepas bace entri awak..hmm ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Yeke? Minat org laen2 kan? Err tp tgk entry CikTeddy ada gak yg berpuitis2. Igtkan suka novel gak. Tak rupanya :D

      Jom sama2 fikir! ^^

      Delete
  13. hurmm.. xtau nk ckp mcm mn

    ReplyDelete
  14. kita pun terasa serba salah pulak kak, adeh,hehe.

    akak cuba layan buku-buku dari fixi, best tau.

    salam ramadhan kak :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err tak perlu rasa sebe salah pun okeyy! Biasa r, kita kena imrpove siket2 kan? Hehe. Fixi? Err okeyy nanty try!

      Salam ramadhan jugee :D

      Delete
  15. salam ramadhan sist :D

    -byk nk komen sal entri, tp x terluah plak, huhu-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam ramadhan juga Emma. Err asal tak terluah plak? Err takpe. Maybe kepala dah berselirat kut baca entry yg berselirat ni. Haha! :D

      Delete
  16. kadang terfikir juga, orang puas hati atau tak dgan penulisan kita ni . Tapi takut juga nak tahu kebenarannya. *apa aku melalut*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha! Sometyme nak tahu juga kan penerimaan org? But at the same tyme, takut nak tahu kebenaran in case takde sape pun yg suka sebenarnya kan? Takpe2, ni proses blaja :P

      Delete
  17. msti rmaai org kcewa bace blog yuyu. sobs.
    *yuyu x sk bace novel. sgt x brape nk dekat di hati. yela, x cantik, x lawa, xpenah jumpe org hensem kaye mcm dlm novel. sgt fiksyen. Hehe. jangan marah penggemar novel. ^^ sebab tuh yuyu tak romantik. kehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err sedih kan kalau tetiba rasa camtu kan Yuyu? Hahaa. Err dalam novel tu sume imagination je Yuyu. Takyah nak caye sgt. Reality takkan seperfect tu kut. Satu dlm sejuta if ada pun. Haha. Err Liyaa romantik orangnya. Kahkah! :P

      Delete
  18. err., saje nak komen kat sini :))

    ReplyDelete
  19. Aku suka gaya ko meluahkan apa yang ko rasa pada phrase ke 5. Bagi aku la kan, kalau mood aku tak datang untuk menaip entry time tu.. aku akan abaikan. Aku akan buat lain kali sebabnya kalau aku tulis pun.. aku tak rasa ada soul dalam entry aku tu. Kadang2 baca balik serupa hape tah. Aku tulis adalah untuk kepuasan sendiri dan pada masa yang sama berkongsi dengan yang lain.

    So secara jujurnya, ko nak aku tulis entry macamana ea?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku kalau ikut mood mmg sampai ke sudah tak terupdate entry jawabnya. Haha. Yurp2! Kita blogging ni sebelum nak berkongsi ngan org len for sure memula skali niatnya utk kepuasan diri sendiri dulu. If asyik dok fikir utk kepuasan org len, takkan tertulis apa2 kut.

      Secara jujur. Dah nama kau pun afzalsukasuki, so aku rasa ikut sukasuki kau je r nak tulis entry camne :P

      Delete
  20. erkkk.. betul2.. i think blog saya banyak banyak kelemahan dan sia-sia.. -.-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Takyah rasa camtu okeyy! Semua org yg berblogging tu rasanya sume bermula dari bawah. Then blaja, maken lama maken pandai r nanti :P

      Delete
  21. part ending tu kebanyakkan nya sangat cliche.
    thats why kita macam boleh agak ending macam mana.


    anyway aku tertarik dengan buku yang kau promote tu.
    pinjam boleh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku rasa mostly happy ending kan? That's why sometyme aku suka nak baca yg sad ending. Tp sad ending tak mesti salah sorang kena mati :D

      Anyway, cam yg aku kata, dah dpt agak ending pun aku still leh terima if jalan cite dea utk sampai ending tu terkesan. Kalu ending cliche, jalan cite pun cliche, err kecewa! -__-

      Boleh nak pinjam. Camne nak kasi? ^^

      Delete
  22. Nak komen jugak boleh? Hehe. Setuju dgn entri ni. Saya ada follow satu blog, jenis personal. Blog dia takde readers sangat, dan mungkin bg orang lain, blog dia tu takde faedah nak baca. But for me, entry2 dia penuh dengan kesedaran ttg hidup, mati, forbidden love, etc. Org akn hentam dia klu baca blog dia, tapi saya bfikiran sebaliknya. Byk manfaat saya dpt drpd dia. Konklusinya, lain fikiran lain bacaan lain kesannya.

    Novel; yea byk yg kita dah boleh agak ending cane. Sebab tu saya tak minat baca novel jiwang, saya suka novel thriller mcm ramlee awang murshid punya. Ataupun novel hlovate; walaupun kdg2 boleh agak ending -- jalan cerita dia tu yg lebih utama. Macam Rooftop Rant atau Contengan Jalanan, full of message for us,, pasal remaja yg sesat mencari jalan cinta ke arah tuhan tapi takde yg sudi hulurkan tangan utk bantuan. Rooftop Rant sangat amazingg. Sgt terkesan mungkin sebab saya rsa terlalu dekat dgn watak utama cerita tu. :')

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul r kan? Laen fikiran laen kesannya. So, kesimpulan kita takyah r risau sgt ngan apa yang kita tulis janji kita sama2 share je idea yg kita ada. Hehe.

      Liyaa suka baca novel jiwang :P

      Delete
  23. gua rasa serius gua teringin nak baca penulisan lu dalam bentuk novel/cerpen/ceritera.tiba-tiba je gua serius apahal kan?
    sebab gaya penulisan lu agak lunak untuk dinovel atau dibuat cerita.ce lu cuba.gua serius ni.

    gua tetiba terkentut.gua serius!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err err kau selalu buat aku terspeechless dan buat aku tertanya2 akan adakah benar dan bersungguh apa yang kau katakan. Err if ditakdirkan suatu hari nanti jadi sebuah kenyataan, kau salah seorang pemberi semangat sebenarnya. Aku ucap terima kaseh dulu. Err aku pun serius! :D

      Delete

Shout Your Quotes