14 Dec 2012

Memilih Pendam atau Lepaskan?


Dear my Lovepediary,



"Pernah atau tidak, selepas menyakiti hati orang laen dengan bahasa sindiran serta kritikan atau makian, kita merasa best, lega, happy dan puas? Apatah lagi jika ia gagal dibalas. Jika pernah, itulah tanda hati kita dikuasai kekotoran dan rendah akhlak walau manusia melihat kita sebagai baek dan 'hero'. Ia adalah 'buah rosak' hasil dari amalan diri yang tidak betul atau mungkin betul tetapi tiada ikhlas. Pernah atau tidak, selepas melakukan yang tersebut di atas, beberapa minit atau jam selepasnya, kita merasa menyesal lalu bertindak sama ada meminda semula, memadam (jika boleh) atau meminta maaf? Jika pernah, itulah tanda hati kita masih ada sinar iman, ihsan dan akhlaq, benih menumbuhkan buah taqwa jika terus dijaga."

Statement kat atas tu aku copy paste je daripada FB kawan aku, yang aku nampak sumbernya daripada FB page Janji Allah Itu Pasti. Aku tertarek betul dengan statement tersebut. Kebetulan, masa kawan aku share statement tu, aku baru je menilaikan sesuatu perkara buruk yang aku nak buat, dengan niat nak saketkan hati orang, sedikit rasa hendak membalas dendam, dan bertujuan untuk puaskan hati aku sendiri. Kiranya, sebelum ni aku dah pernah saket hati dengan seseorang tu, saket hati yang agak berkali-kali. Tapi lepas fikir punya fikir, apa yang aku nak buat tu tak jadi. Bukan tak menjadi, tapi aku yang rasa tak jadi nak buat. Sebabnya, dari dulu lagi aku selalu fikir, konsep aku, Biarlah orang buat kita, jangan kita buat orang =_=

Lepas kawan aku post pasal statement kat atas tu, terus konon-konon aku rasa, syukur Alhamdulillah hati aku maseh ada sinar iman. Konon-konon je lah, disebabkan satu niat jahat yang aku mula-mula nak buat tapi tak jadi nak buat tu. Tapi bila aku baca-baca balek, ayat empat baris terakhir tu sebenarnya bagitahu kalau kita menyesal dan meminta maaf selepas kita dah terbuat perkara jahat tu. Maknanya, lari siket lah daripada situation yang aku tengah alami masa tu. Dan lepas tu, aku fikir-fikir semula. Aku ni boleh dikatakan seorang yang susah untuk minta maaf. Ego mungkin, tapi sebenarnya lebih kepada aku rasa malu dengan perbuatan jahat aku tu. Aku malu nak mention semula apa perkara jahat yang aku dah buat, nak mengakui seterusnya nak minta maaf.



Dan mungkin seterusnya perasaan malu tu yang timbulkan rasa ego, mungkin. So, biasanya kalau aku menyesal, aku cuma janji pada diri sendiri taknak buat lagi. Dan dengan orang yang aku buat salah tu pulak, aku terus berbaek je dengan dea mengharapkan dea lupakan apa yang telah berlaku. Macam tu lah cara aku menyesal. Walaupun selepas tu tak semestinya aku tak ulang lagi kesalahan yang sama. Tapi memang betul, rasa menyesal lepas buat kesalahan tu pernah ada. Cuma, aku tak tahu cara nak minta maaf. Macam mana nak cekalkan hati mengakui kesalahan, seterusnya ucapkan kata "Aku minta maaf", ataupun "Sorry". Ish! Tak reti. Especially kalau dengan kawan-kawan and family yang mana kita tak pernah berbual formal. So, takde sinar iman ke aku ni?

Justeru, biasanya aku ambil jalan selamat. Iaitu dengan cuba mengelak daripada melakukan kesalahan tu. Cuba elak daripada saketkan hati orang laen. Bila aku nak buat sesuatu perkara jahat tu, kalau boleh aku cuba delay. Mungkin aku akan fikir banyak-banyak kali, berdebat dengan diri sendiri. Jahat tak kalau aku buat macam ni? Agak-agak patut tak kalau kali ni aku pulak saketkan hati dea? Dan kalau aku maseh sempat untuk fikir rasional, aku akan tanya pendapat orang laen dulu. Patut ke aku buat macam tu? Tapi biasanya, maken aku bertanya, biasanya maken hilang marah aku. Dan mesti aku akan maken terfikir sendiri, Macam jahat je kalau buat macam tu. Dan dari situlah biasanya niat jahat aku tak menjadi, dan perlahan-lahan aku singkirkan rasa saket hati.

Dan bukan aku kata aku tak pernah buat jahat sepertimana empat baris ayat pertama. Aku pun pernah. Walaupun aku ni boleh dikategori sangat sabar orangnya, tapi aku pun boleh ada rasa marah. Rasa jahat sangat, bila aku dah sound, sindir or lepaskan kesebalan aku pada orang tu, then aku rasa puas sebab dapat jugak aku lepaskan. Pernah, cuma biasanya selagi aku mampu tahan, aku pendamkan. Belakang-belakang aku merungut-rungut jugak, memaki-maki jugak. Tapi aku cuba tahan daripada membalas. Sebab aku takut, bila aku dah balas, aku menyesal. Lepas tu, tak tahu cara macam mana nak minta maaf. Itu pun, kalau cukup baek aku menyesal. Tapi kalau aku rasa puas? Rasa best sangat? Rasa lega? Tak pasal-pasal rupanya tandanya hati aku dikuasai kekotoran =_=

Dan aku juga tetap manusia yang tidak sempurna. Bilamana aku berjaya untuk tahan marah sekalipun, bukan bermakna aku boleh terima seratus peratus apa saja yang berlaku. Macam yang aku beritahu tadi, aku rasa aku ni boleh dikategori punyai tahap kesabaran yang tinggi. That's why selagi aku boleh tahan, aku akan tahan. Selagi boleh. Tapi, menjamin ke yang aku tidak menyimpan? Menjamin ke yang aku tidak berdendam? Mungkin aku tak balas apa-apa, mungkin nampak macam aku terima seadanya. Tapi... :) "Kalau kita marah pada seseorang, bermakna orang tu telah berjaya menguasai or menakluki kita. So, jangan biarkan orang laen berjaya menakluki kita". Daripada Dato' Dr. Haji Mohd Fadzilah Kamsah kalau tak silap, since aku maseh sekolah dulu lagi.


P/s: Entry ini tidak ditaep dalam keadaan marah :P


Love & Sincere,
 

86 comments:

  1. Replies
    1. depends pada keadaan..kot..

      kadang2 bila aku marah or sakit hati, aku akan balas balik..aku rasa ayat2 aku time marah, boleh diklasifikasikan sebagai tajam dan pedih..and bila org tu marah and sakit hati, aku rasa puas, rasa best..revenge is sweet isnt it? nampak sangat hati aku kotor..hehehe

      kadang2 pulak, bila aku marah, aku diam jer..aku xnak cakap dgn siapa2 and aku taknak siapa2 cakap dengan aku..not a word out..sebab dalam real life, aku memang jarang or xpernah kot nak citer apa2 kat siapa2..

      tapi tak bermaksud yg aku tak mengumpat, tak kata belakang, benda2 tu tetap ada..cuma aku cakap sorang2 la..membebel sorang2..and biasanya bila aku diam, muka ketat, then merungut sendiri, officemate aku takkan tegur aku..

      pada aku, dua2 cara aku tu menjurus kepada objektif yang sama..no matter what, aku tetap nak someone tu tau yg aku terasa, cuma cara tu jer yg berbeza2..

      Delete
    2. pasal mintak maaf..aku boleh dikatakan jarang minta maaf secara direct..segan kot..or maybe ego..as well as memaafkan, aku takkan kata aku maafkan org secara direct..and aku tak suka org minta maaf berulang2 kali kat aku..benda tu buat aku rasa rimas and serba salah..as if aku ni macam bagus sangat sampai org kena mintak maaf banyak2 kat aku..

      pada aku, action speak louder..kalau aku nak mintak maaf, aku akan tunjuk dgn perbuatan..kalau aku memaafkan pun, aku akan tunjuk dgn perbuatan..and kalau aku belum maafkan, pun aku tunjuk gak dgn perbuatan..hehehe

      aku lapar la Liyaa..

      Delete
    3. Aku sebenanye lebih banyak diam & terima je berbanding balas balek. If balas pun maybe sindiran halus je kut. Sekadar nak lepaskan siket rasa saket hati tu. And biasanya aku rasa lega siket, tapi kurang puas. Hahaha! Sbb aku rasa aku lebih saket hati berbanding orang tu :D

      Action speak louder tu rasanya aku pun macam tu. Dan dulu aku pernah sound 2 org yang suka minta maaf berulang2. Sbb aku pun cam kau, tak suka. Rimas bila dea minta maaf tyme hati aku belum reda sepenuhnya. Aku pun perlukan masa. Dah minta maaf, bagi la aku masa kejap. Hehe.

      Dah makan H? :D

      Delete
  2. Bf na selalu kena padan muka dye
    Hahahhahahahah
    Tp mmg lepas da habes maki hamun dye
    Na akn rasa menyesal -maknenya masih ade sinar iman kan???
    Pastu poyo janji pada diri sndri dan bf xnk buat lg..tp bila ade kes makin bertambah terok dye kena maki haishhhh
    Tp tu laa skrng na rasa na dah ade sikit perubahan na da xde maki2 da.sbb na lagi bnYk diam kan diri bila gdo sbb xnk maki dye lagi da...TP dgn syarat hahahha Na awal2 da bgtw dye "klau xnk kena maki tolong biar I reda dlu" so dye faham :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huiii gengster betul Na ni ngan bf. Hahaha! Dulu2 bercenta tak pernah kut camtu. Naseb baek skang Na dah berubah siket. Tapi memang betul. Maybe masa marah tu, kita memang tak perlu cakap apa2. Nanti yang bukan2 lak kuwa kan? :D

      Delete
    2. A'ah berubah sikitt je..
      Sbb kesian hahhaha
      Xde laaa..
      Myb sbb BF ni mmg sgt baik..
      Dye xpernah marah Na
      Even ckp bodo pun xpernah...
      Na rasa na ni akan berubah bila ada contoh2 yg baik dekat dgn na.kalau contoh yg jahanam..jahanam laa life na heheh

      Mcm skrng da kenal Lyaa na rasa matang sikitt hehhehe

      Delete
    3. Erkkk! Matang? Na nak kata aku tua letteww. Hahaha!

      Delete
    4. yelaa kang kata muda mcm menipu pulak..
      menipu kan dosa HAHAHAHA

      Delete
    5. Tipu sunat tak dosa taw Na. Hahaha! :P

      Delete
  3. aku jarang cari pasal..tpi aku tak tau la kenapa orang senang sentap dengan aku??why haa?hahahaa..apapon aku mudah mintak maap sebab aku tak suka orang benci aku..

    p/s : orang yang tak reti mintak ni mmg ego dan poyo..aku bengang betul kalau jumpa orang dah salah tak reti mintak maaf ni..dan mmg aku tak boleh jadi kawan orng camtu..so bersedia la tak dimaafkan dan dibenci..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maybe kau bergurau, tapi org yang dengar tu takleh terima gurauan tu ke. Agaknya. Kau kena la kaji sendiri. Hahaha!

      Yeke Pakcik? If camtu aku mintak maaf la. Hahaha! Susah nak mintak maaf tak semestinya aku tak pernah mintak maaf. Dan aku rasa mungkin ada je org benci aku, sbb aku pun ada benci org. Em aku takde la benci. Tapi maybe still ada sisa marah lagi :D

      Delete
  4. Emm. apa yg Hana boleh ckp. Belajar minta maaf. Kalau kata kita malu depan2. Just text or pm org tu. InsyaAllah. =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy2 Hana! Insyaallah. Text tu dah pernah buat. Tapi ada orang takleh terima. Expectation org laen2 kut kan? :D

      Delete
  5. pjgnye bebelan mu hehehe. buat salah tu minta maaf je la lps tu buat balik hahaha! :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan senang kalau mintak maaf semudah tu. Hahaha! Kalau benda kecik2 boleh la Shalee. Kalau dah terlanjur saketkan hati orang ni, bukan sng2 nak ubat semula kan? :D

      Delete
    2. klu slh yg kecik zarah xpyh minta maaf kot hehehe

      Delete
    3. Salunya kalau salah yang malu nak mintak maaf ni salah mengumpat la. Hihihi :D

      Delete
  6. sama macam aku. kadangkala sukar untuk meminta maaf. bukan apa, tak tahu bagaimana nak luah. tapi makin pendam, makin sakit, makin bisa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau aku yang bersalah dulu, aku akan buat baek ngan org tu utk tebus salah aku. Kalau org laen yang saketkan hati aku, aku memang terbiasa memilih untuk pendam berbanding balas balek apa2. Cuma sesekali je la terlepas siket, maybe sebab dah meluap2 sgt kut. Hehehe

      Delete
    2. liyaa. aku dtg lagi. aku tggu entri baru hang. nak jadi 1st. hehe

      Delete
    3. Err sorry. Aku betul2 bizi. Tapi terharu kut kau sudi gak nak rebut 1st. Hehehe :P

      Lepas habes bizi aku visit kau lagi -_-"

      Delete
  7. MAAF antara perkataan paling susah nak disebut selalunya...lagi2 bila kita malu dengan apa yg kita dah buat saat tengah marah, terlepas laku ke, atau EGO menebal dalam diri.

    tapi kadangkan perkataan MAAF tu sangat magic....kesan dia tak boleh nak diucap dengan kata2, bila keadaan kembali jernih dengan hanya kata maaf dan kita dimaafkan memang sangat indah. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ego tu campur perasaan malu kut, Aien. Mungkin jugak kita kurang hormat org tu. Kat situ la masalahnya :D

      Jarang2 akak rasa boleh lalui benda tu. Minta maaf dan dimaafkan. Akak rasa kalau betul2 menyesal gila2 ngan perbuatan kita, dan rasa bersalah yang menebal pada org tu, or sebaleknya, baru la wujud situasi indah tu kut. Kalau berkata maaf tapi sebenarnya tak memaksudkan maaf, apa gunanya? Perkataan MAAF tu dalam maknanya taw! Hehehe :P

      Delete
    2. wakakaka..dalam maknanya dalam jauh tak terselam. lemas nak fikir. apa2 pun bermaaf-maafan selagi ada masa. :D

      Delete
    3. Insyaallah Aien. Err kalau mintak maaf masa hari raya je boleh tak? Heheh :D

      Delete
    4. kalau rasa sempat jumpa raya tahun depan...boleh kot :P

      selalu je fikir camni kak =_="


      #sori..tak maksudkan apa2 :D

      Delete
    5. Hehehe. Takde apa la Aien. Tau dah jawapannya. Sume org pun mesti akan bagi jawapan camtu. Saje je tanya soalan yg dah ada skema jawapan. Hahaha!

      Delete
  8. kalau suka marahmarah. orangnya sebenar ego :O

    itu lah. selalu menyesal lepas marah-marah orang. tapi kalau orang tu dekat dgn kita, mmg mintak maaf je. tapi kalau jauh. harap takde rasa hati. and yes,cuba tak ulangi balik.

    biasalah manusia. slow slow perbaiki diri ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err tak la suka marah2 sgt. Kalau ngan kawan2 jarang2 kut. In fact, kalau terasa ke tak puas hati ke biasanya diam je. Selagi boleh control, memang control. Tapi yang tak bestnya, mesti kena carik sorang mangsa untuk luahkan rasa marah tu. Hehehe

      Insyaallah slow2 perbaiki :D

      Delete
  9. Marah tuh perasaan yang normal. Kadang-kadang cara kita luahkan tuh yang salah. Tak semestinya kita marah, kita kena meletup macam bom. Mungkin tak berkesan untuk orang lain, my way, kalau marah, tido... usually bila tejaga, akan hilang sendiri. ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Betul laa. Sume org mesti ada perasaan marah kan? Cuma cara luahkan tu je yang berbeza2. Aku memang jarang la nak meletup macam bom. Memang diam je. Cuma kadang2 muka marah aku takleh nak sembunyikkan. Tido bila marah tu penah gak buat. Memang berkesan. Tapi kalau marah sebab sesuatu ketidakadilan, aku rasa susah betul nak padam -_-

      Delete
    2. Dalam apa keadaan pun, kau kena lepas marah kau tuh, kang lagik serabut, just pilih cara yang betulla. Kalau kau diam aja...takut otak sendiri yg serabut..kan kan kan? Aku tengah marah kat laptop aku ni...ades..

      Delete
    3. Biasanya memang aku lepaskan. Lepaskan pada husband aku, paksa dea dengar. Hahaha! Kdg2 aku lepaskan pada kawan2, maksudnya luahkan bukan lepaskan marah tu. Tapi cuma aku tak bape suka cara ni. Sbb err sbb memang tak suka. Tapi bila dah marah tu selagi belum cite kat sape2 rasa cam tak release la. Hahaha!

      Kenapa dengan laptop kau? Kau ngah marah ey? Gi tido skang :P

      Delete
  10. Maaf. Terkadang orang selalu sangat sebut maaf maaf hinggakan ucapan maaf tu sendiri nampak murah. Sebut sekali sudah la kot. Bila dah minta maaf bebanyak kali. Ewahhh, buat makin marah ada lah. Tak paham ke apa. Hehehe. Pendam bila merah seronok jugak. Orang lain mmg akan perasan and mmg akan bagi kita bersendirian. Berani la nak kacau, memang meletup kang. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau org yang selama ni okey dan baru sekali tu buat silap, maybe kita boleh la terima maaf dea. Tapi kalau asyik2 buat silap or buat jahat, lepas tu setiap kali tu mintak maaf, haish macam geram je. Walaupun sepatutnya kita tetap kena maafkan :D

      Akak suka pendam tapi dalam masa sama buat2 takde apa2, macam takde terasa apa2. Pastu cuba r lupakan :D

      Delete
  11. kalau aku marah, mmg besenye aku pendam.. tambah lagi bila orang tu ahli family, kawan and org yg rpt.. aku lebih suka pendam.. lepas tu mula la nak memberontak sorang2.. nakk mengamuk pun aku tahan.. kalau boleh la.. sebab aku takut overdose.. hee.. aku panas baran kot...

    membe2 aku mmg takkan tegur bila aku senyap.. means aku betul marah la tu.. satu sbb aku senyap bila marah atau something wrong..dua aku banyak ckp dari senyap.. pelik bila aku senyap. mcm murai tercabut paruh..ehh..ekor.. tapi Imam Al-Ghazali menghabiskan 3/4 dari hidupnya dgn diam.. reality bites.. hahahaha...

    aku jarang nak tunjuk aku ni tengah marah kat kawan2.. bila dah marah sepenuh hati wa cakap lu.. aku tak suka tengok orang marah so aku cuba untuk tak marah2.. rilek2.. aku kan, kalau nak balas apa yg org tu buat kat aku, mmg aku tak bls sikit2 kot.. yelah, dh slalu pendam, sabar.. bila nak meletup mmg big bang gituu.. tapi aku setakat balas ngan ayat hot and spicy je.. aku takde la kejam sgt.. biar kata2 aku tu kasi dia berpijak kat bumi sikit..

    aku baik kan? tak suka gaduh2 ngan orang.. clap2...kehkehkeh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku suka lepaskan kat husband aku. Aku paksa dea dengar apa yang aku marahkan. Kehkeh! Aku dah lama tak duduk lama2 ngan kawan2. So takat duduk sekejap2 tu even if aku marah aku boleh lakonkan lagi yang aku bukan tengah marah. Tapi dulu2 kdg2 aku ni jenis moody jugak kut. Ye laa. Sbb bila aku marah kat org tu aku jenis tak luahkan, tp tengah marah, so muka ketat jek r kut. Hahaha!

      Aku rasa aku jarang2 meletup Payeh. Aku jenis tak reti marah maki hamun. Tapi bukan tak pernah marah org langsung. Cuma kalau emosi aku dah tak boleh control sgt kut. Memang geram sgt2. Tapi aku tak suka sebenarnya. Sbb bila aku luahkan cara tu, hati aku akan saket sgt kut. Pastu aku nanges sbb terlalu marah. Dan aku tak suka situasi macam tu. Hahaha!

      Delete
  12. nice sharing..!! :D
    teringat pulak dekat entry eiqa yg pasal aki tuuu T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err pasal apa ek? Jap2 kena baca balek kut entry tu. Hehehe :D

      Delete
  13. OE fikir banyak kali bila baca ayat yang dekat atas tu... hehe...
    fikir pernah ke sakitkan hati orang, pernah ke buat orang terasa dengan sengaja...
    tapi, sebagai manusia biasa yang memang kadang tak sedar buat silap, mesti ada akan terbuat orang terasa walaupun kita tak berniat nak buat orang terasa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kira baek jugak la OE ni. Kiranya buat org terasa secara tak sengaja je. Kalau akak, pernah gak buat ngan sengaja. Sengaja sbb nak balas balek apa yang dea dah buat. Hehehe

      Delete
  14. kena bnyk2 bersbr laa kan . baru laa org xdpt takluki kite.. hihihi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha. Nak bersabar tu boleh lagi. Tapi nak bg jaminan yang tak menyimpan & tak marah2 belakang tu susah sket la. Hehe

      Delete
  15. err cikna pun teruk jgk. cikna jenis pendam tp dalam hati tu mmg bengkek & mmg bercita2 nak balas dendam kaw2 la kononnya. tp selalunya mmg tak dapat la peluang nak balas. huhu.. pastu bila fikir balik bersyukur sgt sebab tak buat jahat. huhu..

    bg cikna, forgiving doesn't mean forgetting.

    #baca entri dalam keadaan happy. hai liyaa.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uish? Sampai bercita2 tu. Hehe. Sama la Chic Na. Sebab da geram sgt, rasa cam nak balas & nak bagi dea rasa apa yang dea buat kat kita kan? Pastu kalau cite kat org laen pun, org laen mesti provoke "sound je la balek". Ish, lagi tambah geram. Sbb biasanya in the end, mesti kita takkan balas apa2 pun kan? Sbb terasa jahat pulak bila nak balas tu =_=

      Delete
  16. kite pun penah jg melalui perasaan itu.

    ReplyDelete
  17. aku senang cool down bila marah. and aku prcaya, even kalo kita tak balas balik ap yang orang tu buat, something else will-dlm apa bentuk skalipun balasannya. so, mls nak nk ambik port sangat.lots of other things lg yg nak kena fikir drp masalah2 duniawi ni, giituu.haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sepatutnya memang fikir macam tu. Tapi rasa macam geram je kalau orang tu buat berkali2 & amek kesempatan bila kita ni tak melawan =_=

      Delete
  18. aku pulak, try to hide the feelings la. aku cuba gak cover marah aku kat sesape. tapi nampaknya, riak muka aku tak boleh sorok sume tu. my face shows da real one.

    kalau aku marah gila2 sampai xboleh tahan, aku nangis terus. sebab aku rasa tak mampu nak luah sampai aku puas aty. so, nangis jela keje aku sampai la aku rasa, oke.. i'm gonna be fine now. kalau marah tak sampai tahap maksima tu,, aku ambik langkah pendam n telan jela. sampaila satu masa.. aku rasa nak dilahirkan semula.
    hee..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya, aku ni jarang marah. Yang salu cuma saket hati. Heheh :D

      Delete
  19. Aku selalu marah kat Fik...Maknanya dah nak menakluki hati aku ye dak? Kehkehkeh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fik memang dah menakluki hati kau pun Syidaa. Peeewit! :D

      Delete
  20. nana nak kata jenis pemaaf,hmm pemaaf jugak..nak kata jenis pemarah, pemarah jugak tapi pemarah yg sangat lah sekejap. gila2 rasa marah lepas bertenang dalama beberapa minit, amarah tu makin menurun, alhamdulillah rasa tak marah dan mudah nak memaafkan terus. Alhamdulillah lah perasaan mcm ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagus la Nana ni. Marah tu normal kut. Cuma macam mana cara kita hadapinya kan? Respek laa. Cepat bertenang & mudah memafkan pulak tu :D

      Delete
  21. perkataan maaf tu mmg sush nak sebut..padahal perkataan pendek je..tak panjang pun..huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sbb ia memerlukan keikhlasan yang sangat dalam. Dan juga kekuatan :D

      Delete
  22. ego boleh makan diri sendiri .. keh3

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lapor benor la ego tu gamaknya ek? Heheheh :P

      Delete
  23. aku baru je lepas marah kat kedai tepon semalam.. tapi bukan r marah dendam ke ape.. cume geram weh! tapi ape pun bagi aku selagi boleh sabar, sabar je dulu.. kalau tak nak beralah kadang2 boleh jadi worst.. ego aku pun tinggi gak tapi dalam certain2 kes aku rendahkan gak kadang2.. dan macam satu statement yang pernah aku bace, kalau orang campak batu dekat kita, kita balas r balik dengan campak bunga, tapi pastikan bunga tu masih kat dalam pasu.. =P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maknanya kedai tepon tu dah berjaya takluki kau. Hahaha! :P

      Aku rasa aku salu mengalah. Aku rasa laa. Sampai tahap orang leh amek kesempatan. Salu mengalah, cuma bezanya aku ikhlas atau tak mengalah tu. Hehe. Aku penah dengar statement tu. Tu statement menganjing je kut kan? Maksudnya konon2 kita nak balas ngan benda baek, tapi sebenanye lagi jahat kut. Kan? Tapi aku taktau r if ada maksud tersirat kat sebalek tu yang aku tak faham :D

      Delete
  24. saya pulak jnis susah nk mtk maaf scr direct. prsaan bsalah memang ada tp sy akan cuba cover dgn buat smthing yg mereka suka. lps tu slowtalk ngn diorg ckp mtk maaf. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa lebih kurang la jugak cara kita Faie. Tapi bila dah berbaek tu, rasanya dorang dah lupakan kut salah kita. Sbb kita dah tebus balek. So, takyah mintak maaf la boleh? Still segan sebenanye :P

      Delete
  25. sy xsuka mntk maaf, nmpk cm bersalah sgt.. sy lebih suka trus wat xtw sal bnd tu n harap dia pn sma.. trus lupakn.. past is past... hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak pun kadang2 sama camtu Emma. Tapi tengok benda jugak. Kdg2 boleh pulak kuwa word "Sorry" tu. Tapi kalau ngan kekawan rapat apedehal yang nak berkira sangat kannnn? Past is past kan Emma? Hehehe :P

      Delete
  26. hehe..kalau aku bg nasihat...ko boleh percaya kata2 aku ke? hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segala nasehat akan diterima. Cuma samaada aku boleh ikut ke tak je. Kahkahkah! Maybe if bukan hari ini, esok lusa aku akan fikirkan semula. Apa nasehat kau? :D

      Delete
  27. wak pon kadang2 marah jugakk..,Uhhuu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kadang2 takpe jangan selalu ya Wak. Hehehe :D

      Delete
  28. samalah kite..

    tak reti mintak maaf gakk.. T_T sedih kan.. malu rasanya bila dah buat salah tu..lepas tu tegur je org tu mcm takde ape2..hrp2 org tu lupa..kalo dia igt pn, hrp2 dia dah rasa kite mintak maaf dgn cara kite tegur dia dulu..

    segan lah.. bila lepaskn mrh kt orang pn, lepas tu rasa segan.. berniat taknak buat lagi.. tapi lepas2 tu buat lagi..acaner tu..? hahaha..

    psst : kite jB kt skudai..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tau takpe. Segan sebenarnya. Tapi nak mintak maaf tu pun macam segan. Rasa macam dalam drama je. Hahaha! Takpe. Dah berniat taknak buat lagi tu pun dah dapat pahala :P

      Delete
  29. trend zaman sekarang ni, kalau marah je pergi tulis kat FB, twitter bagai.. dah macam attention seeker je gayanya. hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err memang sangat dielakkan la peel camtu. Baca orang lepaskan kemarahan dlm fb sume tu pun dah rasa annoying. Memang takkk la kut sendiri nak buat. Kan Oshinz? Hahaha!

      Delete
  30. "Kalau kita marah pada seseorang, bermakna orang tu telah berjaya menguasai or menakluki kita. So, jangan biarkan orang laen berjaya menakluki kita...."
    terfikir skjp bla baca ayat di atas.. huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err masa first2 dengar tu pun cam tersentap jap. Rasa macam sia2 bagi org laen kuasai diri kita kan? Lagi2 org tu opkos r org yg kita bengang kannn? Huuuu

      Delete
  31. Ya Allah kak, perangai kita sama sangat. memang sangat2 sama. huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ek? Heheh. Ada jugak orang perangai macam ni rupanya. Akak ingatkan akak sorang je yang macam ego, annoying. Erkkk! Segan sebenanye kannn? -_-"

      Delete
  32. tengok pada keadaan tapi saya suka lepaskan dengan cara yang insyaallah elok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe. Bagus la macam tu Hans. Takyah nak melenting tak memasal kannn? Abes nanti sume org kena tempiasnya :D

      Delete
  33. kalau missha, marah tu memng marah, tapi tak lepas kat orang tu, sebb takut menyesal..n missha pulak memng jenis susah nk mntak maap..err.. so baik elak buat perkara2 yang membuatkan kita kena mnx maaf kan..

    paling2 pun ngis sensorang... haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaaa betul tu Missha. Dah susah nak mintak maaf tu, better elak kan? Tapi kekadang tu ade la terlepas jugak. Tapi bukan la akak lepaskan kemarahan. Tapi agak tunjuk la yang akak agak terasa & marah -_-"

      Yurp! Nanges belakang2 je. Kiranya memendam gak la. Sedih betul kan? Huuuu

      Delete
    2. taw takpee.. sedih kan:(

      tapi akak takpela, ada orng boleh tolong pujukk.. kan2? lalalalala :D

      Delete
    3. Erkkk! Pandai2 je Missha. Jangan nak maen tuduh2 :P

      Delete
  34. thx for entry,,sy klau mrhkn seseorng tu,,sy lakukn dngn cra perbuatan sprti x tegur n brmsm muke gn dia cme ingin prhatian n ingin dia thu yg dia pernh skitkn ati sy,,tp alhmdulillah,,skrng sy blh maafkn dia,,,jd sy hrp dia pun maafkn sy ats sikap sy...

    ReplyDelete

Shout Your Quotes