11 Dec 2012

Selamat Lahir ke Dunia


Dear my Lovepediary,


Hari Jumaat, tanggal 07 Disember 2012 tepat jam 6:50 petang, Tengku Muhammad Qa'id bin Tengku Mohd Nasir telah pun selamat dilahirkan ke dunia. Comel muka dea. Ohh, lupa! Semua muka baby pun comel kan? Alhamdulillah Qa'id lahir dengan selamat, sehat tubuh badan luar dan dalam, cukup sifat, cukup sempurna untuk menambah seri dan kebahagiaan keluarga kami. Alhamdulillah, ibundanya juga sehat. Eh, bukan aku. Adek aku yang aku pernah ceritakan pregnant dulu.

Muhammad Qa'id

Aku tengok muka Qai'd macam ikut muka ayahnya, merangkap adek ipar aku. Tapi ramai yang kata ikut muka emaknya, iaitu adek aku. Err entahlah. Aku sebenarnya bukan pandai tengok muka baby sangat, maksudnya baby tu ikut muka siapa. Dulu-dulu, aku rasa semua muka baby ni sama je. Macam tak ada beza. Semuanya comel. So, macam mana orang boleh differentiate baby tu ikut muka siapa? Emaknya atau ayahnya? Cuma sekarang je aku cuba-cuba nak teka, tapi err macam salah je.

Setakat ni aku tengok Muhammad Qa'id ni kuat tidur je. Menanges pun jarang-jarang. Merengek siket-siket tu adalah. Bukan maen susah nak dengar suara dea. Tu, gambar pertama tu, menguap tu tanda asyik mengantuk je la tu. Gambar kedua pulak, muka mamai gila. Gambar ketiga, jeling badi je pada orang yang kacau tidur dea :P Hah, gambar keempat tu, dah selamat lah Qa'id tidur dengan lenanya. Mulut terngaga sebagai bukti lena. Haish! Belum puas maen-maen dengan Qa'id.

Bercakap pasal pregnancy and baby ni, walaupun dah agak lama, aku terasa nak ucap tahniah entah untuk yang ke berapa kalinya kepada Ym. Bundle, sebab dah dapat Ym. Bundle Jr. Tapi maseh dalam perut lagi. Semuga kesehatan Isterinya akan baek hingga selamat lahirkan baby nanti. Untuk FikSyida pulak, semuga cepat dapat baby. Eh, tapi Syida baru je bertunang kelmarin. Mohon sediakan kenduri nasi minyak dulu. Lepas tu baru buat baby okey! By the way, Selamat Bertunang Syida.

P/s: Aku suka kacau-kacau menyebut nama Qa'id dengan penuh idgham dan qalqalah pada awal dan hujungnya :P


Love & Sincere,
 

70 comments:

  1. Replies
    1. Hahaha! Apa jadahnya aku nak dapat baby baru bertunang, seronoklah fik ye!! Hahahaha...

      Thanks liyaa..
      Tahniah dapat anak sedara comel.. :D
      Dulu aku pun rasa baby semua comel sebab nampak sama je semua..Heehehe..
      Gambar dia yang ke3 tu goyang aku tengok..Jeling semaacam je..Kehkehkeh...

      Delete
    2. Hahaha! Eh, bukan Fik je. Kau pun kena seronok gak taw Syida. Weeeee :P

      Haaaa tau pun kau goyang. Jangan maen2 taw ngan jelingan badi dea. Kahkah!

      Delete
    3. betul kata bundle..kau ni memang cikgu ERT..kahkahkah

      Delete
    4. Cekgu ERT? Aku speechless taktau nak cakap apa. Hahaha!

      Delete
  2. tahniah kakak dapat anak buah. comel Qa'id :D


    muka baby memang berubah2...kejap2 mak kejap2 ayah. kejap2 mak cik dia..eh! haha. apa2 pun tetap comel..kata baby :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks, Aien! Aha part berubah tu mmg camtu kan? Yang kejap2 cam muka makcik dea tu part comel dea kut. Hakhak! Eh, ucapan untuk Syida tu leh selit untuk Aien sekali. Muga cepat dapat baby, walhal baru bertunang. Hahaha!

      Delete
  3. Tahniah! Sedap nama dia! Suka!! :D

    Gambar jeling tu paling kelakar. Hahaha, so, Baby Qa'id nak panggil macikk dia ni apa dah besar nanti? :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ey? Tapi mak mula2 dengar mak kata apekepelik sgt nama ni? Hahaha! Org tua kannn :D

      Baby Qa'id kena follow anak2 buah yang lebih senior, panggil makcik dea ni Cik Ya :D

      Delete
  4. Tahniah.

    Anak buat kamu comel.
    Aww, banyak orang lahir baby pada bulan Disember yeh?

    http://inijojomerah.blogspot.com/

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks! Sbb sume kejar2kan nak kuwa tahun 2012 gak. Kalau lambat kuwa, kang masuk darjah 1 lambat. Eh? Leh terima ke alasan ni? :P

      Delete
  5. haha.. jelingan paling mahal tu. siap kerut kening lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu laa. Siap kerut2 kening. Rasanya cam takleh blah kut tengok makcik2 dea yang act over eksaited. Hahaha!

      Delete
  6. tapi kalau ko usha bebetol..ada rupa aku tau.dah besar ni tentu emsem :) kan tengku kan? :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Ada ke? Kejadahnya tetiba lak ada rupa kau? Mungkin kenan sebab aku baca2 belog kau ke? Eh kejadahnya? Bukan aku yang ngandungkan dea pun. Grrrrr

      Delete
  7. terima kasih makcik....hope ko pon cecepat jugak boleh timang anak..usaha lebih sikit..caiyok2..malam ni pakai seksi2 sikit..haha..

    kebetulan betul la idgham ngan kolkolah tu..haha..tapi komen aku kat H publish dulu kan sebelum entry ko ni..kira aku tak tiru ko ek..hahahhaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Erk! Masa tu Wani pakai seksi ey? Kahkah! :P

      Eh, memang la kau yang tulis dulu kut. Aku pasan pun pas aku dah publish entry, aku saje2 jalan kat belog H baca2 komen dea. Tu yg aku komen kat situ tu. Aku rasa idea kau tu terserap kat minda aku kut masa tulis entry ni. Hahaha!

      Delete
  8. alahaiii comel sangat! bau baby sedapp!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aha. Bau baby sedapp. Sbb tu best gomol2 baby :D

      Delete
  9. comelnya baby Qa'id. nak2 lg time menguap tu. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Itu laa. Sama. Paling suka yang dea menguap tu. Ngantuk bebenor gamaknya :D

      Delete
  10. geram laa tengok baby tuu... auwm! nak cubit... bila pulak aku boleh tgok gamba baby Liyaa.. hahahaha...

    masa kecik dulu aku pon tgok baby ni sama.. sebab aku tgok kat kad kesihatan baby tu, semua gamba sama..hahahaha.. aku tnye Mem,knape gamba baby semua sama? yg girls ngan boys` sama je.. aku pon dah x ingat guane reaksi Mem aku masa tu.. hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, kau nye geram tu nampaknya kau dah ada sifat keibuan tu Payeh. Mohon Payeh meminang anak teruna orang cepat :P

      Baby bukan muka je sama. Suara dorang pun tak dapat nak beza. Err maksud aku, kanak2 laki pompuan pun suara tak dapat nak beza if tak tgk muka. Aku tunggu kau kawen dulu baru aku ada baby :D

      Delete
    2. err... Kau tolong pinangkan untuk aku boleh tak? hahahaha.. aku memang perempuan sejati.. thats why sifat keibuan tu melimpah ruah...

      kadang2, dah tgok muka pon tak sure lagi pompuan ke laki... even dah bukan bayi pun ada je muka yg spesies susah nak beza jantina ni.. hahahaha

      haiyya.. aku kawen tah tahun bila... kang tumbuh janggut baru bulih tgok kau punye baby...

      Delete
    3. Boleh2. Kau cakap je kau nak pinang siapa. Nanti aku sediakan pantun 8 kerat. Ke tak cukup? :D

      Delete
  11. unik name baby tu.. congratz r kat adik ko tu eh.. semoga jadi budak yang baik baby tu.. jangan ikut perangai makcik die yang terlebih sengal tu.. =P amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Unik takpe, jgn pelik2 sampai susah nak sebut kan? Sengal takpe, jangan terlebih riak macam kawan blogger makcik dea yang sorang tu. Tetiba :P

      Err apa yang kau amin ey?

      Delete
  12. Replies
    1. Hehehe. Baby sumenye memang somel la Shalee :D

      Delete
  13. qoid?
    nice name.. ingtkn anak liya tdi.. ;b

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, bukan. Anak Liya maseh dalam proses pembuatan. Hahaha! :P

      Delete
  14. Comelnya. Lebatnya rambut dia! My baby dah 6 bulan pun rambut seciput aja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best kan tengok baby rambut lebat? Macam geram je. Seciput? Tu nanti dah besar pun mesti rambut susah nak panjang. Agaknya laa. Baby boboy ke gegirl? :D

      Delete
  15. Sedap nama Qa'id tu.
    Tolong hug and kiss him for me :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Okeyy2! Nanti hujung minggu nak balek umah mak akan kiss & hug dea untuk Mimi ya? Rindu Qa'id :D

      Delete
  16. wahhh dah lama xpegang baby.

    nway, nama dia sedap. unik. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dah lama tak pegang baby yang baru lahir. Dan teringinnya nak pegang baby sendiri. Heheh :D

      Delete
  17. reaksi pic yg 1st sebijik macam anak sedara masa baby dulu,hihi. Muka baby sentiasa berubah,sat macam muka mak dia kekadang macam bapa dia yg kita tahulah,hihi.

    btw,selamat menjadi mak sedara yang cun dan gojes :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang pun. Tapi ni belum apa2 maseng2 dah berlainan pendapat. Ada yang kata muka mak, ada yang kata muka ayah. Tak kesah la kan? Janji mak ayahnya, bukan org laen :D

      Thanks! Ucapan tu best! :P

      Delete
  18. comelnya...babies ni, tengok muka diorang 10x pun xboring. tapi, dah besar nanti... heheh =,='

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang laa. Pastu lagi dipeluk, lagi rasa taknak lepaskan. Kan? Hahaha! Err dah besar kenapa? Selagi kanak2, maseh comel kut :D

      Delete
  19. mati-mati sy ingat bundle jr dah lahir..rasa mcm baru je bc entry bundle mcm baru lagi pregnant..

    liyaa, sampai sekarang, baby boy kakak sy dah 4 bulan, sy tak pernah tukar lampin atau mandikannya sejak tak sempat nak tutup masa dia terbuang air.."cepat betul, makcik taksempat tutup"..kekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Saje nak wish kat Bundle kat entry sendiri. Sory hampir salah faham :D

      Err Liya pun jarang2 nak tolong basuh or tukarkan pampers baby org laen, kecuali dah takde org laen yang lebih layak kat situ. Heheh. Mandikan? Rasanya lagi belum berani :P

      Delete
  20. tak kisahlah ikut muka siapa..yg penting qa'id sangat comel..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ikut muka dua2 rasanya kut sis M. Ye laa, muka sape lagik kan? Heheh :D

      Delete
  21. alhamdulillah...cumilnya......teringin nak sorg...hehe tp xmo kawen....lagi! ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Camtu amek anak angkat dulu. Pastu nanti mesti terus rasa ada aura nak kawen. Echeh :P

      Delete
  22. sedapp name dye qa'id..muka dye mcm Na sikit2 hahahahah ;D
    (sbb Na kan comel so bila Lyaa ckp qa'id comel maknenya sama laa mcm na kan kan kan kan?? )
    Lyaa toksah jelessss!!!!

    huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Okeyy2! Boleh la diterima, Na comel. Boleh laa, walaupun tak ikhlas mengakui :P

      Delete
  23. ala.. Comeynya baby qa'id.. Ni y wt xsaba ni..


    Ko lupa kat aku yg menanti ari nak meletop ni. Huwaa. . . Majuk! Majuk!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sebenarnya pas aku publish je entry ni terus aku teringat kat kau Mell. Tapi malas pulak aku nak edit balek entry ni. Hehehe.

      Lagipun aku ingat kau bizi tak sempat nak terbaca entry ni. Tak sangka lak kantoi :P

      Delete
    2. ahhh... alasan.. :p aku malas bizikan diri lagi dah.. nak cuti panjang la katekan.. kihkih..

      Delete
    3. Selamat bercuti panjang nanti ya Mell! Jangan lupa kongsi gambar baby kau dalam belog nanti :D

      Delete
  24. muhammad qa'id... sedap namanya.. ape maksud nya eh? ade tulis dalam entry x? ke aku yg x perasan...

    btw, this is ur shortest entry i hv read.. ekekeke

    ReplyDelete
    Replies
    1. Entah la apa maksudnya. Lupa nak tanya kat adek. Hehehe. Jap google jap. Owh, maksud Qa'id is Pemimpin :)

      Tak best la taep pendek2 ni Korn. Err boring ey baca yang panjang2 :P

      Delete
  25. tahniah untuk adik hang lyaa. buat muhammad qaid, semoga menjadi anak yang soleh. amin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah menjadi anak yang soleh. Amin :D

      Delete
  26. Qa'id... best je sebut nama dia... hehehe.. tahniah buat adik kak liya sebab dapat Qa'id.. hehe.. dah macam Qawaid dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Best ey? Kitorang lak suka ejek2 bila sebut nama dea. Sebab huruf Q tu kut. Hehehe. Tapi sebenarnya memang sedap kan? :D

      Delete
  27. baby mmg comel pun. huhu. eh, kalau 12.12 kan dh sam bday ngn saya. hmm. hehe ;D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak dapat la nak sama. Sebab baby tu pun dah tak sabar dah nak kuwa tgk dunia. Kuwa sehari sebelum due date :D

      Delete
  28. Replies
    1. Sama laa. Yang menguap tu macam paling comel kan? Heheh :D

      Delete
  29. jgn putus asa..! kene cuba2 teka lagi pasni..hahaha...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Nak senang kena gi tempat yg banyak baby la, berlatih teka. Hahaha!

      Delete
  30. menunggu gmbr baby kak liyaaa... hehe ;D

    btw, nama Qa'id tu best pulak nak disebut.. hehe.. unik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err baby kak Liyaa lambat lagi laa. 9 bulan 10 hari drpd sekarang pun still takde. Hehehe. Doakan akak murah rezeki ya :D

      Haha! Unik ek? Tapi cam susah sket nak sebut sebenanye. Sbb kena de qalqalah :P

      Delete

Shout Your Quotes