29 Feb 2012

Maaf Mungkin Aku Tiada Di Sisi

Dear my Lovepediary,

Bila aku tolong, akulah kawan. Bila aku bantu, akulah sahabat. Akulah teman sejati. Akulah orang yang paling memahami. Sebab orang laen tiada yang mahu atau boleh bantu. Kau bilang, akulah yang paling kau sayang. Kau kata jasa aku akan kau kenang sampai bila-bila. Mana boleh lupa. 

Ada yang sempat bilang, "Bila kau susah, jangan lupa cari aku."

Aku senyum.  

Masa pun berlalu sehari demi sehari. Sekarang aku susah.

Bila aku susah, aku tertanya-tanya juga. Di mana mereka? Di mana orang-orang yang mengatakan bahawa kita kawan? Di mana mereka yang menganggap aku sahabat? Di mana mereka yang mengangkat aku sebagai teman sejati? Di mana kau yang pernah mengatakan sayang?

Aku bersedih-sedih sendiri dalam hati. Tidak mahu pergi terlalu jauh. Cepat-cepat aku lupakan. Dulu kan aku katakan aku ikhlas. So, mana boleh hari ini aku ungkit malah minta balasan? Sudahnya, aku telan sahaja segala-gala yang pahit.

Sekejap itu, cepat aku ubah fikiran. Aku tertanya-tanya pula, adakah mereka juga sedang susah? Apakah kesusahan mereka? Adakah mereka juga sedang tertunggu-tunggu seperti aku? Tercari-cari siapa-siapa dan entah di mana-mana?

Maaf aku tak mampu untuk bertanya. Aku takut aku tak mampu bantu. Aku mula berteka-teki sendiri. Aku buang jauh-jauh rasa jauh hati aku tadi. Mula rasa bersalah sebab berfikir yang tidak-tidak. Entah-entah mereka sedang menangis sedangkan aku langsung tidak tahu. Maaf aku tiada di sisi kau. Maaf aku tidak datang membantu. Maaf aku tidak tahu.

Tapi. 

Jauh-jauh dalam hati. Aku juga takut kecewa jika aku tahu kau rupanya sedang ketawa. Kau gembira berlari dengan kebahagiaan yang sudah kau kecapi. Tapi kau lupa untuk pimpin tangan aku bersama. Malah, kau sudah lupa aku siapa. 

Paranoid.


Love & Sincere,

10 comments:

  1. senang camni la..ko tolong kawan,buat baik jangan pernah ko harap balasan dari dia jugak..dia memang akan lupa ko,nama pon manusia..tapi allah akan balas baik ko tu dan tolong melalui cara lain pulak..mybe ade orang lain yang ko tak sangka akan tolong ko pasni..

    ReplyDelete
  2. Fiksyida: Thanks! :)

    Ym.Bundle: Okeyy Pakcik! Biasa laa, aku kan suka nak emo lebih. Hati tisu premier. Hehe.

    ReplyDelete
  3. tiap kali kita salurkan bantuan or whatsoever sebaiknya jangan sesekali mengharapkan balasan...

    ReplyDelete
  4. Nice message... Glad to visit here again..Smile!!!

    ReplyDelete
  5. c'axoera: Baeklahhhhh! Insyaallah. Thanks remind me ya :)

    Bookkeeping Melbourne: Glad to hear that! Thank you for the support :)

    ReplyDelete
  6. aku pun selalu rasa apa yg kau rasa. entah kawan2 aku ada pikir ke tak pasal aku ni.

    tapi alhamdulillah setakat ni, kawan2 aku selalu ada bila aku susah.

    ReplyDelete
  7. Baguslah. Hehe. Erm, rasa2 emo ni memang tak boleh dilayan sangat kan? Kawan tuu datang dan pergi. So, if dapat kawan yang baek dan sejati, alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  8. Haha. Kita sama-sama hati tisu lah ni? Haha. Tak apa. Yang penting kita amek mana yang positif. Okeyh? :)

    ReplyDelete

Shout Your Quotes