31 Oct 2012

Sedangkan Lidah Lagi Tergigit


Dear my Lovepediary,


Cerita-cerita skandal orang-orang sekeliling aku kadang-kadang buatkan aku takut. Memang dari dulu aku tak faham macam mana boleh wujudnya orang ketiga dalam hubungan perkahwenan especially kalau hubungan tu bahagia tak ada masalah. Memanglah. Mungkin nampak macam tak ada masalah, tapi sebenarnya ada di sebaleknya. Tapi, aku tetap nak argue. Sebab sometymes, masalah tu bukan menjadi suatu masalah sangat hinggalah salah seorang terjumpa orang ketiga. Then, barulah timbul masalah tu. Which means, sebelum ni boleh je terima. Tapi kalau dah terjebak tu, ada je 1001 alasan yang ditimbulkan. Ini tak kena, itu tak kena. As if cuba meletakkan hukuman atas kesalahan sendiri di bahu orang laen.

**************

Cerita Satu

Cerita daripada kawan aku, tentang kawan sekerjanya. Lelaki yang punya Isteri dan tiga orang anak. Lelaki yang agak baek juga, soft spoken bila berbicara, sangat hormat orang laen, solat pun nampak sentiasa dijaga. Khabarnya hidup keluarganya okeyy dan bahagia. Isterinya agak sempurna, muka baek, cantek, bertudung, agak berjaya dalam kerjaya. Suddenly si Lelaki berskandal dengan kawan sekerja, seorang perempuan yang pernah berSuami, punya seorang anak, namun kini single kembali. Seorang smoker, rambut blonde, pakai skirt pendek pergi kerja. Aku tak kata perempuan ni jahat. Tapi dengan personality macam tu dan terjebak bercenta dengan Suami orang, apa agaknya kebanyakan orang akan kata?

Bila kesah centa terbongkar, yang lelaki kata Isterinya selalu penat bila balek kerja. Balek kerja nak kena jaga anak-anak yang tiga orang lagi. Lelaki mula bosan dan mula suka-suka cari hiburan di luar. Jadi, pasang girlfriend di tempat kerja buat penghilang sunyi. Maklumlah, Isteri dah terlalu sebok sampai tak sempat nak layan Suami. Suami cari girlfriend, boleh juga buat teman texting-texting, manja-manja mungkin. Maklumlah, yang girlfriend pulak dah ditinggal Suami. Katanya ex-husbandnya dulu dirampas orang laen. Tinggallah dea keseorangan, kesunyian. Tambah lelaki lagi, dea memang mahu kawen dengan si girlfriend. Katanya, Perempuan tu boleh menenangkan saya. Menangeslah si Isteri menahan hiba sendiri.

**************

Cerita Dua

Cerita seorang kawan aku pula, yang wataknya menjadi orang ketiga. Dea kata pada awalnya dea pun enggan bercenta dengan lelaki tua yang mengoratnya. Tak berminat katanya. Maklum, lelaki tua. Waktu itu. Tapi lama-lama, bila asyik bersama, buat kerja pun perlu sama-sama, mungkin lelaki tua pandai memujuk agaknya. Lama-lama cair juga kawan perempuan aku ni yang memang maseh belum berpunya. Akhirnya, jatuh juga hatinya pada seorang lelaki tua. Katanya, lelaki itu baek, seorang yang soft spoken juga, solat juga sentiasa dijaga. Err kebetulan sifatnya lebih kurang dengan lelaki Cerita pertama. Tapi ini cerita yang berbeza, orang yang berbeza. So, tak semestinya lelaki gatal or kaki perempuan je yang punya skandal ya?

Kawan aku kata, lelaki tu memang baek. Lelaki tu ada intention untuk masuk meminang bila sampai masanya. Lelaki tu baek, bila deting pegang tangan pun tak pernah. Gatal-gatal jauh sekali. Sampaikan kawan aku yang tak tahan untuk bermanja-manja. Siak betul kawan aku ni. Naseb baek aku dah kawen. Then, kawan aku pernah terserempak boyfriendnya tu dengan Isteri makan berdua. Dea lihat mereka bahagia je, a very happy, romantic and sweet couple. Aku yang sangat musykil pun bertanya, Kalau dea bahagia & marriage lifenya tak ada masalah, then apa sebab dea nak suka dekat kau pulak? Then kawan aku jawab Aku tanya jugak pasal tu, then jawapan dea biasalah Liyaa, fall in Love again. Fuuuu. Sebegitu mudah?

**************

Cerita Tiga

Cerita ketiga, sebuah cerita yang pernah aku baca daripada belog Mai. Ceritanya lebih kurang begini. Seorang perempuan yang single, available and still searching. Suddenly berjumpa dengan seorang foreigner yang sangat baek, good looking, pandai, almost perfect. Boleh dikatakan lebih kurang sama dengan sifat lelaki-lekaki dalam dua cerita kat atas. And still, lelaki tu dah kawen and ada anak. Bila lelaki tu propose, perempuan tu mula gelabah, tak tahu nak buat keputusan. Hati kata suka, tapi the thing is, his status. Back to situation perempuan tu, memang sedang mencari, terjumpa pulak dengan lelaki yang almost perfect sifatnya untuk dijadikan soulmate. So, it was a bit hard decision jugak sebenarnya. Plus, its about feeling kan?

Fikir punya fikir sambil menangis, finally perempuan tu tolak proposal lelaki tu. And common reasons bila perempuan nak tolak proposal seorang lelaki yang ada marriage life yang bahagia, and lelaki tu almost perfect bagi dea, biasanya apa? Maybe some say "If sekarang lelaki tu boleh buat macam tu pada first wife dea, mesti dea boleh buat macam tu lagi pada kita pulak." Or maybe some say "Kalau kita buat macam tu, nanti lama-lama dah takde perempuan akan percayakan perempuan." Or maybe some say "Fikirlah perasaan first wife dea, anak-anak dea, apa dia orang akan rasa? Cuba letak diri kita kat tempat dia orang." Macam-macam reasons kita boleh dengar and create if kita betul-betul nak tolak and taknak jadi selfish kan?

Aku rasa all those reasons pun mesti perempuan tu dah fikir. Tapi the main reason yang dea bagi aku rasa jarang-jarang perempuan boleh bagi dalam situation macam tu. Maksud aku, apa yang dicari dah ada depan mata, tinggal grab je. Susah nak berfikir secara stabil, rasional serta tak selfish dalam situation macam ni. Eventhough aku tak pernah experience, tapi aku rasa macam tu. Of course one of the reason dea taknak hurt wife lelaki tu. Tapi dea tambah lagi "This is one of the test Allah gives me. I believe that there is something more sweet are waiting for me." If only semua perempuan dapat fikir macam ni, mesti kita susah nak dengar ada lagi perempuan yang menanges sebab ada orang ketiga dalam perkahwenan kan? Macam tu jugak lelaki.

**************

Of course, aku tak berniat untuk melawan jodoh or takdir. Kalau jodoh or takdir dah tentukan macam tu, tetaplah macam tu jadinya kan? And aku pun bukan nak bahaskan isu skandal ni. Cuma apa yang aku nampak and aku selalu fikir, perkara macam ni boleh jadi pada sesiapa je. Yes, anyone. Tak kira lelaki tu macam mana, perempuan tu macam mana, perkahwenan tu macam mana. Kalau dah nak jadi, 1001 alasan boleh jadi sebab. Macam aku cakap mula-mula tadi. Sometymes, masalah tu bukan menjadi suatu masalah sangat hinggalah salah seorang terjumpa orang ketiga. Tapi itu cuma teori aku je. Aku pun tak tahu apa masalah yang tersembunyi. Actually, aku nak tahu jugak reasonnya, tapi aku tahu bukan senang untuk cari kesimpulan.

Walaupun aku sebenarnya sangat curious, tapi aku bukan nak cari salah sesiapa dalam perkara ni. Pada aku, our part is jalankan je tanggungjawab maseng-maseng. Yes, memang senang untuk cakap tapi susah untuk laksanakan. Kan? Ya. Aku sendiri jawab. Sebab bukan senang untuk kongsi hidup hari-hari dengan orang laen. Bukan senang untuk terima seratus peratus kekurangan orang laen. Bukan senang untuk matchkan diri kita dengan orang laen. Tapi ada caranya. Ingatan aku pada diri sendiri lagi. Aku rasa yang penting ikhtiar both pihak untuk sama-sama hendak jaga hubungan. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula Suami Isteri :)

Kalau dah ikhtiar, berusaha, berdoa, of course after that kena bertawakal. Aku pun tak boleh nak cakap lebih-lebih. Usia perkahwenan aku pun baru seberapa sangat. Nak kata aku jalankan tanggungjawab, maseh banyak cacat celanya here and there. Maseh banyak yang perlu diperbetulkan, dicantekkan, diperkemaskan dan disempurnakan. Untuk kalian-kalian yang belum berkawen ni, yang perempuan jangan takut pulak. Yang lelaki jangan mula terasa ada excuse pulak. Belajarlah jadi setia. Cewwah! Yurp! Semua orang tak sempurna. Tapi janganlah itu dijadikan alasan untuk buat kesilapan. Cubalah jadi sesempurna yang boleh. Ehem.

**************

Sorry entry panjang tak hengat punya. Dah ini je idea yang aku ada untuk belog yang dah nak berkarat ni, bak kata seseorang. Grrr. Biar. Memang aku sengaja nak bagi kau orang stress baca entry panjang dan tanpa gambar. Kejam kan aku? :P 

Terima kaseh Pakcik Robot Kuning bagi keizinan curik idea tajuk entry. Aku baru mintak izin kau dah tau tajuk entry yang mana satu aku nak curik kan? Ilmu hitam apa yang kau pakai? Grrr. Nanti aku belanja biskut cecah air kopi yeh? Yeh? :D


Love & Sincere,

76 comments:

  1. Replies
    1. susah sebenarnya nak komen pasal isu skandal ni..tapi drpd pemerhatian aku, lelaki yg dah berkahwin ni ada satu side yg cukup beza berbanding lelaki bujang..biasanya lelaki yg dah kawen ni pandai mengambil hati..ciri2 macam yg kau kata kat atas tu la, soft spoken, baik, sopan santun, pijak tikus tak mati, and macam2 lagi..

      lelaki yg dah kawen ni diorang ada experience utk tackle ppuan..and kalau tak dapat pun, diorang apa kisah..diorang ada wife kat umah..tak dapat pun tak apa, tapi kalau dapat apa salahnya..hahaha

      tapi tak semua la..ada lelaki yg even dah kawen pun, dia setia..contoh? kalau aku dah kawen nanti aku citer..kehkeh

      p/s: kebiasaannya org ketiga tu ppuan, means lelaki yg biasa ada skandal kat luar..pada aku, org ppuan lebih setia kalau dibandingkan dgn lelaki..kebiasaannya la..

      Delete
    2. eh, silap tu h..kan aku penah tulis dulu..org dah kawen ni tak perlu terlebih baik pon nak tekel pompuan..lagi nakal dan sempoi atau cukup sekadar caring dah cukup..yang baik2 sangat tu org yang blum rasa lagi je..haha..

      tp kat perenggan ke2 ko tu aku setuju..tak dapat pon takpe..kat rumah ade..haha..

      aku taknak cakap apa2 takut termakan diri kan..haha..tpi aku anggap jodoh la kalau scandal tu sampai kawen..bukan setakat suka2..dia mampu apa salahnya..

      macam cerita ke2 ko tu makcik..fall in love again..apa yang peliknya..mmg hati laki dicipta bleh love reramai kan..haha..setia pada semua..kan sunnah tu..haha..

      Delete
    3. setuju ngn mereka berdua.. :D pmpuan mmg lebih setia.. tapi kan, payah nak cari laki yg adil dlm poligami skg.. :( so, smoga dijauhkan.. -_-
      p/s : smoga kalian berdua jd laki yg setia pd 1.. keh3

      Delete
    4. Encik H:

      Kalau macam tu, kesian la kat lelaki2 bujang kan? Kalau nak kena bersaing ngan lelaki dah kawen, kalah la dorang. Haha!

      Kebetulan je cerita2 aku sumenye cite psl lelaki yg skendel. Sebenarnya pompuan pun ada gak yg tak setia. Tapi aku tak halang kalau kau nak buat kesimpulan pompuan lebih setia :P

      Err cepat la kawen H. Aku tak sabar nak dengar cite lelaki yg setia tu @.@

      Delete
    5. Ym Bundle:

      Sebenarnya aku rasa insyaallah kau bukan jenis camtu Pakcik. Biasanya yg nampak nakal2 ni mulut je nakal tapi biasanya dea tak buat. Yg kata takkan2 tu yg biasanya buat. Tp taktau jugak. Aku harap kau tak camtu la. Haha!

      Err bukan pelik Pakcik. Tapi mudahnya bagi reason, fall in Love again? Mudahnya? Warghhhhh!

      Delete
    6. Emma:

      Jangan setuju sangat ngan dorang ni Emma. Err jangan cair sangat ngan dorang ni. Kahkah! Err adil tak adil dalam poligami tu akak tak bape sure. Tak pernah tau mendalam sgt psl benda2 camni. Hehe.

      Err dorang setia pada sume Emma @.@

      Delete
    7. bundle, pandai mengambil hati tu maksud aku macam yg ko kata tu la..nakal dan sempoi..sebab kebanyakan ppuan memang suka lelaki yg nakal..sebab lelaki nakal ni ada tarikan yg cukup kuat..yg lain2 tu aku setuju..hahaha

      emma, H akan setia pada yang empat, insyaAllah..:p

      Delete
    8. aku suka lagu ni makcik..ada kaitan kot dengan entri ko..hehe.. takdir cinta

      Delete
    9. Wahhh! Sedap lagu tu. Aku 1st tyme dengar. Hehe. Tapi tak sangka weyh kau layan gak lagu camtu. Pandai kau bagi aku lagu dari penyanyi yg aku agak suka :D

      Lagu ni dengar biasa2 pun dah sedih. Harap2 jgn r terkena situasi camni. Berat tu. Mau setempayan air mata tumpah :P

      Delete
    10. aku mmg suka rossa beb..haha..lagi pon lagu pasal poligami kan..mesti la best..haha..

      Delete
    11. Sengal! Suka sebab lagu psl poligami. Haha! Lagu2 curang pastu nyanyi lagu ala2 antara rasa bersalah ngan tak ni ada lagi. Tapi yg ni aku tak pernah dengar, maybe sbb aku tak terlayan lak Ayat2 Centa tu. Taktau best ke tak.

      Untunglah Rossa, janda tapi comel! Sama cam Nora Danish aku tengok dea. Hehe.

      Delete
    12. rugi la ko tak layan..aku yang rock kapak ni pon layan..haha..best seh..

      Delete
    13. Ohh best ke? Tak sangka layan gak kau cite & lagu leleh2 ni. Cehh! Rock kapak cover line je tu. Ahaha!

      Delete
  2. tak tahu nak cakap apa. tapi cerita no 3 memang sangat trigger otak untuk pikir luar kotak. she's a great woman, a great muslim woman.

    p/s: sejak akhir2 nie, mak selalu duk bg nasihat pasal nak cari calon suami. adakah ini bermakna mak saya nak suruh saya kahwin kak liyaa? haha ;D. really, sangat tak berminat nak pikir pasal tu sekarang. phewwww ~.~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Susah kan nak jumpa pompuan camtu? Dea boleh pikir di luar drpd kotak situasi dea sendiri. & lupa nak highlight kat situ, as a result, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi :)

      Ehh, mak saje je tu bagi nasehat awal2. Maksudnya, better bertindak awal sebelum terlambat. Ke mak dah nampak muka anak dara dea tumbuh bintik2 jerawat sana sini? :P Takpun, mak asyik nampak Mirmashi asyik texting2, tu yg mak risau tu kut. Hahaha! :D

      Delete
  3. ni yang ko cakap takde idea..hahaha..nanti esok aku baca balik kat opis ye makcik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni last choice idea yang aku ada. Sebenarnya malas nak cite psl ni, serius sgt. Tapi dah ni je yg ada. Hahaha! Ni pun kemaen susah aku nak karang tadi. Huuuu

      Delete
  4. xde pic2 yg berkaitan dgn situasi ke kak? haha.. dh mcm bca jurnal dh.. -_-

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Malas nak google gambar sebenarnya Emma. Pastu pikir kalau dah letak gambar, lagi nampak panjang berjela entry ni. Err macam baca journal? Tertidur tak masa ngah baca tadi? Huuuu maapkan saya #_#

      Delete
  5. susah mau huraikan makcik.kan kan?bukan kesalahan jantina.ini individu punya cerita.personel.diri masing-masing.tak kisah apa kerjanya.dari curi sawit sampailah ke tahap gaji juta-juta.

    kahwin ni tanggungjawab bersama.bila sah je lafaz 'aku terima nikahnya' makanya bermulalah kehidupan bertanggungjawab bersama.bukan setakat syiok gigit bantal malam pertama je kan.hais.gua terbabas topik sudah.

    kembali ke topik.
    dalam berumah tangga ni jangan sampai terabai.zahir & batinnya.biar balance.jangan pulak melebih-lebih.karang jemu jadinya.mulalah nak gunakan statement 'hari-hari lauk kerang teringin pulak nak makan sotong goreng tepung'.padah jadinya.so layan santai-santai.balance.biar lama 'aura' pengantinnya.selama hayat.

    hidup bekeluarga saling kena percaya.you trust i.i trust u.kan? tapi trust yang macam mana?biar kena dengan gayanya.biar besederhana trustnya.jangan melangit sangat.trust suami buat kerja kat opis berdua-duaan dengan PA rambut tertutup litup berhijabnya.trust isteri outstation dengan bosnya.boleh nak trust.tapi sekali sekala kena gak terjah.jenguk-jenguk apa yang dibuat deme.belakon-belakonlah hantar bekal dinner apa bagai.atau lebih sesuai 'surprise' walaupun benda tu dibuat-buat.biar dalam diri masing-masing ada alert beringat-ingat.biar rasa diri sentiasa diperhatikan.barulah berbaloi nak saling percaya pun.bukan dengan cara trust membuta tuli je.dan bukan dengan cara terjah sampai mengongkong.itu kompem bakal musibah jadinya.

    selalunya orang ketiga ni wujud bila ada ruang-ruang kosong dalam hubungan.baru ada ruang untuk orang ketiga bertapak.so peranan suami isteri kenalah mengisi ruang-ruang itu bersama.berusaha.mana yang lompong isikan.mana yang sudah terisi..gilapkan.barulah A jadinya.kan kan?

    gua nak conteng lebih-lebih pun gua makwe pun tak ada lagi.kang jadi bahan je kalau pak-mak sedara gua baca hasil contengan huru-hara gua ni.so gua beransur dulu lah makcik ye.segan pulak gua nak conteng entry lu yang sehebat ini.pasal tajuk entry ni..apa ada hal nak sama kan.rilek ah.gua pun curi dari lirik lagu arwah p.ramlee :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wowwwww terkesima jap aku baca contengan kau ni Pakcik. Banyak yang boleh di take note pulak tu. Aku yg dah kawen ni baca pun terasa banyak yg aku terlupa. Wonder jap aku. Betul ke kau ni single ni? Boleh aku tanya? Dah berapa kali kau amek kursus kawen ni? Komen dah macam lelaki dah cukup quota. Kahkah! Mahap Pakcik, kalau kata2 aku mengguris jiwa lelaki 'single, available & still searching' kau :P

      Tapi aku paling suka kesimpulan kau pada perenggan kedua terakhir tu. I likee. Hehe. Btw, kawan aku yg kau agak terpikat itu hari baru je dirisik Pakcik. Tak sempat aku kenenkan. Ehem ehem :P

      Delete
    2. tapi gua suka perenggan last lu makcik.cuma tersirat sangat.lu sebenarnya nak cakap lu paling suka gua kan?KAHKAH.

      erk..PAKCIK.sumpah kami takde skandal.gurau-gurau larut malam je na. :p

      gua paling suka yang ini.
      'Hidup dan Mati tetap ada agendanya'..sangat true!

      Delete
    3. Err perenggan last komen ke? Aku dah pening. Ntah tang mana yang tersirat ntah. Hahaha! Err hidup & mati etc etc tu sebenarnya spontan je aku tulis sekadar jadi penyedap & pelengkap ayat. Aku sendiri pun sebenarnya tak paham apa yg aku nak maksudkan dalam ayat tu. Heeeee

      *Aku pernah nak delete ayat tu, nak ubah description profile kununnya. Tp bila teringat ada org suka sbb kau pernah amek ayat tu jadik tajuk entry, terus aku rasa sayang nak buang :P

      Delete
  6. wahhh, bila nak banjer wak kopi O jeer sudahh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err, datang umah. Kopi O kaw bakal dihidangkan :D

      Delete
  7. tanggungjawab bukan mudah.
    beb,pandai ulas bab nih nohhh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Err takde ulas pun. Yang panjang tu cerita je. Yang lelaen tu ye la kekadang bila dah selalu sgt dengar cite org sekeliling camni, ada jugak berfikir. Takut wowh! :P

      Delete
  8. kat ofis sy ni bkn lelaki je psg gilfrin ppuan pn psg buirfin. lps tu bila org tau dorg bt bodoh je bt2 mcm xbslh. sungguh xmalu kan? ishh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Laki pompuan dedua ada je yang tak setia. Em takut nak cakap pasal ni. Harap2 jgn berlaku kat diri sendiri je :D

      Delete
  9. Hi kak,lama tak bersua

    Kawan kita pun ada skandal dengan suami orang juga,alasan lelaki tu isterinya tua umurnya 38 thn,sebab lelaki tu muda dalam 26 thn cenggitu. Sedangkan si isteri dan si suami tu bahagia je. Sampai kemaruk bercinta dgn kwn kita tu,kwn kita pi belajar kat Kedah,dia sanggup cari kerja kat Kedah. Kita taktahula kalau si isteri tu tahu hubungan dorang ni.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi. Lama tak bersua. Terdetik juga rindu di jiwa :P

      Laaaa Madi pun ada cerita juga ya? Kesiannya Isteri dea tu. Hm tak berani nak cakap apa2. Kesah hidup org ni macam2 kan? Tp kalau Isteri dea tahu, memang sedih la. Lagi2 pulak kalau cuma itu reasonnya. Dulu nak kawen, tak nampak ke yg bakal Isteri tu tua? Dulu okeyy, skang laen pulak? Err

      Delete
    2. rindu ke? hihi.
      tu orang cakap cinta tak kenal usia,tp bila dh kahwin terjatuh cinta pada yg muda pula ^_^

      Delete
    3. Rindu :">

      Centa tak kenal usia. Centa tak kenal status org tu laki org ke bini org ke. Dan2 umur lak jadik isu :P

      Delete
  10. hmm dalam soal gini sy masih tak tahu lagi huhuhuhu :(

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe. Jauh lagi perjalanan tu kut. Ambil tahu sket2 je. At least kita bersedia :)

      Delete
  11. Replies
    1. It's okeyyy! Belum sampai masanya lagi untuk tahu kut :D

      Delete
  12. bila hati dan diri diberi ruang serta peluang maka kebarangkalian untuk berskandal / fall in love again itu ada dikalangan yang sudah berpunya, berkeluarga, beranak pinak, bercucu cicit bagai. cerita 1, 2 dan 3 hanya sebahagian daripada beribu macam ragam cerita lagikan...hehehe.


    kadang larut dibuai perasaan indah yang tak pernah dikecapi dengan pasangan sedia ada menjadi punca kenapa makin hari makin asyik dengan skandal...malahan sampai satu tahap sanggup tinggalkan yang lama dan lebihkan yang baru. lupa tanggungjawab paling sadis...duk aniaya anak bini / anak laki.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Mmg byk lagi Aien cite yg laen2. Tp ni cite yg terdekat je laa. Nak dengar sume tak larat rasanya. Haha!

      Larut ek? Sebab tu la maken lama usia perkahwenan patutnya maken romentik & mesra. Ini maken lama maken jauh. Maken lama maken jauh. Mana tak ada ruang besar terbuka utk org ketiga, or maybe keempat, kelima & seterusnya? Ini bg kes2 yg suka skandal je laa. Yg mmg jodoh & mampu poligami tu takleh nak komen apa. Tp still sedih kan? Lupa tanggungjawab? Memang sangat2 perlu dielakkan :D

      Delete
  13. aishh kat office na ni pun ade gak mmg dye cantik laa ade sorang anak..tp da mcm org muda xkawen lagi..
    yang klakar nye suka banding kan laki ni lagi ok..laki tu lagi bagus..eh kekadang na pelik...bila tanye pasal suami dye..dye kate laki dye baik klau mcmtu ape yg dye nk sbnrnye ntah laaa

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha! Nak jawab apa yg dea nak tu susah tu Jna. Hm rasanya dorang tak bahagia la tu. Maybe dorang takde gaduh ke apa. Tp kemesraan & kebahagiaan dlm umah tangga tu takde kut. So relationship jadik hambar, bosan, rasa macam ada yg tak cukup. Tu yg asyik nak pandang yg laen je.

      Cewwah! Jawapan da macam pakar motivasi rumahtangga ada tak? Bwahaha :P

      Delete
  14. aku tak kawin lagi so takde experience macam ko cite tu. Tapi, dari cite2 ko tu.. memang aku pun same2 jadi pelik.. ape yang dorang nak sebenarnye dengan cari orang lain sedangkan hidup dorang dah bahagia? Macam cite satu alasan boring isteri penat bila balik umah, ape susah.. suruh je r isteri berhenti keje jaga umah. Pastu tanggung family sorang2.. habis cite.. cite kawan ko tu.. aku pun tak tau nak komen ape. Kalau dah jatuh chenta tu.. memang jatuh gak. tak nampak pape lagi.. Cite number 3, jawapan girl tu bagi aku superb. moga die jumpe bende lagi sweet macam yang die harapkan tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul jugak kan? Suh je wife benti keje. Tp yg selama ni aku geramkan wife da penat2 tolong sama2 bekerja carik rezki leh lak itu yg jadik alasan dea carik yg laen? Pompuan mana tak terasa? Lagi satu, anak tu anak sama2. Then bila wife penat balek keje pastu bz ngan anak2 itu gak yg dijadikkan alasan. Then nape tak sama2 tolong jaga anak2 tu? Kebizian wife dea lak yg dipertikaikan. Melaenkan, aku taktau la kalau wife dea terlalu bz sampai abaikan tanggungjwb pada Suami. Itu aku taktau.

      Cite num 2, aku pun takleh nak komen banyak sbb membe sendiri. Lagipun laki tu aku rasa financially stabil, agama pun jaga, so nampak macam mampu utk poligami if dea nak. So, dari segi hukum tak salah. Cuma as pompuan tetap aku terasa kesakitannya. Num 3, aku pun harap pengorbanan dea berbaloi. Aku rasa tak rugi dea cuba utk tak hurt hati org laen :D

      Delete
  15. seronoknya dengar jawapan pompuan tuu. macam ni la, kalau taknak bayangkan macam mana perasaan wife tu sbb mungkin kita tak kena, cuba bayangkan macam mana kalau ada orang buat macam tu kat mak kita ? ape yang kita rasa sebagai anak bila ayah ada orang lain. just think :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Tul gak tu. Cuma takut masalahnya kalau org dah di awang2an ni kadang2 dah takleh pikir rasional dah. Kita ckp suh imagine camne pun dorang dah tak masuk kepala otak dah. Centa dlm hati tu dah terlalu mekar gamaknya. Heheh :D

      Delete
  16. semoga rumahtangga akak bahagia dan dijauhkan dari perkara2 ni :) *Takut pulak nak kahwin mwhahhahaha*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehehe. Mekaseh ya Dalila! Aminnnn. Eh, jangan la takuttt. Kawen best taww. Ahahah! :D

      Delete
  17. sakit bila tergigit lidh... haha

    saya dah update
    selamat hari raya aidiladha :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Eh, tergigit lidah tu sebab ada org mengumpat letteww! Eheh :D

      Delete
  18. Bykkan kes yg melibatkan org ke-3. Sebenarnya nak elak sgt... sama ada di ganggu org ke-3, atau di tuduh sbg org ketiga... Kdg2 dah jd risau nk kenal lelaki lebih2... *mmg tak patut kan terlebih*

    Sy tak rasa perempuan suka org nakal. Tp, sbb perempuan sinonim dgn ayu tersipu malu. So, lelaki yg buat perempuan rase selesa itu mmg laku ;)*avoid yg gatal*

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hm taktau nak cakap pasal nakal ke baek ni. Maybe cuma kebetulan je tiga2 cite psl lelaki baek. Actually ada gak cite psl laki yg drpd usia setahun perkahwenan dah mula gatal carik laen. Org terdekat gak, tp tak tercite je kat atas tu :D

      Tapi rasa2nya utk org yg dah pernah kawen or umur agak matang, dorang prefer lelaki baek yg nampak lebih cool. Yg muda2 bergetah rasanya suka lelaki2 nakal ni. Maybe adventure sket. Jiwa muda kut. Eh, pandai2 je buat teori sendiri :P

      Delete
  19. lagi la syida takut nk kawin dng aku gamaknyaaa...hahahaha.....delete entri ni liyaa :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha. Sengal kau ni Fiq! Terus nak suh aku delete :P

      Dun worry. Aku percaya Syida nak kawen ngan kau sebenarnya. Cuma dea konon2 je act garang tu. Padahal dea shy shy cat dalam hati ada taman gak. Kahkah! :D

      Delete
  20. wow. sepatah2 yuyu bace. tak skip. susa bile dh berkait dgn perasaan. lagi susa bile berkait dnegan takdir dan kuasa Dia. tapi, mintaakkkkkkkkkkkkkkkkkk jauh. xmo lah skandaal2 ke poligami ke.. sedih tawwwwuuu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul Yuyu. Susah bila berkait ngan perasaan. Byk mana jalan keluar pun biasanya akan direject. Haha! Bab takdir & kuasa Dia, dah tentu kita takleh nak lawan. Betul, mintak sgt2 kita dijauhkan. Samada kita yg terkena or kita yg terbuat. Takmo2 :P

      Delete
  21. wah panjangnyer entri..rajin menaip eh..hehe

    kalau boleh memang mintak lah dijauhkan dari poligami, skandal dah seangkatannya..tapi benda cam ni semua melibatkan perasaan kan..jadi adakalanya kita tak dapat menduga bila akan terjadi..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rajen menaep, idea je tak rajen datang. Haha!

      Yup! Tak dapat duga bila akan terjadi dan pada siapa dan dengan siapa dan bagaimana. Kalau boleh jangan terjadi langsung. Truly hope :D

      Delete
  22. aku rasa aku masih mentah untuk mengulas tajuk ni..haha
    tapi org kata lelaki yg dah pernah kawin pandai mengayat. so no wonder la boleh ada perempuan yg terpikat dan "ter:jatuh cinta

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku pun baru separuh masak je. Hahaha!

      Memang la. Dea pandai mengayat, pandai act cool, pandai buat pompuan caer & terjatuh centa. Plus, kalau ada duet apa pun boleh dapat. Sebab tu aku taknak laki aku kaya2 sgt. Ahaha! :P

      Delete
  23. panjang sgt aih.. bepinau mate mak yong nokk.. haha

    pendapat aku dalam perhubungan ni.. komunikasi tu penting.. apa2 pun kena bawak bincang..

    xpayah contoh jauh2.. akak aku je la.. ex husband dia ade skandel.. yg asalnya test market.. cuba2.. boleh gitu? last sangkut.. hancur rumahtangga.. hancur kerjaya.. padan muka.. yg jd mangsa anak2.. sedihhh...
    ex abg ipar aku tu pendiam kau tau.. muka bajet lelaki suci jer.. hurmm..

    apapun makcik.. sama2 lah kita mendoakan rumahtangga kita rukun damai bahagia senantiasa hingga ke syurga.. aminn.. ecewahh.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Muka suci ke tak suci bukan jaminannya. Haha! Nak wat camne. Hukum pun tak melarang lelaki kawen lebih 1. Cuma the way dorang nak menjurus ke arah tu je la samada menyakitkan atau tak. Lagi satu, of course keadilan :D

      Insyaallah. Sama2 doa. Hehe.

      Delete
  24. panjang sangat.disebabkan isu yg 'best' .gigih aku baca jugak tau. hebat gila.hehe

    sekarang bercinta pun still takut kalau ada orang ketiga.bila kawen, sama ragamnya,takut juga jika muncul orang ketiga. jadi komunikasi dan sentiasa hangatkan kasih sayang walaupun dah ada 3 4 orang anak. bercinta hingga akhir hayat. bukannya cinta berputik pada usia muda dikala anak sorang duakan.bagi si isteri,tak boleh la busy sgt pada kerja,tanggungjawab tu kena ingat.sama sama fikir pasal tanggungjawab msing2.mesti takde isu orang ketiga ni..chewah! bajet macam dah kawen. huhu~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Komunikasi tu biasa dengar. Tapi as usual, bercakap tu macam mudah, dapat laksanakannya belum tentu. Kalau everytyme discuss asyik gaduh je, nak communicate camne? Just contoh. Hehe.

      Em em tak mesti gak. If benda dah nak jadik tu, 1001 alasan leh kuwa. Hehe. Tapi at least kita usaha utk avoid kan? :P

      Delete
  25. errr , kalau disebabkan org ketiga ni . . kdg2 x bole salahkan dia . kalau sorg tak benarkan dia hadir , tak kan hadir punya . :P

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang taktau nak salahkan sape. Kadang2 dah takdir macam tu. Tapi sape pun mesti taknak kan? :D

      Delete
  26. bertepuk sebelah tgn xkn berbunyi. eh ? hahaha !

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang betul. Tapi masalahnya dorang memang dah sepakat nak tepuk la tu :D

      Delete
  27. tiap hari kita diancam org ketigakan..i mean kita berpotensi..huk3....tp kan kalau dua2 xmelayan xjadi kot...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yurp! Can happen to anyone, samada jadi mangsa or kita yg terbuat benda tu even tanpa niat. Mula2 maybe tak layan, tapi hati manusia kan lemah :P

      Harap2 dijauhkan laa :D

      Delete
  28. omg.. tk tau nk komenpe. tergamamm

    ReplyDelete
  29. its complicated kalau masuk bab hati dan perasaan..errr

    no comment lah cenggini.huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang complicated and susah nak komen kan? Akak sbb dah banyak sgt dengar kes2 camni terjadik kat org2 terdekat. So, makes me want to say something. Huuu

      Delete

Shout Your Quotes